"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, November 16, 2011


NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK


MAKLUMAT TEPAT ATAU MENAMBAH MENGELIRUKAN

ULASAN & KRITIKAN
Oleh Mustafar A.R.







PADA 10 November 2011, pagi-pagi lagi saya telah dikejutkan dengan kiriman satu bungkusan besar daripada Poslaju. Tergaman juga saya, kerana selama ini saya tidak pernah menerima bungkusan sebesar itu melalui Poslaju. Maklumlah menghantar bungkusan besar dengan Poslaju tentulah kosnya pun laju juga.

Dengan hati yang berdebar-debar, saya membukanya. Dan memang sudah saya jangkakan ia adalah buku. Buku apa? Buku Nostalgia Filem Melayu Klasik penerbitan bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Siapa hantar? Jangan mimpilah Kementerian Penerangan atau Finas yang hantar. Habis siapa? Insan biasa, peminat blog saya Filem Klasik Malaysia (FKM) yang menamakan dirinya (pendek saja), Ezza.

Apabila buku tersebut saya selak satu per satu kerana mahu meneliti sambil lalu terlebih dulu kandungannya, terjatuh sekeping kertas berwarna pink, surat dari Ezza.

Dalam surat itu tertulis,

Salam Encik Mustafar.
Nama saya Ezza.
Saya dah baca buku Nostalgia Filem Melayu Klasik ini.
Dan saya dapati kelamkabut dan banyak fakta silap lebih-lebih lagi ejaan tajuk filem.
Memandangkan Encik Mustafar orang yang saya fikir paling layak mengulas buku ini, itulah sebabnya ia sekarang berada di tangan Encik Mustafar.
Saya suka blog FKM yang Encik Mustafar kendalikan, dan saya harap Encik Mustafar mengulas buku ini secara jujur dan ikhlas supaya kita dapat kongsi bersama.
Sekian, terima kasih.
Daripada saya, Ezza.


Hhhmmm..... terima kasih Ezza. Harga buku berapa? Harga Poslaju berapa? Banyak duit?

Apabila buku Nostalgia Filem Melayu Klasik ini saya tatapi, memori saya berpatah balik ke belakang, flashback.

Ia pernah ditunjukkan oleh Ahmad Idris (Abi, suami Bahyah Mahmood) ketika saya berkunjung ke kedai bukunya (Pustaka Abi) dua tahun berlalu. Tetapi tidak saya hiraukan sangat kerana, ketika itu, saya sedang sebuk (bersama Aziz Sattar) menguruskan buku Filem-Filem P. Ramlee.

Saya hanya menatapi ala-kadar saja, kemudian saya terus melupakannya.

Tidak lama kemudian saya terbaca mengenainya dalam blog Anwardi Jamil, Anak Wayang.

Dalam bahasa Inggeris, Anwardi tidak puashati dengan kandungannya kerana ayahnya, Jamil Sulong, dan beberapa orang lagi tidak terdapat dalam buku tersebut yang semistinya tidak patut ditinggalkan.

Apa yang dirungutkan oleh Anwardi itu berasas (bukan kerana Jamil Sulung itu ayahnya), tetapi Jamil Sulong misti dimasukkan kerana peranannya dalam dunia filem Melayu sangat besar.

Anwardi juga menunjukkan beberapa kesilapan dan membuat pembetulan.

Untuk mengetahui apa yang ditulis oleh Anwardi, dibawah saya siarkan semula tulisnya itu, dengan membuat sedikit perubahan.

TULISAN ANWARDI DALAM ANAK WAYANG___

Sometimes I really wonder what the role of Finas is in developing our industry and also to 'martabatkan' our own film history. I have always been accused of being too hard on Finas - always trying to find fault with this institution.

I really don't care. If I see them not doing their work for the betterment of our film industry, I voice out. Like how I am voicing out now.

Recently, Finas published a book called Nostalgia Filem Melayu Klasik, authored by Johari Shariff and Ubaidullah Mustaffa. It was launched in conjunction with Hari Seniman 2009.

Now there's a few factual mistakes in the book. Firstly, Haji Mahadi is mentioned as the first Malay director in 1952 for Permata Di-Perlimbahan. Unfortunately there is no mention that the film was completed by A.R. Tompel as Haji Mahadi was taken of the director's seat for reasons not recorded.

A minor mistake, but still a mistake was the mention that P. Ramlee was the person responsible in completing Sergeant Hassan. It mentions that Lamberto V. Avellana, legendary Filipino director, couldn't complete the movie and the directorial duties were taken over by P. Ramlee. Nevertheless, the director's credit was still given to Avellana.

The fact is Avellana did complete the film but had to leave the movie at the end of the shoot and allowed P. Ramlee to director some one or two pick up scenes. P. Ramlee did not 'ambil alih' the director's seat.

Such sweeping statements in a book like these shouldn't happen. Give Avellana his due. He made what Sergeant Hassan is, not P. Ramlee. Yes, P. Ramlee gave a great actor's performance, but he did not direct the movie.

Secondly, the book is about filem Melayu klasik. It mentions Nora Zain Ajen Wanita 001 as a Malay movie when is was not. It was actually shot after Jefri Zain Dalam Gerak Kilat was completed though somehow its production date was stated as 1965 and Gerak Kilat's as 1966.

Gerak Kilat introduced Jefri Zain which was a box office hit which allowed Nora Zain (the name was chosen to piggy back on Jefri Zain's success) to be produced together with Gerak Kilat's sequels Bayangan Ajal and Jurang Bahaya.

Nora Zain Ajen Wanita 001 is a Hong Kong movie as were Bayang Ajal and Jurang Bahaya. All were directed by Hongkong legendary director Lo Wei, and the movies were all actually Hong Kong movies with all scenes shot twice to re-shoot the scenes with the Malay cast and released as a Malay movie in Malaysia and Singapore. Whatever it is, Nora Zain Ajen Wanita 001 cannot be included as a Malay film classic.

Now, in the book there's a section of legends of the Malay movie screens - actors, actresses and directors. These include legends like Jins Shamsudin, Salleh Kamil, Noordin Ahmad, Rosnani, Latiffah Omar, Sarimah and many others.

Directors include S. Kadarisman, Omar Rojik and Noordin Ahmad. However, missing were my father Jamil Sulong, Salleh Ghani, S. Sudarmaji and Hussain Haniff.

How these four legends were left out is beyond comprehension. Maybe Johari Shariff, Ubaidullah Mustaffa and Finas think my father is a lesser person in our film history than even Kemat Hassan and Ali Rahman. That takes the cake.

Itulah komen Anwardi (pedas juga, rasanya) yang saya anggap patut diambil perhatian serius oleh Kementerian Penerangan dan Finas.

Saya meminta maaf kepada Anwardi kerana merembat tulisannya yang terdapat dalam blog Anak Wayang tanpa izin, dengan melakukan sedikit penambahan dan pembetulan.

MASIH RELEVAN DIPERTIKAIKAN____

Ezza telah melakukan sesuatu yang betul apabila menghantarkan buku Nostalgia Filem Melayu Klasik kepada saya. Kalau tidak saya tidak tahu, betapa banyaknya kesilapan berlaku.

Buku ini boleh dianggap berharga, apatah lagi ia diiringi dengan kata-kata aluan oleh Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Namun selepas membaca keseluruhan kandungannya, saya menggeleng-gelengkan kepala dan menepuk dahi.

Sungguhpun buku ini sudah lama diterbitkan (2009), tetapi masih relevan diperkata, didebat dan dipertikaikan.

Persoalan yang timbul, bagaimana Kementerian Penerangan dan Finas boleh menerbitkan satu buku yang kandungannya kelamkabut (seperti yang dikatakan oleh Ezza, saya juga bersetuju), dengan begitu banyak fakta salah dan tidak tepat yang sudah pasti akan mengelirukan pembaca.

Lebih malang, buku ini diterbitkan Sempena Hari Seniman 2009, dan tidak patut Kementerian Penerangan dan Finas mempersembahkan satu buku yang kandungannya tidak menepati kualiti dan tidak boleh membantu memberi informasi atau maklumat yang tepat dan betul.

Sayang sekali, kualiti buku high class tetapi kandungannya low class.

Tentu sekali kos percetakannya mahal, tetapi tidak berbaloi dengan kandungan yang tidak mencapai taraf profesional dan diterbitkan oleh dua ajensi Kerajaan yang penting, Kementerian Penerangan dan Finas.

Saya bukan mahu menghina sesiapa, tetapi mereka yang terlibat mencari kehinaan. Tidak melakukan tanggungjawab sepatutnya, dan menerbitkannya secara membabi buta, sambil lewa dan cincai.

Apabila saya teliti secara mendalam, saya dapati penulisnya, Johari Shariff dan Ubaidullah Mustaffa, tidak membuat penyelidikan, mereka hanya sekadar menyusun semula apa yang ada daripada buku-buku filem yang sudah tersedia ada.

Antaranya Kaca Permata (Jamil Sulong), Memoir Hamzah Hussin (Hamzah Hussin), Sejarah Filem Melayu (Salleh Ghani), Eksploitasi Terhadap Bintang Filem (Zulkifli Ahmad), Layar Perak Dan Sejarahnya (M. Amin & Wahba), Singapore Cinema (Raphael Millet) dan banyak lagi.

Bagi saya, dan setelah saya baca boleh dikatakan kesemuanya, buku-buku yang dijadi rujukan (bibliografi) itu, mengandungi banyak fakta yang salah dan tidak tepat.

Tidak usah bicarakan yang lain-lain, ambil saja contoh Singapore Cinema yang ditulis oleh Raphael Millet. Dia pun juga banyak melakukan kesilapan.

Saya beranggapan, satu penyusunan semula secara mega (dengan kajian mendalam) perlu dilaksanakan sekiranya, saya ulangi sekiranya, Kementerian Penerangan dan Finas mahukan satu buku sejarah filem Malaysia yang jitu dan first class.

Ini kerana, buku-buku yang menyentuh sejarah filem Malaysia yang sudah diterbitkan, tidak boleh pakai. Jika terus digunakan, ia akan terus mengundang kesilapan yang tidak ada penghujungnya.

Jika ia menjadi rujukan terutama dikalangan pelajar-pelajar pengajian tinggi dan peminat-peminat filem Melayu lama (kini dan masa akan datang), selagi itulah segala kesalahan dan kesilapan tetap bermaharajalela.

Contoh terbaik, apabila buku Eksploitasi Terhadap Bintang Filem tersalah cetak tertulis "Menyerah" filem lakonan P.Ramlee (sememangnya salah), semua ikut termasuk buku dan cover vcd dan dvd tanpa mengkaji betul atau tidak.

Jadi, salahlah sepanjang masa.

Sekarang mari saya tunjukkan kesalahan dan kesilapan fakta yang berlaku. Ia terlalu banyak, dan saya hanya sentuh yang mana saya fikirkan perlu saja. Kalau disentuh semuanya akan memakan masa dan tulisannya sudah tentulah menjela-jela.

YANG BAIK PATUT DIPUJI___

Bagaimanapun, saya puji dulu.

Pertama, Artwork (grafik) dan kertas, berkualiti dan menarik.

Kedua, poster filem warnawarni (19 semuanya) cantik dan clear terutama "Jembatan Maut" (dalam filem ejaannya "Jambatan Maut").

Yang baik, patut dipuji. Yang tidak baik, terpaksalah dikeji. Ini dilakukan supaya pihak yang bertanggungjawab (pada masa akan datang) beringat-ingat. Jangan main hentam keromo saja.








Semua iklan di atas dipetik dari akhbar The Straits Times melalui laman web Perpustakaan Negara Singapura


EJAAN TAJUK FILEM YANG BERCELARU___

Baiklah, apa yang saya sangat-sangat kesalkan, ejaan tajuk filem yang bercelaru, tidak mengikut ejaan yang sebenarnya (original) yang terdapat dalam filem.

Dalam buku ini lintang pukang. Ada ejaan baru, ada ejaan lama. Ada juga satu filem ejaan tajuknya berbeza-beza.

Contohnya terlalu banyak, saya ambil yang terdaya saja.

* Noor Asmara bukan Nur Asmara.

* Shorga Dunia bukan Syorga Dunia.

* Aladdin bukan Aladin.

* Anjoran Nasib bukan Anjuran Nasib.

* Permata Di-Perlimbahan bukan Permata di Perlimbahan

* Raja Sahari bukan Raja Sehari.

* Ayer Mata bukan Air Mata.

* Sangsara bukan Sengsara.

* Siapa Salah? bukan Siapa Salah.

* Adek Ku bukan Adek-Ku

* Keadilan Ilahi bukan Keadilan Illahi.

* Anak-Ku Sazali bukan Anakku Sazali.

* Ramlee Ramlah bukan Ramli Ramlah.

* Buloh Perindu bukan Buluh Perindu

* Mega Mendong bukan Mega Mendung.

* Seniati bukan Seniyati atau Seniwati.

* Menantoe Doerhaka bukan Menantu Durhaka.

* Leila Majnun (terbitan tahun 1934) bukan Laila Majnun.

* Hanchor Hati bukan Hanchur Hati.

* Toping Saitan bukan Topeng Syaitan.

* Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang bukan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

* Bunga Tanjong bukan Bunga Tanjung.

* Satu Titek Di Garisan bukan Satu Titik Garisan

Pada pendapat saya, kalau mahu membukukan mengenai sejarah filem Melayu fakta misti tepat dan betul. Kalau tajuknya sudah lari dari ejaan asal, itu bukan lagi fakta namanya. Ini dengan sendirinya, tidak tepat dan tidak betul. Ertinya, tidak boleh diterima.

Yang menghairankan saya, sudah jelas terpampang di poster tajuknya Tun Tijah tetapi masih di tulis Tun Teja. Begitu juga Ibu Mertua Ku (Ibu Mertuaku), Sri Mersing (Seri Mersing), Anak Buloh Betong (Anak Buluh Betong) dan Melanchong Ka Tokyo (Melanchong Ke Tokyo).

Terdapat juga filem yang ejaan tajuknya (menggunakan dua ejaan), Bunga Tanjung (ada juga Bunga Tanjong), Shorga Dunia (Syorga Dunia), Yatim Mustapha (Yatim Mustaffa) dan Seniati (Seniyati). Ini menambahkan kecelaruan, mana satu ejaan yang mahu digunakan.

Ruzita Alias selaku editor yang sepatutnya memperbetulkan kepincangan yang ada, saya kira, tidak begitu mendalam pengetahuannya tentang filem-filem Melayu lama.

Di muka 158 atas tajuk S. Kadarisman ada tertulis, Filem pertamanya berjudul Menantu Durhaka bersama D. Harris, Yusoff Banjar, Daeng Idris dan Ismail Kassim. Malangnya filem itu tidak ditayangkan di Malaya.

Ini tidak tepat dan tidak betul. Filem tersebut tidak menggunakan ejaan Menantu Durhaka tetapi Menantoe Doerhaka (ejaan Indonesia ketika itu) kerana pengeluarnya, Tan & Wong Film Company, dari Indonesia.

Menantoe Doerhaka pernah ditayangkan di Malaya (Singapura) selama lima hari bermula 30 Mac 1946 di panggung wayang Queens, Geylang, Singapura (pada masa itu dalam Malaya).

Tidak diketahui, samada benar S. Kadarisman, D. Harris, Yusoff Banjar, Daeng Idris dan Ismail Kassim turut berlakon dalam filem tersebut (kalau ada pun mungkin sebagai pelakon pembantu) kerana bintang utamanya, Mochtar dan Asmara Jaya dari Indonesia.



Jamil Sulong


Hussain Haniff


Mat Sentol


A. Bakar Ali


Abdullah Chik


Siti Tg. Perak


A.R. Tompel

PERMATA YANG HILANG___

Dalam Bahagian Permata Di Layar Perak, tidak sepatutnya disusun mengikut abjad. Apa yang patut dibuat mengikut populariti seseorang pelakon atau di kategorikan - pengarah filem, hero, heroine, pelakon pembantu, pelawak dan sebagainya, supaya kelihatan lebih kemas, lebih tersusun.

Contohnya hero. Mengikut apa yang ada. S. Roomai Noor patut di ke depankan bukannya Ahmad Daud. Ini kerana kalau mengikut senioriti Ahmad Daud jauh terbelakang.

Kemudian barulah diikuti, P. Ramlee, Osman Gumanti, Yusof Latiff, Ahmad Mahmood, Noordin Ahmad, Mustapha Maarof, Aziz Jaafar, Jins Shamsudin dan seterusnya.

Ada juga permata yang hilang. Mana perginya Abdullah Chik?

Heroine pula, yang patut di dahulukan Siput Serawak, kemudian disusuli Kasma Booty, Mariam, Neng Yatimah, Maria Menado, Rokiah, Sa'adiah, Rosnani, Normadiah, Latiffah Omar, Sarimah, Saloma, Salmah Ahmad, Hashimah Yon, Rose Yatimah, Noor Azizah dan seterusnya.

Sesudah itu, barulah di susun yang lain-lain seperti Haji Mahadi, Omar Rojik, S. Kadarisman, Aziz Sattar, Daeng Idris, Ibrahim Pendek, Salleh Kamil, Shariff Medan dan seterusnya.

Sebenarnya, banyak permata yang hilang. Maknanya buku ini tidak lengkap. Dua penulis dan editor tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Yang mana patut ada, tidak ada. Yang mana patut tidak ada, ada.

Tidak hairanlah kenapa Anwardi merunggut, bukan saja kerana ketiadaan ayahnya Jamil Sulong, tetapi juga kehilangan Salleh Ghani, Hussain Haniff dan S. Sudarmaji yang sepatutnya misti ada.

Bukan saja Anwardi bertindak begitu, saya pun sepertinya juga.

Terlalu ramai permata yang hilang dari buku ini antaranya (selain Abdullah Chik), A.R. Tompel, Mat Sentol, A. Rahim, Mahmud Jun, Ahmad Nisfu, Fatimah Ahmad, R. Azmi (walaupun filemnya sedikit tetapi sumbangannya bagaikan permata), A. Bakar Ali (jurugambar), Siti Tg. Perak dan ramai lagi.

Kelemahan lain di bahagian ini, penyenaraian filem setiap permata (mengikut pengiktirafan buku ini) tidak tersusun dengan sempurna.

Ada pula, yang ada. Ada pula yang tidak ada. Lebih buruk lagi kedudukan tahunnya lintang pukang, yang patut di atas ke bawah, yang patut di bawah ke atas.

Antara yang tidak ada (senarai filem), Ahmad Daud, Mariani, Rokiah Wandah, Rosnani, Sa'adiah, Sarimah, Shariff Dol, Udo Omar dan Zaharah Agus.

Biografi ringkas yang tercatat pun tidak sebaik yang diharapkan.

Di muka 160, terdapat antara filem lakonan S. Kadarisman.

Bermula "Perkahwinan Rahsia" hingga "Dian", tidak ada tahun dikeluarkan atau mula ditayangkan. Ini menunjukkan dua penulis dan editor tidak membuat penyelidikan mendalam. Satu kelemahan yang tidak patut berlaku.

Sudah pastikah mereka, "Perkahwinan Rahsia", "Norma", "Chinta Murni" dan "Sehati Serasa" diarahkan oleh Armaya (A.R. Tompel).

Mengikut credit title "Perkahwinan Rahsia" (satu-satu filem Nusantara Film yang yang masih ada) pengarahnya Hsu Chiao Meng bukannya Armaya. A.R. Tompel hanya sebagai penolong pengarah saja.

Oleh yang demikian, filem-filem lain (yang dikatakan arahan Armaya) kedudukannya meragukan. Untuk memperolehi bukti dari filem-filemnya agak sukar kerana semuanya sudah hilang.

Sebaik-baik bukti, adalah filem asalnya. Bukan sekadar bergantung kepada majalah dan akhbar saja.

LAIN-LAIN KESILAPAN___

* Di muka 183, ejaan Sipot Sarawak terlalu jarang digunakan. Selalu dipakai Siput Serawak atau Siput Sarawak.

* Di muka 67, peranan Ali Rahman dalam "Si Tora Harimau Jadian" sebagai Dr. Abu Bakar bukan Inspekter Polis (OCPD) yang dilakonkan oleh Yusof Surya.

* Di muka 76, "Satu Titek Di Garisan" (bukannya "Satu Titik Garisan") keluaran Cathay Keris Film bukan MFP Jalan Ampas.

* Di muka 104, Latiffah Omar tidak berlakon dalam "Orang Minyak". Heroine filem yang diarahkan oleh L. Krishnan ini, Salmah Ahmad.

* Di muka 118, "Dewi Murni" bukannya "Murni".

* Di muka 120, "Seal Of Solomon" (Azimat) bukan filem Filipina tetapi filem Malaysia. Hanya hero dan heroine saja dari Filipina, Pancho Magalona dan Tita Duran.

* Di muka 128, Siti Tg. Perak berperanan sebagai ibu tiri (kepada Neng Yatimah) yang garang bukan sebagai ibu mertua.

* Di muka 132, "Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh" bukan "Kalau Berpaut Di Dahan".

* Di muka 162, filem arahan pertama S. Roomai Noor, "Adam" bukan "Azan".

* Di muka 164, tidak ada filem bertajuk "Pembunuhan Dalam Gelap". Tajuk tersebut diubah menjadi "Sumpitan Rachun" dan bukan pula arahan S. Roomai Noor tetapi L. Krishnan.

* Di muka 191, Wahid Satay tidak pernah dianugerahkan dengan anugerah pelakon lelaki. Yang sebenarnya, anugerah khas (veteran lelaki) di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21), 2008. Dan, "Che Mamat Parang Tumpol" lakonannya menerima anugerah komidi terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Manila (1961).

* Di muka 197, "Angin Berpesan" arahan Nas Achnas bukan keluaran Nusantara Film tetapi dikeluarkan oleh United Film Company dan diedarkan oleh South-East Asia Film Company.



Dari kiri, Maimunah Alias, Shariff Kailani, Mahyidin Mustakim (bekas Ketua Pengarah Finas), Ruzita Alias, Zulkifli Wahab, Rashidah Busrah dan Aziz Ahmad Shatar

APA KOMEN ANDA?___

Akhir sekali, anda lihat foto di atas, kemudian baca komen Anwardi seperti yang tercatat di bawah. Kalau anda mahu komen, komenlah.

Kalau disuruh saya komen. Jawabnya, "no comment".

Kalau tak faham bahasa Inggeris, suruh Goole Translate terjemahkan.

But however, what really made me nauseous was that such a book like this, an attempt at being intellectual and informative, had a photo in the final pages of the Finas staff and the Director General in a rather stupid pose.

Finas staff involved in publishing the book pose like 60s entertainers complete with Vespas. The Director-General Mahyudin Mustkim, third from left, justifies his position in Finas by posing in this photo.

What was on their mind when they posed for the book? Do they think they are celebrities? Are they movie star wannabes? I don't know.

Just imagine, a book on our Parliamentary history and in the final page Najib and his team pose like how these Finas people posed.

It truly shows the insipid mentality of the people responsible for the development of our film industry.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.

15 comments:

  1. Setuju, kecelaruan fakta sering berlaku akibat dangkalnya kajian yang dibuat.. fakta dan sejarah x boleh diubah.. melainkan ia akan menjadi mitos.. sure kita x mahu generasi akan datang akan mengatakan sejarah kegemilangan filem Melayu sebagai mitos.. kebertanggungjawaban dalam menyampaikan kebenaran adalah perlu.. kalau tak, rosak la sejarah.. hilang integriti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra zaharudeen harun
      kerana bersetuju dengan saya.

      Delete
  2. assalmmuaklaikum..
    maka saya hendak bertanya siapa yang sebenarnya layak untuk menjadi pengarah filem melayu yang pertama...Hj Mahdi atau AR.Tompel

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapannya,
      haji mahadi.
      ini kerana dia anak malaysia,
      lahir di kg. merbuk, negeri sembilan.
      a.r. tompel bukan anak malaysia,
      dia lahir di tanjung balai, sumatera.
      5 anak malaysia sebagai pengarah, mengikut susunan, ialah:
      ke-1 haji mahadi (negeri sembilan)
      ke-2 p. ramlee (pulau pinang)
      ke-3 s. roomai noor (pahang)
      ke-4 jamil sulong (johor)
      ke-5 omar rojik (kedah)

      Delete
    2. saya tambah...
      6. salleh ghani (johor)
      7. m. amin (perak)
      8. mat sentol (johor)
      9. jins shamsudin (perak)

      -- shahrum, shah alam, sel.

      Delete
  3. sebagai peminat filem melayu, saya merasakan buku nostalgia filem melayu klasik sedikit sebanyak dapat mengembalikan ingatan peminat kepada perkembangan mengenai filem melayu dahulu. ini terbukti poster2 serta gambar yang terdapat dalam buku nostalgia ini cukup menarik krna sukar untuk diperolehi. kesilapan yang terdapat di dalam buku nostalgia filem melayu tidak boleh dianggap sebagai kesilapan yang begitu besar. Kerana bagi saya tidak ada satu buku pun mengenai sejarah filem melayu yang sediaada mengandungi maklumat yang tepat. Sekurang-kurangnya saya berasa bangga dapat perolehi buku ini kerana pengisiannya amat berbeza dengan buku2 yang lain. Saya beranggapan penulis buku ini mempunyai niat yang baik. Terpulanglah kepada mereka2 untuk menilaikan buku ini. Bagi saya kesempurnaan itu hanya bagi Allah jua. Kini saya menunggu buku yang lengkap dengan fakta yang tepat dari tuan . Saya tunggu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. beginilah.
      sebagai contoh.
      pengkritik filem,
      mengkritik filem dengan
      menyatakan itu tak betul,
      ini silap, itu salah, ini ok.
      kemudian disuruh dia mengarah filem.
      cara itu saya anggap sudah tak betul.
      sama juga, dengan kritik2 yang saya
      lakukan terhadap kesilapan fakta2
      dengan harapan dapat diperbetulkan
      dan diperbaiki di masa2 mendatang.
      bukannya menyuruh saya menulis buku
      yang lengkap dengan fakta2 yang tepat.
      kalau sdra anonymous menyatakan
      kesempurnaan itu hanya bagi allah.
      saya kalah, sdra menang.
      dan terpaksalah saya memikirkan
      samaada saya patut meneruskan
      blog fkm ini atau pun menutupnya.

      Delete
  4. Sewajarnya FINAS perlu lebih teliti.. Filem Klasik Malaysia adalah sebahagian daripada arkib sejarah negara kita.. perubahan hatta sedikitpun mampu menurunkan taraf sejarah kepada mitos. Fakta perlu dikemukakan dengan tepat agar kredibiliti buku yang ingin diterbitkan tidak tercemar atau dipertikaikan.. dalam menghuraikan sejarah filem secara intelektual, penulis perlu bersifat intelektual.. bukan kolektual yang hanya pandai mengutip, potong & tampal hanya untuk mewujudkan sebuah 'buku baru' yang mutu isinya sebelum ini pernah diterbitkan tidak diteliti dan tidak diperbaiki.. bagi saya, Anwardi tidak memberi komen sebagai anak Jamil Sulong tetapi sebagai individu yang mengambilberat terhadap ketepatan fakta-fakta sejarah perfileman Melayu.. Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdra zaharudeen.
      saya harap sdra turut membantu saya
      (setakat ini saya seorang saja bersuara)
      bagi mencelekkan mata penulis2 buku filem supaya jangan sekadar tangkap muat saja, seperti kata sdra, potong & tampal saja.
      buatlah kajian yang mendalam & cermat.
      kalau tidak malanglah nasib sejarah filem kita.
      saya rasa sdra masih muda dan kedudukan jawatan pun agak baik juga.
      kerana itu marilah kita sama2 memperbaiki
      kedudukan (buku) sejarah filem malaysia
      ke landasan yang betul dan menepati fakta.
      kini, keadaannya sangat teruk tak payahlah saya terangkan lagi.
      sdra sendiri pun tahu, kan.

      Delete
  5. SAUDARA MUSTAFAR A.R.
    Lumrah sekarang ni CUT PASTE.
    Budak2 Universiti sekarang pun CUT PASTE.
    Yang buat PHD pun segelintir macam tu. FAKTA.

    ReplyDelete
  6. Ini yang sudah orang kita. Bila kita tegur, KESEMPURNAAN ITU HANYA ALLAH. Jadi kita cincai2 sajalah. Kerja cincai2.

    ReplyDelete
  7. Tiga buku sudah dikritik
    hebat oleh Mustafar A.R.
    dengan memgemukakan bukti.
    Justeru itu, apakah buku-buku ini;
    1. Nostalgia Filem Melayu Klasik
    2. Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni
    dan
    3. Jejak Terbilang
    sudah diperbetulkan oleh Finas
    atau, diam begitu saja dan terus dijual?
    Saya kira, Finas adalah egensi Kerajaan
    dan segala kepincangan dalam penerbitan
    buku, bererti membazir duit rakyat
    serta menjejas intergriti Finas itu sendiri.

    - HARUN HASSAN, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
  8. Syed Osman AlsagoffAugust 13, 2013 at 3:03 PM

    Pembetulan fakta sangat penting bagi memastikan sejarah tidak terpesong. Ini diguna-pakai oleh genarasi mendatang. Usaha memperbaiki kesilapan fakta juga perlukan penelitian, kajian dan masa yang panjang dikorbankan. Berebeza usaha individu yg bergaji dgn individu yg minat (passion). Syabas tuan Saudara Mustafa A.R., sangat berbaloi di hujungnya. Blog tuan adalah anatara blog yang sering saya kunjungi bagi mendapatkan informasi dalam kajian saya sendiri (Singapura).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Singapura tentu banyak tahu
      tentang hal-hal filem Melayu lama.
      Sekiranya Syed Osman Alsagoff merasakan
      ada sesuatu yang perlu dikongsikan
      bersama silalah berbuat demikian.
      Ini bagi memantapkan lagi blog FKM.
      Dan, sama-sama kita mendapat manfaatnya.

      Delete