"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, September 14, 2012


SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU


Foto: OSMAN ABDULLAH
Teks: MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP


Segala-galanya Bermula Dari Sini...


NONA ASIAH



SA'ADIAH

Agak terperanjat juga saya apabila menerima bungkusan yang agak besar dan kemas dari Poslaju. "Siapakah gerangan yang menghantar?, tanya hati saya. Tengok alamat penghantarnya, dari Nusajaya, Johor Bahru.

Saya ada juga kawan di Nusajaya. Tetapi kebiasaannya kalau ada apa-apa perkara pun selalunya dia "call" saya terlebih dulu. Ini tidak.

Bagaimanapun, apabila saya buka, saya terpegun sebentar. Ia mengandungi banyak foto seksi selebriti kita (selebriti Malaysia) dan sedikit selebriti Indonesia (pelakon dan penyanyi). Bukan seksi seperti sekarang tetapi seksi cara dulu-dulu.

Ini kali kedua saya dikejutkan dengan bungkusan dari Poslaju. Dulu, seorang peminat FK (Ezza) menghantar buku "Nostalgia Filem Melayu Klasik" meminta saya membuat ulasan kerana terdapat banyak pencanggahan dalam buku tersebut.

Dalam surat (nota) yang dilampirkan, penghantar (Osman Abdullah) menulis:

Salam Encik Mustafar A.R., semoga bersama isteri (Zaini Yusop) sentiasa dalam sehat sejahtera.

Mungkin Encik Mustafar terperanjat menerima bungkusan ini. Dan saya merasakan tidak salah menghantarkannya kepada Encik Mustafar.

Pada pendapat saya keseksian artis dulu-dulu (tahun-tahun 50an, 60an dan 70an) seksi beradap sopan. Ada seninya. Seksi sekarang, tak tau pula macam mana saya nak terangkan.

Ilham untuk mengumpul foto-foto tersebut berpunca dari FK yang Encik Mustafar kelolakan, entri Nona Asiah. Ingat tak, apa yang Encik Mustafar tulis (caption) di bawah foto Nona Asiah itu?.

"Nona Asiah ditahun-tahun 50an. Seksi juga, ya!"

Kalau dilihat sambil lalu, tak ada apa-apa pun. Tetapi kalau ditenung lama-lama memang ada keseksiannya. Dan saya sangat bersetuju dengan caption yang Encik Mustafar tulis itu.

Ini bererti, bila mahu dilihat seksi tidak semestinya dedah tubuh hingga sampai separuh bogel atau tiga suku telanjang. Berpakaian seperti Nona Asiah itu pun, sudah boleh dianggap seksi malah lebih mengancam.

Kalau kena gayanya, berhijap pun boleh menjadikan seseorang itu kelihatan seksi.

Mula dari saat itulah, saya mengumpul foto-foto seniwati atau artis lama atau pun separuh lama, termasuk dari Indonesia, yang pada pandangan mata saya, yang boleh dianggap seksi.

Tak taulah macam mana pula dari pandangan sudut mata Encik Mustafar sendiri. Seksi ke tidak?

Foto-foto tersebut, saya re-shoot (re-photo) dari majalah-majalah dan akhbar-akhbar lama termasuk juga laman-laman web di alam maya serta juga blog FK sendiri.

Itu sebab ada di antara, kualitinya kurang memuaskan. Tetapi ok, dan boleh pakai.

Saya harap dapat sekiranya Encik Mustafar memuatkan dalam FK yang kini sudah saya anggap cukup popular kerana mengandungi banyak artikel menarik dan ada diantaranya pula sangat sukar diperolehi.

Dengan adanya penyiaran foto-foto seksi ini, saya menyangkakan hits (kunjungan) FK akan semakin bertambah ramai. Berkemungkinan ia akan mengatasi pageviews entri "Pergimu Takkan Kembali Lagi". Percayalah!

Itulah harapan saya, tetapi kalau tidak sesuai tidak mengapa, Encik Mustafar simpan sajalah. Mana tahu, jika boleh pula digunakan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Daripada saya, OSMAN ABDULLAH,
Nusajaya, Johor Bahru, Johor.

Begitulah nota yang tercatat. Dan hati pun berkata: "Boleh tahan, kreatif juga si Osman ni."

Agak menarik (sebenarnya saya pun sudah lupa), diantara banyak foto yang saya terima itu, ada beberapa foto yang saya ambil sendiri.

Contohnya, foto Noor Azizah. Ia merupakan foto poster bersama Hail Amir terdapat dalam majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) yang pernah saya kendalikan.

Saya masih ingat, foto Noor Azizah saya ambil di rumahnya di Taman Seputeh, Kuala Lumpur, pergi bertemankan Bahyah Mahmood, dan bersamanya ketika itu, Hail Amir dan Dayang Sulu.

Majalah tersebut ada saya simpan, tetapi bila saya selongkar dan cari tidak pula ditemui. Hilang. Ada yang minat, agaknya.

Begitu juga Rozzana, pelakon "Hapuslah Airmatamu", yang saya ambil foto-fotonya berlokasikan rumah Bahyah Mahmood di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Juga Dayang Sulu, S.Zamila dan Normah Yuzie.

Saya mengambil keputusan menyiarkan foto-foto sumbangan Osman Abdullah ini, sebab saya menganggapnya ia sebagai siaran ulangtayang (replay).

Ini kerana, foto-foto tersebut pernah tersiar di mana-mana (majalah dan akhbar) dan berulang-ulang kali, termasuk laman web Finas, Cinemamalaysia.

Apa yang istimewa, kreatif Osman Abdullah mengcrop foto-foto tersebut yang menjadikannya nampak begitu menarik (seksi), sedangkan foto-foto asalnya tidak ramai yang ambil peduli.

Mungkin ramai yang tidak senang foto-foto tersebut dipaparkan, tetapi itu hak mereka. FK hanya mengimbas kembali keseksian selebriti Malaysia dan Singapura dulu-dulu, tidak lebih dari itu.

Terpulang kepada setiap pengunjung menentukan ke arah mana mahu diletakkan. Seksi atau tidak seksi. Suka atau tidak suka.

Lagi pun kalau tidak terkumpul di sini (FK), ia tetap dan masih berlegar-legar di sana di sini dan di sinun (pinjam cakap P.Ramlee). Ertinya, sama saja. Tidak ada bezanya.






Tawaran istimewa bermula dari 1/2/2017 hingga 1/5/2017.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 1 APRIL 2017)
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 174,100
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 172,872
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 169,159
* SELAMAT PENGANTIN BARU 68,371
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 29,055







SIPUT SERAWAK




NORMADIAH







LATIFAH OMAR






SALOMA





SARIMAH





ZAITON






MARIA MENDO




HASHIMAH YON





NOOR AZIZAH




FATIMAH AHMAD





KASMA BOOTY


MARIAM





SALMAH AHMAD


SURAYA HARUN




ROSE YATIMAH





RAHMAH RAHMAT



DAYANG SOFIA



TEH FARIDAH



DAYANG SULU



S.ZAMILA



ANITA SERAWAK



NORMAH ZAINAL







NORZIE NANI

ROBERT REDFORD

YATI OCTAVIA

TUTI MUTIA



$US25,000 UNTUK NORZIE NANI BERBOGEL
Oleh Bahyah Mahmood



Bukan kepalang gembiranya hati Norzie Nani bila dia ditawarkan berlakon disamping seniman Hollywood jutaan peminat yang Norzie sendiri pun meminatinya selama ini, Robert Redford.

"Mula Norzie sendiri macam tidak percaya... mustahil! Norzie dapat berlakon dengan Robert Redford?" ujarnya dengan wajah
berseri-seri.

"Tawaran ini lahir dari mulut Ibu Tuti dari Indonesia, produser Tuti Mutia Film dimana Norzie suatu ketika dulu pernah tinggal untuk beberapa bulan dirumahnya sepanjang penggambaran filem "Semalam Di Malaysia" keluaran bersama syarikat kepunyaan Ibu Tuti dengan Shaw Brothers.

Dalam "Semalam Di Malaysia" Norzie memegang peranan penting sebagai gadis Indonesia disamping aktor penyanyi terkenal Indonesia, Sham Bambo, pencipta lagu "Kisah Seorang Biduan", satu-satunya lagu yang dipopularkan penyanyi di negara kita,
Dhalan Zainuddin.

Norzie yang baru pulang dari Jepun, yang dibelum itu singgah di Manila dan kemudian terus ke Osaka, Kyoto, Tokyo dan ke Taiwan, dalam perjalanan pulang Norzie singgah seminggu di Hong Kong, dan secara kebetulan dia bertemu dengan Ibu Tuti, lantas mengajak menginap nersamanya di Holiday Inn.

"Disinilah Ibu Tuti menawarkan Norzie berlakon!"

Filem keluaran terbaru Ibu Tuti ini diusahakan bersama dengan syarikat filem di Amsterdam dan Jepun.

Tajuk filem belum ada, tapi tiga watak penting ialah Robert Redford, seorang aktres Jepun berperanan Geisha dan seorang aktres samada Indonesia atau Malaysia.

Memang pada mulanya terlonjak-lonjak bila Ibu Tuti menyatakan Norzie akan berlakon disamping Robert Redford.

"Tapi alangkah terkejutnya Norzie bila Ibu Tuti memberitahu yang Norzie dikehendaki berbogel dakam satu babak bersama Robert Reford dibilik tidur..."

"Entah bagaimana tak sedar Norzie terpekik mendengar kata-kata Ibu Tuti itu... Oh, Norzie tak sanggup!. Mati Norzie nanti!...

"Ibu Tuti jadi bingung melihat telatah Norzie itu. Okeylah, Ibu tidak memaksa, terpulang pada Norzie. Kata Ibu Tuti.

"Kalaulah tidak kerana babak bogel itu, Norzie tidak akan menolak pelaung berlakon dengan aktor handsome itu," kata Norzie dengan nada kesal.

Norzie memuji sikap Ibu Tuti yang begitu berterus-terang kerana katanya, filemnya itu mengisahkan tentang wanita-wanita lesbian yang saling cinta mencintai dan melakukan hubungan jenis
sesama wanita.

Kata Ibu Tuti lagi, sebelum Norzie, dia telah menawarkan pada aktres Indonesia yang sedang meningkat, Yati Octavia.

Yati diizinkan suaminya berlakon dengan syarat dia akan menemani Yati sepanjang penggambaran filem tersebut yang akan dilakukan di Amsterdam, Belanda dan sebahagiannya di Jepun.

Ibu Tuti agak keberatan menerima syarat-syarat yang dikemukakan suami Yati itu. "Masakan seorang suami boleh tahan hatinya bila melihat isterinya dibogelkan oleh lelaki lain didepan matanya
sendiri?", ujarnya.

Sebenarnya, Ibu Tuti bimbang suasana penggambaran akan jadi kelam-kelibut, mana tahu, suami Yati tiba-tiba mengamuk pula.

Jadi dalam mencari-cari siapa pengganti Yati, Ibu Tuti teringatkan Norzie yang pernah berlakon dalam filemnya dulu. Norzie tentunya tidak ada problem kerana dia masih single!...

Tapi Norzie menolak tawarannya itu.

Norzie sendiri pada mulanya tidak menganggap serius tawaran Ibu Tuti itu. "Mungkin dia main-main atau pelawa-pelawa ayam saja," kata Norzie lagi.

Tapi sepulangannya dari Hong Kong ,Norzie sedikit pun tidak menyangka Ibu Tuti datang ke Kuala Lumpur dan terus menelefon dari hotelnya meminta Norzie datang menemuinya.

Sekali lagi Ibu Tuti meminta Norzie memegang peranan tersebut, dan kali ini dia menyebut bayarannya $25,000 (dolar Amerika), kira-kira 63,000 ringgit Malaysia.

Ibu Tuti berjanji filem itu tidak akan ditayangkan di Malaysia atau pun Indonesia, hanya tayangannya untuk Eropah saja. Begitulah pengakuan Ibu Tuti.

Terus-terang Norzie menyatakan: "Adalah suatu perkara mustahil untuk saya menerima peranan lucah itu..."

"Tapi saya menolaknya bukanlah disebabkan saya memikirkan saya masih mempunyai ibu-bapa atau pun saya hendak menjaga nama keluarga saya...

"Saya menolak semata-mata kerana imej dan maruah saya tergadai kerana wang, biar pun seratus ribu dicampakkan didepan saya."

Terus-terang kata Norzie, ada diantara teman-temannya menganggap dia bodoh menolak tawaran paling mahal itu, atas alasan filem tersebut tidak sampai ke Malaysia dan Indonesia.

"Tapi," tambah Norzie: "bukankah ramai orang Malaysia di Eropah dan akan pergi ke sana. Apa akan jadi sekiranya mereka menonton filem itu nanti?"

"Selain itu, yang Norzie bimbangkan nanti ramai pula orang-orang kita yang buat penerbangan ke Eropah semata-mata kerana nak lihat Norzie berbogel..." katanya sambil melawak.

"Kalau Norzie terima alamatlah Norzie akan terus menghilangkan diri di Eropah, tak berani Norzie menjejakkan kaki ke bumi
Malaysia ni lagi."

Norzie masih ingat lagi, ketika dia menghantar Ibu Tuti ke lapangan-terbang Subang, dia mengusap kepala Norzie lantas berkata pada beberapa orang teman disitu: "Anak ini bodoh, tidak mahu wang!..."

Tapi Norzie menjawab sambil ketawa: "Okey, Six Million Dollar Woman!..." Ibu Tuti ketawa mendengarnya. Dia tahu Norzie
hanya melawak.

# Artikel ini telah disiarkan dalam URTV pada 15 November 1976.







SOPHIA IBRAHIM




ROSNANI


SHARIFAH AMINAH




MARION WILLIS (Sumpah Orang Minyak)




KARTINA DAHARI



JULIE SUDIRO



UMMI KALTHUM


NORAN NORDIN


K.FATIMAH


MARIANI


JAH MAHADI



JUNAIDAH

NORIZAN

SHARIFAH HANIM

NORLIA RAMLEE

AZIZAH AZIZ (Sumpitan Rachun)

SITI HAWA MAJID (Orang Minyak)

NOR SABARIAH

ROSIAH CHIK

MARSITA

NURAINIMUTI (Angin Berpesan)

MURNI SERAWAK (Norlela)

MALA RATINA (Insaf)










SHARIFAH AINI



RAFEAH BUANG


UJI RASHID


SARENA HASHIM


NORMAH YUZIE


ROZZANA

ANITA JAAFAR

AZNAH HAMID

RINA RAHMAN

MARIA BACHOK

AZLINA AZIZ

ROSNAH ABDUL RAHMAN

NORA SHAMSUDDIN

WAN NORAINI

AZIAN YUSOF

NORAINI AHMAD DAUD

AYU

ROHANI WAHID

MELISSA SAILA

GAYA ZAKRY

TINI

FETTY ZUL

HAMIDAH WAHAB


RAJA NOR BAIZURA


MARIA ARSHAD



OGY AHMAD DAUD


SOFEA JANE


TIARA JAQUELINA


DAYANGKU INTAN

LYDIAWATI


CHRISTINE TEO

FATIMAH RAZAK


SALAMIAH HASSAN


NORMALA OMAR

RAHIMAH RAHIM

AZEAN IRDAWATY


NOOR KUMALASARI



SANISAH HURI


ZALIFAH IBRAHIM

ZIELA JALIL

JASMIN HAMID

RUBIAH SUPARMAN

JULIE REMIE

EFFA RIZAN

HELEN VELU

YASMIN

MONICA JONES

HASNAH HARUN

KAMALIAH LATIFF

HERDAWATI

SALIMAH MAHMUD

ROSE ISKANDAR


RINA KHAN

NANCIE FOO

HASNAH ALI

S.A.AISYAH

FARIDAH MANSOR





ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"



21 comments:

  1. khabarnya, fkm nak siarkan foto2
    seksi selebriti indonesia dulu2.
    bila agaknya, ya?
    kalau boleh encik mustafar
    percepatkan sikit.
    saya dah tak sabar nak tengok.
    harap2 ianya lebih hebat
    dibandingkan selebriti malaysia.

    drp: azhar suleiman, yishun, singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya hanya menunggu foto-foto
      tersebut yang dijangka dihantar
      oleh Osman Abdullah melalui e-mail.
      sebaik saja berada ditangan saya,
      saya akan siarkan secepat mungkin.
      sementara itu, bersabarlah...

      Delete
  2. masa saya sekolah menengah dulu, masa tu ada Majalah Kancil. Banyak menyiarkan gambar seksi artis masa tu. antaranya Dayang Sulu seperti 20a. majalah2 tu kemudian dibuang semasa kami pindah rumah setelah ayah pencen. sayan sekali. saya cuba mencari tapi sampai sekarang tak jumpa.ada kemungkinan gambar2 tu masih dalam simpanan?

    ReplyDelete
  3. sy rasa org dulu2 x kurang seksi nyer...klu artis sekarang sampai bogel dan x nampak seksi lagi nyer...alahai..harap2 sume dah insaf

    ReplyDelete
  4. dulu2 seksi xnampak sgt coz tv hitam/putih jer tp tv skang bulu lengan pn leh nampak

    ReplyDelete
  5. kalau tak orang dulu2 yg mulakan...,tak ade benda tu macam sekarang...lerr ni dah jadi trend plak....,tak seksi tak laku...

    ReplyDelete
  6. Suka layan gambar lama2..sangat klasik. Dari mekap ke fashion zaman dahulu. Terima kasih kerana berkongsi.

    - Peminat filem melayu lama, Kota Kinabalu Sabah.

    ReplyDelete
  7. Untuk pengetahuan seniwati normah zainal maseh ada dan menetap di singapura...sehat dan makin berisi cumanye beliau merahsiakan number telefon dan rumahnye..beliau dah tak mau lg dicari mungkin mau biasa2 je kehidupanye...penyanyi zainab huri yg memberitahu saya..t.kaseh

    ReplyDelete
  8. boley bg taw siapa artis wanita yang mati kemalangan di era 70an?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis wanita yg terkorban dalam kemalangan jalanraya di tahun 70an ialah Normah Yuzie..seorang artis yg kerap beraksi seksi di majalah hiburan walhal karier seni beliau tak sehebat mana,byk jadi pelakun tsmbahan.Al Fatihah utk allayarham...semoga Allah ampuni dosa-dosanya.Amin.
      -.A Dol,kg Tualang Tiga.

      Delete
  9. Peliharalah maruah wanita wanita Islam kita. Mungkin dulu mereka masih jahil tetapi sekarang banyak yg sudah berhijrah dan menutup aurah. Kasihanilah mereka saudara seagama kita kerana ada di antara mereka yg telah kembali ke rahmatullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tu..Knapa buka aib mereka..masa ni masih ramai yg jahil..byk jgk yg dh tiada..jgnla ditunjukkan dosa silam mereka...kesian..

      Delete
    2. dato' seri anwar ibrahim, bekas timbalan perdana menteri, bertahun-tahun kena aib, ada kau kisah. dan kalau artikel ini didelete, gambar-gambar tu dah bersepah-sepah dan sentiasa terawang-awang dialam maya. lagi pun foto-foto tu bukan fk yang 'create', memang dah sedia ada. cuma disiarkan atas inisiatif encik osman abdullah. apa salahnya disiarkan, itukan fakta. kalau takut dipukul gelombang, jangan berumah ditepi pantai - Norsha Nordin.

      Delete
    3. Ini juga boleh dijadikan iktibar kepada artis kini yang suka dedah sana dedah sini yang lebih teruk dari artis dulu-dulu. jangan pula 10 atau 20 tahun akan datang, ada pula kata aiblah dan peliharalah maruah, jangan siarkan. kalau takut dipukul ombak jangan berumah ditepi pantai.

      Delete
    4. Aib yang bagaimana tu Anon 7:25 pm?
      Puting tetek pun tak nampak.
      Bagi aku foto-foto tersebut menarik
      berseni dan klasik - Iqbal, Putrajaya.

      Delete
  10. Itu lumrah jadi artis..mesti seksi dan jelita.Tapi zaman sekarang ramai artis wanita dah berhijab dan bertudung.Pelakun pelakun wanita zaman dulu di era 60/70/80an semua tak bertudung kecuali filem berunsur islamik.
    -wak dojer,telok gonjeng.

    ReplyDelete
  11. Peminat2 zaman dulu reti menjaga lisan.. Erti kata sebenar.. Bukan macam zaman sekarang.. Memaki hamun dan meneraka kan orang Islam yang lain x tentu pasal.. Adakah neraka x layak untuk mereka juga? Kita bukan maksum.. Jaga lisan pandang diri sendiri..

    ReplyDelete
  12. Kisah dulu-dulu tiada salahnya untuk di kenang... kalau ada gambar... itu adalah sebagai nostalgia buat penggemar artis-artis dahulu... bila melihat gambar-gambar artis2 dahulu... kenangan semasa kecil muncul kembali... kita akan teringat zaman semasa mereka sedang popular melalui majalah-majalah hiburan yang sudah tiada di pasaran... kadang-kadang kita teringin melihat kembali majalah-majalah tersebut... artis-artis dahulu memang berbakat jika nak dibandingkan dengan artis-artis zaman sekarang yang plastik... kadang-kadang macam meluat pulak nak tengok artis2 zaman sekarang ni...

    ReplyDelete