"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, March 27, 2011


OSMAN GUMANTI

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & DiSusun: Zaini Yusop



OSMAN GUMANTI

Bersama KASMA BOOTY, "DEWI MURNI"

Bersama MARIAM, "ALOHA"

Bersama MARIA MENADO, "PULAU MUTIARA"


MARI KITA TONTON FILEM & NYANYI LAGU OSMAN GUMANTI



Sebagai Mario dalam "ALOHA"
(sumber: njendra)

Sebagai Osman dalam "JIWA LARA"
(sumber: njendra)


"Jodoh" (DEWI MURNI)
(sumber: dezydizzy)


"Penawar Hati" (ALOHA)
(sumber: pakcumy)

"Corak Dunia" (BAPA SAYA)
(sumber: dezydizzy)


OSMAN Gumanti lemah lembut orangnya, sesuai kerjayanya sebagai penari. Bagaimanapun ketika menari dalam filem "Chempaka" kemudian disusuli "Chinta" dan "Nilam" pengarah, B.S. Rajhans telah tertarik dengan ketanpanannya lalu ditawarkan berperanan hero dalam filem "Rachun Dunia" berheroinekan Kasma Booty.

Menurut fakta, Osman Gumanti merupakan hero kedua (dianggap popular) selepas S. Roomai Noor yang diperkenalkan B.S. Rajhans dalam "Chinta" kemudian barulah L. Krishnan mengambil P. Ramlee sebagai hero dalam "Bakti" (1950).

Sungguhpun Osman Gumanti tidak pernah berlakon tetapi peranannya sebagai Jamal dalam "Rachun Dunia" telah diperlihatkannya dengan baik dan secara kebetulan pula filem tersebut berjaya di box office.

Pasangan Osman Gumanti-Kasma Booty begitu ideal dan menjadi idola sehingga berjaya menarik ramai peminat filem menyebabkan Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mengarahkan B.S. Rajhans supaya dicari satu cerita lagi mengsesuaikan gabungan lakonan mereka berdua.

Justeru itu, lahirlah filem bercorak fantasi "Dewi Murni" yang dipenuhi dengan 12 lagu sehinggakan "Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jodoh)" nyanyian R. Azmi dan Rubiah (tetapi rakaman piringhitam digantikan dengan suara M. Yatim) begitu popular sampai ke hari ini.

Anehnya, itulah filem terakhir dibintangi Osman Gumanti sebagai hero dan Kasma Booty berperanan heroine walaupun "Dewi Murni" mendapat sambutan tidak kurang hebatnya sebagaimana juga "Rachun Dunia".

Kerana ketidaksesuaiaannya berada di studio MFP Jalan Ampas, selepas membintangi beberapa filem (terakhir "Tas Tangan Wanita"), Osman Gumanti beralih angin ke Nusantara Film kemudian ke Keris Film.

KERANA KECEWA

Malangnya, filem-filemnya kecundang di box office tidak seperti kejayaan "Rachun Dunia", "Aloha, "Bapa Saya" dan "Pulau Mutiara".

Kerana kecewa, Osman Gumanti menumpu kembali kerjaya lamanya sebagai penari dan pada tahun 1971 dia berpindah ke Kuala Lumpur dan bergiat dengan tarian kebudayaan bersama Khatijah Awang yang terkenal dengan tarian Makyongnya.

Semasa hayatnya, saya pernah beberapa kali menemuinya. Kali terakhir terserempak di Hotel Hilton kerana dia datang hendak bertemu perwakilan Indonesia ke Festival Filem Asean Ke-3 terutama Dicky Zulkarnean.

Saya masih ingat, saya (sebagai pemberita Utusan Malaysia) juga pergi ke masjid Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (berhampiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur) kerana jenazahnya di bawa ke situ untuk di mandi dan di sembahayangkan.

Kasma Booty, berlakon bersama Osman Gumanti dalam "Rachun Dunia" dan "Dewi Murni", turut mengziarahi jenazahnya.

Satu perkara yang sangat saya kesalkan (sehingga ke hari ini), saya tidak berkesempatan menatap wajahnya kali terakhir walaupun peluang untuk tujuan tersebut terbuka luas, kerana terpaksa tergesa-gesa pulang ke pejabat membuat berita mengenai kematiannya.

Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, Osman Gumanti bertugas di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai gurutari tarian-tarian diraja.

Menurut Zubir Said yang sekampung dengannya, Osman Gumanti tidak ada adik-beradik lain. Hidupnya sebatang kara. Dia pernah berkahwin semasa di Singapura, tetapi kemudian bercerai.

Memang Osman Gumanti sudah dilupakan. Anak-anak muda kurang tahu tentangnya malah ada yang tidak tahu langsung wujudnya seniman popular bernama Osman Gumanti.

Namun realitinya, jasa dan peranannya tetap dan harus dikenang sebab kemampuannya memberi hiburan kepada peminat-peminat filem Melayu (Malaysia) dan bersaing dengan P.Ramlee, S.Roomai Noor, Yusof Latiff dan Ahmad Mahmood.


BIODATA___
* Nama sebenar TIDAK DIKETAHUI
* Tarikh lahir TAHUN 1916
* Tempat lahir DAERAH PADANG, SUMATERA, INDONESIA
* Tarikh meninggal dunia 14 DISEMBER 1973
* Tempat meninggal dunia HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
* Pusara TANAH PERKUBURAN ISLAM PETALING JAYA, SELANGOR



RAMAI MENYANGKA OSMAN GUMANTI MENINGGAL DUNIA DI MEDAN

Ramai yang menyangka Osman Gumanti meninggal dunia di Medan, Sumatra. Tidak percaya beliau mengakhiri riwayatnya di Kuala Lumpur. Satu lagi bukti jelas, adanya stateman yang termuat dalam buku "Zubir Said The Composer Of Majulah Singapura" karya Rohana Zubir. Tulisnya:
Till today the stream of my memories about Uncle Osman has not dried up, especially when he chose to inherit his valuable antique trinkets and some of his precious songket sarong. Bless his soul, I was so touched that he has shown me so much affection as to feel I deserved the treasured gifts.
I feel priviledged too that I was the last person he saw in the hospital in Kuala Lumpur one evening, I had visited him and when I left, he appeared to be in good health, or so I thought, because he was quite cheerful.
But I did think at the time that it was unusual for him to ask me repeatedly about the date. Little did I envisage that he would leave us that very same evening at midnight.



FILEMOGRAFI___
1. CHEMPAKA (B.S.Rajhans 1948)
2. CHINTA (B.S.Rajhans 1948)
3. NILAM (B.S.Rajhans 1949)
4. RACHUN DUNIA (B.S.Rajhans 1950)
5. DEWI MURNI (B.S.Rajhans 1950)
6. ALOHA (B.S.Rajhans 1950)
7. BAPA SAYA (B.S.Rajhans 1951)
8. PULAU MUTIARA (S.Ramanathan 1951)
9. JIWA LARA (S. Ramanathan 1952)
10. TAS TANGAN WANITA (L.Krishnan 1952)
11. DIAN (Nas Achnas 1952)
12. INSAF (B.S. Rajhans 1954)
13. NAFSU (B.S. Rajhans 1954)
14. SELAMAT HARI RAYA (L.Krishnan 1954)
15. PILEH-LAH AKU (Filem Indonesia, Nawi Ismail 1956)
# Dalam filem ini Osman Gumanti sebagai penari. Turut berlakon sama Bing Slamat, Mieke Wijaya dan Bambang Hermanto.


FAKTA___

* Antara 15 filem dibintangi Osman Gumanti, 9 diarahkan B.S.Rajhans; 2, S.Ramanathan dan 2, L.Krishnan.

* "Insaf" dibuat semula dari filem "Rachun Dunia". Osman Gumanti memegang peranan P.Ramlee, peranannya dilakonkan M.Noor Lambak dan peranan Kasma Booty dipegang oleh Rusini.

* "Pulau Mutiara" satu-satunya filem Osman Gumanti berheroinekan Maria Menado. "Nafsu" dan "Selamat Hari Raya" mereka bersama tetapi S.Roomai Noor hero.

* "Aloha" filem terakhir Osman Gumanti berlakon bersama P.Ramlee selepas "Rachun Dunia". "Chinta" dan "Nilam" dia hanya sebagai penari saja.

* "Aloha" juga satu-satunya filem Osman Gumanti berheroinekan Mariam.

* Osman Gumanti berheroinekan Neng Yatimah 3 filem - "Bapa Saya", "Jiwa Lara" dan "Tas Tangan Wanita".

* "Dian," satu-satunya filem Osman Gumanti di Nusantara Film.

* Osman Gumanti ketika menyanyi di filem seringkali menggunakan suara R.Azmi - "Dewi Murni", "Aloha", "Bapa Saya", "Pulau Mutiara", "Jiwa Lara" dan "Tas Tangan Wanita". Kebanyakan lagu-lagu tersebut apabila dipiringhitamkan menggunakan suara P.Ramlee.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








6 comments:

  1. mmg betul.. sy sndiri x mngenali siapa Osman Gumanti shinggalah sy mnonton filem Aloha bru2 ini.. Semoga roh Allahyarham d cucuri rhmat & jasa pengorbanan nye d kenang kmbali oleh pnggiat seni tanah air

    ReplyDelete
  2. Kalau dilihat dari segi aura /wajah, Osman Gumanti seakan-akan ada pertalian darah kacukan Indo-Belanda seperti Datin Maria Menado..Kasihan juga anak seni, kubur tak diketahui..apa lagi jasa dalam dunia perfileman jauh sekali dikenang..Al-Fatihah untuk beliau..

    ReplyDelete
  3. Ada sesiapa diantara veteran2 di Kementerian Belia & Sukan yg mungkin mengenali arwah dan dapat berkongsi cerita mengenai arwah Osman Gumanti?

    ReplyDelete
  4. assalam pak Mus... katanya arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Petaling Jaya... di bukit tandang atau taman medan?

    ReplyDelete
  5. Indeed,a great actor cum dancer with his inimitable style of acting.With his demise,an era had gone.

    ReplyDelete
  6. takde yang tahu berapa tarikh lahir osman gumanti??? why hanya tahun dia lahir he ada? saya nak tahu Hari dan bulan berapa dia lahiršŸ˜¢

    ReplyDelete