TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Uji Rashid (Salina) dan Sonny Abdullah (Iskandar) ketika penggambaran dilakukan di Singapura.
Sa'adiah, Ahmad Daud, Fauziah A. Daud (seperti tercatat di credit title) dan Norashigim di Port Dickson.
Uji Rashid dan Norzie Nani (Rohani).
Uji Rashid berdoa supaya umurnya dipanjangkan sedikit.
Sonny Abdullah dan Norzie Nani.
Kerana Salina, Iskandar dan Idham bergaduh.
Ahmad Tarmimi Sarigar (Romo) dan Uji Rashid (Julia).
Norzie Nani, Norizan, Ahmad Daud, Sa'adiah dan Uji Rashid.
Piringhitam EP yang mengandungi dua lagu terdapat dalam "Permintaan Terakhir".
Atas: Pengarah dan produser "Permintaan Terakhir", Jamil Sulong dan Runme Shaw. Bawah: Pengarah dan produser "Susanna," Ho Meng Hua dan Run Run Shaw.
Ahmad Daud sedang bergurau dengan Syed Omar (kiri) dan saya (disebelahnya) yang turut disertai oleh Sa'adiah (kanan), Fauziah Ahmad Daud dan Norashigim. Gambar bernostalgia ini (jurugambar: Mokhtar Harun) dirakamkan di Port Dickson pada 26 Ogos 1974.
Peristiwa 26 Ogos 1974: Tarikh bermulanya penggambaran "Permintaan Terakhir" di Port Dickson. Turut kelihatan (anda carilah sendiri) Jamil Sulong, Sa'adiah, Ahmad Daud, Uji Rashid, Norzie Nani, Fauziah Ahmad Daud, Norashigim, H.M.S. Sutan, A.V. Bapat dan saya sendiri, Mustafar A.R.
Klip video "Cintaku Cintamu" nyanyian Sharifah Aini.
(Sumber: Njendra)
Klip video "Cintaku Cintamu" nyanyian Uji Rashid.
(Sumber: Zamdeka)
Definisi TRIVIA (lebih kurang): Koleksi fakta dan angka yang remeh temeh tetapi menarik. Maklumat atau informasi lebih menyeluruh dan lebih terperinci.
Sebagai memenuhi cadangan yang dikemukakan oleh peminat Filem Klasik FK) yang menggunakan nama Nonama, saya mulakan dulu dengan trivia filem 'tear jerker' "Permintaan Terakhir" (1975) keluaran Merdeka Film Productions dan diarahkan oleh Jamil Sulong.
Banyak perkara menarik terdapat dalam "Permintaan Terakhir" ini, dan saya yakin bukan saja ramai peminat filem Melayu tidak tahu, malah Uji Rashid, Norzie Nani, Sonny Abdullah, Yusof Haslam termasuk Jamil Sulong sebagai pengarah pun, banyak yang mereka tidak tahu.
Filem ini, pertama kali saya menontonnya, di Taman Ismail Marzuki (TIM) Theatre, pada 14 Disember 1974 sempena Festival Filem Asean Ke-4 di Jakarta, Indonesia.
Sebelum itu, kita ikuti dulu sedikit komen pengarah Jamil Sulong mengenai filem tersebut yang tersiar dalam majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) keluaran bulan September 1974.
LANGKAH POSITIF
Katanya: "Satu zaman baru akan ditempuh oleh dunia filem Malaysia bila satu langkah positif telah diambil untuk memajukannya.
"Langkah positif untuk meletakkan filem keluaran tempatan ke puncak yang lebih tinggi itu telah diambil oleh Merdeka Film Productions dengan menyelenggarakan filem berwarnawarni, berbidang luas dan mempunyai peruntukan $400,000.00.
"Filem ini diberi jodol "Permintaan Terakhir" yang bercorak human drama mengenai pergolakan hidup dalam masyarakat kontemporari.
"Saya telah diberi tanggungjawabjawab untuk mengarahkannya, dan ia saya terima dengan perasaan gembira tetapi bercampur takut."
Berikutan itu, sesudah "Permintaan Terakhir", lahirlah filem "Jiwa Remaja", "Semalam Di Malaysia", "Sayang Anakku Sayang", "Cinta Dan Lagu", "Loceng Maut" dan "Adik Manja".
Klip video "Susanna".
(Sumber: DurianDave)
Klip video nyanyian Li (Lee) Ching.
(Sumber: Ohsebo)
Klip video "Dark Victory"
(Sumber: Jjsjms2137)
TRIVIA FILEM "PERMINTAAN TERAKHIR"___
Penggambaran "Permintaan Terakhir" bermula di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 26 Ogos 1974 (esoknya, umur saya genap 31 tahun) yang melibatkan Uji Rashid, Sa'adiah, Ahmad Daud, Ogy Ahmad Daud (Fauziah A. Daud, seperti yang tercatat di credit title) dan Norashigim.
Adegan ketika Uji Rashid berlari di tepi pantai (adegan pembukaan atau credit title) digambarkan di depan Kem Tentera Port Dickson, Negeri Sembilan.
Drama pentas (Yusof Haslam sebagai pengarah drama) merupakan cerita William Shakespeare "Romeo And Juliet" (diubah jadi "Romo Dan Julia") dan digambarkan di panggung wayang Ampang Park, Kuala Lumpur. Turut berlakon dalam drama tersebut kemudian menjadi popular, Zulkifli Zain, Ahmad Tarmimi Sarigar dan Hail Amir.
"Permintaan Terakhir" dipadankan dari filem Shaw Brothers Hong Kong, "Susanna" (1967), yang diarahkan oleh Ho Meng Hua dan dibintangi oleh Li Ching (Chiang Lee), Allyson Chang Yen, Diana Chang Chung We, Kwan Shan dan Ho Fan.
Lima watak utama "Permintaan Terakhir" dipegang oleh Uji Rashid (Li Ching, dalam "Susanna"), Norzie Nani (Allyson Chang Yen), Sa'adiah (Diana Chang Chung We), Ahmad Daud (Kwan Shan) dan Sonny Abdullah (Ho Fan).
Peranan Iskandar pada mulanya bukan untuk Sonny Abdullah tetapi telah diserahkan kepada pelakon bakat baru namanya Syed Agil, dan telah pun melakukan shooting satu adegan. Bagaimanapun, kerana sesuatu sebab, peranan Syed Agil dibatalkan dan kemudian digantikan dengan Sonny Abdullah.
Secara kebetulan pula, peranan Salina (kanak-kanak dan dewasa) dipegang oleh pelakon yang namanya sama FAUZIAH - Fauziah Ahmad Daud dan Fauziah Harun Al-Rashid .
Penyakit yang dialami oleh Salina (Uji Rashid) dalam "Permintaan Terakhir", barah otak, sama seperti yang dialami oleh Li Ching dalam "Susanna".
Sungguhpun pernah berlakon (pelakon tambahan) di Merdeka Film Productions dalam "Bukan Salah Ibu Mengandong" yang diarahkan oleh Jins Shamsudin, namun bolehlah dianggap "Permintaan Terakhir" merupakan filem pertama Uji Rashid.
Uji Rashid sebelum diserahkan watak utama "Permintaan Terakhir" bertugas sebagai penari Kumpulan Budaya Negara Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Sebelum berlakon dalam "Permintaan Terakhir" Norzie Nani (filem pertamanya), ketika itu, bertugas sebagai Penyambut Tetamu (PRO) di pejabat MIDA, Kuala Lumpur.
Yusof Haslam, pernah berlakon dalam beberapa filem (pelakon tambahan) di Merdeka Filem Productions, bekerja sebagai kondukter bas dengan syarikat bas Sri Jaya, sebelum membintangi "Permintaan Terakhir".
Watak utama "Susanna" (Li Ching) bernama Susanna, watak utama "Permintaan Terakhir" pula bernama Salina (Uji Rashid). Norzie Nani (Rohani), Sonny Abdullah (Iskandar) dan Yusof Haslam (Idham).
Filem pertama arahan Jamil Sulong selepas berhenti bertugas dengan Filem Negara Malaysia (FNM). Jamil Sulong bersama FNM selama 6 tahun.
"Susanna" telah memenangi anugerah Filem Terbaik dan anugerah istimewa pemberian Menteri Pelajaran Jepun di Festival Filem Asia-Pasifik Ke-14, di Tokyo pada tahun 1967.
Ini kali ke-5 Shaw Brothers Hong Kong memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik selepas "Back Door", "The Kingdom And The Beauty", "The Grand Substitution" dan "The Blue And The Black".
"Permintaan Terakhir" diciplak dari "Susanna", "Susanna" pula diciplak dari filem "Dark Victory" (1939) bukannya "Love Story" sebagaimana yang seringkali diperkatakan. Lagi pun tidak mungkin kerana, "Susanna" dikeluarkan pada tahun 1967 sedangkan "Love Story" pada tahun 1970. Jamil Sulong juga menyangka, "Susanna" ciplakan "Love Story".
Chi Tsou (penulis cerita), tidak menggunakan keseluruhan cerita "Dark Victory" atau remakenya "Stolen Hour" (1963) tetapi diadunkannya dengan sumber-sumber lain yang mana cerita "Susanna" tidak sama dengan "Dark Victory", namun unsur-unsur persamaan itu tetap ada.
"Permintaan Terakhir" bukannya genre 'love story' tetapi lebih condong ke genre 'drama trajidi' (melodrama).
"Dark Victory" yang diarahkan oleh Edmund Gouling dan dibintangi oleh Bette Davis, George Brent, Humphery Bogart, Geraldine Fitzgerald dan Ronald Reagan, telah dicalonkan merebut 3 anugerah oscar (1940) tetapi gagal memperolehi sebarang kemenangan apabila "Gone With The Wind" menyapu bersih boleh dikatakan semua oscar.
Tayangan Perdana "Permintaan Terakhir" telah diadakan di panggung wayang Rex, Singapura pada 27 Januari 1975 (jam 6.45 petang) dengan kehadiran Uji Rashid dan Norzie Nani di atas pentas.
* Turut diedarkan, 100 keping EP (EMI) mengandungi lagu-lagu petikan "Permintaan Terakhir" dan "Rahsia Hatiku" kepada penonton-penonton.
* Tayangan di panggung wayang Rex selama tiga hari saja. Ia kemudiannya dipindahkan ke panggung wayang State dan selepas itu ke panggung wayang Singapura (dulu dikenali dengan nama panggung wayang Taj). Sepatutnya, "Permintaan Terakhir" dijadualkan tayangannya sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada 4, 5 dan 6 Januari tetapi terpaksa ditunda kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Susanna" mula ditayangkan di Hong Kong pada 16 Oktober 1967, dan mendapat kejayaan box-office. Mr. Naoki Togawa, ketua panel 10 orang juri Festival Filem Asia Ke-14 berpendapat, filem "Susanna" patut diberi anugerah Filem Terbaik kerana "pencapaian kesempurnaan yang tinggi".
Dalam Festival Filem Asean Ke-4 (1974) di Jakarta (berlangsung pada 12 hingga 16 Disember 1974), "Permintaan Terakhir" telah diiktiraf oleh para panel (penyelia) festival filem tersebut sebagai filem yang baik dari segi persembahan, cerita dan teknik.
Dalam Festival Filem Asean Ke-4 (1974) itu, hanya Jamil Sulong (pengarah), Uji Rashid dan Norzie Nani (pelakon) saja yang dihantar sebagai mewakili Malaysia, tidak ada Sa'adiah, Ahmad Daud, Sonny Abdullah dan Yusof Haslam.
Dalam Festival Filem Asia-Pasifik Ke-21, Jakarta (1975), "Permintaan Terakhir" memenangi anugerah Drama Trajidi Terbaik.
Agak menarik, "Permintaan Terakhir" menggunakan tagline hampir sama dengan filem "Love Story" arahan Arthur Hiller dan dibintangi oleh Ryan O'Neal dan Ali MacGraw.
* Tagline "Love Story": Love means never having to you're sorry....."
* Tagline "Permintaan Terakhir": "Maaf senang di katakan tapi....."
dan dipanjangkan: "Berilah aku masa untuk hidup supaya dapat aku menyambut kelahiran adikku ke dunia ini....." Sonny Abdullah ialah hero "Permintaan Terakhir" berheroinekan Uji Rashid. Inilah filemnya yang ke-5 selepas "Bumiputra" (hero), "Gadis Langkawi" (hero), "Lain Jalan Ka-Shorga" (pelakon pembantu) dan "Jangan Tinggal Daku" (pelakon pembantu).
"Permintaan Terakhir", filem kedua dibintangi oleh Sonny Abdullah dibawah arahan Jamil Sulong sesudah "Lain Jalan Ka-Shorga".
"Permintaan Terakhir", filem kedua arahan Jamil Sulong dalam bidang luas (ShawScope) dan berwarnawarni (color), selepas "Raja Bersiong" di Shaw's MFP, Singapura.
"Permintaan Terakhir" merupakan filem termahal ketika itu, menelan belanja $400,000.00.
Di peringkat awal pelakon yang berada difikiran Jamil Sulong untuk "Permintaan Terakhir", Sharifah Aini (peranan Uji Rashid), Rubiah Suparman (Norzie Nani), Ed Osmera (Sonny Abdullah) dan Hussain Abu Hassan (Yusof Haslam).
Sharifah Aini tidak terpilih berlakon tetapi menyanyikan dua lagu ciptaan Ahmad Nawab untuk filem tersebut, "Permintaan Terakhir" dan "Cintaku Cintamu".
Turut di screen test untuk peranan Salina, Teh Faridah yang kemudian berlakon dalam "Loceng Maut" bersama Omar Syariff dan Hussain Abu Hassan yang diarahkan oleh Nas Achnas.
Filem pertama dan terakhir lakonan Haji Mahadi di Merdeka Film Productions, yang pernah menjadi pengarah (anak Melayu pertama) di Shaw's MFP Jalan Ampas mengarahkan filem "Permata Di-Perlimbahan" yang dibintangi oleh Maria Menado dan Noordin Ahmad.
Sebelum Jamil Sulong menukar tajuknya ke "Permintaan Terakhir", filem ini pada mulanya mahu menggunakan tajuk "Suzana" saja sama seperti filem Shaw Brothers Hong Kong itu, hanya ejaan saja berubah.
Filem kedua yang diarahkan oleh Jamil Sulong di Merdeka Film Productions selepas "Lain Jalan Ka-Shorga" yang turut dibintangi oleh Hamizon, Rosnani, Gaaz Sharif, Sonny Abdullah dan Noran Nordin.
Filem pertama Merdeka Film Productions dibuat dalam color dan berbidang luas (ShawScope), filem keduanya "Rahsia Hatiku" (sebagai percubaan) yang diarahkan oleh Nas Achnas tetapi tidak berbidang luas.
Pengeluaran filem color dan berbidang luas bermula dengan "Permintaan Terakhir" mula bertiup kencang apabila Osman Abdullah, pegawai kanan Shaw Brothers di Singapura, membuat pengumuman dan disiarkan oleh beberapa akhbar (termasuk Berita Harian) pada 1 Disember 1973.
Dua lagu yang terdapat dalam filem ini, "Permintaan Terakhir" dan "Cintaku Cintamu", telah dipiringhitamkan (EMI-EP) oleh Sharifah Aini pada tahun 1974. Turut terkandung dalam piringhitam tersebut dua lagu filem "Rahsia Hatiku", "Kepulangan Ayah" dan "Rahsia Hatiku".
Senikata "Permintaan Terakhir" oleh Jamil Sulong dan "Cintaku Cintamu" oleh Sharifah Aini. Kedua lagu tersebut, nyanyian Sharifah Aini dan kedua-duanya ciptaan Ahmad Nawab.
"Permintaan Terakhir", merupakan kali kedua Ahmad Nawab mencipta musik dan lagu untuk filem arahan Jamil Sulong selepas "Lain Jalan Ka-Shorga".
Pencipta lagu "Permintaan Terakhir", Ahmad Nawab; "Susanna", Fu-ling Wang; dan "Dark Victory", Max Steiner.
"Permintaan Terakhir" mendapat tepukan gemuruh dan sorakan dari para penonton sebaik saja selesai ditayangkan di Taman Ismail Marzuki (TIM) Theatre di Festival Filem Asean Ke-4, Jakarta pada tahun 1974. Kebetulan pula saya berada di theatre tersebut.
"Permintaan Terakhir" telah diberi penghormatan ditayangkan di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur pada bulan Disember 1974, untuk ditonton (preview) oleh pegawai-pegawai Penerangan dan Angkasapuri. Turut hadir, Jamil Sulong dan Uji Rashid.
Empat pelakon utama yang membintangi "Permintaan Terakhir" telah meninggal dunia - Sa'adiah, Ahmad Daud, Haji Mahadi dan Norizan. Di belakang layar - Runme Shaw, Jantan Abu Bakar, A.V. Bapat dan H.M.S. Sutan.
Kebanyakan penggambaran dilakukan di luar studio. Antaranya, sekitar Kuala Lumpur seperti Taman Bunga, Panggung Anniversari, Tugu Negara, Panggung Wayang Ampang Park, Hotel Merlin (kini Hotel Concorde), Panggung Wayang Federal dan Sekolah Convent Bukit Nanas, pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dan di Singapura, depan Parliament House (Dewan Parlimen), Hotel Shangri-la, Taman Burung Jurong, Taman Orkid (Taman Bunga), Mount Faber dan Kolam Air MacRitchie.
Secara kebetulan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy Ahmad Daud) bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, ketika penggambaran berapa adegan (terutama di awal filem) "Permintaan Terakhir" dilakukan.
Saya masih ingat lagi, saya bersama H.M.S. Sutan, Uji Rashid, Norzie Nani dan Syed Omar Al-Shahab (wartawan Utusan) menaiki kereta dari Kuala Lumpur ke pantai Port Dickson untuk menyaksikan penggambaran "Permintaan Terakhir". Ini merupakan satu penghormatan yang diberikan oleh H.M.S. Sutan (Merdeka Film Productions) kepada saya dan Syed Omar untuk bersama Uji Rashid dan Norzie Nani dihari pertama penggambaran filem tersebut dilakukan.
Pengarah dari Taiwan, Kuo-Hsiung Lin, telah dilantik sebagai penasihat teknik penggambaran "Permintaan Terakhir" yang dilaksanakan dalam bidang luas (ShawScope) dan color. Dia juga jurugambar filem "Susanna".
Dailog disusun oleh H.M.S. Sutan (pegawai penerangan Merdeka Film Productions) berdasarkan filem "Susanna", tetapi telah dirombak semula dengan melakukan banyak perubahan oleh Jamil Sulong, juga sebagai penulis lakonlayar.
Keseluruhan penggambaran "Permintaan Terakhir" mengambil masa 46 hari (selesai penggambaran 11 September 1974), dan dapat disiapkan keseluruhannya, bagi membolehkan ianya ditayangkan di Festival Filem Asean di Jakarta (14 Disember 1974), selama 4 bulan 18 hari (dari 26 Ogos hingga 14 Disember 1974).
Dubbing telah dilakukan di Merdeka Studio dan rakaman suara mendapat kerjasama Filem Negara Malaysia. Bagi memperkemaskan lagi termasuk memasukkan lagu latar ianya dihantar ke Hong Kong.
Filem "Susanna", pengarah Ho Meng Hua menghadapi banyak masalah menyebabkan dia mengambil masa setahun untuk menyelesaikannya, tetapi berbaloi kerana mendapat kejayaan box-office dan memenangi anugerah Filem Terbaik di Tokyo.
Runme Shaw meninggal dunia pada 2 Mac 1985, Ho Meng Hua pada 19 Mei 2009, manakala Run Run Shaw akan menyambut hari ulangtahunnya yang ke-105 pada 14 Oktober 2012 dan Jamil Sulong yang lahir pada 7 Ogos 1926 masih bersama kita tetapi dalam keuzuran.
Produser "Susanna", Run Run Shaw, manakala produser "Permintaan Terakhir" abangnya, Runme Shaw. Dua tokoh utama yang banyak jasa dan bertanggungjawab mengeluarkan filem-filem Melayu di Shaw's MFP, Jalan Ampas, Singapura.
Ketika membawa peranan Susanna (1967), Li Ching berusia 19 tahun (lahir pada 11 Ogos 1948), Uji Rashid membawa peranan Salina (1975) ketika umurnya 22 tahun (1 September 1953). Ertinya kini, Li Ching, 64 tahun dan Uji Rashid, 59 tahun.
"Susanna" tajuknya dalam bahasa Kantonis "Shan Shan", "Permintaan Terakhir" tajuknya dalam bahasa Inggeris "The Last Wish".
Antara begitu banyak vcd/dvd filem keluaran Shaw Brothers Hong Kong yang berada di pasaran, "Susanna" merupakan antara beberapa filem yang sukar diperolehi.
Tayangan "Susanna" mengambil masa (lebih kurang) 104 minit, manakala "Permintaan Terakhir" 95 minit.
Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
NIAGARA FALLS
lebih cantik dibandingkan marilyn monroe.
P. RAMLEE
apabila lagu-lagunya diorkestrakan.
A.R. ISMAIL
pergi dan hilang bersama angin.
AHMAD MAHMUD
anak malaysia pertama jadi produser filem.
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Uji Rashid (Salina) dan Sonny Abdullah (Iskandar) ketika penggambaran dilakukan di Singapura.
Sa'adiah, Ahmad Daud, Fauziah A. Daud (seperti tercatat di credit title) dan Norashigim di Port Dickson.
Piringhitam EP yang mengandungi dua lagu terdapat dalam "Permintaan Terakhir".
Ahmad Daud sedang bergurau dengan Syed Omar (kiri) dan saya (disebelahnya) yang turut disertai oleh Sa'adiah (kanan), Fauziah Ahmad Daud dan Norashigim. Gambar bernostalgia ini (jurugambar: Mokhtar Harun) dirakamkan di Port Dickson pada 26 Ogos 1974.
Klip video "Cintaku Cintamu" nyanyian Sharifah Aini.
(Sumber: Njendra)
Klip video "Cintaku Cintamu" nyanyian Uji Rashid.
(Sumber: Zamdeka)
Definisi TRIVIA (lebih kurang): Koleksi fakta dan angka yang remeh temeh tetapi menarik. Maklumat atau informasi lebih menyeluruh dan lebih terperinci.
Sebagai memenuhi cadangan yang dikemukakan oleh peminat Filem Klasik FK) yang menggunakan nama Nonama, saya mulakan dulu dengan trivia filem 'tear jerker' "Permintaan Terakhir" (1975) keluaran Merdeka Film Productions dan diarahkan oleh Jamil Sulong.
Banyak perkara menarik terdapat dalam "Permintaan Terakhir" ini, dan saya yakin bukan saja ramai peminat filem Melayu tidak tahu, malah Uji Rashid, Norzie Nani, Sonny Abdullah, Yusof Haslam termasuk Jamil Sulong sebagai pengarah pun, banyak yang mereka tidak tahu.
Filem ini, pertama kali saya menontonnya, di Taman Ismail Marzuki (TIM) Theatre, pada 14 Disember 1974 sempena Festival Filem Asean Ke-4 di Jakarta, Indonesia.
Sebelum itu, kita ikuti dulu sedikit komen pengarah Jamil Sulong mengenai filem tersebut yang tersiar dalam majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) keluaran bulan September 1974.
LANGKAH POSITIF
Katanya: "Satu zaman baru akan ditempuh oleh dunia filem Malaysia bila satu langkah positif telah diambil untuk memajukannya.
"Langkah positif untuk meletakkan filem keluaran tempatan ke puncak yang lebih tinggi itu telah diambil oleh Merdeka Film Productions dengan menyelenggarakan filem berwarnawarni, berbidang luas dan mempunyai peruntukan $400,000.00.
"Filem ini diberi jodol "Permintaan Terakhir" yang bercorak human drama mengenai pergolakan hidup dalam masyarakat kontemporari.
"Saya telah diberi tanggungjawabjawab untuk mengarahkannya, dan ia saya terima dengan perasaan gembira tetapi bercampur takut."
Berikutan itu, sesudah "Permintaan Terakhir", lahirlah filem "Jiwa Remaja", "Semalam Di Malaysia", "Sayang Anakku Sayang", "Cinta Dan Lagu", "Loceng Maut" dan "Adik Manja".
Klip video "Susanna".
(Sumber: DurianDave)
Klip video nyanyian Li (Lee) Ching.
(Sumber: Ohsebo)
(Sumber: Jjsjms2137)
TRIVIA FILEM "PERMINTAAN TERAKHIR"___
* Turut diedarkan, 100 keping EP (EMI) mengandungi lagu-lagu petikan "Permintaan Terakhir" dan "Rahsia Hatiku" kepada penonton-penonton.
* Tayangan di panggung wayang Rex selama tiga hari saja. Ia kemudiannya dipindahkan ke panggung wayang State dan selepas itu ke panggung wayang Singapura (dulu dikenali dengan nama panggung wayang Taj).
* Tagline "Love Story": Love means never having to you're sorry....."
* Tagline "Permintaan Terakhir": "Maaf senang di katakan tapi....."
dan dipanjangkan: "Berilah aku masa untuk hidup supaya dapat aku menyambut kelahiran adikku ke dunia ini....."
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
NIAGARA FALLS
lebih cantik dibandingkan marilyn monroe.
P. RAMLEE
apabila lagu-lagunya diorkestrakan.
A.R. ISMAIL
pergi dan hilang bersama angin.
AHMAD MAHMUD
anak malaysia pertama jadi produser filem.
Terlanjur anda mengutarakan TRIVIA tentang filem PERMINTAAN TERAKHIR ini, dalam topik-topik anda pada tahun 2011 lalu, anda ada menyenaraikan nama-nama filem Melayu klasik dari Shaw-MFP, Cathay-Keris, Merdeka Studio dan syarikat-syarikat produksi kecil yang aktif lebih terdahulu daripada MFP & Cathay-Keris. Tetapi barang kali anda terlepas pandang & TIDAK menyebut langsung tentang nama-nama filem asing yang telah di-"Melayukan" oleh studio Shaw-MFP & Cathay-Keris. Dalam erti kata yang lain, filem-filem asing yang telah dialih suara ke bahasa Melayu. Saya sebutkan antara nama-namanya di sini: MAULIDUR RASUL (Mesir), BADJAU ANAK LAUT (Filipina), RAHSIA KEJADIAN ANAK (dokumentari Inggeris berbentuk ilmiah yang disiarkan bersama filem SAUDAGAR MINYAK URAT), SUMPAH PENDEKAR (Hongkong - tajuk Inggerisnya THE ONE-ARMED SWORDSMAN atau TU PI TAO dalam bahasa Mandarin) & sebuah filem mitologi Filipina yang dialihsuarakan oleh syarikat filem milik Rosnani Jamil pada tahun 1980'an (lupa tajuk Melayu atau tajuk asalnya). Saya rasa, filem-filem NIDA'A MAKKAH, RABA'A EL-ADWIYAH & SALADIN (Beirut-Lubnan) ditayangkan dalam bahasa asalnya, iaini Arab. Mungkin Abang Mus mahu komen atau menambah?
ReplyDelete- NONAMA
salam sejahtera sdra nonama.
Deletekita harus melakukan secara beransur2.
tidak boleh dibuat sekali gus,
kerana terlalu banyak.
tak berdaya dan tak termampu saya.
bagaimanapun, ada diantara yang
sdra sebutkan itu, dalam
pertimbangan saya untuk disiarkan
dalam blog fkm yang akan datang.
contohnya, "badjau anak laut",
"the one-armed swardman" dan
"rahsia kejadian anak" yang
mengiringi filem "aneka hiboran"
(bukannya "saudagar minyak urat")
arahan s. kadarisman ke panggung wayang.
Terima kasih bang Mustafar! Ini adalah satu lagi TRIVIA yang menarik. Saya tersilap kajian. Rupa-rupanya RAHSIA KEJADIAN ANAK disertakan bersama ANEKA HIBORAN. Dan rupa-rupanya, ANEKA HIBORAN adalah filem arahan S. Kadarisman yang pertama! Saya sekadar mengingatkan anda tentang topik-topik yang patut diberi perhatian & disiarkan sekiranya anda terlupa. Bukankah anda mengatakan bahawa kita harus ingat-mengingati? Take your time & menulislah dengan rasa seronok & terhibur - bukan secara tertekan seperti menduduki peperiksaan atau menyiapkan kertas kerja di seminar!!! Terima kasih sekali lagi atas jasa & minat anda untuk memperkasakan dunia perfileman/hiburan Melayu klasik!
ReplyDelete- NONAMA
saya nak tonton filem Permintaan Terakhir di youtube, tapi private. Macamana ye?
ReplyDeletedah tekan link tapi private.. :(
ReplyDeletePelakun utama Susanna ialah LI CHING bukannya Ching Li.Mereka adalah dua pelakun yg berbeza.
ReplyDeleteTerima kasih Haniraihana.
ReplyDeleteKesilapan sudah diperbetulkan.
Li Ching juga turut berlakun di dalam filem Whose Baby's in the Classroom (1970) bersama Peter Chen Ho.Filem ini telah diciplak oleh Studio Merdeka dan diberi nama Adik Mania arahan Hafsham.Watak Li Ching dlm filem tersebut dibawakan oleh Noor Kumalaasari.Filem ini menarik ditonton dan lakunan Li Ching memang melucukan.
ReplyDeleteBukan Adik Mania tapi ADIK MANJA.
ReplyDeleteMaaf kesilapan masa menaip.
Filem "Susanna" sedang ditayangkan di saluran Astro 321 - Celestial Classic Movies...
ReplyDeletefilem Jiwa Remaja pula di ambil daripada filem Dead End..bagi aku ini adalah strategi Shaw Brothers
ReplyDelete