"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, August 28, 2012


SEMERAH PADI IN COLOR

SHAW BROTHERS TOLAK "SEMERAH PADI" DICOLORKAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


SEMERAH PADI IN COLOR

DATO' AZIZ SINGAH

DATUK AZIZ SATTAR

DATO' AMIN KHAN

PADA mulanya, saya ingin memendamkan dulu berita penolakan Shaw Brothers terhadap hasrat AJK Amanah Tan Sri P.Ramlee (ATSPR) untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" yang diarahkan oleh Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee

Ini kerana, tindakan selanjutnya memerlukan campurtangan Kerajaan Malaysia. Selain dari itu, saya tidak nampak cara lain yang lebih berkesan.

Bagaimanapun pemendaman itu tidak boleh dilakukan, sebab banyak sangat e-mail (bertalu-talu) masuk ke box e-mail saya. Pendedahan, dengan apa cara sekali pun, harus dibuat.

Saya tidak faham dan tidak mengerti, kenapa Shaw Brothers enggan membenarkan "Semerah Padi" dicolorkan, sedangkan bukannya mereka yang membiayai kos segala perbelanjaan, kalaulah itu soal pokoknya.

Kos merupakan tanggungjawab AJK Amanah Tan Sri P.Ramlee (ATSPR) yang baru saja diwujudkan, bukannya Shaw Brothers. Apa yang diperlukan dari mereka, hanyalah keizinan dan meminjamkan 'mastercopy'nya. Itu saja.

Dan lagi, usaha mengcolorkan filem tersebut adalah untuk memenuhi hasrat P.Ramlee yang mahukan filem arahannya di colorkan, disamping mempratikalkan teknologi terbaru (canggih) sebagaimana Mumbai (Bollywood) melaksanakan filem Dev Anand, "Hum Dono".

Agak malang bagi AJK ATSPR, Shaw Brothers tidak menjawab surat yang di hantar (apatah lagi untuk berunding) yang sepatutnya dilakukan. Kirim surat sepatutnya dibalas juga dengan surat. Tapi ini tidak dilakukan.

Tidak profesional langsung. Mereka hanya menyatakan tidak boleh secara lisan, itu pun melalui wakilnya di Woodlands, Singapura, Rosie Othman.

Sebenarnya, generasi Shaw Brothers sekarang tidak menyedari dan tidak tahu, P.Ramlee merupakan antara salah seorang insan seni yang menjadi tulang belakang tertubuhnya empire Shaw Brothers sehingga terkenal ke seluruh dunia.

* Run Run Shaw (kini) masih hidup, walaupun umurnya sudah melebihi 100 tahun. Tanyalah kepadanya (kalau dia masih ingat dan tidak lupa), apakah benar P.Ramlee banyak jasanya kepada Shaw Brothers dan empirenya atau pun tidak.

* Update: Run Run Shaw meninggal dunia bulan 7 Januari 2014.

Menolak mengcolorkan "Semerah Padi" bererti Shaw Brothers memperkecil-kecilkan hasrat AJK ATSPR, dan memadamkan terus impian P.Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan.

USAHA AKAN DITERUSKAN

Dato' Aziz Singah (Pengerusi AJK ATSPR) ketika diminta mengulas mengenai penolakan tersebut berkata: "Memang tidak patut Shaw Brothers menolak begitu saja tanpa berunding.

"Kedudukan sekarang tidak begitu jelas, dan untuk memperolehi sesuatu yang baik memang susah, tapi kita jangan mudah berputus asa.

"Usaha akan diteruskan kalau boleh sampai ke peringkat meminta campurtangan Kerajaan Malaysia."

* Datuk Aziz Sattar (Timbalan Pengerusi) yang kelihatan sugul dengan penolakan tersebut berkata: "Tidak patut Shaw Brothers enggan. Bukannya mereka yang kita suruh keluar duit, kita yang akan cari dana untuk membiayai segala kosnya.

* Update: Datuk Aziz Sattar meninggal dunia pada 6 Mei 2014.

"Saya setuju dengan Dato' Aziz Singah, usaha harus diteruskan sampai ke peringkat campurtangan Kerajaan Malaysia, dan kalau boleh Kerajaan Singapura juga.

"Kita tidak boleh sekali-kali berputus asa. Impian P.Ramlee harus direalisasikan."

Dato' Amin Khan (Setiausaha) pula berkata: "Bertindak meminta campurtangan Kerajaan Malaysia pada masa ini, tidak begitu sesuai kerana pilihanraya ke-13 masih tidak menentu.

"Oleh yang demikian, kita nantikan dulu pilihanraya selesai. Dan, dari situ nanti barulah kita dapat menetapkan ke arah mana yang patut kita tuju."

Kepada peminat-peminat FK yang menghantar banyak e-mail kepada saya (dan juga diruangan komen) bertanyakan mengenai apa sudah jadi dengan "Semerah Padi In Color", begitulah kedudukannya.

Usaha akan diteruskan, dan kita merasakan Shaw Brothers tidak patut menolaknya tanpa memberi alasan yang munasabah dan konkrit, dan boleh pula diterima oleh akal yang waras, dan berpijak di bumi yang nyata.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

ZAITON
p. ramlee perli, nak pergi kabaret ke?


BATTLE HYMN
buat amal kebajikan sebagai penebus dosa.


TIGA DARA
masih enak ditonton hingga kini...


DEV ANAND
patah tak tumbuh hilang tak berganti.

R. AZMI
berada dikamar sepi dalam kesepian.


AHMAD MAHMUD

anak malaysia pertama jadi produser filem.







KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








12 comments:

  1. Satu jawapan yang paling jelas
    mengenai "Semerah Padi In Color".
    Diharap Shaw Brothers berubah arah
    apabila Kerajaan Malaysia campurtangan.
    Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

    - Shahrul Baharin, Taiping, Perak.

    ReplyDelete
  2. Alahai nampaknya kita kena tunggu lagilah
    hingga lepas piliharaya umum ni pulak.
    Kalau filem ini keluaran Malaysia senang sikit
    Kalau pengeluar filem enggan berkerjasama
    kita boleh desak kerajaan mengambil tindakan
    drastik dengan “memilik-negarakan” filem
    tersebut atas kepentingan awam dan kerajaan
    tak perlu membayar apa apa ganti rugi pun
    kepada pengeluar filem tersebut.
    ZAM ZAM ALA KAZAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't worry
      zam zam ala kazam
      the show must go on.
      usaha akan diteruskan.
      impian tan sri p. ramlee
      misti dilaksanakan.
      inilah harga yang patut
      kita sama2 bayar di atas
      segala sumbangan allahyarham
      terhadap dunia seni tanahair
      terutamanya lagu dan filem.

      Delete
  3. Sedih dan pilu pula mendengar berita ini.
    Penolakan itu munkin kita boleh terima
    sebab itu hak mereka , filem keluaran mereka.
    Tapi cara penolakan mereka
    hanya melalui lisan memang biadap

    Realitinya begini :

    Bukan mereka tidak profesional
    mereka itu semua pandai2 dan kaya raya
    Tapi kita ini pada pandangan mata mereka
    hanya melukut di tepi gantang saja
    tak setaraf dengan mereka,
    taraf pariah saja !!!
    Sebab itu surat kita tak perlu dijawab
    Kalau dijawab akan jatuh taraf mereka pula
    Begitulah hina kita pandangan mereka

    COME ON, FACE THE REALITY !
    Selepas kita 55 tahun mencapai kemerdekaan
    dengan semangat mencapai taraf negara maju 2020
    tapi kita dipandang rendah jiran tertentu kita pada mereka negara kita ini
    termasuklah kepimpinannya
    macam Negara Somalia saja.
    Nak makan pun kena minta bantuan negara luar
    semua nak minta bantuan dan subsidi.
    “Menang sorak kampung tergadai”
    Oleh CICIT DATUK MERAH

    ReplyDelete
  4. Dalam dunia filem terkini
    usaha mengcolorkan "Semerah Padi"
    sangat menarik.
    Penolakan Shaw Brothers kepada
    usaha mengcolorkan "Semerah Padi"
    juga sangat menarik.
    Dan sekarang sudah jadi isu.
    Oleh yang demikian,
    sementara menunggu PRU13 selesai,
    ada baiknya Filem Klasik Malaysia
    (Encik Mustafar A.R.lah) menganjurkan
    majlis Bicara Filem (macam forum juga)
    membicarakan "Semerah Padi In Color"
    dan keengganan Shaw Brothers memberi
    lampu hijau untuk mengcolorkannya.
    Penalnya bolehlah dijemput para
    tokoh filem dan wartawan filem terkenal.
    Dato' Aziz Singah pula, bolehlah
    dilantik sebagai pengerusi majlis.
    Tempatnya, misti di Kuala Lumpur.
    Mari kita sama-sama panaskan...

    - Hashim Hassan, Seremban 2, N. Sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu cadangan yang agak baik.
      nantilah saya berunding
      dengan dato 'aziz singah,
      dan juga yang lain2 untuk
      menganjurkan majlis tersebut.

      Delete
  5. Mungkin elok juga dibuat petisyen yang ditandatangani oleh pelakon dan kru perfileman yang seangkatan dengan P. Ramlee dulu dan juga artis2 yg ada sekarang untuk mendesak pihak Shaw Brothers membenarkan filem2 P. Ramlee (bukan setakat Semerah Padi sahaja) diwarnakan.

    ReplyDelete
  6. Wahai Dato' Aziz Singah dan geng.
    PRU13 sudah selesai bertindaklah sekarang.
    Saya sokong dan sedia membantu.
    Kalau boleh kita ramai-ramai buat petisyen.
    Alangkah cantiknya kalau "Semerah Padi" dapat dicolorkan.macam "Hum Dono".
    - Wahab Abadi, Kota Tinggi, Johor.

    ReplyDelete
  7. WARNAKAN FILEM ARAHAN TAN SRI P RAMLEE

    ReplyDelete
  8. USAHA YANG SUNGGUH MURNI SEMOGA BERJAYA MEWARNAKAN FILEM ARAHAN TAN SRI P RAMLEE.. KAMI RAKYAT MALAYSIA SUDI MEMBERI BANTUAN UNTUK MEWARNAKAN DARI HITAM PUTIH KEPADA WARNA SETIAP SEORNG RM 10 RINGGIT

    ReplyDelete
  9. IA BETUL TU PRU13 DAH BERLALAU APA PERKEMBANGAN SEKARANG

    ReplyDelete
  10. Minta tolong juga kepada semua rockers dan kugiran Malaysia dari semua generasi

    ReplyDelete