"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc
Showing posts with label 1953. Show all posts
Showing posts with label 1953. Show all posts

Saturday, November 17, 2012


ANGIN BERPESAN (1953)

PERGOLAKAN HIDUP DI KAMPUNG NELAYAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


June Harris (Junaidah) dan Ahmad Shah.

Dari kiri: Hamidar, Saloma dan Ahmad B. (kanan)

NURAINIMUTI

Untuk lebih menarik lagi, penggambaran turut dilakukan di Pantai Cinta Berahi, Kelantan.

Iklan yang tersiar dalam The Singapore Free Press pada 28 September, 1954.

Pengedar SOUTH-EAST ASIA FILM COMPANY, SINGAPORE
Pengeluar UNITED FILM PRODUCTIONS
Pengarah NAS ACHNAS
Pelakon JUNE HARRIS M. SUKI AHMAD SHAH ZAHARAH AGUS NURAINIMUTI
M.NOR LAMBAK SALMAH ISMAIL YUSOF BANJAR

Tahun ditayangkan: 1954 (28 September)
Masa tayangan: Tidak diperolehi
Kedudukan filem: Hilang (sedang dicari)

JALAN CERITA___

Cerita menggambarkan kehidupan terumbang ambing satu keluarga di perkampungan nelayan, akibat seorang ayah yang pergi ke laut menangkap ikan tetapi kemudian tidak pernah pulang.

ULASAN FK___

Apabila Nusantara Film Company dibubarkan selepas filem terakhirnya "Dian", Ho Ah Loke menubuhkan pula United Film Productions bersama teman baiknya, Ong Keng Huat. Turut terlibat M.Suki, Zaharah Agus dan Osman Yusoff.

Dengan menyewa alat-alat perfileman Nusantara Film, penggambaran "Angin Berpesan" yang diarahkan oleh Nas Achnas telah dilakukan di Pantai Cinta Berahi, Kelantan.

Filem ini yang menghasilkan teknik penggambaran yang agak baik telah dijual kepada South-East Asia Film Company yang mempunyai hubungan rapat dengan Cathay Organisation, untuk diedarkan di rangkaian panggung wayang Cathay.

Sambutan kurang memuaskan, oleh yang demikian United Film Productions pun terpaksa mengikut jejak langkah Nusantara Film, menutup perniagaannya.


JUNE HARRIS & NURAINIMUTI

NURAINIMUTI

M.SUKI

CATCHY TUNES IN MALAY FILM
(The Straits Times, 26 September 1954)

A Black-And-White excursion to the "Beach of Passionate Love" and its remote villages and coffee sheds in Kelantan. That is "Angin Berpesan", a Malay film, previewed last week.

Filmed in a village on enchanting coaat of Kelantan, the film stars June Harris and Nurainimuti, as a fisherman's beautiful daughters.

The story tells of unlucky fisherman (M. Suki) who, with the help of his wife, daughters and son, ekes out a living from the sea.

There is an interesting scene of a Malayan bullfight and a goatfight.

One scene of belles bathing - in sarongs of course - around a well, raises eyebrow.

The film - there are a few catchy tunes too - was cleverly photographed but it lacks sequence.

VERDICT: Worth seeing.



Lagu "Angin Berpesan" nyanyian Momo yang terdapat dalam versi
piringhitam, bukannya dalam filem. (Sumber: Njendra)


LAGU-LAGU___

Terdapat beberapa lagu dalam filem ini, tetapi hanya dua saja yang dapat dikesan.

* "ANGIN BERPESAN"
Penyanyi MOMO
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

* "KASIH BERMULA"
Penyanyi NONA ASIAH
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

* "TEMBERANG"
Penyanyi SALMAH ISMAIL
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

FAKTA___

* Inilah satu-satunya filem Melayu yang diedarkan oleh South-East Asia Film Company. Kebiasaannya, ia mengedarkan filem-filem India, Mesir dan Filipina.

* M. Suki ialah hero "Leila Majnun" (1934) yang diarahkan oleh B.S. Rajhans dan merupakan filem Melayu pertama dikeluarkan di Malaya (kini Malaysia) dan Singapura.

* M. Nor Lambak pernah membintangi beberapa filem termasuk berperanan hero dalam "Insaf" (1954) yang turut dibintangi oleh Rusini, Osman Gumanti dan Mala Ratina.

* Filem ini merupakan yang ke-4 diarahkan oleh Nas Achnas selepas "Pelangi", "Pachar Puteh" dan "Dian".

* June Harris ialah Junaidah (anak pelawak D. Harris) juga merupakan isteri pertama P. Ramlee dan ibu kepada Nasir P.Ramlee.

* Nurainimuti ialah anak Zaharah Agus (isteri pertama P.Ramlee dalam "Madu Tiga") dan juga ibu kepada Nanu Baharuddin.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang


Saturday, November 12, 2011


CHEMBURU (1953)

BANYAKNYA PELUKAN ROSNANI DAN YUSOF LATIFF
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Iklan ini dipetik dari akhbar The Straits Times melalui laman web Perpustakaan Negara Singapura

Produksi MALAY FILM PRODUCTIONS
Produser RUN RUN SHAW
Pengarah Filem S. RAMANATHAN
Jurugambar A.N. PARAMESH
Penyunting Filem HAYAT HARRIS
Jurusuara KAMAL MUSTAFA
Lagu YUSUF B.
Lirik S. SUDARMAJI
Cerita S. RAMANATHAN
Senikata P. RAMLEE
Pelakon ROSENANI YUSUF LATIFF MARIANI NORDIN AHMAD HAJI MAHADI ULONG JAWA SITI TG. PERAK S. SHAMSUDDIN AHMAD HAMID SALLEH KAMIL HASHIM NOR SALMAH FATIMAH

Tahun diedarkan: 1953 (3 Januari)
Masa tayangan: 100 minit


Adegan berpelukan Rosnani dan Yusof Latiff (1)

Mariani, Nordin Ahmad, Yusuf Latiff dan Rosenani

Rosenani, Haji Mahadi dan Mariani

Nordin Ahmad dan Ulong Jawa


Mariani dalam pelukan Yusof Latiff

JALAN CERITA___

Kisah percintaan tiga segi antara Rosnah, Nasir dan Mariana. Rosnah dan kakaknya, Mariana, mencintai Nasir. Rosnah tidak tahu Mariana mencintai Nasir begitu juga sebaliknya.

Begitupun juga, Nasir mencintai Rosnah melebihi cintanya kepada Mariana. Rosnah pula bukan saja dicintai oleh Nasir tetapi dicintai Encik Sulong, orangkaya.

Encik Sulong berhasrat menjadikan Rosnah isterinya. Rahim yang mencintai Mariana, kerana wang, dia sanggup berusaha supaya Encik Sulong mencapai cita-citanya.

Dalam pada itu, ayah Rosnah dan Mariana (Yusuf) berhutang dengan Encik Sulong. Ini memberi kesempatan kepada Rahim menjalankan jarumnya bagi membolehkan dia mengugut Yusuf supaya bersetuju menikahkan Rosnah dengan Encik Sulong.

Jika tidak, Yusuf sekeluarga terpaksa keluar rumah (rumah sewa Encik Sulong) sehelai sepinggang kerana semua perkakas rumah akan dilelong.

Mariana, pada mulanya, tidak bersetuju Rosnah dikahwinkan dengan Encik Sulong tetapi berubah fikiran apabila didapatinya Rosnah bercinta dengan Nasir yang sangat dicintainya.

Mariana cemburu, dia meminta Rosnah supaya berkorban dan menyelamatkan ayah mereka dan keluarga. Jika Rosnah bersetuju, ini bererti memudahkan lagi dia memikat Nasir.

Kerana ayah dan keluarga, Rosnah rela berkorban. Dia setuju menjadi isteri Encik Sulong. Tetapi apabila Nasir diberitahu, dia menuduh Rosnah mahukan harta dan kemewahan hidup.

Nasir marahkan Rosnah kerana memungkiri janji. Kebetulan pula, dia menerima surat menyuruhnya datang ke Singapura untuk menyanyi dan membuat rakaman lagu-lagu.

Nasir juga berjanji akan membawa Mariana (telah menyatakan kesediaannya mengambil tempat Rosnah dihatinya) ke Singapura jika kedudukannya sudah stable .

Rosnah, setelah memperolehi wang yang diperlukan dari Encik Sulong untuk membayar segala hutang ayahnya, menghilangkan diri. Ini menyebabkan Encik Sulong sesak nafas dan menyuruh Rahim dan temannya (Kamil) mencari sampai ditemui.

Usaha mereka gagal, dan ini menyebabkan Rahim tidak lagi memperolehi wang dari Encik Sulong. Kerana itu dia bersama Kamil mengambil keputusan untuk membunuh Encik Sulong.

Dengan wang dan barang-barang kemas yang diperolehi dari peti besi Encik Sulong, Rahim dan Kamil berpakat pergi ke Singapura dan menganjurkan pertunjukan pentas dengan Nasir dan Mariana sebagai bintang utama.

Disebabkan cintanya terhadap Mariana masih membara dan Mariana pula lebih mengutamakan Nasir, Rahim membuat rancangan dengan Kamil membunuh Nasir dengan menjatuhkan palang kayu ketika Nasir bermain piano mengiringi Mariana menyanyi dan menari.

Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila Nasir (dihempap palang kayu mengenai kepalanya) tercedera dan hilang ingatan saja.

Keadaan Nasir membuatkan Mariana berubah hati. Cintanya terhadap Nasir mulai pudar dan beralih pula kepada Rahim.

Rosnah yang berkerja sebagai nurse di Ipoh terbaca diakhbar tentang kemalangan yang berlaku kepada Nasir. Dia bergegas ke Singapura, dan turut sama membantu doktor untuk memulihkan kesihatan dan ingatan Nasir.

Akhirnya, ingatan Nasir pulih dan percintaannya dengan Rosnah yang terputus sekian lama pun bertaut kembali.

Sejak mula lagi, Kasma (isteri Yusuf), Yusuf telah meninggal dunia, mahukan Rahim berkahwin dengan adiknya, Halimah.

Dengan Rahim sudah berjaya menawan hati Mariana, kerana dendamnya dia telah memberi racun kepada Mariana yang menyebabkan dia terlantar dalam kesakitan.

Sebelum pergi menemui yang maha esa, Mariana menyatakan kekesalannya kepada Rosnah dan Nasir. Katanya, kerana dia cemburu menyebabkan Rosnah dan Nasir berpisah dan menderita.


S. Shamsuddin, Siti Tg. Perak dan Ahmad Hamid

Yusuf Latiff dihempap palang kayu

Mariani terminum racun ketika sedang minum bersama Nordin Ahmad

Adegan berpelukan Rosenani dan Yusuf Latiff (2)

Yang bersalah ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan



ULASAN FK___

Seingat saya, saya menonton filem ini di panggung wayang Madras, Kuala Lumpur yang terletak di Petaling Street. Di sinilah filem-filem Melayu seringkali ditayangkan (bergilir-gilir dengan Lido, lokasinya tidak jauh dari KL Sentral) sebelum adanya Capitol dan Federal.

Madras dan Lido kini tinggal nama saja kerana telah dirobohkan.

Umur saya baru melepasi 9 tahun, dan tidak tahu apa-apa pun tentang filem ini. Saya sekadar seronok menonton kerana menonton filem adalah kegemaran saya.

Rosenani (Rosnani) dan Yusuf (Yusof) Latiff, agak asing buat saya kerana pada masa itu dunia filem Melayu di dominasi oleh P. Ramlee dan Kasma Booty.

Di mana-mana saja peminat-peminat filem Melayu termasuk majalah dan akhbar memperkatakan tentang mereka. "Bakti", "Sejoli" dan "Juwita" mendapat sambutan hangat.

Sungguhpun masih terlalu muda, namun saya sudah mengenali P. Ramlee dan Kasma Booty sejak menonton "Rachun Dunia" dan "Aloha".

Filem pertama Rosenani, "Sedarah," ditayangkan bulan Ogos 1952. Pertama kali saya menontonnya di panggung wayang Lido, dan 4 kali di panggung wayang (lupa namanya) di Tanjung Malim sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Filem kedua, "Lupa Daratan" (filem pertama lakonan Rosenani), ditayangkan bulan November 1952. Saya pernah menontonnya tetapi tidak ingat samada di tv atau panggung wayang.

Filem ketiga, "Miskin" yang ditayangkan bulan Disember 1952. Saya pernah menontonnya di panggung wayang tetapi tidak ingat, di mana.

Yusuf Latiff pula memula kerjaya filemnya dengan "Gadis Peladang" ditayangkan bulan Jun 1952, kemudian diikuti pula "Yatim Piatu" bulan September 1952.

"Gadis Peladang" tidak pernah saya tonton hingga kini, dan "Yatim Piatu" hanya saya tonton jauh beberapa tahun kemudian melalui tv (RTM).

Ini bererti "Chemburu" filem keempat Rosenani dan ketiga Yusuf Latiff.

Pada masa itu, filem ini telah menimbulkan sedikit kotroversi kerana banyaknya adegan berpelukan antara Rosenani dan Yusuf Latiff.

Bagaimanapun, perkara tersebut berlalu begitu saja dan gunting tajam Lembaga Penapis Filem tidak berdaya memotong adegan berpelukan itu.

Kalau perlu dibuang, semua adegan harus dipotong, yang pasti mengakibatkan lagu "Burung-Burung Menjadi Saksi" menjadi mangsa, atau diharamkan terus.

Sampai sekarang (vhs, vcd dan dvd masih ada) adegan tersebut masih dikekalkan. Malangnya, Music Valley (pencetak dan pengedar filem-filem Melayu lama) tidak pernah mengeluarkannya untuk dijual.

Saya bernasib baik kerana dapat membuat rakaman (dengan pita vhs) semasa tayangannya di tv oleh RTM sedikit masa dulu.

Bagi saya filem ini begitu nostalgia, unik dan berharga. Ini kerana adegan berpelukan antara Rosenani dan Yusuf Latiff paling banyak.

Kita tidak akan jumpa berpelukan sebanyak itu dalam filem-filem lain baik keluaran MFP Jalan Ampas, Cathay Keris mahu pun Merdeka Studio.

"Sedarah" dan "Miskin" yang dibintangi oleh Rosenani bersama P.Ramlee, ada juga berpelukan tetapi tidaklah sebanyak pelukan Rosenani dan Yusuf Latiff seperti dalam filem ini.

Sepanjang saya menonton filem-filem Hindustan yang semistinya dipenuhi dengan lagu-lagu dan tarian-tarian yang mengasyikkan, tidak terdapat adegan berpelukan sebanyak apa yang diperlihatkan oleh S. Ramanathan dalam filem arahannya ini.

Perlu juga ditegaskan, adegan berpelukan tersebut bukanlah berpelukan nafsu berahi. Ia sekadar berpelukan ketika Rosenani dan Yusuf Latiff menyanyi dan menari dalam taman bunga, memadu kasih. Itu saja.

Saya sebagai penonton tidak ada perasaan gairah langsung, tetapi lebih tertarik dan terhibur kepada lagu dan tarian Rosenani dan Yusuf Latiff (ala-Hindustan) dengan menggunakan suara Momo dan R. Azmi.

Agak menarik, adegan berpelukan itu dipertontonkan dua kali. Kali kedua, kerana mahu memulihkan ingatan Nasir, Rosnah membawanya ke taman bunga yang sama, nyanyian lagu yang sama, tarian yang sama dan pergerakan yang sama.

Cuma, yang berlainan pakaian mereka saja.

Namun begitu, bukan sekadar Rosenani dan Yusuf Latiff saja menyanyi dan menari berpelukan yang boleh dianggap menggairahkan, tetapi sama juga berlaku kepada nyanyian dan tarian Mariani dan Yusuf Latiff.

Hanya berpelukan Mariani dan Yusuf Latiff tidak sehebat dan sebanyak berpelukan Rosenani dan Yusuf Latiff.

Dari segi cerita (oleh S. Ramanathan), agak lemah. Susunan senikata (dialog) oleh P. Ramlee kurang berkesan. Penggambaran dan suntingan sederhana saja. Camera trick ketika kepala Yusuf Latiff dihempap palang kayu, tidak realistik.

Bagaimanapun, lagu-lagunya menarik yang dicipta Yusuf B. dan lirik oleh S. Sudarmaji.

Lagu mengiringi credit title, "Chemburu," dinyanyikan oleh P.Ramlee. Kalau didengar secara teliti ternyata ia diciplak dari lagu tema ciptaan Victor Young terdapat dalam "Samson and Delilah" yang dibintangi oleh Victor Mature dan Hedy Lamarr.

Dari segi lakonan, semua pelakon membawa peranan masing-masing dengan baik dan memuaskan. Rosenani, Yusuf Latiff, Mariani, Nordin Ahmad, Haji Mahadi, Salmah dan Salleh Kamil sesuai dengan karekter yang diberikan.

Kalau ada pun cacat celanya, hanya lakonan Ulong Jawa yang tergila-gila mahu beristerikan Rosnah.

Karekter Encik Sulong dilakonkannya over acting. Ini menghilangkan nilai karekter orangkaya dan timbul pula karekter komidi.

Walau apa pun pada keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan menarik dan menghiburankan lebih-lebih lagi terdapatnya lagu-lagu merdu, tarian-tarian mengasyikkan dan adegan-adegan berpelukan Rosenani dan Yusuf Latiff.

Tambah menghiburkan, adanya karekter komidi oleh S. Shamsuddin, Siti Tg. Perak dan Ahmad C. (Ahmad Hamid).

LAGU___

Terdapat 10 lagu semuanya termasuk satu berirama keroncong yang dinyanyikan oleh Mariani menggunakan suara Nona Asiah.

Chemburu (P.Ramlee)
* Tidak pernah dirakamkan oleh P. Ramlee ke piringhitam. Yang ada hanyalah rakaman nyanyian oleh R. Ismail.

Burung-Burung Menjadi Saksi (R.Azmi & Momo)
* Sepanjang yang diketahui, tidak pernah dirakamkan ke piringhitam. Agak menarik, ia dinyanyikan dua kali.

Manis Budi Bahasamu (R.Azmi & Nona Asiah)
* Dalam piringhitam dinyanyikan oleh Nona Asiah dan Aziz Jaafar. Antara semua lagu, inilah yang paling menarik.

Nasi Goreng (S. Shamsuddin, Siti Tg. Perak & Ahmad Hamid)
* Dalam piringhitam hanya P.Ramlee saja menyanyikannya menggunakan tiga nada suara yang berlainan.

* Rumba Ria (R.Azmi & Momo).

* Takdir Yang Maha Esa (Momo, R.Azmi & Nona Asiah)

# Empat lagu lagi tidak diketahui tajuknya.



(Sumber: DOnramlee)
Lagu "Chemburu" nyanyian P.Ramlee yang tidak pernah dirakamkan ke piringhitam. Gambar hiasan petikan dari filem "Anjoran Nasib"


(Sumber: Njendra)
Lagu "Nasi Goreng" nyanyian sendirian oleh P. Ramlee yang dirakamkan ke piringhitam. Dalam filem dinyanyikan oleh S.Shamsuddin, Siti Tg. Perak dan Ahmad C.


(Sumber: mustafar a.r.)
Lagu "Manis Budi Bahasamu" yang terdapat dalam piringhitam nyanyian Nona Asiah dan Aziz Jaafar. Dalam filem menggunakan suara Nona Asiah dan R.Azmi.


FAKTA___

* Filem kelapan diarahkan oleh S.Ramanathan di MFP selepas "Kembar", "Berdosa", "Pulau Mutiara", "Juwita", "Manusia", "Jiwa Lara" dan "Sedarah".

* Filem pertama gandingan Yusuf Latiff dan Rosenani. Sebelumnya dia berheroinekan Maria Menado dalam "Gadis Peladang" dan Rokiah dalam "Yatim Piatu".

* Selepas filem ini, Rosenani dan Yusuf Latiff digandingkan pula oleh B.N.Rao dalam "Gelora Hidup" pada tahun 1954.

* Inilah satu-satunya filem gandingan Rosenani dan Yusuf Latiff yang diarahkan oleh S. Ramanathan.

* Dalam filem ini, Nordin Ahmad sebagai crook (orang jahat). Pada tahun 1961, Salleh Ghani telah menggandingkan Rosenani dan Nordin Ahmad (sebagai hero dan heroine) dalam "Sri Mersing" yang mendapat kejayaan box office. Mariani pun berlakon sama.

* Rosenani turut membintangi (sebagai heroine) "Play Boy" yang diarahkan oleh Nordin Ahmad pada tahun 1967.

* 59 tahun kemudian (8 Ogos 2009), dalam Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Rosenani telah menyampaikan anugerah khas (pelakon veteran) kepada Mariani.

* Antara semua pelakon yang diberi karekter penting, hanya Rosenani dan Mariani masih hidup. Yusuf Latiff, Nordin Ahmad, Haji Mahadi, Salleh Kamil, Salmah (isteri Nordin Ahmad) dan Ulong Jawa telah meninggal dunia.

* S.Ramanathan meninggal dunia di India pada 7 Mei 1999.

* Neng Yatimah turut muncul sekejap dalam filem ini. Nak tahu? Anda carilah sendiri.

* Adegan terakhir filem ini, penggambarannya dilakukan di Tiger Balm Garden (Haw Par Villa), Singapura yang masih wujud hingga kini.


# Sesiapa yang ingin memiliki dvd "Chemburu" ini sebagai koleksi filem-filem klasik, sila beritahu saya melalui e-mel.