TIGA FILEMNYA PALING SAYA MINATI
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
ULASAN FK___
KALAU dibandingkan dengan ketanpanan dan kesegakan Tyrone Power, James Stewart, John Wyane, Gary Cooper, Robert Taylor dan Gregory Peck, Victor Mature, bak kata orang, "tidaklah sampai ke mana".
Bagi saya, sebagai bintang filem, Victor Mature mempunyai karisma yang boleh menarik peminat-peminat filem menonton filem-filemnya sama seperti ketidakkacakan Kirk Douglas, Richard Widmark, Anthony Quinn dan Jack Palance.
Saya mula meminati Victor Mature selepas menonton filem "Samson and Delilah" (1949). Peranannya sebagai Samson begitu hebat dan membuat saya tertarik kepadanya.
Dengan tubuh badan yang tegap dan nampak kuat dia sangat sesuai memegang peranan tersebut, dan tidak tersilap bagi pengarah Cecil B. DeMille mengambilnya menggantikan Burt Lancaster yang dicadangkan pada mulanya membawa peranan Samson.
Kali pertama saya menonton "Samson and Delilah" di Odeon, Kuala Lumpur, bukan di peringkat awal penayangannya tetapi jauh ke depan di pertengahan tahun 1950an (tayangan ulangan entah berapa kali ulangan).
Di Singapura, filem yang dibintangi oleh Hedy Lamarr sebagai Delilah ini mula ditayangkan di Cathay Cinema pada 16 Februari 1951.
Mengikut laporan The Straits Times (18 Mac 1951), filem ini telah memecah rekod tayangan di Singapura dan Kuala Lumpur.
Singapura, tayangannya di minggu kelima menerima 120,000 orang penonton dan Kuala Lumpur di minggu keempat, setiap seorang dari tiga orang penduduknya sudah menonton.
Rekod tayangan di Cathay Cinema, Singapura pada tahun 1951 dipegang oleh "Samson and Delilah" (49 hari) dan ia hanya dapat dipecahkan pada tahun 1958 oleh "The Ten Commandments" (50 hari).
"The Ten Commandments" juga diarahkan oleh Cecil B. DeMille mengisahkan mengenai Nabi Musa menentang kekejaman Firaun dengan pelakon utamanya Charlton Heston dan dibantu oleh Yul Brynner, Anne Baxter dan Debra Paget.
Victor Mature (nama sebenarnya Victor John Mature) lahir di Louisville, Kentucky pada 29 Januari 1913, dan mula berlakon filem dalam "The Housekeeper's Daughter" pada tahun 1939.
Sejak itu, dia telah membintangi lebih 50 filem kebanyakannya sebagai hero dan berheroinekan aktris-aktris terkenal termasuk Gene Tierney, Betty Grable, Rita Hayworth, Linda Darnell, Jane Russell, Esther Williams, Jean Simmons, Susan Hayward, Lana Turner, Anita Ekberg dan bintang filem Hong Kong, Li Li Hwa.
Tiga filemnya yang saya anggap paling menarik "Samson and Delilah" (1949), "The Robe" (1953) dan "Zarak" (1956).
12 lagi yang boleh dianggap menarik "My Darling Clementine" (1946), "Kiss of Death" (1947), "Demetrius and the Gladiators" (1954), "China Doll" (1958), "Safari" (1956), "Egyptian" (1954), "Betrayed" (1954), "Androcles and the Lion" (1952), "The Veils of Bagdad" (1953), "Chief Crazy Horse" (1955), "Violent Saturday" (1955) dan "The Bandit of Zhobe" (1959).
Kali terakhir Victor Mature berlakon pada tahun 1984 memegang peranan Manoah (ayah kepada Samson yang dilakonkan oleh Anthony Hamilton) dalam "Samson and Delilah" untuk filem tv.
Victor Mature meninggal dunia pada 4 Ogos 1999 kerana leukemia di Rancho Santa Fe, California.
(sumber: baselnelson)
FAKTA___
* Selain Hedy Lamarr turut difikirkan oleh Cecil B. DeMille memegang peranan Delilah Betty Hutton, Jean Simmons, Lana Turner dan Rita Hayworth.
* Selain Burt Lancaster digugurkan memegang peranan Samson, Henry Wilcoxon dalam filem ini dia berperanan sebagai Putera Ahtur.
* Pada mulanya Phyllis Calvert sepatutnya memegang peranan Samadar, tetapi kerana sakit dia digantikan oleh Angela Lansbury.
* Steve Reeves (terkenal dengan filem-filem Hercules) turut mendapat perhatian Cecil B. DeMille untuk memegang peranan Samson.
* Filem ini mula ditayangkan di New York pada 21 Disember 1949; Jepun, 15 Februari 1952; Hong Kong, 6 Mac 1952 dan Filipina, 13 Mac 1952.
* Anehnya, filem sehebat ini tidak terpilih sebagai calon filem terbaik di anugerah oskar 1950. Ia hanya menang dua oskar di bahagian teknikal, arahan seni terbaik dan rekaan kostium terbaik. Pada tahun tersebut "All About Eve" yang diarahkan oleh Joseph L. Mankiewicz menang anugerah filem terbaik.
* Ini lawak dari Groucho Marx. Selepas tayangan perdana, Cecil B.DeMille bertanya pendapatnya tentang filem tersebut. Kata Groucho Marx, tidak ada filem yang boleh menarik minatnya apabila buah dada hero (Victor Mature) lebih besar dari buah dada heroine (Hedy Lamarr).
* Musik ciptaan Victor Young telah menarik minat pengarah S. Ramanathan, dan ini menyebabkan dia meminta Yusof B. menggubah semula lagu tersebut dengan lirik oleh S. Sudarmadji untuk lagu mengiringi credit title filem "Chemburu" (1953) yang dibintangi oleh Rosnani, Yusof Latiff dan Mariani. Lagu tersebut dinyanyikan oleh P.Ramlee.
SAMSON AND DELILAH FULL MOVIE
Hedy Lamarr
HEDY LAMARR___
Atau nama sebenarnya Hedwig Eva Maria Kiesler lahir di Vienna pada 9 November 1913, dan mula mendapat perhatian apabila muncul berbogel dalam filem Czechoslovakia yang dibuat di Prague "Ecstasy" pada tahun 1933.
Apabila bercerai dengan suaminya, Friedrich Mandl, dia bertemu dengan Louis B. Mayer (orang kuat MGM) di London, dan pada tahun 1938 berlakon filem pertamanya di Hollywood "Algier".
Selepas itu, Hedy Lamarr membintangi beberapa filem lagi termasuk "Boom Tiwn" (1940), "Ziegfeld Girl" (1941), "White Cargo" (1942) dan "Tortilla Flat" (1942) yang dipadankan dari novel karya John Steinbeck.
Antara tahun 1940 hingga 1949, Hedy Lamarr telah membintangi 18 filem.
Kejayaan besar yang dicapainya apabila dia memegang peranan Delilah dalam filem Cecil B. DeMille "Samson and Delilah" pada tahun 1949 dengan Victor Mature sebagai Samson.
Anehnya, kehebatan filem yang berdasarkan kitab injil itu memusnahkan kerjayanya sebagai bintang filem apabila selepas itu dia hanya membintangi 6 filem saja.
Hedy Lamarr mengakhiri kerjaya filemnya pada tahun 1958 dengan "The Female Animal" yang turut dibintangi oleh George Nader dan Jane Powell.
Hedy Lamarr meninggal dunia di Casselberry, Florida pada 19 Januari 2000.
FAKTA___
* Filem kedua dibuat dalam CinemaScope. Bagaimanapun, yang pertama di tayangkan untuk tontonan umum pada 16 September 1953. Filem CinemaScope pertama "How to Marry a Millionaire" di tayangkan pada 4 November 1953.
* Darryl F. Zanuck pada mula menawarkan kepada Tyrone Power untuk memegang peranan Marcellus Gallio sebagai satu cara mengumpannya menandatangan kontrak baru, tetapi dia menolak. Tempatnya digantikan dengan Richard Burton.
* Burt Lancaster sepatutnya berperanan sebagai Demetrius yang dipegang oleh Victor Mature.
* Affair! Richard Burton telah diancam dengan pistol oleh Stewart Granger kerana dia mendapat tahu isterinya, Jean Simmons, ada membuat hubungan sulit dengan Richard Burton semasa penggambaran.
* Filem pertama Richard Burton berheroinekan Jean Simmons.
* Filem pertama CinemaScope dicalonkan merebut anugerah oskar (1953) filem terbaik tetapi ditewaskan oleh "From Here to Enternity" yang diarahkan oleh Fred Zinnemann.
* Agak aneh juga, sama seperti "Samson and Delilah" filem ini hanya memenangi anugerah oskar arahan seni terbaik dan rekaan kostium terbaik pada tahun 1953.
* Richard Burton kerana filem ini dicalonkan merebut anugerah aktor terbaik tetapi digagalkan oleh William Holden yang membintangi "Stalag 17".
* Di penyampaian anugerah Golden Globe 1953, filem ini memenangi anugerah filem terbaik.
* Kali ketiga Victor Mature berlakon bersama Jean Simmons selepas "Androcles and the Lion" (1952) dan "Affair with a Stranger" (1953).
THE ROBE FULL MOVIE
Jean Simmons
JEAN SIMMONS___
Nama asalnya Jean Merilyn Simmons lahir di Lower Holloway, London pada 31 Januari 1929. Kerjaya filemnya bermula ketika usianya masih muda, 14 tahun.
Jean Simmons mula mendapat perhatian setelah muncul memegang peranan Estella dalam filem David Lean "Great Expectations" pada tahun 1946 dan "Black Narcissus" (1947).
Lebih menyerlah lagi apabila dia dicalonkan merebut anugerah oskar tahun 1948 (aktris pembantu terbaik) disebabkan peranannya sebagai Ophelia dalam filem "Hamlet" yang dipadankan dari karya William Shakespeare.
Jean Simmons kalah kepada Claire Trevor kerana filemnya "Key Largo", namun "Hamlet" dipilih menerima anugerah filem terbaik dan Laurence Olivier menang aktor terbaik.
Pada tahun 1950 J. Arthur Rank telah menjual kontraknya kepada Howard Hughes (orang kuat RKO Radio Picture), dan pada tahun itu juga dia berkahwin dengan Stewart Granger dan mereka pernah berlakon bersama dalam "Adam and Evalyn" (1947) kemudian disusuli "Young Bess" (1953) dan "Footstep in the Fog" (1955).
Banyak filem menarik dilakonkannya dan mendapat sambutan, antaranya termasuk "The Robe" berherokan Richard Burton, "The Big Country" (Gregory Peck 1958), "Elmer Gantry" (Burt Lancaster 1960), "Spartacus" (Kirk Douglas 1960) dan "Home Before Dark" (1958) di mana dia telah memperlihatkan mutu lakonan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Disamping itu, Jean Simmons juga turut berlakon siri tv popular seperti "The Thorn Birds" (1983), "North and South" (1985) dan "Dark Shadows" (1993).
Kerjaya filemnya berakhir dengan filem "Shadows in the Sun" pada tahun 2009.
Pada tahun 1960, Jean Simmons bercerai dengan Stewart Granger dan pada 1 November 1960 dia berkahwin pula dengan pengarah Richard Brooks yang juga berakhir dengan perceraian pada tahun 1977.
Dari segi memenangi anugerah dia kemarau panjang. Anugerah oskar tidak pernah dimenanginya tetapi anugerah Emmy pada tahun 1983 memilihnya sebagai aktris pembantu terbaik kerana "The Thorn Birds" dan anugerah Golden Globes (1956) aktris terbaik kerana lakonannya dalam "Guys and Dolls" yang dibintanginya bersama Marlon Brando.
Jean Simmons meninggal dunia di Santa Monica, California pada 22 Januari 2010.
FAKTA___
* Filem ini dipadankan dari novel tahun 1949 "The Story of Zarak Khan" oleh A.J. Bevan.
* Filem ini juga menggunakan tajuk "Zarak Khan".
*Poster filem ini telah dikritik hebat oleh House of Lords (parlimen) Britain kerana dianggap lucah dan telah diharamkan penyebarannya di United Kingdom.
* Filem kedua Victor Mature berlakon dibawah arahan Terrence Young selepas "Safari" (1956) yang turut dibintangi oleh Janet Leigh.
* Filem pertama Victor Mature berheroinekan Anita Ekberg. Selepas filem ini mereka berlakon bersama dalam "Interpol" (1957) yang juga menggunakan tajuk "Pickup Alley".
* Penggambaran filem dilakukan di Morocco, India, Burma dan England.
* Kerana kejayaan filem ini, sambungannya (sequel) dibuat, bertajuk "The Bandit of Zhobe" yang diarahkan oleh John Gilling. Bagaimanapun, persembahan dan sambutannya tidak sebaik "Zarak."
* Kerana peranannya sebagai Zarak Khan dimatikan, dalam "The Bandit of Zhobe" ini Victor Mature memegang peranan Kasim Khan (tajuk asal) yang memusuhi orang-orang British kerana menganggap mereka membunuh kaum keluarganya.
Anita Ekberg
ANITA EKBERG___
Yang lahir di Malmo, Sweden pada 28 September 1931 memulakan kerjaya sebagai model fesyen sebelum terjun ke dunia filem.
Pada tahun 1950 dia (Kerstin Anita Marianne Ekberg) menyertai Miss Sweden dan berjaya. Ini membolehkannya pergi ke Amerika Syarikat untuk menyertai Miss Universe, tetapi gagal.
Sungguhpun tidak menang, sebagai salah seorang peserta 6 finalist, Anita Ekberg mendapat tawaran menandatangani kontrak dengan Universal Pictures.
Filem pertama Anita Ekberg di Hollywood "The Mississippi Gambler" (1953) berlakon bersama Tyrone Power dan Piper Laurie tetapi namanya tidak tercatat di credit title.
Kemudian disusuli pula sebagai dayang dalam "The Golden Blade" (1953) yang dibintangi oleh Rock Hudson dan Piper Laurie.
Kecantikan dan kejelitaannya turut menarik minat John Wyane (sebagai produser)apabila dia diberi peranan sebagai perempuan Cina dalam "Blood Alley" (1955) yang juga dibintangi oleh John Wyane dan Lauren Bacall.
Dalam "Artists and Models" (1955) dan "War and Peace" (1956) peranannya masih terpinggir. Hanya "Back To Enternity" (1956) yang diarahkan oleh John Farrow meletakkannya ke taraf heroine berherokan Robert Ryan.
Dalam "Zarak" bukan saja Anita Ekberg berkemampuan memperlihatkan keseksiannya tetapi juga bakat lakonannya, dan ini sekali lagi dia digandingkan dengan Victor Mature dalam "Interpol" ("Pickup Alley") pada tahun 1957.
Kejayaan besar yang dicapainya apabila Federico Fellini mengekploitasikan keseksiannya dalam "La Dolce Vita" (1960) berherokan Marcello Mastroianni.
Adegan dia mandi di Trevi Fountain, Rome kini sudah dianggap klasik.
Anita Ekberg turut membintangi "Boccaccio '70" yang mengadungi 4 cerita dan diarahkan oleh 4 pengarah - Federico Fellini, Lochino Visconti, Vittoria de Sica dan Mario Monicelli.
Ceritanya menitiberatkan cinta dan maruah.
Anita Ekberg muncul bersama Peppino de Filipino dalam episod yang diarahkan oleh Federico Fellini.
Selepas itu banyak juga filem yang dibintangi oleh Anita Ekberg, tetapi sambutannya tidak menggalakkan kecuali dua yang dikeluarkan pada tahun 1963 - "Call Me Bwana" bersama Bob Hope dan "4 For Texas" dengan Frank Sinatra, Ursula Andress dan Dean Martin.
Anita Ekberg berkahwin dengan aktor British Anthony Steel pada tahun 1956 dan bercerai pada tahun 1959. Pada tahun 1963 dia berkahwin dengan aktor Rik Van Nutta dan bercerai pula pada tahun 1975.
Anita Ekberg (katanya, Howard Hughes pernah mengajaknya berkahwin pada tahun 1950) turut berhubung sulit dengan Tyrone Power, Errol Flynn, Gary Cooper, Yul Brynner, Frank Sinatra, Robert Wagner dan Marcello Mastroianni.
Disamping itu, dia juga pernah beraffair dengan pengerusi kereta Fiat (Gianni Angelli) selama tiga tahun.
Anita Ekberg kini tinggal di Rome, Itali.
* Sekiranya ada di antara YouTube di sini menghadapi masalah, cuba anda cari di YouTube biasa.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.

Tiga filem pilihan FKM
ReplyDeleteyang dibintangi oleh Victor Mature
merupakan tiga filem yang saya minati.
Teruskan usaha anda mengedalikan FKM.
Blog ini besar manfaatnya, dan
mengandungi info yang sangat bernilai.
La... saya sudah ketinggalan keretapi.
ReplyDeleteMenarik artikel ini, dan setuju dengan Encik Mustafar
tiga filem tersebut sememangnya bagus.
Drp: KamalShah, Kajang, Selangor.