"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, May 11, 2012


PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

# ARTIKEL INI, SEDANG DIKEMASKINI
BERPERINGKAT-PERINGKAT




Di Cari Di Kumpul Di Semak & Di Susun
Oleh MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP

# Tidak semua yang meninggal dunia ada gambar




JAFFAR SHAH
(Singapura, 9 NOVEMBER 1951)
Lahir: 1928 (Singapura)


B.S. RAJHANS
(Singapura, 31 MEI 1955)
Lahir: 1905 (Kalkota, India)


KHAIRUDIN
(Singapura, FEBRUARI 1962)


H.M. ROHAIZAD
(Singapura, 17 DISEMBER 1961)


TIJAH (MISS TIJAH)
(Singapura, 22 OKTOBER 1962)


LOKE WAN THO
(Taiwan, 20 JUN 1964)
Lahir: 14 Jun 1915 (Kuala Lumpur, Malaysia)


OSMAN AHMAD
(Singapura, 30 NOVEMBER 1964)


HUSSAIN HANIFF
(Singapura, 4 APRIL 1966)
Lahir: 1933 (Johor)
Update: 4 April 2015


M. ZAIN
(Singapura, 31 JANUARI 1967)


BABJAN
(Jalan Alsagoff, Singapura, 22 FEBRUARI 1967)
Lahir: Pulau Pinang, 1913

YUSOF B.
(Singapura, 25 DISEMBER 1968)


MUSTARJO
(Singapura, 3 JANUARI 1970)


MAK DARA
(Singapura, 7 FEBRUARI 1970)


USMAR ISMAIL
(2 JANUARI 1971)
Lahir: 20 Mac 1921 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


NOORDIN AHMAD
(Singapura, 15 JUN 1971)
Lahir: 4 Ogos 1929 (Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Prai, Pulau Pinang)


PUSARA NOORDIN AHMAD
* Tanah Perkuburan Bedok, Singapura


AHMAD NISFU
(Singapura, 25 JUN 1972)
Lahir: Pulau Pinang, 1932


ALIAS CONGO
(Singapura, 29 JULAI 1972)


A.R. TOMPEL
(Kuala Lumpur, 30 JANUARI 1973)
Lahir: 24 Oktober 1918 (Tanjung Balai, Sumatra, Indonesia)


PUSARA A.R. TOMPEL
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


P. RAMLEE
(Kuala Lumpur, 29 MEI 1973)
Lahir: 22 Mac 1929 (Pulau Pinang)


PUSARA P.RAMLEE
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


OSMAN GUMANTI
(Kuala Lumpur, 14 DISEMBER 1973)
Lahir: 1916 (Mingangkabau, Sumatra, Indonesia)
* Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor


MALEK SUTAN MUDA
(Singapura, 20 OKTOBER 1974)


R.AZMI
Lahir: 1923, Kampong Linggi, Negeri Sembilan
Meninggal dunia: Klang, 28 Februari 1974
Pusara: Makam Di Raja, Klang, Selangor

SA'AMAH
Lahir: -
Meninggal dunia: Mekah, Arab Saudi, 20 Disember 1974
Pusara: Mekah, Arab Saudi

BACHTIAR EFFENDI
Lahir: Rome, Italy, 1903
Meninggal dunia: Rome, Italy, 1 April 1976
Pusara: -


SHAIFUL BAHARI
(Tokyo, 5 DISEMBER 1976)
Lahir: 19 September 1924 (Payakumbah, Sumatra, Indonesia)



SALIM BACHIK
(Kuala Lumpur, 7 FEBRUARI 1977)


FRED YOUNG
(2 JUN 1977)


NORMA YUZIE
(Kuala Lumpur, 19 JULAI 1977)


ZAHARAH AGUS
(Pulau Pinang, 26 MAC 1978)


SHARIFF DOL
(Singapura, 28 APRIL 1979)


MUSA AL-BAKRI
(Kuala Lumpur 12 JULAI 1979)


NOR KK
(5 MEI 1980)


MUSTAFFA YASSIN
(Singapura, 12 OKTOBER 1980)
Lahir: 1923 (Kota Raja, Acheh, Sumatra, Indonesia)


RAHMAT ALI
(Singapura, 15 MAC 1981)
Lahir: 13 Januari 1917 (Medan, Sumatra, Indonesia)


H.M. BUSRAH
(Kuala Lumpur, 7 APRIL 1981)


HO AH LOKE
(Kuala Lumpur, 16 SEPTEMBER 1982)
Lahir: 1901 (Papua New Guinea, Lautan Pasifik)


HAJI MAHADI
(Kuala Lumpur, 20 FEBRUARI 1983)
Lahir: 1914 (Kampung Merbuk, Negeri Sembilan)


PUSARA HAJI MAHADI
* Makam Haji Mohd.Said Seremban, Negeri Sembilan


SALOMA
(Kuala Lumpur, 30 APRIL 1983)
Lahir: 22 Januari 1935 (Singapura)


PUSARA SALOMA
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


RENDRA KARNO
(27 NOVEMBER 1983)
Lahir: 7 Mei 1920 (Kutoarjo, Indonesia)


RUNME SHAW
(Singapura, 2 MAC 1985)
Lahir: 1 Januari 1901 (Shanghai, China)


SHARIFF BABU
(Kuala Lumpur, 16 MEI 1985)


MALEK SELAMAT
(Singapura, 26 MAC 1986)
Lahir: 13 Disember 1936 (Singapura)


SUKARNO M. NOOR
(26 JULAI 1986)
Lahir: 13 September 1931 (Jakarta, Indonesia)


SALLEH GHANI
(Kuala Lumpur, 28 OGOS 1986)
Lahir: 3 Disember 1923 (Muar, Johor)
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


ZUBIR SAID
(Singapura, 16 NOVEMBER 1987)
Lahir: 22 Julai 1907 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


A.N. ALCAFF
(22 DISEMBER 1987)
Lahir: 17 Ogos 1925 (Jambi, Indonesia)


ROSE YATIMAH
(Kuala Lumpur, 14 DISEMBER 1987)
Lahir: 17 November 1943 (Singapura)


PUSARA ROSE YATIMAH
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


JAAFAR ABDULLAH
(Kuala Lumpur, 2 JUN 1988)


ANNIE JASMIN
(Singapura, 29 JUN 1988)
Tempat: Aljunied Crescent, Singapura
Lahir: Jakarta, Indonesia, 1927
Pusara: Tanah Perkuburan Pusara Aman, Singapura


MINAH YEM
(Kuala Lumpur, 29 OKTOBER 1988)


A.K. JAILANI
(Kuala Lumpur, 31 OKTOBER 1988)


S. KADARISMAN
(Singapura, 17 FEBRUARI 1989)
Lahir: 12 Mei 1922 (Singapura)


ALFONSO SOLIANO
(Kuala Lumpur, 16 JUN 1990)


S. SUDARMADJI
(Kuala Lumpur, 23 APRIL 1989)
Lahir: 19 Jun 1923 (Yogyakarta, Indonesia)


NORDIN ARSHAD
(23 SEPTEMBER 1990)


TUNKU ABDUL RAHMAN
(6 DISEMBER 1990)
Lahir: 8 Februari 1903 (Alor Setar, Kedah)



PUSARA TUNKU ABDUL RAHMAN
* Makam DiRaja Langgar, Alor Setar, Kedah


RAMON A. ESTELLA
(1991)


LAMBERTO V. AVELLANA
(25 APRIL 1991)
Lahir: 12 Februari 1915 (Bontoc, Filipina)


TITA DURAN
(Manila, 2 DISEMBER 1991)
Lahir: 1928 (Filipina)


SUDIRMAN HAJI ARSHAD
(Kuala Lumpur, 22 Februari 1992)
Lahir: 25 Mei 1954 (Temerloh, Pahang)


PUSARA SUDIRMAN HAJI ARSHAD
* Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh, Pahang.


RAHMAN B.
(9 MAC 1992)


A.RAHIM (Kuala Lumpur, 20 APRIL 1992)
Lahir: 1930 (Kuala Kangsar, Perak)


NORIZAN
(Kuala Lumpur, 16 MEI 1992)
Lahir: 1928 (Taiping, Perak)


PUSARA NORIZAN
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


ZAINON FIJI
(Singapura, 26 MEI 1992)


SITI TG. PERAK
(Singapura, 6 OGOS 1992)


RAHMAH RAHMAT
(Singapura, 29 MAC 1993)
Lahir: 1943 (Medan, Sumatra, Indonesia)


HABSAH
(Singapura, 28 APRIL 1994)


PHANI MAJUMDAR
(16 MEI 1994)
Lahir: 28 Disember 1911 (Kalkota, India)


ROKIAH (HANAFI) WANDA
(Singapura, 5 JULAI 1994)
Lahir: 1926 (Muar, Johor)


ISMAIL KASSIM
(Singapura, 18 SEPTEMBER 1994)


A.R.ISMAIL
15/1/1995(Kuala Lumpur) Lahir: 8/10/1929


DICKY ZULKARNEAN
(10 MEI 1995)
Lahir: 12 Oktober 1939 (Jakarta)


HAJI ARSHAD
(26 OGOS 1995)
Lahir: 21 Jun 1932 (Kuala Selangor, Selangor)


ABDULLAH CHIK
(Kota Baharu, 19 SEPTEMBER 1995)
Lahir: 1 Disember 1934 (Melaka)


B.N. RAO
(18 JANUARI 1996)


S.ROOMAI NOOR
(Mekah, Arab Saudi, 16 MAC 1996)
Lahir: 22 Februari 1923 (Temerloh, Pahang)


IBRAHIM DIN
(Kuala Lumpur,16 JUN 1996)


PUSARA IBRAHIM DIN
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


ALI FIJI
(Singapura, 16 SEPTEMBER 1996)


OMAR ROJIK
(Klang, 4 APRIL 1997)
Lahir: 30 November 1923 (Alor Setar, Kedah)


SHARIFF MEDAN
(Shah Alam, Selangor, 4 OGOS 1997)
Lahir: 1919 (Medan, Sumatra, Indonesia)


JUNAIDAH
(Jakarta, 1 APRIL 1998)


PANCHO MAGALONA
(Manila, APRIL 1998)
Lahir: 1921 (Filipina)


YUSOF LATIFF
(Singapura, 12 JUN 1998)
Lahir: 22 Jun 1922 (Singapura)
* Tanah Perkuburan Islam Bidadari (Pusara Abadi), Singapura


SALLEH KAMIL
(Singapura, 4 JULAI 1998)
Lahir: 24 April 1924 (Singapura)


S.RAMANATHAN
(7 MEI 1999)


SIPUT SERAWAK
(3 JUN 1999)
Lahir: 1921 (Kuching, Sarawak)


PUSARA SIPUT SERAWAK
* Pusara Abadi, Jalan Bahar, Lim Chu Kang, Singapura


ULASAN FK___

DARI masa ke masa ajal akan menemui kita (manusia), sebagai hamba Allah. Selebriti Malaysia (pelakon, pengarah, penyanyi, pelawak dan sebagainya) tidak terkecuali.

Yang terbaru Mustapha Maarof yang diperkenalkan oleh L.Krishnan dalam "Bunga Perchintaan" meninggal dunia pada 15 Disember 2014.

Sebagai menghormati dan memperingati jasa mereka terutama yang tertakluk kepada blog Filem Klasik (FK) ini, disenarai seberapa ramai yang boleh untuk renungan dan pengetahuan kita bersama.

Jika terdaya dan termampu (kerja ini bukan perkara mudah), saya juga akan cuba mengabadikan (gambar) pusara mereka.

Tidak semua, mereka yang telah pergi, tercatat tarikh yang tepat. Kadang-kadang cuma ada tahunnya saja seperti Ramon A.Estella (1991), sebagai contoh.

Ramai juga mereka yang telah pergi, tetapi tidak diketahui langsung pemergian mereka antaranya, K.M.Basker, Dhiresh Ghosh, Aman Belon dan Puteh Lawak.

Dengan adanya ruangan (blog) ini, mana-mana yang tidak tepat tarikhnya diperbetulkan. Mana yang tidak ada tarikhnya yang lengkap diperlengkapkan. Mana yang tidak ada langsung tarikhnya cuba diperadakan.

Dengan cara ini, dapatlah kita mengetahui dan mengingati bila, mereka pergi mengadap Tuhan yang maha Esa.

Agak menarik, dan jarang-jarang berlaku, dua selebriti popular pergi di hari (tarikh) yang sama, Ibrahim Pendek dan Sharifah Hanim yang meninggal dunia pada 25 November 2003.

Penyanyi Norma Salim dan pelawak A.R.Tahir meninggal dunia pada waktu yang sama, tetapi dalam keadaan berbeza. Mereka maut dalam kemalangan kereta di Kampar, Perak pada 11 September 1963.

Agak menarik juga, Saloma yang bersuamikan A.R. Tompel (kemudian bercerai) dan bersuamikan P. Ramlee (hingga ke akhir hayat) di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, pusara mereka sebelah menyebelah.

Juga, disebelah menyebelah Norizan (isteri kedua P.Ramlee) dan anaknya bersama Junaidah, Nasir.

Tidak jauh dari situ, terdapat pula pusara Rose Yatimah yang diperkenalkan oleh P.Ramlee dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" dan suaminya, Mustapha Maarof, serta Ibrahim Din yang membintangi filem-filem arahan P.Ramlee, "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi".

Setakat yang diketahui, S.Roomai Noor meninggal dunia di Mekah. Begitu juga Sa'amah.

Fatimah Ahmad meninggal dunia di Texas (tidak tahu pula di daerah mana), Amerika Syarikat, manakala Salmah Ibrahim di Padang, Indonesia.

Osman Gumanti yang dikatakan meninggal dunia di Medan, Indonesia sebenarnya di Kuala Lumpur, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya, Selangor.

Diharap anda dapat memberikan kerjasama bagi memperlengkapkan lagi selebriti dan tarikh mereka yang telah pergi meninggalkan kita. E-mail saya atau catatkan diruangan komen.

Kalau boleh, sertai juga gambar tanah perkuburan (pusara) tempat mereka disemadikan.

SENARAI SELEBRITI MENINGGAL DUNIA MENGIKUT TAHUN___

1951___
* JAFFAR SHAH (9 November 1951)

1955___
* B.S. RAJHANS (31 Mei 1955)

1960___
* KHAIRUDIN (Mei 1960)

1961___
* H.M. ROHAIZAD (17 Disember 1961)

1962____
* TIJAH (22 Oktober 1962)

1963____
* Norma Salim (11 September 1963)
* A.R.Tahir (11 September 1963)

1964___
* LOKE WAN THO (20 Jun 1964)
* OSMAN AHMAD (30 November 1964)

1965___
* NYONG ISMAIL (25 Ogos 1965)

1966___
* HUSSAIN HANIFF (4 April 1966)

1967___
* M. ZAIN (31 Januari 1967)
* BABJAN (22 Februari 1967)

1968___
* YEM (9 Ogos 1968)
* YUSOF B. (25 Disember 1968)

1970___
* MUSTARJO (3 Januari 1970)
* MAK DARA (7 Februari 1970)

1971___
* USMAR ISMAIL (2 Januari 1971)
* NOORDIN AHMAD (13 Jun 1971)
*AHMAD DADIDA (29 September 1971)

1972___
* AHMAD NISFU (25 Jun 1972)
* ALIAS CONGO (29 Julai 1972)
* AZIZ KING GODOBEL (20 Ogos 1972)

1973___
* A.R.TOMPEL (31 Januari 1973)
* P.RAMLEE (29 Mei 1973)
* A.BAKAR JAAFAR (22 November 1973)
* OSMAN GUMANTI (14 Disember 1973)

1974___
* R.AZMI (28 Februari 1974)
* MALEK SUTAN MUDA (20 Oktober 1974)
* SA'AMAH (20 Disember 1974)

1976___
* BACHTIAR EFFENDI (1 April 1976)

1977___
* SALIM BACHIK (7 Februari 1977)
* YUSOFF BUJANG (11 April 1977)
* FRED YOUNG (2 Jun 1977)
* NORMA YUZIE (19 Julai 1977)

1978___
* ZAHARAH AGUS (28 Mac 1978)

1979___
* SHARIFF DOL (28 April 1979)
* SALLEH MELAN (16 Mei 1979)
* MUSA Al-BAKRI (12 Julai 1979)

1980___
* UDO UMAR (20 Januari 1980)
* AHMAD WAN YET (14 Jun 1980)
* MUSTAFFA YASSIN (12 Oktober 1980)

1981___
* RAHMAT ALI (15 Mac 1981)
* H.M. BUSRAH (7 April 1981)

1982___
* HO AH LOKE (16 September 1982)

1983___
* HAJI MAHADI (20 Februari 1983)
* SALOMA (18 April 1983)
* RENDRA KARNO (27 November 1983)

1984___
* DOLLAH DAGANG (6 Julai 1984)

1985___
* RUNME SHAW (2 Mac 1985)
* SHARIFF BABU (16 Mei 1985)

1986___
* MALEK SELAMAT (26 Mac 1986)
* SUKARNO M. NOOR (26 Julai 1986)
* SALLEH GHANI (28 Ogos 1986)

1987___
* JASNI (7 Mei 1987)
* ZUBIR SAID (16 November 1987)
* ROSE YATIMAH (14 Disember 1987)

1988___
* JAAFAR ABDULLAH (2 Jun 1988)
* ANNIE JASMIN (29 Jun 1988)
* MINAH YEM (29 Oktober 1988)
* A.K.JAILANI (31 Oktober 1988)
* AMRAN KENIT (29 disember 1988)

1989___
* S.KADARISMAN (17 Februari 1989)
* M.Yatim @ Maroeti (23 Mac 1989)
* S.SUDARMADJI (23 April 1989)

1990___
* MUSTAFA NOOR (5 Januari 1990)
* ALFONSO SOLIANO (16 Jun 1990)
* NORDIN ARSHAD (23 September 1990)

1991___
* RAMON A.ESTELLA (1991)
* LAMBERTO V.AVELLANA (25 April 1991)
* M. SUKI (11 Mei 1991)
* TITA DURAN (2 Disember 1991)

1992___
* HALIM YATIM (29 Januari 1992)
* SUDIRMAN HAJI ARSHAD (22 Februari 1992)
* RAHMAN B. (9 Mac 1992)
* MAK ENON (5 April 1992)
* A. RAHIM (20 April 1992)
* NORIZAN (16 Mei 1992)
* ZAINON FIJI (26 Mei 1992)
* SITI TG. PERAK (6 Ogos 1992)
* KAMARIAH NOOR (23 September 1992)
* OSMAN ABADI (20 Oktober 1992)

1993___
* RAHMAH RAHMAT (29 Mac 1993)

1994___
* DOLLAH SERAWAK (21 Mac 1994)
* HABSAH (28 April 1994)
* PHANI MAJUMDAR (16 Mei 1994)
* ROKIAH (HANAFI) WANDA (5 Julai 1994)
* KAMSANI (22 Ogos 1994)
* ISMAIL KASSIM (18 September 1994)
* YUSOF SURIYA (20 September 1994)

1995___
* A.R.ISMAIL (15 Januari 1995)
* S.AHMAD (30 Mac 1995)
* DICKY ZULKARNEAN (10 Mei 1995)
* HAJI ARSHAD (26 Ogos 1995)
* R.JAAFAR (15 September 1995)
* ABDULLAH CHIK (19 September 1995)

1996___
* B.N. RAO (18 Januari 1996)
* SANDY SUWARDI (3 Februari 1996)
* S.ROOMAI NOOR (5 Mac 1996)
* IBRAHIM DIN (16 Julai 1996)
* R. JAAFAR (15 September 1996)
* ALI FIJI (16 September 1996)

1997___
* OMAR ROJIK (4 April 1997)
* SHARIFF MEDAN (4 Ogos 1997)
* RAHIM HAMID (23 September 1997)

1998___
* PANCHO MAGALONA (April 1998)
* JUNAIDAH (1 April 1998)
* YUSOF LATIFF (12 Jun 1998)
* SALLEH KAMIL (4 Julai 1998)

1999___
* A. KARIM JAIS (10 April 1999)
* S.RAMANATHAN (7 Mei 1999)
* SIPUT SERAWAK (3 Jun 1999)
* M.SHARIFF (7 Julai 1999)

2000___
* BROERY (7 April 2000)
* RAJA ISMAIL (26 Mei 2000)
* SITI ZAITON (18 Jun 2000)
* NORMADIAH (8 Ogos 2000)
* HARUN HASSAN (2 September 2000)
* AYAPPAN (21 Oktober 2000)
* MOHAMMED ABDULLAH (16 Disember 2000)

2001___
* GHAZALI SUMANTRI (1 Januari 2001)
* ZAIN AZMAN (18 Januari 2001)
* A. RAMLIE (9 Mei 2001)
* JAH MAHADI (31 Mei 2001)
* FAZIDAH JONED (1 Jun 2001)
* ZAITON HUSSEIN (4 Jun 2001)
* M.OSMAN (28 Julai 2001)

2002___
* BAB MUSTAFFA (2002)
* MAHMUD JUNE (13 Februari 2002)
* RAFEAH BUANG (12 Julai 2002)

2003___
* M. AMIN (8 Januari 2003)
* FAROUK AFERO (13 April 2003)
* AHMAD DAUD (11 Jun 2003)
* IBRAHIM PENDEK (25 November 2003)
* SHARIFFAH HANIM (25 November 2003)

2004___
* ZAINUDDIN ZIMBO (19 Januari 2004)
* FATIMAH AHMAD (30 April 2004)
* AHMAD B. (3 Jun 2004)
* KEMAT HASSAN (1 September 2004)
* SITI MARIAM (3 Ogos 2004)
* NORAN NORDIN (22 November 2004)
* MUSALMAH (16 Disember 2004)

2005___
* ED OSMERA (2 Januari 2005)
* BIBI YEM (19 Januari 2005)
* ROSIAH CHIK (21 Januari 2005)
* NORSIAH YEM (30 Januari 2005)
* SA'ADIAH (26 Februari 2005)
* BAT LATIFF (3 Mei 2005)
* AZIZ JAAFAR (23 Jun 2005)
* NORAINI HASHIM (9 Julai 2005)
* NAS ACHNAS (5 Ogos 2005)
* WANDLY YAZID (5 Ogos 2005)
* A.RAZAK (27 September 2005)
* ISMAIL DIN (5 Oktober 2005)

2006___
* S.JIBENG (7 Februari 2006)
* TAUFIK HAJI ALI (13 September 2006)
* SEHA (10 Oktober 2006)

2007___
* HAMZAH HUSSAIN (21 April 2007)
* KASMA BOOTY (1 Jun 2007)
* IZI YAHYA (25 Jun 2007)
* TONY KASSIM (12 Ogos 2007)
* HUSSAIN ABU HASSAN (26 November 2007)

2008___
* ALI RAHMAN (27 Mac 2008)
* YUSNI JAAFAR (1 April 2008)
* SALIM I (24 April 2008)
* ALAN HOON (29 Mei 2008)
* AHMAD MAHMUD (27 Ogos 2008)
* RAFFI HUSSAIN (14 Oktober 2008)
* SABARUDIN P.RAMLEE (26 Oktober 2008)
* SYED ALWI (30 November 2008)
* NASIR P.RAMLEE (17 Disember 2008)

2009___
* SALMAH IBRAHIM (30 April 2009)
* AHMAD JAAFAR (22 Mei 2009)
* SHUKERY HASHIM (2 Jun 2009)
* PARAM (14 Ogos 2009)
* RAHIMAH ALIAS (30 Disember 2009)

2010___
* AHMAD C. (14 Januari 2010)
* SITI ROHANI WAHID (11 Julai 2010)
* MARIAM (9 Ogos 2010)
* M.RAFEE (16 September 2010)
* M.RAJOLI (17 September 2010)
* TONY CASTELLO (13 Disember 2010)

2011___
* AIMI JARR (10 Mei 2011)
* ORKID ABDULLAH (13 Mei 2011)
* MAHYON ISMAIL (21 Mei 2011)
* HASNAH HARON (11 Ogos 2011)
* M.SHAHDAN (26 Ogos 2011)
* AHMAD JAIS (11 Oktober 2011)

2012___
* LATIFF IBRAHIM (20 Februari 2012)
* ISMAIL HARON (9 April 2012)
* ZAMI ISMAIL (19 Jun 2012)
* ISMAIL HUTSON (21 Julai 2012)
* RAJA HAMIDAH (12 September 2012)
* J. KAMISAH (21 November 2012)

2013___
* YAHYA SULONG (6 Februari 2013)
* OMAR SUWITA (11 Februari 2013)
* KUSWADINATA (16 Februari 2013)
* AZIZAH MOHAMMAD (28 April 2013)
* SALBIAH HARUN (1 Jun 2013)
* S.SHAMSUDDIN (4 Jun 2013)
* LATIFFAH OMAR (9 Jun 2013)
* UMMI KALTHOUM (24 Julai 2013)
* ROSNAH MOHD. NOOR (4 Ogos 2013)
* MAIMON MUTALIB (7 September 2013)
* NOREEN NOOR (22 Oktober 2013)
* AHMAD BUSU (10 November 2013)
* AZEAN IRDAWATI (17 Disember 2013)

2014___
* RUN RUN SHAW (7 Januari 2014)
* KASSIM MASDOR (21 Januari 2014)
* ALI MAMAK (27 Mac 2014)
* HABIBAH YACOB (14 April 2014)
* SIDEK HUSSAIN (27 April 2014)
* KARTINA DAHARI (30 April 2014)
* AZIZ SATTAR (6 Mei 2014)
* JAMAL MUHAMMAD (7 Mei 2014)
* ADAM AHMAD (15 Mei 2014)
* H.M.SHAH (26 Mei 2014)
* SHARIFAH AINI (5 Julai 2014)
* NORSHAH THAMBY (30 Julai 2014)
* JAMIL SULONG (25 September 2014)
* MUSTAPHA MAAROF (15 Disember 2014)
* ABDULLAH HUSSAIN (31 Disember 2014)

2015___
* S.HAMID (6 Februari 2015)
* ALEX KOMANG (13 Februari 2015)
* HARUN SALIM BACHIK (8 Mac 2015)
* JULIE DAHLAN (30 April 2015)
* KARIM LATIFF (18 Ogos 2015)
* NURBANI JUSUF (22 Oktober 2015)
* MARIANI (1 Disember 2015)
* MOMO (10 Disember 2015)

2016___
* AHMAD IDRIS (3 Februari 2016)
* NENG YATIMAH (19 Mac 2016)
* ZULKIFLI AHMAD (26 Mac 2016)
* SURAYA HARON (1 Jun 2016)
* AZIZ SINGAH (1 Julai 2016)
* TAMAM IDRIS (7 Julai 2016)
* S.M.SALIM (29 Disember 2016)

2017___
* S.ROSLEY (25 Januari 2017)
* RAMLI ISMAIL (27 Februari 2017)
* JINS SHAMSUDIN (1 Mac 2017)
* BAHYAH MAHMOOD (20 Jun 2017)
* OSMAN ZAILANI (4 Julai 2017)
* NORZIE NANI (1 Oktober 2017)
* SONNY ABDULLAH (19 Oktober 2017)
* JOE CHELLIAH (25 Oktober 2017)
* OMAR MANAN (3 November 2017)
* ISMAIL MAHMUD (10 November 2017)
* LATIFF BORGIBA (14 Disember 2017)
* MUSTAFFA TON (31 Disember 2017)

2018___
* AZMIL MUSTAPHA (14 Februari 2018)
* SRI DEWI (12 Jun 2018)
* A. BAKAR ALI (15 Jun 2018)

2019___
* WAFA ABDUL KADIR (17 Mac 2019)
* KASSIM SELAMAT (26 Mei 2019)
* DHALAN ZAINUDDIN (28 Mei 2019)
* A.RAHMAN HASSAN (13 Jun 2019)
* HALIL CHIK (30 Jun 2019)
* J.A. HALIM (13 Disember 2019)

2020___
* ROKIAH (27 Julai 2020)
* ZULKIFLI ZAIN (5 September 2020)



RAJA ISMAIL
(26 MEI 2000)


BROERY
(7 APRIL 2000)
Lahir: 25 Jun 1948 (Ambon, Maluku, Indonesia)


NORMADIAH
(Kuala Lumpur, 8 OGOS 2000)
Lahir: 14 Ogos 1933 (Menado, Indonesia)


GHAZALI SUMANTRI
(Kulim, Kedah, 1 JANUARI 2001)
Lahir: 1930 (Kulim, Kedah)


JAH MAHADI
(31 MEI 2001)


M. OSMAN
(Kuala Lumpur, 28 JULAI 2001)
Lahir: 1941 (Segamat, Johor)


BAB MUSTAFFA
(Kuala Lumpur, 2002)
Lahir: 30 Ogos ??? (Kampung Baru, Kuala Lumpur)


MAHMUD JUNE
(Kuala Lumpur, 13 FEBRUARI 2002)
Lahir: 20 Januari 1920 (Alor Setar, Kedah)



RAFEAH BUANG
(Kuala Lumpur, 24 JULAI 2002)
Lahir: 25 Julai 1947 (Singapura)


PUSARA RAFEAH BUANG
* Makam DiRaja Pekan, Pekan, Pahang


M. AMIN
(Kuala Lumpur, 8 JANUARI 2003)
Lahir: 1 September 1924 (Kuala Kangsar, Perak)


FAROUK AFERO
(13 APRIL 2003)
Lahir: 4 Julai 1939 (Pandon Bali, Pakistan)


AHMAD DAUD
(Kuala Lumpur, 11 JUN 2003)
12 Mac 1932 (Pulau Pinang)


PUSARA AHMAD DAUD
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


SHARIFAH HANIM
(25 NOVEMBER 2003)


IBRAHIM PENDEK
(Kuala Lumpur, 25 NOVEMBER 2003)
Lahir: 1935 (Taiping, Perak)


ZAINUDDIN ZIMBO
(Kuala Lumpur, 19 Januari 2004)


FATIMAH AHMAD
(Houston, Texas, USA, 30 APRIL 2004)
Lahir: 1943 (Singapura)


KEMAT HASSAN
(Singapura, 1 SEPTEMBER 2004)


NORAN NORDIN
(22 NOVEMBER 2004)


MUSALMAH
(Singapura, 16 DISEMBER 2004)


ED OSMERA
(2 JANUARI 2005)
Lahir: 1942 (Kampung Bunut Payung, Kelantan)


ROSIAH CHIK
(Kuala Lumpur, 21 JANUARI 2005)


NORSIAH YEM
(30 JANUARI 2005)


SA'ADIAH
(26 FEBRUARI 2005)
Lahir: 10 Ogos 1937 (Singapura)
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


BAT LATIFF
(Kuala Lumpur, 3 MEI 2005)
Lahir: 10 Jun 1951 (Singapura)


AZIZ JAAFAR
(Kuala Lumpur, 23 JUN 2005)
Lahir: 10 November 1935 (Singapura)



NAS ACHNAS
(Jakarta, 5 OGOS 2005)
Lahir: 1926 (Padang Panjang, Sumatra, Indonesia)


WANDLY YAZID
(Singapura, 5 OGOS 2005)
Lahir: 24 Februari 1925 (Bukit Tinggi, Sumatra, Indonesia)


A. RAZAK
(Kuala Lumpur, 27 SEPTEMBER 2005)


HAMZAH HUSSAIN
(Singapura, 21 APRIL 2007)


KASMA BOOTY
(Kuala Lumpur, 1 JUN 2007)
Lahir: 1932 (Medan, Sumatra, Indonesia)
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


TONY KASSIM
(Klang, 12 OGOS 2007)


HUSSAIN ABU HASSAN
(Kuala Lumpur, 26 NOVEMBER 2007)
Lahir: 5 Mei 1937 (Alor Gajah, Melaka)


PUSARA HUSSAIN ABU HASSAN
* Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Kuala Lumpur


ALI RAHMAN
(Taiping, 27 MAC 2008)


AHMAD MAHMUD
(Kuala Lumpur, 27 OGOS 2008)
Lahir: 17 Mac 1927 (Rembau, Negeri Sembilan)
* Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


SYED ALWI
(Kuang, Selangor, 30 November 2008)
Lahir: 29 Mac 1930 (Pondok Tanjung, Perak)
* Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


NASIR P. RAMLEE
(Kuala Lumpur, 17 DISEMBER 2008)


PUSARA NASIR P. RAMLEE
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


SALMAH IBRAHIM
(Padang, Sumatra, 30 APRIL 2009)


AHMAD JAAFAR
(Singapura, 22 MEI 2009)
Lahir: 30 Ogos 1919 (Binjai, Sumatra, Indonesia)


AHMAD C.
(Kota Tinggi, 14 JANUARI 2010)


MARIAM
(Singapura, 9 OGOS 2010)
Lahir: 1935 (Singapura)


M. RAFEE
(Singapura, 16 SEPTEMBER 2010)


TONY CASTELLO
(Singapura, 13 DISEMBER 2010)
Lahir: 13 Julai 1946 (Singapura)
Pusara: Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura



AIMI JARR
(Kuala Lumpur, 10 MEI 2011)
Lahir: 25 Julai 1939 (Kuala Terengganu, Terengganu)
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur



ORKID ABDULLAH
(Kuala Lumpur, 13 MEI 2011)


MAHYON ISMAIL
(Kuala Lumpur, 21 MEI 2011)


HASNAH HARON
(Singapura, 11 Ogos 2011)


M. SHAHDAN
(Kuala Lumpur, 26 OGOS 2011)


AHMAD JAIS
(Kuala Lumpur, 11 OKTOBER 2011)
Lahir: 1936 (Kapar, Klang, Selangor)


LATIFF IBRAHIM
(Kuala Lumpur, 20 FEBRUARI 2012)


ISMAIL HUTSON
(Kuala Lumpur, 21 JULAI 2012)


RAJA HAMIDAH
(Hulu Kelang, Kuala Lumpur, 12 SEPTEMBER 2012)
Lahir: 9 Disember 1932 (Johor Bahru, Johor)
* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


J. KAMISAH
(Bukit Pasir Panjang, Singapura, 21 NOVEMBER 2012)
Lahir: 1948 (Singapura)
* Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Singapura


2013___

YAHYA SULONG
(Kuala Lumpur, 6 FEBRUARI 2013)


OMAR SUWITA
(Singapura, 11 FEBRUARI 2013)



KUSWADINATA
(Kuala Lumpur, 16 FEBRUARI 2013)
Lahir: 8 September 1938 (Jalan Thomson, Singapura)


SALBIAH HARUN
(Melaka, 1 JUN 2013)

Lahir: 12 Mei 1930 (Singapura)



S.SHAMSUDDIN
(Singapura, 4 JUN 2013)
Lahir: 1 Januari 1929 (Pasir Panjang, Singapura)
* Pusara: Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapore



LATIFFAH OMAR
(Kuala Lumpur, 9 JUN 2013)
Lahir: 26 Mac 1939 (Kampung Baru, Kuala Lumpur)


PUSARA LATIFFAH OMAR
* Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat,
Kuala Lumpur


UMMI KALTHOUM
(Kuala Lumpur, 24 JULAI 2013)
Lahir: 18 Oktober 1934 (Lenggeng, Negeri Sembilan)

* Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Kuala Lumpur


ROSNAH MOHD. NOOR
(Kuala Lumpur, 8 OGOS 2013)
Lahir: 8 Mei 1959 (Pasir Putih, Kelantan)

* Pusara: Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Selangor


NOREEN NOOR
(Kuala Lumpur, 22 OKTOBER 2013)
Lahir: 1961 (Singapura)

* Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, Melaka


AZEAN IRDAWATI
(Kuala Lumpur, 17 DISEMBER 2013)
Lahir: 1950 (Alor Star, Kedah)
* Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


2014___

RUN RUN SHAW
(Hong Kong, 7 JANUARI 2014)
Lahir: 23 November 1907 (Shanghai, China)


KASSIM MASDOR
(Singapura, 21 JANUARI 2014)
Lahir: 19 September 1938 (St. Georges Road, Singapura)

PUSARA KASSIM MASDOR
* TANAH PERKUBURAN ISLAM ABADI, SINGAPURA


HABIBAH YAACOB
(Selayang, Selangor 14 APRIL 2014)
Lahir: Kampung Mahkota, Batu Caves, Selangor (1948)
* Tanah Perkuburan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor


SIDEK HUSSAIN
(Kuala Lumpur, 27 APRIL 2014)
* Tanah Perkuburan Islam Kuang, Selangor


KARTINA DAHARI
(Singapura, 30 APRIL 2014)
Lahir: 14 November 1941 (Singapura)


AZIZ SATTAR (Kajang, Selangor, 6 MEI 2014)
Lahir: 8 Ogos 1925 (Pekalongan, Indonesia)


PUSARA AZIZ SATTAR
* Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Kuala Lumpur


JAMAL MUHAMMAD
(Putrajaya, 7 MEI 2014)
Lahir: 1939 (Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur)


H.M. SHAH
(Guangzhou, China, 26 MEI 2014)
* Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur


SHARIFAH AINI
(Damansara, Kuala Lumpur, 5 JULAI 2014)
Lahir: 2 Julai 1953 (Johor Bahru, Johor)
* Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


NORSHAH THAMBY
(Kuala Lumpur, 30 JULAI 2014)


JAMIL SULONG
(Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 25 SEPTEMBER 2014)
Lahir: 6 Ogos 1926 (Parit Sulong, Batu Pahat, Johor)
* Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang


MUSTAPHA MAAROF
(Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Kuala Lumpur,
15 DISEMBER 2014)
Lahir: 1 Januari 1935, Kuala Lumpur
* Tanah Perkuburan Islam Ampang, Kuala Lumpur


ABDULLAH HUSSAIN
(Petaling Jaya, Selangor, 31 DISEMBER 2014)
Lahir: 25 Mac 1920, Yan, Kedah
* Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur


2015___

S.HAMID
(Singapore General Hospital, Singapore, 6 FEBRUARI 2015)


ALEX KOMANG
(Semarang, Jawa Tengah, Indonesia, 13 FEBRUARI 2015)
Lahir: 14 September 1961, Jepara, Jawa Tengah, Indonesia

HARUN SALIM BACHIK
(Gunung Semanggol, Bukit Merah, Perak, 8 MAC 2015)
Lahir: 1959, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Taman Ar Raudhatuk Sakinah,
Taman Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur

JULIE DAHLAN
(Kuala Lumpur, 30 April 2015)
Lahir: 1958, Batu Pahat, Johor
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Kampung
Klang Gate Baru, Ulu Klang, Kuala Lumpur

KARIM LATIFF
(Hospital Besar Kuala Lumpur, 18 Ogos 2015)
Lahir: 1937, Rembau, Negeri Sembilan
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda,
Gombak, Kuala Lumpur


NURBANI JUSUF
(Singapura, 22 Oktober 2015)
Lahir: 1 Januari 1940, Bengkulu, Indonesia

MARIANI
(Hospital Selayang, Kuala Lumpur, 1 Disember 2015)
Lahir: 1933, Tanjong Pagar, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

MOMO
(Woodlands, Singapura, 10 Disember 2015)
Lahir: 1923, Betawi (Jakarta), Indonesia

2016___


AHMAD IDRIS (ABI)
Meninggal Dunia: 3 Februari 2016
Tempat: Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya
Lahir: 1936 (79 Tahun)
Tempat: Kandang, Melaka
Pusara: Tanah Perkuburan Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur


NENG YATIMAH
Meninggal Dunia: 19 Mac 2016
Tempat: Hospital Khoo Teck Puat, Yishun, Singapura
Lahir: 1924 (92 Tahun)
Tempat: Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Singapura


ZULKIFLI AHMAD
Meninggal Dunia: 26 Mac 2016
Tempat: Pusat Perubatan KPJ Damansara, Kuala Lumpur
Lahir: 1936 (80 Tahun)
Tempat: Pahang
Pusara: Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur


SURAYA HARON
Meninggal Dunia: 1 Jun 2016
Tempat: Hospital Jerudong Park, Brunei Darussalam
Lahir: 1 Ogos 1945 (71 Tahun)
Tempat: Rembau, Negeri Sembilan


AZIZ SINGAH
Meninggal Dunia: 1 Julai 2016
Tempat: Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor
Lahir: 1942 (74 Tahun)
Tempat: Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan


TAMAM IDRIS
Meninggal Dunia: 7 Julai 2016
Tempat: Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
Lahir: 1939 (77 Tahun)
Tempat: Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Alam Damai (Cheras), Kuala Lumpur


S.M.SALIM
Meninggal Dunia: 29 Disember 2016
Tempat: Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor
Lahir: 30 Julai 1928 (88 Tahun)
Tempat: Kampung Baru, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

2017___


S.ROSLEY
Meninggal Dunia: 25 Januari 2017
Tempat: Hospital Besar Changi, Singapura
Lahir: 1945 (74 Tahun)
Tempat: Singapura


RAMLI ISMAIL
Meninggal Dunia: 27 Februari 2017
Tempat: Hospital Sungai Buloh, Selangor
Lahir: 3 Mac 1941(76 Tahun)
Tempat: Kampong Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu, Terangganu
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara Seksyen 9, Petaling Jaya, Selangor


JINS SHAMSUDIN
Meninggal Dunia: 1 Mac 2017
Tempat: Klinik Idzham, Taman Melawati, Selangor
Lahir: 5 November 1935 (81 Tahun)
Tempat: Changkat Jering, Taiping, Perak
Pusara: Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Selangor


BAHYAH MAHMOOD (BAM)
Meninggal Dunia: 20 Jun 2017
Tempat: Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya
Lahir: 30 Oktober 1941 (76 Tahun)
Tempat: Jalan Engku Kadir, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur


OSMAN ZAILANI
Meninggal Dunia: 4 Julai 2017
Tempat: Hospital Khoo Teck Puat (KPTH), Singapura
Lahir: 9 September 1931 (86 Tahun)
Tempat: Rengit, Batu Pahat, Johor



NORZIE NANI
Meninggal Dunia: 1 Oktober 2017 (66 tahun)
Tempat: Batu Pahat, Johor
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Semai, Batu Pahat, Johor
Lahir: -
Tempat: -



SONNY ABDULLAH
Meninggal Dunia: 19 Oktober 2017
Tempat: Selayang, Selangor
Pusara: Tanah Perkuburan Islam, Bukit Lagong, Selangor
Lahir: 7 Oktober 1943 (74 Tahun)
Tempat: Parit Buntar, Perak



JOE CHELLIAH
Meninggal Dunia: 25 Oktober 2017
Tempat: Taman Pinggiran Golf, Seremban, Negeri Sembilan
Pusara: Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan
Lahir: 1944 (73 Tahun)
Tempat: Muar, Johor



OMAR MANAN
Meninggal Dunia: 3 November 2017
Tempat: Hospital Selayang, Selayang, Selangor
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Selangor
Lahir: 1947 (70 Tahun)
Tempat: -



ISMAIL MAHMUD
Meninggal Dunia: 10 November 2017
Tempat: Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan
Lahir: 1944 (73 Tahun)
Tempat: -



LATIFF BORGIBA
Meninggal Dunia: 14 Disember 2017 (80 tahun)
Tempat: Setapak, Kuala Lumpur
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
Lahir: 14 Disember 1937
Tempat: Bangkok, Thailand



MUSTAFFA TON
Meninggal Dunia: 31 Disember 2017 (75 tahun)
Tempat: Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Lahir: 1942
Tempat: -


2018___


AZMIL MUSTAPHA
Meninggal Dunia: 14 Februari 2018
Tempat: Shah Alam, Selangor
Lahir: 1 Januari 1953 (65 Tahun)
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Shah Alam, Shah Alam, Selangor


SRI DEWI
Meninggal Dunia: 12 Jun 2018
Tempat: Hospital Changi Singapura
Lahir: 1940 (78 Tahun)
Tempat: Tidak Diketahui
# Filem pertamanya "Sumpah Orang Minyak" (1958) araham P.Ramlee.


A. BAKAR ALI
Meninggal Dunia: 15 Jun 2018
Tempat: Singapura
Lahir: 8 Januari 1928 (90 Tahun)
Tempat: Singapura
# Pernah menang anugerah di Festival Filem Asia Pasifik
satu antaranya kerana filem "Ibu Mertua Ku" (1962) arahan P.Ramlee.

2019___


DHALAN ZAINUDDIN
Meninggal Dunia: 28 Mei 2019
Tempat: Hospital Selayang, Selayang, Selangor
Lahir: 1941 (78 Tahun)
Tempat: Ipoh, Perak
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
# Filem pertamanya "Kisah Seorang Biduan" (1979) arahan M.Amin.


A.RAHMAN HASSAN
Meninggal Dunia: 13 Jun 2019
Tempat: Hospital Ampang, Ampang, Kuala Lumpur
Lahir: 30 Julai 1946 (hampir 73 Tahun)
Tempat: Johor Bahru, Johor
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur
# Lagu yang menjadikannya cukup terkenal "Tak Mengapa".


HALIL CHIK
Meninggal Dunia: 30 Jun 2019
Tempat: Hospital Ampang, Ampang, Kuala Lumpur
Lahir: 1949 (70 Tahun)
Tempat: Perak
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur
# Lagu popularnya "Renungan Matamu".


J.A. HALIM
Meninggal Dunia: 13 Disember 2019
Tempat: Hospital Tan Tock Seng, Singapura
Lahir: 1948 (71 Tahun)
Tempat: Singapura
# Filem pertamanya "Bukit Kepong" (1981) arahan Jins Shamsudin.

2020___


ROKIAH & Yusof Latiff dalam filem "Yatim Piatu"
Lahir: 1920 (92 Tahun)
Tempat: Gemas, Negeri Sembilan
Meninggal Dunia: 27 Julai 2020
Tempat: Gemas, Negeri Sembilan


ZULKIFLI ZAIN & Noor Azizah dalam filem "Sayang Anakku Sayang"
Meninggal Dunia: 5 September 2020
Tempat: Ukay Perdana, Hulu Klang, Kuala Lumpur
Lahir: 1944 (76 Tahun)
Tempat: Alor Setar, Kedah
Pusara: Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang, Kuala Lumpur


DESKRIPSI___

* Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia (31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970) bukanlah orang filem, tetapi dua karyanya telah dijadikan filem - "Mahsuri" yang diarahkan oleh B.N. Rao dan "Raja Bersiong" arahan Jamil Sulong.
* Runme Shaw (abang Run Run Shaw) dalam keadaan tidak sedarkan diri (coma) selama lima bulan sebelum meninggal dunia di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
* Loke Wan Tho, jutawan Pertubuhan Cathay (juga Cathay Keris Film), meninggal dunia akibat kemalangan kapalterbang di Taiwan ketika menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik di Taipei.
* B.S. Rajhans merupakan pengarah filem Melayu pertama ("Leila Majnun') dan meninggal dunia dalam kereta kerana diserang sakit jantung ketika hendak ke pejabat.
* Jaffar Shah, meninggal dunia ketika umurnya masih muda, 23 tahun. Motosikalnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Mountbatten Road, Singapura. Tiga filem yang dibintanginya, "Manusia", "Shorga Dunia" dan "Aladdin."
* Osman Gumanti (hero), P. Ramlee dan A.R. Tompel (meninggal dunia pada tahun 1973) bersama membintangi filem "Aloha", dengan heroinenya Mariam.
* Yusof Latiff (hero filem "Kipas Hikmat") telah dikecam hebat oleh ramai peminatnya apabila dia berpelukan melampau dengan Rosnani dalam "Chemburu" yang diarahkan oleh S. Ramanathan.
* Zubir Said (namanya turut diabadikan disebatang jalan di Orchid Road, berhampiran bangunan Cathay) ialah pencipta dan penggubah lagu Kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".
* R. Azmi dan Rokiah Hanafi (meninggal dunia pada tahun 1974) sering berpadusuara merakamkan lagu-lagu (satu antaranya "Di Bawah Sinar Bulan Purnama") ke piringhitam.
* Ismail Kassim, pelakon filem "Pelangi dan suami Nona Asiah, meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya apabila skuternya dilanggar kereta di Kheam Hock Road, Singapura.
* Lamberto V. Avellana (pengarah "Sergeant Hassan", filem perang) dan Ramon A. Estella ("Mata Hari", juga filem perang) meninggal dunia pada tahun yang sama, 1991.
* Usmar Ismail menggunakan nama P.L. Kapur sebagai pengarah filem "Korban Fitnah", dan dia juga mengarahkan "Bayangan Di Waktu Fajar" tetapi meletakkan namanya sendiri, Usmar Ismail.
* A.Razak, penulis cerita "Pontianak", "Mata Hari", "Anak Pontianak", "Gergasi" dan "Melanchong Ka-Tokyo", pernah beristerikan Maria Menado dan Musalmah, pelakon filem "Antara Senyum Dan Tangis".
* Ibrahim Pendek, satu-satunya selebriti Malaysia pernah berlakon di Hollywood, filemnya "The Sprial Road" (penggambarannya banyak dilakukan di Hawaii) dan berlakon disamping Rock Hudson, Burl Ives dan Gena Rowlands.
* P.Ramlee, Norizan (isteri kedua) dan Saloma (isteri ketiga) dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Norizan juga pernah bersuamikan Sultan Perak dan Abdullah Chik.
* P. Ramlee (Do), A.R. Tompel (Re) dan Ibrahim Din (Mi) yang membintangi "Do Re Mi", "Nasib Do Re Mi" dan "Laxmana Do Re Mi" dikebumikan di tanah perkuburan yang sama, Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
* Pusara Nasir P. Ramlee dibina atas sumbangan wang yang diberikan oleh Aziz Sattar dan Mustafar A.R. (bagi pihak MZA Terbit Enterprise, penerbit buku "Filem-Filem P. Ramlee").
* S.Roomai Noor (filem arahannya yang pertama "Adam") meninggal dunia di Mekah, Arab Saudi. Begitu juga Sa'amah. Salmah Ibrahim di Padang, Sumatera dan Junaidah di Jakarta.
* Fatimah Ahmad (filem popularnya "Dang Anom"), satu-satunya selebriti Malaysia meninggal dunia di Amerika Syarikat (Texas), pernah bersuamikan Hussain Haniff.
* H.M. Busrah, tiupan trumpetnya memekakkan teliga ("Seniman Bujang Lapok"), meninggal dunia dalam perjalanan pulang ke Semenyih selepas menghadiri perasmian pembukaan Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
* Jenazah A.Rahim (suami Junainah) dan Norizan, terlebih dulu dibawa ke Finas (solat dan mandi), sebelum di bawa ke Singapura (A. Rahim) dan ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur (Norizan).
* Jaafar Abdullah, lama bertugas dengan MFP sebagai Pegawai Penerangan dan penerbit Majalah Filem, juga pernah beristerikan Rokiah, pelakon filem "Putus Harapan", dan ayah tiri kepada A. Galak.
* Haji Mahadi, pengarah filem "Permata Di-Perlimbahan", merupakan satu-satunya selebriti popular di kebumikan di Makam Haji Mohd. Said Seremban, Negeri Sembilan. Haji Mohd. Said ialah ayah Haji Mahadi.
* Malek Selamat, sebelum menjadi pelakon (filem pertamanya "Raja Bersiong" keluaran Maria Menado Production), terkenal sebagai jaguh lumba basikal.
* Sebagai hero Hussain Abu Hassan tidak begitu berkrisma, tetapi dia banyak membintangi filem-filem luar negara termasuk Hong Kong, Filipina dan Australia.
* Shariff Medan (hero filem color "Buloh Perindu") meninggal dunia sebelum sempat menerima anugerah di Malam Seniman di Shah Alam, Selangor.
* Ahmad Jais terkenal sebagai penyanyi, dan pernah berlakon dalam "Dara-Kula" yang diarahkan oleh Mat Sentol. Dia juga turut berlakon filem "Si Badol" arahan Aziz Sattar.
* Rose Yatimah (diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam "Pendekar Bujang Lapok") turut bersama P. Ramlee disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
* Rahmah Rahmat, suatu ketika pernah beributirikan Latiffah Omar apabila ayahnya (pemusik Rahmat Ali, juga suami Sa'amah) berkahwin dengan pelakon filem "Gurindam Jiwa" itu. Dia juga pernah bersuamikan Jins Shamsudin.
* B.N. Rao merupakan pengarah yang bertanggungjawab membawa kejayaan box office luar biasa filem "Pontianak" yang dibintangi oleh Maria Menado, M. Amin, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof.
* Ed Osmera sepatutnya berlakon dalam "Lain Jalan Ka-Shorga" arahan Jamil Sulong (sudahpun dilakukan penggambaran), tetapi apabila tiba-tiba dia jatuh sakit tempatnya digantikan dengan Gaas Shariff.
* Tony Castello dan Bat Latiff, sama-sama pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik. Tony, "Anak-Ku Sazali", Bat pula, "Lela Manja" dan "Gerhana".
* Haji Arshad menjadi popular apabila dia menggantikan tempat Mahmud June yang menolak pelawaan M. Amin untuk berlakon dalam filem arahannya yang pertama, "Lanchang Kuning".
* Minah Yem (terkenal juga dengan nama Minah Ketot), isteri Yem juga ibu kepada Norsiah Yem.
* Hamzah Hussain, pernah bertugas sebagai Pegawai Penerangan Cathay Keris Film, penulis novel "Rumah Itu Dunia Aku" yang kemudian dijadikan filem dengan tajuk yang sama dan diarahkan oleh M. Amin.
* Alfonso Soliano, turut terlibat (musik) dengan filem "Chinta" bersama Zubir Said, merupakan pemusik yang bertanggungjawab mengwujudkan Orkestra RTM apabila dia memimpin bermula dengan 13 pemusik. Dia pemimpin pertama Orkestra RTM kemudian disusuli pula Johari Salleh.
* Musalmah, yang terkenal dengan peranan jahatnya di MFP antaranya "Miskin" dan "Putus Harapan", pernah bersuamikan A. Razak (bekas suami Maria Menado) dan penyanyi Kamsani hingga ke akhir hayat.
* Fred Young, dari Indonesia hanya mengarah satu filem saja di Malaysia, "Jauh Di Mata" yang dibintangi oleh Abdullah Chik dan Sophia Ibrahim. Di Indonesia dia mengarah banyak filem antaranya "Sapu Tangan", "Puteri Solo" dan "Jembatan Merah".
* Tony Kassim, diperkenalkan oleh M. Amin dalam filem "Rumah Itu Dunia Aku", ramai yang menyangka dilahirkan di Singapura, tetapi sebenarnya di Kampung Raja Uda, Klang, Selangor.
* Bab Mustaffa, yang telah memperlihatkan lakonan mantap dalam "Gelora" yang diarahkan oleh P. Ramlee, merupakan adik kepada Rosmawati yang turut membintangi filem "Si Tora Harimau Jadian".
* Rendra Karno, berlakon bersama Latiffah Omar dalam "Bayangan Di Waktu Fajar" dan Maria Menado dalam "Hilang Gelap Datang Terang", pemenang anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik kerana lakonannya dalam "Bayangan Di Waktu Fajar".
* Sukarno M. Noor, yang membintangi filem "Korban Fitnah" bersama Maria Menado dan Siput Serawak, merupakan ayah kepada pelakon popular Indonesia, Rano Karno.
* Salim Bachik, tidak banyak berlakon filem antaranya "Jefri Zain Dalam Gerak Kilat" dan "Dosa Wanita", ialah ayah kepada pelawak Harun Salim Bachik.
* Shariff Babu, banyak membintangi filem-filem keluaran Merdeka Studio antaranya "Anak Bapak", "Gerimis" dan "6 Jahanam", tetapi paling menarik peranannya sebagai Sarjan dalam "Ahmad Albab", apabila dia berjaya menakutkan Tony Azman dan Karim Latiff dengan batu bukannya dengan pistol.
* Nordin Arshad, bertugas sebagai penolong pengarah di MFP, pernah membintangi filem "Antara Dua Darjat" arahan P. Ramlee dan "Nora Zain Ajen Wanita 001" bersama Sa'adiah dan Aziz Jaafar yang dibuat penggambarannya di Hong Kong.
* Norsiah Yem, sebagai heroine Mustapha Maarof dalam "Salah Sangka" dan berperanan garang dalam "Selendang Delima" beribubapakan Yem dan Minah Yem dan ibu kepada Ebby Saifullah yang turut membintangi "Jangan Tinggal Daku" dan "Ali Setan".
* Annie Jasmin, memang terkenal dengan watak-watak komidinya telah membintangi banyak filem di MFP dan Cathay Keris (tidak Merdeka Studio), antaranya yang berkesan "Pendekar Bujang Lapok", "Sergeant Hassan," "Che Mamat Parang Tumpol" dan "Gila Talak".
* M.Shahdan, pernah berlakon memegang peranan utama dalam filem "Hati Batu" (1973) berheroinekan Latiffah Omar. Dia juga membintangi banyak filem Merdeka Film Productions termasuk "Cinta Dan Lagu" (1976) bersama Hail Amir, Noor Azizah dan Yusof Haslam.
* Norma Yuzie, terkenal dengan keseksiaannya. Dia yang turut berlakon dalam "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar" meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Batu 2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur iaitu tidak jauh dari tempat kemalangan kereta yang dialami oleh A.R. Tompel.
* Aimi Jarr, yang pernah ditampar oleh Hussain Haniff kerana mengkritik filem arahannya "Dang Anom", juga penolong pengarah filem "Fajar Menyinseng" yang dibintangi oleh Abdullah Chik, Nor Asmah dan Mustapha Maarof.
* Rafeah Buang lebih terkenal sebagai penyanyi berbanding pelakon. Dua lagu popular nyanyiannya terdapat dalam dua filem - "Gurindam Jiwa" ("Gurindam Jiwa") berpadusuara dengan R. Ismail dan "Lampong Karam" ("Suka Sama Suka") berduet dengan Omar Suwita.
* Orkid Abdullah juga penyanyi popular. Dia turut menyanyi dalam filem "A Go Go 67" yang diarahkan oleh Omar Rojik dengan menyanyikan lagu "Ikatan Janji" berpadusuara dengan M. Fadzil dan diiringi oleh kugiran Les Coasters.
* Rahim Hamid, lebih terkenal sebagai pemusik/penyanyi dibandingkan pelakon dan pernah digelar 'Nat King Cole Malaya'. Peranannya di Cathay Keris biasanya menyelenggarakan musik, dan salah satu lakonannya dapat dilihat dalam filem "Tun Fatimah". Dia juga suami seniwati Mariam dan bapa penyanyi Rahimah Rahim.
* Rahman B. penulis cerita "Lela Satria" arahan S. Roomai Noor. Dia juga pengarah "Bila Hati Telah Retak' yang dibintangi Rubiah Suparman. Dan juga menyanyi dua lagu berpadusuara dengan Rosiah Chik dalam filem "Dang Anom".
* Salbiah Harun, pernah berlakun dalam beberapa filem Nusantara termasuk "Norma" dan "Chinta Murni". Adik kepada S. Kadarisman dan anak saudara Dol Ramli, juga penyanyi dan suaranya telah digunakan oleh Mariam menyanyikan lagu "Cinta Abadi" bersama P. Ramlee dalam "Abu Hassan Penchuri". Antara lagu-lagu yang pernah dirakamkannya ke piringhitam "Janji Membawa Akibat" dan "Bertepuk Tangan". Dia juga turut meminjamkan suaranya untuk Sa'adiah dalam "Kembali Saorang".
* Norshah Thamby, berperanan besar dalam gelanggang seni. Seorang wartawan, dan merupakan salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia dan terkenal dengan ruangan pojoknya, "Korner Baring", dalam majalah URTV.
* Abdullah Hussain, penulis buku P.Ramlee, "Gagak Di Rimba" dan pernah berkahwin dengan pelakon filem, Zaiton. Dua drama TV (RTM) peranan utama oleh P.Ramlee, "Intan Berduri" dan "Rantau Selamat" yang diarahkan Zainuddin Nordin, cerita berdasarkan karya beliau.
* S.Hamid (Syed Hamid Syed Ahmad Alkaff) berperanan sebagai P.Ramlee sewaktu kecil (Nasir) dalam filem "Bakti" yang diarahkan oleh L.Krishnan, dan penyanyi lagu 'evergreen' "Cenderawasih".
* Alex Komang membintang banyak filem. Antaranya "Ibunda", "Secangkir Kopi Pahit" dan "Doea Tanda Mata". Beliau juga turut berlakon bersama Tiara Jacquelia dan M.Nasir dalam "Puteri Gunung Ledang" pada 2004. Filem terakhirnya ditayangkan November lalu, "Gunung Emas Almayer".
* Siti Zaiton terkenal dengan lagu "Malang Selalu". Dalam filem "A Go Go 67" yang diarahkan oleh Omar Rojik, dia menyanyikan lagu "Alam Seni" dengan iringan kumpulan musik, The Hornets.
* Norma Salim merupakan isteri S.M.Salim yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Kampar, Perak pada 11 September 1963. Lagu popularnya, "Janganlah Marah-Marah" yang dinyanyikannya bersama S.M.Salim.
* Nurbani Jusuf, pelakon Indonesia, berlakon disamping S.Roomai Noor, Latifah Omar, Rendra Karno dan Salim Bachik dalam "Bayangan DiWaktu Fajar" arahan Usmar Ismail.
* Ahmad Idris merupakan seorang wartawan yang banyak jasanya dalam dunia hiburan tanahair. Banyak menulis mengenai hiburan ketika bertugas di Utusan Melayu. Ruangan pojoknya yang terkenal "Desas Desus Bersama Abi". Sungguhpun sudah bersara, namun masih tetap menulis mengenai hiburan terutama di URTV hingga ke akhir hayatnya. Ahmad Idris, suami kepada Bahyah Mahmood (BAM).
* Sri Dewi diperkenalkan P.Ramlee sebagai Afida dalam "Sumpah Orang Minyak". Kemudian membintangi beberapa filem lagi antaranya "Mas Merah" dan "Batu Durhaka". Dia juga pernah bersuamikan Ghazali Sumantri.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







298 comments:

  1. Satu persembahan yang menarik dilakukan oleh Encik Mustafar A.R. mengenai selebriti kita yang telah meninggal dunia. Tanhiah, saya ucapkan.
    Saya ingin turut membantu (masih belum ada dalam senarai) yang sepatutnya ada, yang saya tahu.
    1. Mustaffa Yassin (12 Oktober 1980)
    Pengarah seni atau art director di MFP.
    2. Nordin Arshad (23 September 1990)
    Penolong pengarah dan pelakon filem "Nora Zain".
    3. Ahmad B. (3 Jun 2004)
    Pelakon filem "Jangan Tinggal Daku".
    4. Tony Kassim (12 Ogos 2007)
    Pelakon filem "Anak Dara".
    Encik Mustafar A.R.
    Jika ada lagi yang saya tahu, akan saya tulis lagi.
    - Pengikut setia Filem Klasik Malaysia.

    ReplyDelete
  2. terima kasih
    pengikut setia filem klasik malaysia
    kerana membantu saya mengisi
    kekosongan yang ada.
    saya juga mengucapkan
    terima kasih kepada
    sdra fuad osman dari singapura
    kerana memberi tarikh
    (melalui e-mail) kematian
    siti tg. perak dan a. razak,
    penulis cerita "pontianak",
    juga pernah beristerikan maria menado.

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Encik Mustafar A.R.
    Artikel saudara bertarikh 11 Mei 2012 memang menarik (kebanyakan artikel saudara sebelum ini pun memang menarik).
    Pada pendapat saya memang patutlah diwujudkan satu artikel khas mengenai pemergian para Pelopor Seni Budayawan Negara sebagai penghormatan serta penghargaan kita bersama diatas sumbangan besar mereka khususnya di dunia Perfileman Melayu disamping sebagai ingatan abadi.
    Lagi bagus artikel itu dikekalkan sepanjang masa cuma perlu dibuat “update” jika ada maklumat terbaru.
    Memanglah “Pergimu Takkan Kembali Lagi tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...” Jadi memang tepatlah kalau kita para Percinta Seni Budaya Melayu terutama Peminat Filem Melayu Klasik sama-sama dapat mengenang pemergian mereka yang sukar mencari penganti baru pula.
    Walaupun mereka sudah tiada tetapi jasa mereka kita kenang dan hargai supaya legenda mereka terus hidup.
    Biarlah jasad mereka pergi selama-lamanya tetapi roh serta semangat juang mereka tetap hidup di hati sanubari kita agar menjadi satu sumber inspirasi yang bernilai tinggi kepada kita dan juga generasi yang akan datang.

    - Wak Terrer.

    ReplyDelete
  4. Salam Encik Mustafar.
    Seperti juga pengarah filem Usmar Ismail, pelakon-pelakon Indonesia turut berperanan membangunkan perfileman Malaysia. Jasa mereka patut juga dikenang dan dihargai.
    Antaranya ialah,
    1. Sukarno M. Noor, berlakon disamping Maria Menado dalam "Korban Fitnah, meninggal dunia pada 26 Julai 1986.
    2. Rendra Karno, berlakon disamping Latiffah Omar dalam "Bayangan Di Waktu Fajar, meninggal dunia pada 27 November 1983.
    Itu saja yang saya tahu setakat ini. Yang lain akan menyusul. Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Encik Mustafar kerana artikel ini.
    Seorang lagi seniman yang tidak patut ditinggalkan dari senarai ialah Salim Bachik, ayah Harun Salim Bachik.
    Sungguhpun beliau lebih terkenal di pentas, radio dan tv tetapi juga telah berlakon dalam beberapa filem antaranya "Dosa Wanita", "Gerak Kilat" dan "Menanti Hari Esok".
    - Peminat suara Salim Bachik.

    ReplyDelete
  6. Oh ya, terlupa.
    Salim Bachik meninggal dunia di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada jam 3.00 pagi 7 Februari 1977.

    ReplyDelete
  7. Bagaimana pula dengan Noraini Hashim (Adik Manja dll), Aziz King Godobel (seangkatan dengan Alias Congo). Beliau menyanyikan lagu Angan-Angan dalam filem Raja Bersiong keluaran Maria Menado Production. Beliau juga pernah muncul dalam filem-filem klasik yang lain. Idris Hashim, Ahmad Dadida, Norma Yuzie?

    ReplyDelete
  8. Bintang baru yang tidak begitu menyerlah tetapi boleh disenaraikan di sini seperti:
    (1) AMRAN KENIT (yg menjadi toyol dlm filem TOYOL);
    (2) ROHANI .... (Ratu Trengganu yg pernah berlakun & kemudian menjadi isteri kedua M. Jamil);
    Pelakun wanita (lupa namanya, kalau tak silap Rokiah Shafiee) yg memainkan watak-watak senior seperti ibu dlm era filem-filem Melayu berwarna (70an & 80an) antaranya filem yang dilakunkan dengan Rubiah Suparman;
    (4) MUSTAFA KAMAL (filem Mawar Merah bersama-sama Raja Emma);
    (5) Pelakon-pelakon dalam drama OPAH yg telah mendahului kita untuk pulang ke Rahmatullah.

    Akan di"update"kan lagi jika ada & teringat.

    ReplyDelete
  9. Bagaimana dengan pelawak AINI JASMIN yg meninggal di Singapura setelah lama mengidap penyakit diabetes? Adakah penyanyi KAMSANI (suami Allahyarhamha MUSALMAH) masih hidup? A V BAPAT - Make-up Artist yg terkenal di studio MFP Jalan Ampas di mana sekarang? Penyanyi-penyanyi lama yg menjadi playback singer untuk banyak filem Melayu lama - LENA (ibu kepada Fatimah & Zainab Huri), RUBIAH, SUTINAH, NORMAH MAM, SALBIAH, ALINA RAHMAN, SITI MARIAM? Masih hidupkah mereka lagi & di mana mereka sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam pengetahuan saya, kamsani sudah meninggal dunia. begitu juga a.v. bapat.
      lena, rubiah, sutinah dan siti mariam pun demikian juga.
      normah mam dan salbiah (salbiah harun),
      tak tau pula saya.
      bagaimanapun, alina rahman masih bersama kita.
      di mana dia sekarang, tidak pula saya tau.

      Delete
    2. Hajjah Salbiah Harun telah kembali ke rahmatullah pada 01 Jun 2013 jam 08.15 pagi di Hospital Besar Melaka.Hajjah Salbiah di masukkan ke Hospital Besar Melaka pada hari Rabu 29 May 2013 kerana komplikasi pernafasan.
      AL FATIHAH
      HAJJAH SALBIAH HARON
      12 MAY 1930 - 01 JUN 2013

      Delete
    3. Rahimah simin maseh bersama kita juge...jgn dilupa penyanyi latar film tu

      Delete
  10. Tahniah Encik Mustafar kerana menwujudkan artikel seperti di atas.
    Di laman-laman web yang lain ada juga dilakukan seperti yang Encik Mustafar lakukan tetapi tidak sebaik apa yang Encik Mustafar laksanakan.
    Susunan gambar menarik dan faktanya sangat jelas dan berguna terutama untuk dijadikan rujukan.
    Saya ingin menambah, yang masih belum ada dalam senarai. Mereka,
    * Annie Jasmin, 29 Jun 1988
    * Siti Mariam (penyanyi latar), 3 Ogos 2004
    dan
    * Norsiah Yem, 30 Januari 2005
    Jika ada lagi yang saya tahu, saya akan tambah.

    - Nur Kasih.

    ReplyDelete
  11. Minah Hashim (mak cik ping pang pet pot dalam filem P.Ramlee - Masam-Masam Manis) telah meninggal dunia pada 1969) cuba lihat pada minit dari 3:15 - 3:55

    http://www.youtube.com/watch?v=C9W9vY8F4FA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta ini mungkin silap. Sekiranya Minah Hashim meninggal tahun 1969, bagaimana dia boleh muncul dlm filem "Putus sudah Kaseh Sayang" pada 1971.

      Delete
    2. Salam... Kalau tak silap saya Arwah Minah Hashim meninggal pada tahun 1969 iaitu salah seorang mangsa peristiwa 13 May yang lalu.

      Delete
  12. Udo Umar - filem terakhir GILA-GILA 1978....selepas itu tidak diketahui bila dia meninggal

    Ahmad Nisfu - filem terakhir MAT KARUNG GUNI 1971.......tarikh meninggal tidak diketahui kerana saat2 akhir dia, dia hidup sebatang kara di dalam kubu Jepun di Singapura##### Ahmad Nisfu berasal dari Tanjong Tokong, Penang. Mungkin waris2 dia masih ada

    ReplyDelete
  13. saya rasa kalau nak tahu tentang dimana kubur dan tarikh kematian Aman Belon elok rasanya bertanya kepada Sofia Ibrahim ataupun Khatijah Ibrahim sebab Aman Belon adalah datuk mereka.... :)


    zulqassem

    ReplyDelete
  14. tahniah kerana menyelidik bintang2 klasik legenda filem melayu ini!!! kecewa kerana seniman ahmad nisfu tiada diketahui pengakhirannya..!!!

    ReplyDelete
  15. Arwah Ibrahim Pendek dan Sharifah Hanim bukan sahaja meninggal dunia di hari yang sama, tetapi hari tersebut juga jatuhnya Aidilfitri.. al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yakah?
      tak perasaan pula saya.
      terima kasih sdra zaharudeen harun
      kerana informasi yang menarik ini.

      Delete
  16. seniman idris hashim aka komeng?
    seniman ar ayappan?
    seniman babjan?
    seniman udo umar aka haji bakhil?
    seniman osman botak aka penjahat enam jahanam?

    ReplyDelete
  17. Saya perhatikan En. Mustafar A.R.
    sudah mula mencatatkan tarikh lahir
    mereka yang meninggal dunia di bawah
    foto, dan ini sangat dialu-alukan.
    Saya rasa untuk mendapatkan semuanya
    bukan perkara mudah, tapi saya cukup
    yakin En. Mustafar boleh melakukannya.
    Bagaimanapun, kalau tak dapat semua
    sebahagian daripadanya pun sudah memadai.
    - Hashimah Abdullah, JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya melakukannya itu kerana
      mendapat banyak e-mail
      meminta saya berbuat demikian.
      saya akan laksanakan beransur2.
      nampaknya pageviewsnya ramai,
      dan tidak mustahil akan menduduki
      tempat pertama dalam senarai
      artikel popular fkm tidak lama lagi.

      Delete
    2. Berkenaan pelakon Allahyarham Idris Hashim.. artikel terakhir saya pernah baca adalah dalam sebuah majalah (saya tidak ingat) pada sekitar tahun 80-an. Ketika beliau ditemuramah, beliau berada di rumah orang2 tua dan meluahkan perasaan kerana disisihkan oleh anak2nya.. selepas itu saya x baca artikel berkenaan beliau lagi.. cuma saya pengakhiran beliau agak tragik.. ditinggalkan di rumah orang2 tua..

      Delete
    3. Shake: idris hasim saya pikir baik hubung dgn keluarge nye tamam idris...anak cucu madeh ada...norlie tamam juga ada di fb

      Delete
  18. Ada lagi yang tidak patut ditinggalkan.
    1. M. Osman (28 Julai 2001), penyanyi pop dan pernah berlakon di Cathay Keris dan Merdeka studio.
    2. Ahmad Wan Yet (14 Jun 1980), pencipta lagu "Burung Dalam Sangkar" (Abdullah Chik) dan "Mengapa Di Rindu" (Saloma).
    3. S. Ahmad (30 Mac 1995), penyanyi "Aku Tak Mahu Di Madu" dan pelakon filem "Anakku Suamiku" arahan Omar Rojik.
    - Hashim Hamzah.

    ReplyDelete
  19. Al-fatihah untuk semua arwah-arwah yang secara tak langsung telah menghiburkan kita yang masih hidup ini....dan terima kasih pada penulis blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kembali sdra anonymous.
      tidak disangka2 artikel ini mendapat
      kunjungan (pageviews) paling banyak,
      dan nampaknya, dari masa ke masa,
      ianya terus meningkat.

      Delete
  20. Salam Saudara Mustafa,

    Saya ada satu soalan tentang filem Allahyarham P.Ramlee yg mungkin tak dapat dijawab oleh sesiapa kecuali Dato' Aziz Sattar.

    Bagaimana cara utk saya berhubung dgn Dato Aziz Sattar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdra boleh hubungi dengan
      telefon 013-3645678.
      apa yang saya tahu,
      datuk aziz dalam keuzuran.
      bagaimanapun,
      sdra cuba2lah telefon.

      Delete
    2. Tapi kalau tak salah saya ada rahsia2 P. Ramlee yang diamanahkan oleh Pak Aziz untuk disimpan sehingga ke akhir hayatnya..

      Delete
  21. salam saudara mustafa,

    Saya rasa ada sedikit kebetulan tentang kelahiran Allayrham AR. Tompel. .dari sumber maklumat yang saya dapat adalah kelahirannya pada tahun 24 Oktober 1918

    saya dapat dari wikipedia Aman Ramli Jaafar(nama sebenar Allahyarham)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra ayiepz.
      mungkin 24 oktober 1918 itu betul.
      mungkin juga tidak betul.
      nanti saya selidiki dulu.
      jika ok, saya perbetulkan.
      perlu ditegaskan, tarikh lahir
      selebriti kita, tidak konsisten.
      berbeza-beza dan berubah-ubah.
      (maksudnya, bukanlah semua).
      yang kadang-kadang menyukarkan
      kita menerimanya sebagai fakta.
      apapun, informasi yang
      sdra berikan sangat berguna.

      Delete
    2. tarikh lahir a.r. tompel
      pada 24 oktober 1918
      boleh diterima.
      dan sudah saya perbetulkan.
      terima kasih ayiepz.

      Delete
    3. Walaupun kita tahu Allahyarham A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalan raya, kita tak tahu dengan lebih terperinci bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku (adakah beliau dilanggar semasa berjalan kaki atau beliau di dalam kereta etc.).. alangkah bagus sekiranya ada pihak yang dapat menceritakan dengan lebih teliti berkenaan dengan kemalangan tersebut. Apa yang saya ingat pada pembacaan saya (Dewan Masyarakat Jun 1973), antara lawak P. Ramlee yang terakhir adalah pada malam sebelum kematian beliau.. yang mana beliau dimaklumkan ada seorang pemuzik yang meninggal dunia.. respons spontan beliau adalah 'mungkin Tompel yang panggil pemuzik tu sebab dalam kubur x ada music show'...

      Delete
    4. Saya masih ingat waktu sekolah dulu, saya baca surat khabar tentang kemalangan A.R Tompel.
      Beliau di langgar kereta selepas turun dari bas dan terus melintas jalan tampa perasa ada kereta yang datang.
      Saya tak ingat surat khabar apa.....mungkin utusa sebab utusan popular masa tu.

      Delete
  22. Salam sejahtera untuk semua pengunjung blok FKM.
    1. Senarai selebriti yang telah pergi meninggalkan kita semakin hari semakin lengkap dan teratur. Terima kasih kepada penulis blog ini yang tidak mengenal penat lelah untuk membuat sesuatu bagi kemudahan rujukan kita semua. Jasa mu tetap dikenang.
    2. Saya cukup berminat melihat potret pelakon Filipina bernama Tita Duran yang berlakon sebagai heroine filem Azimat. Gambarnya memang cantik betul walaupun dalam hitam puteh.
    3. Saya mencadangkan agar artikel ini diletakkan sebagai paparan kekal kerana perlu dibuat "update" dari masa kesemasa. Lagi bagus dipaparkan dihalaman hadapan blog FKM ini kerana tidak perlu lagi menyusur dari "blog achieve" kerana semakin lama semakin jauh kebelakang bila ada artikel baru muncul.

    Wak Terer

    ReplyDelete
  23. Opps.... lupa nak ucapkan juga terima kasih kepada penyumbang penyumbang dari pelayar FKM yang membantu En. Mustafar melengkapkan senarai tersebut.

    Wak Terer

    ReplyDelete
    Replies
    1. saranan sdra wak terer
      akan diambil perhatian.
      mengenai gambar black & white
      memang saya buat begitu
      supaya nampak klasik.
      terima kasih.

      Delete
  24. saya nk tanya, Ismail Kassim ni ayah Murni sarawak ker???

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapnya cuba baca salah satu komen dari artikel baru selamat pengantin baru

      Delete
    2. terima kasih kerana
      memberi jawapan bagi pihak saya.

      Delete
  25. tq banyak info yg sy dpt
    rumenye laki2 yg bpelok dng Saa'diah depan piano tu Nordin Arshd namenye, rupe dh lekat kat hati (sbb suke tgk Saa'diah dlm babak tu) baru kini ku tahukan nama & peranannye dlm perfileman melayu (selain pelok primadona depan piano buat kiteorg sume cemburu huhu)

    si Jelitawan Filipin Tita Duran tu yg jd kakak Saloma dlm Azimat tu rupenye, dlm filem tu die nampak simpel sgt suare pun pakai suare Normadiah, Saloma selaku perempuan kaberet lak nampak lebih sexy & berani
    tq atas segale info yg disumbangkn utk pengetahuan kami semue

    ReplyDelete
  26. Hussain Haniff lahir 1940? Betul ke ?
    kalau betul dia pengarah termuda sekali
    berumur 21 tahun arah filem Hang Jebat 1961 !

    Jebat ekspres

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah, agaknya.
      ini kerana, ketika berlakon
      dalam "bapa saya" dan "juwita"
      yang dikeluarkan pada tahun 1951,
      hussain haniff kelihatan terlalu muda.
      bagaimanapun, saya masih mengkajiselidik,
      samada tahun 1940 itu tarikh
      lahirnya yang sebenar.

      Delete
    2. Kalau dirujuk pada laman wikipedia Bahasa Melayu berkenaan Hussain Haniff, beliau meninggal dunia pada tahun 1966 pada usia 32 tahun.. sekiranya benar, ini bermakna beliau lahir pada tahun 1934.

      Delete
  27. Info yang saya cari2
    tahir lahir & kematian
    peniup trumpet rahmat ali
    former husband latifah omar
    wow jarak latifah &
    rahmat ali 21 tahun !
    terima kasih FKM.

    ed. LO-kfc@2011

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdra lo-kfc@2011.
      mungkin,
      ada sesuatu yang akan mengejutkan sdra.
      apa pun,
      tunggu...

      Delete
  28. memang saya menunggu ni !!!
    selain dari itu saya memang meminati
    tiupan trumpet rahmat ali. kalau tahun
    50an - 60an di MFP banyak lagu berlatar
    belakang muzik trumpet contoh lagu dewi
    malam putera bertopeng. juga lagu asmara
    terkenang neng yatimah dan tak ketinggalan
    lagu pandang kaseh ciptaan rahmat ali
    dinyanyikan oleh saloma.

    ed.LO-kfc@2011

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. terima kasih, tuah besar.
      apa yang bestnya.
      boleh bagi tau.

      Delete
  30. Hanya untuk membantu !!!.

    Saya ada terbaca dalam satu artikel oleh A Wahab Hamzah
    mengenai filem Hang Jebat 1961 arahan Hussein Haniff.
    Dia mengatakan Hang Jebat diarahkannya
    pada usia 27 tahun.
    Beliau meninggal dunia dalam usia 32 tahun.

    Sumber : Utusan Malaysia 20/2/1993 & 27/2/1993

    Dia meninggal dunia pula pada tahun 1966.
    Dari segi logik dan kiraan matematik biasa
    tahir lahirnya mestilah 1934 bukan 1940.
    Pada pandangan saya ini nampak lebih konsisten dan berkredibiliti.

    ed.LO-kfc@2011


    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan ejaan:

      tarikh lahirnya mestilah 1934 bukan 1940

      ed.LO-kfc@2011

      Delete
    2. oleh kerana ramai sangat
      yang meminta fkm menyiarkan
      artikel mengenai hussain haniff,
      saya telah meminta zaini yusop
      membuat kajiselidih dan
      semakan mengenainya.
      bagaimanapun, biarlah dia selesaikan
      dulu "pontianak"nya.
      kemudian baru dimulakan pula hussain haniff.
      tengoklah, kalau2 zaini yusop dapat
      mempastikan tarikh lahirnya yang sebenar.

      Delete
  31. salbiah harun dah ninggal ke...klu jamaliah sharif maseh ade lagi...sebabnye salbiah harun pernah di inteview oleh radio klasik...dlm terbitan adibah afandi..alina rahman ade di perak..begitu juga june abdullah berada di tampiness,singapor,a.dayang berada di klang,selangor

    ReplyDelete
  32. sy pminat bintang2 lama..buat msa skrg blm ada lg sbrg idea hendak dicurahkan..insyaallah,akan menysul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih exora silver
      kerana menjadi mengikut
      filem klasik malaysia yang ke-64.
      silalah berkarya demi untuk
      kebaikan sinema malaysia.

      Delete
  33. Berkenaan Allahyarham Salleh Kamil.. saya rasa agak tidak logik sekiranya beliau lahir pada tahun 1944.. x mungkin beliau berlakon dalam Penarik Beca (1955) umur beliau baru 11 tahun.. adakah sebenarnya beliau lahir pada tahun 1924?

    ReplyDelete
  34. al-fatihah...kepada seniman2 kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sdra Zaharudeen.
      Salleh Kamil lahir
      pada 24 April 1924.
      Bukannya 24 April 1944.
      Maaf tersalah taip.
      Terima kasih kerana memberitahu.
      Dan, kesilapan sudah diperbetulkan.

      Delete
    2. Satu lagi sdra Zaharudeen.
      "Penarek Becha" bukannya "Penarik Beca".
      Kalau tidak, fakta sudah jadi mitos.

      Delete
  35. kalau penyanyi 60an j.kamisahyang dah meninggal dunai di singapura boleh masukkan sekali ke dlm blog ni encik mustafar??beliau meninggal hari rabu 21 november 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf terlambat baca.
      Boleh, nanti saya updatekan.
      Terima kasih ssheikh.

      Delete
  36. Boleh saya tahu tarikh penyanyi A Karim Jais yg terkenal dengan lagu 'Julaidah'meninggal dunia?

    ReplyDelete
  37. Bagaimana dengan Salleh Melan, M.Wari dan Dali Siliwangi? kalau masih ada lagi bersama kita, di mana mereka sekarang?
    Terima kasih.. saya minat sangat pada pelakon Salleh Melan ni.

    ReplyDelete
  38. Saye peminat film2 melayu klasik juge. Dari kecik lagi saye dah nonton fkm ni. Asal saye dari tanjung balai karimun, kepri indonesia.daerah sy ni tk jaoh dr mlys.kl naek ferry kurang lebih 45 mnt ke kukup. Blog ni sangat membantu. Saya sudah banyak membuka blog2 tentang fmk. Tapi x ad yang selengkap ni...... thanks kpd encik mustafar.

    ReplyDelete
  39. Saya peminat setia Hero Melayu pertama di layar perak M.Suki (Pak Suki). Beliau meninggal pada tahun 92 atau 93. Suami allahyarhamah Seniwati Zahara Agus. Anaknya Norainimurti dan cucunya aktres Nanu Baharudin.. Filem pertama beliau Laila Majnun tahun 1942.

    ReplyDelete
  40. tolong siar filem2 melayu dari awal hingga kini berserta para pelakonnya..

    ReplyDelete
  41. salam RR AZMI bukan lahir di kuala kangsar..salah info tu..nama sebenat dia ..haji ahmad bin haji jalaludin...dia memang org Linggi sedara pada haji Mahdi juga...arwah merajuk tukar nama..buang sedara..saya naka sedara arwah dia...ada salasilah keluarga pada saya..memamng benar dia berdarah raja..bugis linggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu info baru yang mungkin ramai yang tidak tahu.
      Tapi info tak lengkap.
      Kalau R. Azmi bukan lahir di Kuala Kangsar,
      dia lahir di mana?
      Kerana lahir di Linggi dan orang Linggi, berbeza.
      Info ini juga saya akan perbetulkan dalam artikel R. Azmi.
      Terima kasih.

      Delete
    2. RR AZMI lahir di kg linggi..ibu nya nama Rahmah..org Baranag..memang arwah ni berdarah raja...susur galur dari daeng chellak ...sedarah dengan almarhum haji mahdi....pusara ayah rr azmi ada di makam tuan haji muhammad said r.a ( ayah haji mahdi juga)....

      Delete
    3. Ini baru dikatakan fakta.
      Kini sudah jelas
      R. Azmi lahir di Kampung Linggi
      dan meninggal dunia di Klang.
      Selama ini, ramai yang menyangka
      Allahyarham orang Perak tidak betul.
      Terima kasih.

      Delete
    4. R. Azmi sudah jadi legenda.
      Beliau dianggap ikon penyanyi Malaysia.
      Fakta terbaru sudah jelas.
      R. Azmi rupa-rupanya anak Negeri Sembilan.
      Apakata, jika Encik Mustafar dan isteri menerbitkan buku mengenai R. Azmi macam buku Filem-Filem P. Ramlee.
      Nipis tidak setebal bukuP. Ramlee pun tidak mengapa.
      Muatkan foto seberapa yang ada, filem, lagu dan lirik lagu dan sebagainya.
      Ini tentu menarik, kerana info mengenai beliau kurang jelas malah semacam tidak ada.
      Yang ada, hanya di FKM saja.
      Rasanya MB Negeri Sembilan boleh sponsor budgetnya.
      Atau sesiapa saja yang bermurah hati.
      Hanya Encik Mustafar dan isteri saja yang boleh buat,
      Orang lain saya tidak begitu yakin termasuklah FINAS.
      Sebagai anak kelahiran N9, kini saya berbangga dengan R. Azmi.

      - Nun Zarina, Port Dickson, N9.

      Delete
    5. Ini bukan kerja mudah, Nun Zarina.
      Nantilah saya berbincang dengan Zaini.
      Perkara yang baik kalau diusahakan, insyaAllah akan dimakbulkan.
      Teringat lagu Nasib Seorang Penyanyi.

      Delete
    6. Setuju 500% dengan cadangan Nun Zarina.
      Encik Mustafar dan isteri misti buat, kerana orang lain tidak boleh buat.

      - Ujang Selamat, Taiping, Perak.

      Delete
    7. kata nya kubur di makam diraja klang, almarhum sultan abdul aziz yg "selesaikan" ...ada sedara saya beritau..sebelum 40 hari arwah nak wafat dia tak makan apa..hanya minum air sahaja...maybe al marhum haji mahdi tahu hal ni..adik beradaik almarhum ialah ; Mokhar,ramlah,umar dan mansur...

      Delete
    8. Terima kasih banyak=banyak Bugis Tinggi.
      Kalau saya jadi buat buku R. Azmi, boleh tolong bantu tak?
      Beritahu sebanyak mana BT tahu.
      Sama-samalah kita bekerjasama.
      Kalau boleh, e-mail saya.

      Delete
    9. insyallah, le saya usul kan dengan kerabat almarhum e mail saya ahamidar@yahoo.co.uk

      Delete
    10. Kekeliruan berkenaan R. Azmi dan Kuala Kangsar mungkin berlaku disebabkan arwah pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).. pada masa itu kolej tersebut hanya untuk golongan bangsawan..

      Delete
    11. Satu lepas satu,
      misteri R. Azmi terungkai.
      Jika lahir sebuah buku
      mengandungi fakta tepat
      mengenai R. Azmi sayalah
      orang paling gembira.
      Diharap Bugis Tinggi dan saya
      dapat bekerjasama ke arah itu.

      Delete
    12. dengar cerita dari kaum keluarga 40 hari sebelum arwah wafat dia hanya minum air tak makan apa2...selepas ayah nya berpisah dgn bonda nya...arwah dibawa ke rumah arwah datuk saya di seremban kg bukit temiang..mak say kata masa dia kecik menmang mengada ngada...puas kena cubit ngan mak saya...nenek saya dengan ayah arwah adalah adik beradik...ayah nya menbawa arwah ni ke mekah mengerjakan fardu haji semasa arwah kecik lagi...saya tak tau lagi masih hidup tak adik berdaik beliau...seatau saya yg masih idup ialah juraih latif...dia memmang seoarng penyanyi...arwah mak dia mng org bearanag...sesusur galur dengan sultan abdul samad...pjg cerita nya..

      Delete
  42. SYABAS! Teruskanlah kemaskini blog ini. Maklumat2 yang ada pasti akan berguna untuk generasi kemudian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Akan diteruskan selagi berupaya.
      Saya gembira, kerana hitsnya memerangsangkan setiap hari.
      Rupa-rupanya ramai juga yang meminatinya.

      Delete
  43. seniwati pujaan saya almarhumah latifah umar mininggal dunia..al fathihah..susah nak cari cara lakonan org dulu yg ikhlas...cantek jgn ckp la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang benar.
      Gugur sebutir lagi bintang
      yang sukar dicari ganti.
      Kebetulan pula filem lakonannya
      "Hang Jebat" bersama Noordin Ahmad
      merupakan artikel terbaru FKM.

      Delete
  44. Penyanyi Kelahiran Singapura yg popular dgn lagu Janji Membawa Akibat.,
    Hajjah Salbiah Harun telah kembali ke rahmatullah pada 01 Jun 2013 jam 08.15 pagi di Hospital Besar Melaka.Hajjah Salbiah di masukkan ke Hospital Besar Melaka pada hari Rabu 29 May 2013 kerana komplikasi pernafasan.
    AL FATIHAH
    HAJJAH SALBIAH HARON
    12 MAY 1930 - 01 JUN 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. al fatihah..moga ruh dicucuri rahmat

      Delete
    2. Info dah masuk.
      Tapi gambarnya masih tercari-cari.

      Delete
  45. patut nya kena ada dana utk bantu artis veteran yg masih idup..yg sudah wafat..apa kata..hidup kan dana ..kita buat kan umrah dan haji kan simati...bila tiap2 tahun buatkan majlis tahlil arwah..untuk semua yg dah pergi.....aku mng respect abis...artis lama2...cantek..hansem jgn ckp la...semua natural punya....ada yg alim lagi...kalau nak tau ...nanti le saya kongsi sama...terutama arwah paksik saudara saya almarhum haji mahadi bin skh hj muhamaad said r.a

    ReplyDelete
  46. Saya nak tambahkan di sini,,,

    Musa albakri iaitu ayah kpd pelakun marlia musa meninggal pd tahun 1973 (kalau tak silap)
    Zainuddin zimbo
    Aziz wok
    Ar ismail..saya pernah mengenali beliau di awal tahun 80an kerana dia ni berkawan baik dgn ayah saya...petikan gitar beliau memang terer...nanti saya tanya ayah saya di mana dia di kebumikan..
    Param (dulu selalu nampak dia lepak di depan rumah di gombak)
    Lim goh poh (accident)
    Mat kambeng (saya pernah berkawin baik dgn cucu beliau di kg pandan)
    osman kering
    Wes mail golok

    ReplyDelete
  47. agak menganehkan.
    latifah dan ummi meninggal dunia
    dalam jangka masa tidak sampai dua bulan.
    sedangkan mereka sering bercakaran dalam
    filem "bawang puteh bawang merah".
    al-fatihah.

    - nur, putrajaya, wp.

    ReplyDelete
  48. Satu lagi,
    kalau tidak silap saya,
    filem pertama lakunan
    Latiffah dan Ummi Kalthoum
    ialah "Dahlia" arahan B.S. Rajhans.

    Suzana (UKM), Bangi, Sel.

    ReplyDelete
  49. Setelah membaca artikel Yusof Latiff, agak menarik Yusof Latiff dan Salleh Kamil yang berkawan baik dan sama-sama menonton filem di Rex, Singapura, sebelum Yusof Latiff berlakun filem, meninggal dunia pada tahun yang sama - 1998. Yusof Latiff, 12 Jun dan Salleh Kamil, 4 Julai.

    ReplyDelete
  50. sedih juga rami artis veteran da meninggal..lakonan memberi kesan hebat pada peminat..lawa,cantek,kacak jgn ckp...lakonan gagah berani spt nordin Ahmad,watak jahat-mahmud june,a rahim dan lain2...lokanan watak baik..ramai yg jahat pun ramai bila ckp siap angkat kening lagi.sapa lagi siput serawak...wow....lakonan mak dara..amat berkesan..p ramlee...zain...n labu labi nya...ahmad nisfu..kini tinggal dengan kenangan...walaupun duit lakonan terima tak berapa byk..tapi sampai sekarang semua bangsa suka tgk...unlike now..bak kata kak orgy dalam lakonan pengantin popular" aku pegang satu prinsip jer daa..kalau kita berlakon baik sampai mata org ingat kita..budak2 sdekarang nii...dailod dia org ckp pun tak faham..tonnasi...tonasi tu pun tak betul"...mng betul apa yg di katakan..memang betull...kak orgy jgn ckp la...aku memang suka tgk dia berlakon...ada style..ada kelas..walaupun ada sedikit " over acting" hahaha kak jgn marah..nanti kena jual......jgn lupa sedekah kan al fatihah bila tgk movie artis yg telah wafat...al fatihah...amin mudahan ruh mereka dicucuri rahmat atas izin nya...amin

    ReplyDelete
  51. AMRAN KENIT - MENINGGAL 29 DISEMBER 1988

    http://newspapers.nl.sg/Digitised/Page/beritaharian19881229-1.1.2.aspx

    ReplyDelete
  52. SALLEH MELAN - MENINGGAL 16 MAY 1979

    http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/beritaharian19790516.2.41.aspx

    ReplyDelete
  53. ---A R AYAPPAN - MENINGGAL 19 OKTOBER 2000
    ---MOHAMMAD ABDULLAH @ PAK BUSU (PI MAI PI MAI TANG TU) - MENINGGAL 16 DISEMBER 2000
    ---ZAITON HUSSEIN @ OPAH - MENINGGAL 4 JUN 2001
    ---AWANG BUNCIT - MENINGGAL JUN 2005
    ---ISMAIL DIN - MENINGGAL 5 OKTOBER 2005
    ---HANI MOHSIN - MENINGGAL 25 JULAI 2006
    ---PAK MAN TELO - 2 NOVEMBER 2006
    ---YALAL CHIN - 16 OKTOBER 2010

    ReplyDelete
  54. Mr Mustafar

    Nak share info sikit pasal Pelakon Veteran Alllahyarham Ahmad Mahmud...source dari Ayah saya ..kawan sekampong Ahmad Mahmud...di Kampong (Rembau) dia di gelar Amhad Pego...tak tahu lah apa makne Pego tu....sebelum menjadi pelakon di bekerja sebagai Kondakter Bas.

    Pelakon Allahyarham Haji Mahadi pula...memang ayah nya Org kampong panggil Tuan Haji Said... memang terkenal sebagai orang yang sangat warak dan berilmu. Beliau tempat orang kampong mendapatkan nasihat.. Tuan Haji Said (Bapa Hj Mahadi) di anggap sebagai Wali Allah.

    Allahyarham Ahmad Nisfu pula saya pernah terbaca di internet beliau meninggal seorang diri di sebuah kubu lama Jepun ...(di Singgapura?)..sangat sedih...

    Allahyarham Shariff Dol pula...saya pernah berkawan dgn adik dia...dia berasal dari Rembau Negri Sembilan.

    ReplyDelete
  55. Ada penambahan nampaknya.
    Foto pusara Latiffah Omar.
    Terima kasih Encik Mustafar.
    Menarik fotonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga pada edLOkfc
      kerana beliaulah menghantarkan foto tersebut.
      Kepada sesiapa yang ada foto pusara selebriti
      yang lain harap hantarkan pada FKM
      untuk disiarkan dan kita kongsi bersama.

      Delete
  56. Salam. Pusara kekal Seniwati Latiffah Omar telah disiapkan pada hari sabtu 28hb sept. 2013. Kepungannya dibuat dari kayu cengal. Dana pembinaan dtg dari para peminatnya terutama LO klasik-fanclub dan sepupunya Hj. Daud Ismail. Anda boleh menonton klip videonya di site "ed LOkfc". Pusara ini adalah "scale down:" dari plan asal kerana tidak mahu terjerat seperti isu pembinaan pusara Seniman Agung P.Ramlee walaupun sudah ada dana yg. cukup besar. tq ed.LO-kfc

    ReplyDelete
  57. ....sama tajuk diatas,
    untuk menonton videoclipnya di You-tube
    cuma taip....di search google..
    "pusara abadi seniwati latifah omar"

    ReplyDelete
  58. seniwati fazidah joned meninggal dunia pada 01 june 2001 , saya masih ingat berita kematiannya sehari selepas kematian sniwati jah mahadi

    ReplyDelete
  59. Maimon Mutalib adalah seorang pelakon yang bergiat aktif di Malaysia.

    Beliau meninggal dunia pada 7 September 2013, di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat penyakit barah payudara. Maimon Mutalib meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun. Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.[

    ReplyDelete
  60. A.RAMLIE - 09 May 2001 , penyanyi oh fatimah
    FAZIDAH JONED -01 June 2001 ,
    NORAINI HASHIM - 19 July 2005
    Bibi Yem -19 January 2005 -adik kepada pelakon Norsiah Yem dan pelakon filemkalung kenangan
    Zaiton Hussein- 04 june 2001 ,pelaon opah
    Maimon Mutalib - 07 september 2013
    Siti Rohani Wahid - 12 July 2010 ,pelakon gila gila remaja

    ReplyDelete
  61. assalamualaikum en mustafa saya agak keliru sedikit mengenai Rokiah Hanafi dan Rokiah Wanda , adakah mereka org yg sama ? Kalau sama kenapakah ad dua tarikh meninggal dunia di atas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang ramai yang terkeliru.
      Orangnya sama.
      Hanafi dan Wandah, suami Rokiah.
      Ada juga yang terkeliru dengan Rokiah Jaafar
      yang pernah berlakon dengan P. Ramlee.
      Saya dah suruh Zaini buat cerita Rokiah Wandah ni.
      Siap saja akan disiarkan.
      Mengenai tarikh meninggalnya nanti saya perbetulkan.

      Delete
    2. Tarikh meninggal dunianya Rokiah (Hanafi) Wanda pada 5 Julai 1994. Kesilapan sudah diperbetulkan.

      Delete
    3. terima kasih en mustafar telah meyelesaikan kemusyikilan saya selaku peminat blog en mustafar.. seperkara lagi rokiah jaafar inikah ibunya seniman a. galak? adakah beliau masih bersama kita ?

      Delete
    4. Ya, Rokiah Jaafar ibu kepada A. Galak.
      Tetapi bukan anaknya bersama Jaafar Abdullah.
      Anak bersama suaminya yang terdahulu.
      Rokiah masih bersama kita, kini tinggal di Gemas.

      Delete
  62. azizah mohammed - 28 april 2013- penyanyi lagu syurga idaman
    hasnah haron- 01 0gos 2011 - penyanyi lagu bersedih
    orchid abdullah -13 may 2011
    diana nasution-04 october 2013

    ReplyDelete
  63. Allahyahamah Rosnah Mohd Noor dengan Allahyarhamah Noraini Mohd Noor@Noreen Noor pernah di gandingkan dalam filem hantu siang arahan Armaya Aman Ramlee@Ar Badol pada tahun 1986.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aneh ya.
      Pemergian Rosnah Mohd. Noor dan Noreen Noor begitu rapat sekali, sama seperti pemergian Latiffan Omar dan Ummi Kalthoum.

      Delete
  64. saya sangat meminati filem-filem melayu klasik syabas kerana mengujudkan blog sebegini.

    ReplyDelete
  65. sejujurnua saya berkata filem-filem melayu klasik lebih menggamit jiwa saya menontonnya biar berulang-kali saya tak rasa jemu2, menontonnya buat saya terkenang nostalgia lalu,

    ReplyDelete
  66. Kubur Allahyarhamah Siput Serawak berdekatan dengan kubur Allahyarham Ustadz Taha dan Allahyarham bapa mentua saya yf terletak di Pusara Abadi, Jalan Bahar, Lim Chu Kang, Singapura. Al Fatihah...
    Di nisan seniwati tertera namanya sebagai Siput binti Dolah. Akan tetapi nama sebenarnya ialah Ramlah binti Mohamad Sulaiman (Allahyarham Dolah Serawak). Saya tidak tahu mengapa nama samaran diletakkan dinisan Allahyarhamah. Kuburnya sentiasa cantik dan bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info yang sangat baik.
      Boleh tolong tak?
      Ambil pusara Siput Serawak tu,
      hantarkan kepada FKM.
      Boleh kita kongsi bersama.

      Delete
  67. run run shaw- 7 january 2014

    ReplyDelete
  68. salam Mustafar A.R... untuk maklumat saudara saya ada sedikit maklumat berkenaansalah satu waris kpd ALMARHUM WAK MUSTARJO yang kini menetap di pulau pinang dan menjalankan perniagaan "Nasi Lemak Pendekar Mustar" diharap penulis dpt menemui waris WAK MUSTARJO bg mendapatkn sebarang maklumat dan info berkenaan almarhum...

    alamat : Nasi Lemak Pendekar Mustar ,
    jalan tengah ( Hadapan Hussien Tom Yam )
    Penang.
    sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih info yang diberi.
      Saya akan cuba usahakan.

      Delete
  69. Salam admin saya nak tau di mana terletaknye pusara Allahyarham Ahmad Nisfu, dan di manakah saya boleh menjejaki keluarga beliau. minta Admin emailkan kepada saya sekiranya Admin mempunyai maklumat tentang keluarga beliau ke shaharolrisham@yahoo.com, keperihatinan pihk admin amatlah saya hargai. saya sedang melakukan research study tentang seniman Ahmad Nisfu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengenai Ahmad Nisfu ini, saya pun mati akal.
      Tidak tahu kedudukan yang sebenar.
      Kalau ada usaha Sdra buat research study, baguslah.
      Semoga misteri Ahmad Nisfu, terungkai.

      Delete
  70. Assalamualaikum En. Mustafar A.R.

    Nama saya Aidel, dan saya ada sedikit pertanyaan mengenai beberapa orang artis Malaysia.

    Pertama sekali, saya ingin tahu jika pihak tuan dapat mengenal pasti samada artis-artis ini masih hidup ataupun sudah meninggal dunia;

    - a. romzi
    - alina rahman
    - d hatta
    - fatimah m amin
    - halim yatim
    - hussein ismail
    - j. sham
    - jeffrydin
    - kassim selamat
    - l. ramli
    - m ishak
    - m said
    - normah zainal
    - r ismail
    - ramlah aziz
    - roziah latiff
    - s roha
    - salim I
    - sanisah huri
    - ahli kumpulan the hornets
    - zam zam

    Mereka adalah pelopor musik Pop Yeh Yeh pada suatu ketika dahulu, dan saya rasa En. Mustafar pasti kenal dengan mereka.

    Kerjasama tuan amatlah saya hargai.

    Terima kasih.

    Aidel (via-e-mail).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidel.
      Ada yang saya tahu, ada juga yang saya tidak pasti.

      * a. romzi - tidak pasti
      * alina rahman - masih ada
      * d' hatta - tidak pasti
      * fatimah m amin - masih ada
      * halim yatim - meninggal dunia
      * hussein ismail - tidak pasti
      * j sham - masih ada
      * jeffrydin - masih ada
      * kassim selamat - tidak pasti
      * l. ramli - masih ada
      * m ishak - tidak pasti
      * m. said - tidak pasti
      * normah zainal - meninggal dunia
      * r. ismail - masih ada
      * ramlah aziz - tidak pasti
      * roziah latiff - masih ada
      * s. roha - masih ada
      * salim I - meninggal dunia
      * sanisah huri - masih ada
      * ahli kumpulan the hornets - tidak pasti
      * zam zam - masih ada

      Itu saja yang saya tahu.
      Terima kasih.

      Diharap, ada sesiapa yang boleh bantu.

      Delete
    2. Salim I meninggal dunia 24 april 2008

      Delete
    3. Hussein ismail,a.romzi,d.hatta,kassim slamat,normah,mishak maseh ada dan sehat...
      yg takde m.said meninggal muda...kemalangan

      Delete
  71. A romzi masih ada,m ishak masih ada yg lain saya tak tahu

    ReplyDelete
  72. Siti Rohani Wahid (Pelakon Filem Gila-Gila Remaja)
    11 Julai 2010

    ReplyDelete
  73. sapa nama artis yg memegang watak kpd isteri Do sblm diaorg brcerai dlm filem DoReMi....tak silap hasnah kot..dia brlakon hingga ke era 80An,,,lepas tuh aku tak ingat dh perkembangan artis2 lama...kalu dia sudah meninggal dunia...Bila...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya Rohaya Rahman, dan pernah jadi ibu Jins Shamsudin dalam "Kanchan Tirana". Kini, dia tidak lagi bersama kita.

      Delete
  74. salam encik mustafar, sy sedang menonton filem hati iblis di astro prima lakonan Seniman Ali Rahman dan Seniawati aini hayati . tiba tiba hati saya bertanya dimanakah Aini Hayati , masih adakah bersama kita,dengar kata dia juga terkenal pd tahun1950an

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Aini Hayati memang popular di zaman P.Ramlee. Juga dikenali dengan nama Eloni Hayat, banyak juga filem dibintanginya termasuk "Pelangi", "Ibu", Merana" dan "Panca Delima". Kisah Aini Hayati agak terpinggir, dan saya dan Zaini pun sedang tercari-cari, dan masih tidak tahu samada masih bersama kita atau pun sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, Zaini sedang membuat research. Jika berjaya, artikelnya akan dimuatkan dalam Filem Klasik ini.

      Delete
    2. owh terima kasih atas info drpd en mustafar, sebenanrnya sy memang pengikut setia FKM, terima kasih atas info itu

      Delete
    3. En. Mustafa tau tidak dimana gerangan seniwati dayang sofea, rasanya seperti tidak pernah mndgr khabr berita .Begitu juga dengan suraya haron , norsiati ,

      Delete
    4. Menurut Datuk Aziz Sattar, Dayang Sofia (bekas isterinya) dan Suraya Haron (bekas isteri Dato' Mustapha Maarof) berada di Brunei. Itu yang saya tahu.

      Delete
    5. Dayang sofea ada diinterview tv3 masa bekas suami nye ninggal...nk beritahu normah zainal maseh bersama kite...sehat dan berisi...cume normah dah bersara dr seni...tak mau dikenal lg...ini zainab huri bgthu saya

      Delete
  75. sidek hussain-27 april 2014

    ReplyDelete
  76. kartina dahari-30 april 2014

    ReplyDelete
  77. mungkin encik mustafar boleh masukkan

    1) seniwati rahimah alias- 30 disember 2009
    2) Musa Al bakri- 12 julai 1979
    dan beberapa penyanyi penyanyi klasik yang cukup popular dan banyak jasanya

    1) Fazidah Joned- 01 jun 2001
    2 ) Hasnah Haron- 11 ogos 2011
    3) a.karim jais- 10 april 1999
    4) M.shariff - 07 julai 1999
    5) S.jibeng - 07 februari 2006
    6 ) A.ramlie - 09 may 2001
    7) Halim Yatim -29 januari 1992
    8) Azizah Mohammad - 28 april 2013
    9) Orchid Abullah- 13 mei 2011

    Inilah yang dapat sy bantu ,harap membantu dalam memperingati mereka2 yang telah pergi. ALfatihah


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Ada diantaranya sudah tercatat dalam artikel diatas.

      Delete
  78. Al-Fatehah buat semua artis veteran (termasuk kalangan generasi baru) tanahair yang telah mendahului kita. Terkini ialah Allahyarham Dato' Aziz Sattar. Berita ini amat menyedihkan kita semua. Dalam senarai artis yang telah pulang ke Rahmatullah, saya tidak tahu-menahu tentang pemergian Normah Zainal, seorang penyanyi & pelakon di zaman 60-70'an dulu. Adakah ini berita yang sahih? Peranan Normah Zainal dulu hanyalah sekadar artis "supporting" dalam filem-filem produksi Shaws-MFP & Cathay-Keris. Album rakamannya pun agak terbatas dek suara beliau yang dikira "mediocre" saja. Watak "antagonist" & yang berunsur "vampish" sering diberikan kepada beliau oleh para sutradara kita waktu itu. Misalnya dalam filem "A Go Go '67" (Shaw) & "Playboy" (Cathay). Bapa saudara saya & teman sepejabatnya pernah menjadi saksi semasa beliau bernikah dengan seorang mualaf pada awal tahun 70'an. Kalau tidak silap saya, Normah Zainal mempunyai seorang kakak bernama Hamidah Zainal yang pernah aktif buat seketika sebagai pelakon drama pentas & TV, juga seorang penyanyi yang popular dengan lagu "Si-Dia" yang kemudiannya diberi nafas baru oleh biduanita Rafeah Buang. Hamidah Zainal terus bersara daripada persada seni Singapura selepas beliau berkahwin & berhijrah ke Negara Brunei Darussalam.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  79. ALfatihah kepada bintang2 filem tanah air yang sudah meninggalkan kita semua , yang pasti tahniah di atas usah murni en mustafar , sy pengikut setia blog ini . Saya yakin seluruh malaysia pastinya terkejut dengan berita kematian Seniman Negara Datuk Aziz Sattar yg merupakn trio terkahir sekuel terakhir bujang lapor. sama2lah kita mengingati kesemua mereka

    Saya merasakan bahawa en mustafar boleh masukkan nama
    1) Penyanyi Jasni yang merupakan suami aktress Neng Yatimah - meninggal dunia 7 Mei 1987

    2) Pelakon Veteren M. Rajoli - 17 September 2010

    3 ) Pelakon Raffi HUssain- 14 oktober 2008

    4) Pelakon Izi Yahya - 25 Jun 2007

    5) Penyanyi popular Zain Azman - 18 januari 2001

    6 ) Pelakon Amran Kenit- 29 disember 1988

    7) Penyanyi Seha Freedom - 10 oktober 2006

    8 ) Pelawak Param -14 ogos 2009

    9) Pelakon Ismail Din - 05 october 2005

    Alfatihah dan takziah buat mereka semua

    ReplyDelete
  80. agak sedih beberapa pelakon senior seperti ahmad nisfu , udo omar ,idris hashim , yem . penyanyi rubiah dan lena tidak diketahui kemana hujungnya ..

    Apa apa pun Encik Mustafar sy terbaca google dollah sarawak meninggal dunia pada 21 Mac 1994 dan Bchtiar Effendi meninggal dunia pada 1 April 1976

    ReplyDelete
  81. Salim I - 24 April 2008
    Ismail haron aka TOM jones singapore- 9 April 2012

    ReplyDelete
  82. Mustafa Noor- pelakon mawar merah -5 januari 1990
    Zainuddin Zimbo - 19 Januari 2004

    mungkin boleh masuk dalam senarai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada semua
      yang memberi maklumat selebriti
      kita yang meninggal dunia.
      Semuanya telah diupdatekan,
      tapi tidak semua ada gambar.

      Delete
  83. bolehkah En Mus ceritakan serba sedikit kesah seniwati Rahimah Alias (isteri Hj Bakhil) kerana ia merupakan seniwati kegemaran ayah saya dan saya turut meminatinya.

    ReplyDelete
  84. Saya nak Tanya En Mus beberapa soalan memandangkan En Mus memiliki pengetahuan yang luas mengenai filem klasik;
    1-Adakah Ali Fiji dan Ainon Fiji suami isteri?
    2-Benarkah yg memegang watak sebagai Aminah isteri muda En Bakar (A R Tompel) dlm Keluarga 69 namanya Khatijah Hashim sebab namanya tak tertera di kredit title..di manakah beliau sekarang?
    3-Kalau tak silap saya seniman Idris Hashim meninggal di rumah orang-orang tua sri kenangan..benarkah begitu?

    ReplyDelete
  85. Kalau boleh saya tolong jawabkan sedikit kepada penanya di atas yang namanya menggunakan abjad Cyrillic. (1) Allahyarham Rahimah Alias adalah ibu kepada bekas seniwati Suraya Harun yang pernah berkahwin dengan seniman Mustafa Maarof. Kalau tak silap, beliau berasal dari Negeri Sembilan. Satu-satunya cucu Rahimah Alias daripada Suraya & Mustafa bernama Suzlynna kini berkahwin dengan Fredo, bekas penyanyi kumpulan Flybaits. Rahimah Alias pernah menetap di Shah Alam. (2) Ali Fiji & Zainon Fiji bukan adik-beradik. Mereka adalah pasangan suami isteri di zaman studio Jalan Ampas dulu. Selepas penutupan studio Shaw-MFP, Ali Fiji mencuba nasib di Malaysia kerana dunia hiburan Melayu mula berpusat di Kuala Lumpur pada hujung tahun 60'an. Ali Fiji meneruskan kehidupan dalam bidang lakonan di KL manakala Zainon Fiji menjadi tukang urut tradisional secara sambilan di Ang Mo Kio, Singapura. Pasangan jarak jauh ini kemudiannya bercerai dan beberapa tahun kemudian, Zainon Fiji menutup usianya di alam yang fanak ini. Ali Fiji pula mengakhiri hidupnya lama selepas pemergian bekas isterinya itu. Nama Fiji mungkin diberikan oleh Allahyarham P. Ramlee atau pihak studio MFP sebagai nama pentas yang lazim terdapat pada artis-artis dulu & sekarang.
    Biarlah informasi yang selebihnya diberikan oleh En. Mustafar AR atau Pn. Zaini yang jauh lebih berpengetahuan & berpengalaman.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kpd Nonama yang telah merungkaikan beberapa persoalan dlm kepala saya..ribuan terimakasih saya ucapkan.Saya peminat setia filem melayu klasik dan blog En Mustafa AR ni jadi rujukan utama bagi saya.Terimakasih banyak-banyak
      -AKarimHamid @LenJugrano.,Klang.

      Delete
    2. Oklah tu.
      Cuma satu saja saya nak tambah.
      Menurut Aziz Sattar, memang benar nama
      Ali Fiji itu diberikan oleh P.Ramlee.
      Ini kerana nama Ali terlalu ramai di studio Jalan Ampas.
      Untuk membeza dan tidak keliru nama Ali ditambah Fiji.
      Ini kerana P. Ramlee medapati, wajah dan tubuhnya, macam orang Fiji, kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik.

      Delete
    3. Memang telah saya jangkakan, perkataan "Fiji" yang P. Ramlee berikan pada hujung nama Ali Fiji itu tentu ada kena-mengenai dengan kepulauan Fiji kerana masyarakat "Itaukei" (penduduk pribumi) di Fiji yang berketurunan Polynesia & Melanesia ini mempunyai paras rupa persis orang Melayu & ramai antara mereka yang berambut kerinting halus semula jadi. Begitulah agaknya dengan rambut Ali Fiji. Nama Fiji ini turut digunakan oleh isteri Ali Fiji, yaini aktris Zainon Fiji, mungkin atas saranan P. Ramlee juga kerana dari apa yang saya kaji, P. Ramlee gemar dengan penggunaan nama keluarga atau "surname". Perkara ini pernah disarankan oleh Tun Dr. Mahathir kepada masyarakat Melayu untuk menggunakan nama keluarga. Ini bererti, Tan Sri P. Ramlee mendahului Tun Dr. Mahatir dalam membuat saranan tentang "surname" ini. Tetapi saranan tersebut tidak mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita. Sebab itulah dalam filem "Ibu Mertua-ku", nama Nyonya Mansor digunakan untuk Mak Dara & 'anaknya' Sarimah dikenali sebagai Sabariah Mansor. Walhal, ramai wanita Melayu yang berkahwin suka menggunakan nama suami di hujung nama mereka tetapi trend ini semakin pupus kerana dianggap tidak Islamik atas sebab-sebab tertentu.

      - NONAMA

      Delete
    4. saya rasa nama sebenar Ali Fiji ialah Ali Muhamad,sebab dlm filim 'Doctor' beliau berlakun sebagai adik Aziz Jaafar,tetapi di kredit title tertera nama Ali Muhamad,bukan Ali Fiji,,mungkin ketika itu beliau belum diberi gelaran Fiji di belakangnya,Wallahua'lam.

      Delete
  86. Tidak menghairankan kenapa А КАРИМ ХАМИД memilih blog ini sebagai bahan untuk membuat rujukan. FKM memang seronok dibaca kerana ia berkualiti & berinformasi yang hampir 100 peratus isinya sahih (kalau adapun kesilapan di sana sini dek terlupa, salah faham fakta, input yang kurang tepat dll. memang tidak dapat dielakkan kerana En. Mustafar AR, Pn Zaini & para penyumbang yang lain hanyalah insan biasa). Blog-blog & laman-laman web lain yang memberi sorotan kepada dunia perfileman Melayu klasik terlalu banyak membuat kesilapan fakta & maklumat yang terlalu sedikit. Semoga En. Mustafar & Pn. Zaini dikurniakan Allah kesihatan minda & jasmani yang berterusan bagi mengelolakan blog ini sebagai wadah & jendela untuk kita menerokai ke alam filem-filem klasik Melayu secara khasnya & dunia perfileman yang lain secara amnya. Amin!

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NoNama.
      Ya, doa kesihatan itulah yang sangat saya perlukan, supaya
      saya dapat terus berbakti di alam seni menerusi alam maya.

      Delete
  87. Saya ada lagi soalan:
    1-Bilakah Daeng Idris dan Abdullah Sani (pelakun CathayKeris yg pernah berlakun dlm Badang) meninggal dunia?
    2-Beberapa tahun dulu saya ada terbaca tentang kematian Sri Dewi (heroin Sumpah Org Minyak) tapi terlupa tarikhnya/tahunnya tetapi takde ditulis dlm ruangan ini..
    3- Pelakun jelita Marion Willis yg pernah berlakun jadi puteri bunian dlm S.O.M. dan Puteri Gunung Ledang (CathayKeris) masih ada lagikah sekarang..?Beliau orang S'pura atau Malaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takada tu, ertinya FK tak tahu.
      Ada sesiapa boleh beritahu mengenai Sri Dewi ini?
      Setahu FK, Marion Willis tidak ada berlakon dalam
      "Puteri Gunong Ledang". Dia dilahirkan di Singapura.

      Delete
  88. mungkin boleh masukkan

    !1)Osman Abadi-penulis skrip 30 oktober 1992
    2) pelakon kanak2 sabaruddin p ramlee atau badim- 26 oktober 2008
    3) pelakon veteren shukery hashim -2 june 2009
    4) penyanyi 80 an - adam ahmad- 15 mei 2014
    5) kamsani - ogos 1994
    6) pelawak ayappan - 21 oktober2000

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan osman abadi meninggal dunia 20 oktober 1992,,

      Delete
  89. saya paling suka menonton filem2 lama...teruskan informasi sebegini,pasti jadi kenangan yang tiada gantinya...

    ReplyDelete
  90. saya mencadangkan juga,para pelakon lama yang masih ada sekarang wajar diberi tempat khas agar ramai warga muda mengenali mereka lebih dekat dan dapat berbual mesar langsung dengan mereka..cadangan rumah atau center pelakon veteren

    ReplyDelete
  91. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19720821.2.50.aspx

    di dalam surat khabar ini mengatakan tentang tarikh kematian tiga pelawak veteren tanah air

    1) Alias Congo- 29 Julai 1972 seperti tercatat di atas
    2 ) Ahmad Nisfu- 25 Jun 1972- sekurangnya kita tahu tarikh kematian seniman ini yang penuh misteri
    3) Azizi King Godobel- 20 Ogos 1972

    ReplyDelete
  92. http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19800302-1.2.37.2.aspx

    Udo Omar meninggal dunia 2 mAC 1980

    ReplyDelete
  93. Tita Duran -pelakon filem azimat 2 Disember 1991

    ReplyDelete
  94. penerbit ali setan -harun hassan - 2 sep 2000
    beberapa pelakon veteren seperti
    1) zami ismail- 19 jun 2012
    2) Mohammad Abdullah - 16 disember 2000
    3) Ahmad Busu - 10 November 2013
    4) Ali Mamak - 27 Mac 2014
    5) Yazid Sobrani- 17 mac 2008


    ReplyDelete
  95. Author: Syd Time: 13-9-2006 10:07 AM
    Taufik Hj Ali

    Pejuang lagu asli meninggal dunia

    Oleh Mohd Nasif Badruddin

    KETIKA persada seni tanah air bergembira dengan majlis perkahwinan beberapa artis popular, kita dikejutkan dengan kematian artis veteran, Taufik Haji Ali, 70, yang meninggal dunia pada jam 3.25 pagi semalam.

    Allahyarham yang dilahirkan pada 16 Januari 1936 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor akibat sakit lelah yang dihidapinya. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang seminggu lalu akibat sakit lelah yang dihidapinya sejak berusia 40 tahun lagi.

    Menurut anak sulungnya, Norizan Taufik, 50, ini adalah kali kedua Allahyarham dimasukkan ke hospital dan keadaannya tidak serius berbanding sebelumnya.

    揚ada mulanya ayah tidak menunjukkan sebarang tanda dan nampak seperti biasa. Namun pada Sabtu lalu, keadaan ayah semakin serius dan terpaksa dipindahkan dari Wad 9 ke Unit Rawatan rapi (ICU).

    揂yah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit lain dan cuma tidak berselera makan saja. Namun kami reda dengan pemergian ayah yang sudah ditakdirkan Illahi,


    saya ada melihat filem yang dilakonkan oleh ed osmera , noran noordin ,noor azizah ,norlia ramli ,hussein abu hassan , s.kadarisman dan taufiq haji ali

    taufiq haji ali- 12 september 2006

    osman kering- 29 jun 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, semua.
      Akan diupdate dari masa ke masa.

      Delete
    2. Habibah yaacob juge dah meninggal...ex dj rtm dan penyanyi

      Delete
  96. Saya selalu terkeliru antara pelakon Abdullah Sani dengan Ahmad Sabri ~ kedua-duanya kini telah menjadi arwah. Kedua-duanya berkulit cerah & banyak memegang watak dalam filem-filem purbawara & yang bercorak bangsawan. Kedua-duanya berlakon dalam filem-filem Cathay-Keris tetapi Ahmad Sabri mempunyai kelebihan kerana turut terlibat dalam beberapa filem keluaran Shaw-MFP. Ahmad Sabri turut terlibat dalam bangsawan & drama-drama di tv, radio & pentas. Kalau tidak silap saya, Allahyarham Ahmad Sabri pernah tinggal seorang diri di Bendemeer Road & di penghujung hayatnya, beliau berpindah ke bahagian barat Singapura (mungkin di kawasan Bukit Panjang, Teck Whye, Clementi, Bukit Batok, Chua Chu Kang, Pandan Gardens ataupun Jurong). Seperti Allahyarham A.R. Tompel & Ismail Kassim, Pak Ahmad Sabri juga terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa beliau menuju atau pulang dari masjid & mungkin ini menjadi penyebab kematian beliau. Bagi mana-mana waris atau sesiapa saja yang mengenali rapat atau tahu tentang latar belakang beliau sudikanlah berkongsi cerita melalui blog FKM ini.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya Ahmad Sabri pernah muncul dalam filem Gila Talak ,Madu Tiga,3 Abdul (peguam Sulaiman Akhlaken) dan byk lagi,,dan kali terakhir (agaknya) filem Kolej 56 arahan Ahmad Fauzee pd tahun 1989.

      Delete
  97. Pemergian beberapa orang anak seni yang lebih merupakan pelawak tempatan Singapura tidak disenaraikan dalam blog FKM di bawah tajuk "Pergimu Takkan Kembali Lagi" ini mungkin kerana mereka tidak atau kurang terdedah kepada dunia hiburan di Malaysia. Antaranya ialah Hamid Bond, Zain Zorro & Mahmud Al-Kicap. Yang paling dikenali ialah Allahyarham Hamid Bond yang pernah muncul dalam beberapa filem Cathay-Keris. Beliau juga adalah seorang penyanyi komedi, pengusaha & model iklan (minyak "Bon" yang merangsang penumbuhan rambut). Beliau jugalah peneraju utama filem "Pontianak" versi baru dalam Eastmancolor & Winscope, lakonan Jennifer Kaur, Herdawati, Sharif Medan, Mahmud Al-Kicap dll. Hamid Bond amat aktif dalam arena hiburan Singapura secara sepenuh masa tetapi pelawak-pelawak tetap dalam kumpulan beliau bergiat secara sambilan seperti Zaleha Hamid (senama dengan ratu Dangdut veteran kita), Mahmud Kicap & Zain Zorro. Kumpulan Hamid Bond ini bukan saja terkenal di kalangan masyarakat Melayu tempatan tetapi ia turut digemari oleh masyarakat Cina Singapura kerana kebolehan ahli-ahlinya bertutur dalam bahasa Mandarin & beberapa dialek Cina serta bahasa-bahasa utama yang lain. Tragedi menimpa Allahyarham Hamid Bond (37 tahun) & pasangannya Zain Zorro (32 tahun) pada 18 April 1979 apabila mereka dilanggar oleh sebuah bas "off service" yang sedang menuju balik ke depoh, manakala mereka pula sedang menaiki skuter dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik saja mereka mengadakan show di sebuah konsert Cina. Zaleha Hamid masih aktif, tetapi faktor kesihatan & usia membatasi kegiatan beliau sekarang. Mahmud Kicap adalah anak kepada pengasas kicap Habhal (Cap Kipas Udang) yang kemudiannya dijual kepada syarikat Zara Foodstuff Industries yang berpangkalan di Johor Bahru. Mahmud Kicap meninggal dunia pada tahun 2000 setelah terlantar akibat penyakit asma dll. Ada atau tidak blog ini menyenaraikan tarikh kematian seorang tokoh bangsawan terkemuka, yaini arwah Pak Yem yang selalu memegang peranan sebagai raja dalam filem, antaranya "Raden Mas" & sebagai ketua sami dalam filem "Raja Bersiong" (1969)? Bagaimana pula dengan aktres & dramatis Zahara Ahmad yang menjadi permaisuri jahat dalam filem "Bidasari"? Allahyarham ialah ibu kepada dramatis terkenal Singapura, Fauziah Zie yang pernah berkahwin dengan aktor/penyanyi S. Roslee. Seorang lagi pelawak lama studio Cathay-Keris yang telah kembali ke Rahmatullah ialah Zain Blackout yang sering memegang peranan sebagai orang India seperti dalam filem "Badang" & yang menyanyikan lagu "Alah Canggung", sebuah lagu rakyat dalam filem "Mahsuri". Allahyarham pernah berkahwin dengan seniwati Habsah Buang, ibu kepada seniwati Hashimah Yon. Begitulah juga dengan Puteh Lawak yang banyak menghiasi filem-filem keluaran Cathay-Keris. Kalau kita masih ingat dengan nama Ahmad Jatirata, beliau adalah pelakon tambahan yang sering memegang watak ayah dalam filem-filem purbawara keluaran Cathay-Keris & Shaw-MFP. Turut tidak tersenarai dalam blog ini ialah pelakon tambahan Shaw-MFP, M. Babjan yang sering memegang peranan sebagai jin & boragas seperti dalam filem "Indera Bangsawan".

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus artikel ini, dan berinformasi.
      Apa yang tercatat, itulah yang FK tahu.
      Yalah, tidak semua FK tahu.
      Kepada yang tahu, tolonglah bagitahu.
      Boleh dicatatkan supaya ramai yang akan tahu.

      Delete
    2. Anonymous said...
      Ke manakah perginya pelakon komedi Leng Hussein? Adakah beliau masih bersama kita? Selalunya Leng Hussein memegang watak "Apek" dalam filem-filem Melayu klasik di studio mana sekalipun & peranan stereotype inilah yang menjadi semacam suatu jenama pada beliau. Walaupun peranan yang dimainkan sekadar sampingan, tetapi impaknya sungguh mendalam hingga diingati oleh penonton. Tahukah En. Mustafar atau sesiapa saja tentang Leng Hussein?

      - NONAMA

      Delete
    3. Mengenai kematian Leng Hussein,
      saya masih blank, masih tercari-cari.
      Ada sesiapa boleh bantu?

      Delete
  98. Kubur Ahmad Nisfu di Singapura (PERKUBURAN BIDADARI)

    http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19720626-1.2.58&sessionid=22fa7e67a4d740fe8ef375559eb6c189&keyword=ahmad+nispu&token=nispu%2cahmad

    ReplyDelete
  99. SAAMAH - 20 Disember 1974 (meninggal di Mekah)

    http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article.aspx?articleid=beritaharian19750108-1.2.13.8&sessionid=3241c313486b476092d7df1175585b35&keyword=saamah+meninggal&token=meninggal%2csaamah

    ReplyDelete
  100. Apa khabar pelakun Ismail Mahmud yang kerap muncul di dalam filem-filem Tan Sri P Ramlee di hujung tahun 60an di Studio Merdeka.Di manakah beliau sekarang..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ismail Mahmud masih sihat, dan pernah hadir dipromosi buku Filem-Filem P.Ramlee di PWTC tidak lama dulu. Kini, beliau berada di Kelantan.

      Delete
  101. Salam. Laman web yang sangat mantap. Boleh saya tanya, bagaimana pula dengan pelakon, saudara Babjan ? Adakah beliau masih hidup ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesiapa tahu mengenai Babjan ini?
      Sila beritahu, jika ada sesiapa tahu.
      Setakat ini, saya tidak tahu.

      Delete
  102. Saya perhatikan bahawa banyak juga pertanyaan daripada para peminat blog, khususnya topik yang amat popular ini, dibuat secara berulang-ulang kali walaupun inforrmasinya telah ada. Ini disebabkan pembaca (termasuk diri saya) tidak meneliti informasi yang diberikan sehingga menyebabkan kami terlepas pandang. Ini pasti akan membosankan pemblognya untuk menjawab pertanyaan yang berulang-ulang itu. Oleh itu, saya rasa sudah sampai masanya pemblog, yakni En. Mustafar & Pn. Zaini membuat "housekeeping" (mengemas atur) senarai nama-nama mereka yang telah pergi, sama ada menurut susunan abjad, ataupun menurut tahun kematian mereka secara "ascending order" ataupun "descending order". Ini adalah untuk memudahkan para pembaca melakukan pandangan sepintas lalu. Saya sedar bahawa kerja mengemas atur ini bukan saja leceh malah memenatkan. Kasihan En. Zaini & Pn. Zaini nanti. Justeru itu, adakah sesiapa di kalangan para pembaca yang sanggup melakukan tugas ini secara sukarela?

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh kematian selebriti mengikut tahun,
      memang sudah tercatat dalam artikel.
      Cuma gambar saja yang lintang pukang,
      itu pun diperingkat awal.
      Namun waktu akhir-akhir ini telah,
      disusun mengikut tarikh kematian, update.
      Bagaimanapun, saya sedang memikirkan
      untuk menyusun dengan lebih kemas lagi,
      iaitu (gambar) mengikut tarikh kematian.
      Ini kerana, entri ini sangat ramai pengujungnya.
      Dan, saya merasakan sesuatu yang
      mantap patut dan harus dilakukan.
      Hanya kemampuan diminta ada,
      dalam diri saya dan isteri, Zaini Yusop.
      Kerana bukan mudah mengedalikannya.

      Delete
  103. Tarikh & hari ini ~ 5 Julai 2014 bersamaan 7 Ramadan 1435 ~ perginya sebutir lagi bintang dalam industri hiburan tanahair, yaini Dato' Sharifah Aini bte Syed Jaafar. Tahun lalu, kita banyak menyaksikan pemergian seniman seniwati kita yang dijemput oleh Allah SWT, seorang demi seorang. Bagi kita yang masih ada, jadikanlah ini sebagai suatu keinsafan kerana dunia ini fanak & hidup kita tidak kekal selama-lamanya. Harta kekayaan, pangkat, status, kecantikan & kegagahan ~ walau usia yang muda sekalipun ~ semuanya akan luput bila giliran kita tiba dijemput oleh Allah. Walaupun hati kami sedih & pilu, tetapi kami redha. Inilah kelebihan iman kita dalam Islam. Al-Fatehah buat Allahyarham Sharifah Aini Bte Syed Jaafar.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  104. Alfatihah buat Allahyarhamah Sharifah Aini Binti Syed Jaafar . rindu pada Allahyarhamah, dalam saya google2 sy tak sangka penyanyi 60an Habibah Yaacob sudah meninggal dunia 14 april tahun ni. mungki boleh dimasukkan dalam senarai

    ReplyDelete
  105. Alfateha to all of them. I really like this site. It is wonderful to have someone like you who take the time to update this. Very informative. Thank you very much.

    ReplyDelete
  106. Nampaknya update telah dilakukan yang mana kelihatan lebih kemas dan bersistematik. Satu usaha yang patut dipuji dan tahniah kepada Encik Mustafar A.R. dan isteri. Harap juga, gambar-gambar yang tiada diadakan yang mana ini sudah tentu lebih menarik lagi - NurAinie, Kangar, Perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NurAinie.
      Insyaalah, dari masa ke masa
      gambar2 yang tiada akan diadakan.

      Delete
  107. TERIMA KASIH DI ATAS MAKLUMAT INI IA SANGAT BERGUNA ' SEMOGA ALLAH MERAHMATI INSAN INSAN MULIA

    ReplyDelete
  108. Saya ingin bertanya....dimana pelakon Zaiton...yg byk berlakon filem2 P. Ramlee...masih bersama kita atau sudah meninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaiton masih bersama kita.
      Dia masih sihat, dan tinggal di Singapura
      bersama suami dan anak-anaknya.

      Delete