"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, November 18, 2013


DEEPIKA PADUKONE VS PRAKASH PADUKONE




DEEPIKA PADUKONE

PRAKASH PADUKONE

KELUARGA BAHAGIA: PRAKASH, ANISHA, UJJALA & DEEPIKA

DI AWAL 2000-AN: ANISHA, PRAKASH, DEEPIKA & UJJALA

SIAPA LEBIH POPULAR?
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari, pelakon cantik, jelita dan seksi Bollywood, Deepika Padukone (berperanan sebagai Leela dalam filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela"), anak kepada bintang badminton India yang pernah memenangi kejuaraan Terbuka All-England, Prakash Padukone.

Agak menarik, tidak pernah ada juara Terbuka All-England mempunyai anak perempuan yang sebegitu terkenal dalam dunia filem Bollywood secantik, sejelita dan seseksi, di samping telah membintangi banyak filem dan terbaru, "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela", yang di jangka akan meledak dan menambah popularkan namanya.

KETANDUSAN PEMAIN

Di Terbuka All-England, Prakash merupakan pemain badminton India yang pertama (1980) memenangi kejuaraan tersebut di mana dia berjaya mengalahkan Liem Siew King (Indonesia) dengan mudah, 15-3 & 15-11.

Bagaimanapun, dia gagal mempertahankan kejuaraannya itu di tahun berikutnya (1981) apabila Liem pula menewaskannya dengan tiga set, 11-15 15-4 & 15-6.

Selepas Prakash, India ketandusan pemain memenangi kejuaraan Terbuka All-England, hanya pada 2001, Pullela Gopichand (pemain kedua India memenangi kejuaraan berpretij itu) apabila dia mengalahkan Chen Hong (China) juga dengan mudah, 15-12 & 15-6 Klik Di Sini



HOUSEFULL TRAILER (Sumber: ErosNow)
# Kesian, Jiah Khan...


LOVE AAJ KAL TRAILER (Sumber: ErosNow)


CHENNAI EXPRESS TRAILER (Sumber: T-Series)


CHENNAI EXPRESS FULL MOVIE (Sumber: Budi Bio BufferfLy)
# Lawak habis, ooi...


PRAKASH/DEEPIKA PADUKONE VS AAMIR KHAN/APARNA POPAT (Sumber: VivekSingh)



TERBUKA ALL-ENGLAND 1981 (Sumber: MrErwin12fpt)

# Sayang sekali, perlawanan akhir Terbuka All-England
1980 tidak ada di YouTube



PRAKASH PADUKONE___
Oleh Mustafar A.R.




AKSI-AKSI MENARIK SEORANG BINTANG BADMINTON

DI LAHIRKAN pada 10 Jun 1955 di Bangalore (India), Prakash Padukone di dorongi oleh ayahnya, Ramesh Padukone (Setiausaha Persatuan Badminton Mysore), supaya cemerlang sebagai pemain badminton.

Prakash merupakan pengasas bersama, Olympic Gold Quest, dengan Geet Sethi, yang bertujuan menggalakkan sukan di India dan kini, dia mengusahakan akademinya, Prakash Padukone Badminton Academy.

Dalam dunia badminton India, Prakash adalah personaliti yang paling di hormati. Dia menjadi 'raja badminton' tidak di pertikaikan untuk tempoh masa sembilan tahun (1970-1978).

Kebolehannya sebagai pemain badminton telah di iktiraf seawal, ketika berusia 14 tahun, apabila dia memenangi kejuaraan Junior Badminton Championship.

Prakash merupakan pemain badminton pertama India memenangi gelaran "All-England Badminton Championship", satu catatan sejarah yang sangat bernilai buat dirinya.

Prakash bermula dengan ekspedisi gemilang menakluki dunia badminton dengan bermain di Karnataka State Junior Championship pada 1962. Dua tahun kemudian memenangi State Junior Championship dan selepas itu bermula kisah kejayaannya, kemenangan dan penaklukan.

MENGUASAI GELARAN

Pada 1970, dia memulakan kemenangan di peringkat kebangsaan apabila berjaya di National Junior Badminton Championship. Keheba/>tan dan terbilang dalam permainan itu agak menonjol apabila dia memenangi gelaran National Junior And Senior Badminton Championship pada tahun 1971, ketika umurnya masih terlalu muda, 16 tahun.

Prakash terus menguasai gelaran tersebut berturut-turut sembilan tahun dan membina asas untuk menjadi 'raja' permainan badminton tahun-tahun berikutnya. Dia berjaya di peringkat antarabangsa apabila memenangi pingat emas (perseorangan lelaki) di Sukan Komanwel Edmonton, Canada pada 1978.

Di sukan tersebut juga, pemain wanita Malaysia, Sylvia Meow Eng Ng, memenangi pingat emas untuk perseorangan wanita

Prakash mencapai kemuncak kerjaya badmintonnya apabila dia memenangi kejuaraan Terbuka Denmark, Terbuka Sweden dan Terbuka All-England pada 1980, hingga menyebabkan dia menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Selain itu, Prakash turut menjadi pemenang kejuaraan Alba Piala Dunia di Kuala Lumpur pada 1981, Terbuka Belanda dan Terbuka Hong Kong pada 1982.

Di luar gelanggang badminton, Prakash di anugerahkan dengan Anugerah Arjuna pada 1972 dan Anugerah Padmashree pada 1982.


DEEPIKA PADUKONE___
Oleh Zaini Yusop





AKSI-AKSI SEKSI SEORANG BINTANG FILEM

DI LAHIRKAN pada 5 Januari 1986, (6 tahun selepas ayahnya memenangi Kejuaraan Terbuka All-England), Deepika Padukone adalah pelakon filem dan model fesyen. Dia telah mengestablish kerjayanya di Bollywood, dan merupakan salah seorang selebriti paling popular di India apatah lagi pada 15 November (2013) yang lalu, beredar pula filem terbarunya, "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela".

Beribukan Ujjala, dia dilahirkan di Copenhagen, Denmark, di besarkan di Bangalore, dan semasa remaja begitu aktif bermain badminton dan sering menyertai kejohanan peringkat kebangsaan, tetapi meninggalkannya untuk menuju ke arah lebih glamour, menjadi peragawati fesyen.

Deepika menerima tawaran berlakon filem buat pertama kalinya (debut) untuk "Aishwarya" pada tahun 2006, dan memegang dua peranan dalam filem Blockbuster 2007 "Om Shanti Om", dan memenangi pula Anugerah Filmfare sebagai Pelakon Terbaik Wanita (debut).

Dia juga menerima pujian kerana peranannya dalam "Love Aaj Kal" (2009) berherokan Saif Ali Khan, tetapi lakonannya pada tahun 2008 bercorak komedi romantik "Bachna Ae Haseeno" dan komedi 2010 "Housefull" menerima ulasan yang negatif, tidak begitu menggalakkan.

Deepika kemudian menerima peranan untuk filem-filem yang gagal (tidak komersial) dan ini membantut kelonjakan kerjaya dan menyekat namanya untuk terus maju ke hadapan.

KRITIKAN PUJIAN

Pada 2012, filem box officenya "Cocktail" memberi tanda, akan berlaku satu titik perubahan penting dalam lakonannya, kritikan pujian dan pencalonan Pelakon Terbaik bagi beberapa penyampaian Anugerah Filem.

Pada 2013, Deepika meningkatkan dirinya sebagai pelakon utama filem Bollywood dengan membintangi dua filem komedi, "Yeh Jawaani Hai Deewani" (di samping Ranbir Kapoor) dan "Chennai Express" (Shah Rukh Khan), kedua-duanya berada di kedudukan filem-filem tertinggi pendapatan (grossing) Bollywood sepanjang zaman.

Di samping kerjaya lakonannya, Deepika juga mengambil bahagian dalam pertunjukan pentas, menulis kolum untuk akhbar India dan penyokong kuat selebriti terkenal bagi jenama dan produk.

Dengan lahirnya filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela", adalah di jangka popularitinya semakin meledak dan Deepika di ramalkan, akan menjadi pelakon Bollywood paling popular pada penghujung 2013 ini dan seterusnya 2014 dan 2015.

Ini menyebabkan kemungkinan besar, DEEPIKA PADUKONE akan lebih menyerlah popularnya berbanding ayahnya, PRAKASH PADUKONE.

Apapun keadaan, mereka berdua sudah mencatatkan sejarah baru di gelanggang Badminton dan arena Filem, bukan saja di India tetapi di dunia.



GOLIYON KI RAASLEELA RAM-LEELA___
Oleh Mustafar A.R.

Poster "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela"

PELAKON & KREW___

RANVEER SINGH (Ram)
DEEPIKA PADUKONE (Leela)
RICHA CHADDA (Rasila, ipar Leela)
SUPRIYA PATHAK (Dhankor Baa, ibu Leela)
HOMI WADIA (Radhu)
SHARAD KELKAR (Kanji, saudara Leela)
GULSHAN DEVAIAH (Bhavani, sepupu Leela)
BARKHA BISHT (Kesar, ipar Ram)
ABHIMANYU SINGH (Meghji, saudara Ram)
RAZA MURAD (Sarpanch)
JAMIEL KHAN (Vanka)
ANSHUL TRIVEDI (Mandar)
PRIYANKA CHOPRA (penari lagu "Ram Chahe Leela")
Sinematografi (S. RAVI VARMAN)
Lakolayar (SANJAY LEELA BHANSALI GARIMA & SIDDHARTH)
Penyunting (SANJAY LEELA BHANSALI & RAJESH PANDEY)
Musik (SANJAY LEELA BHASALI & MONTY SHARMA)
Pengarah & Produser (SANJAY LEELA BHANSALI)

Tahun Di Edarkan: 2013 (15 November)
Masa Tayangan: 155 Minit

JALAN CERITA___

CERITA mengenai suka duka percintaan Ram dan Leela, yang di padankan dari karya agung William Shakespeare, "Romeo Dan Juliet", tetapi di permodenkan (di penuhi dengan cinta, seks dan nafsu) serta di perganaskan menggunakan senjata api, peluru dan botol arak di samping berlakunya percubaan rogol, pertumpahan darah, perkelahian dan pembunuhan.


(Sumber: ErosNow)

(Sumber: ErosNow)

FILEM "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" (bermaksud, "Main Estetik Peluru Ram-Leela") merupakan filem 2013 bercorak romantik-drama yang di arah dan diprodusekan oleh Sanjay Leela Bhansali, di bintangi Ranveer Singh dan Deepika Padukone sebagai pelakon utama.

Ia adalah adaptasi dari kisah cinta abadi Walliam Shakespeare, "Romeo dan Juliet", yang di olah semula berlaku di zaman modern yang penuh dengan kekejaman dan keganasan.

Di peringkat awal tajuknya "Ram-Leela", tetapi kemudian ditukar kepada "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" sebagai mematuhi perintah Mahkamah Tinggi New Delhi, kerana ia memberi kesan buruk kepada sentimen agama Hindu.

Masyarakat Kshatriya pula, menentang penggunaan nama komuniti dalam filem tersebut, menyebabkan bertukarlah Jadeja dan Rabari kepada Saneda dan Rajri.


KRITIKAN & ULASAN___
Oleh BOBBYSING (IMDb)
Di Terjemah & Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

SATU lagi filem terobsesi diri sendiri (syok sendiri) Sanjay Leela Bhansali, yang visualnya menakjubkan dengan beberapa persembahan (lakonan) yang menarik, tetapi berapa kali lagikah sepatutnya saya menonton jalan cerita yang sama, berulang-ulang, lagi dan lagi.

Dengan kekal sebagai filem terobesi diri sendiri, "Ram-Leela" penuh berwarna-warni tetapi terlebih lukisan di seluloid dan sapuan berus yang luar biasa, gagal menghasilkan impak yang besar kepada penonton secara keseluruhannya.

Filem ini tidak mempunyai nilai menonton yang kebanyakannya boleh didapati di separuh pertama di mana pasangan (Ranveer dan Deepika) melakukan perbuatan seksual kurang sehat (meragukan) dan di gambarkan sebagai cinta abadi (eternal love).

Tetapi selepas separuh masa kedua, semuanya keluar secara drastik dan pengarah (Bhansali) cuba menambah terlalu banyak kelainan kurang meyakinkan yang akhirnya bertukar menjadi lembab, memudarkan semangat dan timbul pula kesedihan.

Tidak syak lagi ada beberapa perkara menarik, menyatukan status pengarah terkenal itu dalam industri filem, tetapi malangnya ia tidak segar dan baru kerana, samada mengingatkan anda dengan lagu "Hum Dil De Chuke Sanam" atau adegan menarik "Devdas". Ertinya, keadaan yang sama, berulang-ulang kali.

Lagu (soundtrack) hanya mampu menarik perhatian sebahagian penonton dengan beberapa trek yang baik dalam gulungan (reel) awal, dan ketika filem berputar dengan penggunaan berlebihan ia mula menjadi tidak menarik terutama pada separuh kedua.

MEMBERI CIUMAN

Untuk mengatakan yang benar, menjadikan kisah cinta seperti temanya, saya mendapati "Rasa Cinta Bhansali" hilang dalam filem ini di gantikan oleh hawa nafsu, seks dan dialog dua makna, agak menghairankan.

Sebagai contoh, saya boleh di anggap 'orang lama' tetapi saya tidak fikir seorang gadis begitu mudah tampil ke depan memberi ciuman terus kepada pemuda dalam pertemuan pertama di tempat awam.

Lebih-lebih lagi, cara yang kedua-dua mereka (pemuda dan gadis) bergolek-golek antara satu sama lain di atas katil dengan ciuman satu demi satu dalam pertemuan mereka yang kedua kalinya, dan bagi saya ia tidak mendekati 'Sayang Sejati' tetapi lebih kepada nafsu, seks atau kelaparan jasad (body hunger) dan apa-apa lagi, nothing else.

Menariknya, gambaran cinta tidak ada dalam mana-mana filem Bhansali sebelum ini. Dia tidak pernah menunjukkan 'love birds' seseksi begini sebelum ini. Oleh itu, sudah pasti kali ini Bhansali lebih berminat mencapai sisipan murahan, filem lucah (David Dhawan) seperti dialog bersajak, senjata api, peluru, pembunuhan, percubaan merogol dan pertumpahan darah, yang berkemungkinan dia berada dalam keadaan yang terdesak.

Ya, ia bermula dengan baik, dengan 'sequence' permusuhan antara dua kumpulan di tempat kejadian pertama, kemudian mengendalikan 'sequence' lain yang menggambarkan kerja-kerja kamera (camera-work) yang hebat dan berwawasan.

Tetapi sebenarnya, ini tidak genre Bhansali, apabila 'love birds' dapat dipisahkan, berlakulah keganasan, ia jatuh tersungkur dengan semua orang berkelakuan mengelirukan, tidak sama dengan watak sebenar, tidak seperti yang terdapat di satu jam yang pertama.

MENYERAH DIRI

Dari segi lakonan, pelakon-pelakon hanya menyerah diri kepada wawasan pengarah dan mereka ialah Deepika, Supriya Pathak dan Richa Chadda.

Di susuli oleh Abhimanyu Singh, Gulshan Devaiah, Sharad Kelkarand dan Barkha Bisht yang memainkan karekter masing-masing dengan baik tetapi Bhansali lebih memberi pulangan (mileage) yang berbaloi kepada Richa Chadda saja.

Bersama-sama dengan persembahan yang baik terdapat beberapa orang pelakon yang sudah biasa termasuk Raza Murad, Homi Wadia dan kehadiran Priyanka Chopra boleh di anggap sebagai nasi tambah saja.

Memperkatakan tentang pasangan utama, Deepika sekali lagi mengatasi heronya dan dia juga pergi teramat berani seperti yang di arahkan oleh yang di panggil 'love-guru'. Ranveer di satu pihak, tidak menawarkan sesuatu yang baru, kerana dia memainkan karekter lama (sebagai lover boy), kalau ada pun perbezaan hanyalah pada pakaian Rajasthaninya.

Mendedahkan kontroversi, filem ini tidak ada kaitan samada, Tuhan Ram (Lord Ram) atau atau Leela Suci, 'Sacred Leela'. Jadi, Bhansali mempunyai niat menggunakan ungkapan "Ram-Leela" untuk publisiti segera filemnya itu. Semua kontroversi ini, dengan mudah boleh di elakkannya jika tajuk lain di gunakan.

Mengenai perkara berdasarkan karya Shakespeare "Romeo Dan Juliet", saya teringatkan filem "Qayamat Se Qayamat Tak" dan beberapa filem lain juga mempunyai tema yang sama, termasuk yang terbaru, bukan satu tetapi dua mempunyai tema yang sama, "Ishaqzaade" dan "Issaq", yang memaksa saya berfikir, mungkin (kecuali Vishal Bhardwaj), sangat sedikit mereka membaca cerita klasik lain Shakespeare (realitinya) di Bollywood.

PENGGUNAAN TEMA

Ini mungkin menjadi sebab, mengapa mereka berkali-kali memilih cerita yang sama, "Romeo Dan Juliet", lagi dan lagi membuatkan penonton yang tidak bersalah merasa bosan. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi sebab yang datang ke fikiran saya mengenai penggunaan tema berulang-ulang kali iaitu 'Takutkan Penolakan' ('Fear of Rejection').

Bagaimanapun, bagi saya Cinema (Sinema) bermaksud "Seni Penceritaan" ("The Art of Storytelling") dan jika ada filem yang tidak terdapat cerita yang baru atau menarik dan segar untuk di hidangkan, ia adalah membuang masa walaupun visual, drama, musik, persembahan dan pelaksanaan hebat belaka.

Untuk menghuraikan subjek yang sama, kita mempunyai kehidupan yang terlalu kecil untuk hidup di dunia ini dengan keupayaan terhad untuk membaca atau tahu semua kesusasteraan bernilai. Oleh itu, kita memerlukan media sinema (panggung wayang) untuk memperkenalkan kita kepada banyak permata yang tidak di ketahui dan belum di terokai baik dalam mahupun luar negara berikutan wawasan (penglihatan) yang lebih luas.

Itu adalah, apa yang saya mencari sambil menonton setiap filem baru akan datang dalam cara apa bentuk sekali pun. Jadi, dengan harapan industri pembuat filem kita (India), supaya mencari keberanian lama mereka kembali,

Pada keseluruhannya, saya hanya boleh menyatakan filem "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" ini hanya sesuai di tonton oleh penonton yang berminat kepada badan (jasad) bukannya jiwa (roh).


BOX OFFICE (INDIA)___

Hari pertama tayangan "Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela" menghasilkan kutipan yang agak baik dengan koleksi lebih INR15.50 crore (AS $2.4 juta) bersih walaupun keluarannya terhad kerana di landa kontroversi. Filem ini mengutip INR16.50 crore (AS $2.5 juta) bersih pada hari Sabtu dan INR18.00 crore (AS $2.8 juta) bersih pada hari Ahad, di hujung minggu pertama jumlah domestik sebanyak INR50.00 crore (AS $7.7 juta), iaitu hujung minggu ketiga tertinggi tahun ini.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




4 comments:

  1. Saya peminat Deepika Padukone. Saya juga tahu, dia anak Prakash Padukone yang pernah menjuarai badminton Terbuka All-England tahun 1980. Tetapi saya tidak tahu, Prakash Padukone mengalahkan Liem Siew King di kejuaraan tersebut dengan mata mudah 15-3 15-11. Ini bererti, FKM blog berinformasi. Tahniah Encik Mustafar dan isteri kerana mengwujudkan sesuatu yang tidak ternilai harganya terutama di kalangan peminat filem.di Malaysia. - Ezza (via e-mail), Port Dickson, Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  2. Hello, Mr. Mustafar & Mrs. Mustafar.
    Perfect artikel by Malaysian blogger
    for Indian celebrities, Prakash & Deepika Padukone.
    Thank you.
    - Suraj (via e-mail), London, England.

    ReplyDelete