Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
NOORDIN AHMAD (Hang Jebat)
ABDULLAH SANI (Sultan Mansur Shah)
M. AMIN (Hang Tuah)
LATIFFAH OMAR (Dang Baru)
SIPUT SERAWAK (Isteri Hang Tuah)
ROSNANI (Raden Mas Ayu)
UMI KALTHOUM (Tun Tijah)
MAHMOOD JUNE (Patih Karma Wijaya)
SHARIFF MEDAN (Datuk Bendahara)
YEM (Datuk Temenggung)
HUSSAIN HANIFF (Pengarah)
PELAKON & PETUGAS____
CATHAY ORGANISATION Mempersembahkan SABUAH FILM CATHAY KERIS HANG JEBAT Di-Bintangi NOORDIN AHMAD Dengan M.AMIN LATIFFAH OMAR SIPUT SERAWAK Dan UMI KALTHOUM ROSNANI SHARIFF MEDAN ABDULLAH SANI MAHMOOD JUNE HAJI ARSHAD GHAZALI SUMANTRI A.B. IBRAHIM YEM Cerita Asli ALI AZIZ Lakon Layar M.AMIN Seni Kata SHARIFF MEDAN Penggubah Lagu WANDY YAZID Penolong Pengarah M.AMIN Penyunting Film HUSSAIN HANIFF NG CHENG LIAT Pengolah KANG KEE YEE Pemindah Suara JAMIL RAIS Pengarah Rakaman Suara V.G. BASKARAN Juru Suara CHONG CHEE LIAT WESTREX SOUND SYSTEM Juru Lukis YEO HAI LIM K. RAJOO Pembina Bangunan LIM YEW WEE Juru Tari SIPUT SERAWAK Juru Silat MAHMUD JUNE Pembantu2 Juru Gambar WONG WAH Juru Suara TAN BENG SIM Juru Hias RAMALINGAM Penyunting Film G. PETERSON Sambongan TAN PENG SUAN Juru Gambar HSU CHIAO MENG Pengurus Studio S.A. D'CRUZ Pengarah HUSSAIN HANIFF
JALAN CERITA___
CERITA filem ini bermula dengan detik kemarahan Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah, terhadap Laksamana Hang Tuah yang berpunca dari hasil fitnah Patih Karma Wijaya.
Sultan telah mengambil keputusan hukuman bunuh dijatuhkan keapada Hang Tuah, dan Datuk Bendahara diperintahkan supaya melaksanakan hukuman tersebut.
Datuk Bendahara serta Datuk Temenggung menasihatkan Sultan, jangan terburu-buru menghukum seorang pahlawan yang begitu setia dan berjasa kepada Baginda seperti Hang Tuah itu.
Bagaimanapun, Sultan tidak mahu berganjak dengan keputusan yang telah dibuat. Hang Tuah mesti dibunuh dan Datuk Bendahara mesti melaksanakannya.
Kumpulan yang diketuai Datuk Bendahara yang membawa Hang Tuah untuk dihukum bunuh telah dihalang Hang Jebat lalu meminta Hang Tuah melarikan diri.
Bagaimanapun, Hang Tuah tidak dapat menyetujuinya, dan berkata: "Biarlah aku menjalani hukuman Sultan dan hendaknya janganlah kau cuba menderhaka kepadanya."
Patih Karma Wijaya yang telah berjaya menjalankan fitnah sehingga Hang Tuah di hukum bunuh, berhasrat supaya pangkat yang dianugerahkan Sultan kepada Hang Tuah jatuh kepadanya.
Berita Hang Tuah menjalani hukuman Sultan telah disampaikan Hang Jebat kepada isteri Hang Tuah dan setelah diketahui yang Hang Jebat mahu menuntut bela di atas kematian Hang Tuah, isteri Hang Tuah telah menasihatkannya jangan berbuat demikian.
Begitu juga dengan sahabat Hang Jebat yang lain, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, tidak menyetujui apa yang dirancang oleh Hang Jebat itu.
Sampai masanya Sultan melantik pengganti Hang Tuah dan kebetulan pula, pilihan Sultan terhadap Hang Jebat yang memang mengharapkan apabila keris Taming Sari yang melambangkan kegagahan pahlawan ulung Melaka jatuh ke dalam tangannya, dia akan melaksanakan apa yang telah menjadi cita-citanya , cita-cita untuk membalas dendam di atas kematian Hang Tuah yang dikasihinya.
Patih Karma Wijaya yang mulanya mengharapkan pangkat dan keris kemengahan itu jatuh ke tangannya setelah fitnahnya menghapuskan Hang Tuah, telah menyesali dengan keadaan yang berlaku di luar kehendaknya dan sangat kecewa Hang Jebat yang mendapatnya bukan dirinya.
Datuk Bendahara mempunyai dayang bernama Dang Baru. Suatu hari dia cuba diperkosa oleh anak saudara Patih Karma Wijaya di belukar.
Ketika Dang Baru meronta-ronta dan menyerit-jerit meminta tolong, telah kedengaran oleh Hang Jebat yang kebetulan berada disitu.
Hang Jebat datang membantu, perkelahian pun berlaku yang mana berkesudahan Dang Baru berjaya melontar keris dan terpacak dibelakang anak saudara Patih Karma Wijaya itu, dan dia terus lari pergi ke rumah Patih Karma Wijaya.
Dari peristiwa tersebut, Hang Jebat berkenalan dengan Dang Baru dan terjalinlah perasaan cinta mencinta diantara kedua mereka.
Patih Karma Wijaya sangat marah apabila melihat anak saudaranya pulang dengan keris terpacak dibelakangnya, dan disebabkan angkara Hang Jebat lalu dibunuh anak saudaranya itu, dan mayatnya dibawa ke Datuk Bendahara.
Dia mengadu, yang Hang Jebat dengan kebesaran pangkatnya sewenang-wenang telah melakukan pembunuhan.
Hal ini telah dibawa kepengetahuan Sultan dan kemudian merebaklah berita keburukan perangai Hang Jebat itu ke sana sini.
Berikutan berita perangai buruk Hang Jebat itu, timbul pula berita lain yang menyatakan Hang Jebat telah melarikan Dang Baru dari rumah Datuk Bendahara., dan ini menyebabkan Sultan meminta Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu supaya membawa Hang Jebat mengadap Baginda.
Di hadapan Sultan, Hang Jebat mengaku telah melarikan Dang Baru malah mengaku dia dan Dang Baru saling cinta mencintai dan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa.
Ketika Hang Jebat hendak pulang, Sultan meminta menyampaikan kepada Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung yang dalam tiga atau empat hari Baginda tidak dapat hadir di Balai Penghadapan kerana uzur dan ingin berehat.
Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Hang Jebat dengan menguasai seluruh Istana, kedudukan sebagao orang ketiga yang boleh memerintah telah dipergunakannya dengan sekehendak hatinya dalam melaksanakan cita-citanya - membalas dendam ke atas kematian Hang Tuah.
PERBENDAHARAAN SULTAN
Tindakan pertama Hang Jebat ialah dengan memerintah seluruh fakir miskin datang mengadapnya dan kepada mereka telah diberikan hadiah dan makanan yang diambilnya dengan paksa dari perbendaharaan Sultan, seluruh dayang dalam istana dikuasainya dan dia melakukan sekehendak hatinya dalam istana tersebut.
Hal ini sesungguhnya tidak menyenangkan hati Sultan, Baginda lalu memerintahkan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu supaya membawa Hang Jebat mengadapnya tetapi ketiga mereka tidak berjaya membawa Hang Jebat kepada Sultan kerana Hang Jebat telah menentang mereka dengan kekerasan.
Melihat keadaan tersebut Patih Karma Wijaya lalu menawarkan tenaganya untuk menangkap Hang Jebat tetapi malangnya dalam urusan tersebut Patih Karma Wijaya dan orang-orangnya telah menjadi korban ditangan Hang Jebat.
Bertambah runsinglah Sultan menghadapi keadaan itu, dan dalam hal ini, Tun Tijah dan Raden Mas Ayu, (kedua mereka Permaisuri Sultan - seorang anak Bendahara Pahang yang dipersembahkan Hang Tuah dan seorang lagi persembahan dari Kerajaan Majapahit ) telah menyesali ketiadaan Hang Tuah.
"Jika ada Hang Tuah, tentulah perkara ini dapat diselesaikan, " kata Tun Tijah dan dipersetujui Raden Mas Ayu.
"Benar, jika Hang Tuah ada, tentulah dia dapat selesaikan," kata Sultan.
Melihatkan ini, Datuk Bendahara yang sebenarnya telah tidak membunuh Hang Tuah sebagaimana hukuman yang diperintahkan Sultan tetapi sebaliknya dia disembunyikan di Hulu Melaka.
Datuk Bendahara berdatang sembah sambil memohon ampun Datuk Bendahara menyampaikan Hang Tuah masih hidup dan dia memohon ampun Baginda kerana tidak menjalankan perintah menghukum Hang Tuah.
Sultang sangat gembira lalu mengampun Datuk Bendahara. Baginda memerintahkan supaya membawa Hang Tuah datang mengadap dan Datuk Bendahara pun dengan diiringi beberapa orang pahlawan pergi ke tempat Hang Tuah di sembunyikan dan di sana dia menyampaikan kepada Hang Tuah yang Sultan sudah mengapunkannya dan memintanya mengadap Baginda.
Hang Euah merasa dukacita mendengar penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan, dia pulang lalu mengadap Sultan dan bersedia menjalankan perintah Sultan - Sultan meminta Hang Tuah menghapuskan Hang Jebat.
Untuk tujuan itu, Hang Tuah telah meminta keris Taming Sari tetapi dengan dukacinta Sultan memberitahu yang keris itu telah diberikannya kepada Hang Jebat..
Bagaimanapun, Baginda ada keris yang pada pendapatnya boleh menewaskan Hang Jebat, lalu diberikannya kepada Hang Tuah.. Hang Tuah menerimanya lalu pulang ke rumah.
Hang Tuah bersiap diri untuk menentang Hang Jebat pada esoknya, dan pujukan isterinya supaya membatalkan niatnya membunuh Hang Jebat tidak berhasil, malah dia telah menuduh isterinya itu sebagai telah berjaya dipujuk Hang Jebat supaya dapat menggantikannya dalam rumahtangganya itu.
Begitu pun juga, Hang Tuah meminta maaf kepada isterinya di atas keterlanjuran tuduhannya itu.
Esoknya, Hang Tuah pergi menemui Hang Jebat di istana yang sedang dilayani dayang-dayang Sultan yang ramai, dia begitu terkejut melihat Hang Tuah masih hidup, dan dia mengajak Hang Tuah berdamai untuk menyebelahinya menentang Sultan.
Hang Tuah tetap dengan ketegasannya (berkhidmat dengan Sultan dan menjalan perintah Sultan). Kemudian berlakulah perkelahian mati-matian di antara dua Hulubalang Melaka itu.
Hang Tuah tahu, selagi keris Taming Sari masih berada ditangan Hang Jebat, selama itulah dia tidak akan dapat menewaskan Hang Jebat.
Kerana itu, Hang Tuah telah menggunakan seluruh iktiarnya untuk merampas keris itu dari tangan Hang Jebat, dan iktiar tersebut berjaya juga akhirnya dengan yang demikian, setelah berkelahi bersungguh-sungguh, tertikam Hang Jebat oleh keris Taming Sari yang sudah terlepas ke tangan Hang Tuah.
Hang Tuah meninggalkan Hang Jebat di istana, dan Hang Jebat kemudian (sebelum mati), telah mengamuk dengan membunuh ramai penduduk Melaka, tetapi akhirnya dia mati di pangkuan Hang Tuah.
Kematian Hang Jebat, hanya dihadapi oleh Hang Tuah, isterinya, Dang Baru dan Hang Kasturi.
ULASAN & KRITIKAN___
KEMAMPUAN HUSSAIN HANIFF
SEBAGAI PENGARAH FILEM TERSERLAH
Oleh MUSTAFAR A.R.
Di awal-awal lagi, filem ini sudah terasa bahang kehangatannya. Sultan Melaka (Sultan Mansur Shah) begitu murka dan mengambil keputusan, Hang Tuah mesti dihukum bunuh.
Fokus utama kepada Hang Jebat, berbeza kalau dibandingkan dengan "Hang Tuah" yang memberi penekanan terhadap Hang Tuah yang dilakunkan oleh P.Ramlee.
Filem ini jelas keMelayuannya, tidak seperti "Hang Tuah" yang lebih cenderung ke ala-Hindustan (Bollywood), maklumlah pengarahnya pun dari India, Phani Majumdar.
Ini merupakan filem pertama diarahkan Hussain Haniff yang lebih kemahirannya kepada penyuntingan filem (anak pelukis pemandangan, M. Haniff), dan pernah berlakun di MFP antaranya “Juwita” dan “Bapa Saya”.
Sebagai karyanya yang sulung, Hussain telah memperlihatkan kemampuannya sebagai pengarah filem, sama seperti P. Ramlee dengan “Penarek Becha”nya.
Kekuatan yang diperlihatkannya banyak perkara (elemen filem) seperti dari segi arahan, lakunan, fotografi dan penyuntingan.
Justeru itu, jadilah “Hang Jebat” filem yang unggul dan Hussain sudah berada dibarisan depan bersama (ketika itu) P.Ramlee dan S.Roomai Noor.
Kalau dibandingkan dengan filem P. Ramlee, skop filem Noordin Ahmad ini tidak luas. “Hang Tuah” ada Gunung Ledang, Empayer Majapahit dan Negeri Pahang tetapi “Hang Jebat” sekadar diruanglingkup Istana Sultan Mansur Shah dan sekitarnya saja.
Bagi Hussain semuanya itu tidak penting, yang penting penonjolannya terhadap Hang Jebat yang mahu diangkatnya sebagai hero (pahlawan) terbilang bukannya Hang Tuah yang sering dan sememangnya diperkatakan sampai ke hari ini.
Cerita asal (asli) karya Ali Aziz yang begitu terpengaruh dengan cerita-cerita William Shakespeare, manakala Hussain (pengarah) begitu terpesona dengan filem-filem Akira Kurosawa, dan tidak hairanlah filem ini ada unsur-unsur “Macbeth” (Shakespear) dan “Throne of Blood” (Kurosawa).
Apa pun, yang jelas filem ini sama sasarannya dengan “Rashomon” yang diarahkan Kurosawa – “Rashomon” menyoal “Siapa pembunuh?”, “Hang Jebat” bertanya “Siapa benar?”
Pengarah adalah Dalang dalam kontek tayangan Wayang Kulit. Dia berhak menentukan corak apa saja termasuk cerita bersesuaian dengan kehendak hatinya. Pengarah atau Dalang bertanggungjawab terhadap filem arahannya atau kepada wayang kulit yang didalanginya.
Ertinya, Pengarah atau Dalang berhak menukar atau mengubah cerita asal walau sebaik mana atau setepat mana sekalipun. Ini yang berlaku kepada “Hang Jebat” arahan Hussain ini.
Tujuan Hussain berbuat demikian semata-mata, ingin memperlihatkan keperwiraan Hang Jebat berada dalam keadaan bersih tidak kotor seperti yang digambarkan dalam “Hikayat Hang Tuah” dan “Sejarah Melayu”
Antara penyelewengan yang dibuat ialah;
* Benih atau keturunan yang terdapat dalam kandungan Dang Baru (mengikut hikayat, Dang Wangi) bukan hasil perzinahan tetapi dinyatakan Hang Jebat berkahwin secara diam-diam dengan Dang Baru.
* Dayang-dayang Sultan dalam istana telah disuruh Hang Jebat keluar dari istana untuk memudahkannya berkelahi dengan Hang Tuah, tidak dibunuhnya seperti dalam hikayat.
Bagaimanapun, kekejaman dan keganasan masih diperlihatkan Hussain ketika Hang Jebat mengamuk dan membunuh dalam perjalanannya ke rumah Hang Tuah betelah Hang Tuah Berjaya menikamnya dengan keris Taming Sari.
Tidak boleh disalahkan juga Hang Jebat, kerana ramai yang mahu dia mati cepat. Macam juga singa yang luka, semua mahu dibahamnya.
Seperti juga Toshiro Mifune dalam “Rashomon”, “pembunuhkah dia?” begitu juga Noordin Ahmad dalam filem ini, “penderhakakah dia?”
Benar, dia menderhaka kepada Sultan. Tetapi sebab apa?... Bukankah katanya, “Sultan adil Sultan disembah, Sultan zalim Sultan disangah.”
Hanya penonton-penonton saja (setelah benar-benar menghayati filem ini) dapat menjawab soalan yang rasanya sangat sukar untuk dirungkai.
Jelas dan nyata, selain berjaya mengemukakan filem yang berkualiti dari berbagai aspek (eleman) filem, Hussain juga serba sedikit berhasil mengemukakan Hang Jebat sebagai pahlawan menidakkan kepahlawanan Hang Tuah yang kestiaannya kepada Sultan dibuat secara membabibuta saja.
Dari segi lakunan, tumpuan kepada Noordin Ahmad sebagai Hang Jebat. Kerana itu, membolehkannya membawa karekter yang cukup sinonim dengan dirinya.
Kekuatan Noordin Ahmad sebagai pelakun watak utama, merupakan salah satu sebab kenapa filem ini dianggap menarik disamping pengarahan Hussain yang agak kental dan jitu.
Pelakun-pelakun lain adalah secondary termasuklah M. Amin sebagai Hang Tuah. Malah adakalanya, sayalah (penonton lain saya tidak tahu) meluat melihat karekter Hang Tuah yang dibawakan oleh M. Amin, lebih-lebih lagi penipuannya terhadap Hang Jebat yang ingin merampas keris Taming Sari.
Ini berlainan dengan P.Ramlee sebagai Hang Tuah dalam “Hang Tuah”. Kebencian tidak timbul terhadap karekter Hang Tuah walaupun dia juga menipu Hang Jebat untuk mendapatkan keris Taming Sari.
Ini memperlihatkan bagaimana krisma P. Ramlee begitu mudah menumbangkan dengan pukulan KO krisma M.Amin.
Lakunan Rosnani dan Umi Kalthoum dianggap membazir. Mungkin pemilihan mereka untuk menarik penonton seberapa ramai ke panggung wayang. Saya mengkategorikan mereka sebagai Bintang Undangan.
Eleman lagu, nampaknya diabaikan oleh Hussain. Tidak ada satu pun yang menarik. Ini berbeza sekali dengan filem keduanya, "Dang Anom".
Pada keseluruhannya, filem "Hang Jebat" ini dianggap berjaya walaupun terdapat beberapa kelemahan di sana sini.
Nampaknya, Hussain berjaya mengenengahkan Hang Jebat sebagai hero, bukannya Hang Tuah.
FILM REVIEW___
"HANG JEBAT" IS ACTION-PACKED
By AMIN SIDIN
(THE STRAITS TIMES, 22 MAC 1961)
THE Cathay-Keris film "Hang Jebat" which has been playing to packed houses during the Muslim festival season, is based on a story about two of Malaya's five bravest warriors with 14th. Century Malacca as the background.
The film attempts to help Malay movie-goers to make up their minds on the long-standing contrversy as to who is the real hero - Hang Tuah or Hang Jebat, but many will come away undecided.
RIGHT OR WRONG
Action-packed and supported by musical and dancing scenes, the film caters for all sections for all community.
Loyalty is main theme of the story. While Hang Tuah is ready to support the Sultan irrespective of whether the Ruler is right or wrong, Hang Jebat is not prepared concede "blind loyalty". The fight a duel to death to defend their options.
A strong cast and some fine acting add lustre to the film which has everything to entertain the young as well as the old.
MARI KITA MENONTON FILEM "HANG JEBAT"___
(Sumber: LIMA JIWAS)
(Sumber: LIMA JIWAS)
FAKTA & ANGKA___
* "Hang Jebat" turut menyertai FFAP9 di Seoul pada 1962 dengan satu lagi filem arahan Hussain Haniff, "Dang Anom". "Hang Jebat" gagal memenangi anugerah, tetapi "Dang Anom" menerima anugerah Cerita Rakyat Terbaik. "Seniman Bujang Lapok" (P.Ramlee) dan "Lubalang Daik" (Jamil Sulong) yang bertanding sama, turut kecundang.
* "Hang Tuah": P. Ramlee (Hang Tuah), Ahmad Mahmud (Hang Jebat), Noordin Ahmad (Hang Kasturi), Aziz Sattar (Hang Lekir) dan S. Shamsuddin (Hang Lekiu). "Hang Jebat": Hang Tuah (M. Amin), Hang Jebat (Noordin Ahmad), Hang Kasturi (Ghazali Sumantri), Haji Arshad (Hang Lekir) dan A.B. Ibrahim (Hang Lekiu).
* Begitu ramai pelakun handalan membintangi "Hang Tuah", hanya Noordin Ahmad seorang saja berlakun dalam "Hang Jebat" dengan memegang watak utama, Hang Jebat.
* "Hang Tuah" ada Melor (Sa'adiah) tetapi, tidak ada Dang Baru. "Hang Jebat" ada Dang Baru (Latiffah Omar) tetapi tidak ada Melor. Sa'adiah dan Latiffah Omar hanya berlakun bersama dua filem saja, "Kerana Kau" dan "Insan".
* Filem kedua Rosnani di Cathay Keris selepas "Sri Mersing" yang diarahkan oleh Salleh Ghani. Bagaimanapun, "Hang Jebat" mendahului filem tersebut menemui penonton di panggung wayang.
* Filem pertama Abdullah Sani yang kelihatan berjaya membawa karekter Sultan Mansur Shah dengan begitu baik sekali.
* Rosnani sebagai Raden Mas Ayu dikekalkan dengan pakaian jawanya. Tetapi, tidak kepada Mahmood June yang memegang peranan Patih Karma Wijaya seperti pakaian S. Kadarisman dalam "Hang Tuah".
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
MUTIARA DARI MALAYA (1955)
teknik fotografinya sangat menarik
LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
apa, berdosakah aini?
SELENDANG DELIMA (1958)
kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya
Tahniah kepada
ReplyDeleteEncik Mustafar dan Puan Zaini
kerana terus berkarya
setelah dua bulan menghilang.
Tahniah juga kepada
artikel "Hang Jebat".
Bagi saya, ia sungguh bernilai
dan sesuai untuk dijadikan rujukan.
Saya berdoa kesihatan
Encik Mustafar dan isteri berkedaan baik
supaya dapat memperbetulkan kedudukan
fakta sejarah filem Malaysia/Singapura
yang kelihatannya begitu pincang.
- Suraya (peminat setia FKM), Geylang, Singapura.
Terima kasih Suraya.
DeleteSebab dua bulan menghilang kerana:
1. Masaalah mata, huruf kurang jelas.
2. Zaini sebuk dengan berbagai urusan.
Bagaimanapun, berkaya akan diteruskan
selagi terdaya dan termampu.
Teringat saya dengan Suraya Harun.
Pertemuan terakhir di Hospital UKM.
Pembetulan:
DeleteBerkarya bukannya berkaya.
Terima kasih.
Assalammualaikum,
ReplyDeletesaya juga sudah lama benar tertunggu-tunggu update dari FKM..terima kasih atas 2 update terbaru. Saya doakan tuan dan puan sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.
Baru-baru ini, saya ada menonton filem terakhir studio Jalan Ampas iaitu Raja Bersiong (1968)di Youtube. Saya kira, filem tersebut sangat menarik dari segi jalan ceritanya, namun ada scene di mana sultan menyembah berhala (saya agak terkejut dengan scene itu)..sekiranya tuan berkelapangan, bolehkah pihak tuan menulis sedikit review dan trivia terhadap filem terakhir ini?
Kesudian pihak tuan, amat besar ertinya pada kami generasi muda ini. terima kasih atas segala curahan ilmu yang diberikan..
terima kasih ina_azs kerana kepritinan yang diberikan.
Deletesudah dikatakan, selagi termampun fkm akan terus diupdatekan.
"raja bersiong"? tidak ada kepastian, tetapi insyaalah.
Saya masih ingat, "Raja Bersiong" saya menontonnya di Capitol, Kuala Lumpur.
DeleteUlasan dan kritiknya yang saya tulis telah disiarkan dalam Utusan Malaysia.
InsyaAlah FKM akan disiarkan tetapi mengambil masa sedikit.
Ia perlu dibuat kerana merupakan filem terakhir keluaran MFP.
Satu ulasan dan kritikan mengenai "Hang Jebat" yang dianggap lengkap dan terbaik pernah saya temui.
ReplyDeleteTerima kasih Encik Mustafar dan Puan Zaini dan selalu-selalulah updatekan FKM.
- Haslinda, Nusajaya, Johor.
Satu filem yang jarang-jarang diperkatakan ialah mengenai filem arahan terakhir B.S. Rajhans "Empat Isteri" (1955) yang dibintangi Daeng Idris, Normadiah, Latifah Omar, Saloma dan Mariani. Filemnya pun sukar diperolehi.
ReplyDeleteBoleh tak Encik Mustafar beritahu saya di mana boleh saya dapatkan vcd atau dvdnya, dan boleh tak juga FKM membuat kritik dan ulasan mengenainya.
Terima kasih artikel "Hang Jebat" sungguh menarik dan sangat sesuai dijadikan rujukan.
Sarinah (UKM), Bangi, Selangor.
"Empat Isteri" lebih komedi berbanding drama.
DeleteSaloma berperanan jahat.
FKM akan membuat ulasan sedikit masa lagi.
VCD dan DVDnya sukar diperolehi.
Dipasaran pun, rasanya tidak pernah ada.
Jika sesiapa berminat hubungi saya.
Manalah tahu, kut saya boleh bantu.