MASIH SERONOK DI TONTON SAMPAI KINI...
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
CHITRA DEWI MIEKE WIDJAJA & INDRIATI ISKAK
RENDRA KARNO SEBAGAI SUTOTO
CHITRA DEWI RENDRA KARNO & MIEKE WIDJAJA
RENDRA KARNO & MIEKE WIDJAJA
BAMANG IRAWAN & INDRIATI ISKAK
INDRIATI ISKAK & BAMBANG IRAWAN
INDRIATI ISKAK & HASSAN SANUSI
CHITRA DEWI & FIFI YOUNG
INDRIATI ISKAK & LEFTENEN HARDY (tidak tahu siapa pelakonnya)
MIEKE WIDJAJA SEDANG SERONOK MENARI DAN MENYANYI
IKLAN DI ATAS TERDAPAT DALAM AKHBAR THE STRAITS TIMES KELUARAN PADA 28 JUN 1958
BAHAGIAN SATU "TIGA DARA"
(Sumber: Sanggar Cerita)
Produksi NV. PERFINI
Pimpinan Produksi NJA ABBAS ACUP
Pengarah USMAR ISMAIL
Adaptasi USMAR ISMAIL
Cerita & Lakonlayar M. ALWI DAHLAN
Juru Kamera MAX TERA
Penyunting SOEMARDJONO
Musik Dipimpin Oleh SAIFUL BAHRI
Pelakon MIEKE WIDJAJA (Nana) CHITRA DEWI (Nunung) INDRIATI ISKAK (Nenny) RENDRA KARNO (Sutoto) FIFI YOUNG (Nenek) HASSAN SANUSI BAMBANG IRAWAN ROOSILAWATI
JALAN CERITA___
Cerita mengisahkan tiga adik beradik perempuan tinggal bersama Nenek dan Ayah mereka. Kakak yang tua (Nunung) baru saja genap umurnya 29 tahun yang mana si Nenek begitu bimbang kerana umur hampir masuk tiga puluhan tetapi jodohnya masih belum ada kerana dia tidak mudah bergaul dengan lelaki padahal adik-adiknya (Nana dan Nenny) begitu senang pula bergaul dengan lelaki.
Si Ayah tidak ambil peduli kerana kesebukannya tetapi dengan ancaman dan permintaan terakhir si Nenek sebelum ajalnya sampai terpaksa dia mengambil berat dan usaha mencarikan jodoh Nunung pun dilakukan. Sayangnya, perangai Nunung yang tidak peramah membuatnya sukar diterima dikalangan teman-teman lelaki Nana dan Nenny.
Suatu hari berlaku aksiden kereta antara Nunung dengan pemuda bernama Toto. Nunung yang kesal memaki hamun Toto disamping menolak ajakannya untuk menghantar pulang sebagai usahanya memohon maaf.
Tidak mengalah, Toto mengikuti Nunung yang menaiki beca pulang ke rumah untuk meminta maaf dengan berbekalkan bunga namun Nunung masih tidak menerima malah menolak kehadiran Toto dengan kasar.
Nana yang melihat Toto sebagai pemuda gentleman berusaha mendekatinya. Toto kemudian rapat dengan Nana yang mana ini membuatkan Nunung cemburu. Bagaimanapun, rasa ego Nunung lebih tinggi dibandingkan dengan sukanya dia kepada Toto.
Toto yang masih mengharapkan Nunung, cuba merapati Nunung melalui Nana. Namun kerana keakrapan Toto dengan Nana, hingga membawa terjadinya pertunangan.
Si Nenek begitu terkejut dan menolak pertunangan tersebut. Katanya, kalau Nana kahwin dulu dari Nunung, Nunung akan jadi anak dara tua seumur hidup. Nana begitu marah pada Nunung, dan ini menyebabkan Nunung memilih pergi ke Bandung untuk menenangkan dirinya.
ULASAN___
Dalam tahun 1955 dan 1956 (semasa umur saya 13 atau 14 tahun), saya masih ingat 3 filem Indonesia telah mendapat sambutan hangat di Malaysia (Malaya ketika itu) dan publisiti di akhbar dan majalah cukup meluas.
Filem-filemnya "Harimau Tjampa" (Djayakasuma 1953), "Tamu Agung" (Usmar Ismail 1955) dan "Tiga Dara".
"Tamu Agung" saya menontonnya di satu kawasan lapang (bukan panggung wayang) di Sungai Sekamat, Kajang, "Tiga Dara" saya tonton melalui TV Malaysia ketika itu masih hitam & putih (bermula tahun 1963) sebelum ke warnawarni pada tahun 1978 dan "Harimau Tjampa" (sepanjang pengetahuan saya) tidak pernah saya tonton.
Bila menonton di tv, saya sekadar menonton saja. Nama Tiga Dara - Chitra Dewi, Mieke Widjaja dan Indriati Iskak - saya tidak kenal pun. Apa yang saya ingat hanyalah kelincahan Indriati Iskak. Itu pun, siapa Indriati Iskak, saya tidak tahu.
Memori saya mula berputar ke belakang apabila melayari beberapa blog yang prihatin tentang filem ini - mencerita dan mengulas semula mengenainya.
Selama ini saya begitu tertarik dengan lagu popular Indonesia antaranya "Pilih Menantu", "Senandung Lagu Lama", "Lagu Gembira", "Cita-Cita Membumbung Tinggi" dan "Temasya", baru sekarang saya tahu lagu-lagu tersebut petikan dari filem ini.
Ramai yang kata cerita filem ini sudah ketinggalan zaman, namun pada tahun 2004 ada usaha dibuat untuk di buat semula (remake) oleh Christine Hakim dibawah arahan Rudi Soedjanwo dengan peranan tiga dara ditawarkan kepada Dian Sastrowardoyo, Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.
Tidak pula dapat dipastikan, apa sudah jadi dengan projek tersebut.
Selain itu, filem ini adalah antara 25 filem Indonesia terbaik sepanjang masa dengan menduduki tempat ke-11. Filem "Tjoet Nja' Dhien" (1986) yang diarahkan Eros Djarot menduduki tempat pertama.
Agak menarik, inilah satu-satunya filem Usmar Ismail dipilih dan merupakan filem keluaran tahun 1950an, kerana yang lain dikeluarkan pada tahun antara 1971 ("Pengantin Remaja", Wim Umboh) dan 2005 ("Gie", Riri Riza).
25 filem tersebut dipilih oleh 20 orang (wartawan dan pemerhati filem) antaranya Ilham Bintang, Yau Widjaya, Ipik Tajono, Yudnistira Massardi, Leila Chudori, Fran Sartono dan Taufiqurrahman.
Ulasan pemilih: "Tiga Dara" ditasbihkan jadi filem karya Usmar Ismail yang paling dikenal orang banyak - mungkin kerana ini filem pop, bukan filem berat berisi perjuangan revolusi atau kritik sosial.
"Tiga Dara" mengisahkan kehidupan tiga perempuan kakak-beradik berikut suka-duka (hubungan saudara yang kerap ribut-ribut kecil sampai problem dengan lelaki).
Saat diedarkan dahulu "Tiga Dara" tergolong filem laris di era 1950an. Akting tiga bintang utamanya (Mieke Widjaja, Chitra Dewi dan Indriati Iskak) sulit dilupakan. Ketiganya cantik-cantik dan muda. Mereka juga bermain bagus, diselangi nyanyian merdu (ini filem musikal).
Yang membuatnya abadi, filem ini masih enak ditonton hingga kini. Pantas rasanya bila "Tiga Dara" jadi penanda kultural untuk filem remaja dari sebuah era (1950an).
LAGU___
* "Tiga Dara" (Djuita, Elly Sri Kudus & Nurroughma)
* "Cita-Cita" (Djuita)
* "Temasya" (S. Effendy)
* "Lagu Gembira" (Elly Sri Kudus & Sam Saimun)
* "Senandung Lagu Lama" (Djuita)
* "Bimbang Tanpa Pegangan" (Nurroughma)
*>"Pilih Menantu" (Elly Sri Kudus & Sam Saimun)
* "Aduh! Mak" (Elly Sri Kudus)
* "Siapa Namanya" (Sam Saimun)
MARI KITA MENYANYI LAGU "SENANDUNG LAGU LAMA"
(Sumber: Dedes61)
SENANDUNG LAGU LAMA
Mengapa hatiku ingin berlagu rindu
Hampa sudah cita hilang pula harapan
Malam tiada bergema malam telah membisu
Namun malam ini di malam nan sunyi
Menimbulkan kenangan
Hatiku ingin menyanyikan
Senandung merdu lagu lama
Cahaya kenangan kenangan yang hampa
Mengapa hatiku ingin berlagu rindu
kerna sentiasa terkenang padamu
Hatiku ingin menyanyikan
Senandung merdu lagu lama
Cahaya kenangan kenangan yang hampa
Mengapa hatiku ingin berlagu rindu
kerna sentiasa terkenang padamu
Lagu nyanyian Djuita (kadang-kadang dieja Djuwita) dan dicipta oleh Saiful Bahri ini ternyata begitu syahdu sekali hingga boleh menyebabkan lelehan airmata.
Liriknya begitu simple tetapi sangat menyentuh kalbu terutama dikalangan anak-anak muda remaja yang dibuai rindu. Siapakah penulis liriknya? Sayang sekali, setakat ini tidak diketahui.
Dalam filem lagu ini dinyanyikan oleh Chitra Dewi yang berperanan sebagai kakak yang tua, Nunung.
Sungguhpun Kartina Dahari turut sama mempopularkan lagu ini namun penyampaiannya tidaklah sebaik apa yang telah dilakukan oleh Djuita.
* Kecuali "Pilih Menantu" ciptaan Ismail MZ, yang lain dicipta oleh Sjaiful Bachri (Saiful Bahri).
* "Cita-Cita" ("Tjita-Tjita") juga menggunakan tajuk "Cita-Cita Membumbung Tinggi".
BIMBANG TANPA PEGANGAN (Sumber: Dedes61)
Lihat juga kejelitaan Mieke Widjaja serta telatah-telatah lucu Bambang Irawan ("ada apa yang akan terjadi?") dan Indriati Iskak ("macam-macam yang bisa terjadi").
* "Pilih Menantu" dalam filem dinyanyikan oleh Chitra Dewi (Elly Sri Kudus) dan beramai. Tetapi apabila di piringhitamkan penyanyinya berubah ke Bing Slamet dan Ratna.
PILIH MENANTU (ORIGINAL) (Sumber: Dedes61)
PILIH MENANTU (Sumber: Dedes61)
SIAPA NAMANYA (Sumber: Dedes61)
* "Temasya" ("Tamasja") juga berjodol "Lagu Gembira" ada persamaannya dengan lagu Inggeris yang sudah tidak asing lagi, "Oh My Darling, Clementine".
Penyanyi: SAM SAIMUN, ELLY SRI KUDUS, BING SLAMET, DJUITA, S. EFFENDY, NURROUGHMA dan MIEKE WIDJAJA
INDRIATI ISKAK CHITRA DEWI & MIEKE WIDJAYA
BIOGRAFI TIGA DARA___
# CHITRA DEWI (Roro Fatma Dewi Tjitrohadikusumo) dilahirkan di Cirebon pada 26 Januari 1934 merupakan bintang filem terkenal Indonesia di era tahun-tahun 1950an dan 1990an. Seperti juga Mieke Widjaja, Chitra Dewi banyak berlakon filem antaranya yang menarik "Tamu Agung" (1955), "Delapan Pendjuru Angin" (1957), "Asrama Dara" (1958), "Habis Gelap Terbitlah Terang" (1959) bersama Maria Menado, "Pedjuang" (1960), "Kabut Sutra Ungu" (1979), "Pengantin Remaja" (1991) dan yang terakhir "Pendang Ulung" (1993). Selain berlakon, Chitra Dewi juga berkesempatan mengarah 3 filem - "Bercinta Dalam Gelap" (1971), "Dara-Dara" (1971) dan "Penunggang Kuda Dari Tjimande" (1971). Chitra Dewi meninggal dunia ketika usianya 74 tahun di Tangerang pada 28 Oktober 2008.
# MIEKE WIDJAYA lahir di Bandung pada 17 Mei 1940 merupakan bintang filem terkenal Indonesia. Dia adalah isteri Dick Zulkarnean. Sebelum memasuki filem, Mieke Widjaja terkenal sebagai penyanyi di RRI Palembang bergabung dengan kumpulan musik Empat Sekawan. Setelah tamat SMAnya Mieke Widjaja berpindah ke Jakarta dan melanjutkan pendidikannya di Akademi Teater Nasional Indonesia (1956-1957). Pada 30 Oktober 1955, Mieke Widjaja berkesempatan berlakon (sebagai pelakon pembantu) dalam "Gagal" dan sejak itulah namanya disebut-sebut sebagai aktris yang mempunyai masa depan yang cemerlang. Nama Mieke Widjaja semakin menyerlah apabila dia berlakon sebagai Nana dalam "Tiga Dara". Prestasi terbaiknya apabila dia mengondol anugerah Aktris Utama Terbaik di PAF1963 kerana lakonannya dalam "Gadis Kerudung Putih" bersama suaminya, Dicky Zulkarnean. Aktris Terbaik dalam FFI1981 ("Kembang Semusim"), FFI1984 ("Cinta Di Sebalik Noda") dan FFA1990 ("Taksi"). Sejak membintangi "Gagal" (1955), Mieke Widjaja telah membintangi hampir 80 filem termasuk "Delapan Pendjuru Angin" (1957), "Asrama Dara" (1958), "Beranak Dalam Kubur" (1971), "Dr. Karmila" (1981) dan "Gadis Hitam Putih" (1985) yang dibintangi juga Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustapha. Dengan Dicky Zulkarnean (meninggal dunia pada 10 Mei 1995), Mieke Widjaja mempunyai 4 anak - Tirza, Ade Miskarana, Vanya (Nia) terkenal sebagai penyanyi dan Barman Margona.
# INDRIATI ISKAK atau nama lahirnya Indriati Gerard Bernadina lahir di Surabaya pada 19 Jun 1942. Penganut Katholik, Indriatii mula terkenal kerana peranan sebagai Nenny dalam filem "Tiga Dara". Itulah filem pertamanya yang kemudian menjadi box office. Bagaimanapun, filem-filemnya selepas "Tiga Dara" (kecuali "Djuara Sepatu Roda") kurang berjaya. Selain berlakon Indriati Iskak juga menganggutai kumpulan Baby Doll bersama Rima Melati, Baby Huwea dan Gaby Mambo menyanyi dan menari dipertunjukan-pertunjukan pentas. Selepas berkahwin dengan Laksamana Muda Udara Moh Makki Perdanakusuma pada 15 Mei 1962, Indriati Iskak meneruskan pengajiannya di Fulkaltus Paikoloji Universiti Indonesia hingga tamat pada tahun 1968. Sejak berkahwin, Indriati Iskak tidak lagi berlakon filem. Indriati Iskak dikurniakan tiga orang anak - Dra Sania Makki, Sakti Makki dan Sari Makki.
USMAR ISMAIL (KANAN) BERSAMA FATMAWATI (ISTERI PRESIDEN SUKARNO) & MARLON BRANDO
USMAR ISMAIL (KIRI) BERTEMUBUAL DENGAN ROCK HUDSON KETIKA LAWATANNYA KE HOLLYWOOD TIDAK LAMA DULU
BIOGRAFI PENGARAH___
# USMAR ISMAIL merupakan tokoh filem terkenal di Indonesia bersaingan dengan Djamaludin Malik. Dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatra pada 20 Mac 1921 Usmar Ismail memulakan karier filemnya sebagai penolong pengarah di Perusahaan Filem Nasional Indonesia (Perfini). Pada tahun 1952-1953 dia melanjutkan pelajarannya dalam jurusan filem di Universiti Los Angeles hingga mendapat gelaran Bachelor of Arts. Sebelum itu, Usmar Ismail mendapat kesempatan mengarah 2 filem - "Harta Karun" dan "Tjitra" (keduanya pada tahun 1949). Pada tahun 1950 dia mengarahkan filem "Darah dan Doa" ("The Long March") yang merupakan filem Indonesia pertama secara rasmi dikeluarkan oleh Indonesia sebagai sebuah negara selepas berakhirnya Perang Kemerdekaan Indonesia. Filem ini juga filem pertama Perfini. Selain 2 itu, filem-filem Usmar Ismail yang dikira hebat termasuklah "Enam Djam Di Djoja" (1951), "Krisis" (1953), "Tamu Agung" (1955), "Delapan Pendjuru Angin" (1957), "Asrama Dara" (1958) dan "Anak Perawan Di Sarang Penyamun" (1962). Disamping itu, Usmar Ismail turut mengarahkan 2 filem di Malaya - "Korban Fitnah" (menggunakan nama P.L. Kapur) dibintangi Maria Menado dan Sukarno M. Noor dan "Bayangan Di Waktu Fajar" (1962) yang dibintangi S. Roomai Noor, Latifah Omar dan Rendra Karno. "Bayangan Di Waktu Fajar" merupakan filem yang dibuat semula oleh Usmar Ismail dari filem arahannya terdulu, "Chitra". Sebelum meninggal dunia pada 2 Januari 1971, Usmar Ismail sempat mengarahkan filem terakhirnya "Ananda" (1970) yang dibintangi Lenny Marlina, Rachmat Hidayat dan Mieke Widjaja.
GAMBAR BAWAH: SAIFUL BHARI (KIRI) KETIKA MENJADI PENGARAH MUSIK FILEM NEGARA MALAYSIA PADA TAHUN 1963
BIOGRAFI PEMUSIK___
# SAIFUL BAHRI bukan saja telah berjasa besar kepada tanahairnya (Indonesia) tetapi juga Malaysia. Ini kerana selain pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Penerangan ketika itu (Senu Abdul Rahman) dia juga turut memegang jawatan sebagai Pengarah Musik di Filem Negara Malaysia (FNM). Musik adalah kemahirannya, dan dengan itu lahirlah banyak lagu patriotik Malaysia termasuk "Malaysia Berjaya" yang tetap segar sampai ke hari ini, "Muhibbah" dan "Perajurit Tanahair" yang dinyanyikan oleh Jamaluddin Alias. Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang ada sekarang adalah ciptaannya, dan kerana jasanya itu Sultan Selangor telah menganugerahkan pingat Setia Mahkota Selangor (SMS). Saiful Bahri lahir di Payakumbuh, Sumatera pada 19 September 1924, dan mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), Kayutaman, Sumatera, dan di situlah bakat musiknya terselah kemudian ditubuhkannya satu kumpulan musik. Apabila berpindah ke Jakarta mengadu untung dan nasib, pada tahun 1940 Saiful Bahri terpilih menganggutai Orkes Studio Jakarta sebagai pemain biola dan sepuluh tahun kemudian dia sampai ke peringkat sebagai pemimpin Orkes Studio Jakarta dari tahun 1950 hingga 1960. Dalam tahun 1960, Saiful Bahri bersama Titiek Puspa, Bing Slamet, Sam Saimun, S. Effendy dan Mokhtar Embut telah melakukan lawatan ke beberapa negeri di Malaysia (Malaya) dengan membuat pertunjukan pentas yang mendapat sambutan hangat. Ketika berada di Malaya itulah timbul ilham Saiful Bahri mencipta lagu "Semalam Di Malaya" (nyanyian S. Effandy) kemudian dijadikan filem berjodol "Semalam Di Malaysia" dengan bintang utama Sam Bimbo dan Norzie Nani. Kerana tertarik dengan Malaysia, Saiful Bahri menjadikan Malaysia sebagai tempat kediamannya, dan selain "Semalam Di Malaya" lagu-lagu lain ciptaannya termasuklah "Senjakala", "Surat Tak Bernama", "Kenangan Masa" dan "Fajar Harapan". Selain NV. Perfini, Saiful Bahri juga turut menghasilkan musik untuk syarikat filem Bintang Surabaya dan Golden Arrow. Saiful Bahri pernah menyanyi dan berlakon dalam filem "Terimalah Laguku" (1952) yang turut dibintangi Raden Ismail dan Titi Savitri. Di Studio Merdeka dia turut terlibat dengan musik (menggunakan nama Surya Buana) untuk filem "Jauh Di Mata" (1964) arahan Fred Young dan dibintangi oleh Abdullah Chik dan Sofia Ibrahim. Dia juga turut menyanyi. Filem tersebut dipadankan dari filem Indonesia "Lenggang Djakarta" keluaran tahun 1953 yang turut melibatkan dirinya. Saiful Bahri meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 5 Disember 1976.
FAKTA___
* Filem pertama yang dibintangi oleh Indriati Iskak.
* Filem ini memenangi anugerah penghargaan dalam Festival Filem Indonesia Ke-2 (FFI2) tahun 1960 untuk musik terbaik (Saiful Bahri).
* Filem ini mulai ditayangkan serentak di New Alhambra dan Odeon, Katong, Singapura sempena menyambut Hari Raya Haji pada 28 Jun 1958.
* Berikutan kejayaan box office yang dicapainya, Usmar Ismail mengarahkan pula "Asrama Dara" (1958) dengan mengekalkan lakonan Chitra Dewi, Rendra Karno, Fifi Young dan Bambang Irawan ditambah dengan Suzzana, Bambang Hermato dan Aminah Cendrakasih tetapi sambutannya kurang berjaya.
* Kerana peranannya dalam "Bayangan Di Waktu Fajar", Rendra Karno memenangi anugerah aktor pembantu terbaik di FFA10 Tokyo (1963).
* Agak menarik, ada antara beberapa adegan dan dialog yang terdapat dalam filem ini terdapat juga dalam filem-filem arahan P. Ramlee. Satu antaranya dialog "lain kali sajalah..." yang diucapkan oleh Chitra Dewi dan diulangi oleh Normadiah dalam filem "Bujang Lapok".
* Turut juga ditiru, cara duduk di taman bunga oleh P. Ramlee dan Saloma dalam "Seniman Bujang Lapok", sama seperti Rendra Karno dan Mieke Widjaja. Dan, menyanyi ikut corong radio oleh Mieke Widjaja, sama seperti Rose Yatimah menyanyi dalam "Tunang Pak Dukun".
* Filem ini ditayangkan terus menerus selama 121 hari di Jakarta dan 81 hari di Bandung.
(Sumber: rizanoar)
(Sumber: uniocordium)
(Sumber: uniocordium)
(Sumber: pak dhede ciptamas)
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
ZAITON
p. ramlee perli, nak pergi kabaret ke?
BATTLE HYMN
buat amal kebajikan sebagai penebus dosa.
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
DEV ANAND
patah tak tumbuh hilang tak berganti.
R. AZMI
berada dikamar sepi dalam kesepian.
AHMAD MAHMUD
anak malaysia pertama jadi produser filem.

Satu usaha yang cukup baik
ReplyDeletedari bekas wartawan Malaysia
terhadap filem Indonesia.
Teruskan lagi, Bapak Mustafar.
Wow...kalaulah ada usaha untuk filem p.ramlee dibuat 'restoration' seperti itu, alangkah cantiknya...bayangkanlah filem Semerah Padi...
ReplyDeleteSaya kira usaha untuk mewarnakan filem itu memang baik, tapi pada pandangan saya, yang hitam-putih itulah sebenarnya 'kemahalan' filem P.Ramlee... :-)
Saya tak setuju jika sekiranya filem hitam putih itu diwarnakan.Biarlah filem itu dengan hitam putihnya sebab nampak lebih "klasik"
ReplyDeleteGue baru jumpa blog ini.
ReplyDeleteTernyata bapak Mustafar hebat orangnya.
Ini kerana artikel filem "Tiga Dara"
dibuat dengan begitu detail sekali.
Gue kira dalam blog-blog filem Indonesia
sendiri tidak terdapat sebagaimana
yang bapak Mustafar usahakan.
Terimalah tahniah ikhlas dari gue
- Suleiman Mahadi, Jakarta, Indonesia.
Halo, boleh tanya apakah punya lirik untuk lagu "Cita Cita" (Tiga Dara)? Saya ingin merekam ulang lagu tersebut. Terima kasih.
ReplyDelete