Teks: Bahyah Mahmood & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
ARTIKEL EKSKLUSIF
OLEH BAHYAH MAHMOOD
DIPETIK DARIPADA
MAJALAH URTV
KELUARAN 1 JUN 1978
KETANPANAN SEORANG SENIMAN
BERSAMA JUNAIDAH
Junaidah yang tidak kurang kejelitaannya berbanding Norizan dan Saloma,
di tahun-tahun 1950an
Nasir P.Ramlee dengan buku karyanya berlatarbelakangkan foto kedua ibubapanya, P.Ramlee dan Junaidah
BERSAMA NORIZAN
Norizan berada dikemuncak kebahagiaannya bersama P.Ramlee, di tahun-tahun 1960an
Norizan menyambut kepulangan P.Ramlee dari menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik Ke-7 di Tokyo dengan membawa anugerah Komidi Terbaik untuk filem "Nujum Pa' Blalang"
BERSAMA SALOMA
Saloma yang memang terkenal dengan keseksiannya, di tahun-tahun 1970an
Saloma dan P. Ramlee ketika menyanyi sebuah lagu dalam filem "Ragam P.Ramlee", episod "Ramlee & Saloma"
Tahun ini, 29 Mei 1978 genap 5 tahun P. Ramlee berpindah ke alam baqa. Tinggallah isteri yang disayang, tinggallah anak dan tinggallah segala-galanya yang ada di dunia ini.
Kepada isterinya SALOMA, P. Ramlee sering mengucapkan beliau ingin hidup seribu tahun lagi. Rupanya keinginannya itu tidak dimakbulkan oleh Tuhan.
Kini sudah 5 tahun P.Ramlee meninggal dunia, namun sampai saat ini tidak ada pengganti P. Ramlee, dan sememangnya tak siapa yang boleh menandingi seniman agung yang luar biasa ini.
Benarlah seperti yang dikatakan oleh Allahyarham Tun Razak, pemergian P. Ramlee bererti kita telah kehilangan seorang tokoh seni yang ulung yang amat sukar dicari gantinya.
Kita benar-benar merasa kehilangan, terasa sungguh dunia seni begitu sepi, apatah lagi keluarganya, terutama balunya SALOMA yang sampai saat ini masih keseorangan, belum terlintas dihatinya untuk mencari pengganti P. Ramlee.
"Saya bimbang, tidak ada lelaki lain di dunia ini yang boleh memberikan cinta dan kasih sayang seperti P. Ramlee, cintanya sentiasa hangat dan tidak membosankan," kata Saloma, suaranya terharu merindukan kasih sayang dari manusia yang amat dicintainya itu.
SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN
Dan dengan suara sebak Saloma menyatakan perasaannya. "Perasaan saya, P. Ramlee baru saja meninggal dunia, terasa baru sangat tak terasa dia meninggal dah bertahun-tahun, ini mungkin agaknya saya sentiasa mengenanginya.
Kenangan masih hidup disamping P. Ramlee, sentiasa segar dalam ingatan Saloma. Setiap detik, tiap saat bibirnya sentiasa menyebut-nyebut nama P. Ramlee, tidak peduli dengan siapa dia berbicara dan tidak peduli di hadapan siapa dan di mana dia berada.
Seringkali Saloma menyatakan kepada kawan-kawannya bila setiap kali mereka menyuruhnya menikah lagi katanya, dia bimbang ia takkan dapat memberikan kebahagiaan kepada lelaki lain dan betapa kecilnya hati si suami lantaran isterinya setiap detik asyik menyebut-nyebut nama P. Ramlee.
Saloma bernikah dengan P.Ramlee pada 31 Oktober 1961 dan mereka berdua bercerai mati setelah hidup berumahtangga selama 12 tahun, rumahtangga yang paling lama bagi Saloma juga kehidupan bersuami isteri paling lama bagi P. Ramlee.
Sepanjang hayatnya P. Ramlee tidak pernah mengawini 'anak dara', isterinya ketiga-tiganya janda. Dengan isterinya yang pertama JUNAIDAH perkahwinannya hanya kekal 4 tahun. Mereka mendirikan rumahtangga pada tahun 1949, dan bercerai di tahun 1953.
Pada tahun 1954, P. Ramlee menikah pula dengan NORIZAN janda Almarhum Sultan Perak, suatu pernikahan yang paling menggemparkan, tetapi perkahwinan keduanya mengalami perceraian pada tahun 1961.
Di tahun 1961 juga P. Ramlee telah menikah dengan Saloma yang ketika itu nama Saloma sedang top, sedang mengharum!
Saloma mengakui dia sangat meminati P. Ramlee sejak dia masih di bangku sekolah lagi, "Perkahwinan kami dilafazkan dengan janji dan sumpah, bahawa kami takkan bercerai berai kecuali 'mati!', kata Saloma lalu menyatakan memang betul-betul terjadi hanya 'mati' yang memisahkan dia dengan P. Ramlee.
Sesudah matinya pun Saloma tetap mengkagumi suaminya. Padanya P. Ramlee adalah satu-satunya manusia yang luar biasa. "Sampai mati pun saya takkan bertemu suami seperti dia!" ujarnya dengan pandangan sayu, menggambarkan hatinya yang ditinggalkan kesepian.
Bekas isteri kedua P. Ramlee, Norizan, yang sekarang hidup berbahagia dengan suaminya, adalah satu-satunya wanita yang telah menggemparkan masyarakat, dari Permaisuri Sultan, Norizan telah jatuh cinta pandang pertama dengan P. Ramlee.
"Segala peristiwa suka duka yang saya alami selama hidup di samping P. Ramlee tetap menjadi kenangan, sampai sekarang kadangkala saya teringat-ingat seolah-olah semuanya itu baru saja berlaku, entahlah!" kata Norizan menghela nafas panjang.
Norizan masih teringat-ingat lagi perkahwinannya dengan P. Ramlee sangat berbahagia sekali, "Hidup kami rukun dan damai, memang betul seperti yang selalu diceritakan oleh Saloma, P. Ramlee sifatnya terlalu penyayang! dia suka memanjakan isteri dan dirinya pun meminta isteri memanjakannya."
DI MANAKAH KAN KU CARI GANTI SEPERTIMU, P. RAMLEE?
Majalah URTV (muka depan foto Titiek Sandhora) yang mengandungi tulisan eksklusif Bahyah Mahmood mengenai Kenangan Manis 3 Isteri P. Ramlee
Norizan termenung jauh untuk mengingatkan kembali bagaimana rumahtangganya boleh retak, sehingga masing-masing terpaksa berpisah.!
"Tetapi yang saya ingat, agaknya kerana ditinggalkan kesepian di rumah menyebabkan saya merasa begitu cemburu, cemburu melihat dia selalu berdampingan dengan heroin-heroin yang selalu berlakon dengannya di dalam filem.
"Baru sekarang saya sedar! rupanya berkahwin dengan orang filem, mesti bersifat sabar, walaupun kadangkala terpaksa, 'makan hati berulam jantung!'
Norizan masih ingat lagi, rumahtangganya mulai bergoncang ketika P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem "Ibu Mertua Ku", rumahtangga mereka sekejap aman sekejap berantakan, dan dalam suasana beginilah P. Ramlee telah mencipta tiga lagu - "Jeritan Bathinku", "Jangan Tinggal Daku" dan "Di Manakan Ku Cari Ganti".
"Suasana rumahtangga yang berantakan ini banyak mencetuskan ilham P. Ramlee mencipta lagu. Ketiga-tiga lagu ini menggambarkan suasana rumahtangga kami seolah-olah kami berdua sudah membayangkan 'perpisahan', walaupun kami takut berpisah, tapi akhirnya terpaksa juga berpisah!" kata Norizan mengeluh kesal.
Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Norizan, "Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!"
Norizan juga tidak dapat melupakan, sesudah lama mereka bercerai dan sesudah masing-masing berpindah ke Kuala Lumpur, mereka kadangkala secara kebetulan betemu muka di studio Merdeka Film di Hulu Kelang.
Walaupun telah berpisah, namun perhubungan P. Ramlee dengan Norizan tetap baik, masing-masing saling hormat menghormati.
Ketika pengarah S. Kadarisman megambil Norizan berlakon dalam filem "Tunggal", P. Ramleelah yang mengajarnya berlakon. "Kalau dah pandai berlakon, nanti senang nak cari duit," kata P. Ramlee kepada bekas isterinya itu.
"Pelik! semasa menjadi isterinya dulu dia tak izinkan saya berlakon, cemburu! Sekarang pulak dia yang mengajar saya berlakon," kata Norizan dalam hatinya.
"Bila dia mengarahkan filem "Laxmana Do Re Mi" filem terakhirnya di Merdeka Studio, P. Ramlee menawarkan saya berlakon, menjadi Permaisuri.
"Katanya kepada saya, dulu I ambil You, Permaisuri! sekarang I nak kembalikan You sebagai Permaisuri dalam "Laxmana Do Re Mi", katanya sambil ketawa". Lucunya P. Ramlee ni, dia suka bergurau," kata Norizan mengenang cerita yang masih segar dalam ingatannya.
Kata Norizan, sepanjang hayatnya, P. Ramleelah lelaki pertama yang dicintainya. "Itulah sebabnya bila saya bercerai dengannya, hati saya berkata-kata, biarlah aku jadi jahat kerana P. Ramlee dan biarlah hidupku hancur kerana P. Ramlee," katanya semacam orang berputus asa!
Di subuh hari P.Ramlee diserang sakit jantung yang membawa maut, bekas isteri pertamanya JUNAIDAH begitu gelisah, hatinya risau tidak menentu, semalam-malaman dia tidak dapat memejamkan matanya.
Selepas sembahayang subuh Junaidah mendengar warta berita di Radio Republik Indonesia (RI), P. Ramlee meninggal dunia.
Junaidah hampir tumbang! lemah longlai seluruh anggutanya, dadanya sebak semacam susah hendak bernafas. "Patutlah malam tadi aku tak boleh tidur!" katanya di dalam hati.
Sekarang barulah Junaidah tahu. setelah P. Ramlee sudah tiada lagi di dunia ini, hatinya yang kadangkala 'geram' mengingatkan perbuatan bekas suaminya itu, tiba-tiba bertukar menjadi sayang!.
"Setiap kali selepas sembahayang saya selalu mendoakannya semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas rohnya," kata Junaidah yang sempat saya temui di rumahnya di Jakarta di pertengahan bulan April yang lalu.
Sempat juga Junaidah menyatakan, sekiranya dia mempunyai kesempatan datang ke Kuala Lumpur, "Saya akan terus ke perkuburan abang P. Ramlee nak sedekahkan Fatihah' katanya dengan penuh harapan serta mengharapkan Saloma sering-seringlah mengziarahi pusara Allahyarham supaya tidak terbiar dan ditumbuhi lalang.
Walaupun lebih dari 25 tahun mereka berdua berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri-sendiri, namun perhubunga Junaidah dengan P. Ramlee tetap baik, tambahan pula anak mereka berdua, Nasir, menjadi ikatan yang takkan boleh dilepaskan lagi.
DAPAT ILHAM MENCIPTA LAGU
Junaidah tak dapat melupakan betapa indah percintaannya dengan P.Ramlee, "Waktu itu kami sama-sama muda, saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi, rasanya tak mahu bercerai sampai ke mati.
"Memang P. Ramlee suka memanjakan isteri dan menunjukkan kasih sayang yang berlebihan. "Kalau dia pulang jauh malam, dia akan membawa makanan yang saya gemari, mee Hong Kong," kata Junaidah, sambil itu dia menceritakan makanan yang menjadi kegemarannya semasa tinggal di Singapura dulu.
"Tapi bila dapat ilham mencipta lagu, saya sedang tidur nyenyak dikejutkannya, disuruhnya saya menunggu sambil dia membuat lagu," kata Junadah yang kini menjalani usia hampir separuh abad.
Junaidah masih teringat-ingat lagi pertemuan terakhirnya dengan bekas suaminya itu kira-kira, dua bulan sebelum P. Ramlee meninggal dunia.
"Dia meminta izin suami saya, Harris, untuk membawa saya keluar berjalan-jalan. Dia memimpin tangan saya, dan kami berjalan seperti orang muda-muda, naik jambatan turun jambatan sambil membeli-belah. P. Ramlee meminta pilihkan 'siput gundil' untuk isterinya, Saloma.
"Semacam menyesal, Junaidah menceritakan dalam pertemuannya itu P. Ramee mengajaknya datang ke Kuala Lumpur untuk main filem bersamanya. "Kerana kalau abang mati nanti, dapat juga anak kita melihat ibu dan ayahnya di dalam filem. "Kita mesti berlakon berdua!" kata Allahyarham kepada bekas isterinya itu.
Tapi kata Junaidah, dia tidak memperdulikan kata-kata P. Ramlee. "Saya anggap dia bergurau kerana dia suka bergurau orangnya, lalu saya jawab: "Abang dah gila ke?, dah buang tabiat! jangan-jangan abang nak mati tak?"
"Sekarang terasa menyesal mengapa saya berkata begitu, terasa kata-kata saya itu kasar, tentu tersinggung hatinya", ujar Junaidah penuh penyesalan.
Junaida sendiri tidak menyangka P. Ramlee meninggal dunia begitu cepat!.
Norizan menangis mendengar kematiannya. Dan, Saloma jadi tergamam hinggakan tak tertangis.
Pada Saloma P. Ramlee tetap hidup dalam hatinya kerana telinganya masih terngiang-ngiang kata P. Ramlee, "dia ingin hidup seribu tahun!"
(Sumber: PakCummy)
(Sumber: MrFaeez36)
(Sumber: AvrosAlbatross)
(Sumber: AvrosAlbatross)
(Sumber: PakCummy)
(Sumber: MrFaeez36)
FAKTA___
* Tiga lagu - Jangan Tinggal Daku, Jeritan Bathinku dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti - dicipta oleh P. Ramlee semasa rumahtangganya berantakan dengan Norizan. Anehnya, lagu-lagu tersebut yang terdapat dalam filem Ibu Mertua Ku telah menjadi hits dan begitu popular sehingga kini.
* P. Ramlee meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 29 Mei 1973, begitu juga Norizan (16 Mei 1992) dan Saloma (18 April 1983). Junaidah, difahamkan, meninggal dunia di Jakarta tetapi, setakat ini, tarikh sebenar beliau meninggal dunia tidak dapat dikesan.
* Norizan dan Saloma disemadikan sebelah menyebelah disamping P. Ramlee di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tetapi tidak Junaidah yang pusaranya hingga sekarang tidak diketahui, di mana?
* Agak menarik, Junaidah, Norizan dan Saloma pernah berlakon filem bersama P. Ramlee. Junaidah (antaranya "Nasib" dan "Nilam"), Norizan ("Bukan Salah Ibu Mengandong" dan "Laxmana Do Re Mi") dan Saloma ("Sabarudin Tukang Kasut" dan "Ahmad Albab").
* Artikel Bahyah Mahmood ini disiarkan dalam URTV pada 1 Jun 1978. Ini bermakna umurnya genap 35 tahun pada 1 Jun 2013, dan genap pula 40 tahun pemergian P. Ramlee yang ke-40 pada 29 Mei 2013. Begitulah cepatnya peredaran masa.
* Kerana keberantakan rumahtangganya dengan Norizan itulah, menyebabkan P. Ramlee memenangi anugerah Bakat Serba Boleh (Most Versatile Talent) di Festival Filem Asia-Pasifik Ke-10 di Tokyo pada tahun 1963. Filemnya, "Ibu Mertua Ku".
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time
REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran
CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong
CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...
TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
OLEH BAHYAH MAHMOOD
DIPETIK DARIPADA
MAJALAH URTV
KELUARAN 1 JUN 1978
KETANPANAN SEORANG SENIMAN
BERSAMA JUNAIDAH
Junaidah yang tidak kurang kejelitaannya berbanding Norizan dan Saloma,
di tahun-tahun 1950an
Nasir P.Ramlee dengan buku karyanya berlatarbelakangkan foto kedua ibubapanya, P.Ramlee dan Junaidah
BERSAMA NORIZAN
Norizan berada dikemuncak kebahagiaannya bersama P.Ramlee, di tahun-tahun 1960an
Norizan menyambut kepulangan P.Ramlee dari menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik Ke-7 di Tokyo dengan membawa anugerah Komidi Terbaik untuk filem "Nujum Pa' Blalang"
BERSAMA SALOMA
Saloma yang memang terkenal dengan keseksiannya, di tahun-tahun 1970an
Saloma dan P. Ramlee ketika menyanyi sebuah lagu dalam filem "Ragam P.Ramlee", episod "Ramlee & Saloma"
29 MEI 1973 seniman agung P. RAMLEE telah meninggal dunia. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam ambulans yang membawanya ke hospital setelah tidak sedarkan diri di rumahnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur pada pukul 4.30 pagi.

1) Nasir P. Ramlee dengan buku karyanya berlatar belakangkan foto kedua ibubapanya, P. Ramlee dan Junaidah . Nak tanya siapa tahu yang p. ramlee dok dokong tu siapa ? tapi tentu bukan nasir.
ReplyDeleteDengar cerita p. ramlee ada 2 orang anak satu lelaki satu perempuan. Yang perempuan ni tidak dikenali.
2) Barulah tengok wajah norizan bekas permaisuri muda sultan perak dahulu. Patutlah dia reject latifah omar sebab norizan lagi glamour dan bergaya. Latifah pula betul glamour bila join cathay keris.
tebuan.
Assallammualaikum, kalau artikel mengenai P.Ramlee memang bahan menarik dibaca, tapi saya sedang menunggu nunggu ,bagaimana seniman/seniwati veteran yang lain ? kalau ada pun sekadar melepas batuk di tangga, takut generasi akan datang hanya mengenali P.Ramlee kerana setiap minggu hanya cerita P.Ramlee yang ditayangkan .saya nak dengo jugak interview dengan Mat Sentol, wahid satay, omar suwita, Jamil Sulong..saya rasa mereke tak keberatan ..cuma hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. wasallam
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan dan cadangan pembaca dia atas !
ReplyDeleteMemang media kita banyak memberi tumpuan kepada P. Ramlee berbanding dengan yang lain. Ini menyebabkan ada pihak yang kurang senang seperti dari petikan akhbar berikut. Petikan dari Akhbar Sinar bertarikh 18 Mac 2012.
Bukan P Ramlee seorang sahaja legenda filem Melayu tanah air. Noordin Ahmad, Ahmad Mahmood, Aziz Jaafar, Saadiah, Latifah Omar, Sarimah, Hussain Haniff, Jamil Sulong, M Amin, dan Jins Shamsudin juga legenda (Latifah, Sarimah, Jamil, dan Jins masih hidup). Mengapa diketepikan?
Antara filem hebat lakonan Noordin Ahmad ialah Raden Mas (1958), Sultan Mahmood Mangkat di-Julang, Hang Jebat, dan Sri Mersing (1961), Dang Anom dan Laila Majnun (1962), Chuchu Datok Merah dan Gul Bakawali (1963), serta Gurindam Jiwa (1966
Latifah Omar pula beraksi hebat dalam Bawang Puteh Bawang Merah (1959), Mata Shaitan, Lanchang Kuning dan Laila Majnun (1962), Gurindam Jiwa (1966), dan Chuchu Datok Merah
Hussain Haniff seorang sutradara, malah dianggap sutradara yang mendahului zaman dengan filem-filem arahannya seperti Hang Jebat, Dang Anom, serta Istana Berdarah, Dua Pendekar, dan Hutang Darah Di-Bayar Darah (1964).
M Amin turut berlakon. Dia membintangi Hang Jebat bersama Noordin Ahmad. Antara filem klasik yang diarahkannya ialah Chuchu Datok Merah, Rumah Itu Duniaku (1964), Gurindam Jiwa, serta Anak Dara (1966), Hapuslah Air Matamu (1976).
Tidakkah RTM bosan atau terfikir masyarakat akan bosan? Menjadikan Teater Lagenda hanya untuk tayangan filem P Ramlee sahaja adalah satu kesilapan dan ketidakadilan RTM!
Sedikit komen dari pembaca.
Nampaknya pengarang akhbar ini juga ada membuat sedikit kesilapan fakta. Latifah tidak pernah berlakon filem mata shaitan. Heroinenya adalah fatimah ahmad. Cuba lihat senarai puan zaini diatas. Begitu juga kesilapan ejaan Rumah Itu Duniaku yang sepatutnya Rumah Itu Dunia Aku 1963.
Jadi bukan saja Datuk Johan Jaafar dan Sinemamalaysia saja membuat kesilapan tetapi ramai lagi termasuk pengarang akhbar ini.
No body perfect ok sebab itu sekarang ni agak gementar juga nak tulis pasal filem melayu klasik takut kena belasah kow kow punya. Kalau nak tulis pun kena 10 kali fikir dan periksa faktanya. Hanya pengarang blog ni saja yang berani.
Tebuan.
"Baru sekarang saya sedar! rupanya berkahwin dengan orang filem, mesti bersifat sabar, walaupun kadangkala terpaksa, 'makan hati berulam jantung!'
ReplyDeletekata Norizan ex-wife P. Ramlee
Baguslah tu sebagai pengajaran dan peringatan kepada sesiapa yang nak kahwin dengan artis popular contoh macam rita rudaini.
Muka handsome pun tak guna kalau poket kosong jadi cari projek juta juta dulu sebelum ingin menyempurnakan impian anda itu.
Mawar Putih, Setapak Garden KL.
Ada yang mengatakan RTM beria-ia memberikan penghormatan berlebihan kepada P. Ramlee sebagai satu usaha bagi menebus kesilapan yang pihak RTM lakukan yang mana P. Ramlee telah dilayan dengan sangat buruk oleh RTM di akhir-akhir hayat beliau.. beliau dinafikan hak untuk mendapat slot di RTM hingga terpaksa membuat persembahan di majlis2 kahwin.. ironinya Saloma yang banyak mendapat slot dalam RTM sehingga pendapatan Saloma melebihi P. Ramlee.. itu yang saya dengarlah.. sebab masa tu saya pun belum lahir lagi..
ReplyDeleteTentang Junaidah D. Harris.. menurut laman web Cinema Malaysia http://cinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Junaidah_binti_Daeng_Harris_5530 beliau meninggal dunia pada 1 April 1998... saya pernah baca dalam akhbar (sebelum Junaidah meninggal dunia).. Allahyarham Nasir sendiri pernah menyatakan ketidakselesaan beliau terhadap penumpuan media yang berlebihan terhadap P. Ramlee dan orang yang mempunyai kaitan dengannya.. katanya "Setelah P. Ramlee meninggal, media tumpu kepada Saloma, setelah Saloma meninggal, media tumpu kepada Norizan, setelah Norizan meninggal, media tumpu pula pada Junaidah.." dan setelah Junaidah tiada, sudah tentu media tumpu pula kepada Nasir.. dan kini Nasir pun telah tiada..
Kini Allahyarham Nasir P. Ramlee telah tiada, kemungkinan media akan bertumpu pula kepada anaknya Najua Nasir.
ReplyDeleteMengapa perlu mempertikaikan kalau P Ramlee di beri ruang dalam liputan kebolehan dalam lakonan, mengarah. mengubah lagu, menyanyi, editing dan banyak kali memenangi anugerah peringkat antarabangsa era filem hitam putih....malah generasi sekarang pun masih berminat untuk menonton cerita lakonan alahyarham...P Ramlee memang legenda filem Melayu...
ReplyDeleteApa nak diherankan. Semua sukakan filem-filem P. Ramlee. Malah logo FKM (dari dulu sampai kini) pun pakai gambar P. Ramlee. Ertinya (setakat ini) tidak ada sesiapa pun boleh merapati kebolehanan P. Ramlee. Anugerah Bakat Serbaboleh yang dimenanginya adalah sebagai bukti.
DeleteSaya difahamkan.
ReplyDeleteSebab RTM dan Astro serta canel-canel lain
menayangkan filem-filem P. Ramlee,
kerana rating (jumlah penonton) begitu
ramai berbanding seniman-seniman lain termasuk
Ahmad Mahmud, Jins Shamsudin dan Noordin Ahmad.
Kan H.M. Shah dah kata, filem-filem P. Ramlee
boleh laku 100 tahun lagi, dan saya setuju.
Suraya (KLCC), Kuala Lumpur.
betul bro..p.ramlee seorang melayu...dan yg mnjatuhkan p.ramlee juga seorang melayu
DeleteSaya setuju.. saya pun peminat setia P.Ramlee, saya lebih berminat jln cerita filem2 seniman Agung P. Ramlee.
ReplyDeleteMilah sabah
saya lebih minat P ramlee brbanding yang lain
ReplyDeleteP.ramlee akn dknang spng msa...ske tgk saloma msa thn 70s seksi....
ReplyDeleteThumbs up to him.The one and only admired actor. 1 Msia can be said starts from him. Aku yg bkn melayu pun amat meminati film beliau sehingga kini. God bless his soul. Amin
ReplyDeletesalam... mana boleh cari buku bapaku p ramlee dan p ramlee yag saya kenal

ReplyDeleteAssalam....dalam banyak2 buku sejarah kisah p.ramlee, tak ada satu pun yang menceritakan secara tepat, siapakah hamba allah yang menjadikan p.ramlee sebagai guarantor pinjamannya, hinggakan p.ramlee meninggal akibat sakit jantung kerana terlalu risau akan naik mahkamah kerana disaman (sepatutnya beberapa hari selepas tarikh 29 mei 73), akibat menjadi guarantor hamba allah ini... cuma diceritakan, arwah osman gumanti ada datang bertemu p.ramlee di kl dan kembali ke indon beberapa hari sebelum p.ramlee meninggal....
ReplyDeleteAssalamulaikum...
ReplyDeleteDalam buku terbitan pihak tuan "Filem-Filem P.Ramlee" telah disenaraikan dengan lengkap fielem-filem dan drama yang menampilkan lakonan serta arahan Allahyarham. Tapi sehingga kini belum ada pihak yang menghasilkan kajian tentang filem-filem yang menampilkan Allahyarham di belakang tabir (ertinya filem yang menggunakan khidmat Allahyarham bukan sebagai pelakon dan pengarah. Berikut di antara filem-filem yang saya tahu menggunakan khidmat Allahyarham di belakang tabir:
1) Kipas Hikmat (Penyanyi latar)
2) Arjuna (Penyanyi latar bagi lagu-lagu rakaman ke piring hitam)
3) Sumpah Wanita (Penyusun muzik dan penulis cerita asal)
Allahyarham banyak berbakti kepada pengarah-pengarah lain. Diharapkan pihak tuan dapat membuat sedikit kajian tentang perkara ini.
Sudah ada bukunya dihasilkan oleh Ahmad Fauzee. Tajuknya "P.Ramlee Irama Sanubari" mengandungi 4 Episod (4 buku). Episod 1 sudah diterbitkan dan sedang berada dipasaran. Episod 2, 3 & 4 hanya menunggu masa untuk dicetak. Satu usaha terbaik dari Ahmad Fauzee yang patut dipuji. Kalau harapkan Finas, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara sampai kiamat pun takkan ada.
DeleteSalam...
ReplyDeleteBuat Anonymous March 22, 2016. Kita memang tidak diberitahu tentang identiti individu yang menyebabkan P. Ramlee disaman di mahkamah. Tetapi setahu saya P. Ramlee pernah menjadi penjamin bagi seniman Jins Shamsudin ketika beliau melanjutkan pelajaran di London. Mungkinkah Jins Shamsudin orangnya? Wallahua'lam.
Sdra Kamlrfullstopsetan.
DeleteYang pasti bukan Jins Shamsudin.
Orangnya tidak perlu didedahkan
kerana dia telah lama meninggal dunia.
As'Salam Pak Mus..
ReplyDeleteSausara Sazali P.Ramlee itu anak angkat atau anak kandung P.Ramlee..Saya masih musykil...Harap dpt bantu jelaskan..
Fendy Penang