"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, August 23, 2012


RAMALAN BINTANG: VIRGO

(23 OGOS - 22 SEPTEMBER)
TIDAK BEGITU MUDAH JATUH CINTA?


Di Kelola Di Edit Di Semak & Di Susun
Oleh Zaini Yusop
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber




ZODIAK VIRGO (23 Ogos - 22 September)

ALAN TAM (23 Ogos 1950)

BARBARA EDEN (23 Ogos 1934)


FLAMING STAR (Sumber:LittleBritainsFan07)

MARLEE MATLIN (24 Ogos 1965)

TAMIKO NASH (24 Ogos 1976)

SEAN CONNERY (25 Ogos 1930)


DR. NO (Sumber: MyDearKuttyChathan)

YIFEI LIU (25 Ogos 1987)

MACAULAY CULKIN (26 Ogos 1980)


HOME ALONE (Sumber: NotoriousHEB)

NICOL DAVID (26 Ogos 1983)

AMALIA FUENTES (27 Ogos 1940)

TUESDAY WELD (27 Ogos 1943)


WILD IN THE COUNTRY (Sumber: SkoolGuardian)

MUSTAFAR A.R. (27 Ogos 1943)

BARBARA BACH (27 Ogos 1947)

BEN GAZZARA (28 Ogos 1930)

HABSAH HASSAN (28 Ogos 1949)

INGRID BERGMAN (29 Ogos 1915)

ANASTASIA (Sumber: CaptBijau)

MICHAEL JACKSON (29 Ogos 1958)

AHMAD JAAFAR (30 Ogos 1919)

CAMERON DIAZ (30 Ogos 1972)

MAHYON ISMAIL (31 Ogos 1942)

LESLIE CHEUNG (31 Ogos 1956)

RAMALAN ALAM MAYA___

VIRGO adalah lambang gadis (wanita) di antara 12 bintang yang tersedia ada. Kerasiannya berada di antara Leo di sebelah barat dan Libra di sebelah timur. Mereka yang bernaungkan Virgo bermula 23 Ogos sehingga 22 September, dan dikuasai oleh planet Merkuri.

Orang Virgo tidak suka melakukan sesuatu tanpa tujuan. Mereka memiliki fikiran yang kritis, praktis dan selalu logis. Dan, juga termasuk di kalangan orang yang berusaha mencari kesempurnaan hidup.

Kerana selalu mencari kesempurnaan ini, jika dia tidak mencapai tujuan yang diinginkannya, dia akan bermuram durja. Disebabkan keadaan tersebut, orang Virgo akan mendapatkan penyakit yang berkaitan dengan saraf dan juga perut.

Cinta tidak datang begitu saja terhadap orang Virgo. Dia tidak begitu mudah jatuh cinta. Ia memerlukan masa dan usaha yang agak panjang bagi mencairkan hatinya. Tetapi, sekali jatuh cinta dia akan menjadi pasangan yang cukup setia dan berkemungkinan sampai ke seumur hidup.

Walaupun melambangkan gadis atau wanita, yang jelas orang Virgo tidak menyukai anak-anak (kanak-kanak) kecuali anak-anaknya sendiri. Begitupun juga, dalam hal cinta dia lebih konvensional jika dibandingkan dengan zodiak bintang yang lain.

Mengenai karier, yang sudah pasti orang Virgo tidak dapat memimpin sebuah perusahaan atau yang setaraf dengannya secara baik. Kemampuan dalam berorganisasi juga kurang. Tetapi mereka menyukai pekerjaan yang rutin.

Beberapa pekerjaan yang biasanya menjadi milik orang Virgo ialah guru, akuntan, setiausaha, wartawan, teknologi, jururawat dan politik.

Sesesuatu masalah yang cukup rumit memang tidak boleh diselesaikan dalam waktu yang singkat. Namun bukan bererti orang Virgo tidak boleh menyelesaikannya. Jadi, jangan ianya dijadikan alasan susah hati dan merasakan hidup sudah berakhir.

Orang Virgo harus mendengar nasihat dan memasukan orang lain yang boleh menjadi inspirasi. Jika merasa terlalu susah dan membawa banyak beban, setidak-tidaknya berkongsi cerita akan menjadikannya lebih ringan.

Berusaha lari dari masalah, tidak akan menyelesaikan masalah. Walau betapa berat sekali pun, seharusnya ia dihadapi dengan tenang.

Orang Virgo harus cekalkan hati. Dan mungkin kekecewaan yang dialami tidak pernah diduga sebelumnya. Selain itu, harus bersikap tegas terhadap orang-orang yang terlalu suka mencampuri urusan Anda.

Apabila orang Virgo mahukan kebahagiaan, dialah yang harus menentukannya. Sekalipun pasangannya bukan orang yang sempurna, bukan bererti dia tidak punya kelebihan. Jangan terus menerus melihat kekurangannya saja, tetapi perhatikan juga kelebihan yang dia miliki.

Orang Virgo harus ambil masa khusus untuk memeriksa, ulang semua hal yang dikerjakan secara rutin. Memastikan semuanya lancar bukan bererti Anda tidak menaruh kepercayaan pada rakan kerja. Tetapi ini, memang menunjukkan yang Anda bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.

Orang Virgo tetap tersenyum walaupun berada dalam kesulitan sekalipun. Persahabatan akan membantu kariernya. Jika dia hendak menyelesaikan tugasnya, pastikan tidak mengerjakannya sendiri. Kelewatan, akan membuat rakan kerjanya merasa dirinya tidak diperlukan.


M. AMIN (1 September 1924)


UJI RASHID (1 September 19??)

SADHANA (2 September 1941)

JIMMY CONNORS (2 September 1952)

ALAN LADD (3 September 1913)


BOY ON THE DOLPHIN (Sumber: Endeavour121)

GABRIELA SARI (3 September 1976)

RISHI KAPOOR (4 September 1952)

ANITA YUEN (4 September 1970)

RAQUEL WELCH (5 September 1940)


100 RIFLES (Sumber: TwoBazookas)

HYE-SU KIM (5 September 1970)

MUAMMAR GADDAFI (6 September 1946)

RAKESH ROSHAN (6 September 1949)

ELIA KAZAN (7 September 1909)

ALEKSANDRA WOZNIAK (7 September 1987)

ASHA BHOSLE (8 September 1933)

SAMEERA REDDY (8 September 1982)

KUSWADINATA (9 September 1938)

AKSHAY KUMAR (9 September 1967)

EDMOND O'BRIEN (10 September 1915)

MARGARET TRUDEAU (10 September 1948)

FERNINAND MARCOS (11 September 1912)

VIRGINIA MADSEN (11 September 1961)

MIKA MIFUNE (12 September 1982)

ELINA SVITOLINA (12 September 1994)

JACQUELINE BISSET (13 September 1940)

SHARIFAH AMINAH (13 September 1946)

HAL B. WALLIS (14 September 1899)

AYA UETO (14 September 1985)

AGTHA CHRISTIE (15 September 1890)

FAY WRAY (15 September 1907)


KING KONG (Sumber: Aphoticax)

RAMALAN BINTANG TIMUR___

Tahun 2012 akan memberikan banyak masa untuk introspeksi (introspection). Anda perlu memikirkan diri sendiri, aspirasi-aspirasi Anda sehingga tujuan Anda nampak jelas. Waktu yang baik untuk menunjukan kemampuan-kemampuan Anda dalam hal-hal pengurusan.

Yang berniaga akan mempunyai kesempatan memulakan projek baru. Di tahun ini, kebanyakan orang Virgo akan dipenuhi dengan optimisma dan tenaga sampai ke akhir tahun.

Tahun yang sangat memuaskan untuk aspek-aspek kewangan. Kemasukan nampaknya meningkat. Anda akan terus mengubah pelaburan. Tahun 2012 akan memberi tunjuk pada Anda kemampuan untuk menabung dan fokus dalam pengeluaran.

Jangan terpengaruh dengan angguta keluarga untuk membuat sesuatu keputusan penting yang terkaitan dengan wang dan karier. Berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan supaya ia tidak kecundang.

Kesehatan:
Tekanan kerja membuat Anda rasa tertekan.

Karier:
Banyak perangkap yang harus dielakkan terutama daripada persaing Anda.

Asmara:
Memperkatakan masalah dengan matang dan begitu serius.

Asmara Si Dia:
Bersabar menghadapi semua godaan.

Ciri Khas Virgo:
Praktis, analistis, kritis, logis, rajin, berkepala dingin dan bersikap sederhana.

Nomor terbaik:
4, 7, 16, 25, 31 dan 43.

Aroma terbaik:
Oak, lemon dan madu.

Planet yang mengitari:
Merkuri.

Bunga terbaik:
Lavender dan azalea.

Warna terbaik:
Biru laut dan kuning mustard.

Batu terbaik:
Topaz.

Elemen terbaik:
Tanah.

Pasangan Serasi:
Pisces, Cancer dan Capricorn.

Asmara Bintang Virgo:

Orang Virgo senang menjalin kasih dengan orang yang dianggapnya membawa banyak keselesaan untuk dirinya. Dia perlu jaminan dari pasangannya yang pasangannya itu akan bekerjasama dan bergiat-cergas dengannya.

Orang Virgo memiliki naluri rasa ingin tahu yang berkaitan cinta dan seks, dan selalu bereksperimen sebelum membuat ikatan. Sebelum menentukan pasangannya, orang Virgo mahu yakin betul-betul pasangannya itu dapat memenuhi segala kerasian dan impiannya secara profesional.

Orang Virgo lebih suka hidup bersendirian daripada tinggal dengan orang yang tidak bersesuaian dengan kemahuan dan kehendak hatinya. Bersendirian dan kesepian merupakan kedamaian dan keamanan jiwanya.


LAUREN BACALL (16 September 1924)

GEORGE CHAKIRIS (16 September 1934)

ALEX KOMANG (17 September 1961)


KABUS (Sumber: Kas Roshan)

ADA CHOI (17 September 1973)

GRETA GARBO (18 September 1905)

BOBO CHAN (18 September 1979)

KASSIM MASDOR (19 September 1938)

CHRISTY CHUNG (19 September 1970)

SOPHIA LOREN (20 September 1934)


EL CID (Sumber: MaryKury1)

ANGELA MAO (20 September 1950)

STEPHEN KING (21 September 1947)

KAREENA KAPOOR (21 September 1980)


AITRAAZ (Sumber: Rajshri)

TEGUH KARYA (22 September 1937)

CATHERINE OXENBERG (22 September 1961)

RAMALAN PAK BELALANG___

Sungguhpun penaung Virgo paling kuat bekerja, namun dia orang yang paling cerewet. Dia hanya mahukan hasil yang baik dan mahukan orang lain juga seperti dan setaraf dengannya. Dia juga tidak suka diperintah atau menerima arahan.

Kebersihan menjadi perkara penting pada penaung Virgo samada di rumah, di tempat kerja, dalam kereta atau pun di mana-mana sekali pun. Tidak hairanlah, dia kelihatan smart dan segak.

Penaung Virgo mempunyai sifat semulajadi, suka mengkaji perkara-perkara yang agak pelik dan aneh, dan suka bekerja terutama jika pekerjaan itu mempunyai masa yang rutin (routine).

Setiap pekerjaan yang diserahkan akan dilakukannya sehingga sempurna kerana dia tidak suka meninggalkan kerja separuh jalan. Pekerjaan yang rutin dalam semua aspek hidup membuatkannya merasa selamat.

Penaung Virgo mempunyai otak yang aktif dan suka mencungkil pengetahuan dari orang lain. Dia juga sanggup mencurahkan segala ilmu yang diketahuinya kepada orang lain. Ertinya, dia tidak kedekut dengan ilmu pengetahuan.

Justeru itu, guru adalah pekerjaan yang paling sesuai untuknya. Pekerjaan setiausaha juga mungkin sesuai kerana dia suka menganjurkan sesuatu untuk orang lain. Selain itu, sebagai wartawan juga sesuai.

Penaung Virgo tidak boleh menjadi boss kerana dia tidak dapat memikul tanggungjawab dengan baik. Dia lebih suka berada di belakang berbanding di depan. Jika terpaksa, kemungkinan berlaku suatu keadaan yang akan menyusahkan dirinya sendiri.

Penaung Virgo beranggapan, orang lain boleh membuat apa yang dia boleh buat. Jika, tidak boleh melakukan apa yang boleh dia buat, dia akan mengkritik habis-habisan tanpa belas kasihan.

Penaung Virgo bersikap agak dingin pada kawan-kawan, dan ini menyebabkan dia susah mendapat kawan, dan dia juga memilih kawan. Pada umumnya, dia lebih suka bersendirian.

Samada ada kawan atau tidak, baginya tidak penting. Ke mana-mana saja dia pergi, kawannya adalah isteri dan suaminya. Dia bahagia dengan isteri dan suaminya.

Penaung Virgo kalau ingin berumahtangga, pasangannya yang boleh dikatakan bersesuaian Cancer, Taurus, Pisces dan Capricorn kerana mereka ini sangat memahami sikap dan sifatnya. Bintang-bintang selain itu, agak sukar dan menyulitkan.

Oleh kerana penaung Virgo terlalu memikirkan sesuatu perkara itu begitu serius, dia mudah mendapat tekanan jiwa atau memikirkan yang dirinya tidak sihat walaupun pada hakikatnya dia tidak sakit.

Penaung Virgo sukar untuk marah, tetapi dia lambat memaafkan seseorang yang telah melukan hatinya. Suruhlah dia berbaik-baik semula dengan orang itu, dia enggan. Tetapi lama kelamaan dia akan beralah dan akan berbaik semula. Orang yang bersalah itu pula, akan menghormatinya.

Virgo (Lelaki)

Lelaki Virgo memiliki rasa ingin tahu terhadap wanita. Makhluk sempurna ini adalah sesuatu untuk Anda melakukan eksperimen dan mempelajari segala hal tentangnya. Dari segi seks, ini adalah pengalaman yang tidak boleh diabaikan, Anda menyediakan waktu dan hasrat untuknya.

Anda tertarik di semua hal yang dapat mengembangkan karier. Anda sangat tertarik dengan berapa banyak wang yang dapat diperolehi pasangan Anda. Anda dapat menjadi seperti ayah jika pasangan Anda membiarkan Anda terlalu melindungi.

Anda hanya melamar atau berkomitmen lebih jauh setelah waktu yang cukup lama dan jika Anda yakin 100% hubungan akan bertahan. Anda merasa perlu supaya pasangan dapat mendukung dan meningkatkan karier dan membuat rumah sebagai tempat yang bersih dan nyaman. Anda memberikan keamanan, kepercayaan dan kesetiaan.

Virgo (Wanita)

Wanita Virgo memiliki standard yang tinggi terhadap lelaki idaman dalam hidup Anda. Anda memaksa pasangan Anda untuk kebersihan dan praktikal serta memiliki tujuan. Standard Anda cukup tinggi dan oleh kerana itu Anda memerlukan waktu cukup lama dalam mencari seseorang yang Anda rasa cukup berharga untuk berkomitmen.

Anda cenderung berkahwin ketika usia yang dewasa, matang. Anda adalah ibu rumahtangga yang cukup sempurna, orang tua yang tegas dan pasangan yang baik. Anda juga menarik di tahun pertengahan dan kebiasaannya menarik lebih ramai lelaki di usia tersebut.

Lain-Lain Selebriti Malaysia/Indonesia
Bernaungkan Bintang Virgo:

* SHASHA
* SHAIFUL BAHARI
* BAB MUSTAFFA
* OSMAN ZAILANI
* YUSNI JAAFAR
* ROSNAH ABDUL RAHMAN
* AKHBAR NAWAB


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___




















KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.










Monday, August 13, 2012


12+1 LAGU HARI RAYA TERBAIK SEPANJANG MASA

Kajiselidek & Teks: Zaini Yusop
Di Edit Di Semak & Di Susun: Mustafar A.R.
Foto Daripada Pelbagai Sumber



Pertama (Ke-1). DENDANG PERANTAU (P.RAMLEE)

Ciptaan/Lirik: P. Ramlee/P. Ramlee
(Sumber video: Rockemeyan)


DENDANG PERANTAU

Di Hari Raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempat ku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau


Ke-2. AIDILFITRI (NONA ASIAH & KAMSANI)

Ciptaan/Lirik: Zubir Said/Zubir Said
(Sumber video: MrDinma)


AIDILFITRI

Sembahyang Hari Raya bersama-sama
Tafkafur dengan kutbah alim ulama
Sujud dan bertaubat kepada Tuhan
Muslimin dan muslimat bermaaf-maafan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ku tujukan kepada putera dan puteri
Ayah dan bonda yang ku junjung tinggi
Mohon ampun dan maaf yang ikhlas diberi

Wahai pak long dan mak long orang budiman
Serta pak cik dan mak cik orang dermawan
Salah silap jangan jadi dendaman
Sejak pada ini hari mohon dilupakan

Pada abang dan kakak yang lebih tua
Atau pun pada adik yang masih muda
Ucapanku selamat Aidilfitri
Panjang umur usia dan murah rezeki

Kehadapan suami wahai junjungan
Maaf lahir dan batin mohon cucurkan
Kalau silap laku dan perkataan
Saya mengatur sembah mohon diampunkan

Pada handai taulan serta sahabat
Beserta anak isteri kaum kerabat
Salam dan maaf dunia akhirat
Mudah-mudahan semua sempurna dan rahmat


Ke-3. SELAMAT HARI RAYA (SALOMA)


Ciptaan/Lirik: Ahmad Jaafar/Ahmad Jaafar
(Sumber video: Kcselambe)


SELAMAT HARI RAYA

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat Hari Raya...



SETIAP tahun apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, berkumandanglah lagu-lagu bertemakan Selamat Hari Raya disetiap ceruk dan rantau Malaysia terutama di corong-corong radio dan skrin-skrin tv.

Ia sudah menjadi amalan rakyat Malaysia berugama Islam, dan tanpa lagu-lagu tersebut kemeriahan dan keseronokan berhari raya tidak akan terasa terutama di kalangan kanak-kanak kecil dan anak-anak muda yang masih remaja.

Sejak tahun 1950an, banyak lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri telah dicipta oleh pencipta-pencipta lagu dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi popular dan kurang popular serta telah dirakamkan ke piringhitam.

Di antara sebegitu banyak, tidak semua menjadi minat ramai, tidak semua kedengaran di setiap tahun. Hanya lagu-lagu tertentu saja bergema apabila Hari Raya Aidilfitri menjelang (menjelma) tiba.

Mengikut kajian, hampir 100 lagu Hari Raya Aidilfitri telah dicipta, dan di antara sebanyak itu saya telah membuat penilaian dan pemilihan yang boleh dianggap sebagai 12 lagu terbaik (popular) sepanjang masa.

Penilaian dan pemilihan ini, tidak dipengaruhi dan melibatkan sesiapa pun. Saya sendiri yang menentukannya.

Ia dinilai dan dipilih berdasarkan keindahan lagu, rangkapan lirik, nyanyian penyanyi, susunan musik dan sebagainya, dengan mengunakan ukuran dan keupayaan saya, yang sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Besar kemungkinan, penilaian dan pemilihan saya ini, tidak sama dengan anda, peminat-peminat Filem Klasik (FK). Mungkin juga ramai yang tidak setuju. Terpulanglah.

Dalam pada itu, saya beri peluang kepada anda memilih 12 lagu Hari Raya Aidilfitri yang anda minati dan mengikut kesukaan dan kehendak hati anda sendiri.

Jika anda berminat, catatkanlah diruang komen, supaya dapat kita kongsi bersama.

3 lagu Hari Raya Aidilfitri terbaik (popular) sepanjang masa, dalam penilaian dan pemilihan saya ialah;

Pertama: Dendang Perantau (P. Ramlee)
Ke-2: Aidilfitri (Nona Asiah & Kamsani)
Ke-3: Selamat Hari Raya (Saloma)


9 lagi mengikut susunan;

Ke-4: Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)
Ke-5: Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)
Ke-6: Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim)
Ke-7: Selamat Hari Raya (Fazidah Joned)
Ke-8: Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)
Ke-9: Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir)
Ke-10: Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir)
Ke-11: Menjelang Hari Raya (D.J.Dave)
Ke-12: Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)
Ke-12+1: Dari Jauh Ku Mohon Maaf (Sudirman)


Di antara lagu-lagu tersebut, yang mana satukah termasuk dalam senarai penilaian dan pemilihan anda?

MOHON MAAF DARI SAYA, MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP
DAN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





Ke-4. BERSABARLAH SAYANG(SANISAH HURI

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Yusnor Ef
(Sumber video: Rockemeyan)


Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau begini

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu


Ke-5. BILA TAKBIR BERGEMA (RAFEAH BUANG)

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Rafeah Buang
(Sumber video: MrLaguRaya)


Bila Takbir Bergema

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telah pun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi Hari Raya


Ke-6. SELAMAT BERHARI RAYA (RAHIMAH RAHIM)

Ciptaan/Lirik: Fauzi Marzuki/Hafsah Hassan
(Sumber video: Sharkbreakerz)


Selamat Berhari Raya

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi


Ke-7. SELAMAT HARI RAYA (FAZIDAH JONED)

Ciptaan/Lirik: Kassim Masdor/Jins Shamsudin
(Sumber video: TheBunianJr)


Selamat Hari Raya

Aidilfitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat... Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat... Selamat Hari Raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahgia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya

Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahgia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya


Ke-8. HARI YANG MULIA (SHARIFAH AINI)

Ciptaan/Lirik: S. Omar Osman/S. Omar Osman
(Sumber video: MixwdFM)


Hari Yang Mulia

Inilah hari yang berbahagia
Semoga semua dalam gembira
Lama sudah kita nantikan
Lerailah semua jiwa insan

Si miskin kais pagi makan pagi
Tak mungkin dapat menghiburkan hati
Kerananya tak berkemampuan
Alangkah sedihnya mereka

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh insaflah pada yang tiada

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh... insaflah pada yang tiada

Sempena hari yang mulia ini
Tinggikan budi dan juga pribadi
Dengarkanlah saudara budiman
Laguku di hari yang mulia


Ke-9. SATU HARI DI HARI RAYA (M. NASIR)

Ciptaan/Lirik: M. Nasir/M. Nasir
(Sumber video: lan5941lan)


Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah ia kebahagiaan

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah ia kebahagiaan

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari Di Hari Raya
Oh... Oh...
Satu hari Di Hari Raya
Oh... Oh...





LAGU RAYA MALAR SEGAR
TERUS JADI PILIHAN___

Dipetik daripada ruangan
FRAGMEN Berita Harian
Oleh Zainuri Misfar


DUA minggu sebelum kemunculan Syawal, akan kedengaran pelbagai lagu Raya Aidilfitri berkumandang dalam semua stesen radio. Bukan sahaja radio berbahasa Melayu, kita juga pernah mendengar ada stesen radio berbahasa Inggeris tidak ketinggalan untuk turut menyiarkan lagu raya.

Ia tidaklah satu kejanggalan. Di stesen radio berbahasa Inggeris terdapat juruhebah atau petugasnya orang Melayu atau sekurang-kurangnya beragama Islam yang sama-sama menjalani ibadat puasa.

Ini untuk mengambil mood atau menggambarkan suasana menjelang raya. Tambahan pula, Hari Raya Aidilfitri adalah antara perayaan utama negara kita. Semua bangsa dan kaum di negara ini, sudah faham sangat.

Dalam bab lagu raya ini, nampaknya, komposer, pencipta atau penulis lagu sekarang belum ada jawapan lagi bagaimana untuk menghasilkan karya setanding dengan lagu-lagu yang sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun.

Orang sekarang baik daripada orang muda, remaja atau budak-budak akan tetap memilih dan mengenali lagu "Dendang Perantau", "Selamat Hari Raya" atau "Balik Kampung". Bukan tidak ada lagu-lagu raya ciptaan terbaru. Sesetengahnya memang agak sedap didengar, tetapi masih belum mencapai tahap malar segar atau 'evergreen'.

Baru-baru ini, penulis mendapatkan pandangan daripada bekas Pengarang Rencana Berita Harian, Karim Sulaiman, mengenai lagu-lagu raya yang malar segar.

Menerusi e-mail yang dikirimkan oleh Karim Sulaiman itu, antara lain beliau berpendapat susunan musik dan bait-bait liriknya sangat dekat dengan pendengar berbanding dengan lagu raya ciptaan terbaru.

Berikut petikan pandangan Karim Sulaiman mengenai lagu-lagu Hari Raya;

“Pada tahun 1980-an, saya pernah menemubual komposer hebat, Kassim Masdor, yang pernah menghasilkan lagu bertema Aidilfitri malar segar seperti "Bila Takbir Bergema" nyanyian Rafeah Buang (lirik juga ditulis oleh Rafeah Buang), "Suasana Riang Di Hari Raya" - Junainah M Amin (lirik Yusnor Ef), "Bersabarlah Sayang" - Sanisah Huri (Yusnor Ef) dan "Selamat Hari Raya" - Fazidah Joned (Jins Shamsuddin).

"Lagu ini dihasilkan antara tahun 1972 dan 1973 dan masih relevan dan dapat diterima oleh generasi sekarang serta akan datang. Kata orang lagunya 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'. Rahsianya, kata Kassim Masdor, melodi dan liriknya mesti memberi kesan kepada pendengar.

"Jika melodinya riang ria, kegembiraan itu dikongsi bersama orang yang mendengarnya. Kalau iramanya bersuram duka, kesedihan itu dapat dihayati pendengarnya.

"Melodinya menggambarkan suasana dan meruntun jiwa. Bukan sekadar irama dan melodi, liriknya turut memainkan peranan penting. Ada penceritaan dalam lagu itu.

Liriknya bukan sekadar patah-patah perkataan untuk melengkapkannya menjadi lagu, tetapi ada makna dan peristiwa sama ada tersurat atau tersirat. Paling penting lagu itu mesti mudah menangkap jiwa pendengar. Istilah sekarang catchy.

"Hal ini menjadikan lagu raya dulu-dulu dekat dengan jiwa pendengar kerana ada antara penceritaan itu ada kena mengena atau kaitan dengan perjalanan hidup mereka.

BARU MUNCUL

"Satu perkara lagi, sebenarnya tidak banyak lagu raya dihasilkan pada zaman 1950-an, 60-an dan 70-an.

Tidak ada jiwa keMelayuan

"Pada zaman 50-an antara lagu raya popular adalah "Selamat Hari Raya" nyanyian Saloma, "Manusia Miskin Kaya" - Nona Asiah dan Kamsani serta "Aidilfitri" – Nona Asiah.

"Lama selepas itu muncul lagu "Suara Takbir" dan "Dendang Perantau" – P. Ramlee pada awal 1960-an, disusuli "Selamat Hari Raya" – Ahmad Jais, dan "Selamat Hari Raya" – Fazidah Joned serta "Musafir Di Aidilfitri, S. jibeng pada akhir 1960-an.

"Pada awal 1970-an lebih tepat 1972/73, baru dirakamkan lagu seperti "Hari Yang Mulia" - Sharifah Aini, "Bila Takbir Bergema", "Suasana Riang Di Hari Raya" dan "Bersabarlah Sayang".

"Jarak penciptaan sesuatu lagu itu agak lama tempohnya. Jadi bertahun-tahun orang mendengar lagu itu sehingga ada lagu baru lain.

"Pada 1977, baru muncul lagi album raya yang diterima ramai "Bergembira Di Hari Raya" yang mengandungi lagu "Seloka Hari Raya" – Uji Rashid dan Hail Amir.

"Ini disusuli dengan tiga album raya malar segar pada awal 1980-an, iaitu "Aidilfitri Bermaaf-maafan" - 1980 (ada lagu "Bingkisan Untuk Perwira" nyanyian Khadijah Ibrahim); "Pemberian Di Hari Raya", 1981 (ada lagu "Suatu Hari Di Hari Raya" – M Nasir) dan Album "Hari Raya" – 1981 (ada lagu "Pulang Berhari Raya").

"Selepas itu, tiada lagu raya yang menyengat kecuali yang dirakamkan oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu "Sesuci Lebaran".

"Antara sebab lain lagu raya sekarang tidak best kerana tidak ada jiwa keMelayuan sama ada dari segi melodi atau liriknya. Persoalan penting untuk siapa dan tujuan lagu itu dicipta.

"Logiknya adakah ia untuk semua pendengar tanpa mengira kaum atau agama. Jika untuk orang Melayu dan Islam, perlu difikirkan bentuk lagu yang sesuai bagi tujuan itu.

"Contohnya, lagu "Sesuci Lebaran" oleh Siti Nurhaliza yang dihasilkan pada alaf baru, popular dan diminati kerana melodi dan liriknya kena dengan jiwa pendengar.

"Ringkasnya lagu raya sekarang kehilangan jiwa untuk berhari raya – sekadar rentak, irama dan melodi bersenikata tema hari raya.”

Kita tidak memperkecilkan bakat pemusik atau komposer hari ini. Tetapi jelas, kalaupun mereka berjaya dengan lagu-lagu pop semasa, tetapi menghasilkan lagu raya adalah sesuatu yang cukup mencabar.

Pemusik sekarang menghasilkan lagu raya suka sangat mengikut kata hati, kononnya untuk memenuhi citarasa orang muda yang akhirnya jadi entah apa-apa.

Lagu-lagu raya yang bertemakan Aidilfitri mempunyai nilai budaya, agama dan peradaban yang tinggi. Inilah yang mungkin masih gagal difahami oleh komposer muda hari ini.




Ke-10. SELOKA HARI RAYA (HAIL AMIR & UJI RASHID)

Ciptaan/Lirik: Ahmad Nawab/Erna
(Sumber video: Wak Dogol)


Seloka Hari Raya

Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria
Indahnya sungguh di Hari Raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahgia
Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahgia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama


Ke-11. MENJELANG HARI RAYA (D.J. DAVE)

Ciptaan/Lirik: S. Atan/Kamali Hudi
(Sumber video: Zelondee)


Menjelang Hari Raya

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut Syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Semoga berbahgia
Hidup aman sentosa

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut Syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa


Ke-12. SELAMAT HARI RAYA (AHMAD JAIS)

Ciptaan/Lirik: P. Ramlee/P. Ramlee
(Sumber video: Zeelondee)


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya

Selamat... Selamat...
Selamat Hari Raya


EKTRA 12+1


Ke-12+1. DARI JAUH KU MOHON MAAF (SUDIRMAN HAJI ARSHAD)

Ciptaan/Lirik: S.Atan/Haron Abdul Majid
(Sumber video: Rockemeyan)


Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Hanyaku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidilfitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


FAKTA___


* Lagu "Aidilfitri", menurut video YouTube, nyanyian Nona Asiah dan Kamsani. Tetapi, apa yang saya diberitahu beberapa tahun lalu oleh (mungkin juga Nona Asiah sendiri), lagu tersebut nyanyian Nona Asiah dan suaminya, Ismail Kassim. Untuk saya menilaikannya sendiri, agak sukar kerana suara Ismail Kassim dan Kamsani seakan-akan sama. Ada sesiapa boleh mengesahkan, supaya faktanya tepat.
* Di antara 14 penyanyi, 7 telah meninggal dunia - P. Ramlee, Kamsani, Saloma, Sudirman, Rafeah Buang, Fazidah Joned dan Ahmad Jais.
* Di antara 12 lagu, hanya 1 saja dari filem - "Selamat Hari Raya" (Cathay Keris) nyanyian Saloma petikan filem "Selamat Hari Raya" yang diarahkan oleh L. Krishnan pada tahun 1955.
* Di antara 12 lagu, 2 ciptaan P. Ramlee - "Dendang Perantau" (P. Ramlee) dan "Selamat Hari Raya" (Ahmad Jais); 2 ciptaan Kassim Masdor - "Selamat Hari Raya" (Fazidah Joned) dan "Bila Takbir Bergema" (Rafeah Buang).
* Di antara 12 lagu, 3 lirik ciptaan 2 pelakon dan pengarah filem. P. Ramlee - "Dendang Perantau" (P. Ramlee) dan "Selamat Hari Raya" (Ahmad Jais); Jins Shamsudin - "Selamat Hari Raya" (Fazidah Joned).


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time


REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.