Mastura Effendi begitu gembira menerima senaskah buku "Filem-Filem P. Ramlee" dan wang tunai RM100 sebagai pemenang ke-4 Kuiz Filem Klasik Malaysia (FKM)
TAHNIAH, MASTURA EFFENDI
SUATU perkara yang sangat menarik berlaku sepanjang dua bulan yang lalu, kesudian Mastura Effendi menghantar sekeping gambarnya bersama hadiah yang diterima sebagai pemenang ke-4 Kuiz Filem Klasik Malaysia (FKM).
Menurut e-mail Mastura, gambar tersebut dihantar adalah sebagai kenang-kenangan kerana dipilih menerima hadiah senaskah buku "Filem-Filem P. Ramlee" dan wang tunai RM100 disebabkan kejayaannya menyertai Kuiz FKM.
Di bawah ini disiarkan e-mail yang dihantar oleh Mastura pada 22 November 2012 - pendek tetapi penuh bererti buat FKM.
Assalamualaikum Encik Mustafar A.R.,
Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Encik Mustafar menghantar senaskah buku "Filem-Filem P. Ramlee" dan wang tunai sebanyak RM100.
Untuk maklumat Encik Mustafar, saya telah pun menerima kiriman tersebut.
Sebagai bukti penerimaan dan sebagai tanda kenang-kenangan, bersama ini dilampirkan gambar saya bersama dengan hadiah yang telah dikirimkan itu.
Kejayaan ini telah menyemarakkan lagi minat saya dalam meminati filem-filem klasik Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Daripada saya, Mastura Effendi.
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
2. SELAMAT PENGANTIN BARU
3. SEKSI ARTIS DULU-DULU
4. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT
5. JULIE FARIDAH
6. GELORA
7. MERDEKA FILM PRODUCTIONS
8. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK
9. CECILIA CHEUNG
10. LATIFAH OMAR
KINI, PENGUNJUNG FKM MELEBIHI 100,000
AGAK menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang ialah, kunjungan (hits) FKM telah mencapai 100,000 pada 14 November 2012, dan kini sudah sampai ke tahap 130,957.
Rekod catatan dalam sehari pun sudah dipecahkan apabila pageviews (lihatbaca) dalam sehari menerima hits 1,156 pada 17 Disember 2012.
Sungguhpun kunjungan (dalam sehari) tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 600 hingga 800 sehari) sudah mencukupi.
Sesuailah, dengan kandungannya dalam Bahasa Malaysia (sedikit dalam Bahasa Inggeris) dan topiknya pula hanya segelintir orang saja yang berminat.
Ini juga bermakna, tujuan dan sasaran FKM sudah tercapai dengan begitu baik iaitu hanya dalam jangka masa (mula aktif pada 9 Mac 2011) dan baru saja beroperasi (lebih kurang) 1 tahun 10 bulan.
SELAMAT PENGANTIN BARU, TERIMA 122 KOMEN
Lagi satu perkara menarik berlaku sejak akhir-akhir ini ialah, bertambah banyaknya komen di ruangan komen.
Paling ramai yang memberi komen artikel "Selamat Pengantin Baru" 122 (termasuk reply), dikira setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2012.
Tempat ke-2, "Latifah Omar", 95 dan "Pergimu Takkkan Kembali Lagi" ditempat ke-3, 61 komen.
Begitu juga e-mail, semakin bertambah banyak. Ramai yang memberi cadangan itu dan ini yang mana kesemuanya berada dalam perhatian dan pertimbangan FKM.
Dan, paling ramai meminta FKM terus menumpukan filem-filem klasik saja berbanding filem-filem baru dan yang terkini.
ANWARDI JAMIL, penerbit majalah SKRIP2SKRIN
Satu lagi yang menggembirakan FKM ialah, pengiktirafan Anwardi Jamil (anak Jamil Sulong dan Rosnani) terhadap FKM.
Majalah baru terbitannya "Skrip2Skrin" dijangka mula berada dipasaran bila-bila masa bulan Januari 2013 ini.
Ikutilah catatan e-mailnya:
Assalamualaikum.
Saudara.
Anwardi Jamil sini.
Apa khabar?
Saya ada mengikuti blog saudara Filem Klasik Malaysia (FKM), dan saya tertarik dengan tulisan-tulisan saudara.
Ini kerana kalau tidak silap, blog saudara sajalah yang benar-benar menyingkap sejarah filem tanahair dengan teliti.
Terutama sekali, sejarah awal filem Malaysia.
Drp: Anwardi Jamil
Penerbit "Skrip2Skrin".
Satu lagi dan tidak disangka-sangka, banyak e-mail yang diterima bertanya dan mempersoalkan, kenapa FKM tidak menggunakan gelaran (kalau ada pun jarang sekali) yang diterima oleh ramai selebriti Malaysia.
Contohnya, Tan Sri P. Ramlee, Tan Sri L. Krishnan, Tan Sri Jins Shamsudin, Dato' Maria Menado, Datuk Aziz Sattar, Dato' Sarimah, Dato' Jamil Sulong, Dato' Ahmad Mahmud, Dato' Rosnani Jamil dan lain-lain lagi.
FKM tidak mahu mengulas di sini kerana ruangnya terbatas. Satu artikel khusus mengenainya akan dibuat, dan akan disiarkan sebaik saja ianya siap.
Selain itu, artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, terus melonjak naik dan catatannya pada jam 12.00 tenggahmalam 31 Disember 2012 sebanyak 10,819 pageviews, dan menduduki tempat pertama dalam senarai artikel popular FKM.
Artikel "Selamat Pengantin Baru" (6 Ogos 2012) menduduki tempat ke-2 dengan 5,556 pageviews, dan "Seksi Artis Dulu-Dulu" (14 September 2012) menduduki tempat ke-3 dengan 3,739 lihatbaca.
MALAYSIA KUKUHKAN KEDUDUKAN, 97,213
Malaysia, terus mengukuhkan kedudukan di tempat pertama, menerima 97,213 lihatbaca, dan diikuti Singapore dengan 10,699 pageviews.
Lihatbaca (pageviews), 6 negara terbaik, setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2012 ialah;
1. Malaysia 97,213 (68,338)
2. Singapore 10,699 (9,089)
3. United States 4,108 (2,869)
4. Indonesia 3,009 (2,012)
5. Brunei 2,512 (1,670)
6. Russia 1,786 (1,719)
* Keseluruhan lihatbaca: 130,957 (93,544)
# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 12.00 tengahmalam 31 Oktober 2012.
Lain-lain negara;
7. Philippines 8. Germany 9. United Kingdom 10. Australia 11. Canada 12. Egypt 13. Saudi Arabia 14. Sweden 15. France 16. Belgium 17. Azerbaijan 18. India 19. Vietnam 20. Brazil
21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia 25. Croatia 26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman 30. United Arab Emirates 31. Italy 32. Belgium 33. Switzerland 34. Barbados 35. Uruguay 36. Spain 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherland 40. Ecuador
41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China 51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland
61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania 71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Romania 75. Burnika Faso 76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Egypt 79. Kazakhatan 80. Iran
81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica
Negara baru;
88. Senegal 89. Nepal
Ini bererti, 89 negara di dunia (termasuk Malaysia) sudah berkunjung ke blog FKM - satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan.
Pageviews kepada artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;
1. Pergimu Takkan Kembali Lagi 10,819 (6,214)
2. Selamat Pengantin Baru 5,556 (2,690)
3. Seksi Artis Dulu-Dulu 3,739 (701)
4. 10 Filem Bollywood Hebat Sepanjang Masa 2,138 (560)
5. Julie Faridah 1,431 (1,240)
6. Gelora 1,272 (1,226)
7. Merdeka Film Productions 1,230 (1,098)
8. * 10 Filem Indonesia Terbaik Sepanjang Masa 1,154
9. * Cecilia Cheung 1,104
10. Latifah Omar 905 (533)
# Dalam (kurungan) pageviews setakat jam 12 tengahmalam 31 Oktober 2012.
* Baru masuk/masuk semula dalam senarai.
Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;
Pertama: 1,156 lihatbaca (17 Disember 2012)
Kedua: 1,084 pageviews (17 September 2012)
Ketiga: 1,025 lihatbaca (18 September 2012)
Followers (Pengikut);
Bertambah 8, menjadikan 72 (1 Januari 2013). Terima kasih kepada exora silver, PDSI Kota Aur, i-omar, Akif, Aya Salvator, cintabadi kasihati, Fadzli Jaafar dan masyta ahmad.
View my complete profile;
1,461 pageviews (1 Oktober 2012)
1,582 lihatbaca (1 Januari 2013)
# Akan diupdate sekali setiap 2 bulan.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
tokyo menangi lapan anugerah
manila menangi anugerah filem terbaik
taipei menangi lapan anugerah
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Ya, memang benar.
ReplyDeleteSaya bersama Anwardi.
Drp: Azurawati, Shah Alam, Selangor.