"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc
Showing posts with label ciumku lagi. Show all posts
Showing posts with label ciumku lagi. Show all posts

Sunday, March 25, 2012


FILEM KLASIK DI YOUTUBE

LANGKAH BERMULA DENGAN "CIUMKU LAGI"
Teks: Mustafar A.R.
Video: YouTube
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Pertama, "Ciumku Lagi" - upload pada 14 Mac 2012

SAYA (pemblog Filem Klasik) dengan menggunakan nama mustafar a.r., mula berkarya di YouTube sebagai usaha sama-sama bersaing dengan mereka yang berkemampuan menghasilkan sesuatu untuk di kongsi bersama di alam maya.

Karya pertama, sebagai memulakan langkah, ialah "Nona Asiah - Ciumku Lagi (Malaysian Version Of Besame Mucho) 1947" yang saya uploadkan pada 14 Mac 2012.

Saya sangat berbangga dengan "Nona Asiah - Ciumku Lagi" ini kerana, inilah pertama kali lagu tersebut berada di alam maya (YouTube). Sebelumnya, tidak pernah ada. Kini muncul dengan tiba-tiba.

Nona Asiah merakamkan "Ciumku Lagi" yang dipadankan dari lagu "Besame Mucho" ciptaan Consuelito Velazquez ke piringhitam pada tahun 1947.

Yang menariknya, dia mendahului penyanyi-penyanyi popular seperti Nat 'King' Cole, Dean Martin, Elvis Presley, Sammy Davis Jr., Frank Sinatra apatah lagi Julio Inglesias, Nana Mouskouri dan Andrea Bocelli.


Kedua, "Memikat Hati" - upload pada 17 Mac 2012

Ketiga, "Bayangan Wajahmu" - upload pada 18 Mac 2012

Keempat, "Kuala Deli" - upload pada 24 Mac 2012

MARI KITA MENYANYI LAGU "KUALA DELI"___


KUALA DELI

Hai kualalah pun deli sayang
Kuala deli airnyalah pun jernih

Tempatlah yanglah pun mandi sayang
Tempatlah mandi sianaklah yang pun dara

Tanahlah yanglah deli tanahkulah yang asli
Hai tanahlah yanglah tempat
Tanahlah yang tempat hai tumpahlah darah

Tanahlah yang deli tanahkulah yang asli
Hai tanahlah yanglah tempat
Tanahlah yanglah tempat tumpahlah darah

Hai kualalah pun deli kualalah deli
Aduhai airnya pun tenang

Aduhailah sayang tempatlah yanglah orang
Hai tempatlah yanglah orang
Aduhailah sayang mandilah berenang

Tepianku mandi lagilah kukenang
Hai apalah yanglah lagi
Apalah yang lagi tempatlah berjuang

Penyanyi RUBIAH
Pencipta lagu TENGKU ZUBIR
Pencipta lirik TIDAK DIKETAHUI


Kelima, "Penghidupan Baru" - upload pada 24 Mac 2012

Karya kedua dan ketiga, "Memikat Hati" dan "Bayangan Wajahmu" nyanyian P. Ramlee dan Rubiah petikan filem "Pulau Mutiara" arahan S. Ramanathan dan dibintangi oleh Osman Gumanti, Maria Menado, Siti Rohani, Malek Yaakob dan A.R. Tompel.

Kedua lagu tersebut saya uploadkan kerana saya menyukainya, dan Sanisah Huri pernah merakamkan "Bayangan Wajahmu" ke piringhitam dengan tajuk "Semenjak Berpisah," dan "Memikat Hati" pula dirakamkan oleh Zainah Jalil dan Jamal Abdullah bertukar tajuk "Cinta Sayang".

Keempat, antara lagu-lagu popular (Melayu asli) nyanyian Rubiah yang sudah ada di YouTube, "Bunga Tanjung", "Patah Hati", "Teratai" dan "Tudung Saji", tetapi tidak ada lagu "Kuala Deli".

Itulah sebabnya saya menguploadkan lagu tersebut yang dicipta oleh Tengku Zubir atau lebih terkenal dengan nama Tengku Cubit pada 24 Mac 2012.

Kelima, "Penghidupan Baru" nyanyian R. Azmi dan Rubiah petikan filem "Penghidopan" arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh P. Ramlee, Rokiah, Maria Menado, Haji Mahadi, M.Amin dan S. Shamsuddin.

Lagu "Penghidupan Baru" ciptaan Ahmad Jaafar dan liriknya oleh S. Sudarmadji. Dalam filem dinyanyikan oleh P. Ramlee menggunakan suaranya sendiri dan Momo meminjamkan suaranya kepada Rokiah.

Dalam pencarian saya di YouTube, lagu tersebut juga tidak ada. Lagu "Cinta Berahi" (satu lagi lagu menarik terdapat dalam "Penghidopan") nyanyian R.Azmi ada ditangan saya dan sedang mencari masa yang sesuai untuk menguploadkannya, itupun jika tidak ada di YouTube.

Oleh yang demikian mulai sekarang, setiap karya saya yang di uploadkan ke YouTube akan saya semadi di blog Filem Klasik ini untuk memudahkan anda mengikutinya, tidak payah tercari-cari.


Keenam, "Manis Budi Bahasamu" - upload pada 1 April 2012

Ketujuh, "Saputangan" - upload pada 11 April 2012


* Untuk mendapatkan informasi yang lengkap lihat YouTube.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








Friday, March 16, 2012


"BESAME MUCHO" NONA ASIAH

KINI BERSEMADI DI YOUTUBE
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Dan Di Susun: Zaini Yusop








sumber: mustafar a.r.) Nona Asiah

FILEM Klasik Malaysia melangkah setapak lagi dan mencatat sejarah, apabila dapat membariskan Nona Asiah bersama penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai dengan lagu yang sudah tidak asing lagi, "Besame Mucho", di YouTube.

Agak membanggakan, sejak sekian lama YouTube diperkenalkan, "Ciumku Lagi" ("Besame Mucho") nyanyian Nona Asiah, tidak pernah ada.

Hanya pada 14 Mac 2012, ia muncul buat pertama kalinya apabila saya (pemblog Filem Klasik Malaysia) menguploadkannya dengan menggunakan catatan nama mustafar a.r.

Ini bererti, "Ciumku Lagi" Nona Asiah sudah sebaris dengan penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai yang pernah menyanyi dan merakamkannya ke piringhitam.

Antaranya Elvis Presley, Dean Martin, Nat 'King' Cole, Frank Sinatra, Sammy Davis Jr., Nana Mouskouri, Julio Iglesias, Gulnara Karimova, The Beatles, Andrea Bocelli dan Trio Los Panchos.

Bukan saja mereka, malah Ray Conniff, Mantovani dan Xavier Cugat turut gairah memainkan "Besame Mucho" dengan orchestra masing-masing dengan berbagai cara, ragam dan rentak.

"Besame Mucho" dicipta oleh Consuelito Velazquez dari Mexico pada tahun 1940 semasa usianya 16 tahun. Penyanyi pertama merakamkan lagu tersebut ialah Emelio Tuero, kemudian diikuti pula Tino Rossi pada tahun 1945.

Nona Asiah merakamkan "Ciumku Lagi" (tajuk Inggerisnya "Kiss Me Again") ke piringhitam pada tahun 1947, mendahului penyanyi-penyanyi popular dan diminati ramai termasuk Elvis Presley, Dean Martin, Nana Mouskouri, Nat 'King' Cole dan Andrea Bocelli.

Di blog ini saya kumpulkan 14 klip video "Besame Mucho" yang terdapat di YouTube termasuk "Ciumku Lagi" nyanyian Nona Asiah.

Saya agak terkilan kerana tidak dapat menyertakan lirik "Ciumku Lagi" di sini, kerana suara Nona Asiah kurang jelas disebabkan rakamannya diperolehi dari piringhitam lama keluaran tahun 1947.

Tetapi sekiranya ada sesiapa yang dapat mengesan lirik tersebut, diharap e-mail kepada saya supaya dapat dimuatkan dalam blog ini untuk kita kongsi dan nyanyikan bersama.

Begitu pun juga, saya dapat mencatatkan lirik versi Inggeris nyanyian Dean Martin bagi membolehkan kita sama-sama menyanyikannya.


(sumber: onta53) Dean Martin

MARI KITA MENYANYI LAGU "BESAME MUCHO"


BESAME MUCHO

Besame besame mucho
Each time I cling to your kiss
I hear music divine

Besame besame mucho
Hold me my darling and say that
You'll always be mine

This joy is something new
My arms enfolding you
Never knew this thrill before

Whoever thought I'll be holding you close to me
Whispering it's you I adore

Dearest one if you should leave me
Each little dream would take wing
And my life would be through

Besame besame mucho
Love me forever and make all my dreams come true

Besame besame mucho
Love me forever and make all my dreams come true


Singer DEAN MARTIN
Song Writer CONSUELITO VELAZQUEZ
Lyric Writer SUNNY SKYLAR


(sumber: vivamejico1950) Emilio Tuero

(sumber: 240252) Tino Rossi

(sumber: angelasuny) Elvis Presley

(sumber: papadoc73) Nat 'King' Cole

(sumber: krapiwa19) Julio Iglesias & Gulnara Karimova

(sumber: flixgold) Andrea Bocelli

(sumber: joseripollet) Nana Maouskouri

(sumber: redsong1976) The Beatles

(sumber: dl442007) Ray Conniff

(sumber: himrod137) Mantovani

(sumber: pook1711) Xavier Cugat

(sumber: gu7196) Trio Los Panchos


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.