Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Tuesday, September 25, 2012


KUIZ FILEM KLASIK KE-2

TAHUKAH ANDA, SIAPA SAYA?
Teks & Kuiz: Aida Zailina & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Di Kelolakan Bersama Oleh
ZAINI YUSOP & AIDA ZAILINA




1.
Klue: Saya, pernah pegang peranan Zulkifli.
Siapa saya?: _______________


2.
Klue: Saya, pernah berlakon disamping Shammi Kapoor.
Siapa saya?: _______________


3.
Klue: Saya, pernah berlakon sebagai monyet.
Siapa saya?: _______________


4.
Klue: Saya, pengarah mulakan P. Ramlee jadi hero.
Siapa saya?: _______________


5.
Klue: Saya, pernah memegang peranan gadis buta.
Siapa saya?: _______________


6.
Klue: Saya, tidak ada peranan lain, balik-balik lawak.
Siapa saya?: _______________


7.
Klue: Saya, jadi popular selepas "Iman".
Siapa saya?: _______________


8.
Klue: Saya, menari mengiringi lagu "Hamidah".
Siapa saya?: _______________


9.
Klue: Saya, kalau berlakon sering menitiskan airmata.
Siapa saya?: _______________


10.
Klue: Saya, pengarah filem seram dan 'box office'.
Siapa saya?: _______________


11.
Klue: Saya, pernah bawa watak ikan duyong.
Siapa saya?: _______________


12.
Klue: Saya, pernah jadi isteri kedua P. Ramlee.
Siapa saya?: _______________


13.
Klue: Saya, suka berperanan spy atau pengintip.
Siapa saya?: _______________


14.
Klue: Saya, terkenal badan yang gemuk gedempol.
Siapa saya?: _______________


15.
Klue: Saya, membintangi filem komedi 1001 malam.
Siapa saya?: _______________


16.
Klue: Saya, turut berlakon "Masuk Angin Keluar Asap".
Siapa saya?: _______________


17.
Klue: Saya, pernah menang anugerah di Festival Filem.
Siapa saya?: _______________


18.
Klue: Saya, turut membintangi "Tunggal".
Siapa saya?: _______________


19.
Klue: Saya, pernah berlakon dengan Broery Marantika.
Siapa saya?: _______________


20.
Klue: Saya, hero filem bercorak musikal.
Siapa saya?: _______________


21.
Klue: Saya, berlakon buat perjanjian dengan syaitan.
Siapa saya?: _______________


22.
Klue: Saya, hanya berlakon satu filem saja.
Siapa saya?: _______________


23.
Klue: Saya, pegang peranan Uji Rashid waktu kecil.
Siapa saya?: _______________


24.
Klue: Saya, banyak mencipta lagu untuk filem.
Siapa saya?: _______________


25.
Klue: Saya, dikasari dalam "Lagit Tidak Selalu Cerah".
Siapa saya?: _______________


SEBAGAI menguji sejauh mana anda tahu tentang filem-filem Malaysia dan kegemilangan para artisnya, sertailah Kuiz Filem Klasik Malaysia (FKM) ini. Sekiranya jawapan anda betul dan tepat, anda akan dihadiahkan dengan sejumlah wang tunai dan satu buku "Filem-Filem P. Ramlee" karya Aziz Sattar dan Mustafar A.R..

* Jika berhasrat turut serta, anda diminta menyertakan nama (seperti tercatat dalam kad pengenalan) dan nombor telefon, supaya senang dihubungi sekiranya anda diisytiharkan sebagai pemenang.

* Hanya lima (5) pemenang saja dipilih. Sekiranya ramai yang berjaya meneka dengan tepat dan betul, undian akan dilakukan.

* Kalau tidak ada sesiapa yang meneka dengan tepat dan betul, yang hampir tepat dan betul, akan dipilih. Sekiranya ramai, undian juga akan dijalankan.

* Hanya jawapan melalui e-mail (mar27843@yahoo.co.uk) saja yang diterima dan dianggap sebagai sah.

* Kesemua pemenang akan menerima hadiah masing-masing melalui Poslaju.

* Keputusan pemenang dan undian adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

* Peserta kuiz terbuka kepada semua pembaca dan peminat blog FKM ini, diseluruh pelusuk dunia.

* Tarikh tutup penyertaan pada 25 Oktober 2012, dan keputusan pemenang dan jawapan akan disiarkan dalam entri (posting) pada 1 November 2012.

Pemenang ke-1 RM250 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
Pemenang ke-2 RM200 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
Pemenang ke-3 RM150 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
Pemenang ke-4 RM100 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
Pemenang ke-5 RM100 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"

Contoh jawapan yang perlu dilakukan:
Jawapan 1: Ahmad Mahmud
Jawapan 2: Siput Sarawak
Jawapan 3: Ramon A. Estella
Dan seterusnya...
Nama: Muszaimi Bin Mustafar
Nombor Telefon: XXX-XXXXXXX


Selamat mencuba!


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time

REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___






















KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








No comments:

Post a Comment