"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, April 23, 2011


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6 (1959)


Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Poster Festival Filem Asia Ke-6 (FFA6) yang dicipta oleh Jimmy Liang


Cerita dan gambar-gambar FFA6 dalam majalah Movie News keluaran bulan Jun 1959


Yang di-Pertuan Agong disambut oleh Tunku Abdul Rahman dan Run Run Shaw untuk masuk ke dewan merasmikan upacara pembukaan FFA6


Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Run Run Shaw untuk turut sama menyampaikan anugerah Golden Gong kepada pemenang-pemenang


Perdana Menteri Abdul Razak Hussain sedang berbual-bual dengan Run Run Shaw dan isterinya serta aktres Hong Kong, Lam Fung


Tunku Abdul Rahman dan Run Run Shaw Sedang berbincang sesuatu yang ada sangkutpautnya dengan FFA6


Dari kiri: Jaffar Abdullah, P. Ramlee, Cyntia Koek dan Amir dari Malayan Film Unit (MFU)


Seronoknya Runme Shaw diapit oleh dua aktres jelita Jepun


Apakah yang dikelakarkan oleh P. Ramlee sehinggakan Lam Fung ketawa begitu


Apa pula yang dibisikkan oleh aktres jelita Loh Tih kepada Run Run Shaw. Disebelahnya Diana Chang


Aktor pencapaian menarik (Aiddie Ali) didokong oleh Ting Ling sambil diperhatikan oleh Lam Fung dan Pearl Aw Kar-Wei


Tarian kebudayaan dipersembahkan oleh kumpulan kesenian dari Kelantan di majlis makan malam yang berlangsung di Kelab Selangor, Kuala Lumpur


Pearl Aw Kar-Wei, Liu Sing Dan Ting Ling tidak sabar-sabar untuk menikmati Satay yang baru masak dibakar


Perwakilan Malaya-Singapore dan Hong Kong bergambar ramai di depan Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Di barisan depan kiri, Wahid Satay, Maria Menado (4 dari kanan) dan di sebelahnya Latiffah Omar. Turut kelihatan S. Roomai Noor (3 di barisan belakang), Loke Wan Tho (3 dari kanan) dan Ho Ah Loke, di sebelah kirinya


P. Ramlee menerima hadiah cenderamata dari Raja Permaisuri Agong


Run Run Shaw menerima hadiah cenderamata dari Tunku Abdul Rahman


P. Ramlee (kanan) dan Zhao Lei (kiri) dan aktres-aktres jelita Hong Kong bergambar ramai dengan anugerah-anugerah Golden Gong yang dimenangi oleh Shaw Brothers


Run Run Shaw dikelilingi oleh aktres-aktres jelita Hong Kong termasuk Ting Ling, Pearl Aw Kar-Lei, Lam Fung, Liu Sing, Loh Tih dan Diana Chang


Para karyawan filem Hong Kong serta aktor dan aktres Hong Kong dan Malaya-Singapore bergambar ramai selepas menerima anugerah Golden Gong. Turut kelihatan Run Run Shaw, P. Ramlee, Saloma, Zaiton dan Hashimah Yon


SHAW BROTHERS HONG KONG
Produser RUN RUN SHAW
Pengarah LI HAN-HSIANG
Senimatografi JUN YANG
Rakaman Suara KUANG HU
Penyunting Filem HSING-LUNG CHIANG
Pengarah Seni CHEN CHI-JUI
Cerita (Dipadankan) THE WANDERING DRAGON SEDUCES THE PHOENIX
Musik WANG SHUN
Pelakon LIN DAI (Li Feng) ZHAO LEI (Maharaja Zhengde) KING CHUAN (Ta Niu) TAN JO-CHING LAM MA BO HONG WEI HONG RHOQING TANG CHIH CHANG-YANG YUANLONG WANG MARGARET TU CHUAN SIU LOI CHOW LI JEN HO

JALAN CERITA___

Maharaja Zhengde menyamar diri sebagai rakyat biasa dan menggembara ke selatan Yangtze (Meilong) yang sering didengari banyak terdapat pemandangan indah. Sampai di sana Baginda terpikat dengan Li Feng (mengurus rumah tumpangan bersama abangnya). Mereka kemudian terlanjur.

Keesokan harinya pegawai istana datang bersama askar-askarnya meminta Baginda pulang ke istana atas perintah bondanya. Di sini barulah Li Feng mengetahui kekasih yang baru dikenalinya itu ialah Maharaja China.

Maharaja Zhengde berjanji akan menghantar orang-orangnya menjemput Li Feng untuk berkahwin dengan Baginda apabila sampai ke Beijing. Bagaimanapun, atas pengaruh bondanya Baginda melupai terus Li Feng.

Tiga tahun berlalu (kini Li Feng sudah melahirkan anak Baginda), namun berita yang Baginda akan menunaikan janjinya tidak juga kunjung tiba manakala kesihatan Li Feng membimbangkan dan boleh dianggap kritikal.

Dengan kisah Maharaja Zhengde dan Li Feng disebarkan oleh Ta Niu (pelayan rumah tumpangan Li Feng) di Beijing, akhirnya Baginda tersedar dan kemudian menghantar orang-orangnya ke Meilong untuk membawa Li Feng ke istana sebagai menunaikan janjinya.

Li Feng meninggalkan anaknya kepada kakak iparnya untuk ke istana. Dalam perjalanan dan ketika singgah di satu berhala Li Feng berdoa agar nyawanya dipanjangkan supaya dapat bertemu kekasihnya, Maharaja Zhengde.

Bagaimanapun, doanya itu tidak dimakbulkan kerana sebaik saja sampai ke istana Li Feng (yang sememangnya sakit tenat) sudah pun meninggal dunia.








(sumber: smanodam)





(sumber: neem56)



(sumber: hsiamoon)





(sumber: nashiqim)


ULASAN FK___

FESTIVAL Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-6 (FFAP6) telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 hingga 8 Mei 1959. Inilah pertama kali Kuala Lumpur dipilih menganjurkan festival filem berprestij itu selepas Tokyo (1954), Singapura (1955), Hong Kong (1956), Tokyo (1957) dan Manila (1958).

Berlangsungnya FFA6 di Kuala Lumpur adalah atas permintaan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya/Malaysia pertama. Hasratnya itu telah dikemukakannya kepada Run Run Shaw yang kemudian telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Federation of Motion Picture Producers in Asia.

Lapan negara mengambil bahagian - Malaya-Singapore, Indonesia, Hong Kong, Korea, Japan, China, Thailand dan Philippines. Sebanyak 28 filem dipertandingkan.

Upacara perasmian dan penyampaian anugerah telah dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman (dibina oleh Eu Tong Sen pada tahun 1935), Jalan Ampang yang kini lebih terkenal sebagai Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

Dikalangan tokoh-tokoh kenamaan yang hadir termasuk Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Sultan Selangor dan Tengku Ampuan Selangor, Perdana Menteri Abdul Razak Hussain dan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Malaya-Singapore diwakili aktor dan aktres terdiri dari P. Ramlee, S. Roomai Noor, Wahid Satay, Aiddie Ali, Maria Menado, Saloma, Latifah Omar, Zaiton dan Hashimah Yon.
Hong Kong diwakili oleh Zhao Lei, Lam Fung, Loh Ti, Ting Ling, Diana Chang, Liu Sing dan Pearl Aw Kar-wei.

Indonesia oleh aktres terkenalnya, Chitra Dewi dan Aminah Chendrakaseh.

Tokoh-tokoh filem pula Run Run Shaw, Runme Shaw, Usmar Ismail, Jaffar Abdullah, Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke.

Hero "The Kingdom and the Beauty" (Zhao Lei) ada menyertai festival filem ini tetapi Lin Dai (heroine) yang memegang peranan Li Feng tidak kelihatan.

Setelah berfestival di Dewan Tunku Abdul Rahman, Istana Sultan Selangor, Kelab Selangor dan beberapa panggung wayang di sekitar Kuala Lumpur, pada malam 8 Mei 1959 diumumkan pemenang-pemenang anugerah Golden Gong.

Senarai penuh adalah seperti berikut;

* Filem terbaik/best film "The Kingdom and the Beauty" (Hong Kong)

* Arahan terbaik/best direction "The Precipice" Yasuzo Masumura (Japan)

* Scenario terbaik/best scenario "The Precipice" Kamento Shindo (Japan)

* Fotografi warna terbaik/best colour photography "The Precipice" Hiroshi Murai (Japan)

* Fotografi hitamputih terrbaik/best black & white photography "Darling Daughter" Tung Shao-yung (Hong Kong)

* Suntingan terbaik/best editing "Her Tender Heart" Wang Shao She (Hong Kong)

* Musik terbaik/best music "Calendar Girl" Yao Ming (Hong Kong)

* Rakaman suara terbaik/best sound recording "The Precipice" Riichi Watanabe (Japan)

* Arahan seni terbaik/best art direction "The Precipice" Yomowo Shimogawara (Japan)

* Aktor terbaik/best actor "Hero of the Town" Kinnosuke Nakamura (Japan)

* Aktres terbaik/best actress "Her Tender Heart" Yu Ming (Hong Kong)

* Aktor pembantu terbaik/best supporting actor "Hero of the Town" Ryunosuke Tsukigata (Japan)

* Aktres pembantu terbaik/best supporting actress "The Cliff" Tsu Hsiao-pin (China)

Anugerah untuk bukan dramatik (non-dramatic) dimenangi oleh;

* Filem terbaik/best film "Brunei" Malayan Film Unit (Malaya-Singapore)

* Fotografi terbaik/best photography Masami Fujita/Miyoji Shioda "Traces in the Tunnel" (Japan)

* Perancangan terbaik/best planning "United We Stand" (Malaya-Singapore)

Anugerah istimewa (special) diberikan kepada;

* Aktor kanak-kanak terbaik/best child actor "Free Marriage" Park Kwang Soo (Korea)

* Aktres kanak-kanak terbaik/best child actress "Lone Voyage" Hsiao Yen-chang (China)

* Komedi terbaik/best comedy "Pendekar Bujang Lapok" P. Ramlee (Malaya-Singapore)

* Gambaran terbaik cerita rakyat/best portrayal of a country's folklore "Mahsuri" Ho Ah Loke (Malayan-Singapore)

Anugerah sabsidi (sabsidiary) diberikan kepada;

* Pencapaian menarik perekatari filem/outstanding film choreography "Love For You" (Korea)

* Persembahan menarik/outstanding performance "Satay" Aiddie Ali (Malaya-Singapore)


Ketika FFA6 berlangsung di Kuala Lumpur saya berumur 16 tahun dan masih bersekolah, dan saya berada diluar festival filem tersebut.

Tidak pernah saya duga, 19 tahun kemudian (2 hingga 6 Oktober 1978) saya berada pula dalam festival filem itu mewakili Malaysia (sebagai wartawan) di Festival Filem Asia Ke-24 (FFA24) yang buat pertama kalinya diadakan di Sydney, Australia.

Dari tahun 1954 hingga kini, Malaysia (Malaya) telah menganjurkan 4 kali FFA. 3 lagi pada,

* 28 September - 1 Oktober 2005 (Kuala Lumpur)

* 8 Oktober - 21 Oktober 1990 (Kuching, Sarawak)

* 10 September - 15 September 1982 (Kuala Lumpur)



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan



No comments:

Post a Comment