"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, June 16, 2011


ANUGERAH FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK

PENEMUAN FAKTA YANG MEMERANJATKAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Sebagai pengarah P.Ramlee menerima 6 anugerah


Aziz Jaafar menerima anugerah kerana filem "Sumber Ilhamku"


Kerana filem "Keluarga Comat" Aziz Sattar menerima anugerah persembahan istimewa


Tony Castillo menerima anugerah kerana filem "Anak-Ku Sazali"


Adek Wan Hussain dan R. Suriani dalam filem "Mega Mendong" yang turut mendapat anugerah


Hussain Haniff menerima anugerah kerana filem "Dang Anom"


Bat Latiff menerima anugerah kerana filem "Gerhana"


P. Ramlee melangkah dengan bergaya selepas menerima anugerah untuk filem arahannya "Pendekar Bujang Lapok"


ULASAN FK___

SELAMA entah berapa puluh tahun lamanya saya menjangkakan Adek Wan Hussain memenangi anugerah aktor kanak-kanak terbaik kerana filem lakonannya "Mega Mendong" yang diarahkan oleh L. Krishnan di Festival Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-1 (FFA1) di Tokyo pada tahun 1954.

Tetapi dalam kajiselidik yang saya buat untuk menerbitkan buku mengenai perkembangan filem di Malaysia sejak tahun 1934 hingga kini Malaysia Cinema (Sinema Malaysia), ternyata jangkaan tersebut meleset dan memeranjatkan.

Saya yang bertanggungjawab mengendalikan Pameran Anugerah FFA35 di Kuala Lumpur dan Kuching pada tahun 1990 turut terpedaya dengan mencatatkan Adek Wan Hussain sebagai pemenang anugerah tersebut di festival yang sama.

Malah dalam blog Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mengenai anugerah dan pencapaian (kini sudah dipadamkan) pun mencatat "Mega Mendong" memenangi anugerah aktor kanak-kanak terbaik di FFAP1.

Ini jelas, tidak ada usaha dilakukan oleh Finas atau pun Arkib Negara untuk membuat kajiselidik mengenai FFA dan pencapaian Malaysia memenangi anugerah yang mana ini sangat penting untuk anak cucu cicit kita di masa akan datang.

Kesilapan ini sudah berlaku lama (sejak tahun 1954, ertinya 57 tahun) dan tidak ada sesiapa pun membuat pembetulan. Ia akan terus kekal silap sekiranya saya tidak menemui fakta yang sememangnya penting ini.

Dalam akhbar berBahasa Inggeris The Straits Times keluaran 25 Mei 1957 ada tercatat di muka depan

WE WIN 4 FESTIVAL AWARD Ramlee (I CAN'T BELIEVE IT, HE SAYS) get top actor prize

(terjemahan: KITA MENANG 4 ANUGERAH FESTIVAL Ramlee (SAYA TIDAK PERCAYA, KATANYA) dapat menang anugerah utama aktor


sebagai tajuk utama (lead) serta dihiasi gambar P. RAMLEE dan Adek Wan Hussain.

Di bawahnya tercatat pula

THREE Malayan actors and the Malayan Film Unit won top honours at Asia Film Festival in Tokyo. The awards announced last night in Tokyo included P. Ramlee (best actor) and Antonio Castillo and Adek Wan Hussain (best child players).

(terjemahan: TIGA aktor Malaya dan Malayan Film Unit menang anugerah tertinggi di Festival Filem Asia di Tokyo. Pemenang anugerah telah diumumkan malam tadi di Tokyo termasuk P. Ramlee (aktor terbaik) dan Antonio Castillo dan Adek Wan Hussain (aktor kanak-kanak terbaik).


Berita tersiar dalam tahun 1957 (bukannya tahun 1954), ini bererti Adek Wan Hussain menang anugerah aktor kanak-kanak terbaik di FFA4 di Tokyo bukannya FFA1 di Toyko sebagaimana selama ini saya sangkakan.

Satu perkara lagi yang boleh dikatakan memeranjatkan, di festival filem tersebut Malaysia-Singapura menang dua anugerah aktor kanak-kanak terbaik - Antonio Castillo (dalam "Anak-Ku Sazali" tercatat namanya Tony saja) kerana lakonannya dalam "Anak-Ku Sazali" yang diarahkan Phani Majumdar dan Adek Wan Hussain dalam "Mega Mendong" yang diarahkan oleh L. Krishnan.

Ini kali pertama anugerah aktor kanak-kanak terbaik diberikan kepada dua pelakon dari sebuah negara yang sama (Malaysia-Singapura).

Pada tahun 1959 di FFA6 (Kuala Lumpur) juga terdapat dua aktor kanak-kanak diberi anugerah tetapi dari dua negara yang berlainan - Korea dan China.

Aiddie Ali yang turut diberi anugerah di festival filem yang sama bukan sifatnya sebagai aktor kanak-kanak terbaik kerana peranannya dalam "Satay" tetapi lebih merupakan kecemerlangan lakonan (outstanding performance).

Agak menarik, Tony dan Adek Wan Hussain mendapat anugerah tersebut dengan filem lakonan pertama. "Anak-Ku Sazali" dan "Mega Mendong" adalah filem pertama Tony dan Adek Wan Hussain.

Semasa pengumuman dibuat, Tony sedang berlakon dalam "Seruan Darah" sebagai Ahmad Mahmood semasa kecil dan Adek Wan Hussain setelah "Mega Mendong" berlakon dalam dua filem lagi - "Adam" yang merupakan arahan pertama S. Roomai Noor dan "Salah Sangka" yang diarahkan oleh B.N. Rao.

Dengan penemuan tersebut, kedudukan sudah berubah. P. RAMLEE merupakan anak Malaysia-Singapura pertama memenangi anugerah di FFA, bukannya Adek Wan Hussain.

P. Ramlee berjaya memenangi anugerah musik terbaik di FFA3 (Hong Kong 1956) kerana musik ciptaannya untuk "Hang Tuah" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

Ini adalah fakta yang harus diperbetulkan oleh sesiapa saja terutamanya Finas dan Arkib Negara.


PEMENANG ANUGERAH FFA___

Senarai penuh anugerah di menangi oleh Malaysia-Singapura selama 30 tahun (dari tahun 1954 hingga tahun 1984) adalah seperti di berikut;

* Musik terbaik "Hang Tuah" P. Ramlee FFA3 (Hong Kong 1956)

* Aktor terbaik "Anak-Ku Sazali" P. Ramlee FFA4 (Tokyo 1957)

* Aktor kanak-kanak terbaik "Anak-Ku Sazali" Tony FFA4 (Tokyo 1957)

*Aktor kanak-kanak terbaik "Mega Mendong" Adek Wan Hussain FFA4 (Tokyo 1957)

* Sinematografi terbaik "Sumpah Orang Minyak" A. Bakar Ali FFA5 (Manila 1958)

* Komedi terbaik "Pendekar Bujang Lapok" FFA6 (Kuala Lumpur 1959)

* Kecemerlangan lakonan "Satay" Aiddie Ali FFA6 (Kuala Lumpur 1959)

* Gambaran terbaik cerita rakyat "Mahsuri" FFA6 (Kuala Lumpur 1959)

* Komedi terbaik "Nujum Pa' Blalang" FFA7 (Tokyo 1960)

* Aktor kanak-kanak terbaik "Lela Manja" Bat Latiff FFA7 (Tokyo 1960)

* Komedi terbaik "Che Mamat Parang Tumpol" FFA8 (Manila 1961)

* Cerita rakyat terbaik "Dang Anom" FFA9 (Seoul 1962)

* Bakat serba boleh (the most versatile talent) "Ibu Mertua Ku" P. Ramlee FFA10 (Tokyo 1963)

* Sinematografi terbaik "Ibu Mertua Ku" A. Bakar Ali FFA10 (Tokyo 1963)

* Aktor pembantu terbaik "Bayangan Di Waktu Fajar" Rendra Karno FFA10 (Tokyo 1963)

* Aktor kanak-kanak terbaik "Gerhana" Bat Latiff FFA11 (Taipei 1964)

* Komedi terbaik "Madu Tiga" FFA11 (Taipei 1964)

* Drama trajidi terbaik "Satu Titek Di Garisan" FFA19 (Singapura 1973)

* Trajidi kampus terbaik "Permintaan Terakhir" FFA21 (Jakarta 1975)

* Komedi terbaik "Keluarga Comat" FFA21 (Jakarta 1975)

* Aktor kanak-kanak terbaik "Sayang Anakku Sayang" Aziz M. Osman FFA22(Pusan 1976)

* Menjanjikan persahabatan dan kemajuan seni "Hapuslah Airmatamu" FFA22 (Pusan 1976)

* Kisah terjidi terbaik "Jiwa Remaja" FFA22 (Pusan 1976)

* Penyuntingan terbaik "Loceng Maut" Salehan Shamsuddin FFA24 (Sydney 1978)

* Keseluruhan kesempurnaan "Loceng Maut" FFA24 (Sydney 1978)

* Komedi terbaik "Panglima Badol" FFA25 (Singapura 1979)

* Rakaman suara terbaik "Dendang Perantau" Zulkiflee Salleh/Peter Lim FFA25 (Singapura 1979)

* Aktres pembantu terbaik "Adik Manja" Shasha FFA26 (Jakarta/Jogjakarta/Bali 1980)

* Komedi sihat dengan penghargaan bernilai "Adik Manja" FFA26 (Jakarta/Jogjakarta/Bali 1980)

* Tema terbaik mengenai perpaduan kaum "Esok Masih Ada" FFA26 (Jakarta/Jogjakarta/Bali 1980)

* Inspirasi cerita terbaik mengenai kegigihan seorang artis mencapai kejayaan "Sumber Ilhamku" FFA26 (Jakarta/Jogjakarta/Bali 1980)

* Aktres muda berbakat "Abang" Fauziah Ahmad Daud FFA27 (Kuala Lumpur 1982)

* Penonjolan kuat di layar perak "Pemburu" Ahmad Yatim FFA27 (Kuala Lumpur 1982)

* Kisah luar bandar terbaik "Ranjau Sepanjang Jalan" FFA28 (Taipei 1984)


KESIMPULANNYA___

Ini bererti selama 28 kali penganjuran FFA, pencapaian Malaysia-Singapura merebut anugerah terutama anugerah utama tidak begitu memerangsangkan.

Paling ke depan P. Ramlee apabila dia memenangi anugerah aktor terbaik kerana lakonannya dalam "Anak-Ku Sazali" (1957), kemudian diikuti oleh Rendra Karno aktor pembantu terbaik kerana "Bayangan Di Waktu Fajar" (1963) dan Shasha aktres pembantu terbaik kerana "Adik Manja" (1980).

Dalam bidang teknikal, A. Bakar Ali ke depan dengan memenangi 2 anugerah fotografi terbaik (hitam & putih) - "Sumpah Orang Minyak" (1958) dan "Ibu Mertua Ku" (1963).

Anugerah musik terbaik dimenangi oleh P. Ramlee kerana ciptaan musiknya untuk "Hang Tuah" (1956), anugerah penyuntingan terbaik dimenangi oleh Salehan Shamsuddin "Loceng Maut" (1978) dan anugerah rakaman suara terbaik diperolehi oleh Zulkiflee Salleh/Peter Lim "Dendang Perantau" (1979).

Itu saja 8 anugerah berprestij yang diterima oleh Malaysia-Singapura sepanjang tahun 1954 hingga 1984, yang lain semuanya boleh dianggap sebagai anugerah belas kasihan atau pun anugerah mengambil hati.

P. Ramlee sebagai pengarah menerima 3 anugerah komedi terbaik,
* "Pendekar Bujang Lapok" (1959)
* "Nujum Pa' Blalang" (1960)
* "Madu Tiga" (1964)

L. Krishnan "Che Mamat Parang Tumpol" (1961)

Aziz Sattar "Keluarga Comat" (1975)

Hussain Abu Hassan "Panglima Badol" (1979)

Bat Latiff diberi 2 anugerah sebagai aktor kanak-kanak terbaik,
* "Lela Manja" (1960)
* "Gerhana" (1964)

Tony (Tony Castillo) "Anak-Ku Sazali" (1957)

Adek Wan Hussain "Mega Mendong" (1957)

Aziz M. Osman "Sayang Anakku Sayang" (1976)

Aiddie Ali (mengikut kajian) tidak boleh dianggap aktor kanak-kanak terbaik kerana di FFA (1959) dua aktor kanak-kanak menerima anugerah tersebut - Pak Kwang Soo (Korea) dan Hsiao Yen-chang (China)

Mengikut catatan, Aiddie Ali diberi anugerah kerana kecemerlangan lakonan (outstanding performance) dalam "Satay", bukan aktor kanak-kanak terbaik


PENGARAH___

P. Ramlee menerima 6 anugerah.
* "Sumpah Orang Minyak"
* "Pendekar Bujang Lapok"
* "Nujum Pa' Blalang"
* "Ibu Mertua Ku" (2)
* "Madu Tiga"

Jamil Sulong (7).
* "Lela Manja"
* "Gerhana"
* "Permintaan Terakhir"
* "Sayang Anakku Sayang"
* "Jiwa Remaja"
* "Dendang Perantau"
* "Ranjau Sepanjang Jalan"

Phani Majumdar (3)
* "Hang Tuah"
* "Anak-Ku Sazali" (2)

L. Krishnan (2)
* "Mega Mendong"
* "Che Mamat Parang Tumpol"

K.M. Basker (1) - "Satay"

Hussain Haniff (1) - "Dang Anom"

Usmar Ismail (1) - "Bayangan Di Waktu Fajar"

M. Amin (2)
* "Satu Titek Di Garisan"
* "Hapuslah Airmatamu"

Aziz Sattar (1) - "Keluarga Comat"

Naz Achnaz (2) - "Loceng Maut" (2)

Hussain Abu Hassan (1) - "Panglima Badol"

Othman Hafsham (2) - "Adik Manja" (2)

Jins Shamsudin (1) - "Esok Masih Ada"

Aziz Jaafar (1) - "Sumber Ilhamku"

Rahim Razali (2)
* "Abang"
* "Pemburu"


FAKTA___

* Filem IMAN yang dibintangi oleh Ahmad Mahmood dan Sa'adiah adalah filem pertama Malaysia-Singapura menyertai FFA - di FFA1, Tokyo pada tahun 1954.

* Saloma menerima anugerah sinematografi terbaik ("Sumpah Orang Minyak") bagi pihak A. Bakar Ali di FFA5 (Manila 1958).

* Hanya tiga filem memenangi anugerah lebih dari satu - "Anak-Ku Sazali" (2), "Ibu Mertua Ku" (2) dan "Loceng Maut" (2).

* Rendra Karno, satu-satunya aktor Indonesia memenangi anugerah kerana berlakon dalam filem Malaysia-Singapura - "Bayangan Di Waktu Fajar".

* Antara tahun 1954 dan 1984, Malaysia-Singapura hanya menganjurkan sekali saja FFA di Kuala Lumpur pada tahun 1959.

* P. Ramlee menerima sendiri anugerah komedi terbaik di Kuala Lumpur (1959) dan bakat serba boleh (the most versatile talent) di Tokyo pada tahun 1963.

* Filem P. Ramlee paling banyak menerima anugerah di FFA, 9 semuanya - "Hang Tuah" (1), "Anak-Ku Sazali" (2), "Sumpah Orang Minyak" (1), "Pendekar Bujang Lapok" (1), "Nujum Pa' Blalang" (1), "Ibu Mertua Ku" (2) dan "Madu Tiga" (1).

* Shaw Brothers menghantar 2 filem ke Taipei (1964) - "Gerhana" dan "Madu Tiga". Kedua-duanya memenangi anugerah untuk Bat Latiff dan komedi terbaik.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








8 comments:

  1. Tumpang tanya, ada beberapa sumber menyatakan Sharifah Aini pernah memenangi anugerah 'Pelakon Harapan Terbaik' di FFAP untuk filem Hapuslah Airmatamu, betulkah? Mohon didapatkan kesahihannya. Kalau silap, harap maaf.


    Peminat Kak Pah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang yang diketahui.
      sharifah aini tidak pernah memenangi
      sebarang anugerah peribadi di ffap.
      tetapi menyeluruh iaitu "hapuslah airmatamu"
      menerima anugerah khas juri "menjanjikan
      persahabatan dan kemajuan seni"
      di pusan, korea selatan pada tahun 1976.
      lagi pun, di ffap tidak wujud kategori
      "pelakon harapan terbaik".

      Delete
  2. En. Mustafar,

    Sila rujuk pautan berikut:

    http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/beritaharian19760822.2.37.6.aspx

    Menurut sumber itu, akhbar di Singapura ada melaporkan bahawa Sharifah Aini telah berjaya menggondol dua gelaran 'Aktres Terbaik' sempena penganjuran FFAP di Korea. Mohon tuan baca kandungan artikel tersebut dan buat pengesahan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.
      Nanti saya suruh Zaini buat kajiselidik.
      Sepanjang yang saya tahu,
      di FFAP22 Pusan, Korea Selatan (1976),
      Malaysia menangi 3 anugerah.
      1. M. Osman (Sayang Anakku Sayang)
      Lakonan Terbaik Pelakon Kanak-Kanak.
      2. Hapuslah Airmatamu
      Menjanjikan Persahabatan Dan Kemajuan Seni.
      3. Jiwa Remaja
      Kisah Trajidi Terbaik.

      Delete
    2. Ralat...
      Sebenarnya Aziz M. Osman
      bukannya M. Osman.
      Harap maaf.

      Delete
  3. Assamualaikum Encik Mustafa, dalam blog sebelum ini, ketika menjawab soalan daripada pembaca Encik ada menyatakan keluarga si Comat , mungkin di Festival Filem Asia Pasifik Ke-21, juga berlangsung di Jakarta, dan filem "Keluarga Comat" memenangi anugerah Persembahan Istimewa, bukan Filem Komidi Terbaik. namun dalam blog berkaitan FFA dinyatakan filem tersebut memenangi Komedi terbaik "Keluarga Comat" FFA21 (Jakarta 1975). Adakah anugerah komedi terbaik yang sebenarnya dimenangi oleh filem tersebut? Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah research dibuat ternyata "Keluarga Comat" yang diarahkan oleh Aziz Sattar telah memenangi Anugerah Persembahan Istimewa (Special Achievement Award) di FFAP21 (1975) di Jakarta, Indonesia, bukan seperti Anugerah Komedi Terbaik (The Best Comedy Award) yang diterima oleh "Pendekar Bujang Lapok" yang diarahkan oleh P.Ramlee di FFAP6 (1959) di Kuala Lumpur.

      Delete
  4. Media sosial kini telah menyatakan kemenangan shamsul yusof sebagai pengarah terbaik bagi filem munafik di ffa57..adalah mengulangi kejayaam p ramlee dan yasmin ahmad,dalam kategori yg sama..iaitu kategori pengarah terbaik..boleh tuan beri penjelasan ttg anugerah pengarah terbaik ini adakah p.ramlee pernah menang anugerah ini atau ada persamaan anugerah ini di ffa yg lain(tahun2 sebelumnya)...

    ReplyDelete