Nukilan Mustafar A.R.
Yang Mengikuti Kembara Mengesan Jejak
Ketamadunan Melayu: Tanjungpinang & Batam
Foto: Kamera Zulkifli Abu & Rina Dwi Lestari
Di Semak, Di Susun & Di Edit oleh Zaini Yusop
Kembara Mengesan Jejak Ketamadunan Melayu: Tanjungpinang & Batam, bermula di Stulang Laut, Johor Bahru. Lima pesertanya (dari kiri): Norizan Mahadi, Siti Salbiah Zahari, Salmi Mat Jusoh dan Mustafar A.R. Tidak ada di gambar Zulalkifli Abu.
Perpustakaan Tanjungpinang.
Saya mendengar ucapan balas Osnardi, Ketua Bidang Layanan, selepas ucapan penyampaian dua buku Saya, "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" dan "Filem-Filem P.Ramlee". Turut kelihatan, James Patikawa (tengah) dan Romdiyani.
Sebagai tanda penghargaan, Saya dihadiahkan plaque, sijil akuan terima buku dan tiga buku Indonesia daripada Osnardi sebaik saja upacara penyampaian buku selesai.
Osnardi menerangkan mengenai tiga buku yang dihasilkan oleh penulis Indonesia sebelum diserahkan kepada Saya sebagai tanda penghargaan.
Bergambar ramai selepas upacara penyampaian buku Saya. Dari kanan: James Patikawa, Romdiyani, Zulkifli Abu, Osnardi, Saya, Rina Dwi Lestari, Salmi Mat Jusoh, Siti Salbiah Zahari, Norizan Mahadi dan Uddin.
Bergambar ramai lagj, dibilik lain dalam perpustakaan yang ternyata luas sekali.
Berehat sebentar di panggung yang sederhana besarnya.
TIDAK PERNAH ADA PENULIS MALAYSIA SAMPAIKAN
BUKU KEPADA PERPUSTAKAAN TANJUNGPINANG
Gerak hati (bisikan hati), membuatkan Kembara Mengesan Jejak Ketamadunan Melayu: Tanjungpinang & Batam, berjalan lancar dan penuh ceria. Dalam ertikata lain berjaya.
Keputusan yang diambil Zulkifli Abu (pemilik Studio Sang Pencerita) meneruskan Kembara tersebut yang telah tertangguh sekali (sepatutnya berlangsung 14-17 Ogos 2019) menyebabkan Saya tergesa-gesa menghantar e-emel kepada Rina Dwi Lestari, kenalan yang Saya anggap kebetulan, tinggal di Tanjungpinang.
Kenalan kebetulan?
Maksudnya, pertemuan hanya sekali ketika Rina bersama ibunya berkunjung ke Rumah P.Ramlee di Pulau Pinang (bulan September 2018) setahun berlalu. Kerana personalitinya disamping keprihatiannya terhadap P.Ramlee, Saya menyerahkan buku "Filem-Filem P.Ramlee" dan buku kecil filem "Siapa Salah?" kepadanya, padahal buku tersebut Saya letakkan di rumah tersebut untuk dijual bukan diberi percuma.
Ketika bersalaman untuk pulang, ibu Rina (tak tau pulak namanya), beria-ia benar menyuruh Saya datang ke Tanjungpinang, begitu juga Rina. Kata Saya, "Insyaalah, jika diperkenankan Allah kita pasti bertemu di sana."
Pada masa itu, tidak terlintas langsung difikir Saya untuk ke Tanjungpinang kerana Saya telah berkunjung ke sana berapa kali, terakhir 25 tahun lalu, dalam keadaannya yang masih mundur. Tidak seperti sekarang, begitu pesat sekali pembangunannya.
24 Ogos 2019 (Sabtu), 4 jam sebelum bertolak menaiki keretapi KTM ke Johor Bahru, apabila Zulkifli memberitahu Saya Kembara tetap diteruskan, walaupun pada hakikatnya (sebagai penganjur) beliau menghadapi bermacam masalah.
Apalagi terburu-buru Saya hantar e-mel kepada Rina sebagaimana yang dijanjikan;
Maaf Rina kerana keputusan diambil tergesa-gesa. Kami (Kembara Mengesan Jejak Ketamadunan Melayu: Tanjungpinang & Batam) dijangka sampai ke Tanjungpinang jam 12.00 tengahari 25 Ogos 2019.
Jam 2.00 petang melawat Makam Raja Ali.
Jam 5.00 petang free & easy.
Ketika free & easy ini, Saya berharap (jika boleh) Rina anjurkan upacara ringkas penyampaian buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" kepada,
* Dinas Perpustakaan Dan Kersipn Kota Tanjungpinang
* Dinas Perpustakaan Dan Keaesipan Kota Batam dan
* Untuk Rina sendiri.
Rina fikirkan di mana upacara penyampaian itu harus diadakan.
Apapun, bila sampai ke Tanjungpinang Saya hubungi Rina.
- Mustafar A.R.
Diperingkat awal upacara peyampaian buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" tidak ada dalam aturcara. Sebagaimana yang dikatakan, ia lahir (secara tiba-tiba) - gerak hati. Ketentuan Allah.
Saya memikirkan, kebetulan akan bertemu Rina apa salahnya Saya memintanya mengadakan upacara penyampaian buku (sambil sembang-sembang santai bicara buku) yang telah dilancarkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur 23 Mac 2019 yang lalu, samada di mana-mana kedai makan (restoran) atau di rumahnya sendiri.
Namun begitu lain jadinya, apabila Rina menghubungi pihak perpustakaan, menyuruh Saya sendiri menyampaikan buku tersebut. "Bagusnya Pakmus berikan sendiri, lebih baik. Dan, pertemuan dengan pihak perpustakaan sudah pun Rina aturkan," katanya.
Isnin (26 Ogos 2019) kira-kira jam 9.30 pagi, kami (Rina sebagai pengantara) sampai ke perpustakaan terletak di Jalan Basuki Rahmat. Kami disambut mesra oleh Osnadi serta pegawai-pegawai kanan lainnya termasuk James Patikawa dan Romdiyani.
Kami ber6 di bawa ke dewan sederhana besarnya, dan sebelum penyampaian buku, Saya sebagai penulis menberi penerangan ringkas. Kata Saya, "Tujuan saya menyampaikan buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura ini kerana beranggapan Tanjungpinang (Indonesia) terlibat sama dalam pembikinan dan perkembangan filem Melayu."
Tambah Saya, "Dulu, rakyat kepulauan Indonesia sukakan filem-filem Melayu yang dikeluarkan di Singapura. P.Ramlee, Kasma Booty, Osman Gumanti dan Maria Menado merupakan idola mereka hingga ke suatu peringkat filem-filem Indonesia sendiri terancam.
"Penglibatan pelakon-pelakon filem Indonesia ternyata memberi kesan terhadap perkembangan filem-filem Melayu terutama adanya Raden Mochtar, Hetty Herawati, Sukarno M. Noor, A.N. Alcaff, Rendra Karno serta Usmar Ismail yang mengarahkan dua filem - "Korban Fitnah" dan "Bayangan Di Waktu Fajar."
"Memandangkan situasi tersebutlah Saya merasa terpanggil untuk menyampaiakan buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura ini kepada perpustakaan di sini. Esok Saya bersama-sama teman-teman ke perpustakaan di Batam menyerahkan dua buku yang sama.
"Untuk perpustakaan di Jakarta, Saya telah menyerahkan senaskah kepada Badrul Agus Jamal, wakil kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, sewaktu pelancaran buku tersebut 23 Mac 2019 yang lalu.
"Saya harap dengan adanya buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura serta buku Filem-Filem P.Ramlee yang disertakan bersama ramai penduduk Tanjungpinang dan sekitarnya mengetahui sejarah filem Melayu di Malaysia dan Singapura dan juga tentang filem-filem P.Ramlee yang sampai kini masih diminati ramai."
Dalam ucapan balasnya Osnardi memberitahu, di Tanjungpinang filem paling disukai ramai filem-filem P.Ramlee dan siri animasi Upin dan Ipin. Dengan adanya buku Filem-Filem P.Ramlee yang kami terima bersama buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura, dapatlah penduduk-penduduk Tanjungpinang dan sekitarnya mengenali lebih dekat mengenai filem-filemnya itu.
"Kami petugas-petugas perpustakaan agak terkejut kerana sepanjang saya tahu, tidak pernah ada penulis buku di Malaysia datang ke Tanjungpinang menyampai sendiri buku yang ditulisnya sendiri. Bapak Mustafar yang pertama.
"Kesempatan ini, saya gunakan untuk meletakkan dua buku tersebut ditempat istimewa supaya dapat pengunjung-pengunjung perpustakaan terutama anak-anak muda menimba ilmu pengetahuan mengenai filem-filem Melayu khususnya filem-filem P.Ramlee."
Selepas upacara penyampaian buku, kami dibawa melawat sekitar bangunan tersebut yang ternyata cukup luas - bilik pemulihan dokumen lama, panggung yang sederhana besarnya, bahagian komputer dan seluruh perpustakaan yang kelihatan kemas dan bersih.
Sebelum pulang, sambil menikmati sedikit sarapan pagi, Saya dihadiahkan plaque tertulis;
Dengan Membaca Jadikan
Dunia Dalam Genggaman
Kenang-Kenangan
Dinas Perpustakaan Dan Kearsipan
Provinsi Kepulauan Riau
Tiga buku;
1. "Sejarah Persemendaan Melayu & Bugis" (Faisal Sofyan)
2. "Mahmud Sang Pembangkang" (Rida K.Liamsi)
dan juga
3. "Selak Bidai Lepak Subang Tun Irang" (Rida K.Liamsi)
Dan, sijil akuan penerimaan buku.
Plaque.
Sijil.
Buku.
BUKU MUSTAFAR A.R. YANG KEDUA (2019)
HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
BUKU MUSTAFAR A.R. YANG PERTAMA (2008)
HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.
# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN
# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 16 SEPTEMBER 2019)
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI -> 208,695
2. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT -> 32,081
3. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK -> 17,203
4. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE -> 17,201
5. A.R. TOMPEL (1918-1973) -> 13,229
# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 16 SEPTEMBER 2019)
1. MALAYSIA -> 1,471,610
2. INDONESIA -> 212,414
3. UNITED STATES -> 143,425
4. SINGAPORE -> 123,464
5. RUSSIA -> 57,376
“Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Dijunjung.“
Bersama Saya di Gedung Gonggong.
Rina, di dua tempat. Di mana ya?
Rina di Jambatan Dompak Tanjungpinang-Kepri.
SIAPA RINA DWI LESTARI?
(petikan dari blog Rina Dwi Lestari)
Kedatangan kedua orang tua Saya dari Kota Semarang Jawa Tengah ke Kepulauan Riau pada tahun 1970, tepatnya di Kampung Jawa di Kota Tanjungpinang disebabkan tugas sebagai angguta Angkatan Laut, sehingga membuat masa kecil Saya mengikuti tugas orang tua Saya.
Saya lahir di Tanjunguban di salah satu rumah di Komplek Angkatan Laut di Jalan Mesjid yang bernomor lima, di Tanjunguban. Sekitar 4 tahun bapak Saya bertugas di Berakit, Lobam, Pengudang, Simpangbusung dan tempat-tempat lain yang ada pos Angkatan Lautnya dan menghabiskan masa bersekolah sampai menengah atas di Kabupatan Karimun, salah satu kabupatan di Provinsi Kepulauan Riau (Kepri).
Kemudian Saya menyelesaikan pendidikan S1 pada jurusan Hubungan Internasional di Universiti Pasundan tahun 1996 dan S2 mengambil bidang studi Ilmu Pemerintahan di Universiti Padjadjaran tahun 2004 di Bandung.
Setelah pulang ke kampung halaman di Karimun sempat mengabdikan diri Saya sebagai anggota DPRD Kabupaten Karimun pada pemilu (pilihanraya) tahun 1999-2004 dengan jabatan terakhir wakil ketua I dari fraksi PDI Perjuangan.
Sebagai anggota dewan termuda, Saya bersyukur sekali dapat berhasil dalam seleksi (dipilih) mengikuti The American Council of Young Political Leaders ke Amerika Serikat (Syarikat) tahun 2002.
Rangkaian pengalaman di organisasi bermula ketika jadi mahasiswa, aktif di Biro Sarinah GMNI cabang (cawangan) Bandung, membuat Saya terus aktif dalam masyarakat hingga wadah LSM Kaseh Puan dengan program yang berpihak kepada perempuan dan anak.
Ia membuat Saya dipercayai pemerintah Provinsi Kepulauan Riau di Komisi Perlindungan Anak Daerah (KPAD), juga aktif di Komisi Penanggulangan AIDS Provinsi (KPA)
Kepulauan Riau.
Walaupun Keberadaan keluarga besar orang tua Saya di Kecamatan (sebuah daerah) Pecangakan dan Mayong di Kabupaten Jepara dan Kecamatan Mranggen di Kabupaten Demak, semakin menyadari hidup di Indonesia dengan mengakui keberagaman suku bangsa membuat pepatah melayu “Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung.“
Ia menjadi prinsip Saya untuk mengabdikan diri dimanapun di Tanahair Indonesia tercinta, membuat hati Saya pun tertambat (terpikat) dan menikah dengan Pria (Pemuda) Kelahiran asli Dabo Singkep Kabupaten Lingga, suatu bukti nyata keberagamaan suku boleh memperindahkan dunia.
Dalam kegiatan kepartian (antaranya) Saya peserta Peringatan HUT PDI Perjuangan ke 35 (Gedung olahraga Sriwijaya Palembang, 31 Januari 2008); peserta Rapat Koordinasi Nasional (RAKORNAS) PDI Perjuangan (Jakarta International Expo Kemayoran (10 September 2007).
Peserta Koordinasi DPP, DPD, DPC anggota Fraksi PDI Perjuangan DPR RI Dapil Kepri, Anggota Fraksi PDI Perjuangan DPRD Propinsi Kepri, Anggota Fraksi PDI Perjuangan Kabupaten/Kota Se-Provinsi Kepulauan Riau dan Wali Kota Tanjungpinang (Batam, 25 Ogos 2007).
Fasilitator Kursus Kader Khusus Perempuan (KKP-KP) Badiklatpus – PDI Perjuangan (26 April–2 Mei 2007) di Villa Taman Eden 2 Jl Kaliurang KM 22 Komp. Wisata
Kaliurang, Yogyakarta.
Pembekalan Anggota Legislatif SE Indonesia Fraksi PDI Perjuangan, (Dewan Pimpinan Pusat PDI Perjuangan), Jakarta (13 Januari 2001).
Kini, Saya berharap supaya cepat lulus kuliah S3 PhD.
"Pakmus doakan saya lulus ya," pintanya kepada Saya.
"Pastinya doa Pakmus tetap bersamamu, Rina."
Bergambar kenangan di Gedung Gonggong. Dari kiri: Rina, Norizan, Siti Salbiah, Salmi, Zulkifli dan Saya.
(Sumber: TV Tanjungpinang)
TANJUNGPINANG
(Sumber: Raja Drone ID)
TANJUNGPINANG
Menjamu selera nasi padang di Restoran Sederhana Masakan Padang. Gambar kecil (dari kiri): Norizan, Zulkifli, Siti Salbiah, Saya, Uddin, Salmi dan Rina.
Gonggong (siput) lebih sedap dicicah cili api berkicap.
Bakso rasanya sedap sekali.
Jeruk (limau kasturi) penghilang dahaga.
Keropok atom rangup dan menagihkan.
Pintu Gerbang di Pulau Dompak.
Rina di Monumen Dompak.
Saya di Monumen Dompak.
Kami di Monumen Dompak.
Ber4 di Jambatan Dompak Tanjungpinang-Kepri.
Di Jambatan Dompak Tanjungpinang-Kepri.
Saya di depan rumah makan RM.Ica Seafood yang ada jual gonggong (siput) rebus.
Saya di rumah makan tepi pantai RM.Ica Seafood.
Siti Salbiah di rumah makan tepi pantai RM.Ica Seafood.
Rina meminta Saya menandatangani buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" sebelum diserahkan kepada Perpustakaan Tanjungpinang, sambil diperhatikan Siti Salbiah.
Singgah sebentar di rumah Rina yang besar dan cantik. Rina menjamu Saya dan teman-teman dengan kuih mueh, minuman ringan dan teristimewa durian Tanjungpinang yang tidak kurang sedapnya berbanding durian Malaysia, sampaikan Norizan dan Siti Salbiah menjilat jari.
Di depan Hotel Furia, tempat Saya dan teman-teman menginap.
Saya, Zulkifli dan Salmi di pintu gerbang Dermaga Penyengat menuju ke jeti untuk naik pompom (perahu nelayan) ke Pulau Penyengat.
Tersergam indah Masjid Sultan Riau.
Makam Raja Ali Haji.
Siti Salbiah dan Salmi di Komplek Makam Raja Hamidah.
Makam Raja Hamidah.
Balai Adat Melayu. (Gambar kecil) seorang pelancung sedang membasuh muka dengan air telaga yang tidak pernah kering terletak di bawah balai tersebut.
Masjid Pulau Dompak, seakan-akan sama Masjid Shah Alam.
Bezanya Masjid Shah Alam ada empat menara.
Pulau Dompak mahu dibangunkan seperti Putrajaya.
Pulau Dompak dengan masjid dan jambatannya, masih dalam pembinaan. Nun jauh di sana, berbalam-balam Tanjungpinang.
Zulkifli nampaknya begitu gembira melangkah pergi menuju ke Batam. Tapi langkah Saya lemah longlai kerana ada terasa sesuatu yang Saya sayangi terpaksa ditinggalkan. Kalau Rina tanya, siapa yang disayangi itu? "Siput gonggong," itu jawapan Saya. Pasti Rina terdiam, dan pasti pulak malas nak tanya lagi.
(Sumber: Lagu Daerah Indonesia)
Lagu ini yang membuatkan Saya tiba-tiba rindukan Tanjungpinang. Kalau ada kepak sekarang juga Saya terbang ke sana menemui Adikku yang mulai Saya sayangi. Tapi apakan daya, Saya terpaksa membiarkan rindu itu berlalu berpanjangan, sampailah di suatu hari nanti kami bertemu kembali...
KEMBARA YANG TIDAK AKAN SAYA
LUPAKAN SAMPAI KE AKHIR HAYAT
"Very interesting journey" (sekali-kali kena cakap orangputih). Itulah kesimpulan yang Saya ambil setelah mengikuti Kembara Mengesan Jejak Ketemadunan Melayu: Tanjungpinang & Batam selama tiga hari dua malam, direalisasikan oleh hanya lima peserta.
Zulkifli Abu (ketua), Siti Salbiah Zahari, Norizan Mahadi, Salmi Mat Jusoh dan Saya.
# Lawatan saya sebulan ke Spain, Potugal dan France, gembiranya pun tidak mencengkam seperti berada di Tanjungpinang dan Batam.
TerlLebih terasa cerianya, mungkin kerana upacara penyampaian buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" dan "Filem-Filem P.Ramlee" kepada Perpustakaan Tanjungpinang dan Batam berjaya dilaksanakan cukup sempurna walaupun dibuat dalam keadaan bidan terjun.
Terima kasih Rina Dwi Lestari kerana bersusah payah menjadi penghubung antara Saya dan teman-teman dengan pihak penguasa Perpustakaan Tanjungpinang.
Dalam memenuhi program Kembara, mula-mula kami naik pompom (bot nelayan) menuju ke Pulau Penyengat (atau Pulau Penyengat Inderasakti) yang kelihatan jelas melintang hanya jauhnya 2 kilometer dari Tanjungpinang.
Apa ada disitu?
Pulau Penyengat merupakan salah satu tempat pelancungan di Kepulauan Riau. Di sini terdapat berbagai peninggalan bersejarah antaranya, Masjid Raya Sultan Riau yang dibuat dari putih telur, makam-makam para raja, makam-makam dari pahlawan nasional Raja Ali Haji, komplek Istana Kantor dan benteng pertahanan di Bukit Kursi.
Ia merupakan pulau bersejarah dan memiliki kedudukan yang penting dalam peristiwan jatuh bangunnya Imperium (Kerajaan) Melayu, yang sebelumnya terdiri dari wilayah Kesultanan Johor, Pahang, Siak dan Lingga, khususnya di selatan Semenanjung Tanah Melayu, kini Malaysia.
Peranan penting tersebut berlangsung selama 120 tahun, sejak berdirinya Kerajaan Riau di tahun 1722, sampai akhirnya diambilalih sepenuhnya oleh Belanda pada 1911.
Masjid Raya Sultan Riau (dibangunkan guna campuran putih telur, kapur, pasir dan tanah liat) awalnya didirikan oleh Sultan Mahmud pada tahun 1803. Kemudian pada masa pemerintahan Yang Dipertuan Muda VII Raja Abdurrahman. Tahun 1832 ia diubahsuai dalam bentuk yang
ada sekarang ini.
Bangunan utama masjid ini berukuran 18x20 meter yang ditopang oleh 4 tiang beton. Di keempat sudut bangunan, terdapat menara tempat Bilal mengumandangkan azan.
Pada bangunan masjid terdapat 13 kubah yang berbentuk seperti bawang. Jumlah keseluruhan menara dan kubah 17 yang melambangkan rakaat solat wajib lima
waktu sehari semalam.
# Syukur alhamdulillah, Saya berkesempatan solat zohor di situ, tenang rasa hati.
Balai Adat Pulau Penyengat adalah replika rumah adat Melayu yang pernah ada di Pulau Penyengat. Bangunan Balai Adat merupakan rumah panggung khas Melayu yang dibuat dari kayu. Ia berfungsi untuk menyambut tetamu atau mengadakan jamuan bagi orang-orang terkenal.
Di dalam balai, dapat melihat aturan ruang dan beberapa benda perlengkapan adat resam Melayu, serta berbagai perlengkapan kesenian yang digunakan
menjamu para tetamu.
Di bahagian bawah balai adat itu terdapat sumur (telaga) air yang sudah wujud berabad-abad lamanya namun sampai sekarang airnya masih tetap mengalir dan boleh diminum.
# Syukur alhamdulillah, Saya juga merasa minum airnya serta membasuh muka. Sejuk dan nyaman.
Dalam rangka Kembara, selain Pulau Penyengat tidak ada tempat lain yang boleh mengesan ketemadunan Melayu. Tanjungpinang tidak terserlah dan lebih tertumpu kepada tempat-tempat bersejarah yang boleh menarik pelancung. Kepesatan pembangunannya boleh dikatakan luar biasa terutama Pulau Dompak yang terletak di selatan dan dihubungkan oleh dua jambatan.
Jika anda berhasrat bercuti ke Kota Tanjungpinang, itu merupaan suatu yang tepat, karena ia menawarkan cukup banyak tempat buat pilihan untuk dikunjungi.
Selain Tanjungpinang merupakan ibukota Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), ternyata ia juga memiliki banyak tempat yang bersuasana alam yang tidak kalah dengan Bandung, Jogjakarta, Surabaya ataupun kota-kota besar
lainnya di Indonesia.
Untuk memudahkan Anda menemukan tempat menarik di Tanjungpinang ini yang paling indah dan di rekomendasikan untuk dikunjungi antaranya;
* Masjid Raya Dompak di Pulau Dompak, Dompak, Bukit Bestari, Kota Tanjungpinang.
* Gedung Gonggong di Jalan Haji Agus Salim, tepi laut Kota Tanjungpinang.
* Jambatan Dompak-Tanjungpinang di Tanjungpinang, Kota Tanjungpinang.
* Taman Batu 10 di Jalan M.T. Haryono, Tanjung Unggat, Bukit Bestari, Kota Tanjungpinang.
* Taman Gurindam di Jalan Hang Tuah, Kota Tanjungpinang.
* Tugu Pensil di Jalan Agus Salim, Tanjungpinang Barat, Kota Tanjungpinang.
* Tugu Proklamasi Riau di Jalan Merdeka, Kota Tanjungpinang.
* Tugu Gonggong Legenda di Jalan Hang Tuah, Kota Tanjungpinang.
Pantai-pantai indah dan bersih yang patut dikunjungi - Pantai Impian, Pantai Trikora, Pantai Tanjung Siambang dan
Pantai Pasir Putih.
Kota Tanjung Pinang dari Udara, Kota Indah di Pulau Bintan Provinsi Kepulauan Riau. (Sumber: Raja Drone ID)
Istana Kota Piring, di Bukit Bestari Istana Kota Piring Tanjung Pinang, Komplek Kantor Gabernur dan DPRD Provinsi Kepulauan Riau. (Sumber: Raja Drone ID)
Saya dikira bernasib baik kerana ada Rina yang tinggal di Tanjungpinang. Kami (Siti Salbiah, Norizan, Salmi dan Saya) telah dibawanya mengelilingi Kota Tanjungpinang, malah menyusur ke Pulau Dompak, merentasi jambatan baru, meninjau Masjid Dompak, yang bentuknya mirip Masjid Shah Alam. Bezanya, Masjid Dompak ada satu menara Masjid
Shah Alam ada 4 menara.
Kami dibawa ke Pulau Dompak melalui Jambatan 1 Dompak depan Ramayana Mall, dan setibanya di hujung jambatan terlihat jelas landmark bertuliskan ‘Selamat Datang di Istana Kota Piring’, ia merupakan Komplek Kantor (Pejabat) Gabernur dan DPRD Provinsi Kepulauan Riau.
Pulau Dompak adalah sebuah pulau di provinsi Kepulauan Riau (Kepri) di sebelah selatan kota Tanjungpinang yang mulai dibangunkan dan akan dijadikan ibukota Provinsi Kepri. Ia merupakan wilayah Kota Tanjungpinang yang dihubungkan dua jembatan dengan Kota Tanjungpinang bahagian selatan dengan luas tanah lebih kurang 995 hektar.
Bukan itu saja, dalam perjalanan pulang kami dibawa ke warong makan laut (RM.ICA Seafood) dimana Rina membeli gonggong (siput), yang sedap rasanya, setelah Norizan menyatakan hasratnya untuk mencuba.
Gonggong rebus itu dibungkus dan kami makan di Restoran Sederhana Masakan Padang di Kota Tanjungpinang.
Perpustakaan Batam.
Wakil perpustakaan Batam, Samsudin (tengah berbaju putih), bergambar bersama Saya (4 dari kiri), perserta Kembara dan petugas-petugas Perpustakaan Batam.
(Sumber: Demank Marsono Soeryatmodjo)
BATAM.
(Sumber: Raja Drone ID)
BATAM.
Masjid Agung yang tersergam indah di Batam.
Saya bermandikan senja berlatar belakangkan Welcome To Batam selepas solat maghrib di Masjid Agung.
Saya dan Salmi di depan Masjid Agung.
Di waktu senja Di Batam.
Jambatan Barelang.
Saya jadi Gergasi sekejap nak cabut Jambatan Barelang. Teknik fotografi yang menarik dihasilkan oleh jurugambar jalanan. Siap dalam masa 5 minit. Tak rugi bayar RM16.00.
Di Jambatan Barelang.
Di Terminal Ferry Batam menanti masa berlepas pulang ke Seremban via Johor Bahru.
BATAM PUSAT INDUSTRI YANG PESAT MEMBANGUN
Ketika kunjungan terakhir ke Batam kira-kira 20 tahun yang lalu, keadaannya tidak apa yang diperlihatkan kepada Saya selepas Saya tinggalkan sekian lama. Sangat pesat pembangunannya. Hebat. "Kalau begini, syorga (harga murah) membelibelah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru mungkin terjejas apatah lagi Singapura," bisik hati Saya.
Setelah 'check in' di Hotel Hana, dengan kereta dipandu Uddin, kami ber5 putar-putar keiiling Batam menjejaki ketamadunan Melayu, namun tidak banyak ditemui kerana Batam itu sendiri sudah dianggap bertapaknya
sebahagian ketamadunan Melayu.
Pulau Batam dihuni pertama kali oleh orang Melayu (dengan sebutan orang Selat) sejak tahun 231 Masehi. Pulau yang pernah menjadi medan perjuangan Laksamana Hang Nadim dalam melawan penjajah ini digunakan oleh pemerintah pada tahun 1960an sebagai asas logistik minyak yang
terdapat di Pulau Sambu.
Pada tahun 1970an, dengan tujuan awal menjadikan Batam sebagai 'Singapura' Indonesia, Batam ditetapkan sebagai lingkungan kerja daerah industri dengan didukung oleh Otorita Pengembangan Daerah Industri Pulau Batam atau lebih dikenal dengan Badan Otorita Batam (BOB) sebagai penggerak pembangunan Batam.
Seiring pesatnya perkembangan Batam, pada tahun 1980an, wilayah kecamatan (daerah) Batam yang bahagiannya Kabupaten Kepulauan Riau, ditingkatkan statusnya menjadi Kotamadya Batam yang memiliki tugas dalam menjalankan pentadbiran pemerintahan dan kemasyarakatan serta mendudukung pembangunan yang dilakukan Otorita Batam.
Di era reformasi pada akhir tahun 1990an, Pentadbiran Kotamadya Batam berubah statusnya menjadi daerah otonomi, iaitu Pemerintah Kota Batam untuk menjalankan fungsi pemerintahan dan pembangunan dengan mengikutsertakan Otorita Batam.
Dalam meneruskan program Kembara, pertama, kami menuju ke jambatan Barelang yang kini sudah jadi landmark (ikon) Batam. Jambatan Barelang sekilas pandang memang mirip jambatan Golden Gate di San Fransico, Amerika Syarikat.
# Saya pernah melalui Jambatan Golden Gate itu ketika kali pertama ke Amerika Syarikat (Saya ke sana tiga kali)
pada tahun 1988.
Jambatan Barelang menghubungkan Pulau Batam dengan beberapa pulau kecil di selatannya - Tonton, Nipah, Sekotok, Rempang, Galang dan Galang Baru. Justeru itu, nama Barelang sendiri merupakan bentuk pendek berasal tiga pulau besar - Batam, Rempang, dan Galang. Jambatan pertama dan utama secara resmi dinamai Jambatan Tengku Fisabililah namun lebih terkenal sebagai Jambatan Barelang.
Presiden ke3 Indonesia, B.J. Habibie, bertanggungjawab mengwujudkan jambatan tersebut.
Jembatan kedua yang menghubungkan kepulauan Tonton dan Nipah disebut Jambatan Nara Singa panjangnya 420 meter. Jambatan ke3 membentang sekitar 270 meter, disebut Jambatan Ali Haji yang menghubungkan Pulau Nipah dengan Sekotok. Jambatan ke4 Jambatan Sultan Zainal Abidin yang menghubungkan Sekotok dan Rempang, panjangnya 365 meter.
Jambatan ke5 jambatan lengkung sepanjang 385 meter yang disebut Jambatan Tuanku Tambusai. Ia menghubungkan Pulau Rempang dengan Pulau Galang, bekas kem penghuni Vietnam. Jambatan ke6 dan terakhir juga terkecil dan panjangnya 180 meter. Disebut Jambatan Raja Kecik, menghubungkan Pulau Galang dengan Pulau Galang Baru.
Kerana mahu sampai ke Masjid Agung sebelum senja menjelang supaya dapat solat maghrib, kami hanya sempat melalui 2 jambatan saja.
Batam dulu namanya Pulau Batang yang terdapat dipeta perlayaran VOC tahun 1675 yang masih tersimpan di perpustakaan Universitas Leiden. Malah sumber lain menyebutkan nama Batam hanya ditemui di Traktat London tahun 1824. Menurut sejarah, Batam pertama kali dihuni oleh orang Laut, sebutan lain orang Selat atau orang Melayu.
Orang Selat ini menghuni Batam pertama kali pada 231M yang disebut Pulau Ujung pada zaman Singapura. Namun, ada pula yang menyebutkan Pulau yang pernah dijadikan sebagai medan peperangan oleh Laksamana Hang Nadim dalam menumpas Penjajah ini telah ditempati oleh orang Selat pada abad ke14, atau tepatnya diakhir tahun 1300an. Mereka menempati wilayah tersebut sejak zaman kerajaan
Tumasik, kini Singapura.
Pulau Batam masa itu dipimpin oleh Laksamana Hang Nadim, yang berpusat di Bentang - kini Pulau Bintan. Kemudian dipimpin oleh Sultan Johor hingga pertengahan abad ke18 yang mana kerajaan Melaka ketika itu dalam poncak kegemilangnya. Hingga terbentuklah kerajaan Riau-Lingga yang dipimpin oleh Yang Dipertuan Muda Riau.
Hingga akhir kejayaan kerajaan Melayu pada abad 1911, Batam dipimpin oleh Raja Jaafar yang kemudian dihapuskan Kerajaan Riau-Lingga oleh pemerintah Hindia Belanda
pada tahun 1913.
Begitulah serba sedikit mengenai ketamadunan Melayu yang saya petik dari beberapa dokumen yang terbentang dalam internet. Ternyata bangsa Melayu memang hebat, malah dalam buku tulisan Faisal Sofyan Melayu didulukan sebagai tajuk "Melayu & Bugis".
Buku ini - "Sejarah Persemendaan Melayu & Bugis" (Perjalanan Panjang dari Sulawesi ke Riau Kepulauan dan Perhentian Akhir di Tanah Semenanjung)" - akan Saya kupas sepenuhnya jika ada kesempatan.
26 Ogos 2019, satu lagi sejarah penting buat Saya tercatat apabila bersama teman-teman pergi keperpustaan Batan menyerahkan buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" dan "Filem-Filem P.Ramlee".
Berbeza di Tanjungpinang, di Batam kami redah begitu saja kerana tidak ada Rina hingga pihak perpustakaan terpinga-pinga. Maklumlah mereka tidak menjangka Saya sebagai penulis buku menyerahkan sendiri 2 buku tersebut.
Apapun, Samsudin (penerima buku) menyatakan kegembiraannya, dan akan menyimpannya dengan baik diperpustakaan tersebut kerana di Batam ramai masih meminati filem-filem P.Ramlee. Lagi pun Indonesia ada terlibat sama dalam perkembangan filem Melayu
di Malaysia dan Singapura.
Selamat tinggal Tanjungpinang dan Batam. Panjang umur
kita kan bertemu lagi...
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA>
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI...
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?