Tribute... Kartina Dahari (14/11/1941-30/4/2014) Memperingati Pemergiannya Yang Ke-3 (Update: 27/4/2017)

Masa Berganti Masa * Senandung Lagu Lama * Malam Cemerlang * Tinggallah Mustika Hati * Jangan Di Tanya
(Sumber: Lukisan Perasaan, dOnramlee & Azmi Ahmad)

Friday, October 23, 2015


NORMA SALIM DAN A.R.TAHIR MAUT DI JALANRAYA

CUBA ELAK LEMBU BUNTING BERTEMBUNG LORI BALAK
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


NORMA SALIM, MAUT

Jenazah Norma di bawa keluar dari rumahnya di Jalan Hale, Kampong Baru untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

A.R.TAHIR, MAUT

S.M.SALIM, TERSELAMAT

IBRAHIM DIN, TERSELAMAT

JAMAL MUHAMMAD, TERSELAMAT

NORMA SALIM DAN A.R.TAHIR MAUT DI KAMPAR
Oleh Mustafar A.R.

Pada 12 September tahun 1963, rakyat Malaysia telah di gemparkan dengan berita yang tersiar boleh dikatakan dalam semua akhbar dan radio, mengenai kemalangan jalanraya yang meragut nyawa selebriti yang cukup popular ketika itu, penyanyi Norma Salim dan pelawak A.R.Tahir.

Kecelakaan berlaku, ketika kereta yang mereka naiki hampir sampai ke pekan Kampar, Perak. Turut sama berada dalam kereta tersebut, S.M.Salim (suami Norma), Ibrahim Din dan Jamal Muhammad atau terkenal juga dengan
nama Jamal Kerdil.

Kelima mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadakan pertujukan Pesta Malaysia di Pulau Pinang.

Ketika maut, Norma berumur 28 tahun dan mempunyai lima anak hasil perkongsian hidupnya dengan Salim, manakala Tahir (Tahir Abdul Rahman), 39 tahun, ayah kepada lapan orang anak.

Menurut apa yang diceritakan oleh Jamal: Kereta Morris Minor dipandu oleh Ibrahim, duduk disebelahnya Tahir. Dia, Norma dan Salim duduk di belakang.

Sebelum sampai ke pekan Kampar, tiba-tiba saja lembu bunting melintas. Dalam usaha untuk mengelakkan lembu itu, kereta bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Tambah Jamal: "Ibrahim tidak memandu laju, cuma kereta terlanggar lembu kemudian bertembung dengan lori membawa kayu balak.

"Lembu yang terlibat mati, pemandu lori tidak cedera."

Jenazah Norma disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Tahir di tempat lahirnya, Gopeng, tidak jauh dari tempat kejadian.






12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# LIMA ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 23 OKTOBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 119,859
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 111,914 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 103,884
* SELAMAT PENGANTIN BARU 60,425 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 21,675





Inilah contoh kereta Morris Minor yang dipandu oleh Ibrahim Din menyebabkan kemalangan berlaku mengakibatkan Norma Salim dan A.R.Tahir maut.

Peta menunjukkan kedudukan Kampar, di mana tidak jauh dari situ berlakunya kemalangan. Ia dikelilingi Gopeng, Batu Gajah, Tanjong Tualang, Tapah, Tronoh dan Temoh. Bandar Sri Iskandar, ketika itu belum wujud.

Pekan Kampar yang kelihatan sunyi sepi pada tahun-tahun 1960an.

LOGIKNYA KEMALANGAN YANG BERLAKU

Maut sudah ditentukan oleh Allah yang maha Esa. Tiada sesiapa pun boleh mengubahnya. Apabila tiba masa, pasti terjadi.

Mengikut lojiknya, kenapa Norma dan Tahir maut, adalah seperti berikut;

* Kereta yang dipandu oleh Ibrahim meluncur dari Utara ke Selatan. Kereta berada di lorong sebelah kiri. Lori dari Selatan, Kampar, berada di lorong sebelah kanan.

* Sampai saja, kira-kira lima kilometer menghala ke Kampar, lembu bunting tiba-tiba melintas. Ibrahim cuba mengelak, tetapi masih terlanggar lembu yang mana kereta terpesung ke kanan menyebabkan lori melanggar sebelah kiri kereta.

* Akibatnya, Tahir (duduk di sebelah Ibrahim) maut, dan Ibrahim hanya cedera saja. Maknanya, duduk di belakang Tahir, Norma, Salim (tengah) dan Jamal
di belakang Ibrahim.

* Ketentuan telah termaktub, hanya Norma dan Tahir, maut. Salim, Ibrahim dan Jamal, terselamat untuk mengharungi hidup yang lebih mencabar.

KAMPAR DAERAH KE-10 NEGERI PERAK

Daerah Kampar terletak di negeri Perak, kira-kira 40 kilometer dari bandaraya Ipoh dan 16 kilometer dari pekan Tapah.

Ia telah diisytiharkan daerah ke-10 Negeri Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah, Sultan Perak.

Antara pekan-pekan terletak berhampirannya, Chenderiang, Temoh, Banir, Ayer Kuning, Mambang Di Awan, Kampung Kinjang, Malim Nawar dan Kuala Dipang.

Gunung Bujang Melaka, terletak kira-kira 8 kilometer di Timur Laut Kampar. Sungai Kampar dan Sungai Kinjang mengalir merintasi kawasan ini. Suatu ketika dulu kedua-dua sungai ini menjadi kawasan perlombongan bijih timah.

Kampar merupakan pekan di tepi jalanraya. Jalanraya menghubungkan Kampar dengan Ipoh di Utara dan Tapah, Langkap, Teluk Intan, Tanjung Malim dan Kuala Lumpur di Selatan.

Lebuhraya Utara-Selatan melintasi kawasan ini, susur keluarnya, Plaza Tol Gopeng.





S.M.Salim, Jamal Muhammad dan Ibrahim Din ketika bersedia untuk membuat pertunjukan pentas.

Empat antara lima anak yang masih kecil ditinggalkan oleh Norma bersama dua orang pembantu rumahnya.

Balu A.R.Tahir, Hasnah Taib (dua dari kiri), bersama empat anaknya. Dari kanan: Ratinah, Hafsah, Abdul Rahman dan Hambaliah.

DETIK-DETIK SEDIH SEBELUM KEMALANGAN BERLAKU
Di Ceritakan Oleh Jamal Kerdil

Norma dan Tahir telah menunjukkan perangai dan melawak secara luar biasa. Tahir sewaktu berjalan sikit saja sentiasa hendak makan. Selama dua hari di Pulau Pinang, kerjanya hanya makan saja.

Dalam Pesta Malaysia di Pulau Pinang itu, Norma dan Tahir mengambil peranan penting. Tahir berlagak sebagai penjual batu-batu akik.

Pada suatu ketika, Tahir hendak menjual batu nesan kepada Norma yang membuatkan penoton-penonton terbahak-bahak ketawa.

Setelah menghiburkan orangramai, kami berlima kembali ke hotel yang di sewa. Saya, Ibrahim dan Tahir tidur sebilik. Salim dan Norma berada di bilik yang lain di hotel yang sama, tapi seringkali berada di bilik kami.

Sebelum melelapkan mata, Tahir secara berseloroh berkata: Jamal, aku akan mati esok. Saya tidak terperanjat mendengar cakapnya itu kerana kami sering berjenaka begitu semasa berlawak sesama sendiri.

Ketika mengambil bahagian dalam lakonan lawak jenaka, saya terdengar suara seperti orang memanggil. Saya bertanya kepada Tahir, dan dia menjawab: Malaikat maut mahu mengambil nyawa kamulah. Dan, kami pun ketawa.

Kira-kira jam 6.00 pagi, kami berlima keluar dari hotel menuju ke feri untuk ke seberang. Ibrahim memandu kereta Morris Minor hitamnya, dan apabila sampai di persimpangan Butterworth dan Kuala Lumpur kami berhenti sebentar
untuk bersarapan pagi.

Selepas itu, perjalanan diteruskan. Saya terlelap sebentar, dan hanya sedar apabila sampai berhampiran Taiping. Suasana sepi, tiada suara kedengaran. Ibrahim memandu, nampaknya cukup berhati-hati,

Apabila sampai di Ipoh, kira-kira jam 10.30 pagi, kami bercadang untuk makan tengahari. Bagaimanapun, terpaksa di batalkan kerana Norma mengsyorkan supaya makan tengahari di Tanjong Malim kerana kami dijangka sampai
jam 1.30 atau 2.00 petang.

Kira-kira 10 minit sebelum kemalangan berlaku, Tahir mengajak saya duduk diribanya. Saya menolak kerana dia gemuk sedangkan kereta kecil, sempit. Ini mungkin dia bergurau saja, agaknya.

Kemudian Norma menyampuk: Tahir, kalau Jamal mati, bagaimana? Secara berseloroh jawab Tahir: Aku buat dia macam kucing matilah.

Selain dari itu, Tahir juga berseloroh, apabila dalam perjalanan dari Pulau Pinang hingga sampai ke tempat kemalangan, di Batu 21 Jalan Ipoh-Kampar, dia meminta saya menambah modal untuk perniagaannya membuat lambang-lambang.

Rupa-rupanya, permintaan terakhirnya itu tidak dapat saya tunaikan.

APABILA TAQDIR SUDAH MENENTUKAN

Ada tiga kemungkinan, kemalangan yang menyebabkan kematian Norma dan Tahir itu tidak berlaku sekiranya;

* Mereka berlima tidak keluar hotel terlalu awal, jam 6.00 pagi, dan menaiki feri kira-kira jam 6.30 pagi.

* Mereka berlima tidak singgah bersarapan pagi di kedai makan dekat persimpangan Butterworth-Kuala Lumpur.

* Mereka berlima tidak membatalkan singgah makan tengahari di Ipoh, dan atas cadangan Norma makan tengahari di Tanjong Malim.

Tetapi apakan daya, sudah suratan taqdir! Semuanya ketentuan Allah.





LAGU-LAGU NORMA SALIM DI YOUTUBE

Setelah dibuat semakan, hanya tiga lagu saja yang ada;

* Janganlah Marah-Marah
berpadusuara dengan S.M.Salim.
* Masa Dulu-Dulu
* Semenjak Kau Pergi



(Sumber: Broterangbulan)



(Sumber: Jefferniagaz)


(Sumber: DezyDizzy)





NORMA SALIM

FADZIDAH JONED

NURLIDAR SAIDI

Sophia Ibrahim dan S.A.Mokhtar dalam "Jambatan Maut" arahan M.Yatim. Empat lagu nyanyian Sophia dalam filem tersebut menggunakan suara Norma.

"MATA PERMATA", SATU-SATUNYA
NORMA SALIM SEBAGAI PELAKON FILEM
Oleh Zaini Yusop

Dalam kariernya sebagai anak seni, hanya sekali Norma Salim berlakon filem. Filemnya bertajuk "Mata Permata" yang diarahkan oleh Osman Haji Shamsuddin keluaran pada tahun 1964.

Dipadankan ceritanya oleh Aziz Jahpin berdasarkan cerpen karya Guy de Maupassant, "The Necklace", filem terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) ini, dibintangi juga oleh S.M.Salim, Ismail Bontak, Nurlidar Saidi dan Abu Bakar Ahmad.

Turut berperanan Ibrahim Din dan Fadzidah Joned. S.M.Salim disamping berlakon juga bertindak sebagai penolong pengarah.

"Mata Permata" mengisahkan pergolakan sepasang suami isteri (lakonan S.M.Salim dan Nurlidar Saidi) akibat perasaan irihati dan si isteri mahu menunjuk-nunjuk.

Jenah (Nurlidar) tidak mahu jirannya, Latifah (Norma), melebihi dirinya. Dia suka meminjam barang-barang emas dan intan berlian.

Jenah seorang yang boros, menyebabkan suaminya (Kahar) tidak boleh berjimat cermat, sebaliknya Latifah pandai berjimat cermat.

Untuk menghadiri jemputan kahwin di rumah Penghulu, Jenah telah meminjam barang-barang emas dan intan berlian dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Tetapi di malam keramaian, akibat hujan lebat, Jenah telah menghilangkan subang yang dipinjamnya, dan ini menyebabkan Kahar berjanji kepada Pak Dollah (Ismail Bontak) akan mencari wang untuk mengganti subang tersebut. Dia menjualkan segala harta-bendanya.

Hutang Kahar semakin banyak, sehingga diketahui jirannya, Cikgu Latif (Abu Bakar Ahmad). Dia menolong Kahar dengan memasukkannya sebagai ahli syarikat kerjasama jimat cermat dan pinjam meminjam.

Dengan menjadi ahli syarikat tersebut, Kahar (Salim) dapat menyelesaikan
kesemua hutang piutangnya.

"Mata Permata" telah ditayangkan di TV Malaysia (RTM) pada malam Hari Raya Aidilfitri yang pertama, 15 Februari tahun 1964, dan juga di Taman
Bunga, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Norma turut memberi sumbangan suara (empat lagu) kepada Sophia Ibrahim untuk filem "Jambatan Maut" yang diarahkan oleh M.Yatim.

Lagu-lagu tersebut ciptaan dan lirik oleh M.Yatim (Maroeti);

* Biarlah Aku Pergi
* Hidup Bahagia
* Sekumtum Bunga
* Mencuci Kain

Jamal Muhammad turut berperanan dalam filem tersebut.

Lagu-lagu lain yang dapat dikesan;

* Rintihan Di Rantau
* Oh Melati Ayu
* Masa Dulu-Dulu
* Semenjak Kau Pergi
* Janganlah Marah-Marah
* Ikatan Janji
* Kasih Sayangku





JAFFAR SHAH (9 November 1951)

LOKE WAN THO (20 Jun 1964)

A.R.TOMPEL (31 Januari 1973)

NORMA YUZIE (19 Julai 1977)

HAMID BOND (17 April 1979)

ISMAIL KASSIM (18 September 1994)

SELEBRITI MENINGGAL DUNIA AKIBAT
KEMALANGAN JALARAYA DAN JALANUDARA

* JAFFAR SHAH
Meninggal dunia ketika umurnya masih muda, 23 tahun. Motosikalnya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Mountbatten Road, Singapura. Filem-filem turut dibintanginya "Manusia" (bersama Kasma Booty dan Omar Rojik), "Shorga Dunia" (Rokiah dan Shariff Dol)dan "Aladdin" (Mariam dan Ali Rahman).

* LOKE WAN THO
Jutawan terkenal, Pertubuhan Cathay (juga rakan kongsi Cathay Keris Film), meninggal dunia akibat kecelakaan kapalterbang yang dinaikinya ketika menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik Ke-11 (FFAP11) di Tai Chung, Taiwan (Formosa). Turut terkorban sama isterinya, Marvis.

* A.R.TOMPEL
Dilanggar kereta Cortina semasa dia singgah di sebuah kedai membeli sesuatu dekat panggung wayang Alhambra (kini sudah tiada) di Setapak. Dia kemudian di hantar orangramai ke hospital masuk ke unit jagaan intensif (icu) dengan keadaan tidak sedarkan diri. Tompel meninggal dunia, 9 hari kemudian.

* NORMA YUZIE
Terkenal dengan keseksiaannya. Dia yang turut berlakon dalam "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar" meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Batu 2, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, tidak jauh dari tempat kemalangan kereta yang dialami oleh A.R. Tompel. Seniman terakhir bersamanya crook yang sudah tidak asing lagi, A.Rahim.

* HAMID BOND
Filemnya yang agak menonjol, "Pontianak," versi color keluaran pada tahun 1975 yang dilakonkan oleh Herdawati, Shariff Medan dan Siput Serawak. Dia (37), meninggal dunia akibat skuter yang dipandu temannya, Zain Zorro, berlanggar dengan bas di persimpangan Bendemeer Road dan Boon Keng Road, Singapura.

* ISMAIL KASSIM
Suami penyanyi popular, Nona Asiah, terkenal sebagai penyanyi berbanding berlakon, meninggal dunia akibat skuter yang dinaikinya dilanggar kereta jam 4.00 petang di Kheam Hock Road, apabila kereta tersebut membelok ke kanan masuk ke Trevose Crescent. Kematian Ismail disebabkan cedera di kepala.





S.M.Salim bersama isterinya, Aisyah Abdul Ghani, sama-sama bergembira ketika menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-50 pada 16 September 2014.

Jamal Muhammad semasa rawatan di hospital disamping isterinya, Zainab Siraj. Gambar ini diambil pada bulan November 2009.

FAKTA___

* Ibrahim meninggal dunia pada 16 Jun 1996, Jamal (Jamal Kerdil) pada 7 Mei 2014. Satu-satunya yang masih hidup tetapi dalam keuzuran, Salim yang kini berusia 85 tahun.

* Norma lahir di Singapura pada tahun 1934, keturunan Filipina dan memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Salim. Mempunyai empat adik beradik, dua lagi masuk Islam, Rokiah dan Yusoff.

* Norma dan Salim mendirikan rumahtangga (sebagai suami isteri) pada tahun 1952, dan berakhir pada September tahun 1963. Ertinya, 11 tahun.

* Norma pernah menganggutai pancaragam Puspa Hati Radio Malaya Kuala Lumpur pada awal tahun 1960, dan sering berkumandang di radio.

* Tahir dilahirkan di Gopeng, Perak, bekas angguta polis. Dia pernah berlakon dalam beberapa filem di Merdeka Studio, Kuala Lumpur sebagai pelakon tambahan seperti "Fajar Menyensing", "Ratapan Ibu", "Tangkap Basah" dan "Ibu Ayam". "Anak Manja" arahan Salleh Ghani, filemnya yang terakhir.

* Antara anak-anak Tahir; Ratinah (18 tahun); Rogayah (15); Sulaiman (12); Abdul Rahim (10) dan Hamidah (9). Isterinya, Hasnah Taib, mereka dikurniakan
lapan orang anak.

* Sewaktu kecelakaan berlaku, Dol Ramli sebagai Pengarah Penyiaran Radio Malaya (kini RTM) dan Mustaza Zaaba, Timbalannya. Disebabkan kematian Norma dan Tahir, beberapa program hiburan yang telah disusun dibatalkan, dan yang sudah dirakamkan, ditarik balik.

* Salim berada di Hospital Ipoh selama kira-kira 10 hari, sebelum dipindahkan ke Hospital Besar (General Hospital) Kuala Lumpur pada 22 September 1963, tidak jauh dari rumahnya di Jalan Hale, Kampong Baru dan di tempatkan di wad 20. Jalan Hale, pada tahun 1970an, di tukar namanya Jalan Raja Abdullah.

* Ketika kemalangan berlaku, penggambaran "Jambatan Maut" belum selesai. Setelah lama tergendala, ia disambung semula apabila Jamal benar-benar sihat.

* Norma dan Ibrahim disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Jamal Muhammad, setakat ini, belum dapat dipastikan, di mana.

* Abang Salim, abang ipar Norma, S.M.Omar, merupakan pemain badminton handalan ditahun-tahun 1950an, dan pernah memegang jawatan Setiausaha Persatuan Badminton Melayu Malaysia (PBMM) pada tahun-tahun 1960an.

* Anak-anak Norma dan Salim - Norsiah (7 Tahun); Shamsuddin (5); Nahuda (4); Maheran (3) dan Bujaya (1).

* Kereta Morris Minor berwarna hitam terlanggar lembu bunting yang tiba-tiba melintas, kemudian terpesung ke kanan jalan lalu dilanggar lori besar membawa kayu balak. Norma dan Tahir meninggal dunia di tempat kejadian.

* Tahir memulakan kariernya sebagai pelawak pada tahun 1962 sebagai menggantikan tempat Mat Kambing (meninggal dunia), pelawak yang cukup popular pada masa itu.

* "Jambatan Maut" mula ditayangkan (tayangan tengahmalam) di panggung wayang Capitol, Kuala Lumpur pada 28 Disember 1963.

* Kerana anak-anak, Salim berkahwin dengan Aisyah Abdul Ghani di Sungai Rokan, Perak pada bulan November 1964. Aisyah bertugas sebagai Kerani di syarikat pelancongan, dan dia berasal dari Gemas, Negeri Sembilan.

* Umur Jamal semasa kemalangan, 23 tahun, Ibrahim, 37, Tahir, 39, Norma Salim, 29, dan Salim, 33.

* Kini 24 Oktober tahun 2015. Ini bererti kemalangan di Kampar, pada 11 September 1963 itu, sudah berlaku melebihi 52 tahun.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___


RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00


# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.




Tuesday, October 13, 2015


LELAKI HARAPAN DUNIA DIGAMIT OSCAR

MUNGKINKAH MALAYSIA PUNYAI HARAPAN?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


ANUGERAH FILEM BAHASA ASING TERBAIK KE-88

"LELAKI HARAPAN DUNIA" (MALAYSIA)

LIEW SENG TAT

LIEW SENG TAT MENANG ANUGERAH PENGARAH TERBAIK FFM27

"LELAKI HARAPAN DUNIA" MENANG LIMA ANUGERAH DI FFM27

"LELAKI HARAPAN DUNIA" BERJAYA KE PERINGKAT KE-2
Oleh Mustafar A.R.

Filem Malaysia, "Lelaki Harapan Dunia", turut tersenarai di peringkat ke-2 pemilihan calon anugerah oscar akademi kategori 'filem berbahasa asing terbaik (best foreign language film)' yang diumumkan pada 8 Oktober lalu.

"Terbaik Dari Langit" (Nova) arahan Nik Amir Mustapha dan "Ophilia" (Raja Mukriz) juga dihantar sebagai calon peringat awal, namun tidak mampu mengatasi "Lelaki Harapan Dunia" atau tajuk orangputihnya "Men Who Save The World" yang diarahkan oleh Liew Seng Tat.

Malaysia merupakan di antara 81 negara filemnya terpilih, berbanding 83 pada tahun 2015 (ke-87), dengan filem Poland, "Ida", arahan Pawel Pawlikowski, muncul sebagai pemenang.

Memang berat, agak sukar dan perkara mustahil, "Lelaki Harapan Dunia" masuk ke senarai peringkat ke-3 yang akan menyaksikan hanya 9 filem saja bakal dipilih pada bulan Disember ini.

Bagaimanapun, blog AwardsCircuit telah membuat ramalan (other possiblities) "Lelaki Harapan Dunia" berada di tempat yang sangat memerangsangkan,
ke-23, bersaing dengan;

* "Sivas", Turkey (21)
* "How to Win at Checkers (Every Time)", Thailand (22)
* "The Wave", Norway (24)
* "600 Miles", Mexico (25)
* "Muhammad: The Messenger of God", Iran (26)
* "Rams", Iceland (27)
* "Xenia", Greece (28)
* "Moira"”, Georgia (29)
* "Sand Dollars", Dominician Republic (30)

Dengan berada di tangga tersebut, jelas memperlihatkan "Lelaki Harapan Dunia" (berdasarkan penilaian AwardsCircuit), sudah berjaya mengatasi negara-negara yang sering mengeluarkan filem-filem hebat seperti Norway, Mexico,
Iran dan Greece.


"SIVAS" (TURKEY)

"HOW TO WIN AT CHECKERS" (THAILAND)

"THE WAVE" (NORWAY)

"600 MILES" (MEXICO)

"SAND DOLLARS" (DOMINICIAN REPUBLIC)






12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# LIMA ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 13 OKTOBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 119199
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 110739 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 102850
* SELAMAT PENGANTIN BARU 59941 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 21470





"SON OF SAUL" (HUNGRY).

"LABYRINTH OF LIES" (GERMANY)

"THE ASSASSIN" (TAIWAN)

"THE SECOND MOTHER" (BRAZIL)

"GOODNIGHT MOMMY" (AUSTRIA)

"SON OF SAUL" DIRAMALKAN MENANG ANUGERAH
Oleh Zaini Yusop

Mengikut ramalan AwardsCircuit lagi, lima filem dijangka dicalonkan lima yang terbaik di peringkat final;

1. "Son Of Saul" (Hungry)
2. "Labyrinth Of Lies" (Germany)
3. "The Assassin" (Taiwan)
4. "The Second Mother" (Brazil)
5. "Goodnight Mommy" (Austria)


"MUSTANG" (FRENCH)

"ARABIAN NIGHTS" (PORTUGAL)

"MUHAMMAD: THE MESSENGER OF GOD" (IRAN)

"THE CLAN" (ARGENTINA)

Lima filem memberi tentangan;

6. "Mustang" (France)
7. "Wolf To Tem" (China)
8. "Theeb" (Jordan)
9. "Arabian Night Vol.2 - The Desolate One" (Portugal)
10. "A Pigeon Sat On The Branch Reflecting On Existence" (Sweden)

Termasuk dalam ramalan AwardsCircuit (also in contention);

11. "The Clan" (Argentina)
12. "A War" (Denmark)
13. "Court" (India)
14. "Viva" (Ireland)
15. "Void" (Lebonan)
16. "The Paradise Suite" (Netherlands)
17. "Aferim" (Romania)
18. "Flower" (Spain)
19. "The Throne" (South Korea)
20. "Jackpot" (Vietnam)

Itulah 30 filem yang disenaraikan oleh AwardsCircuit untuk pemilihan sembilan filem yang akan disenarai-pendekkan, kemudian dipilih lima masuk ke peringkat penentuan.




"UTOPIA" (AFGHANISTAN)

"HOME CARE" (CZECH REPUBLIC)

"MOOR" (PAKISTAN)

"MEMORIES ON STONE" (IRAQ)

LAIN-LAIN FILEM MASUK PERINGKAT KE-2;

Afghanistan (Utopia, Hassan Nazer)
* Albania (Bota, Iris Elezi & Thomas Logoreci)
* Algeria (Twilight Of Shadows, Mohamed Lakhdar Hamina)
* Australia (Arrows of the Thunder Dragon, Greg Sneddon)
* Bangladesh (Jalal’s Story, Abu Shahed Emon)
* Belgium (The Brand New Testament, Jaco Van Dormael)
* Bosnia and Herzegovina (Our Everyday Story, Ines Tanovic)
* Bulgaria (The Judgment, Stephan Komandarev)
* Cambodia (The Last Reel, Sotho Kulikar)
* Canada (Félix and Meira, Maxime Giroux)
* Chile (The Club, Pablo Larraín)
* China (Go Away Mr. Tumor, Han Yan)
* Colombia (Embrace of the Serpent, Ciro Guerra)
* Costa Rica (Imprisoned, Esteban Ramírez)
* Croatia (The High Sun, Dalibor Matanic)
* Czech Republic (Home Care, Slavek Horak)
* Estonia (1944, Elmo Nüganen)
* Ethiopia (Lamb, Yared Zeleke)
* Finland (The Fencer, Klaus Härö)
* Guatemala (Ixcanul, Jayro Bustamante)
* Hong Kong (To the Fore, Dante Lam)
* Iceland (Rams, Grímur Hákonarson)
* Iraq (Memories on Stone, Shawkat Amin Korki)
* Israel (Baba Joon, Yuval Delshad)
* Italy (Don’t Be Bad, Claudio Caligari)
* Ivory Coast (Run, Philippe Lacôte)
* Japan (100 Yen Love, Masaharu Take)
* Kazakhstan (Stranger, Yermek Tursunov)
* Kosovo (Babai, Visar Morina)
* Kyrgyzstan (Heavenly Nomadic, Mirlan Abdykalykov)
* Latvia (Modris, Juris Kursietis)
* Lithuania (The Summer Of Sangaile, Alanté Kavaïté)
* Luxembourg (Baby (A)lone, Donato Rotunno)
* Macedonia (Honey Night, Ivo Trajkov)
* Montenegro (You Carry Me, Ivona Juka)
* Morocco (Aida, Driss Mrini)
* Nepal (Talakjung Vs Tulke, Basnet Nischal)
* Netherlands (The Paradise Suite, Joost van Ginkel)
* Pakistan (Moor, Jami)
* Palestine (The Wanted 18, Amer Shomali, Paul Cowan)
* Paraguay (Cloudy Times, Arami Ullón)
* Peru (NN, Héctor Gálvez)
* Philippines (Heneral Luna, Jerrold Tarog)
* Poland (11 Minutes, Jerzy Skolimowski)
* Russia (Sunstroke, Nikita Mikhalkov)
* Serbia (Enclave, Goran Radovanovic)
* Singapore (7 Letters, Royston Tan, Kelvin Tong, Eric Khoo, Jack Neo,
Tan Pin Pin, Boo Junfeng & K. Rajagopal)
* Slovakia (Goat, Ivan Ostrochovský)
* Slovenia (The Tree, Sonja Prosenc)
* South Africa (The Two Of Us, Ernest Nkosi)
* Switzerland (Iraqi Odyssey, Samir)
* United Kingdom (Under Milk Wood, Kevin Allen)
* Uruguay (A Moonless Night, Germán Tejeira)
* Venezuela (Gone With The River, Mario Crespo)





10 ANTARA 81 FILEM TRAILER TERDAPAT DI YOUTUBE



1. IRAN (Sumber: Omar Faruk)


2. AFGANISTAN (Sumber: World Film Production)


3. FRENCH (Sumber: MovieClips FilmFestivals)


4. TAIWAN (Sumber: NewTrailers Buzz)


5. PHILIPPINES (Sumber: Jerolld Tarog)


6. CAMBODIA (Sumber: Hanumanfilms)


7. SINGAPORE (Sumber: 7 Letters)


8. ESTONIA (Sumber: Muhk2007)


9. HONG KONG (Sumber: BBKWheels)


10. NEPAL (Sumber: OSR Digital)





"PUTERI GUNUNG LEDANG" (2004)

"BUNOHAN" (2011)

"LELAKI HARAPAN DUNIA" (2015)

TIGA FILEM HARUMKAN MALAYSIA DILUAR NEGARA
Oleh Zaini Yusop

Sejak mula diwujudkan kategori 'filem berbahasa asing terbaik' pada tahun 1956 (ke-29), "Lelaki Harapan Dunia" merupakan yang ketiga filem Malaysia masuk ke senarai peringkat ke-2, melepasi peringkat pemilihan awal.

Dua lagi yang terpilih;

* Puteri Gunung Ledang (A Princess Of Mount Ledang)
Tahun 2004 (ke-77)
Bintang utama M.Nasir, Tiara Jacquelina dan Adlin Aman Ramlee
Pengarah Saw Teong Hing
* Bunohan (Return To Murder)
Tahun 2011 (ke-83)
Bintang utama Faizal Hussein, Bront Palarae & Pekin Ibrahim
Pengarah Dain Iskandar Said

Dalam jangka masa 59 tahun setelah kategori tersebut merupakan sebahagian daripada anugerah oscar, tiga filem Malaysia yang berjaya ke peringkat ke-2 itu tidaklah boleh dianggap sebagai membanggakan.

Ini membuktikan, betapa tidak mampunya filem Malaysia, dari sudut pandangan panel juri anugerah oscar yang membuat penilaian, berbanding negara-negara kurang maju seperti (sebagai contoh) Afghanistan, Ivory Coast dan
Bosnia & Herzegovina.

Apa yang diharapkan, sudah sampai masanya pembuat-pembuat filem di Malaysia memikirkan corak filem yang bagaimana harus dikeluarkan supaya dapat pengiktifaran dunia seperti anugerah oscar paling berprestij ini, bukan sekadar berbangga dengan pencapaian box office semata-mata.

"Lelaki Harapan Dunia" kecundang di box office, namun penghasilan dari aspek atau elemen perfileman sangat berjaya, sudah sepatutnyalah ia berjaya menang lima anugerah di FFM27 termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Pengiktirafan lain yang diterima filem bercorak komedi itu;

* Festival Filem Antarabangsa (FFA, 2014), Toronto, Canada
* Festival Filem Antarabangsa Ke-33 (FFA33), Vancouver, Canada
* Festival Filem Antarabangsa Ke-19 (FFA19), Busan, South Korea
* Festival Filem Antarabangsa (FFA, 2014), Locarno, Switzerland
* Festival Filem Antarabangsa Ke-25 (FFA25), Singapore
* Festival Filem Golden Horse (FFGH, 2014), Taipei, Taiwan
* Festival Filem Antarabangsa Ke-20 (FFA20), Kalkota, India
* Festival Filem Antarabangsa (FFA, 2015), Rotterdam, Netherlands
* Festival Filem Antarabangsa (FFA, 2015), Goteberg, Germany

Sungguhpun sekadar dicalonkan saja, tidak menang, namun "Lelaki Harapan Dunia" telah memberi pencerahan yang baik untuk mempertontonkan seni dan budaya Malaysia ke merata dunia.

Ertinya, filem Malaysia kini sudah melangkah setapak lagi kemajuan.

"Puteri Gunung Ledang" seperti juga "Lelaki Harapan Dunia", menang lima anugerah di FFM18 pada tahun 2005 termasuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik, namun gagal meraih Filem Terbaik apabila ditewaskan (secara mengejut) "Sepet" yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad.

Bagaimanapun, Tiara Jacquelina, menang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-50 (FFAP50) yang berlangsung di Kuala Lumpur dan Produser Terbaik di Festival Filem Pertama Asian di Singapore pada tahun 2005.

Disamping itu, "Puteri Gunung Ledang" turut ditayangkan di Festival Filem Venice, Italy disamping beberapa negara lain termasuk India, Thailand, Sweden, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Bunohan" menang lapan anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang berlangsung pada tahun 2012, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa, "Bunohan" telah dicalonkan bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) pada tahun 2012, namun gagal menang
sebarang anugerah.





"HENERAL LUNA" (PHILIPPINES)

"7 LETTERS" (SINGAPORE)

"HOW TO WIN AT CHECKERS" (THAILAND)

"THE LAST REEL" (CAMBODIA)

"JACKPOT" (VIETNAM)

KENAPA INDONESIA TIDAK ADA DALAM SENARAI?

Negara jiran paling ketara dirasakan ketidakhadirannya, Indonesia. Kenapa? Adakah kerana sememangnya Indonesia tidak menghantarkan filemnya diperingkat awal untuk dinilai atau pun, ada dikemukakan tetapi ditolak.

Tahun lalu (ke-87), Indonesia memasukkan filem "Soekarno" yang diarahkan oleh Hanung Bramantyo, malangnya tidak dapat mencapai peringkat ke-3, pemilihan 9 filem.

Sejak tahun 1987, Indonesia telah tersenarai sebanyak 17 kali (filem), tetapi tidak pernah berjaya ke peringkat ke-3. 10 antaranya selain "Soekarno";

* Naga Bonar (1987)
* Tjoet Nja' Dhien (1989)
* Langitku Rumahku (1990)
* Bibir Mer (1992)
* Daun Di Atas Bantal (1998)
* Biola Tak Berdawai (2003)
* Denias Senandung Di Atas Awan (2007)
* Jamila Dan Sang Presiden (2009)
* Di Bawah Lindungan Kaabah (2011)
* Sang Penari (2012)


"SOEKARNO" (INDONESIA)

"THE STORY OF NAMPOO" (THAILAND)

"THE SCENT OF GREEN PAPAYA" (VIETNAM)

Selain Indonesia, turut tidak ada Myamar dan Laos. Thailand, Philippines, Singapore, Cambodia dan Vietnam berjaya masuk dalam senarai 81 filem (negara) yang dipilih.

Tahun ini (ke-88) "Heneral Luna" arahan Jerrold Tarog berjaya dipilih ke peringkat ke-2. Empat lagi yang dikemukakan, tetapi tersingkir;

* "Taklub" (Brillante Mendoza)
* "Hari Ng Tondo" (Carlitos Siguinon-Reyna)
* "That Thing Called Tadhana" (Antoinette Jedaone)
* "The Janitor" (Michael Tuviera)
* "English Only, Please" (Dan Villegas)

Tahun lepas (ke-87), Philippines berjaya ke peringkat ke-2 dengan filemnya "Norte, The End Of History" yang diarahkan Liv Diaz.

Sejak tahun 1956, Philippines banyak juga berjaya ke peringkat ke-2 namun gagal ke peringkat seterusnya termasuk "Anak Dalita" (ke-29) yang diarahkan oleh Lamberto V.Avellana (pengarah "Sergeant Hassan" lakonan P.Ramlee) dan "This Is My Country" (1985) arahan Lino Brocka.

Tahun lepas (ke-87), filem Singapore "Sayang Di Sayang" arahan Sanif Olek berjaya ke peringkat ke-2, tahun ini (ke-88) berjaya dengan "7 Letters" yang diarahkan oleh Royston Tan, Kelvin Tong, Eric Khoo, Jack Neo, Tan Pin Pin, Boo Junfeng dan K.Rajagopal.

Thailand telah menyertai sejak tahun 1984 (ke-57) dengan filemnya "The Story Of Nampoo" arahan Euthana Mukdasanit berjaya ke peringkat ke-2. Tahun lalu (ke-87) berjaya dengan filemnya "Teacher's Dairy" yang diarahkan oleh Nithiwat Tharathorn.

Tahun ini (ke-88), mengemukakan “How to Win at Checkers (Every Time)" yang diarahkan oleh Josh Kim.

Cambodia merupakan negara sebelah sini paling berjaya apabila filemnya "The Missing Picture" yang diarahkan oleh Rithy Panh berjaya ke peringkat akhir pada tahun 2013 (ke-86) bersaingan dengan "The Great Beauty" (Italy), "The Circle Breakdown" (Belgium), "The Hunt" (Denmark) dan "Omar" (Palestine).

"The Great Beauty" yang diarahkan oleh Paolo Sorrentino berjaya diiktiraf sebagai pemenang.

Cambodia mula turut serta pada tahun 1994 (ke-67) dengan filemnya "Rice People" arahan Rithy Panh, kali ini (ke-88) terpilih kerana "The Last Reel" yang diarahkan oleh Kolikar Sotho.

Vietnam sama seperti Cambodia, filemnya "The Scent of Green Papaya" arahan Tran Anh Hung berjaya ke final pada tahun 1993 (ke-66) bersama "Farewell My Concubine" (Hong Kong), "Belle Epoque" (Spain), "The Wedding Banquet" (Hong Kong) dan "Hedd Wyn" (United Kingdom).

"Bell Epoque" yang diarahkan oleh Fernando Trueba berjaya mengondol anugerah, dan kali ini (ke-88) mengemukakan "Jackpot" yang diarahkan oleh Dustin Nguyen.





"YESTERDAY, TODAY AND TOMORROW" (ITALY)

"INDOCHINE" (FRENCH)

"BELLE EPOQUE" (SPAIN)

"GATE TO HELL" (JAPAN)

ITALY PALING BANYAK MENANG ANUGERAH
Oleh Mustafar A.R.

Ketika upacara penyampaian anugerah oscar akedemi yang diadakan pada tahun 1929, tidak ada filem bahasa asing diberi anugerah. Selepas perang dunia ke-2 (1947-1955), lapan filem telah menerima anugerah istimewa atau penghargaan.

Anugerah pertama diberikan pengiktirafan, "Shoe-Shine", filem Italy yang diarahkan oleh Victorio De Sica pada tahun 1947 (ke-20).

Tahun-tahun berikutnya, anugerah yang sama diberikan kepada tujuh filem; satu Italy, "The Bicycle Thief"; dua French, "Monsier Vincent" dan "Forbidden Games"; tiga Japan, "Rashomon", "Gate To Hell" dan "Samurai, The Legend Of Musashi); dan satu kepada filem usahasama Italy dan French, "The Wall Of Malapaga", yang diarahkan oleh Rene Clement.

Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik (Best Foreign Language Film), mula diwujudkan pada tahun 1956 (ke-29), yang dimenangi oleh Italy dengan filem "La Strada" yang diarahkan oleh Frederico Fellini dengan bintang utamanya, Anthony Quinn.

Empat filem yang dikalahkan oleh "La Strada" (The Road);

* The Captain Of Köpenick (Germany)
* Gervaise (French)
* Harp Of Burma (Japan)
* Qivitoq (Denmark)

Sejak itu, ia terus diadakan sampai ke hari ini dengan memperlihatkan banyak negara mengambil bahagian disamping banyak pula yang meraih anugerah, dan Italy merupakan negara terbanyak menang, 14 dengan 31 calon.

Kemudian diikuti;

* France 12 menang (39 calon)
* Spain 4 menang (19 calon)
* Japan 4 menang (15 calon)
* Sweden 3 menang (14 calon)
* Denmark 3 menang (10 calon)
* Soviet Union 3 menang (9 calon)
* Netherlands 3 menang (7 calon)
* Germany 2 menang (9 calon)
* Argentina 2 menang (7 calon)
* Czechoslovakia 2 menang (6 calon)
* Switzerland 2 menang (5 calon)
* Austria 2 menang (4 calon)

Negara-negara lain menang satu anugerah;

* Algeria, Z (1969, ke-42)
* Ivory Coast, Black And White In Color (1976, ke-49)
* West Germany, The Tin Drum (1979, ke-52)
* Hungry, Mephisto (1981, ke-54)
* Russia, Burnt By The Sun (1994, ke-67)
* Czech Republic, Kolya (1996, ke-69)
* Taiwan, Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000, ke-73)
* Bosnia & Herzegovina, No Man's Land (2001, ke-74)
* Canada, The Barbarian Invasions (2003, ke-76)
* South Africa, Tsotsi (2005, ke-78)
* Iran, A Separation (2011, ke-84)
* Poland, Ida (2014, ke-87)

Ini bererti, Eropah menguasai menang anugerah, Asia tidak banyak, sekadar Japan dan Taiwan, manakala Iran merupakan satu-satunya negara Islam menang anugerah.

Antara filem Italy menang anugerah;

* La Strada (1956, ke-29)
* Nights Of Cabaria (1957, ke-30)
* 8 1/2 (1963, ke-36)
* Yesterday, Today And Tomorrow (1964, ke-37)
* Amacord (1974, ke-47)
* Cinema Paradiso (1984, ke-62)
* The Great Beauty (2013, ke-86)

Antara filem France menang anugerah;

* Black Orpheus (1959, ke-32)
* Sundays And Cybele (1962, ke-35)
* A Man And A Woman (1966, ke-39)
* The Discreet Charm of the Bourgeoisie (1972, ke-45)
* Day for Night (1973, ke-46)
* Madame Rosa (1977, ke-50)
* Indochine (1992, ke-65)

Empat filem Spain menang anugerah;

* To Begin Again (1982, ke-55)
* Belle Époque (1993, ke-66)
* All About My Mother (1999, ke-72)
* The Sea Inside (2004, ke-77)

Empat filem Japan menang anugerah;

* Rashomon (1951, ke-24)
* Gate of Hell (1954, ke-27)
* Samurai, The Legend of Musashi (1955, ke-28)
* Departures (2008, ke-81)


"MOTHER INDIA" (1957, ke-30)

"SALAAM BOMBAY!" (1988, ke-61)

"LAGAAN" (2001, ke-74)

Bagaimana dengan filem Bollywood (India) yang ramai peminatnya di Malaysia?

Tersenarai tahun ini (ke-88), filem drama makhamah, "Court" yang diarahkan oleh Chaitanya Tamhane. Ia berjaya menang banyak anugerah termasuk Festival Filem Antarabangsa di Venice (ke-71) menang 2 - Filem Terbaik dan Anugerah Luigi De Laurentiis.

"Court" masuk peringkat ke-2 setelah mengatasi pencabar terkuatnya, filem Kannada, "Care Of Footpath 2" yang diarahkan oleh Master Kishan dengan bintang utamanya, Esha Deol.

India menyertai merebut anugerah oscar sejak tahun 1957 (ke-30) apabila menghantar "Mother India" yang diarahkan oleh Mehboob Khan dengan bintang utamanya Nargis, Sunil Dutt dan Rajendra Kumar.

Ia berjaya masuk final, lima terbaik, tetapi gagal mencapai kejayaan setelah filem Italy, "Nights Of Cabaria", arahan Federico Fellini dipilih sebagai pemenang.

Sepanjang penyertaan, India telah menghantar lebih 40 filem, daripada sejumlah itu hanya 3 berjaya masuk final. Selain "Mother India";

* "Salaam Bombay!" (Greetings Bombay!) arahan Mira Nair (1988, ke-61)
* "Lagaan" (Land Tax) arahan Ashutosh Gowariker (2001, ke-74).

# Pengumuman lima finalis dan juga kategori-kategori lain Anugerah Oscar Akademi akan diumumkan pada 14 Januari 2016, manakala upacara penyampaian akan berlangsung pada 28 Februari 2016 di Dolby Theatre, Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___


RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00

RM250.00


# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.