"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, July 16, 2013


SINEMATEK MALAYSIA

Kajiselidik: MUSTAFAR A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP


GALERI PERFILEMAN





Bersumberilhamkan
Kajiselidik MUSTAFAR A.R.
Teks Oleh ZAINI YUSOP


PERLUKAH Sinematek Malaysia diwujudkan?

Perlu. Tersangat perlu.

Sudahkah sampai masanya?

Sepatutnya sejak lama dulu sudah ada.


BAKTI

APA YANG KAU CARI PALUPI?

ZAMBOANGA

PONTIANAK

Sebelum pergi jauh, ada baiknya dicari punca sejarahnya dan pengertian 'Sinematek' itu sendiri.

Sinematek atau Cinematheque adalah perkataan Perancis yang digunakan untuk merujuk kepada arkib filem dengan menayangkan filem terutamanya klasik di panggung wayang kecil dan panggung seni.

Pada tahun 1935, Henri Langlois dan Georges Franju mengasaskan kelab filem (Cercle du Cinema) untuk menayangkan filem lama yang berasal Cinémathèque Française pada 1936.

Idea untuk arkib filem lama tidak begitu jelas pada masa itu, tetapi Langlois dapat menyelamatkan banyak filem dari syarikat filem yang bertujuan untuk dibuang atau dibakar.

Sama seperti tindakan Ho Ah Loke, yang membuang filem PONTIANAK ke lombong tinggal yang menyebabkan Maria Menado menangis.

Pada 1933, British Filem Institut diasaskan di London. Pada 1938 Henri Storck, André Thirifays dan Pierre Vermeylen mengasaskan Royale de Belgique Cinémathèque di Belgium.

Juga pada 1938, Persekutuan Antarabangsa Arkib Filem (FIAF) diasaskan di Paris.

Suatu hari (tidak ingat tarikhnya), ketika menghadiri majlis makan tengahari di Dataran Merdeka Finas, saya terdengar Ketua Pengarah Finas ketika itu, Zain Haji Hamzah bersuara kepada Jamil Sulong.

Katanya: "Mana saya boleh dapatkan filem BAKTI, ada tawaran RM100,000 untuknya."

TIDAK MUSTAHIL

Dengan berfikir panjang dan bersuara perlahan Jamil Sulong menjawab: "Saya tidak tahu, mungkin L. Krishnan tahu kerana beliau yang mengarahkan filem tersebut."

Di Indonesia, filem APA YANG KAU CARI PALUPI? (pada awal tahun 1990-an) yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Jakarta (1970) hampir pupus.

Apa yang berlaku, negatif filem (master print atau master copy) yang tersimpan di Tokyo, Jepun telah rosak manakala salinan yang dibuat untuk tayangan panggung wayang tidak diperolehi.

Lebih malang, produsernya yang dicari tidak dapat ditemui.

Nasib baik, satu salinan telah dijumpai pada penghujung 1980-an tetapi keadaannya tinggal satu warna saja – merah.

Adalah dijangka, warna merah itu, jika tidak dijaga sewajarnya (rawatan dengan penentuan suhu dan kelembapan), juga akan hilang.

Jika ini terjadi, hilanglah satu filem yang berprestigeous (tinggi kualitinya) dalam industri filem Indonesia buat selama-lamanya.

Kerugian yang tidak terhingga kepada bangsa Indonesia.

Tidak mustahil, apa yang berlaku kepada Zain Hamzah bertanyakan BAKTI akan berlaku pula bila mana tokoh filem di Indonesia bertanya di mana APA YANG KAU CARI PALUPI? (mungkin tawarannya lebih lumayan lagi) sekiranya sudah kehilangan seperti BAKTI.

Bagaimanapun, itu tidak akan terjadi kerana APA YANG CARI PALUPI? sudah dapat diselamatkan.






Dua peristiwa yang dinyatakan, adalah sebagai contoh di mana 2 filem tersebut begitu berharga apabila sudah ghaib tetapi ketika adanya dibiarkan begitu saja, tidak dipedulikan.

Di Indonesia, berikutan kehilangan APA YANG KAU CARI PALUPI? telah menubuhkan Sinematek Indonesia khusus menyimpan, menjaga dan memelihara filem-filem Indonesia supaya apa yang terjadi kepada APA YANG KAU CARI PALUPI? tidak berulang kepada filem lain.

Itu Indonesia. Bagaimana pula dengan Malaysia?

Sungguhpun, sudah berlaku peristiwa PONTIANAK di buang ke lombong tinggal kerana Ho Ah Loke menghadapi masalah tidak ada tempat untuk menyimpan, namun sampai sekarang tidak pernah terdengar adanya usaha terutamanya Finas untuk mengasaskan Sinematek Malaysia.

Tidak dapat dipastikan, setiap filem (maksudnya filem cerita) yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat filem Malaysia, di manakah tempatnya untuk disimpan.

Mungkin di Arkib Negara, mungkin juga di Finas. Atau, tidak ada langsung.

Jika wajib dihantar ke Arkib Negara dan Finas, adakah dijaga dengan baik dan diberi rawatan secukupnya (vaults and storage) atau sekadar simpan dan dibiar begitu saja.

Perkara penjagaan filem secara vaults and storage (ertinya simpan dalam peti besi) tidak boleh dilakukan sambil lewa atau melepaskan batuk ditangga saja.

Justeru itu, sudah sampai masanya segala urusan memelihara filem-filem keluaran Malaysia (termasuk Singapura dulu) sejak tahun 1934 (LEILA MAJNUN) hingga sekarang dan akan datang, diserahkan kepada satu badan khas, berfungsi mengendalikan filem-filem (cerita) Malaysia saja.

Paling sesuai namanya Sinematek Malaysia (Cinematheque Malaysia, dalam bahasa Inggeris) dan paling layak menerajuinya ialah Finas.

Filem-filem cerita (filem pendek atau filem dokumentari dikecualikan) yang dikeluarkan oleh Malay Film Productions (MFP), Cathay Keris Film, Merdeka Film Studio dan sebagainya baik yang berkualiti atau pun tidak boleh dianggap sebagai warisan rakyat Malaysia.

BERUSAHA GIGIH

Mungkin untuk mendapatkan filem seperti LEILA MAJNUN (filem Melayu pertama diusahakan di Malaysia dan Singapura, sudah tentu sukar), begitu juga SERUAN MERDEKA (filem pertama selepas Perang Dunia Ke-2), PONTIANAK termasuk BAKTI, NOOR ASMARA dan banyak lagi, setidak-tidaknya kalau ada Sinematek Malaysia banyak juga filem yang boleh diselamatnya.

Jika kena caranya dan berusaha gigih, filem BAKTI (sebagai contoh) sudah dipastikan ghaib (hilang) dan tidak boleh ditemui, boleh diperolehi seperti APA YANG CARI PALUPI? dan ZAMBOANGA.

Di Amerika Syarikat, semua filem keluaran MGM dari WIZARD OF OZ dan GONE WITH THE WIND hingga keluarannya yang terbaru disimpan dengan jagaan terbaik dan terletak di antara 50 hingga 70 meter di bawah tanah dengan suhu dan kelembapan dikawal yang mana ini boleh menyelamatkan filem-filem yang disimpan itu dalam apa juga keadaan terutama cuaca.

Filem hitam & putih (master print) disimpan di Hutchinson, Kansas dengan suhunya 68 degree Fahrenheit dan 50% kelembapan (humidity) manakala filem color disimpan di Kansas City, Missouri dengan suhu 40 degree Fahrenheit dan 40% kelembapan.

Filem-filem tersebut di simpan dengan jagaan yang teliti tiada siapa pun yang boleh masuk tanpa kebenaran, dan keduanya dikendalikan oleh syarikat Underground Vaults And Storage.

Begitu juga dengan filem-filem keluaran Universal Pictures, 20th. Century Fox, Warner Brothers, Columbia, United Artists, Paramount, RKO, Republic Pictures dan banyak lagi.






Sekiranya Sinematek Malaysia ditubuhkan fungsinya sama seperti Underground Vaults And Storage, tetapi penjagaan atau pelaksanaannya mungkin lebih mudah kerana adanya alat-alat perfileman yang lebih canggih.

Apa pun, Sinematek Malaysia mestilah diwujudkan juga supaya sistem penjagaan filem-filem Malaysia terjamin dan boleh bertahan hingga 100 atau 1000 tahun lagi atau selama-lamanya.

Selain berpungsi sebagai perawat dan penjagaan filem, Sinematek Malaysia juga berperanan mencari filem-filem Malaysia yang sudah dianggap hilang seperti yang dinyatakan - BAKTI, NOOR ASMARA, PONTIANAK termasuk juga BULOH PERINDU, ISTANA BERDARAH, MELANCHONG KA-TOKYO, dan SI TORA HARIMU JADIAN.

Sebab saya berkata demikian, dari segi logik, sebagai contoh, PONTIANAK merupakan filem box office. Semasa tayangannya pada 1957 tidak kurang 10 salinan dibuat untuk tayangan di Malaya (Singapura) dan juga Brunei.

Ho Ah Loke hanya membuang satu, kalau lebih pun 2 atau pun 3 salinan. 7 salinan lagi pergi ke mana? Tentu ada di mana-mana. Mungkin satu berada di Hong Kong kerana filem tersebut pernah dialihbahasa Mandarin dan ditayangkan di sana.

Itu salinan (copy), master printnya hilang ke mana?

Kalau Sinematek Malaysia wujud, inilah salah satu tugasnya iaitu mencari filem-filem Malaysia yang dianggap hilang tetapi masih ada. Tunggu usaha untuk mencari saja.

Contoh terbaik, di Filipina.

ZAMBOANGA merupakan filem Filipina dikeluarkan pada 1936, dan dibanggakan oleh rakyat Filipina kerana dikatakan filem Filipina pertama menyertai anugerah Oscar Academy.

PERKARA RUMIT

Filem tersebut dikatakan hilang dan tidak mungkin ditemui. Tetapi pada 2003, pengeluar filem, Nick de Ocampo, telah menemuinya di Library of Congress, Amerika Syarikat, yang diperolehinya dari Finland, cukup siap dengan sarikatanya sekali dalam bahasa Inggeris.

Jika usaha dibuat oleh Sinematek Malaysia, untuk mendapatkan semua yang hilang tidak mungkin, tetapi setidak-tidaknya 2 atau 3 akan tercapai.

Dalam ilmu sinematek (cinematheque) ini merupakan perkara rumit, dan petugasnya hendaklah dihantar berkursus ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun atau pun Indonesia.

Mereka mesti minat dengan filem, bukan sekadar bekerja makan gaji (bertugas dari 8 hingga 5 petang) tetapi sepanjang masa dan memberi komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap filem Malaysia.

Mereka juga mesti tahu tentang filem dan sejarahnya.

Kalau tidak peranan Sinematek Malaysia akan terbantut, sia-sia dan paling malang pembaziran duit rakyat.

Selain itu, judgement atau perkiraan juga harus dibuat oleh pelaksana Sinematek Malaysia, filem mana yang baik dan harus dilakukan dari black & white ke color.

Kini, usaha telah dilakukan oleh Amanah Tan Sri P. Ramlee yang dipengerusikan oleh Aziz Singah untuk mengcolorkan filem P. Ramlee SEMERAH PADI seperti HUM DONO yang dibintangi oleh Dev Anand.

Peranan tersebut boleh di lakukan bersama antara Amanah Tan Sri P. Ramlee dan Sinematek Malaysia bagi menjayakan buat pertama kalinya dalam sejarah filem Malaysia – mengubah black & white ke color.

Bukan setakat SEMERAH PADI saja yang lain-lain pun boleh. Contohnya, BATU BELAH BATU BERTANGKUP yang diarahkan oleh Jamil Sulong; HANG JEBAT (Hussain Haniff), SRI MERSING (Salleh Ghani) dan SUMPAH WANITA (Omar Rojik).

Filem-filem black & white yang beralih ke color (HD) ditambah pula dengan stereophonic sound, sememangnya cukup menarik.

Peminat-peminat filem Malaysia, pasti mahu menonton filem-filem tersebut di panggung-panggung wayang kerana colornya bukan lagi kerana ceritanya atau aspek-aspek lain.

Lokasi terbaik untuk Sinematek Malaysia ialah Galeri Perfileman (di bawah pentabdiran Finas) yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Di katakan, tidak ramai pengunjung datang sedangkan kos pentabdirannya bukan sedikit.

Oleh kerana bangunan tersebut agak terpinggir dan kawasannya juga boleh menampung bangunan untuk menyimpan filem-filem Malaysia, ada baiknya Sinematek Malaysia ditempatkan disitu disamping mengekalkan Galeri Perfileman.

Itulah hasrat. Itulah harapan.

Hanya Finas (Kerajaan) yang boleh mengwujudkan Sinematek Malaysia.

Pihak lain tidak berkemampuan.






ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




10 comments:

  1. Satu lagi cadangan yang baik
    dikemukakan oleh FKM yang seharusnya
    diambil perhatian sewajarnya oleh Finas.
    Inilah salah satu sebab mengapa saya
    sukakan FKM yang sentiasa prihatian
    terhadap perkembangan filem di Malaysia.
    Sepatutnya sejak bersara dari Utusan
    tahun 1998 dulu Encik Mustafar
    dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas,
    barulah berkesan fungsi Finas.

    Drp: Sulaiman Muhammad, Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya, Ketua Pengarah Finas?
      Terima kasih sajalah Encik Sulaiman.
      Kah... kah... kah...
      (Tiru ketawa Tukar Tiub).

      Delete
  2. Setakat yg saya tau, Arkib Negara ada menubuhkan bahagian utk mengumpul filem2 cereka ataupn filem2 lain. Tapi selagi org yg bekerja di situ hanya makan gaji dan kerja ikut waktu, konsep yg ada di atas kertas tidak akan membawa ke mana.

    Saya sokong pandangan Encik Mustafar. Hrp2 YB menteri dpd amk perhatian.

    Oummar Ipoh (UIA)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Oummar.
      Saya berharap akan lahir seseorang
      di Malaysia yang benar-benar komited
      terhadap filem dan sejarahnya
      dan memimpin Sinematek Malaysia
      seperti Misbach Yusa Biran,
      pengasas Sinematek Indonesia.
      Mungkin Oummar, boleh?

      Delete
  3. Satu lagi agensi Kerajaan boleh berperanan
    melaksanakan Sinematek Malaysia ialah Filem Negara Malaysia (FHM).
    Sejak sekian lama hingga setakat ini, kita tidak tahu apakah sebenarnya peranan FNM - sepi dengan aktiviti filem.
    Tidak seperti di tahun-tahun 1950an dan 1960an dulu.
    Kalau ada pun, filem-filemnya dihantar ke festival-filem luar negara.
    Apakah itu saja fungsi FNM hari ini?
    Bukankah lebih baik, FNM juga mengendalikan Sinematik Malaysia, dan ini lebih berfeadah.
    Sokong saranan Encik Mustafar, Sinematek Malaysia patut diwujudkan.
    Jika tidak banyak lagi filem Malaysia akan ghaib seperti Pontianak dan Si Tora Harimau Jadian.

    Lelawadti Ismail (UiTM), Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
  4. Benar. Kalau Sinematek Malaysia tidak ditubuhkan sekarang, banyak lagi filem menarik akan pupus.
    Antaranya termasuk Ranjau Sepanjang Jalan, Anak Sarawak, Puteri Gunung Ledang dan Merong Mahawangsa.

    Dayang Maimunah, Kuching, Sarawak.

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya Finas sendiri yang bersusahpayah memberi idea kepada Kerajaan tentang penubuhan Sinematek Malaysia, bukannya Encik Mustafar A.R.
    Seniman dan Persatuan Pengeluar Filem (PFM) pula harus bertindak mendesak Finas mengwujudkan Sinematek Malaysia, jangan asyik bercakaran sesama sendiri kerana mahu merebut jawatan saja.
    KP Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, jangan abaikan cadangan Encik Mustafar ini yang kini sudah sampai masanya Sinematek Malaysia di tubuhkan.
    Kalau bukan sekarang, bila lagi?
    Sampai banyak filem kita pupus dan hilang, macam Pontianak dan Si Tora Harimau Jadian.

    - Kamaruzamman (UiTM), Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa ada baiknya En. Mustafar publishkan artikel ni ke ruangan forum Utusan Malaysia atau di ruangan seumpama di akhbar arus perdana lainnya supaya lebih ramai orang terdedah menimbukan kesedaran terhadap isu perfileman sebegini. Inshaallah harapan kita akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan diusahakan.
      Terima kasih, intrepid.

      Delete
  7. Pelakon zaman dahulu memang sentiasa evergreen. Mereka digelar dengan suatu gelaran yang tidak mungkin pelakon/penyanyi sekarang layak menerimanya iaitu gelaran seniman dan seniwati. Ingatlah, gelaran ini akan pupus sepenuhnya. Kadangkala saya berangan-angan bahawa Studio Jalan Ampas itu terletak di dalam Malaysia.

    ReplyDelete