CIPLAKAN "FAUST" KARYA GOETHE
Teks & Foto: Mustafar A.R. & Aidalina Mustafar
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
IMAN (Sumber: Film Klasik)
FAUST - INTRO (Sumber: PorO)
FAUST - FULL MOVIE (Sumber: Public Domain)
MALAY FILM PRODUCTIONS LTD. Menghidangkan
IMAN Dengan AHMAD MAHMOOD SA'ADIAH dan HAJI MAHADI
Dibantu oleh NENG YATIMAH MARIANI MUHAMAD HAMID MALIK SUTAN MUDA
AZIZ SATTAR MUSTARJO A.RAHIM Cherita saringan dari FAUST Karangan GOETHE
Juru Gambar N.B. VASUDEV & KOH JEE SOON Juru Suara TAN SOO YAM
Penyunting Film H.R. NARAYANA WONG FUN Lagu-Lagu YUSOF B Persembahan RUN RUN SHAW
Sutradara K.R.S. SASTRY
Pelakon AHMAD MAHMOOD (Roslan) SA'ADIAH (Hamimah) HAJI MAHADI (Iblis) NENG YATIMAH (Rohaya) MARIANI (Habibah) MUHAMAD HAMID (Harun) MALIK SUTAN MUDA (Halim) AZIZ SATAR (Awang) MUSTARJO (Tok Penghulu) A. RAHIM (Hussin)
JALAN CERITA___
Bosan dengan hidup kerana dirinya sudah tua dan sering berkebajikan dan mengabaikan kenikmatan dunia, Tok Guru (Roslan) cuba membunuh diri dengan meminum racun. Tetapi belum sempat dia berbuat demikian, Iblis menjelma menyelamatkan dan terus memujuk supaya menjadi pengikutnya dan berjanji akan memberi segala kemewahan dan apa saja yang dimahunya.
Tok Guru terpesona dengan pujuk rayu Iblis dan setelah menandatangani surat perjanjian dengan darahnya dia pun kembali muda. Roslan dibawa terbang ke angkasa dan sampai ke sebuah kampung di mana penduduknya hidup riang serta aman dan damai.
Dalam satu majlis keramaian Roslan terpandangkan gadis jelita (Hamimah) lalu terus jatuh cinta. Hamimah kuat pegangan agama Islamnya tetapi kerana ketanpanan Roslan dan dipengaruhi Iblis akhirnya imannya yang teguh itu cair juga.
Perhubungan mereka membawa perzinahan menyebabkan Hamimah mengandung. Atas pertologan Iblis, Roslan dan Hamimah berjaya hidup bersama dan melahirkan anak yang dikandungnya. Bagaimanapun kebahagiaan tersebut tidak kekal lama kerana abangnya (Hussin) pulang dan membunuh anak kecilnya tetapi dia mati pula ditangan Roslan.
Kerana perzinahan yang dilakukan, Hamimah telah dihukum Tok Penghulu sebat 100 kali berdasarkan yang terkandung dalam al-quran. Selepas disebat, roh Hamimah di angkat ke langit, Roslan kembali tua dan Iblis hilang ghaib.
ULASAN FK___
Filem ini dipadankan dari cerita termasyur German "Faust" karangan Goethe tetapi telah dilakukan beberapa pindaan meyimpang dari karya asal. Bagaimanapun temanya tetap sama iaitu pertentangan antara Tuhan (Allah) dan Syaitan (Iblis) di bumi dengan manusia Faust dijadikan sebagai taruhan.
Filem ini menumpukan cinta sepenuh hati Roslan terhadap Hamimah dan ingin mengambilnya sebagai isterinya, seperti juga kuatnya cinta Faust pada Gretchen dalam "Faust". Bagi Hamimah yang kuat pegangan agamanya (Islam), imannya sukar digugat lebih-lebih lagi dia sudah ditunangkan dengan sepupunya.
Bagaimanapun dengan pertolongan Iblis akhirnya Hamimah dan Roslan dapat hidup bersama (bersekedudukan) dan tinggal di mahligai indah buatan Iblis.
Filem ini merupakan yang pertama bercorak agama Islam (secara menyeluruh) dikeluarkan oleh MFP Jalan Ampas.
"Takdir Illahi" (arahan L. Krishnan) juga bercorak agama tetapi tidak sekuat filem ini dan ternyata boleh dianggap sebagai filem yang agak baik persembahannya walaupun yang mengarahkannya pengarah India, K.R.S. Sastry.
Dengan bantuan H.M. Rohaizad dan Haji Mahadi persoalan hukum agama (terutama mengenai zina) telah disampaikan dengan jelas dan berpandukan al-quran.
Dalam "Faust" pertentang antara Tuhan dengan agama Kristian salib mengambil peranan menakutkan Iblis, filem ini ditukar pertentangan antara Tuhan dengan agama Islam dengan ayat-ayat al-quran pula menakutkan Iblis.
Akhirnya, perebutan manusia antara Tuhan dan Syaitan dimenangi Tuhan di mana Iblis gagal menguasai hati manusia. Setelah menerima hukuman, roh Hamimah naik ke langit dan Roslan pula kembali tua.
Ending agak berbeza dengan "Faust" di mana Gretchen telah dihukum bakar oleh orang-orang kampung kerana kesalahannya dan Faust datang memeluknya dan ternyata jasad terbakar tetapi roh mereka sama-sama diangkat naik ke langit. Ini memperlihatkan betapa kuatnya pegangan mereka terhadap cinta.
Apa yang paling menarik terdapat dalam filem ini ialah penggambaran yang dilaksanakan oleh N.B. Vasudev. Special effect (efek istimewa) begitu baik sekali seperti Ahmad Mahmood dan Haji Mahadi terbang di angkasa, Sa'adiah terawang-awangan, balingan keris berpatah balik menikam si pembaling dan sebagainya.
Ternyata dalam filem ini menampakkan kejelitaan Sa'adiah dan ketanpanan Ahmad Mahmood yang mana selepas filem ini mereka berdua menjadi begitu popular dan seringkali digandingkan bersama antaranya "Insan", "Ribut", "Mogok" dan "Kembali Saorang".
Lakonan mereka pun agak baik begitu juga Haji Mahadi, Neng Yatimah, Mariani, Muhamad Hamid, Malik Sutan Muda dan Aziz Satar (Sattar). A. Rahim muncul sekejap saja di saat-saat filem akan berakhir.
Satu perkara yang sukar diterima bila Hussin menghempaskan bayi (anak Hamimah dan Roslan) ke dalam perigi. Sebagai agama Islam jadi pegangan tidak sepatutnya dia berbuat demikian. Nampak sangat kekejamannya. Dalam "Faust" adigan seperti itu tidak ada.
Lagu-lagu turut memainkan peranan tetapi menggunakan suara H.M. Rohaizad untuk Ahmad Mahmood ianya kurang menarik. Suara H.M. Rohaizad ternyata tidak sesuai sebagai penyanyi.
MARI KITA MENYANYI LAGU-LAGU "IMAN"
Dalam Genggaman (Sumber: jefferniagaz)
Tampi Padi (Sumber: jefferniagaz)
Sama-Sama (Sumber: jefferniagaz)
# Lagu nyanyian H.M. Rohaizad dan Normadiah bukan Momo Latif dan Jasni
(Sumber: jefferniagaz)
"WANITA DAN TERUNA"
* Bolehkah aku bertanya
Betulkah engkau menyinta
Tetapi aku tak percaya
Ku takut hanya tipu daya
Banyak orang yang berkata
Manis kelihatan muka
Tetapi di hati durjana
Sebagai ular yang berbisa
** Jangan kau berkata tidak jujur
Bikin hatiku menjadi hancur
Tapi aku percaya padamu
Kaulah cintaku
Dinda tak osah engkau kuatir
Tidak mungkin aku akan mungkir
Apa gunanya engkau menyindir
Manis dibibir
*** Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita yang memang ku puja
Sebagai kekasih asmara
* ** Ulang sekali lagi
Betul memang aku cinta
Engkau pujaan asmara
Wanita/teruna yang memang ku puja
Sebagai kekasih asmara
Penyanyi filem AHMAD MAHMOOD & SA'ADIAH
Penyanyi suara H.M. ROHAIZAD & NORMADIAH
(Bukan Suara Jasni Dan Lena)
Pencipta lagu YUSOF B.
Penulis lirik S. SUDARMADJI
LAGU___
Terdapat lima lagu menarik ciptaan Yusof B dan lirik S. Sudarmadji, tetapi satu lagi nyanyian Momo tidak dapat dikesan jodolnya.
* Tampi Padi (Momo & Jasni)
* Dalam Genggaman (Normadiah & H.M. Rohaizad)
* Sama-Sama (Normadiah & H.M. Rohaizad)
* Wanita Dan Teruna (Normadiah & H.M. Rohaizad)
FAKTA___
* Filem kedua dan terakhir arahan K.R.S. Sastry di MFP selepas "Kerana Kau".
* Filem pertama Ahmad Mahmood dan Sa'adiah sebagai hero dan heroine.
* Filem ini turut menyertai Festival Filem Asia Pasifik Pertama di Tokyo pada 8 hingga 20 Mei tahun 1954.
* Ibrahim Pendek turut berlakon tetapi namanya tidak tercatat di credit title.
* Rumah Sa'adiah juga digunakan dalam "Panggilan Pulau" untuk kediaman Normadiah.
DIALOG MENARIK___
"Cinta adalah satu nikmat yang paling bahagia di dalam dunia ini andainya kau dapat mempengaruhi dan menguasai kecintaan kau itu. Tetapi kalau kau lepaskan dia kehidupan kau akan kecewa. Sekarang kau sedang berada digarisan kebahagiaan. Sampaikanlah cita-cita kau dengan sepenuh hati dan jangan menghabiskan masa muda kau yang ku berikan itu dengan percuma" - Iblis (Haji Mahadi).
# AKAN DIUPDATE DARI MASA KE MASA.

Dalam filem "Penarek Becha", ada adegan di mana kawan2 sekolah menjahit Azizah (Saadiah) mengajak Azizah menonton wayang gambar filem "Iman".
ReplyDeleteAdegan pertemuan Azizah dengan Amran adalah selepas Azizah habis menonton gambar "Iman", Azizah pulang ke rumah dengan melanggan beca Amran..... So sweet....
Bagus artikel ni.
ReplyDeleteSememangnya, Ahmad Mahmood dan Sa'adiah pasangan yang ideal seperti juga P. Ramlee dan Kasma Booty.
Kini, semuanya dalam kenangan.
usaha terbaik bos
ReplyDelete