ANUGERAH PANCA DELIMA
Oleh MUSTAFAR A.R.
Yang Pernah Menjadi
Setiausaha Dua Kali
FFM2 Dan FFM10
Festival Filem Malaysia Pertama (FFM1)
Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2)
Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24)
Jins Shamsudin memenangi banyak anugerah kerana "Tiada Esok Bagimu", disamping Azean Irdawati yang menang kerana "Esok Masih Ada".
Afdlin Shaukin, Liyana Jasmay dan Gayatri Pillai gembira dengan kemenangan filem "Papadom", FFM22 di Kota Kinabalu, Sabah.
Filem Terbaik FFM24, "Hikayat Merong Mahawangsa" terbitan KRU yang dipimpin oleh Norman, Yusry dan Edry.
Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)
Mustaffa Haji Ton memperkenalkan Dr. Mahathir Mohamed kepada Mustafar A.R. sambil diperhatikan oleh Norshah Thamby
AJK EJA: Dari kiri duduk, Fauziah Samad, Mustafar A.R., Bahyah Mahmood, Norshah Thamby, Mustaffa Haji Ton, Webah Salleh dan Abu Hassan Yusof. Dari kakan, berdiri, Redzuan Ahmad, Suhaimi Hamid, Omar Manan, Ahmad Idris, Zauinuddin Ayip dan Aimi Jarr
Empat orang kuat EJA sedang berbincang bagi mempastikan kejayaan FFM1. (Dari kiri) Mustaffa Haji Ton, Norshah Thamby, Ahmad Idris dan Mustafar A.R.
Para wartawan yang bertungkus lumus menjayakan FFM1. Berdiri dari kiri: Aimi Jarr, Redzuan Ahmad, Zubairi Zabidi, Zainuddin Ayip, Ahmad Idris dan Mustafar A.R.. Duduk dari kanan: Bahyah Mahmood, Fauziah Rauf dan Fariza Saidin
PEMENANG ANUGERAH PELAKUN LELAKI DAN
PELAKUN WANITA TERBAIK___
VANIDA IMRAN, Pelakun Wanita Terbaik FFM20
RAHIM RAZALI, Pelakun Lelaki Terbaik FFM5
ERMA FATIMA, Pelakun Wanita Terbaik FFM9
EMAN MANAN, Pelakun Lelaki Terbaik FFM10
TIARA JACQUELINA, Pelakun Wanita Terbaik FFM12
ROSYAM NOOR, Pelakun Lelaki Terbaik FFM22
SEBAB mengapa Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) menganjurkan Festival Filem Malaysia (FFM) ialah berhasrat mahu menjadi tenaga penggalak kepada syarikat-syarikat filem Malaysia untuk memajukan lagi perindusterian filem tanahair.
Kelahiran begitu banyak syarikat filem terutamanya didokongi oleh kalangan anak-anak Bumiputera, adalah sebagai pendorong kuat kepada EJA mengambil inisiatif menganjurkan festival filem tersebut bermula FFM1 pada tahun 1980.
Sejak filem Melayu berkembang maju bermula pada tahun 1947, tidak terlintas langsung oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan festival filem di Malaysia.
Dulu, ada dianjurkan oleh majalah-majalah filem (contohnya, Utusan Filem & Sport) tempatan, tetapi hanya dibuat secara kecil-kecilan, ala-kadar saja.
Padahal, di negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand sudah sekian lama menganjurkannya dan seterusnya menjadi acara tahunan pula.
Malah Festival Filem South-East Asia (kini dikenali sebagai Festival Filem Asia Pasifik) sudah diwujudkan sejak tahun 1954.
Ini berlaku kemungkinan kerana sebelum menjelang tahun 1980-an, pengeluar filem dimonopoli oleh Malay Film Productions, Cathay Keris Film dan Merdeka Film Productions, disamping ramai diusahakan oleh kalangan bukan Bumiputera lebih-lebih lagi tenaga di belakang layar (behind the scene).
Memandangkan penglibatan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam industeri filem sudah seimbang (malah kini sudah melebihi) dan sikap monopoli sudah dapat dipecahkan dan menganggap betapa perlunya diberi penghargaan kepada mereka yang benar-benar terlibat dengan pengeluaran filem di Malaysia, maka EJA pun membentuk Ahli Jawatankuasa (AJK) bertujuan melaksanakan FFM yang julung-julung kali dianjurkan di Malaysia.
KALANGAN WARTAWAN
AJK FFM1 itu dianggutai oleh 15 orang yang ramai diantaranya terdiri dari kalangan wartawan terutama wartawan hiburan. Mereka ialah;
EXCO__
* AHMAD IDRIS (Penasihat)
* NORSHAH THAMBY (Pengerusi)
* OMAR MANAN (Setiausaha)
* REDZUAN AHMAD (Penolong Setiausaha)
* MUSTAFAR A.R. (Pegawai Penerangan)
* MUSTAFFA HAJI TON (Bendahari)
* ABU HASSAN YUSOF Pengarah Seni)
AJK__
* BAHYAH MAHMOOD
* AIMI JARR
* ZAINUDDIN AYIP
* SUHAIMI HAMID
* AZMAN SALLEH
* WAHARP YUSOF
* ABU BAKAR NINGGAL
* MAGDALINA AMIR
* MASHRON HAJI SHUKOR
Bagi menganjurkan FFM yang bertaraf nasional bukanlah suatu perkara mudah. Ia memerlukan jumlah wang yang bukan sedikit dan tenaga pekerja yang agresif dan sukarela.
Disamping itu, sebagai suatu perkara yang baru EJA juga mengalami berbagai-bagai kerumitan dan halangan yang kadang-kadang melemahkan semangat untuk meneruskan usaha mengwujudkan festival filem tersebut.
Sungguhpun banyak cabaran, namun dengan ketabahan hati setiap AJK yang semata-mata ingin melihat perkembangan filem tanahair mereka sendiri bertambah maju, segala cabaran terpaksa diharungi bak kata pepatah: Alang-alang menyeluk pekasam biralah sampai ke pangkal lengan.
Hasilnya, berkat ketekunan semua AJKnya dan menganjurkan festival filem ini bukan untuk kepentingan diri sendiri, FFM1 yang diadakan selama tiga hari dari 11 hingga 13 April 1980, telah dilaksanakan dengan jayanya dan sambutan pula di luar jangkaan.
PERKARA MUSTAHIL
Begitupun juga, kejayaan yang dicapai menganjurkan FFM1 bukan sekadar bergantung atas kegigihan setiap AJKnya yang dibentuk saja tetapi juga kerana adanya sokongan dari syarikat-syarikat filem Malaysia yang membenarkan filem-filem mereka di pertandingkan seperti Sabah Film, Syed Kechik Film, Merdeka Film, Indra Film, Sharsaree Film, Maju Filem Produksi, Anang Enterprise dan lain-lain.
Syarikat-syarikat filem tersebut bukan saja bekerjasama dengan mengemukakan filem-filem keluaran masing-masing untuk dipertandingkan tetapi ada diantaranya telah memberi sokongan kewangan dan kemudahan lain yang semuanya itu sangat bererti untuk EJA yang pada masa itu berada dalam serba kekurangan.
Tanpa sokongan yang sebegitu baik adalah suatu perkara mustahil bagi EJA dapat menjayakan FFM1 sebagaimana yang telah tercapai.
FFM1 kemudian telah mendapat perahtian Kerajaan Malaysia, dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu dan juga merangkap Menteri Perdagangan dan Perindusterian, Dr. Mahathir Mohamed, dalam ucapannya di Malam Merak Kayangan telah menyuarakan hasratnya dan katanya:
Hanya EJA saja yang akan menganjurkan Festival Filem Malaysia, dan Kerajaan akan memberi sokongan.
BADAN SEMENTARA
Sungguhpun Dr. Mahathir menyuarakan hasratnya hanya EJA saja patut menganjurkan FFM, tetapi bukanlah menjadi hasrat EJA untuk menganjurkannya tahun demi tahun.
Itulah sebabnya, FFM2 yang diadakan pada 7 hingga 12 April 1981, EJA tidak bersendirian tetapi dibuat di bawah naungan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional (JKFN), sebuah badan sementara ditubuhkan oleh Kerajaan yang kemudian lahirlah FINAS.
EJA sedia melepaskan tanggungjawab menganjurkan FFM sekiranya ada pihak yang merasakan lebih berkemampuan mengendalikannya dan seterusnya di masa-masa akan datang.
Apa yang EJA harapkan, FFM akan terus dianjurkan setiap tahun supaya ia dapat menjadi sebagai acara tahunan dan dari masa ke masa dapat pula dilihat sejauh mana kemajuaan perkembangan filem Malaysia.
Sayangnya, apabila FINAS ditubuhkan, selepas FFM2, penganjuran FFM telah dirampas oleh FINAS dari tangan EJA sebelum EJA bersedia menyerahkannya secara baik dan bertolah ansur.
Beberapa orang pegawai FINAS termasuk Pengerusi, Abdul Samad Idris, dan Ketua Pengarah, Ismail Zain, tidak mahu EJA menganjurkannya, EJA diketepikan terus.
Oleh yang demikian, pada tahun 1983 (FFM3), FINAS sendiri menganjurkannya secara total tanpa penglibatan EJA.
EJA terlibat semula apabila menganggutai GAFIM yang diberi tanggungjawab mengendalikan FFM6 pada tahun 1986.
SEMBILAN WAJAH PENTING PENGASAS FFM1___
AHMAD IDRIS (Penasihat)
NORSHAH THAMBY (Pengerusi)
OMAR MANAN (Setiausaha)
REZDUAN AHMAD (Penolong Setiausaha)
MUSTAFAR A.R. (Pegawai Penerangan)
MUSTAFFA HAJI TON (Bendahari)
ABU HASSAN YUSOF (Pengarah Seni)
BAHYAH MAHMOOD (Ahli Jawatankuasa)
AIMI JARR (Ahli Jawatankuasa)
SEMPENA JUBLI PERAK
FINAS PATUT WUJUDKAN
ANUGERAH UNTUK PENGASAS
FESTIVAL FILEM MALAYSIA
Oleh AMIN KHAN
Sepatutnya FFM25 ini dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2012, tetapi kemudian dibatalkan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi timbulnya kekecuhan antara FINAS dan GAFIM.
Ahmad Idris, Norshah Thamby, Omar Manan, Redzuan Ahmad, Mustaffa Haji Ton, Mustafar A.R., Abu Hassan Yusof, Bahyah Mahmood dan Aimi Jarr, merupakan tenaga penggerak paling utama yang bertanggungjawab mengwujudkan FFM1.
"Kalau tidak dimulakan dengan FFM1, pasti tidak ada FFM25. Saya berbangga dan saya percaya kawan-kawan wartawan yang lain pun sama seperti saya," demikian kata Mustafar A.R. dalam satu temubual khusus mengenai FFM.
Tambahnya, "Jika tidak tercetusnya idea dari mereka yang berpayungkan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia atau EJA, tidak dapat dipastikan kewujudan FFM1 dan seterusnya mencapai kejayaan hingga keperingkat Jubli Perak sebagaimana sekarang".
Menurut Mustafar lagi, "Paling menarik ialah kewujudan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS itu sendiri berpunca dan berlandaskan kegemilangan penganjuran FFM1, kemudian disusuli FFM2.
"Kegigihan dan kemampuan EJA menganjurkan FFM2, mendorong pegawai-pegawai Kerajaan, atas arahan Dr. Mahathir Muhamad (pada masa itu Timbalan Perdana Menteri), mengwujudkan satu badan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal perfileman Malaysia.
"Dengan itu wujudlah FINAS di mana aktanya telah dibawa ke Parliman Malaysia untuk dibahas, dan kemudian diluluskan.
"FINAS mula beroperasi di pejabat sementaranya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan di terajui oleh Ismail Zain yang merupakan Ketua Pengarahnya yang pertama.
"Saya yakin, sekiranya EJA tidak menganjurkan FFM1 dan FMM2, FINAS tidak akan lahir. Kalau wujud pun akan memakan masa yang agak lama dan coraknya pun mungkin berlainan."
Seterusnya Mustafar menegaskan, "Bukan saya mahu masuk bakul angkat sendiri. Tetapi itulah fakta sejarah. Fact, kata A.R. Tompel dalam filem Ahmad Albab, yang tidak boleh dipadam dan diubah.
"Perkara tersebut terpaksa saya timbulkan kerana ada pihak tertentu, orang-orang filem juga, yang mengaku sebagai pengasas FFM1, bukan itu saja malah sebagai pengasas SENIMAN. Padahal dia datang terkemudian.
TIDAK MENGERTI
"Selain itu, ada desas desus menyatakan ada usaha untuk menghakiskan nama-nama pengasas FFM1. Ini sangat mendukacitakan, apakah sebab berlaku demikian, saya sendiri tidak faham dan tidak mengerti.
"Tidak heranlah, besar kemungkinan berlaku, sekiranya FINAS mengeluarkan Anugerah Khas sebagai menghargai jasa AJK FFM1 sempena FFM25 nanti, orang yang tidak kena mengena akan menerimanya bukan Ahmad Idris, Norshah Thamby, Omar Manan, Redzuan Ahmad, Mustaffa Haji Ton, Mustafar A.R., Abu Hassan Yusof, Bahyah Mahmood dan Aimi Jarr.
"Jika salah seorang di antara mereka (tidak perlu semua), samada Ahmad Idris, Norshah Thamby atau pun Mustaffa Haji Ton menerima Anugerah Khas (jika FINAS wujudkan) sebagai menghargai AJK FFM1, sudah cukup baik.
"Jika tidak ada apa-apa Anugerah Khas untuk AJK FFM1 sempena FFM25 yang penuh bersejarah, ini bererti Ahli Lembaga Pengarah dan pegawai-pegawai tinggi FINAS buta fakta FFM.
"Mereka bolehlah dianggap tidak mengenang jasa dan budi mereka yang telah bersusah payah dan berpenat lelah mengwujudkan FFM1 dan FFM2 seterusnya menyebabkan FINAS dilahirkan.
"Jangan asyik-asyik orang-orang filem saja dikenang jasa dan budi mereka, sedangkan jasa dan budi wartawan yang turut berperanan menggemilangkan perfileman Malaysia diketepikan dan jarang-jarang sekali dihargai. Kalau ada pun balik-balik muka itu saja.
"Kita tunggu dan lihat," Mustafar mengakhir temubualnya dengan saya.
Pada saya, apa yang disarankan oleh Mustafar, ada kebenarannya. Ini adalah FFM25, dan sebaik-baiknya FINAS harus memikirkan sesuatu anugerah khas yang sesuai patut diberikan kepada AJK FMM1.
Kerana merekalah, lahirnya FFM, kerana merekalah wujudnya FINAS. Jika tidak, kemungkinan besar tanah yang menjadi tapak Kompleks FINAS sekarang masih dipunyai oleh Merdeka Studio, ertinya kepunyaan Shaw Brothers.
Menurut kata Mustafar, jika ada anugerah khas, paling layak menerimanya (naik ke pentas) ialah Norshah Thamby, mewakili AJK FFM1. Ini kerana dia merupakan paling lama menganggutai AJK FFM dibandingkan dengan yang lain-lain.
FINAS harus belajar mengenang dan menghargai jasa-jasa wartawan terutamanya yang terlibat dengan filem, bukan sekadar orang-orang filem yang kadang-kadang balik-balik muka itu saja.
Kepada Ketua Pengarah FINAS yang baru, Raja Rozaime Raja Dalnish Shah, seharusnya mengambil perhatian serius dan bertindak bijak.
ANTARA FILEM-FILEM YANG MENYERTAI
FFM1 - FFM24___
ADIK MANJA
PENYAMUN TARBUS
DIA IBUKU
ABANG
KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
CINTA
Dipetik Dari Tulisan
AHMAD IDRIS (ABI)
Keluaran URTV Edisi 872
(1-15 Disember 2012)
Disunting Oleh ZAINI YUSOP
BIASANYA, sesudah festival filem wujudlah kekecuhan. Tetapi, kali ini sebelum festival filem sudah hebuh dan kecuh.
Puncanya kerana Perbadan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) tidak mengundang Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) untuk ikut serta menganjurkan Festival Filem Ke-25 (FFM25).
Dengan erti kata lain, GAFIM disingkirkan dari FFM25, dan hanya mengundang Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) saja untuk bekerjasama menjayakan festival filem tersebut.
Ekoran dari penyingkiran itu GAFIM merasakan tindakan FINAS ini tidak betul dan perlu ditentang.
Selama ini, GAFIM adalah badan gabungannya mengendalikan FFM. Tetapi, kali ini ia diketepikan tanpa ada alasan yang munasabah.
Oleh sebab dalam isu ini nama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) disebut-sebut sebagai peneroka pertama FFM ini, kemudian disebut EJA menyerahkan kepada FINAS menyerahkan kepada FINAS mengendalikannya, maka saya yang terlibat dari mula FFM, ingin membetulkan beberapa fakta yang barangkalik perlu diketahui oleh orang-orang filem itu sendiri.
Setelah Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) anjuran EJA selesai, tidak lama kemudian FINAS wujud dan aktanya diluluskan oleh Parliman. FINAS mula beroperasi di mana pejabatnya terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
FINAS kemudian telah memanggil mesyuarat mengundang Ahil Jawatankuasa (AJK) EJA untuk memberitahu bahawa mulai tahun depan (1983), FINAS akan mengambilalih FFM dari tangan EJA.
Walaupun dalam upacara pembukaan FFM1, Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Dr. Mahathir Muhamad, dalam ucapannya, mahukan FFM dianjurkan oleh EJA, tetapi beberapa orang pegawai FINAS termasuk Pengerusi (Samad Idris) dan Ketua Pengarah (Ismail Zain) tidak mahu EJA mengelolakannya.
Oleh yang demikian, dalam mesyuarat tersebut secara rasminya EJA menyerahkan tugas penganjuran FFM kepada FINAS dengan perasaan berat hati.
Ini bermakna, bukan EJA menyerahkan FFM, tetapi dipaksa serah. Peralihan kuasa yang sangat mendukacitakan, EJA tidak mampu bertindak melawan agensi Kerajaan yang berpengaruh.
Dalam FFM yang dikendalikan oleh EJA, Ahli Jawatankuasanya telah menamakan malam pembukaannya dengan nama Malam Panca Delima sempena mengambil nama filem pertama Jins Shamsudin yang diarahkan oleh P. Ramlee.
Malam penutupnya pula diberi nama Malam Merak Kayangan, dan semua anugerah untuk semua kategori pemenang diberi nama Merak Kayangan iaitu sempena lagu nyanyian P. Ramlee yang cukup popular dan begitu indah liriknya petikan filem "Hujan Panas".
DIKENALI RAMAI
Tetapi, apabila FINAS mengambilalih, semua nama itu dihapuskan dan nama EJA tidak disebut dan nama-nama yang dinamakan oleh EJA juga dimusnahkan.
Nama-nama yang diwujudkan oleh EJA penuh bererti, ada pertalian dengan perkembangan filem Malaysia dan sudah dikenali ramai dan berlagenda.
Begitulah sikap 'benci' FINAS kepada EJA yang jadi peneroka atau pengasas FFM dan berikitan adanya FFM itu juga wujudnya FINAS, atas cadangan Dr. Mahathir Muhamad.
FINAS kemudian telah menggantikan nama baru untuk malam pembukaan dan penutup dengan nama-nama lain.
Begitu juga nama-nama anugerahnya ditukar kepada nama Madya Cipta dan Perdana Cipta, yang lebih mirip keIndonesiaan.
Malah nama Festival Filem Malaysia (FFM) diturun tarafnya menjadi Pesta Filem Malaysia (PFM). Bagaimanapun, ia digunakan semula (Festival Filem Malaysia) dipenganjurannya yang ke-9.
Upacara Penyampaian Anugerah PFM3 tidak sehebat FFM1 dan FFM2, dan hanya berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapri bukannya di Nirwana Ballroom, Hotel Hilton (kini Crowne Plaza Hotel) Kuala Lumpur yang lebih berprestij.
Saya pun tidak faham kenapa jadi begitu sekali. Saya pun juga tidak faham, apakah kesilapan dan kesalahan EJA sebenarnya dalam penganjuran FFM selama dua tahun berturut-turut itu. Berjaya bukan tidak berjaya. Meriah bukan tidak meriah.
Tidak lama kemudian, Ketua Pengarah FINAS Ismail Zain bersara dan tempatnya digantikan oleh Zain Haji Hamzah.
Dalam masa beliau mengambilalih sebagai Ketua Pengarahnya, FINAS menjalan kegiatannya banyak sekali.
Banyak perkara yang berkaitan dengan kepentingan syarikat-syarikat filem tempatan diperjuangkan oleh FINAS dengan membuat memorandum itu dan ini, kemudian dikemukakan kepada Kerajaan.
Zain Hamzah kemudian mencadangkan penubuhan GAFIM untuk mengendalikan FFM, dengan mengundang semua badan dan persatuan yang berkaitan dengan seni dan filem serta badan-badan budaya setempat untuk hadir dalam perjumpaan tersebut.
Dalam pertemuan itu, beliau telah menerangkan betapa perlunya ditubuhkan satu badan khusus untuk menganjur dan mengendalikan FFM pada masa-masa akan datang.
Zain Hamzah bertindak demikian sebagai menjaga hati EJA yang menjadi pengasas dan juga badan-badan lain yang sama-sama menjayakan FFM selama ini.
Langkah penubuhan GAFIM berlaku, setelah adanya suara-suara sumbang (dikalangan orang-orang filem sendiri) mahukan supaya EJA mengelolakan semula FFM.
DUIT RAKYAT
Orang-orang filem membandingkan penganjuran antara EJA dengan FINAS jauh bezanya baik dari segi pelaksanaan, persembahan dan kemeriahan. Kesegaran FFM di bawah EJA lebih berbanding FINAS.
Oleh sebab mahu menjaga hati semua pihak supaya tidak berkecil hati dan tidak timbul sebarang rungutan, itulah sebabnya GAFIM diwujudkan dan Zain Hamzah dilantik sebagai pengerusi sementara.
Beliau mengumumkan, FINAS sebagai 'payung' dengan memberi bantuan dan segala keperluan bagi menjayakan FFM yang sangat berpretij itu.
Apabila pendaftaran GAFIM diluluskan, Zain Hamzah menyerahkan jawatan pengerusi GAFIM (tetap) kepada Jins Shamsudin.
Sejak itu, FINAS dan GAFIM terus menerus menerajukan FFM sehingga kali yang ke-24, walaupun ada kekecuhan yang sudah menjadi kelaziman dan tidak boleh dielakkan.
Apabila keadaan berubah, orang-orangnya bertukar ganti, bersara dan sebagainya, orang-orang lain pula mengambilalih FINAS dan tentulah mereka membuat tranformasi dalam pengendalian FFM.
Usaha dibuat untuk mengenepikan GAFIM, tetapi mahu hanya bergabung dengan Persatuan Pengeluar Filem (PFM) yang juga turut menganggutai badan induk itu.
Bagaimanapun, apabila kekecuhan berlaku, FINAS terpaksa akur dengan kehendak ramai orang filem supaya GAFIM terus menganjurkan FFM, dan Naguib Razak, yang memberi idea menolak GAFIM, tertolak pula dari kerusi Ketua Pengarah FINAS.
Cerita penolakan GAFIM ini samalah seperti yang berlaku kepada EJA dulu. Masuk tahun ke-3 FINAS mengambilalih dengan menyingkirkan EJA terus.
Nampaknya peristiwa tersebut berulang lagi, kini kepada GAFIM. Isunya sama, cuma bezanya EJA tidak membantah, tetapi GAFIM kecuh seluruh Malaysia.
Agak mendukacitakan saya, perbelanjaan FFM25 diperuntukan sebanyak RM3 juta. Belanja apa ini?
Jumlah sebegini bolehlah dianggap sebagai jumlah tersangat besar bagi penganjuran satu festival seperti FFM.
Dulu, ketika EJA menganjurkan FFM1 dan FFM2, belanjanya RM10,000 saja. Walaupun duit dulu nilainya tidak sama tetapi RM3 juta tetap masih tinggi dan tidak munasabah.
Sebenarnya, semua boleh dicari penaja. FINAS tidak payah keluar belanja. Semua itu, boleh ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Ini FFM25, tidak bolehkah, orang-orang filem yang kebanyakkan sudah jadi milioner (jutawan) menaja sesuatu untuk memeriahkan lagi festival filem mereka sendiri.
Yusof Haslam ada, David Teo ada, KRU pun ada, tidakkah boleh mereka sama-sama menjadi penaja? Seharusnyakah duit FINAS (duit rakyat) yang keluar.
Yang penting, AJK FFM25 yang bakal (sudah) dibentuk berusaha dan mencari jalan bagi mendapatkan penaja itu dan ini, bukan sekadar ada nama dalam AJK tetapi tidak buat kerja.
Kalau semua sudah ada penaja, tidak perlulah FINAS dan GAFIM mengeluarkan banyak belanja. Kalau kena gayanya tidak sampai pun RM1 juta duit rakyat digunakan.
Pihak penganjur hanya menyediakan dewan dan jamuan makan malam (upacara penyampaian anugerah). Makan malam itu pula, boleh dijual mejanya. Itulah caranya yang dibuat oleh EJA dulu.
Buat apalah FINAS dan GAFIM menghabiskan duit rakyat sebegitu banyak, berjuta-juta ringgit, hanya sekadar untuk kegelemuran yang tidak tentu arah.
Buatlah perbelanjaan ala-kadar sebagaimana yang dilakukan oleh EJA dulu atau pun menurut kata Mustafar A.R. perbelanjaan untuk FFM10, tidak sampai pun RM500,000. RM3 juta itu terlalu banyak.
Tetapi, kalau ada penaja itu cerita lain.
Lagi satu, AJK jangan terlalu ramai terutama di seketeriat. Kalau ramai kecuh jadinya.
Semasa FFM10, yang mengedalikan seketeriat hanya Mustafar A.R. seorang saja mengetuai seketeriat dibantu oleh Asmah Abdul Rauf.
Tidak kecuh dan semua berjalan lancar. Tetapi syaratnya orang yang duduk di seketeriat (setiausaha) mistilah didikasi dan bertanggungjawab dengan tugas.
RAJA ROZAIMIE RAJA DALNISH SHAH
JULANG MARTABAT FINAS
Petikan Dari Harian Metro
27 Februari 2013
Kehadirannya sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) selepas berlaku banyak masalah dalaman membabitkan pertukaran jawatan mengakibatkan beberapa perkara penting yang harus dilaksanakan tahun lalu terpaksa ditunda tahun ini.
Malah, jawatan Ketua Pengarah (KP) FINAS pernah menjadi rebutan hingga sukar untuk pihak berkenaan menentukan siapakah yang layak menyandang jawatan itu.
Antara masalah besar yang memberi impak kepada banyak pihak ialah penganjuran Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25) yang sepatutnya berlangsung tahun lalu ditunda 2 Mac ini.
Selain itu, penayangan filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sudah pun dipertontonkan kepada media terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu dan sehingga kini masih belum ada jawapan bilakah filem yang menelan belanja sebanyak RM4 juta itu akan ditayangkan kepada umum.
Wartawan RAP, Syanty Octavia Amry (soctavia@hmetro.com.my) menemubual KP FINAS yang baru, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah bagi mendapatkan kepastian perkara ini serta hala tuju dan perancangan FINAS untuk tahun 2013.
RAP: Sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah FINAS, apa yang sudah anda lakukan dalam tempoh itu?
Raja Rozaimie (RR): Hampir tiga bulan saya di sini selepas 38 tahun berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Filem Negara, saya memberi tumpuan kepada perhubungan dengan mereka yang terbabit dalam industri ini. Sehubungan itu, banyak perkara baru sedang saya pelajari dan apabila memegang jawatan ini, perasaan pertama yang timbul ialah rasa gusar dan takut seolah-olah terasa diri seperti ‘itik balik ke air’ kerana banyak perkara baru yang harus saya ketahui dan pelajari. Mujur orang sekeliling dan kakitangan banyak membantu.
RAP: Ada mana-mana pihak yang mempertikai kehadiran anda?
RR: Saya sangat bersyukur kerana kehadiran saya di sini disenangi semua orang. Mereka banyak memberi sokongan dan bantuan terhadap tugasan saya sekarang. Jika ada yang tidak berpuas hati saya tidak boleh berkata apa kerana pelantikan saya sebagai Ketua Pengarah FINAS dipilih kerajaan dan ini satu tanggungjawab yang harus saya laksanakan dengan sebaiknya.
RAP: Apa perancangan anda seterusnya bagi melancarkan pengurusan FINAS yang diketahui ramai sedikit terganggu tahun lalu?
RR: Jika tiada halangan saya akan segera mengadakan perbincangan bersama pegawai FINAS dalam masa terdekat ini untuk melihat semula dan mengenal pasti apakah pelan dan perancangan yang sedang mereka atur untuk dilaksanakan segera supaya tidak tergendala lagi.
Saya akui masalah yang timbul disebabkan penukaran beberapa jawatan hingga mengganggu kelancaran FINAS. Namun saya harap apa yang berlaku usah difikirkan sebaliknya biarlah FINAS dapat sama-sama bangkit untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
RAP: Harapan anda supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi?
RR: Saya berharap dengan perbincangan teliti bersama pegawai FINAS nanti kita dapat mencari jalan penyelesaian supaya perancangan yang diatur tidak tergendala. Saya akan pastikan perancangan awal dibuat kerana apabila sudah merancang pastinya lebih mudah untuk membuat persiapan dengan ini dapatlah mengelakkan kejadian seperti tahun lalu berulang lagi. Selain itu, apa juga perkara yang dibangkitkan akan dibincangkan bersama adakah ia relevan diteruskan atau saya perlu lakukan pembaharuan yang perlu dilakukan.
RAP: Apa hasrat anda terhadap FFM?
RR: Besar tanggungjawab yang dipikul FINAS dalam merencanakan acara berprestij seperti FFM. Sehubungan itu, perancangan teliti akan sentiasa dilakukan kerana FINAS juga mempunyai sasaran dalam terus membantu industri seni dan salah satunya dengan menjayakan anugerah seperti FFM dan anugerah lain juga yang perlu dilaksanakan demi semua.
RAP: Boleh ulas sedikit mengenai status filem Tanda Putera yang masih tertangguh sejak September tahun lalu?
RR: Saya berharap filem ini dapat ditayangkan kepada semua selewat-lewatnya selepas Pilihan Raya Umum nanti. Pengarahnya, Datin Paduka Shuhaimi Baba ada menghantar surat kepada saya dan bertanyakan mengenai perkara ini. Saya akan merujuk kepada kementerian bagi mendapatkan kepastian. Tidak timbul isu filem ini mengaitkan mana-mana parti politik sebaliknya tayangannya ditunda bagi mendapatkan waktu yang sesuai.
# Artikel "Julang Martabat Finas" adalah original. Tidak ada sebarang penyuntingan dibuat - Zaini Yusop.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi
SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan
FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.