SALAH SATU FILEM TERBAIK P.RAMLEE
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
SELAMAT HARI RAYA
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
# LIHAT DAN BACALAH___
* AZIZ SATTAR * KASSIM MASDOR * AHMAD MAHMOOD * AIMI JARR
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * MUTIARA DARI MALAYA
* CHEMBURU * DEWI MURNI * LAIN JALAN KA-SHORGA
* CINTA DAN LAGU * RAFEAH BUANG * SUDIRMAN * CECILIA CHEUNG * CHARITO SOLIS * DEV ANAND * BRAVADOS
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON * RASHOMON
* SUMPAH ORANG MINYAK * HANG JEBAT * GELORA
P.RAMLEE (ZULKIFLEE) & LATIFFA OMAR (MELATI)
P.RAMLEE & NORMADIAH (JELITA)
* MALAY FILM PRODUCTIONS LTD. [SB] Mempersembahkan PANGGILAN PULAU Peranan P. RAMLEE Dengan NORMADIAH YUSUF LATIFF A.RAHIM NORDIN AHMAD S. KADARISMAN SALLEH KAMIL DAENG IDRIS OMAR ROJIK Di-Bantu oleh S. SHAMSUDDIN SITI TG. PERAK HASHIM NOR ADEK RAHMAN SA'AMAH LAILA dan lain2 Memperkenalkan LATIFFA OMAR dan IBRAHIM HASSAN (PENDEK) Juru gambar R.C. PURUSHOTHAM Juru suara KAMAL MUSTAFA CHUA SOH TONG Penyunting H.R. NARAYANA WONG FUN Processing V. RADHAKRISHNAN Pengajar tari EDITH CASTILLO Pelukis pemandangan J.S. ANTHONY Lagu2 P. RAMLEE YUSOFF B. Gurindam JAMIL SULONG Pembantu pengarah dan seni-kata S. KADARISMAN Pembantu Juru gambar ABU BAKAR LAHAK Juru suara WONG SHAUR LEEI Juru penyunting LEE THIAM YIAK Penjaga sambungan JOHNNY TAN Cherita dan penulis layar S. RAMANATHAN Di-usahakan oleh RUN RUN SHAW Diarahkan oleh S. RAMANATHAN
* Original, sama seperti tercatat di credit title
Tahun diedarkan: 1954 (4 Julai)
Masa tayangan (lebih kurang): 1 jam 39 minit
RINGKASAN CERITA___
ZULKIFLEE, pemuda miskin yang bekerja sebagai gembala kuda, telah jatuh cinta dengan Jelita (Jelita juga mencintainya) tetapi ditentang oleh abang Jelita (Johan) kerana menganggap Zulkiflee tidak setaraf kerana dia pekerjanya dan sebagai gembala kuda pula.
Setelah mendapat malu bila dicerca oleh Hussain (teman baik Johan) yang juga mencintai Jelita, Zulkiflee berhenti kerja sebagai gembala kuda dan kemudian mendapat kerja sebagai jurumudi disebuah kapal atas pertolongan dua orang teman yang baru dikenalinya - Omar (Panjang) dan Ramlee (Pendek).
Dalam pelayaran, Zulkiflee telah diseksa dan didera oleh Kepten Kapal dan dua orang pengikutnya, (Musa dan Shukur). Zulkiflee kemudian mendapat maklumat dari seorang tua (diseksa Kepten Kapal kerana dia enggan memberitahu dimana letaknya harta karun yang diketahuinya) tentang letaknya banyak harta karun iaitu disebuah pulau bernama Kazambo.
Kapal tersebut dipukul ribut lalu tenggelam dimana ramai yang terkorban termasuk Kepten Kapal. Bagaimanapun, Zulkiflee, Omar dan Ramlee serta Musa dan Shukur terselamat dan terdampar di Pulau Kazambo. Mereka berlima telah diterima baik oleh penduduk Pulau Kazambo beserta Penghulunya.
Setelah mengetahui pulau dimana dia terdampar itu Pulau Kazambo, Zulkiflee telah memujuk Penghulu Kazambo untuk mengetuai satu kumpulan mencari harta karun berdasarkan sumber yang diberikan oleh orang tua (bekas Kepten Kapal) semasa di dalam kapal dulu.
Zulkifee berjaya menemui harta karun yang dicari itu tetapi Pendek terkorban kerana ketamakan Musa dan Shukur, manakala Musa pula mati ditangan Zulkiflee apabila mereka bertarung dilaut Kazambo bagi menentukan siapa benar siapa salah mengikut adat dan cara hidup di pulau tersebut.
HARTA KARUN
Sewaktu berada di Pulau Kazambo itu, Zulkiflee dicintai oleh anak Penghulu (Melati) tetapi kerana kesetiaan cintanya terhadap Jelita terpaksa Zulkiflee menolak dengan berat hati.
Dengan sebahagian harta karun yang diperolehinya Zulkiflee pulang menemui Jelita dengan hasrat untuk menunaikan segala janjinya.
Bagaimanapun, Zulkifee kecewa kerana Jelita sudah berkahwin dengan Hussain kerana terpaksa sebagai satu usaha menyelamatkan abangnya (Johan) daripada dipenjara apabila hutangnya terhadap Hussain tidak dapat dilunaskannya.
Zulkiflee nyaris-nyaris berkelahi dengan Hussain tetapi setelah menyedari kesalahannya kerana menemui Jelita yang sekarang sudah menjadi isteri Hussain, disamping Hussain pula sudah menyesali kesalahannya kerana menghina Zulkiflee dulu, Zulkiflee meminta maaf kepada Hussain dan mengucapkan berbahagia kepada Jelita dan suaminya yang mana mereka sudah pun mempunyai seorang anak.
Zulkiflee kemudian membuat keputusan kembali ke Pulau Kazambo. Dalam kapal, Zulkiflee bertemu dengan Johan (sudah jatuh miskin) yang mengangkat begnya lantas memberikannya banyak wang. Bagaimanapun Johan menolak pemberian tersebut katanya: "Tidak Zul, kerana wanglah yang membuat aku lupa diri..."
Sampai di Pulau Kazambo, Melati sudah bersedia menunggu untuk mendagap Zulkiflee yang sememang diharapkannya kembali ke pangkuannya. Zulkiflee sudah menyahut PANGGILAN Melati pulang ke PULAU Kazambo.
P.RAMLEE & YUSUF LATIFF (HUSSAIN)
P.RAMLEE, YUSUF LATIFF & NORDIN AHMAD
DAENG IDRIS (PENGHULU) & LATIFFA OMAR
NORDIN AHMAD (JOHAN) & YUSUF LATIFF
A.RAHIM (MUSA), OMAR ROJIK (KAPTEN KAPAL) & SALLEH KAMIL (SHUKUR)
SALLEH KAMIL, A.RAHIM OMAR ROJIK & HASHIM NOR (BEKAS KAPTEN KAPAL)
P.RAMLEE & NORMADIAH
EMPAT AKSI P.RAMLEE KETIKA MEMBAWA KAREKTER ZULKIFLEE
IBRAHIM PENDEK, SITI TG.PERAK & S.KADARISMAN
P.SURIATI & S.SUDARMAJI DENGAN TARIAN LAGU "AYO... AYO... AYO... AYO... KAZAMBO"
ULASAN & KRITIKAN___
P.RAMLEE fokus utama filem ini. Sebagai pelakon berperanan berat, lakonannya seperti biasa dan tetap memuaskan. Krismanya sudah cukup menarik ramai peminat filem datang ke panggung wayang. Tidak heran kenapa filem ini mencapai kejayaan box office.
Penonton-penonton bersimpati dengannya kerana dia sering dianiyai - dipukul, ditumbuk, dimaki dan dihina oleh Johan, abang Jelita, dan Hussain, sedangkan dia sentiasa cuba berbuat baik walaupun kepada musuh ketatnya.
Unsur-unsur cerita filem Wuthering Heights (1939) masih terdapat dalam filem ini, cuma perubahan dibuat bagaimana P.Ramlee (Zulkiflee) memperolehi harta.
Dalam "Wuthering Heights" anak muda (Heathcliff) pergi ke Amerika dan di sana dia menerima harta warisan keluarganya yang kaya dan kemudian kembali ke England, Wuthering Heights.
Dia mahu menebus malu tetapi kecundang untuk memiliki kekasihnya, Catherine, yang berkahwin dengan lelaki lain.
Sungguhpun tidak dapat bersama dialam dunia hingga Catherine menemui ajalnya, namun kerana kekuatan cinta Heathcliff dan Catherine, akhirnya mereka bersatu juga dialam baka’.
Dalam filem ini P.Ramlee mendapat harta terpendam tersembunyi disebuah gua, Pulau Kazambo, dimana di situ juga dia bertemu dengan gadis jelita anak Penghulu, Melati, yang mencintainya.
Bila kembali, dengan membawa harta kekayaan, untuk menebus malu terhadap orang-orang yang menghinanya terutama Johan dan Hussain, disamping mahu menunaikan janjinya terhadap Jelita, tetapi kecewa apabila Hussain sudah memperisterikan Jelita.
Manakala Johan sudah menyingkirkan diri dari kemewahan hidup dan sanggup berada dalam kemiskinan, kerana wang dianggapnya menimbulkan banyak masaalah terhadap dirinya.
JATUH PENGSAN
Berikutan dengan itu, Zulkiflee kembali semula ke Pulau Kazambo dan seterusnya ke pangkuan Melati. Happy ending tidak trajidis seperti "Wuthering Heights".
Kerana terpengaruhnya dengan "Wuthering Heights" arahan William Wyler, S. Ramanathan telah menciplak bulat-bulat satu scene dari filem tersebut.
Zulkiflee dan Jelita pergi ke rumah Hussain untuk menyaksikan keramaian sambutan ulangtahun Hari Kelahiran adik Hussain yang mana menyebabkan Jelita jatuh pengsan akibat terjatuh dari pokok yang membawa penghinaan Hussain terhadap Zulkiflee.
Peristiwa itu juga berlaku juga pada Heathcliff dalam "Wuthering Heights", tinggal lagi cercaan yang dialami Heathcliff tidaklah seburuk dan seteruk apa yang dialami Zulkiflee daripada Hussain dan rakan-rakannya hingga sanggup menganggap Zulkiflee sebagai anjing.
Persembahan filem ini masih mirip ke Bollywood (ala-Hindustan) disebabkan pengarahnya S.Ramanathan. Ia tidak jauh bezanya dengan filem-filem P.Ramlee di MFP sebelum ini, "Sedarah", "Putus Harapan" dan "Ibu".
Begitu pun juga susunan dan penuturan dialog sudah semakin bertambah baik, namun belum cukup sempurna, masih lemah.
Selain mengarahkan filem ini mengikut "Wuthering Heights" yang turut dibintangi oleh Laurence Olivier dan Merle Oberon, S.Ramanathan juga terikut-ikutkan filem Hindustan Jaal (1952) arahan Guru Dutt, yang dibintangi oleh Dev Anand dan Geeta Bali, juga dipengaruhi oleh The Count Of Monte Cristo (1934) arahan Rowland V. Lee, yang dibintangi oleh Robert Donat dan Elissa Landi.
Pada keseluruhannya, filem yang pernah saya tonton di panggung wayang Madras, Kuala Lumpur ini, menarik, seronok dan menghiburkan, terutama lagu-lagunya. Dan, ia juga boleh diterima sebagai salah satu filem terbaik P.Ramlee.
IRAMA & LAGU___
Sebagaimana dengan filem-filemnya yang lalu, beberapa lagu yang terdapat dalam filem ini telah menjadi popular dan sangat diminati ramai, "Dengarlah Gembala Hati" (P.Ramlee), "Bulan Dan Juga Angin" (P.Ramlee & Normadiah) dan "Mengapa Pilu Saja" (P.Ramlee).
Antara tiga lagu itu, "Bulan Dan Juga Angin" begitu popular sekali, dan beberapa rangkap lirik oleh Jamil Sulong yang terdapat dalam filem tidak terdapat dalam rakaman piringhitam.
"Bulan dan juga angin. Lekas oh lekaslah. Bawalah berita ini kepada dewi pujaan hati. Dengan kenanganku. Juga impianmu. Tentulah akan tercapai. Tunggulah saja hariku sampai."
TERPAKSA DIPOTONG
Lagu "Mengapa Pilu Saja" jika ditonton di tv atau vcd/dvd hanya nyanyian P.Ramlee saja yang ada, apabila sampai nyanyian Momo ia terputus.
Sebenarnya ia terpaksa dipotong kerana angin yang meniup semasa penggambaran membuatkan baju yang dipakai Latiffa terdedah (terselak) hingga menampakkan pehanya. Shaw Brothers begitu kedekut mengeluarkan bajet untuk membuat penggambaran semula.
Begitu pun juga, apabila dipiringhitamkan hanya P.Ramlee seorang saja yang menyanyikannya.
Lagu-lagu lain "Simpulan Kasih" (P.Ramlee & Normadiah), "Hari Feista" (Momo) dan "Ayo... Ayo... Ayo... Ayo... Kazambo" (P.Ramlee/Momo).
Satu lagi lagu, "Maria" (karekter Geeta Bali Dalam "Jaal"), ketika menyambut hari Ulangtahun kelahiran adik Hussain (Laila), tidak tahu siapa penyanyinya dalam filem dan suara siapa.
"PANGGILAN PULAU" FULL MOVIE (Sumber: Pinatubo)
"BULAN DAN JUGA ANGIN" (Sumber: Zamhari Matering)
MARI KITA NYANYI LAGU "BULAN DAN JUGA ANGIN"
BULAN DAN JUGA ANGIN
Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawalah pesanku ini
Kepada dia yang ku cintai
Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji
Wahai kekasih kelana
Kecewa kini hidup dinda
Dengan desakan saudara
Terhalang segala maksud kita
Lupakan dan hapuskan
Segala perjanjian
Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawalah pesanku ini
Kepada dia yang ku cintai
Bulan dan juga angin
Lekas oh lekaslah
Bawalah berita ini
Kepada dewi pujaan hati
Dengan kenanganku
Juga impianmu
Tentulah akan tercapai
Tunggu saja hariku sampai
Jangan kau kembali lagi
Biar ku tanggung seksa ini
Teman lain kanda cari
Ku tak dapat menunai janji
Lupakan dan hapuskan
Segala perjanjian
Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawalah pesanku ini
kepada dia yang ku cintai
* Lagu ciptaan & gubahan: P.Ramlee & Yusoff B.
* Lirik: Jamil Sulong & P.Ramlee
* Nyanyian filem: P.Ramlee & Normadiah
* Nyanyian suara: P.Ramlee & Normadiah
# Lagu ini kalau dengar baik-baik, ada persamaannya dengan lagu "Chandni Raatein Yeh Chandni Phir Kahaan" nyanyian Hemant Kumar dan Lata Mangeshkar petikan filem "Jaal".
IKLAN "PANGGILAN PULAU" AKAN DITAYANGKAN DI PANGGUNG WAYANG REX, SINGAPURA YANG TERSIAR DALAM AKHBAR THE STRAITS TIMES KELUARAN 3 JULAI 1954
FAKTA & ANGKA___
* Sebelum menggunakan tajuk "Panggilan Pulau", jodol asal dan working scriptnya, "Zulkiflee".
* Filem pertama Latiffa (Latiffah) Omar di MFP dan filem kedua untuknya. Sebelum ini, Latiffa pernah muncul dalam "Dahlia" arahan B.S. Rajhans keluaran Keris Film Productions.
* Filem pertama Ibrahim Hassan (Pendek). Nama Ibrahim Pendek terus digunakan kerana nama pelakon Ibrahim Hassan sudah memang ada di MFP.
* Filem terakhir P.Ramlee dibawah arahan S. Ramanathan dan yang keempat bersama pengarah tersebut selepas "Juwita", "Sedarah" dan "Ibu". S.Ramanathan turut berlakon dengan P.Ramlee dalam "Ibu" sebagai Tony.
* Filem kedua MFP dibuat semula (remake). Ahmad Fauzee menciplak bulat-bulat bukan saja cerita tapi juga tajuk dan lagu-lagunya. Suatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam dunia perfileman dimana-mana pun didunia ini. Pertama, "Rachun Dunia" bertukar tajuk "Insaf", keduanya diarahkan oleh B.S.Rajhans.
* Filem pertama P.Ramlee bersama Yusuf Latiff. Selepas itu, mereka muncul dalam "Hang Tuah" kemudian P.Ramlee mengambilnya untuk "Antara Dua Darjat" dan "6 Jahanam".
* Selepas filem ini, P.Ramlee dan Latiffa Omar digandingkan sebagai hero dan heroine dalam "Merana" yang diarahkan oleh
B.N. Rau. Itu saja filem mereka berdua di MFP. Filem ketiga, "Putus Sudah Kaseh Sayang", keluaran Merdeka Studio.
* Filem ketiga P.Ramlee berheroinekan Normadiah, selepas "Siapa Salah?" dan "Perjodohan", keduanya arahan B.N. Rau.
# Artikel ini dipadankan dari buku "Filem-Filem P.RAMLEE" tulisan Aziz Sattar dan Mustafar A.R., tapi telah dikurangtambah dan diedit oleh Zaini Yusop bersesuaian dengan keadaan semasa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
SALOMA
BAHYAH MAHMOOD
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
PONTIANAK
R. AZMI
LATIFAH OMAR

Yang menariknya, setelah hampir 60 tahun dikeluarkan, baru sekarang saya dapat membaca ulasan & kritikan "Panggilan Pulau", dan bersetuju, ia merupakan salah satu filem terbaik P.Ramlee. Tahniah Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop kerana mengwujudkan blog Filem Klasik ini, yang mana boleh dikatakan kesemua entrinya berinformasi dan menarik belaka.
ReplyDeleteDrp: Sofiyah (via e-mail), Putrajaya, WP.
Terima kasih, Sofiyah.
DeleteMenarik ulasan & kritikan filem "Panggilan Pulau"
ReplyDeleteoleh Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop.
Saya ada cadangan, boleh tak FK membuat artikel
mengenai 12+1 filem terbaik P.Ramlee,
macam 12+1 lagu terbaik Rafeah Buang/Sudirman.
Saya sudah pun buat pilihan cuma nak tahu,
sama atau tidak dengan pilihan Encik Mustafar A.R.
- Rahimi Rahman (via-email), Shah Alam, Selangor.
Ya, nanti saya bincang dengan Zaini Yusop,
Deletesanggup atau tidak dia bantu saya.
Kerana bukan mudah nak buat Encik Rahimi,
janji nak buat 12+1 lagu terbaik Alleycats,
sampai kini pun masih belum tertunai lagi.
Begitupun juga, terima kasih cadangan tersebut.
Kalau dapat dilaksanakan, sememangnya bagus.
Setelah membaca review ini, baru saya tahu yang lagu "Mengapa Pilu Saja" merupakan lagu duet P. Ramlee & Momo. Terasa suatu kerugian di situ kerana tidak dapat menyaksikan sedutan yang terpotong itu. Bukannya rugi kerana tidak dapat melihat peha Latifah Omar tetapi kerugian kerana tidak dapat menghayati lirik lagu "Mengapa Pilu Saja" hingga keakhirnya dan mendengar alunan suara Momo beserta acting secara miming dari Latifah Omar.
ReplyDeleteMemang rugi Sdra Dzulkifli.
DeleteTapi apa nak buat, keadaannya sudah begitu.
Namun, saya bernasib baik kerana dapat
melihat peha Latiffa Omar serta menikmati lagu
"Mengapa Pilu Saja" nyanyian P.Ramlee dan Momo
itu dari mula hingga habis, ketika menontonnya
di panggung wayang Madras, Kuala Lumpur lama dulu.
Sungguhpun terdapat beberapa kelemahan terutama dialog, namun bagi saya, "Panggilan Pulau" ini merupakan filem hiburan yang menarik, dan setuju dengan pendapat Encik Mustafar A.R. sebagai salah sebuah filem terbaik P.Ramlee. Ulasan dan kritikan yang diberikan sangat bermanfaat kepada generasi baru, seperti saya, yang lahir setelah pemergiannya - Shaufiq, Seri Iskandar, Perak.
ReplyDeletesaya masih muda,tapi suka tgk cite lama2 macam panggilan pulau. scene yang paling seksi sudah tentu scene P.Suriati menari ayo,ayo kazambo. kain bawah terselak sampai ke pangkal peha dia :). lagu bulan dan juga angin lagu favorite saya...
ReplyDeleteYang saya perasaan apabila kain Latifah Omar terselak hingga nampak peha ketika menonton "Panggilan Palau" lama dulu. Tapi tak perasaan pula kain P.Suriati terselak juga sampai ke pangkal peha, hingga sekarang. Tajam sungguh mata Zennaya. Kah... kah... kah...
ReplyDeleteEn.Mustafar...Bukankah S.Ramanathan berlakon bersama P.Ramlee dalam filem Ibu sebagai Tony ?
ReplyDeleteYa, betul.
DeleteSudah diperbetulkan.
Terima kasih.
Komen menarik: Zulkiflee sudah menyahut PANGGILAN Melati pulang ke PULAU Kazambo. Nak tambah lagi.. “KERANA KAU” filem “ PANGGILAN PULAU” hidup ku jadi “MERANA”, menjadi “INSAN” kepada jejaka yang punyai “EMPAT ISTERI”. Hidupku hampir “BERNODA” dan kini terpaksa “MENYERAH” nasibku kepada seorang wira bergelar “PUTERA BERTOPENG”. Siapakah si dia ?
ReplyDelete