"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, April 12, 2010


FILEM KLASIK MALAYSIA

BERAPA BANYAKKAH YANG MASIH ADA?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


"ALOHA", Osman Gumanti & Mariam
(Malay Film Productions)

"ROH MEMBELA", Neng Yatimah & Aziz Sattar
(Malay Film Productions)

"SELENDANG DELIMA", Maria Menado & Abdullah Chik
(Cathay Keris Film)

"PONTIANAK", Tiga Wajah Maria Menado
(Cathay Keris Film)

"FAJAR MENYINSENG", Nor Asmah & Mustapha Maarof
(Merdeka Film Productions)

"PUTUS SUDAH KASEH SAYANG", P.Ramlee & Latifah Omar
(Merdeka Film Productions)

FILEM Melayu (Malaysia) yang sudah boleh dianggap klasik bermula "Leila Majnun" (1934) sehingga "Adik Manja" (1980). Tetapi di antara tahun 1934 dan 1980 itu berapa banyakkah yang masih ada dan boleh kita tonton melalui filem atau pun tv, vhs, vcd dan dvd?

Malaysia (termasuk Singapura) mempunyai tiga sistem studio terbesar - Malay Film Productions, Cathay Keris Film dan Studio Merdeka atau Merdeka Film Productions.

Tiga sistem studio tersebut telah mengeluarkan 162 filem (Malay Film Productions), 129 filem (Cathay Keris Film) dan 90 filem (Studio Merdeka).

Nusantara Film Company juga boleh dianggap sebagai pengamal sistem studio, tetapi hanya mampu menghasilkan 11 filem saja.

Motilal Chemical & Co. (1 filem); Shaw Brothers Ltd. (sebelum perang, 7 filem); Tan Wong Film Company (1 filem); Malayan Arts Production (1 filem); United Film Company (1 filem); Shah Film Company (1 filem); Ahmad Mahmood Company (1 filem) dan Gabungan Artis Film Company (Gafico, 1 filem).

Dalam blog ini, saya akan cuba mencatat dan mengulas seberapa banyak filem klasik Malaysia yang ada dalam simpanan saya - sejak saya mula merakamkannya menggunakan pita vhs dalam tahun 1970an dan kemudian disusuli pula adanya vcd dan dvd.

Untuk lebih berinformasi, saya juga akan mengselangselikan dengan filem-filem klasik Amerika (Hollywood), Britain, Jepun, Perancis, India (Bollywood), Itali, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan lain-lain serta juga mengenai apa-apa saja yang saya fikirkan sesuai demi untuk pengetahuan kita bersama serta anak cucu cicit kita yang bakal mendatang.

Di samping itu, saya juga akan menyenaraikan filem-filem klasik Malaysia yang saya ada dan tidak ada. Sesiapa yang berminat memperolehi apa yang saya ada (digalakkan bertukar-tukar filem), bolehlah menghubungi saya.

E-mail: mar27843@yahoo.co.uk
atau Telefon: 012-3408117 / 06-6791268


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









4 comments:

  1. saya ada terbaca tapi tak ingat dimana yang pelakon tambahan yang bawa watak pembantu wanita di bank tempat P.Ramlee berkerja dalam filem ni adalah noorkumalasari..betul ka pak mustafar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tepat sekali.
      "Putus Sudah Kaseh Sayang"
      itu merupakan filem ketiganya
      selepas "Tunang Pak Dukun"
      (filem pertamanya) dan "Tuah Badan".

      Delete
  2. saya mencari filem belang pertanda ada jual ke

    ReplyDelete