"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, March 1, 2014


STATISTIK FILEM KLASIK





# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"






Antara 2 gambar "Semerah Padi", black & white dan color

Dato' Aziz Singah

Datuk Aziz Sattar & Mustafar A.R.

Amin Khan & Nahar Khan






USAHA COLOR "SEMERAH PADI" DIBATALKAN
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop

USAHA gigih badan sukarela, Amanah Tan Sri P.Ramlee (ATSPR), yang dipengerusikan oleh Dato' Aziz Singah, untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" menemui jalan buntu, dan terpaksa dibatalkan.

Ini kerana, AJK ATSPR tidak mampu menembusi benteng Shaw Brothers yang ternyata begitu kuat dan kebal.

Mengikut apa yang diberitahu, agak sukar bagi Shaw Brothers membenarkan filem yang diarahkan oleh P.Ramlee itu dicolorkan sebab, ia terikat dengan perjanjian atau kontrak yang sekali gus dilindungi undang-undang.

Kalau begitu kedudukannya, payah dan sangat sukar kita melihat "Semerah Padi" menyerupai filem Bollywood Dev Anand, "Hum Dono", dan filem Hollywood Humhrey Bogart, "Casablanca".

Lebih malang dan begitu sebak dihati, impian P.Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan, gagal dilaksanakan, tidak kesampaian.

Dulu semasa hayatnya, P.Ramlee dan H.M. Shah, menubuhkan syarikat filem, Rumpun Melayu, bagi mencapaikan impiannya, mengarahkan filem color. Tetapi, belum apa-apa dia telah pergi menemui penciptanya.

Bila mahu direalisasikan impiannya, sekadar menerusi filem arahannya yang sudah tersedia ada, dari 66 filem yang dia terlibat, pun ada saja tembuk besar yang menghalang.

Tepat sekali dengan lagu nyanyian P.Ramlee, "Sungguh malangnya nasibku", yang dipetik dari filem "Perjodohan" arahan B.N. Rao yang turut dibintangi Normadiah.

Dato' Aziz Singah, Datuk Aziz Sattar, Amin Khan, Nahar Khan dan saya sendiri yang menjadi perintis, angkat tangan menyerah kalah, bukan kerana kos yang bakal dibelanjakan, sebabnya kerenah biokrasi yang tidak dapat diatasi dan ditembusi.

Ada pihak yang boleh ke depan dan boleh (mempunyai kuasa) untuk bertindak, ternyata tidak berminat, sebab tidak ada kepentingan. Kata mereka, "Buang masa, buang duit saja."

Apakah memberi penghormatan (tribute), berusaha untuk mencapaikan hasrat Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, filem arahannya dicolorkan, sebagai membuang masa dan membuang duit? Entahlah, tak tau nak kata.

INILAH CORAK MENTALITI

Memang malang, malang sekali nasib P.Ramlee. Inilah corak mentaliti mereka yang ada kuasa, tidak pandai mengenang jasa dan budi seorang seniman yang begitu banyak jasanya terhadap perkembangan seni tanahair terutamanya filem, musik dan lagu.

Begitupun juga, berhentinya AJK ATRPR bertindak dan seterusnya dibubarkan, bukan bermakna usaha mengcolorkan "Semerah Padi" dinoktahkan begitu saja. Ada tiga agensi kerajaan lebih afdal melaksanakannya, dan patut berusaha;

1. Finas.
2. Kementerian Penerangan Dan Multimedia.
dan
3. Sinematek Malaysia.

Sayang, Sinematek Malaysia belum wujud lagi, yang sepatutnya sudah lama ada.

Tiga agensi tersebut boleh berurusan dengan Shaw Brothers, kalau perlu hingga sampai ke peringkat meminta jasa baik Kerajaan Singapura yang boleh membantu.

Kalau sudah dilakukan, seribu daya, masih gagal. Tidak tahulah, apa lagi yang mahu dan harus dibuat.

Apa yang diharapkan, tidaklah terjadi sampai ke situ. Bak kata Dato' Aziz Singah, "Perkara yang baik, biasanya menghadapi jalan sukar."

AJK ATSPR tidak berputus asa, telah pun berusaha sedaya upaya, tetapi jalan yang dilalui nampaknya berliku dan penuh ranjau, ranjau sepanjang jalan.

"Kami gagal, mungkin ada pihak lain yang lebih bekemampuan. Sampai masanya, mereka akan muncul ke depan dan merealisasikan impian P.Ramlee," kata Datuk Aziz Sattar.

Mungkin hari ini, "Semerah Padi" gagal diproses dengan teknologi filem yang canggih (HD dan dobly, alangkah cantiknya), tetapi mana tahu, 10 atau 20 tahun akan datang.

Ini berdasarkan kata-kata H.M.Shah, "Filem-filem P.Ramlee tetap laku dan terus diminati walaupun seratus atau seribu tahun lagi".

Semoga impian P.Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan akan tercapai, biar pun terpaksa menunggu masa yang begitu lama, entah berapa lama lagi, agaknya.

Seratus atau seribu tahun lagi?...








1. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

3. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. FILEM TERBAIK INDONESIA

6. FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

7. PEMERGIAN P. RAMLEE

8. CECILIA CHEUNG

9. GELORA

10. LATIFAH OMAR






PENGUNJUNG FK MENGHAMPIRI SETENGAH JUTA

AGAK menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang, kunjungan (hits) FK sudah menghampiri setengah juta. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 11.30 malam 28 Januari, 2014, sebanyak 473,345.

Rekod catatan dalam sehari, masih kekal dengan 3,604 yang tercipta pada 11 Jun, 2013.

Sungguhpun kunjungan (dalam sehari) tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau pun berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 700 hingga 900 sehari) sudah mencukupi.

Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula (lebih tertumpu kepada filem-filem lama atau filem-filem klasik), hanya segelintir orang saja yang berminat.

Bagaimanapun, ada masa-masanya hits melebihi 1,000, 8/12 (1,719), 10/12 (1,041) dan 30/12 (1,117).

Apapun, tujuan dan sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang singkat (bermula 12 April, 2010, dan hanya aktif pada 9 Mac, 2011), informasinya sudah tersebar dengan cukup meluas, negara yang berkunjung pun banyak juga.

Agak menarik, "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" sudah dapat mengatasi "Pergimu Takkan Kembali Lagi", dengan catatan 42,893 pageviews menduduki tempat pertama dalam senarai artikel popular FK.

"Pergimu Takkan Kembali Lagi" kini, berada ditangga ke-2 dengan catatan 37,347 lihatbaca.

"Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" menduduki tempat ke-3 dengan 34,230 pageviews dan "Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-4 dengan 21,194 pagewiews.

Sungguhpun sudah meninggal dunia pada 29 Mei, 1973 (setelah melebihi 40 tahun), namun P.Ramlee tetap menjadi pujaan dan diminati ramai.

Ini kerana "5 Tahun Pemergian P.Ramlee" oleh Bahyah Mahmood, masih kekal dalam senarai artikel popular FK dan menduduki tempat ke-7 dengan catatan 5,958 pageviews, manakala filem arahannya, "Gelora", berada ditempat ke-9 mencatat 4,695.

12 REVIEW FILEM CATAT HITS TERBAIK

Tujuan utama Filem Klasik (FK) diblogkan, berhasrat untuk mengimbau kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam black & white.

Setakat ini, sejak FK muncul, banyak filem telah direview. Diantara sebanyak itu, "Gelora" masuk dalam senarai artikel popular FK, menduduki tempat ke-9 dengan catatan 4,958 pageviews.

Kedudukan yang baik turut dicapai oleh 2 filem Maria Menado, "Selendang Delima" dengan catatan 3,544 (view count) dan "Pontianak" (2,752).

Lain-lain filem, "Semerah Padi" (1,746), "Hanchor Hati" (1,722), "Penarek Becha" (1,704), "Selendang Merah" (1,632) dan "Permintaan Terakhir" (1,541).

Ini diikuti pula, "Lain Jalan Ka-Shorga" (1,519), "Lanchang Kuning" (1,443), "Chemburu" (1,387) dan "Leila Majnun" (1,251).






MALAYSIA MASIH BERADA DIKEDUDUKAN PERTAMA

Malaysia, terus berada ditempat pertama, menerima 323,969 lihatbaca, dan diikuti (ke-2) Indonesia dengan 37,620 pageviews.

Lihatbaca (pageviews), 8 negara lain yang terbaik, setakat jam 11.30 malam 28 Februari, 2014;

3. Singapore - 24,731
4. United States - 17,515
5. Brunei - 8,858
6. Vietnam - 3,083
7. Russia - 2,788
8. Germany - 2,326
9. United Kingdom - 1,369
10. Canada - 1,102

# Keseluruhan lihatbaca: 473,345

Lain-Lain Negara;

11. Philippines 12. Australia 13. Egypt 14. Saudi Arabia
15. Sweden 16. France 17. Belgium 18. Azerbaijan 19. India
20. Brazil

21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia 25. Croatia
26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman
30. United Arab Emirates

31. Italy 32. Belgium 33. Switzerland 34. Barbados
35. Uruguay 36. Spain 37. Timor Leste 38. Hungry
39. Netherlands 40. Ecuador

41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia
46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China

51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan
55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic
59. Bahrain 60. Poland

61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark
66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania

71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso
76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran

81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal
90. Djibouti

91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco
95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia 98. Cote d'Ivoire (Ivory Coast)
99. Kenya 100. Estonia

101. Suriname 102. Papua New Guinea 103. Belarus
104. South Africa 105. Mauritania 106. Guantemala
107. Argentina 108. Luxembourg 109. Dominican Republic
110. Portugal

111. Sudan 112. Venezuela 113. Faroe Islands 114. Chile
115. Montenegro 116. Solomon Islands

Ini bererti, 116 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FK, satu pencapaian yang cukup baik dan sangat menggalakkan, daripada sebuah blog yang kerdil, yang mengutamakan Bahasa Malaysia, hanya sedikit berBahasa Inggeris.

Pada umumnya, selain Malaysia, negara yang sering berkunjung ke FK, Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, Vietnam, United Kingdom, Canada, India, Estonia, Taiwan dan Germany.






Pageviews artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;

1. Seksi Selebriti Indonesia - 42,893 (23,559)
2. Pergimu Takkan Kembali - 37,347 (33,708)
3. Seksi Selebriti Malaysia - 34,230 (28,520)
4. Selamat Pengantin Baru - 21,194 (19,146)
5. Filem Indonesia Terbaik - 12,212 (10,906)
6. Filem Bollywood Terhebat - 10,200 (9,479)
7. Pemergian P. Ramlee - 5,958 (5,946)
8. Cecilia Cheung - 5,462 (3,013)
9. Gelora - 4,958 (4,755)
10. Latifah Omar - 4,330 (4,213)

# Dalam () kurungan catatan yang berakhir pada 31 Disember, 2013.

Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Pertama: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)
Kedua: 2,841 pageviews (10 Jun 2013)
Ketiga: 1,919 lihatbaca (8 Disember 2013)

Followers (Pengikut);

Kini semakin bertambah menjadikan 137 (pada 28 Februari, 2014). Terima kasih kepada mereka yang baru menyertai; AbangSunyi Dearhaniey, Muhammad Yazid Rosly, Sue, Zakiah, ahmad, Bayu Senja, sri, hamisah dan jefferniagaz.

View my complete profile;

* 2,514 pageviews (31 Oktober, 2013)
* 2,787 lihatbaca (31 Disember, 2013)
* 3,083 pageviews (28 Februari, 2014)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?







KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







5 comments:

  1. Salam Encik Mustafar. Punah harapan saya untuk menonton filem "Semerah Padi" yang dibuat dalam color. Apa susah sangatkah untuk mengcolorkan filem yang diarahkan oleh P.Ramlee itu, sedangkan beliau telah banyak menyumbangkan dana untuk menegakkan empire Shaw Brothers. Kegagalan tabung ATSPR yang telah berusaha gigih, yang mana sebelumnya, tidak termimpikan oleh sesiapa, begitu menyedihkan. Apa nak buat filem itu hak mutlak Shaw Brothers, nak paksa pun tak boleh, kecuali kerajaan Malaysia dan Singapura. Justeru itu terserahlah kepada keadaan. Begitu pun juga, usaha harus diteruskan, jika tidak boleh hari ini, mungkin boleh hari esok. Finas juga harus berusaha, merealisasikan impian P.Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan, jangan berdiam diri, bertindaklah. - Shariffuddin (via-email), UKM, Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Saya pun bersama Shariffuddin.
    Terasa sangat hampa dihati.
    Apapun, suatu hari nanti,
    "Semerah Padi" tetap dicolorkan juga.
    Impian P.Ramlee harus direalisasikan.
    Saya, Diana, Seri Iskandar, Perak.

    ReplyDelete
  3. Di Hollywood & dunia barat, filem-filem lama black/white mereka dicolorkan semata-mata untuk pasaran VCD & DVD bagi tontonan umum di rumah & premis persendirian. Oleh itu, jumlah filem mereka dalam kategori ini kini mencecah ke angka ratusan. Di India pula, filem-filem seperti ini dibuat untuk tayangan umum di pawagam-pawagam, sama seperti ia mula-mula ditayangkan buat pertama kalinya, kemudian barulah dicetak dalam bentuk DVD. Di Bollywood, sebenarnya cuma ada 3 saja: Mughal-E-Azam (terbitan 1960), Naya Daur (terbitan 1957) & Hum Dono (terbitan 1961). Filem-filem lama India yang turut dicolorkan ialah filem bahasa Telugu "Maya Bazaar" (terbitan 1957) & filem bahasa Kannada "Sathya Harishchandra" (terbitan 1965). Bukan saja visualnya diwarnakan, malah ada antara filem-filem India ini yang telah dipulihkemaskan audionya agar lebih mantap, jelas & sesuai untuk teknologi hari ini (terutama sekali lagu-lagu & muzik latarnya). Bagi Mughal-E-Azam (MEA) versi warna, Naushad Ali (pencipta muzik asal filem ini) telah dikontrak untuk menghidupkan semula lagu-lagu & muzik latarnya. Mujurlah waktu itu Naushad masih agak sihat kerana tidak lama kemudian beliau telah menutup usianya yang ke-86 tahun. MEA mendapat sambuatan malah keuntungan yang besar. Malangnya, Naya Daur & Hum Dono kecundang di box-office. Kalaulah Semerah Padi (SP) dapat dicolorkan, sambutan para penonton Melayu entah macam mana agaknya, tetapi moga-moga ia berjaya seperti MEA. Ada dua faktor ketara yang dapat disamakan antara MEA & SP: (1) Dalam versi asal filem hitam-puith ini terdapat adegan-adegan warna (yang disebut dalam cinematic jargon sebagai "partly in colour") pada babak-babak nyanyian. Tetapi MEA ada lebih banyak adegan warna daripada SP (mungkin satu saja pada babak nyanyian oleh Saadiah seperti yang disebutkan oleh En. Mustafar AR dulu). Saya sendiri pernah melihat dalam sebuah majalah, gambar poster SP dengan sebutan "partly in colour" untuk tayangan di Mesir dulu. (2) Bagi mengabulkan hajat pengarahnya yang tidak kesampaian untuk membuat filem arahan mereka itu berwarna & bukan hitam-putih (P.Ramlee memang berhajat agar filem Kanchan Tirana dibuat dalam Eastmancolor tetapi yang beliau diberikan hanyalah Merdekascope yang amat menjemukan). Tetapi K. Asif lebih beruntung kerana dapat mengarahkan filem "Love And God" (Cinta dan Ilahi) dalam Eastmancolor sepenuhnya. Tetapi beliau tidak sempat menyudahkan filem tersebut kerana beliau meninggal dunia pada 1971.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  4. Hasrat untuk mewarnakan filem Semerah Padi memang patut dipuji, namun kita harus akur bahawa HAKCIPTA tidak boleh main-main, silap-silap makan nasi penjara...Produsernya tauke kaya Hong Kong, mereka semua berhak ke atas filem tersebut. P. Ramlee hanya sebagai pengarah dan dibayar gaji. Jadi PRODUSER/ PENERBIT yang memiliki hakcipta filem tersebut. Kita hanya menumpang pada nama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, saya setuju..
      Apapun. usaha harus diteruskan.
      Dijalankan atas landasan yang betul.
      Pembatalan Aziz Singah & gang mengcolorkan
      "Semerah Padi", pasal hakcipta itulah.
      Kalau tidak, dah lama mereka buat.
      Tetapi saya yakin, suatu ketika yang baik,
      "Semerah Padi" akan dicolorkan juga.
      Percayalah...

      - Salleh Jaafar, Fraser's Hill, Pahang.

      Delete