GABUNGKAN RAMAI PELAKON TERKENAL
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai
# LIHAT DAN BACALAH___
* AZIZ SATTAR * KASSIM MASDOR * AHMAD MAHMOOD * AIMI JARR
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * MUTIARA DARI MALAYA
* CHEMBURU * DEWI MURNI * LAIN JALAN KA-SHORGA
* CINTA DAN LAGU * RAFEAH BUANG * SUDIRMAN * CECILIA CHEUNG * CHARITO SOLIS * DEV ANAND * BRAVADOS
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON * RASHOMON
* SUMPAH ORANG MINYAK * HANG JEBAT * GELORA
* Original, seperti tercatat di credit title
* Tahun ditayangkan: 1966 (26 Mac)
* Masa tayangan (lebih kurang): 1 jam 45 minit
NORMADIAH & ED OSMERA
AHMAD NISFU & SHARIFF DOL
TARIAN TERLALU PANJANG MENGALAHKAN FILEM BOLLYWOOD
S.KADARISMAN, SHARIFF DOL & AHMAD MAHMUD
UDO OMAR (KANAN), NAMANYA TIDAK TERCATAT DI CREDIT TITLE
ED OSMERA BERLATARBELAKANGKAN KALIMAH "ALLAH"
SINOPSIS___
Istana Inderaputera: Tengku Permaisuri mangkat. Ini membuatkan Baginda Sultan berdukacita hingga kesihatan Baginda terganggu. Dan kerana ada udang disebalik batu, isteri kedua Baginda mengambilalih merawat Baginda dari dayang-dayang istana, sehinggalah kesihatan Baginda pulih seperti sediakala.
Disebabkan sudah termakan budi, Baginda Sultan sedia menunaikan permintaan isteri mudanya itu. Apa saja. Bagaimanapun, Baginda tersentak apabila permintaan yang dipohon, lucutkan jawatan Tengku Andalas sebagai Putera Mahkota, gantikan dengan anakandanya, Tengku Teruna Jaya.
Kerana sudah terlajak kata, Baginda Sultan telah memberitahu Tengku Andalas, yang mana dipersetujuinya dan sedia diturunkan pangkat daripada Putera Mahkota kepada jawatan sekadar Temenggung saja.
Isteri muda Sultan, bukan saja mahukan anakandanya menjadi Putera Mahkota, lebih dari. Sesudah disingkir dari Istana besar, disuruh pula orang-orangnya membunuh Temenggung. Jasadnya dibuang ke dalam sungai.
Pembunuhan Tengku Andalas, menyebabkan Baginda Sultan terkejut lalu meninggal dunia, dan sebagai ganti Tengku Teruna Jaya ditabalkan sebagai Sultan, walaupun (atas desakan ibundanya) begitu berat hatinya untuk menerima.
Akhirnya, perbuatan ibunda Sultan (kini bergelar Tengku Permaisuri) terbongkar, apabila orang suruhannya (Nadim) yang disuruh membunuh Tengku Andalas, mendedahkan segala-galanya perbuatan jahat Tengku Permaisuri.
Dengan pertimbangan yang adil dan saksama, Baginda Sultan menghukum ibundanya itu, dipenjarakan sebelum hukuman muktamat dilaksanakan.
MEMBERI HUTANG
Desan Kiban: Kedamaian Desa Kiban terganggu apabila Labu dan Kundur menemui seorang lelaki tersangkut disebatang kayu di dalam sungai. Masih hidup, dia dirawat oleh keluarga Wak, hingga sembuh.
Dalam pada itu, lintah darat, Tedung, menindas orang-orang kampung dengan memberi hutang. Dia akan membeli hasil tanaman orang-orang kampung dengan murah jika tidak dibayar pada masa yang ditetapkan segala harta mereka dirampas.
Apabila mengadu kepada Wak, dengan cadangan orang muda (Tengku Andalas), orang-orang kampung diminta bergotong-royong dan tidak menjual hasil tanaman mereka kepada Tedung. Orang-orang kampung bersetuju, dan akhirnya rancangan berjaya, yang mana ini sangat memarahkan Tedung.
Kemarahan Tedung semakin meluap-luap, apabila dia mengalami kerugian, peminangannya (Sri Mayang) ditolak, dan tambah menyakitkan hatinya apabila Tengku Andalas berkahwin pula dengan Sri Mayang.
Tedung membuat angkara dan hura-hara. Dia menguggut ibu Melor meracuni Sri Mayang yang sedang mengandung, jika tidak anaknya, Melor, akan dibunuh dan pondok tempat mereka tinggal dibakar. Bagaimanapun, dalam pertarungannya dengan Mumbang, dia tewas, mati.
Setelah Desa Kiban kembali aman, Tengku Andalas menduduki takhta Kerajaa Inderaputera sebagai Sultan, apabila Tengku Teruna Jaya menyerahkannya dengan seikhlas hati, disamping Baginda dan Sri Mayang memperolehi cahayamata, seorang Puteri.
MALIK SUTAN MUDA, AHMAD MAHMUD, AZIZ JAAFAR & AMIRRUDDIN KADARISMAN
MALIK SUTAN MUDA, SAAMAH, SARIMAH, AZIZ JAAFAR & AHMAD MAHMUD
SALLEH KAMIL & ALI FIJI
S.KADARISMAN GEMBIRA APABILA DIDAPATINYA AHMAD MAHMUD MASIH HIDUP
NOR AZIZAH SEBAGAI MELOR
SALLEH KAMIL & NOR AZIZAH
PERTARUNGAN HEBAT ANTARA AZIZ JAAFAR & SALLEH KAMIL
AZIZ JAAFAR, MALIK SUTAN MUDA, AMIRRUDDIN KADARISMAN
& IBRAHIM PENDEK
ULASAN & KRITIKAN
Oleh Mustafar A.R.___
AGAK lama juga saya tidak menonton filem "Sri Andalas" ini. Keinginan melihatnya kembali, apabila saya membuat kertaskerja Tribute... untuk memberi penghargaan kepada bekas wartawan hiburan, Bahyah Mahmood.
Bahyah Mahmood turut membintangi filem ini sebagai pelakon pembantu, ada dialog. Peranannya sebagai Manis.
Tribute... diberikan kepada Bahyah Mahmood, kerana sumbangannya begitu besar terhadap alam persuratkhabaran dan sedikit penghasilan karya seni - filem, musik, skrip, lirik lagu dan drama pentas, disamping bergiat cergas dalam berpersatuan.
Bahyah Mahmood merupakan, salah seseorang angguta panel juri persatuan Seniman, yang bertanggungjawab memberi anugerah Seniman Agung kepada P.Ramlee dan Biduan Negara untuk Saloma.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas, 1991-1993, dan merupakan salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia yang dianjurkan oleh Eja pada tahun 1980.
Diharap Tribute... Bahyah Mahmood yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Dan Artis Malaysia (WARTISMA) akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 23 Ogos depan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Inilah filem pertama diarahkan oleh S.Kadarisman, dan merupakan yang kelima anak Melayu diangkat sebagai pengarah di MFP sesudah Haji Mahadi, P.Ramlee, Jamil Sulong dan Omar Rojik.
Agak malang, lahirnya filem ini, ketika studio MFP Jalan Ampas, sudah sampai ke penghujungnya, dalam tenat, akan ditutup dan tidak mengeluarkan filem lagi.
Dalam perkiraan saya, kekuatan filem ini, banyak bergantung kepada begitu ramai pelakon handalan (terkenal) digabungkan.
Adanya Ahmad Mahmud, Sarimah, Aziz Jaafar, Nor Azizah, S.Kadarisman, Normadiah, Salleh Kamil dan Ed Osmera sudah cukup daya tarikannya untuk peminat-peminat filem Melayu datang menonton ke panggung wayang.
Ditambah pula dengan kehadiran, Malik Sutan Muda, Sa'amah, Ahmad Nisfu, Shariff Dol, M.Raffee, Omar Suwita, Ali Fiji, Ibrahim Hassan, Hashim Salleh dan Ibrahim Pendek.
Udo Omar dan Zainon Fiji turut berperanan, ada dialog, tapi nama mereka tidak tercatat langsung di credit title. Pasal apa, ya?
Sebagai penghasilan sulong, filem ini tidak mengecewakan. Bercorak drama purba, sememangnya sudah kena dan sesuai dengan S.Kadarisman yang sebelumnya sering muncul sebagai pelakon dalam filem-filem bercorak sedemikian.
Cuma ceritanya saja yang agak kurang menarik, bukan apa, disebabkan temanya sudah seringkali dijadikan filem, balik-balik ke situ juga, hanya cara pengolahannya sedikit berbeza.
LINTAH DARAT
Filem ini ada dua segmen - Inderaputera dan Desa Kiban.
Di Inderaputera, Normadiah membuat angkara kerana mahu anakandanya, Tengku Teruna Jaya (Ed Osmera) menjadi Sultan hingga sanggup dia mengarahkan orang-orangnya membunuh Putera Mahkota, Tengku Andalas (Ahmad Mahmud).
Di Desa Kiban, Salleh Kamil (orangkaya Tedung) jadi lintah darat menekan orang-orang kampung membeli hasil tananam mereka dengan harga murah setelah dia memberi hutang pada mereka. Lebih kurang, macam Ah Longlah tu.
Akhirnya yang jahat menerima pembalasan, Normadiah menjadi gila dan, Salleh Kamil pula mati tertikam dengan senjatanya sendiri, setelah bertarung hebat dengan Aziz Jaafar.
Agak menarik, S.Kadarisman yang sering berperanan jahat (crook), dalam filem ini, membawa peranan baik dan begitu setia dengan Ahmad Mahmud, Tengku Andalas.
Ini bererti dan jelas, sebagai pembawa peranan crook, S.Kadarisman tidak mampu mengatasi Salleh Kamil. Kalau dia mahukan peranan itu, boleh. Tapi Salleh Kamil, padanya, terbaik berperanan crook berbanding dirinya.
Selain itu, beberapa pelakon crook lain diberi peranan baik antaranya Shariff Dol, Omar Suwita dan Ibrahim Hassan, manakala M.Raffee yang sering berperanan baik dijadikan crook.
Nasib baik, A.Rahim beralih tugas ke Cathay Keris. Jika tidak kemungkinan S.Kadarisman menyerahkan kepadanya watak baik, bukan crook sebagaimana biasa.
Dan kadang-kadang, bagi sayalah, peralihan watak (jahat ke baik, baik ke crook) ini menarik juga.
Lakon layar S.Kadarisman tersusun kemas, dialog pun bernas, menyebabkan plotnya pun demikian juga, tidak kelam kabut, berputar lancar, teratur ditambah pula teknik fotografi oleh A. Bakar Ali dengan shot-shot dan angle-angle yang dikira menarik, banyak membantu.
Editing oleh H.R.Narayana dan Hayat Harris, satu sebab lagi mengapa filem ini bermaya dan sedikit unggul.
Pertarungan silat yang digurukan oleh M.Raffee pun, kelihatan baik dan realistik lebih-lebih lagi pertarungan hidup dan mati antara Aziz Jaafar dengan Salleh Kamil.
Jelas dan nyata, sama hebatnya pertarungan antara P.Ramlee dengan Salleh Kamil dalam "Semerah Padi", kalau ada kekurangan pun, sedikit saja.
Bagaimanapun, penggunaan parang dalam filem P.Ramlee nampaknya lebih menarik berbanding keris dalam filem ini.
Satu lagi perkara yang menarik, adanya jiwa murni terselit dalam hati pengarah S.Kadarisman, di mana dia menyerapkannya kepada watak-watak seperti Ahmad Mahmud, Ed Osmera, Shariff Dol dan dirinya sendiri.
Ahmad Mahmud (Tengku Mahkota) baik hati, dan menjadi Sultan tidak penting baginya; Ed Osmera pun begitu, tapi kerana ibundanya, Normadiah, yang memaksa terpaksa diikutinya, yang akhirnya menyerahkan takhta Kerajaan kepada kekanda tirinya, Ahmad Mahmud.
Shariff Dol, begitu setia kepada Ahmad Nisfu dan menurut saja perintah Baginda Sultan dan Ed Osmera; S.Kadarisman pula sentiasa menyebelahi Ahmad Mahmud, kesetiaannya tidak berbelah bagi.
Hanya tiga watak jahat dikemukakan, Normadiah, M.Raffee dan Salleh Kamil, dan mereka menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahat mereka.
BERPAKAT SETUJU
Dari segi lakonan, rasanya S.Kadarisman ke depan. Peranannya sebagai Datuk Panglima Karma telah dihayatinya dengan cukup sempurna, baik dan memuaskan.
Yang lain-lain keadaannya sederhana saja termasuk Ahmad Mahmud (Tengku Mahkota), Aziz Jaafar (Mumbang), Sarimah (Sri Mayang), Nor Azizah (Melor) dan Normadiah (Tengku Permaisuri) yang memang terkenal dengan peranan jahatnya.
Salleh Kamil biasalah, tetap baik. Dan sebagai asam garamnya, Ibrahim Pendek dan anak S.Kadarisman, Amirruddin Kadarisman, lakonan mereka menggelikan hati, menghiburkan. Tanpa mereka, tentu panggung wayang sunyi sepi. Zaman dululah.
Kerana adanya Tribut..., lakonan Bahyah Mahmood menjadi tumpuan saya. Banyak juga scenenya, ada dialog pula, dan dipertengahan filem muncul bersama Sarimah, Nor Azizah dan Ibrahim Pendek.
Kerana saya mengenali Bahyah Mahmood sejak penghujung tahun 1960an, berteman rapat pula, bila menonton lakonannya, lebih-lebih lagi ketika dibuli oleh Salleh Kamil, saya gelak sendirian.
Kesian pun ada, gelihati pun ada. Mungkin, Bahyah Mahmood sendiri pun malas nak tonton filem ini. Agak sayalah.
Ada dua rangkap dialog diucapkannya.
"Tidak, aku tak mau. Lebih baik aku dibunuh".
"Tidak, biar aku mati".
Pertuturan Bahyah Mahmood, membuatkan saya tersenyum macam kambing. Yalah, dia bukan pelakon. Berlakon pun kerana dipujuk oleh Sarimah.
Lagu-lagu ciptaan Yusoff B. dan tarian-tarian oleh Normadiah, tidak banyak membantu, ala-kadar saja. Lagu yang ada sedikit tarikan "Aduhai Dinda" nyanyian Ahmad Mahmud dan Sarimah, menggunakan suara Rafeah Buang. Tarian diawal filem, agak panjang, ini dikira membosankan. Mengalahkan filem Hindustan, Bollywood.
Ada dua suspen terdapat dalam filem ini. Ketika emak Melor cuba meracuni Sri Mayang kerana mahu menyelamatkan nyawa anaknya, Melor. Kedua, orang-orang besar istana berpakat setuju menipu Tengku Andalas yang Tengku Teruna Jaya meninggal dunia, kerana mahukannya kembali ke istana dan terus menduduki takhta Kerajaan Inderapura.
Bagaimanapun, suspen ini tidak berfungsi, sekiranya menonton untuk kali kedua. Sama seperti P.Ramlee mahu menikah dengan Jah Mahadi dalam filem "Madu Tiga".
Satu lagi suspen, matikah Tengku Andalas setelah ditikam dan jasadnya dicampakkan ke dalam sungai? Ini penonton sudah dapat agak, kebiasaannya hero tidak akan mati.
Pada keseluruhannya, walaupun "Sri Andalas" berputar dalam keadaan sederhana, sedikit lesu dan tidak boleh dianggap berkualiti, namun tetap menghiburkan, apatah lagi ini filem pertama yang diarahkan oleh S.Kadarisman, mestilah ada cacat-celanya.
P.Ramlee, Jamil Sulong dan Omar Rojik juga mengalami keadaan yang sama dengan filem pertama mereka.
Sebagai pengarah baru, sebagai filem sulung, S.Kadarisman tentulah ada melakukan silap sana salah sini, biasalah. Bak kata orang putih, 'nobody perfect'.
# Setelah 48 tahun, baru kini Mustafar A.R. memberi ulasan dan kritikan. Tidak ada sesiapa pernah lakukan, tapi Mustafar A.R. boleh - Zaini Yusop.
LIMA GAMBAR LAKONAN BAHYAH MAHMOOD SEBAGAI MANIS
KESETIAAN KASIH (ADUHAI ADINDA)
(Sumber: d0nramlee)
# Sayang sekali full movie "Sri Andalas" tidak terdapat di YouTube.
MARI KITA MENYANYI LAGU "ADUHAI ADINDA"
ADUHAI ADINDA
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Aduhai adinda
Dengarlah madah kekanda
Tercurahlah cinta
Ahhai nyawa padamu juga
Tercurahlah cinta
Ahhai nyawa padamu juga
Aduhai kekanda
Junjungan kasih ku puja
Aduhai kekanda
Junjungan kasih ku puja
Hidup bersumpah setia
Ahhai sayang kekal bahgia
Hidup bersumpah setia
Ahhai sayang kekal bahgia
Lagu YUSOFF B.
Lirik ZULKIFLI MOHAMMAD
Penyanyi filem AHMAD MAHMUD & SARIMAH
Penyanyi suara AHMAD MADMUD & RAFEAH BUANG
FAKTA
Oleh Zaini Yusop___
* Selepas "Sri Andalas", S.Kadarisman mengarahkan "Anak Buloh Betong", kemudian diikuti pula "Lampong Karam".
* Agak menarik dua filem lakonan Bahyah Mahmood, jodolnya ada "Sri" - "Sri Andalas" dan "Sri Mersing" arahan Salleh Ghani.
* Filem terakhir arahan S.Kadarisman di MFP - "Terlibat", drama jenayah, dibintangi S.Roslee dan Sharifah Aminah.
* Filem pertama arahan S.Kadarisman di Merdeka Film, "Amok Tok Nading", yang terakhir "Bujang Tua S.S."
* Ed Osmera diperkenalkan oleh Jamil Sulong dalam "Bidasari", selain filem ini dia turut membintangi "Sayang Si Buta".
* Filem kedua Nor Azizah, selepas diperkenalkan oleh Jamil Sulong dalam filem arahannya, "Dayang Senandong".
* Kali pertama Aziz Jaafar dan Nor Azizah berlakon bersama di MFP, sesudah itu "A Go Go 67" dan "Raja Bersiong".
* Boleh dikatakan kesemua pelakon terkenal termasuk pengarah S.Kadarisman, sudah pergi menemui Tuhan. Yang masih ada hanyalah, Sarimah dan Nor Azizah. S.Kadarisman meninggal dunia di Singapura pada 17 Februari 1989.
* Filem ini mula ditayangkan (tayangan tengahmalam) di panggung wayang Rex, Singapura pada 26 Mac 1966 sempena menyambut Hari Raya Haji, serentak di Capitol, Kuala Lumpur dan Rex, Johor Bahru.
* Pada tahun 1961, S.Kadarisman (sebagai percubaan) telah mengarahkan filem pendek, "Aneka Hiboran," yang dibintangi oleh Aziz Sattar dan Ibrahim Pendek. Ia ditayangkan seiring dengan filem dokumantari, "Rahsia Kejadian Anak."
* Filem ini turut menyertai Festival Filem Asia Pasifik Ke-13 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1966, tapi gagal memenangi sebarang anugerah.
AHMAD MAHMUD DIPUJUK OLEH MALIK SUTAN MUDA UNTUK KEMBALI KE ISTANA
ED OSMERA MENYERAHKAN KEMBALI TAKHTA KERAJAAN KEPADA AHMAD MAHMUD
AHMAD MAHMUD GEMBIRA MENDAPAT CAHAYAMATA, SEORANG PUTERI
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
BAHYAH MAHMOOD
DEEPIKA PADUKONE
UTUSAN RADIO & TV
PONTIANAK
R. AZMI
LATIFAH OMAR
Bagus entri ini.
ReplyDeleteSayang, full movienya tidak ada.
Dimana boleh saya mendapatkan dvdnya?
Puas saya cari dikedai, tak jumpa.
Ada sesiapa boleh bantu?
- Diana (Shah Alam), Selangor.
Kalau ada sesiapa boleh tolong
ReplyDeletedapatkan dvd "Sri Andalas" ini, saya pun nak.
- Shahrom (Putrajaya), WP.
Encik Mustafar A.R. tak ada ke?
ReplyDelete- Eza (Tg. Malim), Perak.
Saya ada dvd "Sri Andalas" tu, tapi tak jual.
DeleteSaya hanya jual buku "Filem-Filem P.Ramlee" saja.
Saya ada video tapi cadang nak cari VCD/ DVD tapi sampai sekarang belum jumpa. Sebab video milik saya terputus dalam 30 saat di awal....huhu
DeleteOummar
Encik Mustafar A.R.,memandangkan encik tidak mahu jual sri andalas tu tidak mengape tapi bolehka encik tolong uploadkan filem ni ke youtube,dailymotion,veoh.com atau vk.com untuk ditonton semua?antara 4 website tu vk.com paling sesuai selamat dari di blok.minta tolong uploadkan sri andalas ni teringin sangat nak tonton.nak tengok di tv payahlah asyik ulang cerite p ramlee tu ja.
DeleteBaru jumpa blog ini. Menarik dan berinformasi.
ReplyDeleteUlasan En. Mustafar tentang "Sri Andalas", sangat menarik.
Harap banyak lagi filem Melayu klasik (lama) mendapat kritikan.
- Balqis, Kulaijaya, Johor.
Salam.... saya dari saudara singapura ingin tahu di dalam lelaman ini atau blog ini, masih kah ada simpan filem yang susah nak di cari? Filem dan tajuk yang saya ingin menonton ialah tajuk puaka tahun 1974 corak hitam putih, dari arahan omar rojik, hero nya ialah ed osmera. Jika sekira nya masih simpan lagi filem ini di dalam arkib arkib atau di video tape, vhs... boleh tak upload di email saya... ini email saya-acit_89@hotmail.com mudah mudah dapat diusaha kan
ReplyDelete