Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
AHMAD SHABERY CHEEK
berkuasa mereformasikan FFM
"SEMERAH PADI"
tidak ada sebab tidak boleh dicolorkan
R.AZMI
buku biografinya patut diterbitkan
OMAR SUWITA
pergi untuk selama-lamanya
FILEM KLASIK MALAYSIA
AKAN MELABUHKAN TIRAI?___
Oleh Mustafar A.R.
Salam sejahtera peminat FK semua.
Ramai yang menghantar e-mail bertanyakan, kenapa saya tidak menupdatekan FK. Saya sakitkah, merajukkah dan ada apa-apakah.
Jawapan saya, masalah penglihatan mata dan tidak ada sebab-sebab lain. Pandangan saya kurang jelas kerana adanya selaput penutupi dikehitaman mata.
Zaini Yusop pula, sering dalam kekesebukan yang tidak putus-putus dan lagi dia tidak boleh berkarya sendirian, sudah semestinya harus mendapat bantuan saya.
Itu sebabnya update terbantut dua bulan, dan awal Jun barulah muncul yang terbaru apabila Zaini sudah dapat relak sedikit.
Pada 4 Julai (2013) ini, saya akan melakukan pembedahan mata, ertinya masuk kanta.
Jika berjaya, FK akan diteruskan, sekiranya gagal, akan ternoktah dan dijangka melabuhkan tirai buat selama-lamanya.
Mengikut fakta, "Festival Filem Malaysia" (keluaran 22 Jun 2013) merupakan artikel terakhir bersemadi di FKM yang telah saya wujudkan pada 12 April 2010.
Diharap pembedahan tersebut berjaya dan dapat dipulihkan pandangan mata saya seperti sediakala walaupun tidak 100% ok.
Seterusnya dapat berkhidmat memberi fakta yang tepat dan betul mengenai sejarah sinema Malaysia yang kini sangat merisaukan, lintang-pukang dan kelam-kabut - lebih banyak mitos berbanding fakta.
MEREKA PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA
2. Bulan Jun (2013) merupakan kesuraman sinema Malaysia apabila empat selebriti terkenal meninggalkan kita semua, pergi buat selama-lamanya - Yahya Sulong, Omar Suwita, S. Shamsuddin dan Latifah Omar.
Ramai yang mengenali mereka, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu, Omar Suwita pernah menjadi hero Rosnani dalam filem "Pawang" (arahan K.M. Basker) yang turut dibintangi oleh Haji Mahadi.
Daripada Allah mereka datang kepada Allah juga mereka pergi. Al-Fatihah.
MISTERI R. AZMI MULA TERUNGKAI
3. Artikel R. Azmi muncul di FK 2 Mei 2011, tetapi hanya mendapat 'feedback' sejak sebulan dua yang lalu, apabila Bugis Tinggi memberi info yang tidak ternilai harganya dan telah saya lakukan update.
R. Azmi begitu popular yang tidak ramai tahu mengenai perjalanan hidupnya, boleh dikatakan misteri, sedangkan filem dan lagunya sangat diminati ramai, malah disaat-saat menghampiri kematiannya dia berada dalam kesepian.
Oleh kerana ketokohannya, dan berasal dari Negeri Sembilan dan ada kaitannya dengan Haji Mahadi, saya berharap (dengan kerjasama Bugis Tinggi) dapat memahat dokumentasi (berbentuk buku) supaya generasi semalam, hari ini dan esok tidak melupakan jasanya dalam gelanggang filem dan lagu.
Seniman sepertinya, sememangnya sukar dicari ganti sama kehebatan P. Ramlee, tetapi dalam kontek yang berbeza.
MEREFORMASIKAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA
4. Sejak Festival Filem Malaysia (FFM) yang pertama sampailah ke-25, penganjurannya sentiasa menimbulkan masaalah dan kebisingan - rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.
Ini disebabkan pelaksanaannya tidak bersistematik yang menjadikan FFM setiap tahun berkesudahan dengan ketidakpuasan hati peserta-perserta yang bertanding, kecuali mereka yang berjaya meragut anugerah.
Setelah 25 kali penganjurannya, dirasakan satu reformasi patut dilakukan supaya lebih menarik dan lebih sempurna, mulai yang ke-26 dan berikutnya.
Dalam penilai dan kajian yang di buat (sejak pertama hingga ke-25), saya telah menulis satu artikel panjang yang telah dimuatkan dalam FKM keluaran 22 Jun 2013.
Ia memberi penekanan cara-cara untuk penyusunan semua FFM supaya lebih baik penganjuran ditahun-tahun akan datang bermula FFM26.
Artikel tersebut bolehlah dianggap sebagai KERTAS CADANGAN, dan saya akan mencetakannya dan satu dihantarkan kepada Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah, dan salinannya akan dihantar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, untuk tindakan selanjutnya.
Tidak semua cadangan tersebut harus diikuti, tetapi setidak-tidaknya boleh dijadikan rujukan, yang mana sudah tentu Ketua Pengarah Finas dan pegawai-pegawainya begitu sebuk dan tidak ada masa untuk memikirkan cara mana bagi memperbaiki penganjuran FFM.
"SEMERAH PADI" IN COLOR DITERUSKAN
5. PRU13 baru saja selesai, dan ini lebih memudahkan Aziz Singah & geng untuk meneruskan usaha mengcolorkan filem P. Ramlee, "Semerah Padi".
Pertemuan dan perbincangan dengan Finas dan kemungkinan juga dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, akan diadakan.
Satu 'force' dari rakyat Malaysia melalui Kerajaan Malaysia perlu bagi memenuhi impian P. Ramlee yang berhasrat mahukan filem arahannya dicolorkan tetapi semasa hayatnya tidak kesampaian.
Tidak ada sebab Shaw Brothers menolak "Semerah Padi" dicolorkan kerana kita bukan mahu mereka mengeluarkan perbelanjaan (bajet), cuma yang perlu hanyalah kebenaran dan mendapatkan 'mastercopy'nya.
Sebenarnya generasi Shaw Brothers tidak tahu, P.Ramlee merupakan salah seorang yang bertanggungjawab melebarkan sayap Shaw Brothers ke seluruh dunia, mereka kayaraya tetapi P. Ramlee (ketika pemergiannya) hidup dalam kedhaifan.
Apakah penolakan tersebut (jika masih kekal kedegilan mereka), merupakan cara terbaik untuk membalas budi P.Ramlee?
Diharap dengan adanya campurtangan Finas dan menteri (kerajaan) berkaitan, impian P. Ramlee mahukan filem arahannya dicolorkan akan terlaksana.
Kalau satu pun tak boleh, tak tahulah apa nak jadi dengan Shaw Brothers ni.
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
2. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA
3. SELAMAT PENGANTIN BARU
4. 10 FILEM HEBAT BOLLYWOOD
5. 10 FILEM TERBAIK INDONESIA
6. 5 TAHUN PEMERGIAN P. RAMLEE
7. SEKSI SELEBRITI INDONESIA
8. LATIFAH OMAR
9. GELORA

PENGUNJUNG FK SUDAH MELEBIHI SUKU JUTA___
Agak menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang ialah, kunjungan (hits) FKM sudah melebihi suku juta. Catatan pageviewnya pada jam 11.30 malam 30 Jun 2013 ialah 258,554.
Rekod catatan dalam sehari, sangat mengembirakan apabila pecah pada 11 Jun 2013 dengan hitnya 3,604.
Ini disebabkan kembalinya Latifah Omar menemui Tuhannya, dan ramai sekali membuat rujukan kepada artikel yang disiarkan oleh FK, 20 Mei 2013.
Sungguhpun kunjungan (dalam sehari) tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 700 hingga 900 sehari) sudah memadai.
Sesuailah, dengan kandungannya dalam bahasa Malaysia (sedikit dalam bahasa Inggeris) dan topiknya pula hanya segelintir saja yang berminat.
Apa pun, tujuan dan sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik iaitu hanya dalam jangka masa (bermula 12 April 2010, aktif 9 Mac 2011) lebih sedikit 3 tahun.
Artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, terus melonjak naik dan catatannya pada jam 11.30 malam 30 Jun 2013 sebanyak 20,056 pageviews, dan menduduki tempat pertama dalam senarai artikel popular FK.
Artikel "Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" (14 September 2012) menduduki tempat ke-2 dengan 13,912 pageviews, dan "Selamat Pengantin Baru" (6 Ogos 2012) berada ditempat ke-3 dengan 13,191 lihatbaca.
Agak menarik, sungguhpun sudah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 (setelah lebih 40 tahun), namun P.Ramlee tetap menjadi minat ramai.
Ini kerana artikelnya "5 Tahun Pemergian P. Ramlee" oleh Bahyah Mahmood (3 Oktober 2012) masih kekal dalam senarai artikel popular FKM dan menduduki tempat ke-6 dengan catatan 4,837.
MALAYSIA MASIH PERTAHANKAN KEDUDUKAN___
Malaysia, terus mempertahankan kedudukan di tempat pertama, menerima 193,963 lihatbaca, dan diikuti (kedua) Singapore dengan 16,605 pageviews.
Lihatbaca (pageviews), 8 negara terbaik, setakat jam 11.30 malam 30 Jun 2013 ialah;
1. Malaysia (128,434) - 193,963
2. Singapore (12,663) - 16,605
3. United States (5,417) - 8,632
4. Indonesia (4,771) - 7,907
5. Brunei (3,303) - 5,334
6. Russia (2,018) - 2,343
7. * Germany - 1,361
8. * United Kingdom - 1,021
@ Keseluruhan lihatbaca: (171,883) - 257,953
# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 11.30 malam 28 Februari 2013.
* Masuk ke dalam senarai melebihi satu ribu.
Lain-lain negara;
9. Philippines 10. Australia 11. Canada 12. Egypt 13. Saudi Arabia 14. Sweden 15. France 16. Belgium 17. Azerbaijan 18. India 19. Vietnam 20. Brazil
21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia 25. Croatia 26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman 30. United Arab Emirates
31. Italy 32. Belgium 33. Switzerland 34. Barbados 35. Uruguay 36. Spain 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherland 40. Ecuador
41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China
51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland
61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania
71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Romania 75. Burnika Faso 76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran
81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal
Negara baru;
90. Djibouti 91. Marcedonia
Ini bererti, 91 negara di dunia (termasuk Malaysia) sudah berkunjung ke blog FK - satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan.
Pada umumnya, negara yang sering berkunjung ke FK, selain Malaysia, ialah Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, United Kingdom dan Germany.
Pageviews kepada artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;
1. Pergimu Takkan Kembali (15,270) - 20,056
2. Seksi Selebriti Malaysia (5,505) - 13,912
3. Selamat Pengantin Baru (8,879) 13,191
4. Filem Bollywood Terhebat (4,269) - 6,737
5. Filem Indonesia Terbaik (3,020) - 6,178
6. Pemergian P.Ramlee - (1,776) - 4,837
7. * Seksi Selebriti Indonesia - 4,647
8. Latifah Omar (1,260) - 3,818
9. Gelora (1,733) - 3,215
10. Julie Faridah (1,620) - 1,816
# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 11.30 malam 28 Februari 2013.
* Baru masuk/masuk semula dalam senarai.
# Terkeluar senarai: Cecilia Cheung
Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;
Pertama: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)
Kedua: 2,841 pageviews (10 Jun 2013)
Ketiga: 1,876 lihatbaca (12 Jun 2013)
Followers (Pengikut);
Kini semakin bertambah menjadi 102 (pada 30 Jun 2013), dan yang menariknya pengikut ke-100 ialah. ダニアル. Tidak dapat dipastikan dia dari Malaysia atau luar Malaysia. Terima kasih kepada mereka yang baru menyertai antaranya; Abdul hamid al linggi, Toto Dasuarto, Muhammad Fais bin Jamil, Ahmad Mahfiz, Mihas58, libauk comev, Gilligivray Augustine, Minah Brutal, Farahanani Amhazali, ina azs, Yu Yun, xc sim dan Rafia Latif,
View my complete profile;
1,831 pageviews (28 Februari 2013)
2,157 lihat baca (30 Jun 2013)
# Akan diupdate sekiranya difikirkan perlu berbuat demikian.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan
P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film
SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.
Saya doakan pembedahan mata
ReplyDeleteEncik Mustafar berjaya,
supaya dapat meneruskan pengendalian fkm.
Jika tidak, tak taulah nak cakap apa.
Ini kerana keyakinan saya kepada fkm
memberi fakta tepat dan betul melebihi
blog-blog lain yang sama waktu dengannya.
Drp: EZZAH, Solaris Mont Kiara, K. Lumpur.
Sungguhpun keadaan mata agak kritikal,
Deletenamun setelah pembendahan dilakukan
ada sedikit pencerahan, dan membolehkan
pengendalian fkm ini dapat saya teruskan.
Terima kasih, Ezzah.
En. Mustafar ada facebokk tak?
ReplyDeleteTakda.
DeleteLagi pun, saya tak minat
dengan facebook ni.
Good reaading your post
ReplyDelete