"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, August 24, 2013


SINEMATEK INDONESIA

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



PUSAT PERFILEMAN USMAR ISMAIL YANG TERLETAK DI JALAN RASUNA SAID, JAKARTA, INDONESIA.

SEGALA MACAM INFORMASI MENGENAI SINEMATEK INDONESIA YANG TERDAPAT DI PUSAT PERFILEMAN USMAR ISMAIL.





MISBACH YUSA BIRAN,
PENGASAS SINEMATEK INDONESIA (SI)

MISBACH YUSA BIRAN (lahir di Rangkasbitung, Lebak, Banten, 11 September 1933 – meninggal dunia di Tangerang Selatan, Banten, 11 April 2012 pada umur 78 tahun) adalah pengarah filem, penulis skenario filem, drama, cerpen, kolumnis, sasterawan, serta pelopor dokumentasi filem Indonesia.

Dia merupakan anak kepada pasangan Ayun Sabiran (Minangkabau) dan Yumenah (Banten). Ayahnya yang berasal dari Dangung-Dangung, Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, adalah seorang pemilik studio foto.

Nama Misbach diberikan oleh ayahnya, sempena nama dari tokoh pergerakan, Haji Misbach. Sedangkan Yusa Biran, ditambahkan Misbach sendiri ketika dia dewasa, yang merupakan nama pena ayahnya, "Jose Beron", dan menamatkan pendidikannya di Taman Madya Bagian B., Perguruan Taman Siswa, Kemayoran, Jakarta.

Misbach mulai menjadi pengarah sandiwara ketika masih di bangku sekolah pada awal tahun 1950an. Di samping itu, dia juga menulis resensi (review) filem dan karya sastera. Setelah lulus sekolah dia memilih filem sebagai perjalanan hidupnya.

Tahun 1954-1956, dia bekerja di Perusahaan Filem Nasional Indonesia (Perfini) pimpinan Usmar Ismail, bermula sebagai pencatat skrip, kemudian menjadi penolong pengarah dan angguta sidang pengarang, juga pernah memang jawatan sebagai Direktur Pusat Perfileman Usmar Ismail di Jakarta, anggota Dewan Filem Nasional, dan Ketua Umum Karyawan Filem dan Televisi (1987-1991).

Tahun 1955, Misbach menulis skenario (lakunlayar) pertama dari cerpen Sjumandjaja "Kerontjong Kemajoran" (Keroncong Kemayoran) yang kemudian oleh Persari dijadikan filem berjudul "Saodah".

Semenjak itu kreativitinya seakan tidak terbendung lagi, dan diterjemahkannya melalui penulisan lakunlayar dan pengarahan filem.

Selama tahun 1957-1960, Misbach membuat filem pendek dan dokumentasi, dan mengarahkan beberapa filem layar lebar (untuk panggung wayang) pada 1960-1972. Salah satunya berjudul "Dibalik Tjahaja Gemerlapan" (Dibalik Cahaya Gemerlapan, 1967) yang menerima penghargaan untuk pengarah terbaik dalam "Pekan (Minggu) Apresiasi Filem Nasional".

Dia juga mendapat penghargaan lakunlayar terbaik, untuk filem "Menjusuri Djedjak Berdarah" (Menyusuri Jejak Berdarah) di pekan yang sama. Filem lainnya yang dia tulis lakunlayarnya adalah "Ayahku" (1987).

Filem yang diarahkan Agus Elias ini dicalonkan sebagai filem dengan lakunlayar terbaik dalam "Festival Filem Indonesia". Karyanya yang lain, "Kerana Dia" (1979) juga dicalonkan sebagai filem dengan lakunlayar terbaik dalam "Festival Filem Indonesia" di tahun 1980.

Pada tahun 1971, Misbach mengambil keputusan tidak mahu mengarah filem lagi kerana dia menolak untuk sama-sama mendukung industeri perfileman yang pada masa itu berselerak dengan produksi filem-filem porno (lucah).

Sumbangan Misbach yang terbesar untuk perfileman nasional adalah dengan tertubuhnya Sinematek Indonesia (SI) pada tahun 1975. Pertubuhan itu berusaha mengusahakan filem nasional secara independen. Dia memimpin SI hingga tahun 2001, dan namanya sering menjadi identiti dan dikaitkan dengan pertubuhan tersebut.

Misbach pernah menjadi Direktur Pusat Perfileman Usmar Ismail Jakarta, angguta Dewan Filem Nasional, dan Ketua Umum Karyawan Filem dan Televisi (1986-1991).

MELANCARKAN BUKU

Misbach juga aktif di dunia kewartawanan. Dia pernah menjawat jawatan sebagai Pemimpin Redaksi Minggu Abadi (1958-1959), Purnama (1962-1963), Redaktur Duta Masjarakat (1965-1966), Abad Muslimin (1966), Gelanggang (1967).

Karya-karya sasteranya antara lain berjudul "Bung Besar" (Drama, 1958, menerima Hadiah Kedua Sayembara Penulisan Naskah Drama Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan pada tahun yang sama), "Setengah Djam Mendjelang Maut" (Drama, 1968), "Menjusuri Djedjak Berdarah" (Novel, 1969).

"Keajaiban Di Pasar Senen" (Kumpulan Cerpen, 1971) dan "Oh, Filem" (Kumpulan Cerpen, 1973) disatukan di bawah judul "Keajaiban Di Pasar Senen" dan diulang cetak pada tahun 1996.

Selain berpengetahuan luas, Misbach juga banyak menulis buku tentang perfileman. Dia melancarkan buku berjudul "Teknik Menulis Skenario Film Cerita" (Teknik Menulis Lakulayar Filem Cerita) pada 30 Januari 2007.

Di usianya yang mencapai 78 tahun, Misbach yang mendapat penghargaan khusus dari Forum Filem Bandung atas dedikasi dan sumbangannya di dunia filem, masih terus berkarya melalui lakunlayar yang ditulisnya.

Baginya, filem adalah alat utama perjuangannya, sebagai media ekspresi kesenian dan intelektual. Yang paling penting, menurutnya, filem adalah alat dakwah untuk meningkatkan kualiti hidup manusia, khususnya kualiti bangsa Indonesia.

Pada tahun 2010, Misbach meraih penghargaan status Fellows dari Asosiasi Arsip Audiovisual Asia Tenggara-Pasifik (Southeast Asia-Pacific Audiovisual Archive Association, SEAPAVAA) di Bangkok, Thailand.

Program penghargaan SEAPAVAA ini ditujukan sebagai bentuk pengakuan bagi para individu luar biasa atas sumbangan sangat penting melalui berbagai cara di bidang arsip (arkib) audiovisual, dan atas kepemimpinan mereka dalam komuniti profesional pengarkipan.

Namun khusus untuk Misbach, SEAPAVAA menyatakan bahawa dia merupakan inspirasi bagi komuniti arsip filem di Asia dan Pasifik. Pengasas SI ini adalah orang pertama yang menerima Lifetime Achievement Award SEAPAVAA pada tahun 1997.

Misbach berkahwin dengan aktris Nani Widjaya pada tahun 1969, dan dikurniakan dengan enam orang anak. Dua diantaranya mengikuti jejak mereka di dunia filem - Cahya Kamila dan Sukma Ayu.

Misbach merupakan abang kepada pelakun Ani Hidayat dan Ida Farida, pengarah filem "Suara Kekasih" yang dibintangi Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha.

Soalan cepu emas: Adakah orang berjiwa filem seperti Misbach Yusa Biran ini dikalangan perusahaan filem kita yang boleh diserahkan memimpin Sinematek Malaysia?







SALAH SEORANG PETUGAS (FIRDAUS) SEDANG MENUNJUKKAN KOLEKSI FILEM YANG TERSIMPAN DI SINEMATEK INDONESIA.

SEBAHAGIAN DIANTARA BANYAK FILEM LAMA YANG TELAH DIBAIKPULIH DI SINEMATEK INDONESIA.

Bersumberkan Artikel MARYATI
Yang Tersiar Dalam Antara News.com
Keluaran 29 Mac 2013

DI SALAH satu bilik ruang bawah tanah bangunan Pusat Perfileman Usmar Ismail, Jakarta, dua orang sibuk memilih poster dan gambar adegan filem-filem lama yang akan dipamerkan pada peringatan Hari Filem Nasional.

Tidak jauh dari mereka ada meja kerja Firdaus, tempat dia memeriksa gulungan pita filem di meja editing (sunting) sebelum menyimpannya kembali di bilik dingin yang ada di sebelah ruang kerja.

Siang itu pekerjaan Firdaus sudah selesai, tapi dia berbaik hati menunjukkan cara memeriksa gulungan pita filem di ruang kerjanya yang sedikit berasap kerana sebelumnya beberapa orang merokok di situ.

Cekatan dia mengaitkan pita filem pada panel-panel di meja editing dan menghidupkan perangkat yang mengubah siluet gambar pada pita itu menjadi gambar hidup.

Bersama bunyi rrrrrrttttt... dan latar musik filem, tulisan Waroeng Podjok muncul di layar yang lebarnya sekitar separuh layar televisyen 14 inchi, lalu gambar pelakun Ratmi B-29 dan Doris Callebaute muncul.

Gambar-gambar filem yang diproduksi tahun 1977 itu terlihat seperti berlapis dan berwarna kemerah-merahan.

"Kalau begini sudah teruk filemnya. Suaranya kurang bagus. Keseimbangan warnanya juga, merahkan gambarnya?" kata Firdaus sambil menunjuk beberapa garis hitam halus pada layar meja editing.

Firdaus sehari-hari bertugas merawat (membaik) koleksi filem yang disimpan di bilik dingin SI, tempat dia bekerja sejak tahun 1997.

Dia memeriksa keadaan koleksi filem baru yang akan masuk ke gudang dan secara berkala memeriksa keadaan koleksi-koleksi filem yang sudah lama tersimpan dalam ruangan yang suhunya dijaga supaya tetap stabil pada suhu 9 darjah Celcius sampai 12 darjah Celcius serta kelembaban antara 45 peratus dan 65 peratus.

"Yang memerlukan pembersihan akan dibersihkan menggunakan cairan 1,1,1-trichloroethane atau TCE, baru disimpan semula," kata Ketua Bahagian Perawatan Filem Sinematek Indonesia, Nur Hartono Subahri yang lebih dikenal dengan Hartono saja.

Sementara filem-filem yang keadaannya masih bagus diputar balik gulungan pitanya lalu disimpan lagi di bilik dingin, tempat rak-rak besi setinggi sekira tiga meter dengan tumpukan cakera tempat gulungan pita filem yang kebanyakan berwarna hitam dan kelabu serta bentuk koleksi filem yang lain.

Di ruangan itu juga ada koleksi filem berbentuk cakera besar berwarna hitam yang tersimpan dalam macam-macam bentuk, koleksi filem berbentuk kaset video Betamax dan VHS serta keping Video Compact Disk (VCD) dan Digital Versatile Disk (DVD).

Hingga bulan November 2012, bilik dingin itu menyimpan 243 judul filem cerita 35mm warna dan hitam putih positif serta 75 filem cerita 16mm warna dan hitam putif positif. Jumlah kopi (salinan) filem dengan format-format itu 553 kopi.

Selain itu ada 1,764 filem dokumenteri hitam putih dan warna positif pada pita 35mm dan 16mm. Ada juga 632 judul filem negatif baik hitam putih mahupun warna.

RUANGAN PENYIMPANAN

Bilik itu juga menyimpan filem-filem klip beberapa perusahaan filem seperti Miles, StarVision, dan RAPI Film.

"Ini yang paling tua di sini, tahun 1935," kata Firdaus sambil menunjukkan gulungan pita filem berjudul "Tie Pat Kay Kawin (Siloeman Babi Kawin Siloeman Monjet)" di antara rak-rak di ruang penyimpanan yang suhunya membuatkan kulit badan kesejukan.

Selain itu ada filem "Darah dan Doa" atau "The Long March" karya Usmar Ismail, filem memakan masa tayangan 128 minit yang dikeluarkan Perfini pada tahun 1950.

Persidangan Kerja Dewan Filem Indonesia pada 11 Oktober 1962 menetapkan, waktu produksi filem itu sebagai awal pembuatan filem nasional dan tarikh pengambilan gambar pertamanya, 30 Mac, sebagai Hari Filem Nasional walaupun sebenarnya filem cerita pertama yang dibuat di Indonesia ialah "Loetoeng Kasaroeng" pada tahun 1926.

Ada juga koleksi filem "Tiga Dara" (1956), "Remboelan dan Matahari" (1979), "November 1928" (1979), "Usia 18" (1980), "Badai Pasti Berlalu" (1977), serta filem-filem seperti "Pandji Tengkorak" (1971), "Cinta Dibalik Noda" (1984), dan "Perawan Lembah Wilis" (1993).

Namun koleksi filem "Loetoeng Kasaroeng" dan filem-filem lain yang diterbitkan sebelum tahun 1935 belum ada di rak koleksi Sinematek Indonesia yang dalam beberapa tahun terakhir sudah tidak mampu mengalokasikan anggaran khusus untuk menambah koleksi filem.

"Koleksi terakhir yang masuk pada tahun 2012 ada enam, termasuk filem "Under the Tree" dan "Karma"," kata Hartono.

Menurutnya lagi, kebanyakan koleksi filem SI dikumpulkan Misbach Yusa Biran yang membentuk SI bersama Asrul Sani pada 20 Oktober 1975.

"Kebanyakan dikumpulkan Pak Misbach dan teman-temannya, seperti Pak S.M. Ardan," kata Hartono, sarjana teknik mesin yang sudah bekerja di SI itu sejak tahun 1983.

"Tapi ada juga yang diberikan oleh orang perseorangan mahupun lembaga di dalam dan luar negara ke Sinematek," kata pemuda yang belajar merawat filem secara otodidak dengan arahan Misbach Yusa Biran dan S.M. Ardan itu.

Sinematek Indonesia, katanya lagi, antara lain pernah mendapat geran koleksi filem dari Jerman, Kanada dan Perancis.

Dia menjelaskan, ketika Departemen Penerangan masih ada, pemerintah mewajibkan pembuat filem yang karyanya masuk pencalunan Festival Film Indonesia (FFI) memberikan satu kopi filem ke SI.

"Tapi itu tidak berjalan lama," kata Hartono.

Keadaan demikian membuat penambahan koleksi filem SI makin lembab kerana kemampuan perbelanjaan yang terbatas, menurut Hartono, membuat pengelola SI tidak boleh lagi mengalokasikan anggaran biasa untuk menambah koleksi.






"Setelah tahun 2000an relatif tidak banyak penambahan koleksi kerana tidak ada anggaran biasa untuk pengadaan. Tapi sekarang kelihatannya SI sedang berusaha memperbaiki hal itu," katanya.

Penambahan koleksi, dia melanjutkan, sekarang hanya bergantung pada geran dari orang atau pihak yang mengambil berat terhadap SI.

"Seperti Miles, dia simpan filem di sini, bantu dana perawatan, pernah juga beri filem dalam bentuk keping," katanya.

Hartono menjelaskan, keterbatasan pendanaan tidak hanya menekan upaya pengayaan koleksi tapi juga mempengaruhi prestasi perawatan koleksi filem, termasuk poster, foto-foto artis dan adegan filem, skenario (lakunlayar) dan gambar skripnya.

Keadaan ruang penyimpanan filem yang pada masa ini belum boleh dikatakan ideal, suhu, kelembaban, pencahayaan dan keadaan ruangnya belum sepenuhnya sesuai dengan standard tempat penyimpanan koleksi filem.

Menurut Firdaus, suhu dan kelembaban ruang penyimpanan filem selama ini boleh dijaga berada di bawah batas aman namun boleh berada pada batas aman ketika ada gangguan eletrik.

"Pernah terganggu, tapi masih 12 darjah, tidak sampai melebihi batas," katanya.

Beberapa titik di dinding ruang penyimpanan saat ini juga sudah menghitam kerana bercendawan.

"Peringkat pendukung untuk menjaga stabilitas suhu dan kelembaban memang masih jadi masalah. Seharusnya dinding dilengkapi dengan isolator khusus supaya keadaan luar ruang tidak berpengaruhi ke dalam. Sekarang ini stabilitas suhu dan kelembaban ruangan kadang-kadang masih terganggu, itu yang menimbulkan cendawan," jelas Hartono.

Namun keadaan seperti itu sampai sekarang tidak merosakkan koleksi filem. "Sejak saya bekerja di sini sampai sekarang belum ada yang sampai rosak dan tidak boleh diperbaikpulih," katanya.

Dia hanya menunjukkan satu gulungan filem untuk memperlihatkan koleksi filem yang rosak, namun katanya masih boleh diperbaiki, gulungan pita filem itu sebagian sudah melekat satu sama lain.

SISTEM KOLEKSI

Ketua Sinematek Indonesia, Adisurya Abdy, mengatakan, pada masa ini SI tidak mendapat bantuan dana tetap dari pemerintah kerana itu hanya boleh melakukan perawatan dengan dana yang berhasil digalang (docked).

Dia tidak menyatakan besarnya perbelanjaan yang selama ini biasa dikeluarkan untuk perawatan koleksi filem, hanya menyebut keperluan dana ideal untuk perawatan biasa setiap koleksi filem dalam setahun.

"Belanja perawatan satu judul filem kebiasaannya Rp1 juta setahun, tapi kerana dana kami terbatas kami melakukan perawatan dengan dana yang ada. Ya, tambal sana tampal sinilah," kata Adi.

Selanjutnya, kata dia, pengelola SI akan melakukan kerjasama dengan berbagai pihak untuk menambah dan merawat koleksi, termasuk menyesuaikan sistem koleksi dengan perkembangan teknologi informasi terkini.

"Kami ingin meneruskan kembali kerjasama dengan pemerintah. Juga melakukan sosialiasi kepada pihak lain untuk mengambil berat dan kepedulian terhadap pengarkiban filem," katanya.

SI, dia menjelaskan, juga ingin melanjutkan kerjasama dengan pihak lain untuk memformat lagi koleksi filem seluloid yang ada ke bentuk digital.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, katanya, sudah memulai kerjasama untuk mengubah format 29 filem seluloid koleksi SI ke dalam bentuk digital.

"Harapan kami pemerintah mengalokasikan anggaran untuk digitalisasi setidaknya 30 filem dalam setahun supaya secara bertahap koleksi boleh disimpan dalam bentuk digital," katanya.

Dia juga merancang menyimpan semua koleksi filem, poster filem dan foto-foto adegan filem milik SI dalam bentuk digital supaya lebih mudah diakses. "Jadi nanti semua boleh dilihat hanya dengan mengklik," dia menambah.

SI, kata dia, membuka pintu bagi semua pihak yang ingin membantu SI mengembang dan merawat ratusan koleksi yang tidak ternilai harganya bagi sejarah perfileman negara Indonesia.

"Kami akan menyambut dengan tangan terbuka," demikian Adisurya Abdy bersuara.

# Artikel ini telah disusun dan disunting ZAINI YUSOP mengikut kesesuaian dengan konsep dan corak persembahan FKM.









Sumber WIKIPEDIA
Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

SINEMATEK Indonesia (SI) adalah arkib filem yang terletak di Jakarta. Diwujudkan pada tahun 1975 oleh Misbach Yusa Biran dan Asrul Sani, ia merupakan arkib filem pertama di Asia Tenggara dan satu-satunya di Indonesia.

Ia menyimpan sebanyak kira-kira 2,700 filem, kebanyakan filem Indonesia, serta sejumlah karya referensi (review). Namun sejak tahun 2001, SI kekurangan sumber kewangan.

SI terletak di Pusat Usmar Ismail, bangunan lima tingkat di Jalan Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan, dan dikendalikan oleh Yayasan Usmar Ismail, merupakan pemiliknya sejak tahun 1977.

Pejabatnya berada di tingkat empat, sedangkan perpustakaan filem dan sejarahnya terletak di tingkat lima dan tempat penyimpanannya seluas 100-m² (1,100 ft²) terletak di bawah tanah.

Kebanyakan pengunjungnya adalah para akademik atau mahasiswa, dan setakat ini SI sudah meminjamkan sejumlah koleksinya. Filem hanya dapat ditonton di tempat di studio boleh muat 150 orang atau teater seramai 500 orang.

Pada Mac tahun 2012, SI memiliki 2,700 filem, kebanyakannya filem Indonesia, dan ada pula beberapa dokumentari asing. Arkib SI terdiri dari 84 negatif untuk filem hitam putih dan 548 negatif untuk filem berwarna.

Pusat ini juga menyimpan lebih dari 15,000 karya referensi (ulasan), kebanyakan sukar ditemukan di tempat lain, termasuk keratan akhbar, naskah drama, buku dan peraturan pemerintah. Yang lainnya, mencakup poster filem dan peralatan filem.

ARKIB PERTAMA

SI ditubuhkan oleh Misbach Yusa Biran, pengarah filem yang beralih membuat filem dokumentasi, dan Asrul Sani, seorang penulis naskah, pada 20 Oktober tahun 1975; Misbach sebelumnya mengwujudkan pusat dokumentasi di Institut Kesenian Jakarta pada akhir tahun 1970 setelah mengetahui banyak filem Indonesia yang hilang dari peredaran dan tidak adanya dokumentasi sinema dalam negera.

Dia membuat Sinematek seperti arkib filem yang dilihatnya di Belanda. Namanya sendiri diambil dari Cinémathèque Française di Paris.

Projek ini disambut baik Gabernur Jakarta, Ali Sadikin, yang membantu mendapatkan dana (bajet) dari Kementerian Penerangan. Ini adalah arkib filem pertama di Asia Tenggara, dan satu-satunya di Indonesia.

Sebagian koleksinya adalah hasil sumbangan dan sebagian lagi dibeli, secara langsung dari produsernya atau pemilik teater.

SI bergabung dengan Persekutuan Arkib Filem Internasional (Fédération Internationale des Archives du Film, atau FIAF) pada tahun 1977.

SI menjadi sebagian dari Yayasan Usmar Ismail pada tahun 1995. Tahun 2001, pemerintah pusat melarang semua pertubuhan tidak mencari untung termasuk arkib, menerima dana dari pemerintah; dana dari luar negara pun juga diberhentikan.

Keputusan ini membuat SI kekurangan dana dan keanggutaannya di FIAF terancam. Arkib ini hanya mendapatkan Rp. 17 juta setiap bulan dari Yayasan Pusat Filem dan Dewan Filem Nasional. Operasinya begitu perlahan hinggakan Misbach menyebut, SI mengalami 'koma'.

Pada tahun 2012, SI terus kekurangan dana; dari Rp. 320 juta yang diperlukan untuk mengoperasikan arkib secara berkesan, penerimaan bulannya hanya Rp. 48 juta.

17 pekerjanya digaji kurang dari Rp. 1 juta sebulan. Akibatnya, pengelolaan SI tidak berkesan. Ruang penyimpanan di bawah tanah memiliki penerangan yang tidak berfungsi dengan baik dan ada-ada tempatnya sudah berlumut dan berkarat. Bagaimanapun, pengendalian suhu dan kelembapan udaranya masih baik.

Sungguhpun, pemerintah Indonesia menganggarkan dana untuk membina bangunan baru, para pekerja arkib yakin usaha itu akan jadi sia-sia kecuali dana untuk pengelolaannya juga disediakan.

Meskipun berupaya mengrestorasi (dibaikpulih) filem "Lewat Djam Malam" karya Usmar Ismail tahun 1954, berhasil dilaksanakan – filem tersebut bersemut dan warnanya kabur – pendanaan dan pelaksanaannya dilakukan pertubuhan asing.

SI juga menyimpan "Tiga Dara" juga karya Ismail tahun 1958 di Belanda.

Untuk memperingati pelancaran kembali "Lewat Djam Malam" di panggung wayang pada bulan Jun 2012, SI membuat program Sahabat Sinematek untuk mempromosikan dokumentasi dan restorasi (membaikpulih) karya-karya filem Indonesia.



"Lewat Djam Malam" (Sumber: Kabari07)


"Tiga Dara" (Sumber: Pak Dhede Ciptamas)


"Darah Dan Doa" (Sumber: Forumlenteng)





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.