"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, September 1, 2012


STATISTIK FILEM KLASIK

YANG BERAKHIR PADA 31 OGOS 2012
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

2. MERDEKA FILM PRODUCTIONS

3. JULIE FARIDAH

4. A.R. TOMPEL

5. FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-24

6. SELAMAT PENGANTIN BARU

7. GELORA

8. CATHAY KERIS FILM

9. NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK

10. SELENDANG DELIMA

SATU rekod FKM sudah tercatat, apabila pageviews (lihatbaca) dalam sehari menerima kunjungan (hits) 401 pada 15 Ogos 2012. Ini diikuti pula tempat kedua 366, 9 Ogos 2012 dan ketiga 357, 14 Ogos 2012.

Sungguhpun kunjungan tidak mencatatkan sampai beribu-ribu atau berjuta-juta dalam sehari seperti laman-laman web yang lain, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (melebihi 300 sehari) sudah memadai buat saya.

Ini bererti, tujuan dan sasaran saya kini telah tercapai dengan baik walaupun dalam jangka masa (mula aktif pada 9 Mac 2011) baru saja (lebih kurang), 1 tahun 6 bulan.

Perkara menarik berlaku sejak akhir-akhir ini ialah, bertambah banyaknya komen di ruangan komen. Paling ramai yang memberi komen artikel "Selamat Pengantin Baru" 82 (termasuk reply), dikira setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Ogos 2012 (ketepatan waktu Malaysia).

Tempat kedua, "Pergimu Takkkan Kembali Lagi", 38 komen. "Cinta Dan Lagu" dan "Gelora" ditempat ketiga, 18 komen.

Begitu juga e-mail, semakin bertambah banyak saya terima. Ramai yang meminta saya terus mengendalikan (jangan abaikan) Filem Klasik Malaysia (FKM) dan memberi cadangan itu dan ini yang kesemuanya berada dalam perhatian dan pertimbangan, dan akan dilaksanakan secara beransur-ansur sekiranya kesihatan saya mengizinkan.

Di antara begitu banyak e-mail yang saya terima, satu yang cukup menarik hati saya datangnya dari Wan Farid Wan Ismail yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Beliau dengan begitu berani mencadangkan supaya laman web Sinemamalaysia yang dikendalikan oleh Finas ditutup. Ini kerana, menurut Wan Farid, berlakunya percanggahan dan kesilapan fakta yang lebih banyak mengelirukan pembaca daripada memberi manfaat.

"Sinemamalaysia tidak sesuai dijadikan tempat rujukan terutama mengenai perkembangan sinema Malaysia dulu, kini dan selamanya," kata beliau.

Wan Farid juga menambah: "Sungguhpun Filem Klasik Malaysia dikendalikan oleh Sdra Mustafar secara individu, tetapi saya lebih yakin kepada Sdra mengenai perkembangan sinema Malaysia berbanding Senimamalaysia Finas terutama dari segi kesahihan dan tepatan fakta."

MEREKA TIDAK PRIHATIN

Sebenarnya, saya banyak menerima rungutan dan komplen mengenai Finas dan Sinemamalaysianya ini, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Bak kata orang: "Siapalah saya."

Sepatutnya, Wan Farid meng-email terus kepada Ketua Pengarahnya, Mohd. Naguib Razak, meminta beliau memperbaiki kelemahan Sinemamalaysia itu. Sekiranya tidak mampu, bolehlah dicadangkan supaya ianya ditutup saja.

Sebenarnya, saya pernah juga menegur dan mencadangkan kepada seorang pegawai kanannya (juga teman baik saya) supaya dilakukan perubahan terhadap Sinemamalaysia supaya lebih berintergriti, namun bak kata orang tua-tua: "Seperti mencurah air di daun keladi".

Pada hemat saya, petugas-petugas (pengendali Sinemamalaysia) di Finas itu tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada sinema Malaysia. Mereka sekadar makan gaji (bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang), itu saja.

Mereka tidak prihatin terhadap apa yang berlaku kepada dunia seni terutamanya sinema Malaysia. Banyak kelemahan, tetapi tidak pernah diperbaiki. Banyak kekosongan, namun tidak pernah diisi, padahal sumber dan bahan mudah diperolehi.

Kajiselidik tidak pernah dibuat, mereka hanya kopi (copy) sana, salin (paste) sini, itu saja kerja mereka. Tidak berkreatif, tidak berinovasi.

Saya kini berumur 69 tahun, dan sudah tidak berkemampuan lagi terutama berdepan dengan komputer. Kalau tidak, saya ingin menawarkan diri kepada Finas (tanpa dibayar gaji) untuk membaikipulih Sinemamalaysia yang kini, nampaknya berjalan dalam keadaan tempang dan pincang yang boleh dianggap kronik.

Kalau Finas dan Sinemamalaysia bukan agensi Kerajaan, saya tidak ambil peduli. "Lantaklah," kata orang. Tetapi, ini Kerajaan yang punya, seharusnya berintergriti (ertinya bermaruah) dalam menyampaikan maklumat lebih-lebih lagi ianya menggunakan duit (dana) rakyat.

Di peringkat awal penubuhan Finas, saya adalah di antara salah seorang yang turut terlibat tentang kewujudannya. Justeru itu, sudah tentulah saya ingin melihat Finas melaksanakan sesuatu (terutamanya filem) dengan baik dan sempurna.

Apa pun, kalau tidak juga dibaikipulih (sekiranya Wan Farid meng-email ketidakpuas hatinya kepada KP Finas) dan tidak ditutup (masih lagi dengan lagu lama juga), "biarkan Finas dan Sinemamalysianya terjun dengan labu-labunya", dan "biarkan juga sejarah sinema (filem) Malaysia menjadi tunggang langgang dan lintang pukang".

Pengisian FKM masih banyak dan bertimbun, perjalanan masih jauh dan panjang untuk mencapai sasaran dan tujuan. Hanya perjalanan saya saja, yang mungkin tidak jauh dan tidak panjang. Bila-bila masa saja, akan ternoktah.

Agak menarik artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, melonjak naik begitu cepat sekali apabila catatannya pada jam 12.00 tenggahmalam 31 Ogos 2012 sebanyak 2465 pageviews, dan menduduki tempat ke-1 dalam senarai artikel popular FKM.

Artikel "Merdeka Film Productions" (18 April 2010) menduduki tempat ke-2 dengan 1098 pageviews, dan "Julie Faridah" (28 Januari 2012) menerima 1031 pageviews dan menduduki tempat ke-3.

Malaysia, terus mengukuhkan kedudukan di tempat ke-1, menerima 43651 lihatbaca, dan diikuti Singapore dengan 7123 pageviews.

Lihatbaca (pageviews), 6 negara terbaik, setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Ogos 2012;

1. Malaysia 43651 (33036)
2. Singapore 7123 (5993)
3. United States 1624 (1300)
4. Russia 1381 (803)
5. Indonesia 1293 (1040)
6. Brunei 1060 (753)

* Keseluruhan lihatbaca: 61096 (46121)
Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 12.00 tengahmalam 30 Jun 2012.

Lain-lain negara;

7. Philippines 8. Germany 9. United Kingdom 10. Australia 11. Canada 12. Egypt 13. Saudi Arabia 14. Sweden
15. France 16. Belgium 17. Azerbaijan 18. India 19. Vietnam 20. Brazil 21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia
25. Croatia 26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman 30. United Arab Emirates 31. Italy 32. Belgium
33. Switzerland 34. Barbados 35. Uruguay 36. Spain
37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherland 40. Ecuador
41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey
45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece
49. Bangladesh 50. China 51. Cyprus 52. Bolivia
53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania
56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic
59. Bahrain 60. Poland 61. Romania 62. Ireland
63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru
67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania 71. Myanmar
72. Norway 73. Guam 74. Romania dan 75. Burnika Faso.

Negara baru:

76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Egypt 79. Kazakhatan
80. Iran 81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine
88. Bosnia And Herzegovina dan 89. Afghanistan.

Ini bermakna, 89 negara di dunia (termasuk Malaysia) telah berkunjung ke blog FKM, satu pencapaian yang cukup baik dan sangat memerangsangkan.

Pageviews kepada artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;

1. Pergimu Takkan Kembali Lagi 2465 (817)
2. Merdeka Film Productions 1098 (861)
3. Julie Faridah 1031 (739)
4. A. R. Tompel 750 (740)
5. Festival Filem Asia Pasifik Ke-24 527 (515)
6. * Selamat Pengantin Baru 508
7. * Gelora 489
8. Cathay Keris Film 468 (456)
9. Nostalgia Filem Melayu Klasik 423 (358)
10. Selendang Delima 421 (403)

* Baru masuk/masuk semula dalam senarai.

Terkeluar dari senarai;

1. Poster Filem Klasik Malaysia
2. Ahmad Mahmud
3. Miss Universe

Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Ke-1: 15 Ogos 2012 - 401 lihatbaca
Ke-2: 9 Ogos 2012 - 366 pageviews
Ke-3: 14 Ogos 2012 - 357 lihatbaca

Pengikut;

Bertambah 8, menjadikan 43. Terima kasih kepada antaranya Khairudin Yusop, Rahmat Abdul Aziz, Bung Muzaffar, Faliq Al-Sani, Inspiring Always dan Rahman D.


# Akan diupdate sekali setiap 2 bulan.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?

LEILA MAJNUN
filem pertama malaysia berbahasa melayu


MUTIARA
filem melayu shaw brothers yang pertama

10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJANG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___



















br />
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








8 comments:

  1. Salam sejahtera
    En. mustafar A.R yang budiman
    Tahniah diatas rekod terbaharu FKM
    Bagaimanapun saya minta maaf terlebih dahulu
    Nak tanya satu soalan agak sensitif.
    Apa sudah jadi projek untuk mengcolorkan
    Filem Semerah Padi P. Ramlee ?
    Lama benar rasanya tak dengar updatenya?
    Bila senyap je jadi teka teki pula!
    serta timbul juga beberapa persoalan.
    Ada masaalah ke? kalau ya,
    memang sudah dijangkakan !
    rasanya bukanlah masaalah kewangan
    munkin juga bukan kerenah birokrasi Finas
    (dah teruk kena hentam dgn en mus)
    tetapi filem ini sudah dikira dibuat
    diluar negara Malaysia dan munkin ada
    campurtangan pihak ketiga?, tangan ghaib?
    Apa kata colorkan saja
    Filem keluaran Merdeka Studio
    Kanchan Tirana arahan seniman agung kita juga.
    Lagipun itulah hasratnya yang diceritakan
    munkin sambutan tidak sehebat semerah padi
    Sekurang2 ada rekod filem hitam putih yg dicolorkan
    Kalau filem yang dikira dibuat di Malaysia oleh
    Studio yg ditubuhkan di Malaysia tak boleh juga
    tak tahu apa lagi nak cakap.
    Merdeka !, Merdeka !, Merdeka !
    hanya laungan kosong
    dan tidak ada makna.
    hanya dibibir tapi bukan dihati
    ANAK KUCING BERTANDUK

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapannya.
      shaw brothers tak bagi color.
      itu saja. sebabnya, tak tau.
      shaw brothers pun tak bagi tau.
      nak minta kerajaan campurtangan
      politik sedang bergolak.
      oleh itu, tunggu pru13 selesai,
      kemudian kita bertindak semula.

      Delete
  2. Syabas kepada
    en. Mustafar dan saudara Wan Farid
    Kerana berani mengkritik sinema Malaysia
    atas kelemahan mereka
    Kita mahu ramai lagi para penghujung
    FKM yang tampil kehadapan memberi sumbangan dan pandangan memperbaiki sinema Malaysia
    sebenarnya Sinema Malaysia adalah hak kita semua.
    Pegawai2 yang mengendalikannya adalah
    pemegang amanah saja kerana gaji mereka
    dibayar oleh kita semua pembayar cukai
    Munkin mereka ingat kerajaan bayar gaji
    mereka dgn mencetak duit saja macam
    duit zaman jepun cap pokok pisang tu.
    Kerajaan hanya jadi agen kita
    menyalurkan sebahagian dari wang
    kita untuk membayar gaji mereka pula.
    Kalau tidak mampu atau malas, berhenti
    saja termasuklah ketuanya
    Kerana ada beribu2 siswazah yang menganggur
    untuk mengisi tempat mereka yang dikosongkan.

    MASUK ANGIN KELUAR ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.
      kerana menyokong
      wan farid dan saya.
      kita tunggu pru13 selesai.
      jika sinemamalaysia
      tak buat perubahan,
      macam lagu lama juga.
      kita protes ramai2
      atau hantar memo
      kepada ketua pengarahnya.

      Delete
  3. Assallammualaikum..Blog saudara amat menarik ..senang senang boleh dapat hits beribu ribu sehari kalau kena promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.
      bagi saya, lebih 300 sehari
      hits kini sudah mencukupi.
      dulu, mula2 fkm wujud
      nak dapat 50 hits pun susah.
      saya pasti, menjelang 2013
      hitsnya akan mencapai 500 sehari.
      insyaalah.
      jangan lupa "pontianak" akan
      muncul september atau oktober ini.

      Delete
  4. Kita berharap orang2 di Finas dapat menerima teguran kita sebagai kritikan membina dengan hati yang terbuka pula. Kalau bagus tentu orang tak kritik malahan memuji pula.

    Kita bukan macam orang politik membuat kritikan dengan mencari kelemahan orang lain untuk menaikan nama mereka pula. Bila dipilih mereka pun 2 x 5 saja malahan ada yang lebih teruk dari dulu pula. Tetapi kritikan orang politik pula lebih berkesan dari orang biasa. Itulah lumrah alam.

    Kalau ada kritikan kita yang melampau kita memohon maaf terutama di bulan shawal ini. Mana yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kita semua.

    MASUK ANGIN KELUAR ASAP & GILA TALAK

    ReplyDelete
  5. Bukan saja FKM hentam Finas.
    Azalina Othman pun hentam Finas.
    Malah, PAC pun akan panggil Finas untuk siasatan.
    Sekarang, mahu ke mana Finas?

    - Ananda, Kuang, Selangor.

    ReplyDelete