"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, December 1, 2018


SELELEBRITI BILANGAN SATU (1 DISEMBER 2018)




MAJALAH HIBURAN INTERNET DUA BULAN SEKALI

MASIH DALAM PENYELENGGARAAN. TUNGGU...





Album Julie Remie - Perasaan Remaja


"Bas No Satu" (Sumber: hakimy junior)
(Saduran lagu Jepun) - "Apato No Kagi" (Ashami Koyabhasi)


"Tetap Sayang Tetap Cinta" (Sumber: jefferniagaz)
"Cantik Molek" (Rokiah Wandah)

ALBUM PERASAAN REMAJA DIMINATI RAMAI
Oleh Zaini Yusop

MUKA SATU

Bas No Satu
Lagu Jepun "Apato No Kagi" (Ashami Koyabhasi)/D.Devan
Perasaan Remaja
S.Atan/Kamali Hudi
Rintihan Dara
S.Atan/Suzanah Hamid
Dimana Ilhamku
Vincent Lim/Wahab Wahid
Berikan Ku Sinar Harapan
A.R.Ismail/A.R.Ismail
Bang Ayuh Bang
Lagu "Rek Ayo Rek" (Is Haryanto)/Kamali Hudi

MUKA DUA

Peristiwaku
Lagu Jepun "Maria Anzai"/D.Devan
Tetap Sayang Tetap Cinta
Lagu "Cantik Molek" (Rokiah Wandah)
Wajahmu DiHatiku
Hasnin Hassan/Hasnin Hassan
Sejak Pertemuan
Kamali Hudi/Wahab Wahid
Korban Percintaan
Hasnin Hassan/Hasnin Hassan
Abang Sayang Adek Sayang
Lagu Indonesia (A.Inn Parina)

Penerbit/Susunan Musik: S.Atan
Penerbitan 1976 (EMI)

Setelah menilai tujuh lagu ciptaan asal (asli) ternyata "Berikan Ku Sinar Harapan" menduduki paling atas. Dengan suara lunak manja, Julie Remie (Juriah) telah menyampaikan lagu ciptaan A.R.Ismail (lahir di Tanjung Ipoh, N9) itu dengan baik dan cukup sempurna.
Tempat kedua, "Wajahmu Dihatiku" dan ketiga "Korban Percintaan" (keduanya ciptaan Hasnin Hassan).
Empat lagu lagi, level (sama rata) - "Perasaan Remaja," "Rintihan Dara", "Dimana Ilhamku" dan "Sejak Pertemuan".
Satu lagi kekuatan album ini adanya beberapa lagu saduran terutama "Tetap Sayang Tetap Cinta", "Bas No Satu", "Bang Ayuh Bang" dan "Abang Sayang Adek Sayang."
Julie merakamkan lagu-lagu ke piringhitam hanya tiga saja - satu ep dua album/lp. Perasaan Remaja, album pertama. Terakhir, Kau Sinar Hidupku terbitan tahun 1978. Disamping menyanyi Julie juga pelakon filem, tapi cuma satu saja - "Penagih Dadah" (1980) arahan Mat Sentol, turut dibintangi Jefridin, Effa Rizan, Maureen Chan, Aznah Hamid dan Danu Umbara.
Album ini meletup dan laris di pasaran luar jangkaan, tidak heranlah sampai kini (setelah 42 tahun berlalu) lagu-lagunya sentiasa segar (ever green) terutama "Berikan Ku Sinar Harapan", "Tetap Sayang Tetap Cinta" dan "Bas No Satu".

# Album Perasaan Remaja ini akan dijual. Sesiapa berminat schrolllah... cari Galeri Pak Mus.









SELAMAT DATANG KE SELEBRITI

Tiba-tiba saja tergerak hati Pak Mus mahu buat perubahan, dengan mengemukakan konsep baru, bercorak majalah hiburan yang Pak Mus namakan SELEBRITI, berada di bawah sinar bumbung Filem Klasik (FK). Ertinya, 2 dalam 1. Apa yang Pak Mus hendak sampaikan melalui Selebriti ini, bermacam-macam cerita hiburan yang berlaku bukan saja di Malaysia dan Singapura tapi juga di seluruh dunia termasuk Hollywood (Amerika), Bollywood (India), Britain, Hong Kong dan Jepun, dipetik dari pelbagai sumber termasuk akhbar, majalah, rekod (piringhitam), vcd, dvd dan video. Paling penting, apa yang sudah berlaku dulu-dulu (imbas kembali), sejak bermulanya filem Melayu pada 1934. Cerita-cerita selepas tahun 2000 sekadar pilih-pilih saja yang mana Pak Mus anggap perlu. Diharap adanya perubahan drastik ini penyiarannya lebih menawan. Perubahan juga dijangka menarik ramai pengunjung ke FK untuk menimba ilmu tentang hiburan. Cerita-cerita menarik sudah berlaku dulu-dulu, Pak Mus rasakan, generasi lahir selepas pemergian P.Ramlee (1973) ramai tidak tahu. Justeru itu, mereka patut diberitahu supaya tidak luput ditelan zaman. Sejarah hiburan Malaysia dan Singapura tidak patut dilupakan begitu saja. Peranan golongan selebriti (artis dan karyawan seni) yang telah memberi nyawa serta mencorakkan pelbagai jenis hiburan untuk menghiburkan berjuta-juta rakyat Malaysia dan Singapura termasuk Brunei dan Indonnesia. Di sini disebut beberapa nama, sebagai contoh, untuk dikenang dari masa ke masa antaranya P.Ramlee, Rubiah, Lena, Saloma, Momo, R.Azmi, Rokian Wandah, Sharifah Aini, Sudirman, Rafeah Buang, A.Ramlie dan M.Osman. Pak Mus yakin, kemungkinan Selebriti boleh berperanan menuju ke arah itu.

PENERAJU UTAMA

Pengarang MUSTAFAR A.R. (PAK MUS)
Penolong Pengarang ZAINI YUSOP
Pembantu MUSZAILI MUSTAFAR & AIDALINA MUSTAFAR

# PERHATIAN

Menariknya Selebriti, kerana adanya gabungan artikel (cerita), foto dan klips video. Kerana itu, terdapat banyak klips video (YouTube) disertai bersama sebagai perencah rasa. Kepada pengkarya yang hasil usaha mereka Pak Mus gunakan (tanpa izin) harap ada izin hormat demi memperkasakan lagi dunia hiburan Malaysia dan Singapura terutamanya, melalui Selebriti. Yang enggan bekerjasama, e-mel Pak Mus supaya dapat Pak Mus delete secepat mungkin. Bagaimanapun, setiap klips video ada Pak Mus catatkan dari mana sumbernya. Kepada mereka yang ingin mengambil apa saja yang ada, dipersilakan berbuat demikian, tapi catatlah dari mana sumbernya. Itu saja.




Govind Singh Deo, kini pengawas Finas. Diharap beliau jalankan
tugas sebaik mungkin dan beramanah.

Salam sejahtera.
Ada tiga perkara Pak Mus anggap penting mahu celotehkan.
Semuanya pasal kerenah Finas.
1. Pentadbirurus Finas yang baru,
2. Festival Filem Malaysia dan
3. Bantuan dana Finas.
1. Setelah adanya usaha dilakukan oleh Govind Singh Deo, Menteri Komunikasi & Multimedia, merombak semula angguta lembaga pengarah dan pentadbirurusnya, diharap Finas berjalan dilandasan yang betul dalam usaha menjana matlamat asalnya, memajukan industri filem Malaysia, filem Melayu khususnya. Sejak Zain Haji Hamzah meninggalkan jawatan Ketua Pengarah (KP) Finas, berbagai-bagai kesalahan tadbirurus berlaku. Penyeleweng RM25 juta yang sedang disiasat oleh SPRM, salah satu kejelekan yang berlaku, sebenarnya ada banyak lagi kes baik secara langsung mahu pun tidak langsung. Banyak ketirisan berlaku, Finas hanya memberi dana kepada syarikat-syarikat filem yang mampu melahirkan filem-filem box office (mereka kuat dan ada duit), manakala syarikat-syarikat kecil (kurang modal) yang benar-benar orang filem diabaikan, lari dari matlamat dan tujuan asal Finas. Akibatnya, berlaku apa yang tidak patut berlaku. Sama-sama kita tunggu hasil siasatan SPRM, dan yang bersalah patut menerima hukuman. Jangan biarkan cacing naik kemata.
2. Sekian lama dikuasai oleh jerung-jerung filem hinggakan banyak filem yang sepatutnya tidak boleh menang, menang. Yang boleh menang, tidak menang. Ada unsur-unsur pilih kasih dan kuasa ghaib, yang kita semua sudah faham. Ada baiknya, angguta lembaga pengarah dan pentadbirurusnya elakkan mereka yang berkepentingan (Yusof Haslam, sebagai contoh), supaya penjurian kelihatan telus dan tidak diragui. Dalam tatakelola pengurusan baru, diharap festival filem akan datang dan seterusnya, jangan bermewah-mewah, lakukan satu hari cukup, tidak payah dua hari berturut-turut. Anugerah oscar pun sehari saja, dan khusus filem-filem Melayu jangan dicampuradukkan dengan filem-filem Cina dan Tamil. Bercelaru. Penyampaian anugerah dibuat secara sederhana tidak payah belanja berjuta-juta ringgit. Ketika Pak Mus jadi setiausaha FFM10 belanjanya tidak sampai pun RM400,000. Mungkin ramai berkata, dulu lain sekarang lain. Itu bukan soalnya. Pemborosan dapat dielakkan sekiranya mereka (pentadbirurus) tidak menganggap duit Finas itu mak bapak mereka yang punya. Lakukan semua aktiviti festival filem di kompleks Finas, jangan lagi di hotel-hotel 4 atau 5 bintang. Apa, bangunan tersergam indah itu mahu dijadikan gajah putih ke? Bak kata Samad Idris, "menghabiskan boras ajo." Bukankah duit Finas, duit rakyat. Govind harus mempastikan segala bentuk pembaziran hendahlah disekat. Berbelanjalah ala-kadar saja walaupun ada sponsor (penaja). Cuba elak memperkayakan individu-individu tertentu. Jangan biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
3. Pentadbirurus baru Finas harus mempastikan penyalurannya mesti ke arah mengeluarkan filem-filem cintakan negara, berjiwa rakyat, memberi pengajaran, biografi negarawan, dakwah tulin dan yang sewaktu dengannya, bukan sekadar filem-filem box office karut marut yang seram menyeram, cinta mencinta, geng mengeng, rempit merempit dan macam-macam lagi yang semuanya memual dan meloyakan. Finas diwujudkan memberi bantuan bukan untuk filem-filem box office tapi juga yang berkualti dan membina minda insan, tidak box office. Syarikat-syarikat filem yang mahu buat filem jenis-jenis hantu mantu, pontianak, mak limah, samseng dan ala-munafik ala-gerak khas, sebagai contoh, tidak ada bantuan untuk mereka. Finas patut bentuk satu jawatankuasa penilai skrip sebelum sesuatu dana disalurkan. Hanya cerita (skrip) terbaik dapat dana, yang negatif perlu ditolak. Satu lagi, dana mestilah khusus untuk filem Melayu. Filem Cina dan Tamil tidak payah beri. Ini kerana di India, Hong Kong dan China sudah melambak-lambak. Mereka boleh buat tapi dana bukan dari Finas, carilah sumber lain. Tidak guna menang sorak, tapi kampung tergadai.
Pak Mus - Pengasas Festival Filem Malaysia yang kecewa.




PUTERA SANGKAR MAUT






TIGA WAJAH SEORANG SENIWATI.

Bersama P.Ramlee "Sedarah".

Bersama P.Ramlee "Miskin".

Bersama P.Ramlee "Ibu".


Rosnani dalam "Sedarah" (Sumber: mid scarface)


Kasma Booty dalam "Sejoli" (Sumber: Prosarama Media)

Kasma Booty heroine P.Ramlee dalam "Bakti"



ROSNANI PERNAH BERTARIK RAMBUT
DENGAN KASMA BOOTY
Oleh Aidalina Mustafar



Memang diakui, Kasma Booty memang cantik dan jelita orangnya. Filem-filemnya seperti "Chempaka", "Rachun Dunia", "Dewi Murni", "Sejoli" dan "Juwita" mendapat kejayaan besar - box office. Ertinya Kasma mempunyai ramai peminat. Bagiaimanapun, sebagai manusia biasa beliau juga mempunyai kelemahan diri. Insiden yang berlaku dicatatkan bukan mahu memburuk-buruk primadona filem Melayu itu, tapi lebih merupakan fakta sejarah yang tidak sepatutnya disembunyikan. Rosnani tidak menolak, kalau tidak Kasma melanggar syarat kontrak hingga menyebabkannya dipecat dari MFP kemungkinan nasibnya tidak seperti yang dicapainya sekarang. Di rumah teres Boon Teck Road, Rosnani dan Kasma tinggal berjiran. Setiap kali bila Rosnani lalu di depan rumahnya beliau seringkali disindir dengan bermacam-macam sindran. Suatu hari Rosnani disidir Kasma lagi dengan kata: "Apa yang mahu dibanggakan sangat mukanya bukan cantik sangat." Rosnani, kerana sudah tidak sabar, lalu menjawab: "Memang saya tidak cantik, tapi sekarang sayalah primadona." Kasma bertambah marah, lalu pergaduhan berlaku antara Rosnani dengan Kasma sampaikan bertarik-tarik rambut, macam gaduh antara Normadiah dan Saloma dalam "Empat Isteri". Akhirnya, suami Kasma (Booty Jacobs) meminta maaf kepada Rosnani. Keesokan harinya, ibu Kasma pula datang ke rumah dan memohon maaf pada Rosnani dan ibunya. Sejak itu, hubungan Kasma dan Rosnani mulai rapat dan bertambah mesra.

KERANA "SEDARAH" ROSNANI JADI POPULAR

Sungguhpun "Lupa Daratan" filem pertama Rosnani, tapi "Sedarah" mendahului ke panggung wayang menemui penonton. Kerana itu, ramai yang tersalah anggap "Sedarah" filem pertamanya. Kerana ketika itu P.Ramlee sudah berada di kemuncak kerjayaan setelah muncul dalam beberapa filem yang diminati ramai termasuk "Bakti", "Takdir Illahi", "Aloha", "Sejoli", "Juwita" dan "Antara Senyum Dan Tangis", "Sedarah" juga box office malah lebih ketara hebatnya berbanding dengan filem-filem P.Ramlee yang terdulu. Kejayaan P.Ramlee dan "Sedarah" dengan sendirinya mempopularkan diri Rosnani. Beliau mula mendapat perhatian ramai. Namanya mula disebut-sebut. Tidak disangka-sangka seorang wanita muda sebelumnya melalui kepayahan hidup mula mencipta nama dalam filem. "Sedarah" memberi sinaran harapan kepada Rosnani untuk lebih maju dalam perfileman Malaya, ketika itu. Selepas "Sedarah", Rosnani digadingkan sekali lagi dengan P.Ramlee dalam "Miskin" arahan K.M.Basker, kemudian "Ibu" diarahkan oleh S.Ramanathan. Dalam waktu yang sama, Rosnani digandingkan juga dengan Yusof Latiff dalam "Chemburu" (S.Ramanathan) dan Ahmad Mahmood dalam "Ayer Mata" arahan K.M.Basker.




DUA WAJAH JELITA NURNANINGSIH

NURNANINGSIH PERNAH GEMPARKAN INDONESIA
Oleh Aidalina Mustafar

Nurnaningsih boleh dianggap pelakon Indonesia pertama telanjang dalam filem. Filemnya itu, "Harimau Tjampa" arahan Usmar Ismail menggemparkan rakyat Indonesia, dan disifatkan sebagai bom seks pertama Indonesia. Tidak ada seniwati sepertinya sebelum itu.
Nur dilahirkan di Surabaya, Hindia Timur Belanda, pada 5 Disember 1925, dan keluar dari sekolah pada tahun pertama sekolah menengah atas. Nur membuat kemunculan filem pertamanya pada tahun 1953 menerusi filem arahan Usmar Ismail, "Krisis". Bercorak komedi filem tersebut dikatakan merupakan paling berjaya sejak lahirnya "Terang Boelan" tahun 1937.
Dalam filem arahan D.Djajakusuma, "Harimau Tjampa" (1954), Nur kelihatan separuh telanjang, menjadikan Nur pelakon Indonesia yang pertama berbuat demikian. Ini berlaku dalam tempuh pertikaian antara artis dan lembaga penapisan filem. Nur muncul dengan satu lagi filem, "Klenting Kuning", tahun berikutnya.
Pada pertengahan tahun 1954 beberapa keping gambar telanjang Nur oleh jurugambar yang tidak dikenali mula beredar di Jakarta. Ini menyebabkan Nur disoal siasat oleh polis Jakarta pada awal Oktober, sementara pejabat pendakwa juga menyatakan
minat dalam kes tersebut.
Rakyat Indonesia ramai marah dengan foto-foto tersebut yang mereka anggap sebagai menentang nilai-nilai Timur, dan filem-filemnya diboikot di Kalimantan Timur. Nur mengeluarkan hanya satu filem pada 1955, "Kebun Binatang, sebelum hilang dari pandangan kegiatan filemnya.
Nur mengembara keseluruhan kepulauan Indonesia selama 12 tahun, melakukan pekerjaan yang ganjil sebagai artis sketsa, pelukis panggung, guru bahasa Inggeris, tukang jahit, penyanyi dan (selama enam tahun) sebagai penjaga gawang (gol) bola sepak.
Nur kembali ke filem tahun 1968 dengan peranan tambahan dalam "Djakarta Hong Kong Macau", kemudian "Seribu Janji Ku Menanti" pada 1972. Nur terus berperanan kecil sepanjang tahun 1980an.
Nur meninggal dunia pada 21 Mac 2004,

Bintang Film (BF) 21 Mei 1974 dihiasi foto Debby Cynthia Dewi.

BERGAMBAR TELANJANG KERANA MAHU POPULAR

Dalam satu interview dengan Bintang Film (BF) keluaran 21 Mei 1974 bertajuk "NURNANINGSIH Yang Pernah Gila Karena Laki-laki" ada memberitahu mengenai foto telanjangnya itu. Katanya: "Ya, memang ketika itu kepengin juga populer. Tapi foto beredar sembunyi2 dan diluar pengetahuan saya. Bahkan tukang fotonya tidak saya kenal. Saya mendapatkan honor tigaratus perak, dan uang segitu tak berarti apa2. Janjinya setelah jadi akan dikasi tahu saya, tapi nyatanya tidak". Namun (tulis BF seterusnya) ada artinya foto telanjang itu... lalu Nur mengarang makna dari tindakannya itu yang jaman itu cukup jadi heboh sebagai: "Perintah dari Tuhan".

DIALOG PUKULAN MAUT NURNANINGSIH

"Saya tidak akan merosak dan merosotkan kesenian, melainkan hendak melenyapkan pandangan-pandangan kolot yang masih terdapat dalam kesenian Indonesia."



Antara gambar-gambar seksi Nurnaningsih, yang benar-benar telanjang tidak pernah jumpa.


HARIMAU TJAMPA (1953)
(Sumber: Ahmad Bronetemens)


DJAKARTA HONG KONG MACAU (1968)
(Sumber: Falcon)




SARIMAH

APABILA SENIWATI FILEM BERKEMBAN
PASTI SERONOK MENONTONNYA
Foto: Osman Abdullah (Iskandar Puteri, Johor)
Teks: Zaini Yusop

Apa itu berkemban? Menurut kamus, berkemban maksudnya wanita memakai pakaian (sarong) mendedah bahagian atas dada iaitu menutup bahagian bawa dada. Kebiasaannya, wanita mandi di laut, sungai dan telaga atau perigi.
Dalam pengertian Selebriti, tidak hanya tertumpu pada berkain sarong sebagai berkemban tapi juga berpakaian apa saja jika mendedahkan bahagian atas dada dianggap berkemban.
Dalam filem Melayu, banyak filem menggambar wanita berkemban, bermula "Chempaka" dibintangi Kasma Booty dan M.Yatim disusuli "Chinta", "Kembar", "Aloha", "Pulau Mutiara", "Hang Tuah", "Sultan Mahmood Mangkat Di Julang", "Tun Fatimah", "Tun Tijah", "Damaq" {"Ragam P.Ramlee") dan banyak lagi.
Kerana keperluan tersebut, ramai seniwati popular tidak menolak berkemban dalam filem. Antaranya Zaiton ("Lela Manja"), Maria Menado ("Selendang Delima") dan Siput Serawak ("Menyerah").
Kali ini dipilih 10 seniwati pernah berkemban dalam filem;
1. Sarimah (Dayang Senandong)
2. Sa'adiah (Hang Tuah)
3. Kasma Booty (Chempaka)
4. Siput Serawak (Chinta)
5. Maria Menado (Selendang Delima)
6. Fatimah Ahmad (Lela Satria)
7. Rose Yatimah (Tun Fatimah)
8. Latiffah Omar (Bawang Puteh Bawang Merah)
9. Salmah Ahmad (Tun Tijah)
10. Rahmah Rahmat (Batu Belah Batu Bertangkup)
Ini yang pertama, bahagian kedua menyusul dalam Selebriti
kedua, Februari 2019.

SA'ADIAH

KASMA BOOTY

SIPUT SERAWAK

MARIA MENADO

FATIMAH AHMAD

ROSE YATIMAH

LATIFFAH OMAR

SALMAH AHMAD

RAHMAH RAHMAT

JAKARTAWOOD, MANILAWOOD & BOLLYWOOD
PUN BERKEMBAN JUGA

NETTY HERAWATY

CHARITO SOLIS

ZEENAT AMAN

ISTIMEWA DARI RUBIAH SUPARMAN

Rubiah Suparman berkemban disamping Sidek Hussin (kanan)
dan Omar Manan dalam drama TV "Sayang Si Buta".


Zaiton berkemban dalam "Lela Manja"
(Sumber: Lima Jiwas)


Maria Menado berkemban dalam "Selendang Delima"
(Sumber: ed LOkfc)


Suraya berkemban dalam "Ayer Mata Duyong"
(Sumber: Lima Jiwas)




DIMPLE diperkenalkan oleh Raj Kapoor dalam "Bobby".

RAJ KAPOOR & NARGIS


AWARA (Sumber: Shemaroo)

NARGIS & SUNIL DUTT

DIMPLE & RAJESH KHANA

DIMPLE, ANAK LUAR NIKAH RAJ KAPOOR DAN NARGIS?
Oleh Divya Solgama (Blog Pinkvilla)
Di Terjemah & Di Edit Muszaili Mustafar

Filem "Bobby" mendapat sambutan hangat yang mana memperkenalkan anak lelaki kedua Raj Kapoor, Rishi Kapoor, disamping seniwati pendatang baru, Dimple Kapadia. Filem tersebut menjadi berita hangat disebabkan 'lover boy' imej yang terdapat kepada Rishi, dan keberanian Dimple berkahwin dengan Rajesh Khana, musik dan banyak lagi.
Dengan tindak balas yang positif ini, khabar (rumor) bertiup kencang yang menakutkan tersebar luas, Dimple dikatakan anak luar nikah - perhubungan itim antara Raj Kapoor dengan Nargis.
Dalam "Bobby", Raj mengekalkan babak pengenalan Dimple dalam gaya yang sama seperti bagaimana Raj bertemu Nargis kali pertama. Beberapa penggosip lama teringat Raj berkongsi kejadian tersebut dengan mereka dan kerana itu mula menyerupai persamaan antara Dimple dan Nargis ketika muda.
Artikel gosip lama di buka semula dengan sudut baru yang menyentuh perasaan. Disebabkan gosip-gosip itu menjadi sensasi secara tiba-tiba, Dimple meninggalkan industri perfileman untuk menumpukan kehidupannya yang baru setelah
berkahwin dengan Rajesh.
Ini bermotivasi lebih banyak penerbitan untuk mendapatkan wang tunai berbanding cerita sensasi yang baru dan terus berjalan selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Dimple, Rishi, Raj dan Nargis mengabaikan kewartawanan peringkat rendah ini untuk suatu masa yang lama, sehingga suatu hari ketika Nargis keluar dengan keputusan terakhirnya mengenai cerita skandal tersebut.

RISHI KAPOOR & DIMPLE


BOBBY (Sumber: Shemaroo)

RISHI KAPOOR & NEETU

Nargis jatuh cinta dengan Sunil Dutt dan berkahwin dengannya. Bersama mereka mempunyai dua anak perempuan (Priya dan Namrata) dan seorang anak lelaki (Sanjay). Nargis telah bersara daripada berlakon dan memimpin kehidupan yang bahagia. Nargis menjadi berita dengan kerja sosialnya, dan sebuah penerbitan telah meminta ditemubual tertumpu pada kegiatan kerja sosialnya itu disamping kehidupannya sebagai isteri dan seorang ibu. Di akhir wawancara Nargis diminta mengulas mengenai desas-desus Dimple sebagai anak hasil hubungan itimnya bersama Raj. Nargis mempunyai pilihan untuk mengelakkan persoalan seperti pernah dilakukan pada masa lalu. Tapi kali ini, Nargis memilih untuk menjawab. Katanya: "Bagaimana, bila, mengapa khabar angin itu bermula, saya tidak mempunyai idea kenapa perkara itu berlaku. Apa yang saya boleh katakan ialah, sesiapa yang memulakannya adalah fikiran yang berputar dengan minda yang sangat kotor. Hanya kerana konsepsi Raj Kapoor tentang Dimple sebagai 'Bobby' menyerupai apa yang saya lakonkan dalam 'Awara' dan kerana sedikit persamaan di sana sini, ia tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan bodoh. Tuhan melarang, tapi jika sudah berlaku demikian, saya tidak akan mendustakan anak perempuan saya. "Dimple telah menjadi seorang gadis yang sangat bijak untuk menangkis semuanya itu yang boleh dianggap sebagai lawak jenaka yang besar. Bagi saya, keluarga saya, suami saya tidak mengendahkan perkara itu. Dua anak perempuan saya hanya ketawa. Hanya anak saya Sanjay yang kecewa, tapi dia akan dapat mengatasinya kemudian. Saya tidak mahu bercakap mengenainya, saya tidak mahu melayan gosip karut itu lagi. Saya mahu ia mati dengan sendirinya. Pergi seperti angin lalu. Kenyataan Nargis itu, lebih dari mencukupi untuk semua mereka yang berfikiran lucah. Bagi pembaca yang percaya Dimple anak luar nikah Raj-Nargis, pasti kesal selepas membaca komen Nargis bagaimana cerita sedemikian telah menjejaskan fikiran Sanjay dan mencemarkan nama baik pelakon yang diminati ramai, Dimple.

FAKTA-FAKTA MENARIK

* Raj Kapoor dan Nargis berlakon bersama dalam 16 filem. Gabungan mereka bermula dengan "Aag" (1947) dan berakhir dengan "Jagte Raho" (1956).
* Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia berlakon dalam 7 filem, dari "Bobby" (1973) hingga "Patiala House" (2011).
* Rishi Kapoor dan Sanjay Dutt berlakon dalam beberapa filem termasuk "Hathyar" (1989), "Sahibaan" (1993) dan
"Agneepath" (2012).
# Dimple lahir tahun 1957. Tahun 1957, "Mother India" diedarkan, ketika Nargis jatuh cinta dengan Sunil Dutt. Tahun 1956, filem Raj dan Nargis, "Chori Chori", diedarkan. Tahun 1955, "Shree 420" diedarkan. Persoalannya, jika Nargis mengandungkan anak Raj Kapoor, bagaimanakah Nargis boleh berlakon dalam
semua filem tersebut?




KUCHING

ALLEYCATS

DAVID ARUMUGAM

PROLOG

SOHAIMI MIOR HASSAN

SEKUNTUM MAWAR MERAH & EPILOG CINTA DARI BROMLEY
LAGU TERBAIK SEPANJANG MASA
Oleh Mustafar A.R.

Sejak Saya mengenali musik (irama & lagu) dan penyanyi di awal tahun 1950an, hanya dua lagu yang Saya anggap paling menarik, berkesan dan menyusuk kalbu baik dari segi susunan musik, nyanyian penyanyi dan penghasilan lirik. Penilaian tersebut Saya kekalkan sampai ke hari ini, 1 Disember 2018 sempena terbitan sulong Selebriti. Ertinya, selama 68 tahun.
Dua lagu tersebut ialah;
* Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi/KUCHING (1981)
* Epilog Cinta Dari Bromley/PROLOG (1983)
Pertimbangan sangat adil Saya berikan. Ia tidak dipengaruhi oleh nostalgia atau ada kenangan masa lampau membuatkan Saya harus ingat atau syok sendiri sebagaimana ramai melakukannya. Tidak sekali-kali. Ia berputik dari hati yang tulus ikhlas berdasarkan detik hati Saya yang sememangnya sukar hendak dilukis dengan kata-kata. Mungkin A.Samad Said saja boleh lakukan.
Realitinya begitulah, malah 100 atau 1000 tahun lagi ia payah diatasi sama seperti P.Ramlee, 100 atau 1000 tahun lagi tidak akan ada pengganti. Buatlah cara macam mana sekali pun, pasti sukar untuk wujud, kecuali ada kesaktian yang benar-benar sakti, macam mukjizat tongkat Nabi Musa.
Kemunculan lagu-lagu tersebut sama tahun, 1980an. P.Ramlee yang popular sejak awal tahun 1950an dan mengakhiri riwayat hidupnya tahun 1973, pun tidak berdaya menandingi dua lagu tersebut.
Walaupun puji melangit, ini tidak bererti populariti Seniman Agung itu diperkecilkan tapi entah kenapa Saya menganggap dua lagu tersebut berada jauh ke depan. Istilah 'buyer' (dipengaruhi) tidak ada dalam kamus diri Saya. Ya Saya katakan ya,
kalau tidak Saya katakan tidak.
Saya pun tidak pernah rapat dengan penyanyi-penyanyi dan lain-lain yang terlibat malah Saya merasakan mereka pun tidak kenal Saya yang mana pada ketika itu (tahun 1980an) Saya sudah meninggalkan tugas sebagai wartawan hiburan apabila disuruh pindah oleh Zainuddin Maidin (my boss) ke meja editor Utusan Malaysia
sampai bersara tahun 1998.
Lima (5) sen atau secawan teh tarik pun Saya tidak pernah rasa dari mereka. Justeru itu, tulisan ini jitu dan unggul dari kacamata Saya. Orang lain Saya tidak tahu, tidak mahu ambil peduli pun. Kalau ada sesiapa mempertikaikan pilihan Saya, itu hak mereka.
Saya yakin, sekiranya P.Ramlee masih hidup pastinya beliau bersetuju dengan pilihan Saya. Pada Ahmad Nawab, Johari Salleh dan pencipta-pencipta lagu yang lain berkecil hati tidak mengapa, tapi jangan pula marah.
Saya salute M.Nasir, Sohaimi Mior Hassan, Philips, EMI dan kaum kerabat mereka yang terlibat.


(Sumber: upponco ponco)

SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh... di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh... di bulan Februari

Kemesraan mu dan cinta ku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba oh...

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosa ku dan apakah salah ku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba oh...

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

Nyanyian: DAVID ARUMUGAM
Ciptaan: M.NASIR
Lirik: S.AMIN SAHAB

(Sumber: Qasleo Doll)

EPILOG CINTA DARI BROMLEY

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat di hati mu
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepada ku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untuk ku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beribu batu
Kau ku tinggalkan
Bersama hati ku

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksud ku

Kini kau menanti
Harapan mu abadi terhadap ku
Kau coretkan lagi
Rahsia hati mu kepada ku

Ku doakan di kau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy

Nun di sana
Beribu batu
Kau ku tinggalkan
Bersama hati mu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksud ku

Kini kau menanti
Harapan mu abadi terhadap ku
Kau coretkan lagi
Rahsia hati mu kepada ku

Ku doakan di kau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy
Aduhai Kathy

Nyanyian: SOHAIMI MIOR HASSAN
Ciptaan: SOHAIMI MIOR HASSAN
Lirik: SOHAIMI MIOR HASSAN




FATIMAH AHMAD YANG JELITA



FATIMAH CEMERLANG DI BAWAH
LINDUNGAN BAYANG-BAYANG HUSSAIN
Oleh Muszaili Mustafar



Fatimah Ahmad tidak boleh dianggap seniwati popular, tidak seperti Kasma Booty, Maria Menado, Sa'adiah, Latifah Omar, Rosnani, Rose Yatimah dan Sarimah, namun Fatimah berjaya mencipta nama di bawah lindungan bayang-bayang suaminya, Hussain Haniff. Tidak boleh dipertikaikan, jika dikatakan tanpa Hussain, Fatimah tidak terkenal seperti apa
yang ada pada dirinya.
Sungguhpun, sudah menjalani uji lakon (screen test) bersama K.Fatimah untuk membintangi "Badang" yang bakal diarahkan P.Ramlee, tapi Fatimah gagal berlakon kerana cerita tersebut tidak jadi difilemkan. Sebaliknya Cathay-Keris Film mengeluarkannya yang diarahkan S.Roomai Noor dengan bintang utamanya,
Wahid Satay dan Rose Yatimah.
Hanya pada tahun 1960, Jamil Sulong mengambilnya berlakon sebagai pelakon tambahan dalam "Isi Neraka" yang dibintangi Ahmad Mahmood, Sa'adiah, Salleh Kamil, Hafsah dan Haji Mahadi. Turut berlakon bersamanya, K.Fatimah.
Apabila mendapati bintangnya tidak boleh bersinar terang di Malay Film Productions, Fatimah beralih arah ke Cathay Keris Film, dan terus menerima tawaran S.Roomai Noor sebagai heroine dalam filem arahannya, "Lela Satria" karya Rawan Hiba (Rahman B.), turut dibintangi oleh Mazlan Ahmad (Mazlan) Salleh Melan (S. Melan), Mahmud June, Umi Kalthoum, Wahid Satay dan Neng Yatimah.

FATIMAH AHMAD YANG SEKSI

FATIMAH AHMAD TENANG BERSEMADI DI TEXAS
Oleh Ukhti Aminah (Wadahseniku, 6 April 2017)
Di Edit Oleh Zaini Yusop

Fatimah Ahmad dilahirkan pada 14 September 1941 di Singapura, dan memulakan kariernya sebagai penyanyi dan pernah merakamkan lagu-lagu untuk Radio Singapura. Pada 16 Julai 1959, Shaw Brothers telah menganjurkan peraduan "Menjadi Bintang", Fatimah telah terpilih. Keesokkan harinya telah dipanggil menjalani uji bakat bersama tiga lagi bakat baru wanita - Ngatimah Kasbie atau lebih dikenali dengan nama K.Fatimah, Adlin Marsita dan Akino Zaiton. Hanya K.Fatimah dan Fatimah Ahmad dipilih, dan berjaya menjadi bintang dalam filem arahan P.Ramlee, "Badang." Namun filem tersebut tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab tertentu. Dalama tahun 1960, Fatimah dipilih oleh pengarah Jamil Sulong untuk berlakon dalam filem arahannya, "Isi Neraka" sebagai pelakon pembantu. Namun nasib tidak menyebelahinya untuk terus bertahan di Malay Film Productions kerana kerap diberi watak extra. Fatimah kemudian menerima tawaran berlakon dari Cathay Keris Film dan menjadi pelakon utama (heroine) untuk filem "Lela Satria" arahan S.Roomai Noor, Antara filem yang pernah dibintanginya, "Dang Anom," "Gado Gado", "Mata Shaitan," "Korban Kaseh," dan "Jula Juli Bintang Tujoh". Pada tahun 1962, Fatimah telah berumahtangga dengan Hussain Haniff dan dikurniakan dua orang anak, Azaharin dan Faisal Haniff. Namun jodoh mereka tidak panjang kerana Hussain kembali ke rahmatullah pada tahun 1966. Pada tahun 1970an, Fatimah bertemu jodoh dengan pemuda Inggeris bernama William Bushfield atau lebih dikenali sebagai Bill, dan akhirnya setelah anak-anaknya meningkat dewasa Fatimah sekeluarga pindah bermastautin di Texas, Amerika Syarikat. Perkahwinannya dengan Bill dikurniakan dua anak lelaki, Adam dan Ryan Bushfield. Ketika menetap di Texas itu, Fatimah pernah bertugas sebagai guru disebuah sekolah disamping menguruskan ladang ternakan dan bisnes suami dan keluarganya. Pada 30 April 2004, Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan disemadikan diperkuburan sekitar Texas. Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Fatimah Ahmad bersama anak-anaknya - Azaharin Hussain (kiri), Faisal Hussain (kanan), Ryan Bushfield dan Adam Bushfield semasa bersantai (somewhere) di Amerika Syarikat.

Pusara Fatimah (Patimah) Ahmad di Texas, Amerika Syarikat.
Di Texas tu, di mana? Ada sesiapa tahu.



BIODATA FATIMAH AHMAD
Nama sebenar: PATIMAH AHMAD
Lahir: 14 SEPTEMBER 1941, SINGAPURA
Meninggal Dunia: 30 April 2004, TEXAS, AMERIKA SYARIKAT
Akibat: SERANGAN JANTUNG
Suami pertama: HUSSAIN HANIFF
Suami kedua: BUSHFIELD
Anak: AZAHARIN HUSSAIN, FAISAL HUSSAIN, RYAN BUSHFIELD & ADAM BUSHFILD



"Isi Neraka", filem pertama Fatimah Ahmad.

"Lela Satria", filem pertama Fatimah Ahmad sebagai heroine berherokan Mazlan Ahmad.

Fatimah Ahmad berlakon disamping Yusof Latiff dalam
"Mata Shaitan" cerita karya Siput Serawak.


"Mata Shaitan" arahan Hussain Haniff (Sumber: Nichole Long)

"Istana Berdarah", Fatimah Ahmad bawa karekter penuh cabaran.

"Dang Anom", memperlihatkan kematangan Fatimah Ahmad berlakon dibawah asuhan Hussain Haniff.


"Dang Anom" arahan Hussain Haniff (Sumber: filem klasik)

PERANAN DALAM FILEM
FATIMAH AHMAD TIDAK MENYERLAH

Tidak banyak filem dibintangi Fatimah Ahmad, 16 saja. Antaranya, dianggap klasik cuma "Dang Anom", "Mata Shaitan" dan "Istana Berdarah". Itu pun dibawah asuhan suaminya, pengarah Hussain Haniff. Dua filem lagi arahan Hussain turut dilakonkan oleh Fatimah bercorak komedi, "Masok Angin Keluar Asap" dan "Gila Talak," tidak memerangsangkan. Selepas bersama Hussain membintangi "Chinta Kaseh Sayang" (kemudian Hussain meninggal dunia), Fatimah teraba-raba mencari peranan mencabar tapi gagal. "Dosa Wanita" arahan M.Amin, "Kekaseh" dan "Nafsu Belia" diarahkan oleh Noordin Ahmad tidak mencapai standard "Dang Anom", "Mata Shaitan" dan "Istana Berdarah". Apa pun, Fatimah tetap diterima sebagai seniwati berperanan penting dalam mencorakkan sejarah perkembangan filem di Malaysia dan Singapura walaupun berselindung dibawah bayang-bayang Hussain, apatah lagi kerana mengkritik lakonannya dalam "Dang Anom", Hussain bergaduh dan menampar wartawan hiburan, Aimi Jarr. Tidak pernah terjadi, itulah sekali.

FILEM-FILEM FATIMAH AHMAD

Isi Neraka - Jamil Sulong (1960)
Lela Satria - S.Roomai Noor (1961)
Puteri Gunong Ledang - S.Roomai Noor(1961)
Jalak Lenteng - Salleh Ghani (1961)
Gado Gado - S.Roomai Noor (1961)
Dang Anom - Hussain Haniff (1962)
Jula Juli Bintang Tujoh - B.N.Rao (1962)
Mata Shaitan - Hussain Haniff (1962)
Korban Kaseh - Hussain Haniff (1962)
Masok Angin Keluar Asap - Hussain Haniff (1963)
Gila Talak - Hussain Haniff(1963)
Istana Berdarah - Hussain Haniff (1964)
Chinta Kaseh Sayang - Hussain Haniff (1965)
Dosa Wanita - M.Amin (1967)
Kekaseh - Noordin Ahmad (1968)
Nafsu Belia - Noordin Ahmad (1969)

Ini bererti, Fatimah berlakon dibawah arahan Hussain, 7 filem; 3 Roomai; 2 Noordin; 1 Jamil, Salleh, Rao dan Amin. Dalam "Gado Gado," Fatimah sekadar pelakon jemputan menyanyi lagu "Ole Ole" (lagu asal "Ole Ole Bandung" ciptaan Ismail Marzuki) bersama antaranya Wahid Satay, Latiffah Omar, Rose Yatimah, Noordin Ahmad dan Ummi Kalthoum.





Album filem "Sumber Ilhamku"


Dunia Cintaku (Sumber: Eishabella Natasha Zainal)


Duniaku Duniamu (Sumber: Eishabella Natasha Zainal)


Usah Kau Rayu Padanya (Sumber: Danial Samat)

ALBUM SUMBER ILHAMKU MENGHIBURKAN
Oleh Mustafar A.R.

Dulu. Ada usaha dilakukan untuk merakamkan lagu-lagu filem ke piringhitam (album atau lp). Justeru itu, terhasillah "Hapuslah Airmatamu", "Kisah Seorang Biduan", "Cinta Dan Lagu", "Sesejuk Airmata Ibu", "Sumber Ilhamku", "Dendang Perantau" dan "Pendekar". Kini. Sudah tidak ada lagi. Mungkin tidak pernah ada lagi. Selebriti pertama ini ingin Saya mengulas serba sedikit mengenai "Sumber Ilhamku" arahan Aziz Jaafar, dibintangi oleh Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Teh Faridah, Rosnah Abdul Rahman, Ahmad Daud, Sa'adiah, Sonny Abdullah, M.Rizal dan Ibrahim Pendek. Dikeluarkan oleh Syed Kechik Film tahun 1979, album ini yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab mengandungi 9 lagu;
MUKA SATU "Sumber Ilhamku" (Sharifah Aini), "Dunia Cintaku" (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim), "Tangisan Hati Yang Derita" (Khadijah Ibrahim), "Aku, Dia Dan Malam"
(Tenor Sax Ahmad Nawab).
MUKA DUA "Duniaku, Duniamu" (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim),
"Ku Gembira Di Sampingmu" (Khadijah Ibrahim), "Usah Kau Rayu Padanya" (Latiff Ibrahim, S.Rohani & M.Rizal), "Nora" (Latiff Ibrahim) dan "Bertemu, Bercinta" (M.Rizal).
Kesemua lagu dicipta dan disusun musiknya oleh Ahmad Nawab, lirik oleh Rahmat Zaki (Chauri Selamat) manakala iringan musik oleh Orkes Ahmad Nawab. Boleh dikatakan kesemua lagu menarik belaka, namun sedap dinikmati ialah "Duniaku, Duniamu",
"Ku Gembira Di Sampingmu" dan "Usah Kau Rayu Padanya". "Tangisan Hati Yang Derita" menang anugerah Lagu Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1) anjuran Eja, tahun 1980.

# Sesiapa yang ingin memiliki album "Sumber Ilhamku" ini untuk koleksi, sila kunjungi Galeri Pak Mus di bawah.




HAPUSLAH AIRMATAMU (Harga RM300.00)

TUJUH ALBUM FILEM UNTUK DIJUAL
Oleh Pak Mus

Galeri Pak Mus ini diwujudkan sebagai tempat untuk menjual khazanah yang tersimpan dalam Galeri Pak Mus. Banyak, terlalu banyak (walaupun banyak telah Pak Mus jual di Amcorp Mall, PJ), dikumpulkan sejak awal tahun 1970an, bermulanya Pak Mus bertugas sebagai wartawan hiburan di Utusan Melayu mengendalikan majalah URTV. Dalam keadaan usia semakin lanjut, Pak Mus merasakan khazanah tersebut perlu dipanjangkan (dijual) kepada mereka yang berminat supaya ia tidak berkubur sekiranya Pak Mus pergi mengadap Tuhan yang Maha Esa. Bila-bila masa saja lagi. Anak-anak Pak Mus tidak berminat, jual adalah cara terbaik bagi mengosongkan galeri tersebut disamping (jika tidak terjual) memikirkan perpustakaan mana yang patut Pak Mus sumbangkan. Apa yang Pak Mus ada sangat besar nilainya. Penting untuk generasi sekarang dan akan datang menghayati aktiviti hiburan dulu-dulu, "yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas." Buat permulaan, Pak Mus berhasrat menjual Album atau LP rakaman lagu dipetik dari filem; 1. Sumber Ilhamku; 2. Cinta Dan Lagu; 3. Kisah Seorang Biduan; 4. Dendang Perantau; 5. Sesejuk Airmata Ibu; 6. Hapuslah Airmatamu; dan 7. Pendekar. Kesemuanya sangat sukar diperolehi, malah di Amcorp Mall (flea market), PJ, tempat popular menjual barang-barang antiq, belum tentu ada dijual di sana. Harga yang Pak Mus tawarkan berpatutan, dan dijangka berlipat kali ganda nilainya dalam tempuh masa 10 atau 20 tahun akan datang. Kepada yang (hanya benar-benar) berminat, sila hubungi Pak Mus di telefon (012-3408117) atau e-mel (mar27843@yahoo.co.uk). Dalam Selebriti bilangan dua nanti, Pak Mus fikirkan yang mana pula untuk dijual termasuk antaranya majalah hiburan, buku filem, poster filem dan pelbagai vcd/dvd filem klasik dalam dan luar negara.

# Perlu juga diberitahu, penjualan khazanah Galeri Pak Mus bukan untuk keperluan Pak Mus dan isteri, tapi keutamaan diberikan menyara 30 ekor kucing jalanan yang Pak Mus pungut dari masa ke masa. Bajetnya setahun RM9,000.00.

PENDEKAR (Harga RM300)

SUMBER ILHAMKU (Harga RM250.00)

CINTA DAN LAGU (Harga RM250.00)

KISAH SEORANG BIDUAN (Harga RM250.00)

DENDANG PERANTAU (Harga RM250.00)

SESEJUK AIRMATA IBU (Harga RM250.00)

TAWARAN ISTIMEWA

RAHIMAH RAHIM - GADIS & BUNGA
(HARGA RM200.00)

JULIE REMIE - PERASAAN REMAJA
(HARGA RM200.00)

KARTINA DAHARI - SENANDONG LAGU LAMA
(HARGA RM200.00)




Gambar-Gambar memperlihatkan, bagaimana meriah dan cerianya majlis perkahwinan Mohamad Noh-Rahimah yang diadakan empat malam berturut-turut.


Bintang Sukanku - Rahimah sebelum berkahwin.
(Sumber: Izuwan Azir)


Masihkah Ada Cinta - Rahimah selepas bercerai.
(Sumber: Jula Juli)

PERSANDINGAN RAHIMAH-NOH
Oleh Aidalina Mustafar

Rahimah Rahim bersanding dengan Mohamad Noh Hussein pada
8 Disember 1977. Persandingan di suatu majlis jamuan yang telah terjalin selama enam tahun, antara penyanyi profesional, Rahimah Rahim, 22 tahun, dengan bintang bolasepak Kebnangsaan Singapura, Mohamad Noh Hussein, 24 tahun, yang telah diikuti dengan ikatan pertunangan selama setahun, akhirnya telah selamat diijabkabulkan pada malam 8 Disember 1977 dengan mas kahwin $222.50. Majlis rasmi yang dihadiri semua sanak saudara kedua mempelai itu, telah dituruti upacara berzanji dimalam berikutnya. Sementara itu, satu majlis makan malam yang telah dihadiri oleh sahabat handai keduanya telah diadakan dirumah pengantin perempuan di Toa Payoh pada petang 10 Disember. Menurut laporan majalah Lagu-Lagu Filem & TV (keluaran Disember 1977) lagi, majlis yang cukup meriah dan menarik selama tiga hari tiga malam itu, kemudian dilanjutkan sehari lagi, khusus untuk upacara persandingan pada 11 Disember. Diupacara inilah keriangan jelas tergambar dari wajah kedua mempelai yang berpakaian Raja Sehari itu.

PERCERAIAN RAHIMAH-NOH
Oleh Muszaili Mustafar

Rahimah Rahim bercerai dengan Mohamad Noh Hussein pada
19 September 1988. Bekas pemain bolasepak kebangsaan, Mohamad Noh Hussein, mengesahkan bahawa beliau telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya, Rahimah Rahim. Dalam wawancaranya dengan Berita Minggu, 25 September 1988, Mohamad Noh berkata: "Saya mengambil keputusan itu setelah memikirkannya dengan teliti dan semasak-masaknya. Saya tidak mengikut perasaan atau didesak oleh sesiapa pun. Saya membuat keputusan itu bukan mencari kemenangan tapi mencari kebenenaran." Bagaimanapun, Mohamad Noh enggan menerangkan hal itu atau sebab-sebab beliau menjatuhkan talak. Katanya: "Kalau saya beritahu, bermakna saya menceritakan hal-hal peribadi. Saya tidak mahu perkara ini berlaku". Mohamad Noh dan Rahimah berkahwin pada 8 Disember 1977. Rahimah berkata: "Noh cakap baik-baik. Kami tidak bergaduh. Noh kata, jodoh kami cukup sampai di sini saja."

SEDIKIT MENGENAI RAHIMAH RAHIM
Oleh Zaini Yusop

Mungkin ramai yang tidak tahu, Rahimah (lahir pada 9 Disember 1955) anak saudara Sa'adiah dan Ahmad Daud, Ogy Ahmad Daud sepupunya. Ini kerana Mariam, kakak Sa'adiah. Sebagaimana Sa'adiah, Mariam membintangi banyak filem di Malay Film Productions dan Cathay Keris Film antaranya "Kembar", "Aloha", "Anjoran Nasib", "Kipas Hikmat," "Abu Hassan Penchuri", "Selendang Delima", "Dang Anom" dan "Jiran Sekampong". Ayah Rahimah, Rahim Hamid, penyanyi kelab malam terkenal dengan jolokan Nat King Cole Singapura, pernah bertugas sebagai penyelia musik di Cathay Keris dan berlakon beberapa filem termasuk "Tun Fatimah", "Gado Gado" dan "Korban Kaseh". Semasa kecil Rahimah turut berlakon - "Korban Kaseh", "Masok Angin Keluar Asap" dan "Kaseh Ibu". Bercerai dengan Mohamad Noh, Rahimah berkahwin dengan pegawai bank, Remy Taib. Anaknya, Amalyn lahir pada 1995. Anaknya bersama Mohamad Noh, Nur Hida, lahir tahun 1978.

APA LAGI?

Oh ya. Sebelum terlupa nak tanya, di mana Rahimah dan Mohamad Noh berada sekarang? Siapa tahu? Kalau ada, catatkan diruang komen.





KERONCONG POPULARKAN KARTINA DAHARI
Oleh Mustafar A.R.

Orang sekarang tidak banyak minat musik (irama dan lagu) keroncong, namun ramai penyanyi merakamkan lagu-lagu keroncong sejak tahun 1950an sampai kini, tetap disukai ramai. Salah seorang antaranya KARTINA DAHARI.
Lagu-lagunya sentiasa segar (ever green), dari masa ke masa Saya terus menikmati "Jangan Di Tanya Ke Mana Aku Pergi", "Di Bawah Sinar Bulan Purnama", "Sayang Di Sayang" dan "Senandong Lagu Lama" (sebagai contoh), sebagaimana juga Saya tidak pernah jemu menonton filem-filem lakonan dan arahan P.Ramlee.
Saya menganggap Kartina mempunyai powerful voice, sangat sesuai menyanyikan lagu-lagu keroncong disamping penuturan lirik yang jelas lagi terang, tidak seperti penyanyi-penyanyi sekarang termasuk Siti Nurhaliza, penyebutan lirik yang tidak keruan.
Buktinya lagu "Mawarku" bersama 2By2.
Dibandingkan dengan dua penyanyi keroncong paling popular Indonesia, Sundari Soekotjo dan Hetty Koes Endang, Kartina tidak kalah, tidak kurang hebatnya. Di Malaysia dan Singapura,
Kartina paling ke depan.
Tidak heranlah ada kalangan yang menggelarkannya "The Queen of Keroncong". Ini bagi Saya, tepat sekali, Tidak boleh dipertikaikan.
Apa pun, tidak bererti Kartina hanya mampu sebagai penyanyi keroncong. Lagu-lagu jenis lain pun tetap dihayatinya dengan sempurna antaranya "Malam Cemerlang", "Budi Setahun Segunung Intan", "Sitara" dan "Dari Hati Ke Hati", malah Kartina juga mampu menyanyikan lagu-lagu Inggeris dengan baik.
Keseluruhannya, Kartina telah merakamkan (album dan ep) 12 semuanya, 4 lebih tertumpu kepada keroncong.


# 1. Tina/Keroncong Sampaikan Salamku ‎
(Regal/1972)
* Gambang Semarang
* Puspa Hati
* Kemayoran
* Es Lilin
* Di Bawah Sinar Bulan Purnama
* Selendang Sutera
* Tinggi Gunung Seribu Janji
* Sriwana
* Terkenang-Kenang
* Sayang Di Sayang
* Keroncong Rindu Malam
* Sampaikan Salamku


# 2. Keroncong ‎
(Parlophone/1973)
* Telaga Biru
* Dari Hati Ke Hati
* Jali Jali
* Jangan Di Tanya


# 3. Tina/Keroncong ‎
(Regal-EMI/1973)
* Kisah Cinta
* Aksi Kucing
* Tanjung Bunga (Sharifuddin Majid)
* Telaga Biru
* Rindu
* Jauh Tinggi Di Awan
* Dari Hati Ke Hati (Kassim Masdor/Noordin Arshad)
* Tidurlah Intan
* Terbang Lalat
* Jangan Di Tanya
* Jali Jali
* Rojak Ulek



# 4. Tina/Senandong Lagu Lama ‎
(Regal-EMI/1976)
* Suriram
* Getaran Jiwa (P.Ramlee)
* Masa Berganti Masa (Ahmad Jaafar)
* Senandong Lagu Lama
* Tetap Menanti
* Tinggallah (Johar Bahar)
* Lenggang Lenggok
* Seruling Senja
* Di Tanjong Katong
* Awan Mendong
* Kembali Ke Pangkal Jalan (Zainal Abbas)
* Tunas Kasih (Alfonso Soliano)

10 lagu keroncong terbaik nyanyiannya ialah;

1. Sayang Di Sayang
2. Jangan Di Tanya
3. Tinggallah
4. Senandong Lagu Lama
5. Rindu
6. Di Bawah Sinar Bulan Purnama
7. Tinggi Gunung Seribu Janji
8. Jauh Tinggi Di Awan
9. Selendang Sutera
10. Sejak Kita Berpisah

Klips-klips video di YouTube ada disertakan bersama. Scrolllah!...



BIODATA
Nama Popular: Tina
Lahir: 12 November 1941
Negara: Singapura
Meninggal Dunia: 30 April 2014
Lokasi: Braddel, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura
Anugerah: Perdana Emas (2009) & Artis Cemerlang (2010)



Kartina Dahari somewhere in Japan.

SINGER CALLED "THE QUEEN OF KERONCONG"
By Bob Hufford

Kartina Dahari was one of her country's most popular vocalists over a long career. The child of a noted musical family, she was born and raised in what was then British Malaya, showed her talent early, and, against much paternal opposition, began performing at 14. Quickly becoming adept at Keroncong, a distinctive Malay folk music quite popular in the 1960s and 1970s, she became a regular on radio and television and was much in demand as a concert artist, always called upon for her signature piece "Sayang Di Sayang" ("Lover Is Loved") as well as for such other hits as "Hati Ke Hati" ("Heart To Heart"). Tina released a number of singles and 1968 recorded her eponymous debut album which contained "You Only Live Twice", from the James Bond film of that name, sung in perfect English. Liked by audiences and respected by colleagues, she could be 'difficult' as she was rather particular as to whom she would allow to sing 'her' music, though she demanded as much from herself as she did everyone else, even serving as her own costumer to make sure that her appearance was always up to her standards. She cut back her schedule from the early 1980s on but performed on stage as late as 2013; her honors were many and included a 2009 Gold Prime Award and a 2010 Artistic Excellence Award. She died of ovarian cancer with which she had been ill since 2010. At her demise much of her recorded legacy remained available. Salute to "The Queen gf Keroncong".

NIKMATILAH 10 LAGU KERONCONG TERBAIK KARTINA DAHARI



1. Tinggallah
Ciptaan: Johar Bahar (Sumber: Azmi Ahmad)
# Lagu asal Tinggallah Mustika Hati & pernah dirakam
ke LP oleh Sharifah Aini.


2. Senandong Lagu Lama
Ciptaan: Saiful Bhari (Sumber: lukisanperasaan)
# Petikan filem "Tiga Dara" arahan Usmar Ismail.


3. Jangan Di Tanya
Ciptaan: Ismail Marzuki (Sumber: Azmi Ahmad)
# Lagu asal Jangan Di Tanya Kemana Aku Pergi, turut
dipopularkan oleh Broery.


4. Rindu
Ciptaan: Ismail Marzuki (Sumber: lukisanperasaan)
# Lagu asal Rindu Lukisan.


5. Telaga Biru
Ciptaan: Murry (Koes Plus) (Sumber: lukisanperasaan)
# Pernah dinyanyikan oleh Yayuk Suseno.


6. Sayang Di Sayang
Ciptaan: Zubir Said (Sumber: mouthcradle)
# Petikan filem "Rachun Dunia" arahan B.S.Rajhans.


7. Selendang Sutera
Ciptaan: Ismail Marzuki (Sumber: lukisanperasaan)
# Pernah dinyanyikan oleh Mus Mulyadi.


8. Di Bawah Sinar Bulan Purnama
Ciptaan: R.Maladi (Sumber: lukisanperasaan)
# Pernah dipopular oleh Sundari Soekotjo.


9. Sejak Kita Berpisah
Ciptaan: Abdul Ghani Utin (Sumber: lukisanperasaan)
# Lirik oleh Ahmad Jais & beliau pernah merakamkannya
ke piringhitam.


10. Jauh Tinggi Di Awan
Ciptaan: Saleh Suwita (Sumber: lukisanperasaan)
# Pernah dipopularkan oleh Titek Puspa.




Tiga wajah Pontianak Maria Menado dalam "Pontianak."

TAHUKAH ANDA?
Di Cari Di Edit & Di Susun
Oleh Aidalina Mustafar

Berapa filem gunakan tajuk Pontianak? Setakat penghujung tahun 1979, 8 semuanya - 5 Cathay Keris Film, 2 Malay Film Productions dan 1 Hamid Bond Organisation. "Pontianak," "Dendam Pontianak," "Sumpah Pontianak" dan "Pontianak Gua Musang" (arahan B.N.Rao). "Anak Pontianak," "Pusaka Pontianak" dan "Pontianak Kembali" (arahan Ramon A.Estella). "Pontianak" (arahan John Sutton). Antaranya, hanya filem arahan Sutton dibuat dalam color, dan tidak seorang pun pengarah Melayu mengarahkannya.

(Sumber: Shemarooo)

Siapakah, satu-satunya, seniwati filem Melayu menyanyi menggunakan suara Lata Mangeshkar? Jawapannya, Maria Menado. Lagu "Dekho Ji Dekho". Filem "Singapore" (1960). Ciptaan Shankar Jaikishan. Dibintangi Shammi Kapoor & Padmini.

Mustafar A.R. & Lai-Yin Poon di New World Hotel, Hong Kong, beliau diundang ke sana untuk membuat lapuran pelancaran dan penggambaran "Red Spells Spell Red" tahun 1983, selama seminggu.


Adegan menyeramkan lakonan Lai-Yin Poon dalam
"Red Spell Spells Red."


Adegan klimaks "Red Spell Spells Red," penggambaran
dilakukan di Hong Kong dan Malaysia.
(Sumber: One Stop Analogue)

Hussain Abu Hassan pernah berlakon 3 filem Cina di Hong Kong - "Bewitched" (1981), "Centipede Horror" (1982) dan "Red Spell Spells Red" (1983), kesemuanya bertemakan seram. "Bewitched" dikeluarkan oleh Shaw Brothers dan produsernya, Mona Fong. Disamping itu, Hussain turut berlakon (bersama Noor Azizah) dalam 12 dari 26 episod siri TV Australia, "Bailey's Bird," yang mula ditayangkan pada 25 Mac 1979.

"7th Dawn" banyak dibuat penggambarannya di Kuala Lumpur
termasuk Merdeka Studio, Masjid Jamek dan Carcosa.


Credit title dan musik tema "7th Dawn." (Sumber: rrmm)

Ramai seniman dan seniwati popular Hollywood, Britain dan Jepun datang ke Kuala Lumpur membuat penggambaran filem. Mereka ialah William Holden, Susannah York, Capucine dan Tetsuro Tamba ("7th Dawn"); David Niven, Toshiro Mifune, Hardy Kruger, Miiko Taka dan Ronald Fraser ("Paper Tiger"); Ursula Andress dan Stacy Keach ("The Mountain of the Cannibal God").

Saloma & Kenny Buchanna gagal dalam bercinta.

Pada 4 Jun 1956 telah diumumkan Saloma bertunang dengan pemuda Scotland, Kenny (Kenneth Davis) Buchanna, hero "The Long House". Pada 28 Ogos 1956 dilaporkan Saloma-Kenny (Ahmad nama Islamnya) putus tunang. Alasan yang diberikan Saloma, tidak ada kerasian antara mereka. Saloma berkahwin dengan P.Ramlee 5 tahun kemudian, 21 November 1961. Sebelumnya, 30 Jun 1957, dengan Kaswan Yusak, pembaikpulih kereta, merupakan perkahwinannya yang kedua selepas A.R. Tompel.

James Dean sejurus sebelum kemalangan berlaku, dan remukan kereta yang dipandunya.

James Dean (24 tahun), membintangi hanya 3 filem - "East of Eden," "Rebel Without Cause" dan "Giant" (bersama Rock Hudson dan Elizabeth Taylor), meninggal dunia pada 30 September 1955 akibat kemalangan kereta. Kereta Porschenya berlanggar di persimpangan California State Route 46 dan California State Route 41.
Seniwati jelita, Grace Kelly (52 tahun), berlakon disamping Gary Cooper dalam "High Noon", meninggal dunia pada 13 September 1982 (kemalangan kereta), semasa beliau memandu kereta Roc Agelnya ke arah Monaco apabila secara tiba-tiba diserang stroke, terbabas dan menjunam ke lereng bukit.
Audie Murphy (45 tahun) meninggal dunia pada 28 Mei 1971 (kemalangan kapalterbang), apabila kapalterbang yang dinaikinya terhempas di Brush Mountain, dekat Catawba, Virginia,
32km ke barat Roanoke.
Jayne Mansfield (34 tahun) meninggal dunia pada 29 June 1967 (kemalangan kereta) di Highway 90 ke barat Rigolets Bridge, Eastern New Orleans, Louisiana, Usa. Kereta Buick Electra 225 yang dipandu laju oleh Ronnie Harrison melanggar belakang tractor-trailer yang dipandu perlahan sebab mengekor lori yang
sedang menyembur ubat nyamuk.
Belinda Lee (25 tahun) seniwati seksi membintangi "The Goddess of Love" (1957) meninggal dunia pada 12 Mac 1961 (kemalangan kereta), apabila kereta yang dinaikinya berlanggar dekat San Bernardino, California, dalam perjalanannya ke Los
Angeles dari Las Vegas.

Dilip Kumar & Meena Kumari dalam "Azaad".

Nama asal enam seniman dan seniwati paling popular di Bollywood, ialah Raj Kapoor (Ranbir Raj Kapoor), Nargis (Fatima Rashid), Dilip Kumar (Muhammad Yusuf Khan), Madhubala (Mumtaz Jehan Begum Dehlavi), Dev Anand (Dharamdev Pishorimal Anand) dan Meena Kumari (Mahjabeen Bano). Raj-Nargis bintangi 16 filem bersama termasuk "Awara", "Shree 420" dan "Chori Chori"; Dilip-Meena - "Foot Path", "Azaad" dan "Yahudi"; Dev-Madhubala antaranya "Kala Pani", "Jaali Note" dan "Nirala". Kecuali Dilip kesemua mereka
telah meninggal dunia.

Akira Kurosawa mengarah filem sejak tahun 1943.

Filem pertama arahan Akira Kurosawa yang terunggul dengan dua filemnya, "Rashomon" dan "Seven Samurai", ialah "Sanshiro Sugata" keluaran tahun 1943 lakonan Denjiro Okochi, Susumu Fujita dan Yukiko Todoroki, disusuli filem keduanya, "The Men Who Tread on the Tiger's Tail" ("Tora noOo Fumu Otokotachi") tahun 1945. Kurosawa meninggal dunia pada 6 September 1998.




THE MAGNIFICENT SEVEN (1960)


THE MAGNIFICENT SEVEN (TRAILER)

SEVEN SAMURAI (1954)


SEVEN SAMURAI (TRAILER)

YUL BRYNER & STEVE MCQUEEN
Yul Brynner
LAHIR: 11 Julai 1920, Vladivostok, Primorsky Krai, Russia.
MENINGGAL DUNIA: 10 Oktober 1985 (umur 65) New York, New York County (Manhattan), New York, Usa.
Steve McQueen
LAHIR: 24 Mac 1930, Beech Grove, Marion County, Indiana, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 7 November 1980 (umur 50) Juarez, Casas Grandes Municipality, Chihuahua, Mexico.

JAMES COBURN & CHARLES BRONSON
James Coburn
LAHIR: 31 Ogos 1928, Laurel, Cedar County, Nebraska, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 18 November 2002 (umur 74) Beverly Hills,
Los Angeles County, California, Usa.
Charles Bronson
LAHIR: 3 November 1921, Ehrenfeld, Cambria County,
Pennsylvania, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 30 Ogos 2003 (umur 81) Los Angeles, Los Angeles County, California, Usa.

ROBERT VAUGHN & BRAD DEXTER
Robert Vaughn
LAHIR: 22 November 1932, New York, New York County (Manhattan), New York, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 11 November 2016 (umur 83) Danbury,
Fairfield County, Connecticut, Usa
Brad Dexter
LAHIR: 9 April 1917, Goldfield, Esmeralda County, Nevada, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 11 Disember 2002 (umur 85) Rancho Mirage, Riverside County, California, Usa.

HORST BUCHHOLZ & ELI WALLACH
Horst Buchholz
LAHIR: 4 Disember 1933, Berlin-Mitte,
Mitte, Berlin, Germany.
MENINGGAL DUNIA: 3 Mac 2003 (umur 69) Berlin-Mitte,
Mitte, Berlin, Germany.
Eli Wallach
LAHIR: 7 Disember 1915, Brooklyn, Kings County (Brooklyn),
New York, Usa.
MENINGGAL DUNIA: 24 Jun 2014 (umur 98) Manhattan, New York County (Manhattan), New York, Usa.

THE MAGNIFICENT SEVEN MASIH SAYA MINATI
Oleh Mustafar A.R.

Ketika berkemas dan menyusun semula apa saja yang ada dalam galeri mini Saya, tiba-tiba terpegang dvd filem "The Magnificent Seven" yang Saya simpan sejak sekian lama. Filem bercorak western (koboi) ini paling Saya suka sama saperti "Shane," "Rio Bravo,"
"Big Country," "High Noon," "Last Train From Gun Hill," "Vera Cruz,"
"The Bravados" dan "3:10 To Yuma."
Apabila terjumpa dan lama juga tidak menontonnya, Saya masukkan ke dalam perakam video, terpampanglah di skrin TV, berukuran 32 inci. Terperanjat Saya kerana visual dan audio masih baik seperti keadaannya kira-kira 25 tahun dulu. Itulah kelebihannya kalau memiliki sesuatu yang original.
Terhibur Saya, seronok menonton 7 seniman popular membawa peranan hero menjadi wira terutama Yul Brynner, Steve McQueen dan Charles Bronson. Lagu temanya ciptaan Elmer Bernstern begitu menarik dan antara yang terbaik pernah dicipta.
Kemudian, timbul soalan dalam fikiran Saya, antara 7 pelakon yang membawa watak utama itu, berapa sudah meninggal dunia berapa pula masih hidup. Ini membuatkan Saya terpanggil untuk menulis artikel mengenai "The Magnificent Seven", dan dimuatkan dalam Selebriti yang pertama ini.
"The Magnificent Seven" saduran "Seven Samurai" arahan Akira Kurosawa. Itu yang menariknya. Jepun boleh dianggap hebat apabila beberapa filem mereka ditiru oleh Hollywood yang ternyata lebih hebat dalam pengeluaran filem di seantero dunia.



Who were The Magnificent Seven? The Magnificent Seven is a movie by John Sturges (The Great Escape). The cast of the seven are: Yul Brynner as Chris; Steve McQueen as Vin; James Coburn as Britt; Charles Bronson as Bernardo; Robert Vaughn as Lee; Brad Dexter as Harry and Horst Buchholz as Chico. Eli Wallach plays
a Bandit named Calvera.
Storyline? A Bandit named Calvera. who terrorizes a small Mexican village with his 40 men, and the villagers go to America for help. There they find Chris (Yul Brynner), a veteran gunslinger. They ask him to help them buy guns. He tells them that to hire gunmen would be much better, and they ask him to hire men for them. He hires 5 men (making their number 6) and they go down to Mexico, followed by Chico (Horst Buchholz). Chico had earlier asked to help but was turned away, but he is then accepted (bringing their number to 7). The 7 men go to the village to stop the raids from Calvera. When Calvera returns for a raid, he is surprised that his 40 can
not defeat the magnificent 7.
How many of magnificent seven died in movie? Four of the seven died in the movie. The Magnificent Seven are: Yul Brenner: - "Chris": Survived. Steve McQueen - "Vin": Survived. Horst Buchholtz - "Chico": Survived. Charles Bronson - "Bernardo": Died. James Coburn - "Britt": Died. Robert Vaughn - "Lee": Died. Brad Dexter
- "Harry": Died.



Antara lapan pelakon "The Magnificent Seven", tiga tidak mempunyai pusara - Steve McQueen, Robert Vaughn dan Eli Wallach. Ini kerana jasad mereka dibakar. Kebiasaannya, abu akan dihanyutkan
ke lautan sama seperti Rock Hudson, seniman yang berlakon dalam "The Sprial Road" bersama Ibrahim Pendek.
Pusara lima pelakon lain; Yul Brynner (Saint Robert Churchyard, France). Charle Bronson (Brownsville Cemetery, Vermont, Usa). James Coburn (Westwood Memorial Park, Los Angeles, Usa). Brad Dexter (Desert Memorial Park, Cathedral City, Usa). Horst Buchholz (Waldfriedhof Heerstrasse Charlottenburg, Berlin, Germany).




ROSIAH CHIK


Saat Demi Saat & Rahman B. (Dang Anom)
(Sumber: jefferniagaz)


Menanti & R.Ismail (Laila Majnun)
Sumber: jefferniagaz)

FATIMAH AHMAD SEBATI DENGAN SUARA ROSIAH CHIK
Oleh Aidalina Mustafar

Rosiah Chik tidak begitu menyerlah dalam filem, tapi gemilang dalam nyanyian. Dalam filem peranannya sekadar pembantu, tambahan dan penari antaranya, "Hantu Jerangkong", "Sumpah Wanita", "Sumpah Orang Minyak" dan "Hantu Kubor", namun dalam nyanyian lagu-lagunya banyak yang meledak dan
menjadi minat ramai.
Suara Rosiah banyak digunakan untuk filem-filem Cathay Keris oleh Fatimah Ahmad, Latiffah Omar dan Salmah Ahmad. Begitu pun juga, mula menyerlah di Malay Film Productions apabila pengarah Jamil Sulong memilihnya menyanyikan "Keluhan Lela Manja"
untuk filem "Lela Manja".
Fatimah dalam "Dang Anom" begitu sebati dengan suara Rosiah, kerana apabila terdengarkan lagu "Saat Demi Saat" dan "Cita Tercapai" (bersama Rahman B.), jelas yang menyanyi itu
bukan Rosiah tapi Fatimah.
Itu tidak terjadinya kepada Latiffah yang menyanyikan "Menanti", "Sengsara" dan "Tak Mungkin" (bersama R.Ismail)
dalam "Laila Majnun".
Dalam "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar, Rosiah muncul dengan gaya geleteknya menyanyikan lagu keroncong "Endong Endong Sayang" menggunakan suaranya sendiri. Menarik
juga persembahannya.
Dalam "Yatim Mustapha" Rosiah sebagai penari, tapi suaranya digunakan oleh Salmah Ahmad menyanyikan "Patah Hati"
bersama Abdullah Chik.
Rosiah orang Johor lahir di Kota Tinggi, pernah bersuamikan angguta polis. Juga teman rapat seniwati June Rahim.



MASIH DALAM PENYELENGGARAAN. TUNGGU...




AVA GARDNER


Bhowani Junction Trailer
(Sumber: Movieclips Classic Trailers)


Naked Maja Trailer
(Sumber: Victor Creed)

AVA GARDNER PERNAH KE SINGAPURA
BUAT PENGGAMBARAN FILEM "SINGAPORE"
Oleh Muszaili Mustafar

Ava Gardner boleh dianggap seniwati paling jelita dan popular berada di bumi Hollywood bersaing dengan antaranya, Elizabeth Taylor, Rita Hayworth, Vivien Leigh dan Susan Hayward. Bermula dengan "The Killer" yang dibintanginya bersama Burt Lancaster tahun 1946, Ava tidak menoleh ke belakang apabila membintangi satu lepas satu filem sanpai yang terakhir, "Regina Roma,"
keluaran tahun 1982.
Ava pernah ke Singapura pada 26 Februari 1947 membuat penggambaran filem "Singapore" hingga penghujung bulan April, berherokan Fred MacMurray. Rochor dan Raffles Hotel
antara sasaran lokasinya.
Selepas filem yang dibuat ala-Casablanca lakonan Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman itu, banyak filem Ava lokasi penggambarannya dilakukan di luar Hollywood, 10 antaranya;
1. "The Snows of Kilimanjaro" (1952) -> Nairobi (Kenya), Kaherah (Mesir) dan Riviera (French).
2. "The Barefoot Contessa" (1954) -> Rome (Italy).
3. "Bhowani Junction" (1956) -> Lahore (Pakistan).
4. "The Sun Also Rises" (1957) -> Morelia, Michoacan (Mexico), Pamplona (Spain) dan Paris, Biarritz (France).
5. "The Naked Maja" (1958) -> Rome, Lazio (Italy).
6. "On the Beach" (1959) -> Melbourne (Australia).
7. "55 Days at Peking" (1963) -> Las Rozas de Madrid (Spain).
8. "The Night of the Iguana" (1964) -> Puerto Vallarta (Mexico).
9. "Permission to Kill" (1975) -> Gmunden (Austria).
10. "The Cassandra Crossing" (1976) -> Rome (Italy).
Ava berkahwin dengan Frank Sinatra tahun 1951 bercerai pada 1957. Sebelum itu, dengan pemusik jazz, Artie Shaw, tahun 1945 hingga tahun berikutnya. Perkahwinan pertamanya dengan Mickey Rooney pada 1942 berakhir dengan perceraian tahun 1943, disebabkan Ava mendapat tahu Mickey berlaku curang.