"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, September 25, 2011


B.S. RAJHANS (1905-1955)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Dipetik Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



B.S. Rajhans


Leila Majnun, filem Malaysia pertama berBahasa Melayu

Salleh Ghani dan Rokiah Hanafi "Seruan Merdeka"

Seruan Merdeka, filem pertama Shaw Brothers selepas perang dunia kedua

Noor Asmara, filem kedua dibintangi oleh P.Ramlee

S.Roomai Noor, Baby Mardiana dan Kasma Booty - "Noor Asmara"

Siput Serawak dan S.Roomai Noor - "Nasib"

D. Harris, Haji Gong dan P.Ramlee - "Nilam"

Dewi Murni, filem kedua Kasma Booty dan Osman Gumanti sebagai hero dan heroine

Rachun Dunia, filem Melayu pertama ditayangkan pada tahun 1950

P.Ramlee dan Siput Serawak - "Rachun Dunia"

Mariam berherokan Ali Rahman dalam "Aladdin"

Shorga Dunia, satu-satunya filem Sharif Dol sebagai hero berheroinekan Rokiah

P.Ramlee dan Kasma Booty - "Sejoli

Buloh Perindu, filem Malaysia pertama berwarna-warni

Hashim Salleh, tidak dikenali, S. Alaton dan Yem - "Buloh Perindu"

Terang Bulan Di-Malaya, filem menggabungkan Radin Mochtar (Indonesia) dan Rusini (Malaysia)

B.S.Rajhans sedang mengarahkan Latifah Omar dan Norsiah Yem - "Dahlia"

ULASAN FK___

DALAM sejarah filem Malaysia (termasuk Singapura), sumbangan B.S. Rajhans terlalu besar. Ini kerana filem Malaysia berdailogkan Bahasa Melayu yang pertama ("Leila Majnun") adalah arahannya. Bukan setakat itu saja, lahirnya P. Ramlee ke dunia filem Malaysia juga kerana hasil pencariannya.

B.S. Rajhans (Balden Singh Rajhans) berketurunan Punjabi lahir di Calcutta (Kalkota), India pada 1905. Pada tahun 1927, dia telah mengarahkan ilem "Krishnabana Tirandaz". Pada tahun 1932, seorang jutawan Calcuta telah menubuhkan East India Film Company dan melantiknya sebagai pengarah filem.

Dalam tempoh masa enam bulan B.S.Rajhans telah mengarah empat filem yang mendapat sambutan termasuk "King for a Day" (Raja Sahari). Pada tahun 1933 dia datang ke Malaya (Singapura) dan mengarah filem "Leila Majnun" keluaran Motilal Chemical & Co. (Bombay) yang merupakan filem Malaysia pertama berbahasa Melayu.

Kerana menghadapi masaalah tidak adanya studio dan kekurangan dan tidak sempurnannya alat-alat perfileman, B.S. Rajhans kembali ke India dan mengarahkan beberapa filem lagi termasuk "Chhostisi Duniya" (1939).

Pada bulan Oktober 1941, B.S. Rajhans kembali semula ke Malaya dan mengarah filem "Menantoe Doerhaka" (Menantu Durhaka) keluaran Tan & Wong Film Co. (Indonesia).

Filem tersebut tergendala perlaksanaannya kerana meletusnya perang dunia kedua, tetapi dapat disiap dan ditayangkan pada tahun 1946.

Pada tahun 1946 itu juga, S.M. Chesty bersama rakan-rakan seperniagaannya telah menubuhkan Malayan Arts Production dan telah menawarkan B.S.Rajhans sebagai pengarah filem "Seruan Merdeka."

Kerana menghadapi masaalah panggung wayang untuk tayangan filem tersebut, Malayan Arts Production terpaksa dibubarkan yang kemudiannya diambilalih oleh Shaw Brothers.

Kedudukan B.S.Rajhans tidak tergugat kerana Shaw Brothers juga mahu mengeluarkan filem pertamanya "Singapura Di Waktu Malam" dan dia telah dilantik sebagai pengarah.

Ini bererti selepas perang dunia kedua, filem-filem Melayu yang diarahkan oleh B.S. Rajhans ialah "Menantoe Doerhaka", "Seruan Merdeka" dan "Singapura Di Waktu Malam".

Filem "Singapura Di Waktu Malam" yang dibintangi oleh Siput Serawak dan Bachtiar Effendi telah mendapat sambutan hangat dan dengan itu, Shaw Broters telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan beberapa filem lagi termasuk "Chempaka" dan "Pisau Berachun."

Disamping mengarah filem dia juga bertindak sebagai pencari bakat (talent scout), dan ketika pergi ke Pulau Pinang B.S.Rajhans telah tertarik dengan suara P.Ramlee yang kemudian mempelawanya datang ke Singapura untuk menjadi playback singer.

Itu tujuan asalnya, tetapi kerana P.Ramlee mempunyai bakat yang boleh dikatakan luar biasa, kejayaan yang dicapai oleh P. Ramlee melebihi apa yang dicapai oleh B.S.Rajhans yang membawanya ke dunia filem Malaysia.

B.S.Rajhans menggunakan suara P. Ramlee untuk S.Roomai Noor dalam filem "Chinta" dan ternyata nyanyiannya menjadi minat ramai yang mana selepas itu dia menggunakan suara P. Ramlee untuk S. Roomai Noor dalam "Nasib" dan "Nilam," kedua filem tersebut telah memperolehi mendapat kejayaan box office.

Apabila L.Krishnan dan S.Ramanathan diterima bertugas sebagai pengarah filem di Shaw Brothers, mengurangkan sedikit beban B.S. Rajhans terus mengarahkan beberapa filem lagi yang boleh dikatakan semuanya mencapai kejayaan box office seperti "Rachun Dunia", "Dewi Murni", "Aloha", "Bapa Saya", "Sejoli" dan "Anjoran Nasib".

Pada tahun 1953, selepas menyudahkan filem "Raja Sahari," Ho Ah Loke telah menariknya ke Keris Film untuk mengarahkan filem "Buloh Perindu" yang boleh dinggap sebagai filem Malaysia pertama diwarnawarnikan.

Sungguhpun filem tersebut kurang mendapat sambutan tetapi B.S. Rajhans terus mengarahkan dua filem lagi, "Insaf" dan "Terang Bulan Di Malaya".

Pada tahun 1954, B.S.Rajhans kembali semula ke Shaw Brothers mengarahkan filem "Empat Isteri" yang merupakan filem terakhir yang diarahkannya.

B.S.Rajhans meninggal dunia dalam kereta (semasa hendak ke pejabatnya) kerana sakit jantung pada 31 Mei 1955. Mayatnya telah di bakar di Bidasari pada 9.30 pagi 1 Jun 1955.

Agak malang, setakat ini tidak diketahui personal life (kehidupan peribadi) B.S.Rajhans. Siapa isterinya? Berapa orangkah anaknya? Kalau ada, adakah antara mereka yang mengikut langkahnya sebagai karyawan filem.

Begitulah perjalanan hidup B.S.Rajhans yang berperanan besar dalam sejarah filem Malaysia yang tidak boleh dinafi dan dipertikaikan oleh sesiapa pun walaupun dia berbangsa Punjabi dan berasal dari India.


A MAN KNEW WHAT HE WANTED IN LIFE___
(petikan dari artikel yang terdapat dalam akhbar The Straits Times)

After the liberation, Mr. B.S. Rajhans Malayan luck changed. He joined Shaw Brothers Film Studio and made such pictures as "Night Time in Singapore", "Pisau Berachun", "Chempaka", "Chinta", "Noor Asmara", "Nilam", "Nasib", "Rachun Dunia" and "Dewi Murni." Quiet a list!

That is the story a man knew what he wanted in life. Today he is at the top of his profession.

"A fertail field where men and women with personality can exhibit their skill and talent," that's what Mr. B.S. Rajhans, who has directed many Malay films for Shaw Brothers, think of his profession.

Malay fascinates him and he say there are "mighty opportunities" here. "All those who have talent, who cherish the desire to serve their countrymen, who want to spread joy and laughter should not hesitate to enter this great career," he said.

Mr. B.S.Rajhans was born in the Punjab and from an early age had dreams of entering the theatre business. There were opposition from his family who had other plans prepared for him - following in his father's footsteps in an office or the Indian Army.

But the great determination can break any obstable. In November 1923, he set out for Bombay and was soon serving a tough apprenticeship under Mr. D.G. Phalky, pioneer of the film industry in India.

About the films they were making in those early days, he says, mostly dealt with religious aspects or were fast-moving pictures making full use of breath-these and adds thats, financially, they were an astounding success.

By 1927, he was directing his own pictures and in 1932 came his first really big chance when a Calcutta multi-millionaire founded East Indian Film Company and made Mr. B.S.Rajhans his director. Four successful films, including "King for a Day" were made by him in six months.

A year later he came out to Malaya for the first time and helped to found the Indo-Malay Talkies. There were many handicaps - no proper studios or equipment and the changing climate didn't help matters.

And so go back he went to India, to more successful pictures.

But in October 1941, Malaya attracted him again. He was in the middle of his production when the Japanese arrived on the scene and bingo! that was the end of that.

FILEM-FILEM B.S.RAJHANS___

1934
1. LEILA MAJNUN
Fatima Jasman
Suki Noordin
Syed Ali Mansoor

1946
2. MENANTOE DOERHAKA (MENANTU DURHAKA)
Mochtar
Asmara Jaya

1947
3. SERUAN MERDEKA
Salleh Ghani
Rokiah Hanaffi
Suhara Effendi
4. SINGAPURA DI WAKTU MALAM
Siput Serawak
Bachtiar Effendi
D. Harris

1948
5. CHEMPAKA
Kasma Booty
M. Yatim (Maroety)
Yem
6. PISAU BERACHUN
Kasma Booty
Bachtiar Effendi
Jaffar Wiryo
7. CHINTA
Siput Serawak
S. Roomai Noor
P. Ramlee

1949
8. NOOR ASMARA
Kasma Booty
S. Roomai Noor
P. Ramlee
9. NASIB
Siput Serawak
S. Roomai Noor
P. Ramlee
10. NILAM
Siput Serawak
S. Roomai Noor
P. Ramlee

1950
11. RACHUN DUNIA
Kasma Booty
Osman Gumanti
P. Ramlee
12. DEWI MURNI
Kasma Booty
Osman Gumanti
D. Harris
13. ALOHA
Mariam
Osman Gumanti
P. Ramlee

1951
14. BAPA SAYA
Neng Yatimah
Osman Gumanti
A.R. Tompel
15. SEJOLI
Kasma Booty
P. Ramlee
Rokiah
16. SHORGA DUNIA
Rokiah
Mohd. Shariff (Shariff Dol)
Jaffar Shah

1952
17. ALADDIN
Mariam
Ali Rahman
Jaffar Wiryo
18. ANJORAN NASIB
Mariam
P. Ramlee
R. Azmi
19. GADIS PELADANG
Maria Menado
Yusof Latiff
20. YATIM PIATU
Rokiah
Yusof Latiff
Sa'adiah

1953
21. RAJA SAHARI
D. Harris
Sa'adiah
Mariani
22. BULOH PERINDU
Rusini
Shariff Medan
Bakar Ruddin

1954
23. DAHLIA
Norsiah Yem
Shariff Medan
Bakar Ruddin
24. INSAF
Osman Gumanti
Rusini
M. Noor Lambak
25. TERANG BULAN DI-MALAYA
Radin Mochtar
Rusini
Surkaseh

1955
26. EMPAT ISTERI
Daeng Idris
Normadiah
Salmah Ismail (Saloma)
Latifah Omar
Mariani


MARI KITA MENONTON FILEM-FILEM
B.S.RAJHANS___




Rachun Dunia (Sumber: Mohd. Faizan)


Aladdin (Sumber: Njendra 01)


Anjoran Nasib (Sumber: Ahmad Fahmie)


Yatim Piatu (Sumber: Mid Scarface)


MARI KITA MENONTON LAGU-LAGU FILEM
B.S.RAJHANS___





Klips "Insaf" (Sumber: Zaidatul Nizam)


"Setangkai Kembang Melati" (Buloh Perindu)


"Jodoh" (Dewi Murni)


"Cenderawasih" (Aloha)


"Tasik Madu" (Aloha)


"Dewiku" (Sejoli)





TINGGAL IMPIAN

Jauh...
Sunyi sepi diawan biru
Hhmm...
Getaran hati merayu-rayu
Membangunkan hati rindu

Sayup...
Telah terdengar bisikan angin
Hhmm...
Mengingatkan kenangan dulu
Meresap dijantung kalbu

Semasa remaja
Penuh dengan cita-cita murni
Cinta kasih takkan kunjung tiba
Bak lebah dengan madu

Sayang kasih
Tinggal hanya impian saja
Hhmm...
Kini telah musnah dari mata
Nan ku simpan dalam dada


Penyanyi filem: Osman Gumanti & Neng Yatimah
Penyanyi suara: R. Azmi & Momo
Penyanyi piringhitam: P.Ramlee & Momo
Pencipta lagu: Osman Ahmad
Penulis lirik: A.R. Tompel
Filem: "Bapa Saya"




"Corak Dunia" (Bapa Saya)


"Kolam Mandi" (Rachun Dunia)
(Sumber: Dezydizzy)

FAKTA___

1. B.S.Rajhans pengarah filem Malaysia pertama - "Leila Majnun".

2. "Menantoe Doerhaka" filem Malaysia pertama ditayangkan selepas perang dunia kedua.

3. "Seruan Merdeka" satu-satunya filem keluaran Malayan
Arts Production.

4. "Singapura Di Waktu Malam" filem pertama Shaw Brothers selepas perang dunia kedua.

5. B.S.Rajhans memperkenalkan Siput Serawak dalam "Singapura
Di Waktu Malam".

6. B.S.Rajhans memperkenalkan Kasma Booty dalam "Chempaka".

7. B.S.Rajhans memperkenalkan S.Roomai Noor dalam "Chinta".

8. B.S.Rajhans membawa P.Ramlee ke dunia filem Malaysia.
"Chinta" filem pertamanya.

9. B.S.Rajhans memperkenalkan Osman Gumanti dalam
"Rachun Dunia".

10. B.S.Rajhans memperkenalkan Yusof Latiff dalam
"Gadis Peladang".

11. Tiga dari empat filem R.Azmi diarahkan oleh B.S.Rajhans - "Bapa Saya", "Shorga Dunia" dan "Anjoran Nasib". Satu lagi "Tas Tangan Wanita" diarahkan oleh L.Krishnan.

12. "Shorga Dunia" satu-satunya filem Shariff Dol sebagai hero.

13. "Buloh Perindu" filem pertama B.S.Rajhans di Keris Film.

14. "Buloh Perindu" filem pertama Malaysia berwarna-warni.

15. B.S. Rajhans memperkenalkan Latiffah Omar dalam "Dahlia".

16. "Empat Isteri" merupakan filem terakhir diarahkan
oleh B.S.Rajhans.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



4 comments:

  1. Gue baru ketemu blog ini.
    Menarik dan berfakta.
    Gue rasa, inilah satu-satunya
    artikel mengenai B.S. Rajhans
    disiarkan paling lengkap.
    Tahniah FKM.
    Teruskan usaha yang baik ini.

    Raden Ismail (Bukit Tinggi), Sumatra, Ind.

    ReplyDelete
  2. Setelah membaca artikel diatas ternyata, B.S.Rajhans banyak jasanya terhadap perkembangan filem Malaysia. Tetapi, apakah ada usaha kita untuk mengenang dan memberi penghormatan kepadanya terutama agensi filem seperti Finas. Nampaknya sampai sekarang tidak ada. Janganlah asyik-asyik. L.Krishnan, Jins Shamsudin, Aziz Sattar dan Jamil Sulong saja. B.S Rajhans, Phani Majundar, S. Ramanathan, K.M. Basker, B.N. Roa dan Dhiresh Ghosh pun ada hak untuk menerima penghormatan kerana jasa-jasa yang mereka telah curahkan dalam mencemerlangkan filem Malaysia. Marilah kita menjadi orang-orang filem yang tahu mengenang budi - Hasnol, Seremba 2, N.Sembilan.

    ReplyDelete
  3. Pak Mustafa... ada atau tidak artikal berkenaan pengarah filem Hussin Hanif?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang buat pak.
      Tapi masih tak siap-siap.
      Rumit sekali, sumbernya terhad.
      Ok saja, akan dipostkan.

      Delete