Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Monday, May 26, 2014


MAJALAH HIBURAN DULU-DULU (1)



PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai

# LIHATLAH DAN BACALAH___

* NAS ACHNAS pengarah filem seolah-olah terpinggir
* A.R. ISMAIL pergi dan hilang bersama angin lalu
* PONTIANAK mencapai kejayaan box office luar jangkaan
* JAMBATAN MAUT rela mati demi pertahankan maruah
* A TOWN LIKE ALICE ketabahan tawanan perang wanita di malaya
* WUTHERING HEIGHTS kisah percintaan yang kekal abadi
* P. RAMLEE apabila lagu-lagunya diorkestrakan
* CINTA PERTAMA ya, begitulah kira-kira...
* B.S. RAJHANS printis filem melayu
* RAMON A. ESTELLA menukar corak filem melayu
* RAFEAH BUANG * SUDIRMAN * CECILIA CHEUNG
* CHEMPAKA * VICTOR MATURE * BRAVADOS * PENAREK BECHA
* SUMPAH ORANG MINYAK * NIAGARA FALLS



UTUSAN FILEM & FESYEN (UFF)
KELUARAN APRIL 1977
__________________________

MAJALAH hiburan lama begitu diminati ramai. Daripada banyak e-mail yang saya terima, ada mencadangkan supaya FK turut menyiarkan majalah-majalah bernostalgia itu untuk memberi informasi kepada jenerasi sekarang yang tidak tahu langsung tentang perkembangan dunia hiburan terutama di tahun-tahun 1950an, 1960an, 1970an dan 1980an.

Bagi memenuhi hasrat mereka itu, saya dahulukan dengan majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) keluaran bulan April 1977 (Bilangan 80) yang dihiasi covernya, foto Sharifah Aini. Ia merupakan majalah terbitan Utusan Melayu, di mana saya sendiri sebagai pengarang dan Webah Salleh sebagai pembantu pengarang.

Majalah UFF ini merupakan yang ketujuh saya selenggarakan sejak mengambilalih dari tangan Salmiah Rahman yang bertukar kerja ke New Straits Times. Yang pertama keluaran bulan Oktober 1976 (bilangan 74) dengan covernya, Wan Noraini.

FK mendahulukan majalah ini, kerana terdapat banyak artikel menarik yang menghiasai dunia seni terutama filem pada ketika itu, dan ditulis oleh Bahyah Mahmood (BAM), Aimi Jarr, Webah Salleh, Ramnah Yassin, Baharudin Latif, Razaliah M. Ariff dan saya sendiri.

KELUHAN SHARIFAH AINI

Disamping itu terdapat juga foto-foto seksi (terdedah sana terdedah sini) yang boleh dianggap berani (daring) oleh Rozzana, pelakon "Hapuslah Airmatamu" yang diarahkan oleh M.Amin, juga sepupu kepada penyanyi Sarena Hashim.

Saya masih ingat, Raja Harun Rezduan dan saya sendiri, sebagai jurugambar, mengambil foto-foto seksi Rozzana itu di rumah Bahyah Mahmood di Kampung Datuk Keramat, nama dulunya, menurut Aziz Sattar dalam bukunya, Tangga China.

Selain itu, artikel oleh Bahyah Mahmood mengenai keluhan Sharifah Aini difitnah main blue filem, Bintang Bertemu Bintang, M.Amin diinterview oleh Teh Faridah dan Kerana Broery, isteri sanggup tinggalkan suami oleh Aimi Jarr, menarik dan sedap dibaca.

Lain-lain yang tidak kurang daya tarikannya, ialah;

* Sekitar mesyuarat agung Seniman
* Versi terbaru filem "King Kong"
* Fesyen dan Gaya Azean Irdawaty
* Filem-filem dalam penyelenggaraan
* Shashi Kapoor jadi penyamun
* Rozzana yang pemalu, masih menunggu
* Suhaily sekarang sudah berpunya

Disebabkan, dari majalah sukar dibaca, saya telah menyuruh Zaini Yusop menulis semula artikel-artikel (yang dianggap menarik saja) untuk tatapan anda semua. Contohnya, Sharifah Aini difitnah main blue filem.

Ini adalah permulaan, dari masa ke masa (kalau boleh sebulan atau dua bulan satu majalah), FK akan menyiarkan majalah-majalah lain, yang difikirkan menarik dan baik untuk anda, disamping dapat mengetahui corak dan suasana dunia seni, filem khususnya, semasa ia berada dipasaran.

Selamat membaca.


COVER - SHARIFAH AINI

MUKA 2

SHARIFAH AINI SUDAH BOSAN
DILANDA FITNAH SEPANJANG HIDUP
Artikel BAHYAH MAHMOOD
Foto RAJA HARUN REZDUAN

Sebagai penyanyi paling top, SHARIFAH AINI, disanjung dan dipuja setiap saat, tapi sebagai perempuan apa lagi masih "belum bertuan" Sharifah Aini kadang kala serasa tidak berdaya hendak memikul beban yang sering melanda hidupnya yang sentiasa bergelombang itu.
"Hai, kalau nak bercakap tentang fitnah, boleh dikatakan di mana bumi Ani pijak di mana langit Ani junjung, maka di situlah terkumpul dengan banyaknya cerita-cerita pelik yang sengaja direka dan diada-adakan.
"Kadang kala pelik juga ya!... orang lain pula yang lebih mengenali diri Ani dari Ani sendiri mengenali diri Ani..." katanya sungguh-sungguh.
Bagaimanapun Sharifah Aini begitu yakin, fitnah-fitnah jahat itu keluar dari mulut artis-artis sendiri, merekalah yang menyebarkan cerita yang bukan-bukan dari mulut ke mulut...
Ani bukanlah nak membuka pekung didada, tapi sebagai artis dan sepanjang mengenali artis-artis, sememangnya bukanlah suatu hal mustahil ada di antara kawan-kawan artis sendiri yang lahirnya saja baik, tapi di belakang, kita diumpat keji.
"Tanyalah pada hati masing-masing, di antara kita (artis-artis) siapakah yang tidak amanah?... dan di antara kita siapakah yang suka menceceh dan mengumpat sesama sendiri?"
Ani semakin sedar, dalam hakikat persahabatan rupanya susah hendak mencari kawan yang benar-benar jujur - ikhlas di depan ikhlas di belakang.
Untuk menceritakan keburukan teman-teman seperjuangannya, Ani merasakan seolah-olah dia telah meletakkan dirinya ke paras yang paling bodoh dan seolah-olah dia menghina dirinya sendiri.
Terus terang Sharifah Aini menyatakan, sememangnya ada satu dua artis yang berkelakuan begini, semuanya ini kerana di pengaruhi perasaan hasad dengki, kerana ingin cepat meningkat terkenal lalu tergamak menjatuhkan orang lain.
"Kalau ingin meningkat terkenal lawan sajalah dengan talen yang ada,


MUKA 3

tak usahlah hendak mencerca peribadi kawan-kawan sendiri..."
"Ada artis-artis yang bila pergi ke stage show yang memakan perjalanan jauh, ke Selatan atau pun ke Utara, maka mulalah mereka menceritakan keburukan penyanyi-penyanyi yang mereka benci, mulalah mereka menceceh, si dia tu begitu, si dia ni begini.
"Penyanyi tu bukanlah baik sangat, ah dia tu boleh diajak tidur... si anu tu lahirnya saja penyanyi, tapi sebenarnya dia... ah! terhormat! $50.00 - pun boleh!...
"Dia si A tu hipokret besar, alimlah konon, macamlah orang tak tau dia main blue filem... ah! brother I dah tengok, jokinya Negro!...
"Pendekata sepanjang perjalanan dari KL ke Utara habis semuanya terbongkar, entah ia entahkan tidak, dari A sampai Z semuanya dia tau.
"Hinggakan ada artis yang mengatakan, Ani hutang wangnya beribu-ribu ringgit... lesap!"
Dan cerita-cerita tentang keburukan artis itu pula disampaikan kepada teman baik artis itu tadi, dan betapa jadinya bila umpat mengumpat ini sudah sampai ke telinga masing-masing?...
Ani berpendapat, kalau artis sendiri tidak menghormati karier masing-masing, jadi siapakah yang harus disalahkan?...
Sharifah Aini tidak pula menuduh semua artis berperangai buruk seperti yang diceritakannya seperti di atas, tapi kerana seorang dua, kadang-kala boleh melibatkan semua artis yang tidak berdosa.
"Banyak juga artis-artis yang pandai menjaga hati kawan-kawan... seperti Saloma, dia baik hati dan tidak suka mencerca orang lain... sifatnya sebagai ibu tidak lokek menumpahkan kasih sayang pada Ani dan teman-teman lain.
"Ani juga menghormati teman-teman seperjuangan, Sarena Hashim yang bertimbang rasa, Uji Rashid yang tidak suka mengumpat, begitu juga Azean Irdawaty, Sanisah Huri dan artis-artis lelakinya Hail Amir yang tidak pernah bercakap fasal orang lain, Latiff Ibrahim dengan gayanya yang suka bergurau, A.R.Badol, Jamali Shadat, Hamid Gurkha dan banyak lagi... mereka ini benar-benar seniman dan biduanita."
Sharifah Aini mengakui dari dulu hinggalah ke saat ini dia tidak mempunyai teman yang paling rapat, "Tapi bila berjumpa sekali-sekali di stage show, hubungan kami begitu mesra sekali," jelasnya.
Ani tidak dapat mendamping teman-temannya begitu kerap krana dia sebuk dengan pertunjukan-pertunjukan pentas, sering ke stage show luar dari Kuala Lumpur, tapi bila ada masa terluang, dia pasti menghubungi teman-teman penyanyi untuk keluar makan bersama sambil menceritakan tentang perkembangan diri masing-masing.
Dalam pergaulan, Sharifah Aini faham dengan tabiat teman-temannya, walaupun kadangkala gurau senda artis-artis agak kasar juga tapi masing-masing memang kaki bergurau, pelawak A.R. Badol yang 24 jam melawak, tapi dia sebenarnya selalu mengambil berat tentang masalah kawan-kawan.
Semua yang diceritakan di sini adalah satu pengakuan jujur dari Sharifah Aini... selama ini belum ada seorang artis pun yang berani mendedahkan keadaan yang sebenarnya.
"Tapi ini adalah suatu kenyataan mengapa harus kita sembunyikan?... apa yang berlaku pada artis berlaku juga pada manusia biasa...
"Mengapa kami artis-artis selalu dijadikan bahan umpatan?... Mengapa tepi kain artis-artis dijaga selalu?... Apakah masyarakat masih memandang hina kepada golongan kami?... Siapakah hendak disalahkan?...


MUKA 4

"Kalau semua lelaki perempuan menjadi pegawai kerajaan, siapa pula mahu menjadi kuli?...
Masyarakat harus menerima kenyataan bahawa artis adalah manusia biasa yang tidak dapat melarikan diri dari berapa kesilapan... perangai semula jadi manusia...
"Dan kalau semua insan menjadi Ustaz dan Ustazah, siapa pula yang menjadi penghibur seperti kami ini?...
"Bakat kami suatu anugerah Tuhan dan tidak semua orang boleh menjadi penyanyi dan menjadi penghibur seni yang baik... Tapi Ani ibarat 'dian' membakar diri sendiri semata-mata untuk menerangi orang lain... tapi semuanya ini Ani lakukan dengan penuh kerelaan hati sendiri..."
Semua orang tau, sebagai penyanyi terkenal, Sharifah Aini boleh dikatakan penyanyi yang paling banyak menerima dugaan... siapalah tau Ani hatinya sering merintih, siapalah tau Ani sering menangis dan mengurungkan diri berhari-hari dirumahnya... hatinya sudah tidak tertahan menerima fitnah...
Tapi bersyukurlah, dia punya pendirian, dia mengenali dirinya lebih dari orang lain, malahan dia sudah tau membezakan antara putih dengan hitam. Mujurlah Ani mempunyai didikan agama yang menjadi pendinding yang kukuh bagi dirinya.
Dan, dia mengucap panjang... Astaghirullah-alazim! Bila ada orang mengatakan dia turut berlakon dalam filem lucah - blue filem...
"Dah gilakah Ani?"
"Mustahil Ani sengaja meletakkan diri Ani ke paras yang tidak harus lagi disegani masyarakat?... Tergamakkah Ani mengkhianati agama Ani dan mengkhianati negara Ani sendiri?
Ani rela dihukum mati kalau benarlah Ani main blue filem...
"Na'uzubillah hi minnaz-zalik!... Ani juga punya maruah diri, Ani tidak tergamak menipu diri sendiri... sejauh mana Ani mahu berselindung di balik sehelai lalang? Lambat laun akan terbukti juga."
Ani semakin sedar, semua fitnah-fitnah ini disebarkan oleh teman-teman yang ingin melihat dia jatuh tersungkur menyembah bumi.
Bila memikirkan hal-hal semacam itu, jiwanya selalu sakit dan terhimpit... dan akhir-akhir ini Sharifah Aini sering mengeluh, sering pula dia mengucapkan bahawa dia akan meninggalkan dunia seninya yang penuh berbagai cubaan.
Teman-teman rapatnya memberitahu, Sharifah Aini sudah ada teman yang steady... tapi Sharifah Aini enggan bercakap sepatah pun tentang hal-hal peribadinya... sesungguhnya memang ada sesutu yang dirahsiakannya, sama-samalah kita saksikan nanti.
Ada yang memberitahu, kekasih yang disayanginya itu, pemuda dari Timur Tengah... patutlah Ani sering berkata: "Nantilah ya, kalau diizinkan Tuhan, suatu ketika nanti Ani akan umumkan perkahwinan Aini... dan kalau ditakdirkan Tuhan jodoh Ani dengannya... selepas berkahwin, Ani terus pergi... Ani tidak mau lagi... di saat itulah Ani akan mengakhiri hidup sebagai penyanyi...
"Cukuplah Ani melalui alam remaja Ani dengan fitnah-fitnah... Ani ingin pergi jauh... Ani akan tinggalkan negera Ani.
"Ani ingin hidup dalam dunia rumahtangga memupuk kasih sayang suami isteri dan anak-anak Ani...
"Saat inilah yang Ani nanti-nantikan... semoga dikabulkan Tuhan!" ujarnya dengan harapan setinggi menggunung - harapan seorang penyanyi terkenal yang sudah bosan dilanda fitnah sepanjang hidupnya.


MUKA 5

DARI HATI KE HATI

Pembaca budiman.
Ramai kalangan telah menyatakan rasa kesal kerana filem "Loceng Maut" dikedalikan menurut unsur-unsur filem dari Hong Kong.
Sebagai sebuah filem Melayu yang kebanyakannya dilakonkan oleh aktor dan aktris Melayu dan ditayangkan untuk masyarakat Melayu umumnya, perbuatan tersebut rasanya tidaklah wajar.
Sesebuah filem yang tidak melambangkan keperibadian Melayu, sebaliknya melambangka keperibadian asing patut benar diambil perhatian yang serius.
Setakat ini filem "Loceng Maut" belum siap lagi penyelenggaraannya, tapi dilihat dari pakaian pelakon-pelakonnya dan cara-cara pertarungan yang telah dipublisitikan nyata dakwaan ia mirip filem Hong Kong ternyata benar.
Tidak lama dulu suara-suara lantang telah bergema kerana filem "Jiwa Remaja" tidak langsung melambangkan adat resam orang-orang Melayu.
Syarikat yang berkenaan lebih mementingkan juruteknik-juruteknik dari luar termasuk penasihat-penasihat bagi pengarah, juga patut diambil perhatian paling berat.
Kerana mengutamakan juruteknik-juruteknik dan penasihat-penasihat dari luar (Hong Kong) itulah yang menjadikan unsur-unsur kecinaan meresap ke dalam filem-filem Melayu.
Supaya unsur-unsur yang tidak diingini itu tidak menular dengan lebih serius, elok kalau pihak yang berkuasa menyekat terus kedatangan mereka yang sekarang begitu berleluasa.
Dengan cara itu, bukan saja dapat menyekat unsur-unsur yang memalukan itu, tapi juga akan membuka peluang kepada juruteknik-juruteknik tempatan untuk membuktikan kebolehan mereka.
MUS.


MUKA 6

MUKA 7

MUKA 8

MUKA 9

MUKA 10

MUKA 11

MUKA 12

BINTANG BERTEMU BINTANG
FOTO: RAJA HARUN REDZUAN

Saya pada mulanya tidak begitu berminat menonton filem baik filem Barat, Hindi mahupun filem Melayu sendiri. Terceburnya saya dalam dunia perfileman pada masa ini merupakan satu keanehan. Saya begitu hairan, bagaimana satu lapangan yang saya tidak minati sekarang saya ceburi.
Bila saya dihubungi untuk memenuhi ruangan "Bintang Bertemu Bintang" dalam UFF ini, saya jadi panik. Saya sudah tidak tahu tidak tahu siapa yang nak saya temui.
Tapi, tiba-tiba saya teringatkan pengarah M.Amin. Dialah yang mula-mula memberi peluang kepada saya berlakon dalam filem "Pendekar", dan saya juga diberitahu M.Amin sebelum menjadi pengarah terkenal juga sebagai pelakon. Dan lantas saya menemuinya.
Bagaimanakah hasil temuramah saya dengan M.Amin itu, anda ikutilah di bawah ini.
TEH FARIDAH: Saya mendapat tau Abang Amin merupakan seorang pengarah yang bernasib baik kerana beberapa buah filem yang Abang Amin arahankan telah mendapat kejayaan box-office. Boleh Abang Amin terangkan sebab-sebabnya?
M.AMIN: Ketika saya mengarahkan sesebuah filem saya tidak bermimpi untuk mendapat kejayaan box-office. Apa yang saya lakukan mengarahkannya dengan sebaiknya dan terserahlah kepada para penonton untuk menilaikannya. Memang saya tidak menduga langsung beberapa buah filem yang saya arahkan telah beroleh kejayaan box-office.
FARIDAH: Boleh Abang Amin terangkan nama filem-filem yang mendapat box-office itu?
AMIN: Boleh. Filem tersebut ialah "Lanchang Kuning", merupakan filem arahan saya yang pertama pada tahun 1962, "Chuchu Datuk Merah" pada tahun 1963 dan "Hapuslah Air Matamu" yang dikeluarkan pada tahun lalu.
FARIDAH: Apakah itu saja filem yang mendapat kejayaan box-office?
AMIN: Sebenarnya, ada beberapa buah filem lagi tapi inilah tiga buah filem yang benar-benar hot dan paling menggembirakan saya.
FARIDAH: Adakah Abang Amin menduga bahawa filem "Hapuslah Air Matamu" mendapat sambutan hebat hinggakan disebuah pawagam di Kuala Lumpur tayangannya memakan lebih dari sebulan?
AMIN: Saya tidak pernah bermimpi langsung filem "Hapuslah Air Matamu" mengambil masa tayangan yang sebegitu rupa. Sebagaimana yang kita tahu tidak pernah sebelum ini filem-filem Melayu mengambil masa tayangan yang begitu lama, apa lagi filem tersebut dibuat penggambaran dalam keadaan kelam kabut dan tidak sempurna.
FARIDAH: Oleh yang demikian, pada pandangan Abang Amin, apakah sebab-sebabnya?
AMIN: Dilihat dari segi mutu, saya akui filem "Hapuslah Air Matamu" banyak kelemahannya terutama sekali tentang segi teknik. Pada hemat saya, selain bergantung kepada nasib, filem ini mendapat sambutan hebat kerana gabungan pelakon-pelakonnya yang terdiri dari penyanyi popular Indonesia dan Malaysia, Sharifah Aini dan Broery.
FARIDAH: Apakah itu saja sebab-sebabnya?
AMIN: Mungkin ia dikendalikan oleh syarikat filem bumiputra, dan juga lagu-lagu merdu yang digubah Ahmad Nawab memainkan peranan penting menjadikan filem "Hapuslah Air Matamu" mendapat kejayaan box-office.
FARIDAH: Bagaimanakah perasaan Abang Amin bila filem tersebut mengatasi filem-filem lain termasuklah yang diarahkan oleh Allahyarham P.Ramlee?
AMIN: Memanglah saya merasa gembira, dan saya juga merasa terharu bahawa kalangan orang-orang Melayu sendiri masih menyambut baik persembahan filem-filem Melayu terutama yang diselenggarakan oleh bumiputra. Bagaimanapun qualiti filem tersebut begitu mengecewakan saya, saya berazam untuk melakukan lebih sempurna kepada filem-filem arahan saya yang akan datang.
FARIDAH: Bagaimana pula tentang filem arahan Abang Amin yang kedua dengan Sabah Filem yang bertajuk "Pendekar", adakah ia akan beroleh kejayaan box-office?
AMIN: Ini, saya tidak berani membuat ramalan. Kerana dalam mengeluarkan filem kita banyak bergantung kepada nasib. Kadang-kadang filem sudah dibuat begitu sempurna tapi hasil yang diharapkan tidak tercapai, tapi kadangkala filem dibuat ala-kadar saja sambutan hebat pula yang terjadi. Bagaimanapun filem "Pendekar" telah saya arahkan lebih teliti dalam semua segi, dan saya begitu puas hati setelah menonton rushnya. Sekarang terpulanglah kepada peminat-peminat filem Melayu menentukan nasibnya pula.
FARIDAH: Bagaimana mulanya Abang Amin teragak mengambil saya berlakon dalam filem "Pendekar"?
AMIN: Dalam dunia hiburan perfileman, kita memerlukan wajah-wajah yang cantik dan glamour, dan sifat ini ada kepada Teh. Dalam penglihatan saya Teh boleh berlakon dan sesuai menjadi bintang filem. Itulah sebabnya saya menghubungi ayah Teh yang kebetulan pula kawan baik saya.
FARIDAH: Bagaimana pendapat Abang Amin tentang lakonan saya dalam filem tersebut?
AMIN: Yalah, sebagai pelakon newcomer dan ini pula filem Teh yang pertama, saya rasa banyak kelemahannya. Pada pandangan saya, Teh boleh menjadi pelakon yang baik, tapi perlu mendapat pimpinan yang serius. Watak Teh dalam filem "Pendekar" sebagai Cempaka telah Teh bawa dengan baik. Dan sebagai orang baru dengan lakonan yang Teh tunjukkan itu cukup dari memuaskan. Saya yakin penuh, kalau Teh diberi peluang dari filem ke satu filem, tentu Teh boleh menjadi seorang filem star yang popular. Saya nasihatkan supaya Teh berusaha kuat dan cekal menghadapi halangan untuk terkenal


MUKA 13

sebagai bintang filem pujaan ramai.
FARIDAH: Bagaimana pula pandangan Abang Amin tentang Farouk Afero?
AMIN: Sebagai pelakon saya angkat tangan, dia benar-benar seorang pelakon yang benar-benar seorang pelakon yang berkemampuan membawa apa juga peranan yang diserahkan kepadanya. Peranannya dalam "Pendekar" sangat mengkagumkan. Tapi bila dikenangkan tentang perangainya yang ego, saya sangat sakit hati lebih-lebih lagi tentang kenyataannya menuduh artis-artis Malaysia bernilai hanya makan nasi bungkus. Sepatutnya Farouk tidak patut bertindak demikian sebagai menjatuhkan imej artis Malaysia.
FARIDAH: Bagaimana pendapat Abang Amin tentang Farouk menerima berlakon dalam filem "Loceng Maut" keluaran bersama Merdeka Filem dan Tuti Mutia itu?
AMIN: Untuk menerima berlakon dalam filem "Loceng Maut" itu adalah hak Farouk Afero sendiri, tapi dengan menerima lakonan serentak dengan "Pendekar" dan juga dubbingnya belum selesai dilaksanakan adalah satu perkara yang sangat mendukacitakan. Tapi bagaimanapun saya bersyukurlah Farouk tidak jadi membingangi filem tersebut.
FARIDAH: Tentu pembaca-pembaca ingin tahu serba sedikit mengenai Abang Amin, boleh Abang Amin terangkan sejak bila menceburkan diri dalam dunia perfileman?
AMIN: Sebelum menjadi bintang filem saya pada tahun 1950 menjadi buruh kasar dengan studio MFP di Jalan Ampas, dan kemudian mengambil peranan kecil dalam beberapa buah filem terbitan studio tersebut. Saya berlakon sebagai hero dalam filem "Kembar" disamping seniwati Mariam. Beberapa lama di studio itu, saya pun menjadi pelakon dalam filem-filem keluaran Cathay Keris Filem.
FARIDAH: Berapa banyak filem yang telah Abang Amin lakonkan di studio Cathay Keris Filem?
AMIN: Saya banyak betul berlakon dalam Cathay Keris itu sampaikan tak ingat berapa banyak. Tapi yang saya ingat ialah "Mutiara Dari Malaya", "Dondang Sayang", "Adam" dan "Hang Jebat".
FARIDAH: Filem Abang Amin arahan yang pertama ialah "Lanchang Kuninh", filem apa pula yang terakhir Abang Amin arahankan di Cathay Keris?
AMIN: Filem terakhir di Cathay Keris ialah "Satu Titek Di Garisan" yang telah menerima hadiah penghargaan "Merlion" dalam Pesta Filem Asia yang Ke-19 di Singapura pada tahun 1973.
FARIDAH: Tahun berapa Abang Amin berhijrah ke Kuala Lumpur, dan berapa buah filem yang telah Abang Amin arahkan di Studio Merdeka?
AMIN: Saya pindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1973, dan filem-filem yang tela saya arahkan ialah "Penyamun Si Bongkok", "Satu Penentuan" dan "Pertiwi". Selain dari itu saya juga berlakon dalam filem "Jantina" dan "Rahsia Hatiku". Tapi malangnya kedua filem tersebut tidak dapat ditayangkan kepada ramai kerana sesuatu sebab.
FARIDAH: Bagaimana pandangan Abang Amin tentang perkembangan filem Melayu pada masa ini?
AMIN:Alhamdulilah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana filem-filem Melayu telah mendapat sambutan hangat contohnya "Hapuslah Air Matamu". Saya yakin pada tahun 1977 ini harapan filem-filem Melayu untuk lebih cemerlang adalah baik sekali. Penerimaan masyarakat Melayu terhadap filem-filem Melayu begitu menggalakkan dan sekarang sudah tiba masanya syarikat-syarikat filem terutamanya bumiputra mengeluarkan filem-filem yang bermutu di samping dalam bidang luas, berwarna-warni dan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang handal.
FARIDAH: Bagaimana pula pendapat Abang Amin tentang wujudnya Perbadanan Filem Nasional?
AMIN: Langkah menubuhkan perbadanan tersebut oleh Kerajaan patut sangat dialu-alukan, diharap dengan adanya perbadanan ini perkembangan perfileman di Malaysia ini makin bertambah baik dan makin bertambah maju. Saya harap ia akan dikendalikan dengan jujur oleh kalangan yang bertanggungjawab.
FARIDAH Cukuplah setakat itu Abang Amin, saya ucapkan terima kasih atas kesudian Abang Amin menjawab soalan-soalan saya.
AMIN: Terima kasih kembali. Bila keluar dalam UFF nanti, boleh saya belanja Teh minum Kopi... O.K.!!
Begitulah hasil temu ramah saya dengan pengarah M. Amin itu, dan diharap dengan penerangan itu memberikan sedikit pengetahuan kepada kita baik tentang dirinya mahupun tentang perkembangan filem tanahair.
Baguskah hasil arahan Abang M.Amin terhadap filem "Pendekar", dan berjayakan lakonan saya sebagai Cempaka dalam filem itu, sama-samalah kita nantikan apabila ia ditayangkan kepada ramai dalam sebulan dua lagi.


MUKA 14

MUKA 15

MUKA 16

ROZZANA YANG PEMALU
MASIH MENUNGGU...
Tulisan BAM
Foto RAJA HARUN REZDUAN
MUSTAFAR A.R.

Pendatang baru di dunia filem - ROZZANA - pertama kali diperkenalkan oleh pengarah M.Amin dalam filem "Hapuslah Air Matamu".
Sejak filem HAM sampai sekarang Rozzana belum berlakon dalam sebarang filem terbaru, kecuali "Menanti Hari Esok" di mana dia muncul dalam beberapa scene sebagai model.
Rozzana yang memang cantik, kulitnya putih melepak dan gayanya penuh sexy baru-baru ini telah menarik perhatian sebuah syarikat commercial di Kuala Lumpur.
Untuk rundingan Rozzana terbang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan tinggal seminggu di rumah sepupunya penyanyi terkenal, Sarfena Hashim.
Rozzana yang cantik itu ditawarkan menjadi model memperkenalkan sejenis "JAMU" buatan Indonesia yang memang terkenal di mana-mana, dan apa yang kita tau, jamu sememangnya popular di kalangan wanita-wanita kerana jamu punya khasiat menjaga kecantikan wanita supaya tidak cepat kelihatan tua.
Sebagai model, wanita lain tentulah begitu yakin bahawa Rozzana telah berjaya mengekalkan kecantikannya kerana dia mengamalkan memakan jamu.
Begitu sekali pengaruh seseorang


MUKA 17

model untuk mengiklankan sesuatu barang supaya penyebaran barang yang diperkenalkan itu lebih meluas dan lebih hebat pasarannya.
Kalau kita fikir-fikirkan memang lucu juga kerana apa yang kita tau, Rozzana memang sedia cantik - kecantikan semula jadi anugerah Tuhan, bukanlah jamu yang mencantikkan wajahnya.
Rozzana sendiri ketawa geli-geli hati bila dia disuruh mengiklankan jamu... entah kenapa hatinya menjadi lucu dan untuk iklan ini dia terpaksa meninggalkan tanahair beberapa hari, kerana penggambarannya dibuat di Indonesia.
Gadis yang bernaungkan di bawah zodiak "Saggittarius" ini memang agak pendiam orangnya, wataknya begitu lemah lembut dan paling susah hendak mendengar dia bercakap, tapi sebenarnya Rozzana peramah, tidak sombong dan tidak pula bongkak dengan kecantikan yang ada padanya.
Rozzana yang memang menetap di Pulau Mutiara itu, ibunya berasal dari Pulau Pinang tapi ayahnya punya keturunan Indonesia.
Bila ditanya, apakah dia berhasrat untuk berhijrah ke Kuala Lumpur?
Rozzana tersenyum... "Entahlah!", jawabnya pendek.
Sifatnya yang pemalu itu membuat Rozzana tidak pandai menonjol-nonjolkan dirinya, apalagi untuk pergi ke syarikat-syarikat filem bumiputra, umpamanya menjengukkan muka ke Sabah Filem menemui kawan-kawan di sana.
"Ana malulah!... nanti kata orang Ana mengendeng-ngendeng hendak berlakon..." katanya dengan lemah lembut.
Dan dia paling malu kalau dia dikatakan sedang menunggu tawaran berlakon filem...
"Ingat ya, kalau tulis cerita Ana nanti tak usahlah disebutkan Ana sedang menunggu tawaran... malu rasanya!..." katanya mengingatkan.
Malahan Rozzana tidak senang hati setiap kali bertemu dengan kawan-kawan, ramai sangat yang bertanya: "Rozzana tak berlakon lagi ke?
"Bagi Ana... sebenarnya Ana tidak begitu mengharapkan!... Kalau ada tawaran yang sesuai, Ana terima... tapi kalau tak ada pun tidak mengapa... walaupun Ana sendiri sememangnya sudah merasa seronok juga menjadi pelakon... tapi tidaklah begitu serius sebagai profesion pula..." katanya dengan suara tenang.
Di Pulau Pinang, di masa lapang kadangkala dia dipanggil menjadi model, tapi Rozzana tidak begitu mudah menerima sebarang tawaran, dia begitu berhati-hati dan lebih mementingkan soal sesuai atau tidak dengan dirinya.
Dan akhir-akhir ini dia sering juga berulang alik ke Kuala Lumpur, "Ana datang ke KL kerana Sarena..." jawabnya. Rupanya, kadangkala Sarena memerlukan pertolongan Rozzana untuk menguruskan perniagaannya.


MUKA 18

DI SEKITAR MESYUARAT
AGUNG SENIMAN...
Tulisan & Foto: DAIM ABDULLAH

Pada 27 Mac yang lalu berlangsunglah hari yang bersejarah bagi para anggota Persatuan Seniman Rakyat Malaysia (SENIMAN).
Satu mesyuarat agung telah dilangsungkan di mana seramai lebih 300 orang menghadiri upacara perasmiannya yang dilakukan oleh Y.B. Datuk Abd. Samad Idris, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan lebih 200 orang menghadiri mesyuarat agungnya pertama.
Sambutan yang diberikan oleh para artis tentang wujudnya Seniman itu sangat-sangatlah menggalakkan. Sebagai buktinya dengan kehadiran mereka beramai-ramai di majlis yang penuh bererti itu.
Nampaknya mesyuarat yang bermula dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 malam itu telah berjalan dengan licin dan fikiran-fikiran yang dikeluarkan begitu bernas dan kebanyakannya membina.
Dalam persidangan tersebut beberapa usul telah dikemukakan. Antaranya ialah meminta Kerajaan mengitiraf SENIMAN sebagai satu-satunya badan mewakili seluruh artis tanahair.
Dan satu lagi ialah merayu Jabatan Penyiaran menaikkan bayaran 50% dari kadar yang ada sekarang kepada para artis yang terlibat dalam rancangan-rancangan terbitannya.
Dalam mesyuarat tersebut juga para hadirin telah memilih pemimpin-pemimpin bagi tahun 1977/78. Mereka yang dipilih ialah:
Presiden - Zainuddin Zimbo
Timbalan Presiden - Zain Haji Hamzah
Setiausaha - (akan dilantik oleh Presiden sendiri)
Bendahari - Rubiah Suparman
Ketua Penerangan - Mustafar A.R.
Ketua Kebajikan - Zahari Zabidi
Ketua Drama - Aziz Singah
Ketua Hiburan - Taufik Haji Ali
Pegawai Perhubungan Kebudayaan - Omar Manan
Ketua Displin - Haji Arshad
Ahli Jawatankuasa - Noor Azizah
- Hussein Abu Hassan
- Lai Joo Lian
- Raja Ismail
- Sivaji Rajah
- Karim Latiff
- Ainon Ariffin


MUKA 19

MUKA 20

MUKA 21

MUKA 22

KERANA BROERY SEORANG ISTERI
SANGGUP TINGGALKAN SUAMI
Oleh: AIMI JARR

Sebarang anak gadis ataupun wanita akan menafikan dengan keras bila dikatakan Broery Pesulima sebagai seorang penyanyi atau aktor "handsome".
Beberapa orang gadis yang saya temui di Jakarta sedikit masa lalu menggeleng-gelengkan kepala bila saya katakan Broery mempunyai paras rupa yang handsome.
Di Kuala Lumpur juga anak-anak gadis mencebek bibir bila penyanyi dan aktor dari Indonesia itu saya katakan handsome.
Memanglah satu reality bila dikatakan Broery sebagai seorang yang bukan handsome kerana kulitnya begitu hitam, hidungnya agak kembang dan mukanya tidak licin. Potongan badannya juga tidak begitu baik.
Terlepas dari sifat seorang pemuda handsome Broery masih mempunyai kedudukan yang istimewa di pandangan mata anak gadis ataupun wanita. Atau lebih tepat lagi dikatakan dia menjadi kegilaan anak-anak gadis atau pun wanita-wanita.
Bakat menyanyinya besar, bakat berlakonnya yang baik dan gayanya yang lincah membuatkan dia kelihatan begitu menarik dipandangan anak-anak gadis dan wanita-wanita.
Ternampak saja kelibat Broery ada gadis yang bertempek dan ada pula wanita yang sanggup mengekorinya sampai ke bilik tidur. Apa lagi bila dia menyanyi dengan gayanya yang begitu istimewa di pentas setiap perhatian orang akan tertumpu bulat-bulat kepadanya.
Saya pernah ikut main show dengan Broery di beberapa bandar di Semenanjung Malaysia tidak lama dulu di mana saya melihat segolongan besar penonton wanita diserang kegilaan hingga mahu menurut apa saja permintaan Broery.


MUKA 23

Bagi Broery yang berjiwa romantis tahu mengambil kesempatan terhadap anak-anak gadis atau wanita-wanita peminatnya yang jatuh dalam keagungannya.
"Saya tetap tidak melepaskan mereka kalau mereka sudah sanggup menyerah kepada saya," demikian Broery membuat pengakuan terus terang dengan saya satu waktu dulu.
Setiap kali berkunjung ke Malaysia agak jarang dia membuang masa keseorangan untuk melayan hati yang kesepian. Dia memenuhi masanya di luar kegiatan menyanyinya dengan berseronok-seronok dengan gadis-gadis atau wanita-wanita.
Bila gadis mengajaknya minum-minum di caffee house dengan pantas dia menerimanya. Dan dia boleh menghabiskan masanya di situ berjam-jam. Bercakap-cakap. Minum-minum. Ketawa-ketawa manis.
Bila wanita yang meminta dibawakan ke tempat tidurnya di hotel dia tidak timbang-timbang lagi. Itulah satu permintaan yang cukup senang diterimanya. Dia menerimanya tanpa memperdulikan apa orang lain kata.
Barangkali ada orang menyatakan keterlaluan sikap wanita yang mengajak Broery ke bilik hotelnya. Tetapi perkara itu bukanlah sukar terjadi. Ianya kerapkali berlaku bila Broery ke negara kita ini.
Broery menceritakan kepada saya bila dia masuk saja ke bilik hotelnya, sebentar kemudian berderinglah telefon yang datangnya dari peminat wanitanya.
"Peminat itu pasti mengajak saja ke klub malam dan dia sanggup menanggung perbelanjaannya", ujar Broery.
"Mula-mula dulu saya hairan kerana begitu berani sikap setengah-tengah peminat wanita saya di Kuala Lumpur," kata Broery dengan air muka yang serius, "akhirnya saya dapati perkara itu biasa terjadi di sini," sambungnya lagi.
Broery yang beragama Kristian tidak pernah merasa kekok bergaul dengan peminat-peminat wanitanya sekali pun pergaulan itu membawa sampai ke bilik hotelnya.
"Terus terang saya katakan, perempuan adalah sumber ilham saya," ujranya.
Bila dapat menghabiskan masa berseronok-seronok dengan perempuan jiwa seninya menjadi begitu hidup untuk menyanyi atau pun berlakon. Berikanlah lagu yang bagaimana susah sekalipun akan dapat digetarkan baik sekali dengan suaranya yang kasar dan nyaring itu. Berikanlah karekter yang bagaimana berat sekalipun akan dapat dilakonkannya dengan penuh berkesan.
Broery mempunyai sikap berterus terang tetapi berbicara penuh diplomatis. Sikap itu merupakan satu lagi keistimewaannya untuk menjerumuskan perempuan ke dalam kekuasaannya disamping kehandalannya sebagai penyanyi dan pelakon.
Broery tidak menolak bila kawan-kawan rapat mengatakan dia bermata keranjang. Dia mengakui sikapnya yang tidak pernah serius dengan seorang perempuan. Hatinya mudah berpindah dari satu hati perempuan ke satu hati perempuan lain.
"Tetapi saya tidak mudah menyatakan cinta kepada perempuan," kata Broery.
Penyanyi bersuara tenor dan aktor berkulit hitam itu menyatakan sepanjang ingatannya hanya dua kali dia mengucapkan cinta kepada perempuan.
"Pertama kali perkataan yang manis itu saya ucapkan kepada Widyawati yang pada masa itu masih belum terkenal lagi tapi sebagaimana yang diketahui umum saya gagal memilikinya," ceritanya dengan sedih.
Sambungnya, "Kali kedua saya ucapkan cinta kepada Christine Hakim yang sampai saat ini masih berkesan cinta itu."
Dalam ketawa bangga dia berkata, "Tapi menerima pengucapan cinta dari wanita huh!... sudah lali telinga saya mendengarnya."
Broery yang kelihatan ingin menyimpan satu rasia peribadinya akhirnya membocorkan kepada saya. "Seorang isteri yang cantik dan berkedudukan baik di Kuala Lumpur sanggup meninggalkan suaminya kalau sanggup saya mengahwinnya," terangnya.
Dalam sepucuk surat yang saya terima dari Broery di Jakarta, dia masih lagi berbicara fasal isteri dari Kuala Lumpur yang mencintainya itu.
Dalam suratnya itu, Broery berkata: "Si isteri itu terus menerus menulis kepada saya mengharapkan jawapan mutlak dari saya."
"Sampai saat ini hati saya belum ada kekuatan untuk memberikan jawapan yang tegas sekali pun saya benar-benar tau bakal isteri ialah Christine Hakim," tulis Broery lagi dalam suratnya itu.


MUKA 24

MUKA 25

MUKA 26

MUKA 27 - ELMI SALLEH

MUKA 28

MUKA 29

ARTIS CARI SPONSOR HARIJADI

Dulu, bila Azean Irdawaty buat parti harjadi, Siti siang-siang sudah mengagak parti harijadi begini pasti berjangkit-jangkit di kalangan artis-artis kita.

Tekaan Siti tepat betul kerana selang beberapa minggu, Noor Azizah pula buat parti harijadinya kemudian diikuti oleh Sarena Hashim.

Tak lama lagi khabarnya seorang dua artis berbintang "Gemini" pula nak mengadakan pesta harijadi mereka...

Entahkan benar entahkan tidak Siti pun tak berani mempastikan, tapi dari cerita kawan-kawan, kononnya si artis berbintang "Gemini" itu sekarang sedang mencari Sponsor... atau lain-lain perkataan, Sponsor itulah nanti akan menanggung segala perbelanjaan untuk parti harijadinya itu.

Di sini Siti cuma nak ingat-ingatkan saja, kalau nak cari Sponsor, pilihlah taukeh-taukeh bachelor ataupun yang duda, kerana pada pendapat Siti taukeh-taukeh yang dah beristeri tentu tak sanggup jadi Sponsor... manalah tau, nasib tak baik, isterinya tau lalu si isteri menyerang di parti tari menari itu.

Cuma saja... tak pasal-pasal rumahtangga porak peranda!...

Hai, beginilah jadinya kalau sudah terlalu dimanja-manjakan sangat... sekarang dah pandai pula meminta-minta... nak minta parti harijadilah, nak minta itu... nak minta ini... hai, lama-lama semuanya tergadai!!!

SITI - bukan taraf "taukeh" majalah hiburan...

PAK SIBUK DALAM SENIMAN

Sejak Siti mengenal persatuan, khususnya persatuan-persatuan budaya, dari dulu sampai sekarang, Siti lihat dalam persatuan-persatuan begini mesti ada satu dua orang kaki sibuk atau lain-lain perkataan "Jadi Pak Sibuk".

Tengok saja dalam mesyuarat agung SENIMAN di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini... Siti lihat ada dua tiga orang yang jadi "Pak Sibuk"

Orang-orang ini memang tidak dikenali langsung, nak dikatakan artis bukan artis, memang muka hidung mereka tak pernah kita lihat di filem, di TV ataupun di mana-mana saja, nak dikatakan orang RTM pun bukan, orang surat khabar pun bukan dan penulis pun bukan!

Tapi dua tiga Pak Sibuk inilah yang paling banyak bercakap... mabuk bercakap, berulang-ulang muka itu - itu juga sampai naik muak, tak bagi can langsung pada orang lain.

Entah apa hubungan pak-pak sibuk dengan SENIMAN Siti pun naik hairan juga!

Akhirnya Siti dapat agak, pak-pak sibuk ini sebenarnya hanya ingin mengambil kesempatan... kesempatan nak menonjolkan diri... dan kesempatan nak bergaul dengan artis-artis.

Buktinya bila tiba minum teh, wah masing-masing sebuk nak bergambar dengan artis... nak bergambar dengan Dayang Sulu... nak bergambar dengan Noor Azizah, sampaikan Noor merungut-rungut kerana dihimpit-himpit dan dipegang-pegang bahunya oleh orang yang tak dikenalinya itu.

Nampak sangat pak-pak sibuk ini hanya nak menumpang publisiti saja... harap-harap gambarnya disiarkan di mana-mana majalah.

SITI - Beri publisiti kena dengan orangnya!...

PENGURUS TAHI MINYAK

Akhir-akhir ini Siti banyak mendenar cerita tentang telatah-telatah seorang dua "pengurus" penyanyi-penyanyi terkenal kita... "banyak sangat tahi minyaknya!"

Penyanyinya boleh bertolak ansur, pengurusnya pulak yang demand melebih-lebih dan melampau-lampau... "Kalau macam ini lama-lama nanti, kerana meluat dengan telatah pengurusnya, lalu orang sudah tidak mau lagi mengambil penyanyi tersebut..." kata seorang penganjur.

Beberapa orang penganjur cukup meluat dengan tabiat pengurus seorang penyanyi top. Katanya, pengurus itu cakap besar dan lagaknya saja yang lebih, sedangkan penyanyi itu manusia yang pendiam, tidak banyak kerenah dan boleh bertolak ansur.

Mereka jadi bimbang, bahana dek pengurus tahi minyak itu, nanti orang naik menyampah nak mengundang penyanyi tersebut ke stage show.

Seorang artis pula bercerita, pada suatu hari dia telah menelefon seorang penyanyi terkenal yang dulunya sama-sama berlakon filem dengannya, tapi sekarang sejak dia sudah ada manager, bukan main sombong lagi... sikit... sikit jumpa manager... sikit... sikit jumpa manager... alamak meluatnya!

Bila nak bercakap dengannya pasal stage show, dia suruh jumpa managernya... dan si pengurus pula meletakkan harga paling mahal, dengan syarat-syaratnya sekali, "Tolong sediakan tiket kapalterbang, hotel dan makan!...

"Wow! Terperanjat saya mendengarnya!... demandnya itu macamkan demand superstar!", kata artis tersebut.

Hai, apalah nak jadi... kalau nama dah naik, mulailah tahi minyak, Siti bimbang nanti telatah-telatah tahi minyak itu akan membunuh artis itu sendiri... kalau nama dah jatuh memang susah nak naikkan lagi.

SITI - jadi hamba pena...

FILEM "SEMERAH PADI" DISEQUELKAN?...

Siti dengar khabar, Sabah Filem nak tunda penggambaran filem "Si Badul" dan "Kisah Seorang Biduan".

Sebab mengapa kedua filem tersebut diKIVkan, menurut produsernya, pada masa ini orang lebih berminat filem purba daripada filem komidi atau pun love story.

Siti juga difahamkan, Sabah Filem berura-ura nak buat filem sequel (sambungan) macam filem "The Godfather" atau pun "Gone With The Wind" yang ada sequel.

Siti sudah pun mendapat tahu Sabah Filem pilih filem "Semerah Padi" arahan Allahyarham P.Ramlee untuk disequelkan.

Nampaknya, Sabah Filem maju selangkah ke depan dalam hal ini. Dan diharapkan filem yang bakal diusahakan itu akan diterima baik oleh kalangan peminat-peminat filem.

SITI - bersiap sedia beri publisiti.

M.BORHAN BERSIKAP TEGAS

Siti agak tersentak juga bila produser Sabah Filem, M.Borhan, membuat kenyataan bahawa dia akan bersikap tegas pada tahun 1977 ini.

Katanya, Sabah Filem tidak akan menawarkan pelakon-pelakon dari luar untuk membintangi filem-filem keluaran Sabah Filem.

"Kami akan mengutamakan artis-artis tempatan," terangnya.

M.Borhan menambah cukuplah sudah dengan dua orang artis luar yang telah kami tawarkan untuk membintangi filem "Hapuslah Air Matamu" dan "Pendekar".

Satu lagi kenyataan ialah M.Borhan tidak mahu tunduk dengan artis-artis yang terlalu demand. "Sabah Filem akan menawarkan bayaran yang difikirkan berpatutan dengan artis yang ditawarkan.

"Kalau mereka tolak, kami cari artis lain," ujarnya.

Dengan tindakan M.Borhan itu tentulah ada sebab-sebabnya, kalau tidak takkan jadi begitu.

Siti berharap kenyataan tidak mahu mengambil artis dari luar itu dapat dipraktikkan. Dengan cara itu memberi kesempatan luas kepada artis-artis tempatan untuk berlakon.

Tentang demand pula Siti setuju kalau ada sepakat antara artis dengan produser. Kerana kerjasama antara mereka sangat perlu.

Kalau tak ada artis tak ada produser, kalau tak ada produser tak ada artis.

SITI - bekerjasama dengan semua pihak.

SITI MUSLIHAT.


MUKA 30 & 31 POSTER UFF - LATIFF IBRAHIM & ROZZANA

MUKA 32

MUKA 33

MUKA 34 - ROZZANA

MUKA 35

MUKA 36

MUKA 37

MUKA 38

MUKA 39

MUKA 40

FILEM-FILEM MASIH
DALAM PENYELENGGARAAN...
Oleh MUSTAFAR A.R.

Tiga buah filem Melayu yang sekarang sedang giat diselenggarakan ialah PENDEKAR arahan M.Amin, LOCENGA MAUT pengarahnya Nas Achnas dan PENAGIH DADAH yang diarahkan oleh Mat Sentul.
Dengan filem-filem tersebut dikeluarkan untuk tahun ini tentulah merupakan satu kemajuan dalam dunia perfileman Melayu. Nampaknya filem-filem Malaysia sudah mendapat perhatian semula dari penonton-penonton filem.
Sudah pasti ramai yang menunggu siapnya filem-filem tersebut, dan mereka berharap persembahannya juga menarik dan memenuhi selera ramai.
Filem PENDEKAR keluaran Sabah Filem penggambarannya sudah sampai ke peringkat 80%. Semua hal-hal seperti dubbing, editing dan sebagainya telah pun selesai dilaksanakan.
Pengarah M.Amin nampaknya berpuas hati tentang filem tersebut setelah dia menyaksikan "rush" filem tersebut, dan dia yakin PENDEKAR lebih baik pelaksanaan jika dibandingkan dengan HAPUSLAH AIR MATAMU.
"Bagaimanapun saya tak jamin filem ini boleh jadi box-office seperti HAPUSLAH AIR ATAMU," ujar M.Amin.
Filem yang dibuat dalam bidang Sabahscope dan warna Eastmancolor ini dijayakan oleh Aziz Jaafar, Noor Azizah, M.Borhan, Farouk Afero, Malek Selamat, Normah Yuzie, A.Rahim dan memperkenalkan Teh Faridah.
Filem LOCENG MAUT usahasama Merdeka Filem (Malaysia) dan Tuti Mutia dari Indonesia merupakan padanan dari filem China "Bells Of Death".
Filem bercorak semi-purba ini pada mulanya heronya ialah Farouk Afero. Tapi kerana sesuatu sebab terpaksa digantikan dengan seorang pendatang baru.
Newcomer dalam perfileman ini ialah Omar S. Syariff berasal dari Gurun, Kedah dan peranan hero yang dipegangnya itu ialah sebagai Andika.


MUKA 41

Andika ialah seorang anak muda yang terlepas dari maut apabila penjahat-penjahat menyerang rumahnya yang mengakibatkan keluarganya dibunuh dan adik perempuannya dicolek.
Andika dengan penuh azam mencari pembunuh-pembunuh tersebut dengan tujuan membunuh mereka sebagai membalas dendam.
Turut menjayakan filem berbidang luas dan berwarna-warni ini ialah Hussein Abu Hassan, Faridah Uchok, Yusoff Haslam, M.Shahdan, Dahlia dan Mokhtar Saaid.
Penggambaran filem ini telah pun berjalan hampir setengah dengan lokasi-lokasinya Pulau Pinang, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Ulu Kelang.
Menurut Nas Achnas, jika tidak ada apa-apa halangan filem ini akan siap sebelum bulan Jun dan seterusnya dipertandingkan dalam "Pesta Filem Asian" yang dijangka berlangsung di Thailand pada pertengahan bulan Jun depan.
Sungguhpun telah mengalami trajidi dengan terbunuhnya dua orang yang ditugaskan memasang alat-alat letupan, tapi filem PENAGIH DADAH tetap diteruskan shootingnya.
Filem yang diusahakan bersama Kerajaan Negeri Johor, Maju Filem dan Danu Umbara Bros., sekarang penggambarannya sudah sampai ke peringkat penyelesaian.
Mat Sentul begitu yakin filem arahannya ini akan beroleh kejayaan dan seterusnya mendapat sambutan hebat kerana ia penuh action yang mendebarkan.
Pelakon-pelakon filem PENAGIH DADAH yang dibuat dalam bidang luas dan berwarna-warni ini terdiri dari Danu Umbara, S.Zamila, Maureen Chan, Sukarni Jaafar, Normah Yuzie, Aznah Hamid, Jefry Din, A.R. Ayappan dan Stephen Wong dari Taiwan.
Mat Sentul memberitahu, filem yang menelan belanja lebih dari $200,000 dijangka akan siap seluruhnya dalam bulan Jun depan ini.


MUKA 42

MUKA 43

MUKA 44

MUKA 45

MUKA 46

MUKA 47

MUKA 48

MUKA 49

MUKA 50

MUKA 51

MUKA 52

MUKA 53

MUKA 54

MUKA 55

MUKA 56

MUKA 57

MUKA 58

MUKA 59 - CHARLES BRONSON & JILL IRELAND

COVER BELAKANG, UJI RASHID - IKLAN PONDS








# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu


FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








20 comments:

  1. Satu lagi post menarik dari FK.
    Seronok baca cerita Sharifah Aini dan Broery.
    Syok tengok foto-foto seksi Rozzana.
    Encik Mustafar tahu ke, di mana Rozzana sekarang?
    - Ameer, Rembau, Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah. Saya pun tak tahu di mana Rozzana sekarang.
      Kalau tanya sepupunya, Sarena Hashim, mungkin dia tahu.
      Tapi dengan Sarena pun saya dah lost contack, terlalu lama tak jumpa.
      Dulu, ketika shooting "Hapuslah Airmatamu" dan "Menanti Hari Esok" selalu juga saya jumpa Rozzana.
      Kali terakhir saya menemuinya pada bulan November 1977, 37 tahun berlalu.
      Saya pergi ke Pulau Pinang mengambil foto-fotonya untuk UFF.
      Foto-foto dan ceritanya telah disiarkan dalam UFF keluaran Disember 1977, dan salah satu antaranya turut jadi hiasan cover.

      Delete
  2. Syabas Encik Mustafar dan isteri kerana postkan artikel ini. Selain cerita-cerita yang telah dituliskan semula oleh Puan Zaini, saya juga tertarik dengan ruangan gossip Masam Masam Manis. Kerana susah nak baca, boleh tak Encik Mustafar meminta Puan Zaini menulisnya semula seperti yang lain-lain itu, untuk saya mengetahui suasana dunia filem pada tahun 1977.
    - Peminat Gossip, Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat gossip ya?
      Nanti saya pujuk Zaini menaipnya semula.
      Ikutkan apa yang ditulis oleh Siti Muslihat, menarik juga.
      Satu antaranya artis cari sponsor harijadi.

      Delete
  3. Encik Mustafar,

    Majalah hiburan tahun-tahun 70an begitu dekat di dalam kehidupan saya kerana saya dilahirkan pada zaman yang penuh warna-warni itu. Hati berbunga-bunga tatkala melihat semula majalah ini, yang pernah dibeli oleh ibu atau arwah tok saya...dan tiba-tiba rasa berbunga-bunga itu bertukar saya mengenangkan keadaan Datuk Sharifah Aini yang kini agak kritikal sakitnya, manakala bintang-bintang seperti Azean Irdawaty, Latiff Ibrahim dan M. Amin telah pergi meninggalkan kita semua....masa berlalu bagai kilat sebelum hujan lebat. Kalau diikutkan standard sekarang, rasanya artis-artis wanita yang berpakaian agak daring seperti yang ditunjukkan di dalam majalah ini pasti akan dicemuh kiri dan kanan di blog-blog dan forum-forum hiburan - begitulah peredaran masa. Terima kasih, Encik Mustafar dan Puan Zaini kerana bersusah-payah berkongsi warna-warni ini bersama-sama kami tanpa sesen bayaran. Saya layarkan doa agar Encik Mustafar dan Puan Zaini sihat selalu berada di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah lumrah alam, dan pasti berlaku.
      Yang sakit tetap sakit, yang pergi tetap pergi.
      Ya, Rozzana sememangnya daring,
      tapi daring artis sekarang lagi teruk.
      Penyiaran dibuat untuk memperlihatkan
      keadaan majalah hiburan dulu-dulu
      berbanding sekarang, tidak ada maksud lain.
      Banyak lagi majalah lama dalam simpanan saya,
      dan kalau mampu akan dipostkan sebulan satu.
      Kepada Anon, terima kasih kerana mendoakan
      kesihatan saya dan isteri, yang banyak membantu.
      Tanpanya, mungkin pergerakan FK begitu slow...

      Delete
  4. Lenggang-lenggok bahasa, frasa, slanga, istilah & apa saja kata-kata yang terucap dalam bentuk cetakan melalui majalah-majalah hiburan "vintage" era baru seperti Utusan Filem & Fesyen (UFF), Variapop, Utusan Radio & TV (URTV) dan beberapa nama lagi dari syarikat penerbitan indie yang lain tidak banyak berbeza dengan majalah-majalah hiburan hari ini. Ketika itu, UFF, URTV & Variapop merupakan penerbitan arus perdana yang dijual secara meluas hingga ke Republik Singapura & Negara Brunei Darussalam manakala yang baru 'mencuba-cuba nasib' dijual secara terhad ataupun langganan melalui pos. Antaranya ialah majalah (namanya saya lupa) keluaran syarikat perfileman milik seniwati Sarimah yang mempunyai pelbagai kelemahan teknikal, strategi, logistik dll. Tidak hairanlah ia bertahan sekejap saja & kemudiannya gulung tikar. Sebagai sebuah penerbitan kecil mungkin ia kekurangan modal, kakitangan editorial, pemberita, jurugambar, pengedar dll. hinggakan isi kandungannya begitu "amateurish", bahasa & ejaannya lintang-pukang serta persembahannya langsung tidak kemas. Majalah-majalah era baru milik syarikat gergasi seperti Utusan & syarikat Variapop milik seorang usahawan (lupa namanya) yang agak dikenali ramai dulu sememangnya gah & menguasai dunia hiburan Melayu menerusi media cetak ketika itu. Syarikat Variapop menghentikan penerbitan majalahnya yang terkenal itu lalu kemudiannya ia bergabung dengan atau membuka sebuah syarikat di Indonesia & berstatus PT (Perusahaan Terbatas). Kehadiran majalah-majalah hiburan seperti UFF/URTV dan Variapop begitu "hype" & "happening" sekali, seolah-olah mereka bersaing & berlumba-lumba untuk menyiarkan berita & laporan yang terbaik, terhebat, terkini, tersensai & ter..... itu dan ter..... ini, lengkap dengan gambar-gambar berwarna-warni, lebih-lebih lagi dalam bulan-bulan menjelang Aidilfitri untuk menerbitkan edisi hari raya masing-masing. Terdahulu dari itu, majalah-majalah hiburan klasik sebelum kelahiran majalah era baru ini kebanyakannya berpusat di Singapura & dikeluarkan sekadar untuk mempromosikan flem-filem Melayu keluaran studio-studio tertentu serta filem-filem asing (Hollywood, Hindi, filem Arab dari Mesir & Lubnan) yang diedarkan oleh syarikat berkenaan. Antaranya ialah Majalah Filem (Shaw Bros), Berita Filem (Cathay), Gelanggang Filem (milik P. Ramlee), Filem Malaysia dan beberapa penerbitan yang lain. Gaya bahasa yang digunakan agak berbeza sedikit kerana mengikut suasana pada zaman 60'an & sebelumnya. Ia menggunakan sistem ejaan Melayu yang lama sebelum ia dikemaskinikan menurut ejaan hari ini yang digunakan secara seragam di Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei oleh pihak MABBIM.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  5. Maaf - "tersensasi" bukan tersensai

    - NONAMA

    ReplyDelete
  6. Maaf sekali lagi - kesilapan memang wajib diperbetulkan. Penyeragaman ejaan rumi Malaysia-Indonesia (termasuk Singapura & Negara Brunei Darussalam) tiada kena-mengena langsung dengan pertubuhan MABIMS. MABIMS lebih merupakan sebuah badan perundingan yang bekerjasama bagi memantau perkembangan & aktiviti agama Islam di negara-negara dalam lingkungan Nusantara.

    Harap maaf.

    - NONAMA


    ReplyDelete
  7. Good work, Encik Mustafar.
    Tidak ada blog yang siarkan majalah-majalah lama,
    menulis semula cerita-cerita menarik untuk memudahkan,
    peminat-peminat FK membacanya, kecualinya blog ini.
    Syabas...

    - Peggy, Kg. Pandan, K.Lumpur.

    ReplyDelete
  8. Teima kasih Encik Mustafar kerana mengembalikan nostalgia terhadap majalah-majalah lama yang kini tinggal nama sahaja. Tertarik sekali dengan artikel Sharifah Aini ketika zaman kemuncaknya. Saya adalah peminat setia vocal beliau dan apabila dapat membaca semula artikel-artikel lama begini dirasakan cukup nostalgia. Saya juga teringin dan moga akan dapat membaca kembali kisah gossip beliau dengan Broery Marantika, saya tidak ingat majalah apa tetapi kemungkinannya Varia Pop.

    Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Diharap Sharifah Aini yang keuzuran,
      pulih dan sihat kembali.
      Entah macam mana tiba-tiba saja terjumpa foto,
      Sharifah Aini bergambar dengan Bahyah Mahmood dan saya.
      Suatu masa yang baik, nanti saya siarkan, mungkin
      dalam Bahyah Mahmood Dari Kacamata Mustafar A.R.

      Delete
  9. Saya rasa saya pernah membaca UFF edisi ini semasa saya masih di sekolah rendah.Bila saya terlihat foto2nya dan juga artikal2nya,seolah macam baru semalam saya membacanya..dulu ketika itu saya kerap membaca UFF,URTV dan Variapop sebab kakak sepupu saya yang remaja ketika itu rajin membelinya..saya yang jadi tukang bacanya.sampai lupa baca buku sekolah.Shabas kpd En Mus yang mengembalikan nostalgia saya.Mengenai Norma Yuzie tu saya dah lupa wajahnya..saya teringat ketika arwah kemalangan jalanraya dan meninggal dunia satu M'sia heboh yang kononnya Sharifah Aini yang meninggal sebab mereka amat akrab dan sama-sama daring tika itu.Kini tak satu pun majalah hiburan tersebut yang masih ada lagi dan kakak sepupu saya yg remaja ketika itu dah bercucu cicit.Thanks a lots En Mus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dengan penyiaran banyak lagi majalah lama pada masa akan datang, diharap dapatlah kiranya len jugrano hamid terus-terusan bernostalgia. Bagus, terkenangkan masa lampau. Kalau tak kena gaya, boleh menangis dibuatnya.

      Delete
  10. Bagus post kali ini, menarik dan berinformasi.
    Siap ditulis semula artikel-artikel yang menarik.
    Blog lain, rasanya, tidak pernah ada seperti ini.
    Syabas Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop.

    Drp: NurAini (UiTM), Alor Gajah, Melaka.

    ReplyDelete
  11. Dulu masa awal remaja saya suka curi curi baca UFF tambahan pula kalau bapak saya tak ada kat rumah mula lah saya selongkar almari buruk.bapak saya tahu dia naik angin terus bakar semua koleksi UFF ..saudara sendiri maklum dulu UFF popular dengan" Darliz sejuta peristiwa" "bulan pucat "..yang tak sesuai untuk bacaan remaja..macam mana la orang tua tu tak mengamuk,

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan kerana mewujudkan blog http://filemklasikmalaysia.blogspot.com

    Entah macam mana hari ini, saya terjumpa blog ini, rezeki agaknya. Perkara yang mula-mula saya tengok adalah gambar-gambar kahwin artis dulu-dulu. Sungguh nostalgia! Kebanyakan yang lama-lama sangat tu saya tak pernah tengok pun.

    Saya akan perlahan-lahan membaca semua entry di blog tuan ini untuk menambahkan pengetahuan. Sangat menarik.

    - Lin (via e-mail), Ampang, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Lin.
      Biar lambat, asalkan terjumpa.
      Di peringkat awal, saya ingin cuba-cuba saja.
      Tetapi menjadi kegusaran saya pula,
      apabila sambutannya diluar jangkaan.
      114 negara mengujungi blog ini, pada hal ianya
      berBahasa Malaysia, sedikit saja berBahasa Inggeris.
      Demi peminat, mau tak mau terpaksa saya teruskan juga.
      Kini sudah melebihi 4 tahun, sambutan nampaknya tetap baik.
      Dan, akan diteruskan selagi saya termampu dan terdaya.

      Delete
  13. Saya masih belajar di sebuah universiti petronas.
    Rasanya tak pernah tengok majalah UFF ini.
    Bagus ada blog FK, setidak-tidaknya orang muda
    macam saya dapat lihat majalah lama seperti ini.
    Hasrat Encik Mustafar A.R. untuk postkan
    satu bulan satu majalah sangat dialu-alukan.

    - YAZID (UTP), Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete