ANUGERAH ATAU SUMPAHAN?
Di Kedalikan Bersama:
Zaini Yusop & Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
KRU STUDIOS Mempersembahkan "29 FEBRUARI" Di Bintangi JOJO GOH REMY ISHAK IZZUE ISLAM Di Bantu FIZZ FAIRUZ MUNIFF ISA CHEW KIN WAH MARGARET GAN RAMLI HASSAN DIAN P. RAMLEE NAMRON ADLEENA NORDIN RIZ AMIN WAN HANAFI SU CHEW KIN WAH TING TI CHAN Cerita AMIR HAFIZI Lakonlayar EDRY ABDUL HALIM Pengarah Fotografi MOHD. NOOR KASSIM Pengarah Seni BLACK Penyunting ZACK Musik & Lagu EDRY ABDUL HALIM Penerbit Ekserkutif EDRY ABDUL HALIM YUSRY ABDUL HALIM Penerbit NORMAN ABDUL HALIM Pengarah EDRY ABDUL HALIM
Mula ditayangkan: 30 Ogos 2012
Masa tayangan: 104 minit
Perbelanjaan: RM 3.5 juta
SINOPSIS___
Cerita mengisahkan kehidupan Budi (Remy Ishak) yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896, dan hanya dimamah usia empat tahun sekali.
Dengan fenomena yang ganjil itu, keadaan fizikal Budi terbantut dan menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan itu sebagai satu badi sumpahan.
Pada hal, apa yang dialami Budi sendiri dianggap satu anugerah Tuhan untuk dia hidup lebih lama dan berpeluang melihat pelbagai dekad transformasi negara ini dari Tanah zaman Melayu kepada Malaya dan akhirnya menjadi Malaysia yang bebas merdeka.
Malah Budi juga menempuh babak-babak cemas yang berlaku dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pun begitu, masa yang seolah-olah tidak berganjak buat Budi menyebabkan dia sering merasai kehilangan mereka yang disayanginya.
Menetap di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya, Razak (Izzue Islam), yang cacat penglihatan, Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik bersejarah negara.
BERKENALAN DENGAN LILY
Malah, dia mula mengenali erti kebahagiaan dan percintaan sebaik berkenalan dengan Lily (Jojo Goh), seorang gadis Cina berusia 16 tahun yang sangat ceria. Lily, seorang yang periang dan suka berdikari.
Ini membuatkan Budi selesa di sampingnya kerana dapat menjadi diri sendiri di depan Lily. Apapun, Lily sangat meminati bidang seni dan mahu menjadi anak seni.
Namun, impian itu mendapat bantahan daripada ayahnya yang menginginkan Lily menjadi pendidik.
Dari tahap ini, "29 Februari" bergerak menjadi lebih menarik.
Apakah hubungan percintaan antara Lily dan Budi akan berpanjangan dan diterima keluarga? Bagaimana Lily perlu berdepan dengan keadaan fizikalnya yang lambat dimamah usia?
SEPERTI DULU (Forteen)
JAGALAH DIRI (Jaclyn Victor)
KELIP-KELIP (Remy Ishak)
(Sumber: KRU)
KELIP-KELIP
Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku cuba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika purnama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Menyinar bagai kelip-kelip
LAGU-LAGU___
1. KELIP-KELIP (Remy Ishak)
2. JAGALAH DIRI (Jaclyn Victor)
3. SEPERTI DULU (Forteen)
Lagu & Lirik: EDRY ABDUL HALIM
Filem tulisan Amir Hafizi dengan arahan kedua Edry mempunyai sesuatu. Secara rumusan, suatu filem drama-romantis seorang jejaka yang tidak tua-tua (atas sebab sumpahan, mendekati tetapi tidak sama dengan elemen "Forever Young" dan lebih mendekati "The Legend of 1900") menelusuri sejarah Tanah Melayu-Malaya-Malaysia (tanpa Sabah dan Sarawak, 'unfortunately') yang dibumbui dengan unsur amat ke'Disney'an dengan saturasi warna-warna garang dan separa tanah (secara tidak langsung, merupakan antara warna-warna Jalur Gemilang).
Filem ini, buat aku, lebih baik daripada "Magika" dalam merendesi babak lagunya (filem ini separa drama, separa musikal). Hal berkenaan "musikal" ini mungkin akan dijanggali para penonton (secara peliknya, aku tidak merasa janggal, mungkin kerana sudah terlalu banyak filem musikal Barat yang aku dah tonton).
Filem ini sebenarnya banyak merujuk persembahan Opera Barat yang berbentuk tragedi, yang sememangnya jauh daripada budaya kita, kerana lagu balada yang tiba-tiba terkeluar dari mulut pelakon, khusus pada babak mendekati klimaks.
Hal ini adalah kerana, institusi filem Melayu era Jalan Ampas tidak pernah menyampaikan gaya sebegini (detik tragedi dengan kumandang lagu ala musikal) dan mungkin perkara ini agak baru untuk penonton kita, hanya mungkin, babak-babak ini memerlukan pemikiran (dan jiwa) yang lebih terbuka.
Ramai pengulas yang aku jumpa tersilap menyatakan bahawa filem ini "hanya sebuah kisah cinta". Tidak, filem ini yang mengambil semangat alang-alang lurus bendul, Budi lakonan Remy Ishak (yang akan mengingatkan kita dengan "Forrest Gump").
Bercinta dengan Lily (lakonan sangat baik Jojo Goh, wanita ini ada sesuatu yang menarik untuk kita lihat) merupakan satu fabel (kau akan teringat akan Giuseppe Tornatore untuk "The Legend of 1900") yang bercerita tentang "Apa itu Malaysia".
Kau akan bertemu dengan pelbagai isu yang menyelusuri Malaysia dan "daripada apa ianya diperbuat", pertelingkahan kaum (dan keharmonian di antaranya), Melayu subsidi, ketuanan Melayu, Melayu Baru, meritokrasi, harmoni sesama kaum, dan Generasi Y sebagai contohnya (aku malas nak nyatakan, korang carilah sendiri).
Aku suka dengan percubaan mata "wide eyed" Remy, sang jejaka "innocent" yang melihat (untuk kita) apa makna tanahairnya dengan mata yang begitu lurus, dengan kata-kata yang begitu tulus dan perbuatan yang begitu terang.
Dari matanya, kita menyedari banyak keindahan, juga kecacatan tanahair kita, dilakukan tanpa banyak "kesakitan" tetapi ria, tenang dan menyentuh; dan paling penting - tanpa menghakiminya.
"Percintaan"nya dengan Lily hanya merupakan "destini" yang dia harus tuju, dengan "janji"nya yang kukuh (serta lurus bendul), "matlamat"nya (maksudnya, perkahwinannya; disamakan dengan matlamat menuju Wawasan2020 Dr. M, contohnya) yang akan "sampai" atau "tidak" sebenarnya ditentukan oleh penontonnya, yakni Generasi Y (yang diwakili sekumpulan anak-anak pada akhir cerita).
Lantas, barulah "jam loket" yang selamanya "mati" (ingat Remy yang tidak berusia berkait dengan jam ini!) boleh "bergerak semula" tiba-tiba, menandakan "detik" untuk kita pula "menjalankan kehidupan" di atasnya.
Ya, itulah sebenarnya. Dan unsur-unsur yang digunakan oleh Edry dan Amir mencuitkan, serta menyentuh. Khususnya, kunang-kunang dan istilah rama-rama dan kepompong, menampilkan bagaimana "muda"nya sebenarnya negara kita bertatih, tetapi terus sahaja ia bergerak untuk hidup dan mengukuhkan dirinya.
Lagu-lagunya amat menyentuh dan gemilang dalam filem ini, antara kekuatan utama filem ini, baik runut bunyi okestra (aku mahukan CD runut bunyi berokestra dan bukan dialog pelbagai seperti yang diberikan pada malam pratonton itu, satu lagi contoh memaparkan para produksi belum yakin penonton kita dapat menghargai lagu okestra sebaik ini) serta lagu-lagu musikalnya.
Jika diteliti dengan halus (dan wit), yang mula-mula kita menganggapi bahawa lagu yang dinyanyikan hanyalah "kisah cinta" menjadi lain pada akhir filem dengan korus ala nyanyian patriotik, yeap, sesungguhnya lagu ini berkenaan "kasih sayang terhadap tanahair" yang sengaja dibayangi dengan kisah kecintaan.
ANTARA KEINDAHAN FILEM
Aku suka Izzue Islam dalam filem ini (walaupun mungkin dia tidak dapat menang hadiah), dia melakonkan watak sahabat handai Remy yang amat baik, cukup untuk detik lawak dan masih poignant, babak-babak bersamanya adalah antara keindahan filem ini.
Seni pengarahannya juga sederhana baik dan suatu pencapaian tersendiri, khusus dalam percubaannya "membinaan" era demi era dengan susunan kelengkapan dan latar yang menghidupkan alam era itu.
Menariknya, pembukaan filem ini dibuka dengan suatu pandang dan air yang luas, bukan sahaja menampilkan "asas" ruangnya, tetapi pemaknaan "tanahair" (dan langit yang dijunjung) sebagai perkaitan filem patriotisme yang tidak perlu terlalu didaktik menampilkan suara mengajarnya.
Babak percubaan menampilkan Stadium Merdeka seperti suasana 31 Ogos 1957 dan khususnya Pawagam Coliseum memang amat dipuji. Babak perubahan fesyen dan rambut Remy juga amat mencuitkan dan menyampaikan nostalgianya dengan baik.
Aku setuju jika filem ini menominasi senarai pendek Anugerah Solekan Terbaik dan Anugerah Pengarahan Seni Terbaik buat FFM akan datang nanti.
Sebenarnya, ada beberapa perkara yang aku persoalkan juga. Ada satu babak, apabila Remy rasa "hilang arah" khusus kerana mendepani realiti "perhubungan"nya, dia "tercari-cari" sesuatu di rumah lama kolonial jagaan ayahnya, lantas kelihatan cahaya putih secara tiba-tiba.
Hal ini dipersoalkan, bagaimanakah ia boleh berlaku? Hal kecil ini melemahkan kesinambungan filem ini. Seharusnya Edry mengikatkan dengan teguh lagi perkaitan tahi bintang, jam dan kunang-kunang dengan Remy, untuk mewujudkan semangat yang lebih realisme magis (lantas berkait dengan dirinya yang tidak boleh tua-tua itu).
Unsur-unsur ini bolehlah dimainkan dan dimainkan lagi (contohnya, kunang-kunang itulah yang membawanya ke bilik di mana tersimpannya geran tanah wasiat ayahnya) untuk meyakinkan kita.
Malah, filem ini mempunyai beberapa masalah suntingan dan syot. Ada satu babak, Budi yang kecil (zaman 1941) berjalan dengan ibunya di tengah pekan yang tiba-tiba dibom jet perang Jepun (tidak ada siren?), lantas tiba-tiba Budi keseorangan dan ibunya hilang!
Babak selepas itu, ibunya tiba-tiba muncul sebelah-menyebelah ayahnya di depan askar dan kempetai Jepun! Babak itu pula berlaku di rumah agam kolonial yang "dimohon dijaga" oleh seorang pegawai Inggeris, tuan kepada ayah Budi.
Hal ini mencelarukan. Khusus dalam susunan latar dan geografi ruang filem dan hal ini tidak disusun baik oleh Edry, penulis skrip dan penyunting. Hal ini, perlulah Edry belajar daripada Syafiq Yusof yang begitu memahami susunan latar ruang dan kesinambungan dalam "SAM".
REMY BERJABAT TANGAN
Ada satu babak, Remy berjabat tangan dengan Dr. Mahathir pada hari perasmian kereta Proton Saga melalui Jambatan Pulau Pinang. Untuk apa? Untuk apa babak ini dilakukan selain daripada menampilkan teknologi sama seperti Forrest Gump menjabat tangan Kennedy (yang lebih fungsional sikapnya)?
Syot dan penggambaran merupakan kelemahan utama filem ini, kebanyakannya tidak bermaya dan amat mementingkan pewarnaan saturasi yang kadang-kala terlalu "gembira", terlalu kuat untuk dirasa, dan ditakuti menampilkan keplastikan.
Babak-babak CGI kemasukan imej lama dengan gambaran filem boleh diperbaiki lagi, dengan rendesi yang agak kasar atas layar putih besar (mungkin tampak elok dalam monitor komputer), khusus pada babak Hari Kemerdekaan yang sepatutnya menampilkan "magikal"nya. Magisnya tidak sampai dukacitanya
Dengan hal-hal ini, aku tidak tahu jika versi 3D (aku menonton 2D) lebih menonjol dan mencemerlangkan layarnya.
Suatu lagi, kumpulan penggambar Edry perlulah belajar untuk mengambil syot-syot yang lebih kuat, lebih menampilkan "sinema" sepertimana yang dilakukan dalam filem Syafiq Yusof, Dain Said, Bernard Chauly, Kabir Bhatia dan Effende Mazlan/Fariza Isahak.
Penggambaran dalam filem ini masih kelihatan seperti telefilem Cerekarama dan belum mampu menampilkan semangat "epik" yang sepatutnya disampaikan (sepertimana 10 minit awal filem ini yang cantik dilakukan).
Kemungkinan ini masaalah kamera digital yang harus dicari cara penyelesaiannya (tetapi aku yakin para pembikin yang rajin dan kreatif akan lebih menyampaikan yang lebih baik). Hanya babak pertemuan ayah Lily dengan Budi di kedai gunting rambut menampilkan imejan wayang yang indah, ditelekuni dengan drama yang amat berkesan sekali.
Filem ini mungkin ada cacat-celanya, tetapi secara keseluruhan dan khusus penceritaan, ia masih berbaloi, malah senang dihadami kerana sikap Disney yang dipakai (yang kalian namakan "komerisal" itu) untuk menyampaikan maksud tersirat yang dalam, dengan keseimbangan drama, melodrama, komedi, musikal yang baik dan terkawal.
Jauh meninggalkan filem Melayu yang tidak ada kandungan yang mencabar akhir-akhir ini (kecuali beberapa seperti "Songlap", "Chow Kit" dan "Bunohan").
Menonton filem ini, memberi sesuatu kepada aku. Satu pengalaman yang cukup manis dan menghiburkan.
ULASAN FK___
Pengambilan artikel (ulasan) Fadz mengenai filem "29 Februari" adalah sebagai langkah permulaan menyahut sebegitu banyak e-mail yang saya terima mahukan FK memuatkan juga filem-filem terkini disamping filem-filem klasik yang menjadi matlamat (tujuan) utama.
Menurut Azizah Aziz dari Singapura: "Pada hemat saya FK sudah popular dan diminati ramai kerana corak persembahannya yang menarik disamping fakta-fakta cukup meyakinkan.
"Kerana itu, FK juga sepatutnya memasukkan juga kegiatan-kegiatan filem-filem Melayu terkini disamping mengimbas kembali filem-filem lama yang sudah dianggap klasik."
Kalau sudah begitu, apakan daya. Terpaksalah saya memulakannya - bermula dengan filem "29 Februari".
Saya sudah sekian lama mengikuti blog TontonFilem yang dikendalikan oleh Fadz, dan telah membaca dan menilai banyak ulasan dan komennya mengenai filem-filem Melayu terkini, dan juga filem-filem luar negara.
Dalam penelitian saya, Fadz mempunyai pontensi yang cukup besar sebagai pengkritik filem yang baik, sekiranya (sekali lagi sekiranya), beliau dapat memperelokkan lagi cara pengolahan, gaya bahasa dan pembahagian para.
MENJADI PENGKRITIK FILEM
Saya dapati para (paragraf) Fadz terlalu panjang, sesak nafas saya bila membacanya. Apakah ini satu trend pengkritik filem terkini? Tidak pula saya tahu. Kalau ya, patutlah diubah.
Dari segi ilmu filem, nampaknya Fadz mempunyai pengetahuan luas mengenainya. Ini cukup baik, sekiranya beliau ingin maju dan menjadi pengkritik filem yang dihormati dan disegani ramai.
Oleh kerana tertarik dengan ulasannya ("29 Februari") dan persembahan filem tersebut (oleh Kru Studios) pun boleh dianggap luar kebiasaan (termasuk adanya 3D) walaupun diciplak dari beberapa filem Barat, saya pilih dan muatkan dalam blog ini (tanpa izin Fadz kerana e-mailnya tidak berfungsi) untuk kita kongsi bersama.
Penyiaran merupakan artikel Fadz yang original, kalau ada pun perubahan hanya sedikit saja iaitu ejaan dan pembahagian para. Yang lain tetap sama.
Saya belum menonton filem "29 Februari" ini, apabila sudah nanti saya cuba memberi ulasan (itu pun jika saya termampu), atas kapasiti saya sebagai pengendali blog FK, untuk mendapatkan rumusan konkrit, dan juga, apakah ada pertentangan idea (komen) antara saya dengan Fadz?
Selamat membaca, menilai dan memberi komen.
JAWAPAN FADZ KEPADA FK (E-MAIL)___
Assalamualaikum Saudara Mustafar.
Pertama sekali, terima kasih kerana memberi pujian kepada perjuangan dan hasil kerja saya selama ini.
Atas sebab pengambilan bahan, saya tidak ada masalah kerana dunia maya sememangnya diciptakan sebegitu rupa dan apabila Saudara mengkreditkan rujukan asal (citation), itu sudah mencukupi.
Untuk makluman Saudara, laman sesawang Cloud Fable turut melakukan hal yang sama untuk beberapa buah ulasan filem saya.
Saya hanya terpanggil untuk berbicara berkenaan gaya perenggan (bahasa Melayu kita panggil perenggan, bukan paragraph, para) dan pengolahan bahasa yang Saudara tegur/ulas.
Saya mengaku, penulisan saya jauh daripada mencapai standard yang sepatutnya dalam penulisan rencana.
Tetapi penyusunan, gaya bahasa dan larasnya, sebenarnya punya agenda yang tersendiri yang saya sengajakan.
Saya menganggap ruangan blog, khusus di maya, walaupun "dikongsi" merupakan susunan gelintar ataupun wadah yang datang "dari hati nurani" peribadi penulisnya.
Saya mengaplikasikan penggayaan arus kesedaran (stream of consciousness) yang sememangnya, penulisan (daripada aliran sastera) yang menampilkan "apa-apa sahaja yang terlintas termasuk emosi yang dicurahkan atas teks".
Penulis seperti Virginia Woolf dan James Joyce menampilkan penggayaan ini dengan berkesan, dengan melangkau fungsi perenggan dan kadang-kadang tanda baca (kerana perasaan dan pemikiran itu tidak berhenti dan terus bernadi).
Oleh sebab itu, penulisan dalam blog saya dilazimkan sebegitu rupa, dengan penggunaan kata ganti diri "Aku", bahasa rojak, perenggan panjang, ayat berangkai dan melanggar tanda baca, sepertimana kenyataan Reinaldo Arenas, penulis yang paling saya gemari:
"Kata-kata yang keluar itu seperti air, air yang turun menitis seperti hujan, beribu-ribu titisan melanggar atap, yang kemudiannya meluncur ke tanah-tanah, sungai-sungai lalu membentuk air melimpah, melimpah, meruah, tanpa batasan lagi."
Maka saya mohon maaf saya tidak dapat mengikut cadangan saudara berkenaan "mengawal perenggan" dan ayat berangkai panjang kerana penggayaan inilah yang saya guna.
Seeloknya, jika Saudara kutip teks ulasan saya, kemas kinikanlah perenggan dan ayat saya, suntinglah atas gaya dan standard yang sudah ditentukan dalam blog Ssaudara. Saya memberi keizinan demikian.
Saya juga ingin memaklumkan, saya turut mengkritik filem dalam majalah Dewan Budaya dan Dewan Masyarakat. Dalam majalah tersebut, penulisan saya lebih menepati standard dan laras yang Saudara nyatakan.
Beli-belilah di Kedai Buku DBP, ya.
Terima kasih sekali lagi dan saya berbesar hati mendapat penghargaan daripada blog saudara. Dengan rendah diri saya memohon maaf jika terkasar bahasa.
Terima kasih.
Fadz/Fadli Akiti
TontonFilem.
JAWAPAN FK KEPADA E-MAIL FADZ___
Salam sejahtera Saudara Fadz.
Terima kasih kerana keizinan Saudara membenarkan filem "29 Februari" dirembat, ikut kata bahasa alam maya.
Kalau sudah begitu, terpulanglah pada Saudara. Niat saya suci supaya kritikan Saudara lebih berpengaruh dan dihormati.
Oleh kerana e-mail Saudara ini baik dan patut juga diketahui oleh peminat-peminat FK, saya akan muatkan juga dalam artikel "29 Februari", diupdatekan.
Perlu juga Saudara diberitahu, ketika saya jadi penyunting di Utusan Malaysia istilah paragraf dan para itu yang digunapakai.
Perenggan jarang, mungkin tidak pernah digunakan.
Terima kasih.
Mustafar A.R.
FILEM "29 Februari," arahan Edry Abdul Halim terbitan KRU Studios yang ditayangkan pada 30 Ogos lalu mencatat sejarah sebagai filem tempatan pertama yang menggunakan format 3D (tiga dimensi).
Malah filem lakonan Remy Ishak dan Jojo Goh itu juga mencatat sejarah peribadi bagi KRU Studios kerana ia merupakan filem pertama terbitan mereka yang mencatat kutipan kurang memberangsangkan, di bawah RM500,000.
Penerbit Eksekutif dan Presiden Eksekutif KRU Group of Companies, Norman Abdul Halim berkata, KRU Studios sudah menghasilkan lapan filem tapi kutipan untuk "29 Februari" adalah yang paling rendah.
"Selaku perintis dalam menerbitkan filem berfomat 3D, kami harus bersedia mengambil risiko dan apabila berlaku seperti ini, kami tidak perlu gentar.
"29 Februari adalah filem eksperimen bagi KRU Studios dan kami tidak menyesal menghasilkannya kerana ia keistimewaan tersendiri. Saya sedar untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan berharap orang terus menerima memang sukar tetapi kami berpuas hati kerana telah mencuba," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka KRU di Cyberjaya, baru-baru ini.
Kata Norman, antara faktor yang menyebabkan penonton tidak memilih "29 Februari" sebagai pilihan mungkin kerana tiket untuk filem berformat 3D lebih mahal daripada filem biasa.
Selain itu, katanya, lambakan filem dalam seminggu juga menyebabkan penonton terpaksa membuat pilihan untuk menonton.
"Saya tidak boleh memaksa penonton kerana itu pilihan mereka untuk menonton filem apa yang mereka suka. Entahlah mungkin ada yang beranggapan filem "29 Februari" ini filem patriotik dan sebab itu mereka elak daripada menonton.
"Dari situ, kita dapat lihat bahawa penonton tempatan tidak suka menonton filem yang berat, pada hal "29 Februari" bukanlah filem sebegitu.
"29 Februari" menceritakan tentang percintaan seorang lelaki yang tidak berganjak tua dengan seorang gadis yang berlainan bangsa. Itu sahaja, tapi mungkin orang salah anggap," katanya mengulas mengenai kurang sambutan penonton terhadap "29 Februari".
Tanpa menunjukkan rasa kecewa, Norman berkata untuk masa akan datang KRU Studios tetap akan menerbitkan filem berunsur eksperimen selain filem komersial.
"Untuk buat filem eksperimen memerlukan bajet yang besar. Jadi untuk hasilkan setahun sekali tidak bolehlah, tunggu bila ada cerita menarik dan bajet cukup baru boleh buat.
"Memandangkan selera penonton tempatan yang gemarkan cerita ringan, jadi KRU Studios juga tidak mahu ketinggalan.
Terdekat filem "Hantu Kapcai", lakonan Zizan Razak akan ditayangkan di pawagam mulai 27 September ini bersaing bersama filem "Sofazr The Movie Jiwa Kacau"," katanya.
Menurut Norman, selaku penerbit, pihaknya juga terpaksa akur dengan kehendak penonton yang gemar menonton filem berunsur komedi, seram atau aksi.
Untuk masa akan datang, KRU Studios tetap akan menerbitkan filem berunsur eksperimen dan pelbagai genre mengikut kehendak semasa.
* Artikel di atas dipetik dari tulisan oleh Khadijah Ibrahim yang tersiar di Utusan Malaysia keluaran 18 September 2012.
(Sumber: KRU)
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
LEILA MAJNUN
filem pertama malaysia berbahasa melayu
MUTIARA
filem melayu shaw brothers yang pertama
10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJANG MASA
top 10 bollywood films all time
REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran
CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

Petikan Daripada Artikel
29 Februari (2012):
Patriotisme Salutan Cinta
Di Blog TontonFilem Oleh FADZ

KRU CUBA AKUR

Fuhh...
ReplyDeleteSatu lagi kejutan
dari Encik Mustafar.
Semoga FKM terus popular
dan menjadi minat ramai.
Bagaimana pula dengan "SAM"?
- Nooriana Abdullah, Nusajaya, Johor.
"sam"... "sam"...
Deletetengoklah, macam mana?
yang nyata dan pasti,
tidak semua filem malaysia
terkini dapat menembusi fkm.
filem kru, "29 februari",
dikira bernasib baik.
OK another surprise from en. mustafar !
ReplyDeletenew entry with the latest malaysian movie
Its alright but please don’t forget
your past intention!
I ni selalu m’layari blog FKM dan
minat juga m’baca komen2nya.
but this time I rasa nak masuk
juga entry blok komen ni
utk m’yatakan my hasrat
yang telah lama t’pendam.
begini,
bulan shawal sudah m’jelang
dan akan berlalu tidak lama lagi
kalau di bulan ramadhan
all hantu2 telah dirantai
kini mereka sudah pun bebas
utk kesana sini beraya sakan
jadi eloklah juga en. mustafar
m’mulakan entry yg berkaitan
esp. filem2 si comel arahan B. N. Rao
yg en. mustafar war2kan dulu
maybe en. mustafar sudah lupa
but… we all won’t forget
coz tajuk ini memang very interesting
4 santapan generasi dahulu dan sekarang.
……….dewi malam, bukit serene, jb.
ya, saya tidak pernah lupa.
Deletecuma masa saja belum mengizinkan.
secara kebetulan pula,
saya dan zaini yusop sudah pun
memulakan pengumpulan maklumat2
mengenai si comel (pontianak).
oleh kerana kisahnya menarik
sudah tentulah panjang pula.
oleh yang demikian, terpaksalah
penyiarannya mengambil masa sedikit.
insyaalah, kalau tak september,
oktober pontianak akan muncul di fkm.
nak tanya, dewi malam ni,
adik beradik dengan pontianak ke?
oklah, jangan marah...!!!
Alamak... dah ada filem terkini.
ReplyDeleteBagus Encik Mustafar, saya sokong.
Tapi jangan abaikan filem klasik malaysia.
Kerana itulah tujuan asal kewujudannya.
Informasi filem terkini mudah dapat.
Informasi filem klasik payah nak dapat.
Contohnya, "Pelangi" dan "Hanchor Hati".
Anyway, semuanya terpulang pada Encik Mustafar.
Kalau berkemampuan, tak jadi masalah kan?
Tak sabar tunggu "Pontianak".
Drp: Peminat Setia FKM (Nurulhuda, Putrajaya).
jangan bimbang, nurulhuda.
Deletefilem2 lama tidak akan diabaikan.
filem2 terkini pun,
hanya yang terbaik saja
boleh menembusi fkm.
Saya setuju dengan Nurulhuda
Deletesupaya FKM menumpukan filem-filem
klasik sebagaimana tujuan asalnya.
Filem-filem terkini Malaysia biarkan
Fadz uruskan dengan cara dia sendiri.
Lagi pun otaknya dengan filem-filem
yang ada sekarang pun sama, kelamkabut.
Saya dah baca ulasan "29 Februari",
dan didapati tidaklah sehebat mana pun.
Kalau masih kekal macam tu juga,
Fadz tidak akan sampai ke mana.
Setakat itu sajalah taraf dia...
- Salina Samad, Durian Tunggal, Melaka.
Saya dah baca banyak
ReplyDeletemengenai filem "29 Februari"
yang terdapat di alam maya.
Tetapi, inilah layout paling best!
Inilah juga, salah satu keistimewaan
yang diperolehi oleh FKM yang
tidak ada pada blog2 lain
atau yang sewaktu dengannya.
Complete, disertai dengan nama2
pelakon, krew, sinopsis, lagu,
ulasan, foto dan video yang mana
kesemuanya bermanfaat dan seronok dibaca.
Tahniah! Encik Mustafar A.R.
dan juga isteri, Zaini Yusop.
Saya yang pada mulanya tak kisah sangat
dengan "29 Februari", kini bercadang
nak bawa adik2 pergi menontonnya
bila2 masa jika berkesempatan.
Harap2lah filem ni, best!
Suka tengok, Jojo Goh bercinta
dengan Remy Ishak di video klip.
- Vera Amalia Lee, Shah Alam, Selangor.
apa lagi yang dapat saya katakan.
Deleteterima kasih sajalah, vera amalia lee.
sokong pendapat VAL dan MAR tentang lakonan jojo goh.boleh gi jauh cutie ni.Tambah pula MV lagu JV begitu menyentuh perasaan
DeleteSaya setuju dengan Encik Mustafar
ReplyDeletesupaya filem Melayu terkini yang
terbaik saja dapat menembusi fkm.
Apa pun, saya harap diperbanyakkan
lagi artikel mengenai filem-filem klasik.
Tak sabar tunggu "Pontianak" menjelma.
- Saya, Sharifah Hamimah, Pulau Pinang.
saya banyak menerima e-mail
Deletesupaya fkm hanya menumpukan
kepada filem klasik saja.
saya banyak menerima e-mail
supaya fkm memperbanyakkan
lagi filem terkini.
ada yang suruh saya buat ulasan
"29 februari", "s.a.m." dan lain2.
tak payahlah, saya pun dah tak mampu.
lagi pun, entah kenapa, saya dah
malas nak tonton filem2 terkini.
agaknya, bukan selera saya.
pada mereka tu semua,
saya sarankan ikut saja ulasan fadz.
biarkan fkm menumpukan kepada filem2
klasik yang jarang2 diberi perhatian.
Saya setuju.
DeleteTeruskan dengan filem-filem klasik.
Jangan pedulikan filem-filem terkini.
Pada hemat saya, elok juga FKM
Deletemeneruskan ulasan filem-filem terkini
seperti filem KRU "20 Februari".
Filem klasik, filem klasik juga.
Filem terkini, filem terkini juga.
Ada baiknya jika FKM yang buat ulasan.
Ini kerana ulasan yang dibuat oleh
Mustafar A.R. (sebagai wartawan veteran)
tentu berbeza dengan pengulas-pengulas
filem terkini yang sedia ada.
Perbezaan inilah yang peminat-peminat
FKM ingin tahu, dan mungkin juga lebih menarik.
Kartina Hashim, Petaling Jaya, SEL.
Mustafar, alah, fadz mmg tulis mcm tu dan kami dah biasa pun. fadz mmg antara pengkritik filem yg bagus & mmg selalu org baca komen filem dia. We can rely on fadz for good film reviews in Malaysia.
ReplyDeletefor me, filem review yg paling seronok dibaca adalah TMBF. tapi malang sekali tulisan2 beliau lebih cenderung berbahasa inggeris. hope he can write more in malay.
ReplyDeleteSaya salute dengan kehadiran
ReplyDeleteKRU Studios dipasaran perniagaan filem.
Tetapi saya tidak salute dengan
filem-filem keluarannya yang boleh
dikatakan penghasilan cilpak atau cilok.
Lapan filemnya bercirikan 'copycat' samada
dari segi cerita, pengolahan atau teknik.
Tidak ada berjiwa Malaysia atau keMalaysiaan.
Apa yang ada hanya kebaratan atau
berunsurkan filem luar Malaysia.
Contohnya: "29 Februari", "Magika",
"Duyung", "Cicak-Man" dan lain-lain.
Itu sebabnya "29 Februari" merudum.
Penonton-penonton mahukan filem-filem
bercirikan Malaysia, bukannya bajet
berjuta-juta tetapi hasilnya hampas.
Tidak menepati sirim para penonton.
Filem-filem KRU Studios kalau di bawa
bertanding ke luar negara pasti kecundang.
Contohilah filem-filem Iran di mana
filem "A Separation" dihormati dan memenangi
banyak anugerah dan disegani pula oleh
kalangan pembuat-pembuat filem bangsa Yahudi.
Jangan fikir nak kaut berjuta-juta ringgit.
Pastikan filem untuk filem, bukannya filem
untuk kaut keuntungan semata-mata.
Disini, saya salute filem Tiara Jacquelina
"Puteri Gunung Ledang" yang ada keMelayuannya.
Anehnya, pengarahnya seorang berbangsa Cina.
Diharap Finas tidak hanya melonggokkan badget
kepada KRU Studios dan yang sama taraf dengannya.
Tetapi bantu juga yang lain-lain, jangan pilih bulu dan pastikan juga yang jujur saja masuk berniaga filem.
- Anti Ciplak & Cilok, PJ, Selangor.
Nak tanya di mana boleh download filem ini
ReplyDelete