"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, January 7, 2013


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-30

Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK
DI BUMI BERTUAH P.RAMLEE
Oleh MUSTAFAR A.R.
Yang Menyertai Delegasi
Malaysia Ke Tokyo
(4 Jun - 7 Jun 1985)



Buku cenderamata Festival Filem Asia-Pasifik Ke-30

Upacara Perasmian

SAYURI YOSHINAGA (PELAKON TERBAIK) & RANO KARNO

TOSHIRO MIFUNE (HERO "RASHOMON") & JAAFAR ABDULLAH

Upacara Pembukaan

Upacara Pembukaan

Mesyuarat Lembaga Pengarah FPA

Persidangan Akhbar & Pameran Filem






TOKYO, Bandaraya Jepun, bolehlah dianggap sebagai bumi bertuah kepada Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.

Di bumi inilah, P. Ramlee memenangi anugerah utama, Pelakon Lelaki Terbaik, kerana filem yang dibintanginya, "Anak-Ku Sazali" (FFAP4, 1957).

Di Tokyo juga, P. Ramlee memenangi anugerah yang diwujudkan khusus untuknya, The Most Versatile Talent (Bakat Serba Boleh), kerana filem lakonan dan arahannya "Ibu Mertua Ku" (FFAP10, 1963).

Selepas itu hinggalah sekarang, tidak ada sesiapa pun yang layak dianugerahkan dengan anugerah seperti yang diterima oleh P. Ramlee itu.

Tidakkah kita sebagai rakyat (peminat filem) Malaysia berbangga dengan pencapaian terbaik P. Ramlee?

12 tahun kemudian, Festival Filem Asia-Pasifik sekali lagi diadakan di bumi bertuah P. Ramlee itu, dan kali ini yang Ke-30 (FFAP30).

Sebelum itu, Jepun menganjurkan FFAP12 (Kyoto, 1965) dan FFAP14 (Tokyo, 1967)

Apa yang menarik, saya turut sama dalam delegasi Malaysia berada di bumi bertuah P.Ramlee tersebut, tetapi P. Ramlee sudah tidak ada lagi.

P. Ramlee pergi menemui Tuhannya pada 29 Mei, 1973 iaitu 10 tahun selepas beliau menerima anugerah berprestij itu, anugerah peribadi terakhir yang diperolehinya.

Juga tidak kelihatan adanya Latifah Omar, Rose Yatimah, Rahmah Ali, Wahid Satay dan Hussain Haniff yang turut serta bersama P. Ramlee di FFM10 (1963) itu.

Sedih dan sayu juga bila mengenangkannya. Hilang ditelan zaman bagaikan debu ditiup angin.

Kuala Lumpur (Malaysia) kemarau dalam mengemuka film star hebat. Entah kenapa jadi begitu, tidak pula diketahui. Finas pun tidak menghantar wakilnya.

TIDAK SEPERTI INDONESIA

Mengikut apa yang dirancang sejak mula, delegasi Kuala Lumpur sepatutnya di wakili oleh 20 perwakilan, tetapi tiba di saat akhir hanya tinggal 12 perwakilan saja.

Jins Shamsudin sepatutnya turut serta tetapi beliau terpaksa membatalkan penyertaannya kerana dikehendaki melakukan pembedahan kecil di tengkuknya.

Rahim Razali dan Noor Kumalasari yang sepatutnya pergi, juga gagal menghadirkan diri.

Delegasi Kuala Lumpur diketuai oleh Kamarul Ariffin (sepatutnya Jins Shamsudin), manakala perwakilan pula terdiri antaranya;

* Jaafar Abdullah (Syed Kechik Filem)
* Shaharom Shahaban (Filem Negara Malaysia)
* Hisham Al-Bakri (Pemerhati Filem)
* Valerie Al-Bakri (Pelakon Filem)
* Rukiah Haji Ramlan (RTM, PWFM)
* Fariza Saidin (Utusan, PWFM)
* Norbaya Musa (Utusan, PWFM)
* Norhashimah Harun (Ekserkutif Produser)
* Bob Mustafa (Jurugambar Utusan)
* Mustafar A.R. (Utusan, PWFM)

Dalam strategi menghantar delegasi ke Tokyo, nampaknya Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) gagal segagal-gagalnya mengakibatkan Malaysia tidak menyumbang sebarang persembahan di Malam Upacara Penyampai Anugerah Dan Penutup FFM30, tidak seperti delegasi lain terutamanya Indonesia.

Hanya Valerie Al-Bakri (pelakon filem "Jasmin") seorang saja yang dianggap sebagai film star mewakili delegasi Kuala Lumpur, dan adalah sangat malang kepada Malaysia.

Bertambah mengecewakan, Kuala Lumpur hanya mengemukakan satu filem cerita "Matinya Seorang Patriot" yang diarahkan oleh Rahim Razali, tidak dua atau tiga seperti kebiasaannya.

Filem tersebut yang dibintangi oleh Eman Manan dan Noor Kumalasari, Sa'adiah dan Zulkifli Zain, gagal memraih sebarang anugerah.

Kesemua perwakilan tiba di Lapangan Terbang Narita, Tokyo pada 3 Jun 1985, dan terus di bawa ke tempat penginapan, Hotel New Otani, Tokyo.

Boleh dikatakan kesemua acara FFAP30 berlangsung di hotel tersebut yang dimulakan pada 4 Jun, dengan mesyuarat lembaga pengarah FPA, seminar, persidangan akhbar dan tepat jam 6.00 petang dilangsungkan pula upacara perasmian dan pembukaan FFAP30.

Keesokan harinya (5 Jun), Delegasi Malaysia dan juga delegasi negara-negara lain di bawa melawat ke Fuji Photo Film (Ashigara Factory), dan sebelah malam dihidangkan dengan pertunjukan "Malam Korea" kerana FFAP31 akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1986.

PEMERAN PERDAGANGAN

6 Jun, kesemua perwakilan di bawa melawat ke Tsukuba EXPO '85 yang merupakan pameran perdagangan antarabangsa terbesar yang kebetulan sedang berlangsung di Tokyo.

Disamping itu, kerana tidak ada dalam program lawatan FFAP30, Fariza Saidin, Rukiah Haji Ramlan dan saya membuat kunjungan sendiri-sendirian ke Tokyo Disneyland dan ke Kedutaan Malaysia di Tokyo.

Di Kedutaan Malaysia, kami bertiga menjadi tetamu kepada Duta Malaysia Ke Jepun, Jamaluddin Abu Bakar dan isterinya, Rahmah Abu Samah, serta anak isteri petugas-petugas Malaysia di kedutaan tersebut.

Mereka juga (yang wanitanya) menganjurkan satu program masak memasak khusus untuk Fariza Saidin yang pada ketika itu turut mengendalikan majalah Wanita terbitan Utusan.

Tokyo Disneyland merupakan Disneyland pertama saya kunjungi. Kemudian disusuli Los Angeles (Amerika) Orlando (Florida, Amerika) dan Paris (Perancis).

7 Jun, berlangsung pula dengan penuh warnawarni dan meriah, upacara penyampaian anugerah, pertunjukan gala dan perasmian penutupan FFAP30 di Dewan Asashi, Hotel New Otani.

Paling ramai menghantar perwakilan ialah Tokyo, 100; kemudian diikuti Seoul (59); Taipei (57); Jakarta (57); Manila (13) Kuala Lumpur (12); Hong Kong (9); Bangkok (5) dan Singapura (4).

Sepanjang berlangsungnya FFAP30, 9 filem yang dipertandingkan telah dipilih untuk tonton peminat-peminat filem bertempat di Shibuya Toei Theatre, Tokyo.

Filem-filemnya, "Ohan" (Tokyo), "Untold Story" (Bangkok), "Disciples Of The 36th Chamber" (Hong Kong) dan "Tinggal Landas Buat Kekasih" (Jakarta).

"Matinya Seorang Patriot" (Kuala Lumpur), "Clouds" (Manila), "Manik The Miserable" (New Delhi), "Deep Blue Night" (Seoul) dan "A Summer At Grandpa's (Taipei).


Seminar & Lawatan Ke Fuji Photo Film

Melawat Ke Tsukuba EXPO '85

Upacara Penyampaian Anugerah

Pertunjukan Gala







FILEM-FILEM YANG BERTANDING
DAN FILEM-FILEM YANG MENANG
Di Susun Oleh ZAINI YUSOP


Kuala Lumpur (Malaysia)
Cerita:
* Death Of A Patriot (Matinya Seorang Patriot)
Filem Pendek:
* Malaysian Timbers (Kayu Balak Malaysia)
* Where The Rivers Meet (Di Mana Sungai Bertemu)

Seoul (Korea Selatan)
Cerita:
* The Enternal Flow (Aliran Dalaman)
* Deep Blue Night (Menyelami Kebiruan Malam)
* The Blazing Sun (Seterik Matahari)
Filem Pendek:
* Traditional Korean Wedding
(Perkahwinan Tradisional Korea)

Jakarta (Indonesia)
Cerita:
* Take Off (Tinggal Landas Buat Kekasih)
* Cascade Of Love (Ranjau-Ranjau Cinta)
* Footprint Of The Bride (Jejak Pengantin)
* The Sharp Large Dish On Foot (Keril-Keril Tajam)

Manila (Philippine)
Cerita:
* The Unmarried Man (Lelaki Bujang)
* Snake Sisters (Ular Bersaudara)
* Clouds (Awan)
* Cage Blossoms (Sangkar Berkembang)

Hong Kong
Cerita:
* The Illegal Immigrant (Pendatang Haram)
* The Master Strikes Back (Tok Guru Bertindak Balas)
* Hong Kong 41 (Hong Kong 41)
* Disciples Of The 36th Chamber
(Pengikut-Pengikut Dari Dewan 36)

Taipei (Taiwan)
Cerita:
* Taipei Story (Cerita Taipei)
* A Summer At Grandpa's (Musim Panas Bersama Atuk)
* Run Away (Cabut Lari)
* My Favorite Season (Musim Yang Aku Minati)
Filem Pendek:
* A Song Of Chinese Landscape (Lagu Mercutanda Cina)
* What Is Chinese Opera? (Apa Itu Opera China?)

Bangkok (Thailand)
Cerita:
* Untold Story (Kisah Terpendam)

New Delhi (India)
Cerita:
* Manik The Miserable (Penderitaan Manik)
* Party (Parti)
* The Bird's Nest In The Wind
(Sarang Burung Di Dalam Angin)

Tokyo (Japan)
Cerita:
* The Miracle Of Joe, The Petrel
(Keajaiban Joe, Petrel)
* Ohan (Ohan)
* Yume-Chiyo (Yume-Chiyo)
* Waiting For You, Akira (Menanti Mu, Akira)
* The Boy Next Door (Anak Muda Di Sebelah Rumah)
Filem Pendek:
* Science Graffiti: Nature's Magic Revealed
(Sains Grafiti: Pendedahan Keajaiban Alam)
* Bridge Over The Seas (Jambatan Di Atas Laut)
* The Taiko-Drum Of Japan (Gendang-Taiko Jepun)

# Sydney (Australia), Wellington (New Zealand) dan Singapura yang turut menganggutai FPA, tidak menghantar sebarang filem untuk dipertandingkan.


Lee Woo-Suk menerima anugerah kerana "Deep Blue Night"

DEEP BLUE NIGHT (Seoul)

Sayuri Yoshinaga menerima anugerah kerana "Ohan"

OHAN (Tokyo)

Perwakilan Hong Kong menerima anugerah kerana
"Disciples Of The 36th Chamber"



(Sumber: KungFuTrailers) Disciples Of The 36th Chamber

Kamarul Ariffin menerima anugerah kerana
"Di Mana Sungai Bertemu"(Where The Rivers Meet)


RUN RUN SHAW & SHIGERU OKADA

CHIRAWAN KAMPANATSANYAKORN & MANUEL DE LEON






PEMENANG ANUGERAH FFAP30 PERGI KEPADA...

* Filem Terbaik
DEEP BLUE NIGHT
(Dong-Export Co., Ltd., Seoul)
* Pengarah Terbaik
HOU HSIAO-HSIEN
(A Summer At Grandpa's, Taipei)
* Pelakon Lelaki Terbaik
CHOW YUN-FAT
(Hong Kong 41, Hong Kong)
* Pelakon Wanita Terbaik
SAYURI YOSHINAGA (Ohan, Tokyo)
* Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
EL MANIK
(Jejak Pengantin, Jakarta)
* Pelakon Wanita Pembantu Terbaik
VIJAYA METHA
(Party, New Delhi)
* Lakonlayar Terbaik
CHOI IN HO
(Deep Blue Night, Seoul)
* Sinematografi Terbaik
YOUNG WAY HAM & LEE PING-BING
(Run Away, Taipei)
* Penyuntingan Terbaik
CHIANG HSING-LUNG & LI YEN HAI
(Disciples Of The 36th Chamber, Hong Kong)
* Rakaman Suara Terbaik
KENICHI BENITANI
(The Miracle Of Joe, The Petrel, Tokyo)
* Musik Terbaik
CARAVAN BAND
(Untold Story, Bangkok)
* Pengarah Seni Terbaik
WANG TUNG, LIN CHO-WEN & GO KIN-TEN
(Run Away, Taipei)
Filem Pendek Terbaik
SCIENCE GRAFFITI - NATURE'S MAGIC REVEALED (Tokyo)
* Perancangan Terbaik
WHERE THE RIVERS MEET (Kuala Lumpur)
* Anugerah Istimewa
CHO YONG-WON
(The Blazing Sun, Seoul)
TETSUYA MINAGAWA
(Waiting For You, Akira, Tokyo)
GOPI
(A Bird's Nest In The Wind, New Delhi)
* Anugerah Istimewa Juri
THE ILLEGAL IMMIGRANT (Hong Kong)
KON ICHIKAWA (Ohan, Tokyo)
* Anugerah Khas Menghargai Tokoh Filem
RUN RUN SHAW (Hong Kong)
CHIRAWAN KAMPANATSANYAKORN (Bangkok)
MANUEL DE LEON (Manila)
SHIGERU OKADA (Tokyo)

# Pada keseluruhannya Tokyo menguasai FFAP30 dengan memenangi 6 Anugerah.
Hong Kong (4)
Taipei (3)
Seoul (3)
New Delhi (2)
Bangkok (2)
Kuala Lumpur (1)
Jakarta (1)
Manila (1)


VALERIE AL-BAKRI & CHRISTINE HAKIM

KAMARUL ARIFFIN, IVO NILA KRISHNA & VIREN LUTHER

Salah satu tarian terdapat dalam pertunjukan "Korean Night"


HOU HSIAO-HSIEN (A Summer At Grandpa's, Taipei)

A SUMMER AT GRANDPA'S (Taipei)

CHOW YUN-FAT (Hong Kong 41, Hong Kong)


(Sumber: BobNimbuz) Hong Kong 41

VIJAYA METHA (Party, New Delhi)

PARTY (New Delhi)


(Sumber: NFDCCinemasofIndia) PARTY

EL MANIK (Jejak Pengantin, Jakarta)

JEJAK PENGANTIN (Jakarta)

Perwakilan Malaysia melawat Fuji Photo Film diketuai Kamarul Ariffin (berdiri lima, kanan). Turut serta Valerie Al-Bakri (duduk lima, kanan), Rukiah Haji Ramlan (duduk dua, kanan), Fariza Saidin (duduk kiri), Shaharom Shahaban (berdiri empat, kiri) dan Mustafar A.R. (berdiri tiga, kiri)


(Sumber: Pendekar1109)







DI SEKITAR FESTIVAL
FILEM ASIA-PASIFIK KE-30
Oleh FARIZA SAIDIN
Yang Menyertai Delegasi
Malaysia Ke Tokyo
(4 Jun - 7 Jun 1985)


Gambar kulit depan UFF Ogos '85 yang dihiasi dengan foto Amy Roshaida di mana terdapatnya artikel mengenai FFAP30 yang ditulis oleh Fariza Saidin

FESTIVAL Filem Asia-Pasifik Ke-30 (FFAP30) yang berlangsung di Tokyo sudah pun hampir dua bulan berlalu, namun kehangatannya tetap dirasakan apatah lagi Kuala Lumpur berjaya membawa pulang satu anugerah kerana Perancangan Terbaik filem pendek "Where The Rivers Meet" ("Di Mana Sungai Bertemu") keluaran Gaya Film Studio.

Kuala Lumpur menghantar dua filem lain, "Matinya Seorang Patriot" dan filem pendek "Malaysian Timbedrs" tetapi malangnya kedua-duanya gagal memdapatkan sebarang anugerah.

Anugerah Filem Terbaik FFAP30 jatuh ke tangan Seoul yang mengemukakan "Deep Blue Night", sementara anugerah-anugerah utama yang lain seperti Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Sayuri Yoshinaga (Tokyo).

Pelakon Lelaki Terbaik jatuh ke tangan Chow Yun Fat (Hong Kong) dan Pengarah Terbaik dimenangi oleh Hou Hsiao Hsien (Taipei).

Jakarta tidak ke tinggalan membawa pulang satu anugerah utama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, yang dimenangi oleh El Manik kerana lakonannya dalam "Jejak Pengantin".

Perwakilan delegasi seramai 300 orang dari 12 negara, tiba di Lapanganterbang Narita, Tokyo pada 3 Jun 1985, dan boleh dikatakan kesemuanya di tempatkan di Hotel New Otani yang merupakan antara hotel terbesar dan popular di Tokyo.

Negara-negara tersebut ialah Tokyo, Seoul, Hong Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Taipei, Manila, New Delhi, Bangkok, Singapore, Sydney dan Wellington.

Kuala Lumpur pada awalnya merancang menghantar perwakilan delegasi yang besar melebih 20 orang, tetapi akhirnya berkurangan tinggal hanya 12 peserta saja termasuk beberapa orang wartawan antaranya empat mewakili Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM).

Perwakilan Malaysia yang turut serta terdiri dari Kamarul Ariffin sebagai Ketua Delegasi, Jaafar Abdulla (Syed Kechik Filem), Shaharom Shahaban (Filem Negara Malaysia) dan Hisham Al-Bakri bertindak sebagai pemerhati filem.

Kehadiran Valerie Al-Bakri (pelakon filem "Jasmin") boleh dianggap sebagai 'penyelamat' di mana hanya beliau saja merupakan 'film star' tunggal dari Malaysia.

BERJALAN SECARA SEDERHANA

Selebriti lain seperti Rahim Razali, Noor Kumalasari dan Safar Ghafar yang sepatutnya menyertai bersama delegasi Malaysia tidak jadi pergi di saat-saat akhir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ketidakhadirnya mereka mengakibatkan Malaysia tidak menyumbangkan sebarang persembahan (sebagai kelaziman berlaku) di malam upacara penyampaian anugerah dan penutup FFAP30.

Bagaimanapun, pada keseluruhannya FFAP30 yang berlangsung selama empat hari mulai 4 Jun, 1985 berjalan secara sederhana dalam keadaan penuh perpaduan dan harmonis.

Selain Tokyo, Seoul dan Taipei, Jakarta juga tidak kurang hebatnya menghantar perwakilan delegasai yang agak ramai, 57 semuanya.

Begitu pun juga, antara ramai selebriti itu yang terkenal hanyalah Christine Hakim, Marisa Haque, Rano Karno, Astri Ivo, Ivo Nila Krishna serta pengarah Indonesia yang sudah tidak asing lagi, Turino Djunaidy.

Sayangnya, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, El Manik, tidak ada dalam delegasi Jakarta.

Ini menyebabkan Christine Hakim, Marisa Haque, Rano Karno dan Astri Ivo menjadi tumpuan para wartawan Malaysia disebabkan ketiadaan selebriti tanahair, manakala dari negara-negara lain kurang dikenali di Malaysia.

New Delhi yang mempunyai pelakon-pelakon terkenal seperti Amitabh Bachchan, Zeenat Aman, Shashi Kapoor dan sebagainya tidak kelihatan, yang datang cuma pengarah ekserkutifnya seorang saja, Viren Luther.

Sepanjang perjalanan FFAP30, tidak berlaku sebarang kekecohan dan berjalan lancar. Dan, antara tempat-tempat menarik yang menjadi lawatan utama kesemua perwakilan delegasi antaranya Tsukuba Expo '85 dan Fuji Photo Film 'Ashigara' Factory.

Tahun depan (1986), FFAP31 akan berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Bagaimanakah pula coraknya? Mungkinkah lebih hebat dari Tokyo? Mungkin ya, mungkin tidak.

Sayonara, Tokyo!

# Artikel ini terdapat dalam majalah Utusan Filem & Fesyen (UFF) keluaran bulan Ogos 1985. Bagaimanapun, teksnya telah di edit oleh Zaini Yusop disesuaikan dengan keadaan semasa.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.






ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




3 comments:

  1. Inilah salah satu sebab,
    mengapa saya sukakan FKM.
    Artikelnya berinformasi,
    dan lengkap selengkap-lengkapnya.
    Serta dipenuhi banyak gambar pula.
    Di Wikipedia dan IMDb pun tidak ada.
    Cinemamalaysia (Finas) lagilah.
    Syabas, Mustafar A.R. dan Zaini Yusop.
    Teruskalah usaha yang bermanfaat ini.
    Anda berdua telah melaksanakan sesuatu
    yang baik terhadap sinema (filem) Malaysia.
    Tidak heranlah Anwardi mengiktiraf FKM,
    dan statistiknya pula terus melonjak naik.

    Drp: FATIMAH ABD. RAHIM, Putrajaya.


    ReplyDelete
    Replies
    1. fatimah abd. rahim?
      macam kenal nama ni.
      atau nama dua serupa.
      apa pun,
      jutaan terima kasih.

      Delete
  2. Selain artikel yang berinformasi.
    Encik Mustafar ni pandai pilih foto
    yang membuatkan saya tak habis-habis
    tersenyum dan ketawa kerana gelihati.
    Lihatlah foto, listen! listen! listen!.
    Ini misti si Sharifah Zohra tu punya pasal.
    kesian si morning, tak pasal-pasal kena marah.

    Drp: Azizah Azizul, Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete