Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Sunday, April 10, 2011


THE LONG HOUSE (1957)

KALAU ADA PUN, KITA TIDAK DAPAT MENONTONNYA
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


LULI berperanan sebagai heroine

Salah seorang pelakon yang tidak dikenali

FILEM "Bakti" hilang, jika diperolehi kita masih boleh menontonnya. "Melanchong Ka-Tokyo" ghaib, kalau ada kita juga masih dibolehkan menontonnya. Begitu juga "Pulau Mutiara", "Penghidupan" dan "Si Tora Harimau Jadian", kita masih boleh tonton sekiranya diperolehi.

Tetapi tidak filem "The Long House" (jika ada pun) kita tidak akan dapat menontonnya. Sebab, anda lihatlah sendiri gambar-gambar petikan dari filem tersebut seperti yang diperlihatkan di atas dan di bawah.


LULI (kiri) bersama seorang pelakon tidak dikenali

Tiga Foto LULI dan KENNY BUCHANNAN


Iklan semuka penuh yang terdapat dalam akhbar
The Straits Times keluaran 9 Oktober 1957


MALAY FILM PRODUCTIONS
Produser RUN RUN SHAW
Pengarah Filem PHANI MAJUMDAR
Pelakon LULI KENNY BUCHANNAN



JALAN CERITA___

Cerita mengisahkan pemuda berbangsa Inggeris (Kenny Buchannan) jatuh cinta dengan gadis Dayak (Luli) di pendalaman hutan Sarawak. Cinta mereka tidak kesampaian kerana adat istiadat kaum Dayak menentang percintaan mereka kerana berlainan adat dan berlainan bangsa.


ULASAN FK___

Saya masih ingat, saya menonton filem ini di Capitol, Kuala Lumpur ketika berusia 15 tahun. Pada masa itu, Sarawak belum menubuhkan gagasan Malaysia bersama Sabah dan Malaya.

Tidak ada larangan kanak-kanak berusia seperti saya menontonnya.
Undang-undang kesusilaan tentang berpakaian di Sarawak belum dikuatkuasakan, jadi orang-orang Dayak terutama wanitanya tidak di larang mendedahkan tubuh badan terutama buah dada.

Boleh dikatakan kesemua pelakon wanita dalam filem ini mendedahkan buah dada termasuk bintang utamanya (heroine), Luli.

Oleh yang demikian, sekiranya ia masih wujud agak sukar ditayangkan di mana-mana saluran tv dan pawagam di Malaysia kerana undang-undang berpakaian sudah berkuatkuasa dan pendedahan dada wanita-wanitanya tidak digalakkan dipertontonkan.

Kerana itu, kempunanlah kita tidak dapat menyaksikannya.

Pada keseluruhannya (antara ingat dengan tidak) filem ini saya anggap menarik, bukan sekadar wanita-wanita Dayak yang mendedahkan dada tetapi juga gambaran adat istiadat kaum Dayak, upacara perkahwinan, upacara selamat datang ke rumah panjang, tari-tarian monyet dan bermacam-macam lagi. Keindahan hutan Sarawak diekploitasi sepenuhnya dan sebaik yang mungkin.

Perlu juga diberitahu, orang-orang Dayak (sejak berkurun lalu) memang terkenal sebagai manusia paling kejam dan ganas di selatan Asia. Memotong kepala manusia (musuh) menjadi kebanggaan mereka. Tetapi itu tidak digambarkan.

Lebih menarik penggambarannya dibuat dalam warnawarni Eastmancolor dan lokasinya ditempat asal (dipendalaman hutan Sarawak) dengan menggunakan juruteknik filem yang kecil bilangannya dari Filem Negara Malaysia (FNM).


A TRIUMPH IN MALAYAN MOTION PICTURE INDUSTRY___

Run Run Shaw's sesational and daring enterprise in the motion picture industry "The Long House" will be released to Malayan and Singapore audience next month.

"The Long House", which has been brought to the screen at tremendous expense, will be the first Malayan produced motion picture to be distributed throughout the world.

Filmed in Eastmancolor on location in Sarawak, "The Long House" bring to the screen the world's first Dayak leading lady in Luli, a ravishing beauty who co-stars with Kenny Buchannan.

"The Long House" is a story of romance and adventure in which a white man and a native girl fall in love and then find that native tradition is against them.

The film takes you to the treacherous rapids of Sarawak and to the fabulous "long houses" which are the homes of the Dayaks, the most-feared of the head-hunting tribes of south Asia a century ago.

These are brilliantly-photographed scenes of a Dayak wedding, the sensational "Monkey Dance" and the tradisional Dayak welcome ceremony at a long house.

The intricate background of Dayak music blends with the exquisite color photography which has so vividly capture the atmosphere of the story.
"The Long House" has been prodused in English. The Malay edition will carry Chinese subtitle.

It is a film which will appeal to everyone and which is triumph in the Malayan motion picture industry so far unequalled by any film.

WATCH for further announcements in the press for the world premiere in Malaya.

- MOVIE NEWS (October 1957).


FAKTA___

* Filem berwarnawarni ketiga dikeluarkan studio MFP Jalan Ampas selepas "Ribut" dan "Hang Tuah".

* Filem keempat diarahkan Phani Majumdar selepas "Hang Tuah", "Anak-Ku Sazali" dan "Kaseh Sayang".

* Satu-satunya filem studio MFP Jalan Ampas dibuat penggambaran di Sarawak.

* Satu-satunya filem lakonan bersama Luli dan Kenny Buchannan.

* Tajuk sebenar filem ini (tercatat di credit title) "The Long House" bukannya "Rumah Panjang" sebagaimana sering tercatat.

* Kejayaan filem ini, membuatkan Cathay Keris Film pergi ke Sarawak memilemkan "The Virgin of Borneo" (1958) arahan L. Krishnan dibintangi S.Roomai Noor dan Narang. Bagaimanapun, pelakon-pelakonnya tidak ramai mendedahkan dada. Narang (heroine) pun menutup buah dadanya, tidak seperti Luli.

* Filem ini menelan belanja yang agak mahal dan turut ditayangkan ke seluruh dunia.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







6 comments:

  1. Di zaman saya kanak-kanak dulu, semasa saya membaca majalah hiburan & mendapat tahu bahawa terdapat filem-filem Melayu lama yang pernah dibuat dalam warna-warni (khususnya "Eastmancolor"), saya merasa amat seronok. Ini kerana daripada apa yang saya tahu & sering menonton, filem Melayu dulu-dulu hampir 100% dibuat dalam hitam-putih kerana produsernya sengaja tidak mahu mengeluarkan bajet untuk membuat filem berwarna. Kerana itu, apabila saya dapat menonton filem "Raja Bersiong" (Shaw-MFP), saya rasa begitu ghairah sekali. Saya tidak hairan apabila semua filem Hollywood & Hongkong dibuat berwarna, tetapi saya rasa marah, kecewa & iri hati apabila filem-filem Hindi (Bollywood), diikuti filem-filem Indonesia, hampir kesemuanya berwarna, sedangkan filem-filem Melayu masih hitam-putih. Paling-paling ada pun, ia dibuat dalam bidang luas Merdekascope (semua filem Merdeka studio bermula daripada "Gadis Langkawi"), Shawscope ("A-Go-Go '67") & Cathayscope ("Sumpah Pontianak" & "Anak Dara") tetapi masih di takuk monochrome hitam-putih yang membosankan! Kerana filem-filem berwarna pada zaman dulu merupakan suatu "novelty" (keistimewaan), maka ia terang-terang disebut & diuaruarkan pada poster dan setiap iklannya seperti ini: "In Eastmancolor", "In Gevacolor", "In Technicolor" dan lain-lain, sebagai daya penarik untuk memikat orang ramai datang menonton. Saya terkilan tidak dapat menonton "Chinta Gadis Rimba" (CGR), "Mahsuri", "Ribut", "The Long House" ("Rumah Panjang" dalam versi Melayu) & "Melanchong Ke-Tokyo" kerana inilah antara beberapa kerat saja filem berwarna Melayu klasik yang ada, tetapi saya tahu & akur bahawa "Perwira Di-Lautan Tedoh" & "Buloh Perindu" sudah tidak wujud sama-sekali. Bercakap tentang "Rumah Panjang" (kalau saya dibolehkan mengguna jodol versi Melayunya), kalau pun filem ini masih ada & boleh dibuat dalam print baru, sayang sekali ia tidak dapat ditayangkan semula, memandangkan semua pelakon wanita Iban dalam filem ini tidak berbaju & mendedahkan buah dada. Kita tahu ini bukan filem X-Rated atau porno, malah ia sebuah filem hiburan berilmiah yang memaparkan adat budaya kaum Dayak di Borneo ketika itu. Puncanya ialah pihak Shaw-MFP begitu "daring sekali" membuat filem ini dengan memberi kelulusan kepada panel pengurusan & pengarahnya untuk membenarkan "frontal nudity" (bogel sudut depan tetapi mujurlah tanpa kemaluan) demi ciri-ciri realisme atas nama seni, justeru mengakibatkan filem ini menjadi mangsa klasifikasi sebagai "restricted" (terhad) atau "totally banned" (sama sekali diharamkan) untuk tontonan atau dijadikan bahan rujukan di zaman ini. Kalaulah pihak Shaw membuat filem ini mengikut lunas-lunas filem CGR, pasti pihak TV boleh menyiarkannya sekarang. Saya mendapat tahu, filem CGR keluaran Keris Films milik Ho Ah Loke (sebelum ia bergabung dengan Cathay) & diarahkan oleh Dato' L. Krishnan telah dibeli mastercopynya & kini berada dalam simpananan Dato' L. Krishnan. Filem "Hang Tuah" keluaran tahun 50'an pernah dicetak semula (brand new print) & ditayangkan semula kepada umum di litar pawagam Shaw pada tahun 70'an sebelum ditayangkan di TV. Dato' L. Krishnan tidakkah berminat untuk membuat cetakan semula filem "Chinta Gadis Rimba" ini? Mentelah pula, kini terdapat teknik canggih komputer yang menggunakan kaedah "digitally re-master".
    -NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peranan apa yang harus dilakukan terhadap filem-filem Melayu lama, bukan lagi tanggungjawab individu (contohnya) seperti L. Krishnan, Jamil Sulong atau Jins Shamsudin. Mungkin juga bukan Shaw Brothers, Cathay Keris dan Merdeka Studio.
      Tetapi Kerajaan Malaysia dengan menubuhkan perarkiban filem khusus untuk penjagaan hal ehwal filem-filem Malaysia - Sinematek Malaysia.
      Pihak lain terlalu sukar kerana tidak mampu.
      Kita hanya boleh bersuara, memberi pandangan, memberi cadangan dan macam-macam lagi, yang hanya sia-sia sekiranya tidak ada tindakan positif, dan jadilah seperti pepatah, "anjing menyalak bukit".
      Syor Nonama, supaya L. Krishnan sendiri membuat cetakan semula filem arahannya "Virgin Of Borneo" (Chinta Gadis Rimba), jangan mimpilah, ia tidak akan terlaksana. Kalau berjaya, ini memang satu perkara luar biasa.
      Hanya tindakan Sinematek Malaysia dan undang-undangnya, boleh berkesan dan menjadi kenyataan.

      Delete
  2. Nak tanya. Betul ke, Kenny Buchannan tu pernah bertunang dengan Saloma tapi kemudian putus? Harap-haraplah Encik Mustafar dapat menjawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.
      Pertunangan tersebut diputuskan oleh Saloma sendiri.
      Sebabnya mudah, tidak serasi.

      Delete
  3. Filem ni ada disimpan di arked Finas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Finas patut fikir tubuhkan dulu Sinematek Malaysia, baru fikir nak cari dan simpan filem "The Long House" ini.
      Jika tidak jangan mimpilah Finas boleh memperolehinya.
      Hanya Sinematek Malaysia boleh berbuat demikian termasuk filem-filem lama yang sukar didapati.
      Antaranya, "Gelora", "Roh Membela" dan "Chemburu".

      Delete