Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Oleh MUSTAFAR A.R.
Yang Pernah Menerajui URTV
3 Tahun 3 Bulan 5 Hari
(13 Jun 1970 - 18 September 1973)
Dulu, keluarannya yang pertama (15 Januari 1970)
berwajahkan keseksian Sarimah.
Reen Rahim, Syed Ali, Marsha, Amran dan Keena
sedang bersiap sedia untuk meniup lilin, memotong dan memakan kek.
Kini, keluarannya yang ke-830 (15 Januari 2013)
berwajahkan keseksian Fauziah Latiff.
Kekalnya URTV sebagai pilihan ramai pembaca yang terdiri dikalangan anak-anak muda remaja sangat menggembirakan saya kerana, saya merupakan salah seorang antara peneraju-peneraju utama yang berada dibelakang tabir diperingkat awal penerbitannya.
Sepanjang hidup saya, saya dapat menyaksikan 3 perkara, 'great event', yang melibatkan diri yang kerdil ini terus kekal sampai kini, dan diharap akan kekal hingga ke satu tahap ia tidak dapat dikekalkan lagi.
* Pertama, URTV kekal hingga ke edisi 830, dan berusia 43 tahun pada 15 Januari 2013.
* Kedua, Persatuan SENIMAN masih kekal aktif, di mana sekarang diterajui oleh Zed Zaidi. Saya merupakan Setiausahanya pertama semasa Zainuddin Zimbo menduduki kerusi Presiden.
* Ketiga, Festival Filem Malaysia (FFM), saya adalah salah seorang pengasasnya dan tidak lama lagi akan dilangsungkan yang ke-25 kali (FFM25), dan ertinya sudah sampai ke peringkat jubli perak.
PEMBANTU SAMBILAN
Saya mula dilantik sebagai pembantu sambilan URTV pada 13 Jun 1970 menggantikan Ahmad Kamsi yang bertukar tugas ke bahagian lain di Jabatan Pengarang Utusan Melayu, manakala Syed Hashim Ahmad sebagai pengarang, bertanggungjawab keseluruhannya.
Ketika masuk bertugas, saya memulakan dengan keluarannya yang ke-12 iaitu bakal di edarkan ke pasaran pada 1 Julai 1970.
Antara kandungan yang termuat di dalamnya ialah;
* Rakaman pertama "Juara Kugiran 1970", yang dilakukan di Studio Satu RTM, dan ini bererti terciptanya satu lagi sejarah dalam perkembangan musik pop di Malaysia. Kesemuannya ada 15 rakaman yang ditentukan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada 4 Julai 1970.
Antara kugiran, yang popular kemudiannya, turut serta ialah Orkes Nirwana (Johor Bahru) yang menaikkan nama A. Rahman Hassan, The Zuhrah (Ipoh) yang terkenal dengan M. Shariffnya dan De Fictions (Muar) yang mempopularkan A. Halim..
* Artis Jelita dari Sebarang begitulah tajuk yang mengemukakan artikel mengenai 4 selebriti dari Indonesia - Vivi Sumanti, Ida Royani, Maya Sopha dan Baby Maureen.
* Pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1970, yang dimenangi oleh Josephine Lena Wong (pertama), Soo York Lin (kedua) dan Mary Ann Wong (ketiga).
* Poster hadiah URTV untuk anda, yang dihiasi dengan gambar Monica Jones pelakon filem "Di Belakang Tabir" arahan Jins Shamsudin dan turut dibintangi oleh P. Ramlee dan Nor Azizah.
MONICA JONES, gambarnya merupakan poster pertama dikeluarkan oleh URTV sebagai Hadiah URTV Untuk Anda.
Dalam rungan pojok LelaScope, Syed Hashim Ahmad menulis;
BARU
Bila keluaran pertama diedarkan dulu, pengarang Lela telah berjanji hendak meninggikan mutu URTV dari masa ke semasa.
Keluaran minggu ini, kulit luar dan muka tengah URTV dicetak di atas kertas yang licin (art paper) dan halamannya ditambah sebanyak 4 muka lagi.
Ini adalah sebahagian dari usaha pengarang Lela untuk meninggikan mutu URTV hingga menjadi darjah yang setanding dengan majalah-majalah luar negara.
HADIAH
Di muka tengah keluaran ini, URTV mempersembahkan sekeping gambar besar Monica Jones sebagai hadiah kepada peminat-peminat URTV.
Gambar hadiah seperti ini akan diedarkan pada setiap keluaran URTV dan anda sudah tentu akan berpeluang menyimpan gambar-gambar artis-artis yang popular di dalam dan di luar negara.
SEX
Mulai keluaran ini, URTV akan menghidangkan siri cerita-cerita sex, detective dan spy serta lain-lain cerita penggembaraan yang hebat.
Dalam keluaran ini, URTV menghidangkan satu siri exclusive "Troilism" yang di terima dari News of the World di London.
Seperti yang anda tahu, News of the World adalah satu syndicate akhbar yang paling popular di London kerana siri-siri yang menggemparkan seperti siri Christine Keller, Bank Roberry dan lain-lain lagi.
URTV membelanjakan wang beribu ringgit setahun untuk mendapatkan hak exclusive dari News of the World. URTV juga mempunyai hubungan dengan lain-lain syndicate di Amerika Syarikat termasuk Hollywood.
HARGA
Perubahan-perubahan yang di lakukan oleh URTV sudah tentu menelan belanja yang agak besar, dengan yang demikian URTV terpaksa menaikkan harga dari 30 sen menjadi 40 sen.
Anda hanya menambah 10 sen saja, sedangkan URTV terpaksa menambah lebih sepuluh ringgit senaskah untuk meninggikan mutu majalah anda yang kecil tetapi comel ini.
Lela percaya pengarang Lela akan terus berusaha meninggikan mutu URTV baik di segi kandungan mahupun di segi tekniknya hingga anda semua mencapai kepuasan.
BAHYAH MAHMOOD, yang mula menerajui URTV di awal-awal tahun 1980-an.
NORSHAH TAMBY, yang terkenal dengan ruangan gosip lucunya, Koner Baring.
LLILY HARUN, yang membantu saya dan Syed Hashim menyelenggarakan URTV di Percetakan Solai.
Semasa menjalan tugas, pejabat saya bukan di Ibupejabat (HQ) Utusan di Jalan Chan Sow Lin, tetapi di Percetakan Solai yang terletak di No. 10, Jalan 213, Pertaling Jaya, Selangor, yang masih wujud sampai sekarang.
Dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, saya dibantu oleh Lily Harun yang berkerja (makan gaji) dengan Percetakan Solai.
Anehnya, apabila saya diarah bertugas ke Perpustakaan Utusan, saya pula menjadi pembantunya kerana dia sudah beralih tempat kerja - dari Percetakan Solai ke Utusan.
Saya masih ingat, didepan Percetakan Solai terdapat Balai Bomba di mana pada masa itu, penyanyi popular, M.Daud (masa itu belum popular), bertugas sebagai pegawai bomba.
Saya juga masih ingat, pada pagi 29 Mei 1973 P. Ramlee meninggal dunia dan alangkah terkilannya dihati kerana tidak dapat mengziarahinya kerana tugas belum selesai untuk menyiapkan URTV keluaran 1 Jun 1970, walhal (seminggu sebelum itu) saya bersama Syed Hasshim telah berbual panjang di rumahnya di Jalan Dedap, Setapak.
Dari rumah, saya berulangalik ke Percetakan Solai menjalan tugas (masa itu mana ada kereta) menaiki dua bas (Gombak - Bangkok Bank - Petaling Jaya), hanya sekali-sekala saja saya menjenyuk ke ibupejabat Utusan terutama apabila mengambil gaji.
MELETAK JAWATAN
Apabila Syed Hashim meletak jawatan kerana menceburkan diri dalam perniagaan, barulah saya pindah ke ibupejabat Utusan, dan kali ini berketuakan Zakry Abadi, yang lebih terkenal sebagai sasterawan.
Bersama Zakry Abadi saya tidak lama, kerana entah dimana silapnya, saya berbalah dengannya yang mengakibatkan saya dihantar bertugas ke Perpustakaan Utusan (membantu Lily Harun) pada 19 September 1973, atas alasan, saya melawan ketua.
Keluaran URTV ke-89 (15 September 1973) merupakan yang terakhir saya terajui. Antara lain kandungannya;
* Setakat Ini Belum Ada Orang Yang Setokoh Ramlee! - Shahrum Yeop, yang ditulis oleh Redzuan Ahmad.
* Masa Depan Suhaily yang saya tulis berdasarkan temubual (interview) saya dengan Suhaily Shamsuddin di rumahnya di Seri Desa, Gombak.
* "Amanat" Drama simbolik yang menimbulkan kekeliruan pendengar oleh Abdullah Ismail,
* "Jejak Bakti" satu kejayaan kepada Noraini Hashim , yang ditulis oleh Zaini Yusop.
* Pertandingan "Bintang RTM" sudah bermula, yang dilaporkan oleh Redzuan Ahmad.
Di Perpustakaan, saya bertugas hanya 2 minggu saja, dan selepas itu saya dilantik sebagai pemberita Utusan Malaysia dan berketuakan A.R. Kamaludin (yang memulakan pergerakan URTV) pada 1 Oktober 1973.
Sungguhpun sudah meninggalkan URTV, namun begitu saya terus memberi sumbangan artikel-artikel bercorak hiburan dari masa ke masa hingga saya bersara pada 28 Ogos 1998.
Apa pun, yang jelas dan sudah pasti (selepas tersingkir), saya tidak pernah kembali ke URTV.
Keluaran 59, 15 Jun 1972,
Berwajahkan Salamiah Hassan.
Keluaran 68, 1 November 1972,
Berwajahkan M. Shariff & Zalifah Ibrahim.
Keluaran 86, 1 Ogos 1973,
Berwajahkan Noor Kumalasari.
Keluaran 15 September 1973,
yang merupakan URTV terakhir saya terajui.
ULANGTAHUN URTV, TAHUN BERGANTI TAHUN___
Usianya 5 tahun,
berwajahkan M.Daud Kilau & S.A.Ayesha.
Usianya 8 tahun,
berwajahkan Donny & Marie Osmond.
Usianya 9 tahun,
berwajahkan M.Rizal & Muhaini Suratman.
Usianya 12 tahun,
berwajahkan Nancy Foo & Andre Goh.
Usianya 16 tahun,
berwajahkan Raja Ema & Kamal Abdillah.
Usianya 35 tahun,
berwajahkan Aznil Nawawi & Farah.
Usianya 41 tahun,
berwajahkan Siti Nurhaliza & Mia Sara.
BILA MULA TERCETUSNYA
IDEA MENERBITKAN URTV?
Oleh ZAINI YUSOP
TERCETUSNYA idea menerbitkan URTV, ekoran penutupan majalah Utusan Filem & Sport (tulisan jawi), dan pengurus Utusan merasakan satu lagi majalah, kali ini bertulisan rumi, patut diterbitkan untuk berada dipasaran yang mana pada masa itu, majalah-majalah bercorak hiburan sangat berkurangan, tidak seperti yang
ada sekarang.
Perlu juga diberitahu, sebelumnya Utusan pernah menerbitkan majalah Utusan Filem & Sport, dalam bentuk tabloid dan juga majalah.
Wartawan Utusan pertama diberi tanggungjawab (sebagai perintis jalan) menyelenggarakan URTV ialah, A.R. Kamaludin dan kemudian dibantu oleh Syed Hashim Ahmad.
Apabila A.R. Kamaludin beralih angin ke Jabatan Pengarang Utusan, Syed Hashim mengambilalih tempatnya dan Ahmad Kamsi ditugaskan pula sebagai pembantu.
Kemudian Mustafar A.R. dilantik sebagai pembantu URTV, dan Ahmad Kamsi berpindah ke bahagian lain di Utusan dan Syed Hashim - Mustafar A.R. kekal menerajui hingga pertengahan tahun 1973 setelah Syed Hashim meletakkan jawatan untuk mencebur diri dalam perniagaan.
Ketika mula-mula lahirnya dulu, kandungannya meliputi tentang berita-berita filem selain dari nyanyian, musik, drama dan sport.
Tetapi sejak Utusan Filem & Fesyen (UFF) muncul segala hal ehwal filem ditumpukan kepada UFF.
Di bawah ini diperturunkan catatan yang terdapat dalam URTV keluaran 15 Januari 1975 iaitu, sempena Ulangtahun Kelahirannya Yang Ke-5;
Dalam sejarahnya, sejak lahir URTV, ia mengalami beberapa perubahan dan penukaran (silih berganti) peneraju-peneraju utamanya.
Mula-mula A.R. Kamaludin dari Jabatan Pengarang Utusan ditugaskan merintis jalan menyelenggarakan URTV, kemudian diikuti oleh Syed Hashim Ahmad.
BERTUKAR GANTI
Tidak lama kemudian Ahmad Kamsi menyusul, juga dari Jabatan Pengarang Utusan, bertugas di URTV.
Ahmad Kamsi di URTV bersama Syed Hashim kira-kira 6 bulan, selepas itu digantikan oleh Mustafar A.R. yang pada masa itu bertugas sebagai wartawan 'stringer' di Utusan sejak tahun 1969, sebelum berlakunya trajidi 13 Mei.
Penyunting-penyunting URTV terus bertukar ganti termasuk Zakry Abadi, Ghani Ahmad dan pada masa ini (genap usianya 5 tahun) dikendalikan oleh Kamal Syah bersama Rosie Hashim.
Jadi dalam masa 5 tahun, 8 wartawan kanan di Jabatan Pengarang Utusan telah menerima giliran masing-masing bertugas menyelenggarakan URTV.
1. A.R. KAMALUDIN
2. SYED HASHIM AHMAD
3. AHMAD KAMSI
4. MUSTAFAR A.R.
5. ZAKRY ABADI
6. GHANI AHMAD
7. KAMAL SYAH
8. ROSIE HASHIM
Empat wartawan kanan Utusan yang pernah menerajui URTV. Duduk dari kiri: Tajaiyah Ikhsan, Muzlina Abu Bakar dan Fauziah Hassan. Berdiri: Siapa lagi, kalau bukan Mustafar A.R.
Mereka ialah;
1. A.R. Kamaludin
2. Syed Hashim Ahmad
3. Ahmad Kamsi
4. Mustafar A.R.
5. Zakry Abadi
6. Ghani Ahmad
7. Kamal Syah
8. Rosie Hashim
Oleh kerana URTV merupakan majalah hiburan yang popular, maka ke semua 8 wartawan yang pernah menyelenggarakannya itu sudah pun melibatkan diri secara langsung dalam pergolakan dan perkembangan dunia hiburan tanahair.
Pendekkata, wartawan-wartawan ini memang dikenali oleh kalangan selebriti hiburan seperti pelakon, filem, penyanyi, penerbit di radio dan tv (RTM), ahli sukan dan sebagainya.
Bolehlah dikatakan mereka ini setiap hari berdampingan dengan personaliti hiburan untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam URTV.
Kebetulan pula kelahiran URTV sama dengan pertumbuhan permainan Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran) di Malaysia. Setiap keluarannya sering lebih banyak menyoroti pemain-pemain kumpulan gitar rancak itu.
Tidak lama selepas lahirnya URTV, pihak RTM menanjurkan pertandingan "Juara Kugiran" yang kemudiannya disusuli dengan pertandingan "Bakat TV".
PERANAN BESAR
Jadi, URTV telah turut memainkan peranan besar untuk memperhebatkan pertandingan-pertandingan tersebut.
Sungguhpun peneraju-penerajunya bertukar ganti, namun URTV terus berkembang dan menjadi kesayangan peminat-peminat hiburan di Malaysia.
Memang sudah menjadi perkara biasa, tukar menukar dan pindah memindah petugas-petugas URTV dilakukan oleh pihak pengurusan Utusan Melayu sama sperti jabatan-jabatan lain di mana-mana sekali pun.
Dengan liputan sepintas lalu ini, dapatlah para peminat URTV mengikuti sekali imbas dan mengenali 8 wartawan yang pernah bertugas dengan URTV sejak 5 tahun yang lalu, 15 Januari 1970 hingga 15 Januari 1975.
Selain 8 wartawan yang dinyatakan itu, turut pernah menerajui URTV antaranya;
* Bahyah Mahmood
* Aimi Jarr
* Norshah Thamby
* Ku Seman Ku Hussain
* Ramnah Yassin
* Nazeri Nong Samah
* Kamal Amir
* Fatimah Hassan
* Tajaiyah Ikhsan
* Muzlina Abu Bakar
* Norbaya Musa
* Aida Shaary
* Razaliah M.Ariff
* Fauziah Hassan
* Rokiah M.Y.
* Saadah Salleh
HUZZAINI A.R. KAMALUDIN
Peneraju URTV terkini, 15 Januari 2013;
* Pengarang HUZZAINI A.R. KAMALUDIN (HUZZ)
* Penolong Pengarang NORZEHA KASBI
* Wartawan SHANA AHMAD
* Wartawan MOHD.NAZIRUL AFIQ ISMAIL
SELEBRITI SERING MUNCUL DI URTV___
SHARIFAH AINI
SUDIRMAN
RAFEAH BUANG
JAMAL ABDILLAH
UJI RASHID
SELEBRITI SEKSI DI URTV___
TEH FARIDAH
NORMAH YUZIE
NARIMAH YUSOFF
AZIAN YUSOFF
ANNAH MARIE
SELEBRITI INDONESIA DI URTV___
LENNY MARLINA
TITIEK PUSPA
NIKE ARDILLA
EMILIA CONTESSA
HETTY KOES ENDANG
FAKTA & ANGKA___
* Agak menarik, A.R.Kamaludin yang merupakan peneraju utama URTV pertama (15 Januari 1970) ialah, ayah kepada Huzzaini A.R.Kamaludin (Huzz) yang menerajui URTV terkini (ke-43 tahun), 15 Januari 2013.
* Mungkin ramai yang tidak menyedari Kamal Syah, ialah pencipta lagu "Suzana" yang mula meledakkan 'pop yeh yeh' di Malaya dan Singapura pada tahun-tahun 1960-an. Lagu tersebut dinyanyikan oleh M.Osman dengan iringan musik Les Fentones.
* Rosie Hashim pernah berkahwin dengan Sham Tun Salleh produser filem "Ribut Barat" dan "Pertentangan", keduanya diarahkan oleh Salleh Ghani. Sham Tun Salleh adalah anak Tun Salleh Ismail yang merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP).
* Rosie Hashim juga, merupakan wartawan wanita pertama menerajui URTV, kemudian disusuli oleh Ramnah Yassin, Razaliah M.Ariff, Aida Shaary, Rokiah M.Y., Fatimah Hassan, Norbaya Musa dan Bahyah Mahmood.
PALING KERAP
* Di peringkat awalnya, harga URTV cuma 30 sen saja. Tetapi dari masa ke masa terus naik - 40 sen, 50 sen, 70 sen, RM1.00, RM1.20 sen, RM1.50 sen, RM3.50 sen dan terkini, RM4.00.
* Ketika Bahyah Mahmood menerajui URTV, selebriti yang paling kerap mendapat liputan ialah, Sharifah Aini, Sudirman dan Rafeah Buang, kemudian diikuti oleh Noor Kumalasari, Uji Rashid, Hail Amir dan Noor Azizah. Malah keluaran terkini (15 Januari 2013), Bahyah Mahmood masih menulis mengenai Sudirman.
* Antara 8 wartawan yang menerajui URTV diperingkat awal, hanya Mustafar A.R. dan Rosie Hashim saja yang pernah menerajui Utusan Filem & Fesyen (UFF) yang sudah pun diberhentikan penerbitannya.
* Agak menarik, antara wartawan lelaki dan wartawan wanita, paling ramai menerajui URTV ialah wartawan wanita. Tetapi yang paling popular antara mereka, Bahyah Mahmood.
* Antara 8 wartawan di peringkat awal yang pernah menerajui URTV (yang dapat dikesan) hanya A.R. Kamaludin, Ahmad Kamsi dan Zakry Abadi saja telah meninggal dunia. Yang lain tidak dapat dipastikan.
* Nama sidang pengarang tidak tercatat diawal-awal penerbitan URTV. Sebab itulah nama A.R. Kamaludin, Syed Hashim Ahmad, Ahmad Kamsi, Mustafar A.R., Zakry Abadi dan Ghani Ahmad tidak diketahui ramai sebagai peneraju URTV. Tercatatnya nama sidang pengarang bermula apabila Kamal Syah dan Rosie Hashim berganding menerajui URTV.
* Norshah Thamby yang terkenal dengan ruangan gosipnya, Koner Baring, merupakan wartawan Utusan paling lama menerajui URTV.
PERUBAHAN MASTHEAD URTV DARI MASA KE MASA___
LINDAWATI MAJID
ZIANA ZAIN
JASMIN HAMID
AMY MASTURA
ERRA, MIA, AARON, FIZO & FOUZIAH
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?
ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar
CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi
SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Oleh MUSTAFAR A.R.
Yang Pernah Menerajui URTV
3 Tahun 3 Bulan 5 Hari
(13 Jun 1970 - 18 September 1973)
Dulu, keluarannya yang pertama (15 Januari 1970)
berwajahkan keseksian Sarimah.
Reen Rahim, Syed Ali, Marsha, Amran dan Keena
sedang bersiap sedia untuk meniup lilin, memotong dan memakan kek.
Kini, keluarannya yang ke-830 (15 Januari 2013)
berwajahkan keseksian Fauziah Latiff.
UTUSAN Radio & TV atau lebih terkenal dengan nama singkatnya URTV, genap usianya 43 tahun pada 15 Januari 2013. Ia mula diterbitkan pada 15 Januari 1970 berhiaskulitkan (cover) keseksian Sarimah yang boleh dikatakan agak daring juga, disamping tajuknya SARIMAH KIAN 'IMPROVE'.
Kekalnya URTV sebagai pilihan ramai pembaca yang terdiri dikalangan anak-anak muda remaja sangat menggembirakan saya kerana, saya merupakan salah seorang antara peneraju-peneraju utama yang berada dibelakang tabir diperingkat awal penerbitannya.
Sepanjang hidup saya, saya dapat menyaksikan 3 perkara, 'great event', yang melibatkan diri yang kerdil ini terus kekal sampai kini, dan diharap akan kekal hingga ke satu tahap ia tidak dapat dikekalkan lagi.
* Pertama, URTV kekal hingga ke edisi 830, dan berusia 43 tahun pada 15 Januari 2013.
* Kedua, Persatuan SENIMAN masih kekal aktif, di mana sekarang diterajui oleh Zed Zaidi. Saya merupakan Setiausahanya pertama semasa Zainuddin Zimbo menduduki kerusi Presiden.
* Ketiga, Festival Filem Malaysia (FFM), saya adalah salah seorang pengasasnya dan tidak lama lagi akan dilangsungkan yang ke-25 kali (FFM25), dan ertinya sudah sampai ke peringkat jubli perak.
PEMBANTU SAMBILAN
Saya mula dilantik sebagai pembantu sambilan URTV pada 13 Jun 1970 menggantikan Ahmad Kamsi yang bertukar tugas ke bahagian lain di Jabatan Pengarang Utusan Melayu, manakala Syed Hashim Ahmad sebagai pengarang, bertanggungjawab keseluruhannya.
Ketika masuk bertugas, saya memulakan dengan keluarannya yang ke-12 iaitu bakal di edarkan ke pasaran pada 1 Julai 1970.
Antara kandungan yang termuat di dalamnya ialah;
* Rakaman pertama "Juara Kugiran 1970", yang dilakukan di Studio Satu RTM, dan ini bererti terciptanya satu lagi sejarah dalam perkembangan musik pop di Malaysia. Kesemuannya ada 15 rakaman yang ditentukan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada 4 Julai 1970.
Antara kugiran, yang popular kemudiannya, turut serta ialah Orkes Nirwana (Johor Bahru) yang menaikkan nama A. Rahman Hassan, The Zuhrah (Ipoh) yang terkenal dengan M. Shariffnya dan De Fictions (Muar) yang mempopularkan A. Halim..
* Artis Jelita dari Sebarang begitulah tajuk yang mengemukakan artikel mengenai 4 selebriti dari Indonesia - Vivi Sumanti, Ida Royani, Maya Sopha dan Baby Maureen.
* Pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1970, yang dimenangi oleh Josephine Lena Wong (pertama), Soo York Lin (kedua) dan Mary Ann Wong (ketiga).
* Poster hadiah URTV untuk anda, yang dihiasi dengan gambar Monica Jones pelakon filem "Di Belakang Tabir" arahan Jins Shamsudin dan turut dibintangi oleh P. Ramlee dan Nor Azizah.
MONICA JONES, gambarnya merupakan poster pertama dikeluarkan oleh URTV sebagai Hadiah URTV Untuk Anda.
Dalam rungan pojok LelaScope, Syed Hashim Ahmad menulis;
BARU
Bila keluaran pertama diedarkan dulu, pengarang Lela telah berjanji hendak meninggikan mutu URTV dari masa ke semasa.
Keluaran minggu ini, kulit luar dan muka tengah URTV dicetak di atas kertas yang licin (art paper) dan halamannya ditambah sebanyak 4 muka lagi.
Ini adalah sebahagian dari usaha pengarang Lela untuk meninggikan mutu URTV hingga menjadi darjah yang setanding dengan majalah-majalah luar negara.
HADIAH
Di muka tengah keluaran ini, URTV mempersembahkan sekeping gambar besar Monica Jones sebagai hadiah kepada peminat-peminat URTV.
Gambar hadiah seperti ini akan diedarkan pada setiap keluaran URTV dan anda sudah tentu akan berpeluang menyimpan gambar-gambar artis-artis yang popular di dalam dan di luar negara.
SEX
Mulai keluaran ini, URTV akan menghidangkan siri cerita-cerita sex, detective dan spy serta lain-lain cerita penggembaraan yang hebat.
Dalam keluaran ini, URTV menghidangkan satu siri exclusive "Troilism" yang di terima dari News of the World di London.
Seperti yang anda tahu, News of the World adalah satu syndicate akhbar yang paling popular di London kerana siri-siri yang menggemparkan seperti siri Christine Keller, Bank Roberry dan lain-lain lagi.
URTV membelanjakan wang beribu ringgit setahun untuk mendapatkan hak exclusive dari News of the World. URTV juga mempunyai hubungan dengan lain-lain syndicate di Amerika Syarikat termasuk Hollywood.
HARGA
Perubahan-perubahan yang di lakukan oleh URTV sudah tentu menelan belanja yang agak besar, dengan yang demikian URTV terpaksa menaikkan harga dari 30 sen menjadi 40 sen.
Anda hanya menambah 10 sen saja, sedangkan URTV terpaksa menambah lebih sepuluh ringgit senaskah untuk meninggikan mutu majalah anda yang kecil tetapi comel ini.
Lela percaya pengarang Lela akan terus berusaha meninggikan mutu URTV baik di segi kandungan mahupun di segi tekniknya hingga anda semua mencapai kepuasan.
BAHYAH MAHMOOD, yang mula menerajui URTV di awal-awal tahun 1980-an.
NORSHAH TAMBY, yang terkenal dengan ruangan gosip lucunya, Koner Baring.
LLILY HARUN, yang membantu saya dan Syed Hashim menyelenggarakan URTV di Percetakan Solai.
Semasa menjalan tugas, pejabat saya bukan di Ibupejabat (HQ) Utusan di Jalan Chan Sow Lin, tetapi di Percetakan Solai yang terletak di No. 10, Jalan 213, Pertaling Jaya, Selangor, yang masih wujud sampai sekarang.
Dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, saya dibantu oleh Lily Harun yang berkerja (makan gaji) dengan Percetakan Solai.
Anehnya, apabila saya diarah bertugas ke Perpustakaan Utusan, saya pula menjadi pembantunya kerana dia sudah beralih tempat kerja - dari Percetakan Solai ke Utusan.
Saya masih ingat, didepan Percetakan Solai terdapat Balai Bomba di mana pada masa itu, penyanyi popular, M.Daud (masa itu belum popular), bertugas sebagai pegawai bomba.
Saya juga masih ingat, pada pagi 29 Mei 1973 P. Ramlee meninggal dunia dan alangkah terkilannya dihati kerana tidak dapat mengziarahinya kerana tugas belum selesai untuk menyiapkan URTV keluaran 1 Jun 1970, walhal (seminggu sebelum itu) saya bersama Syed Hasshim telah berbual panjang di rumahnya di Jalan Dedap, Setapak.
Dari rumah, saya berulangalik ke Percetakan Solai menjalan tugas (masa itu mana ada kereta) menaiki dua bas (Gombak - Bangkok Bank - Petaling Jaya), hanya sekali-sekala saja saya menjenyuk ke ibupejabat Utusan terutama apabila mengambil gaji.
MELETAK JAWATAN
Apabila Syed Hashim meletak jawatan kerana menceburkan diri dalam perniagaan, barulah saya pindah ke ibupejabat Utusan, dan kali ini berketuakan Zakry Abadi, yang lebih terkenal sebagai sasterawan.
Bersama Zakry Abadi saya tidak lama, kerana entah dimana silapnya, saya berbalah dengannya yang mengakibatkan saya dihantar bertugas ke Perpustakaan Utusan (membantu Lily Harun) pada 19 September 1973, atas alasan, saya melawan ketua.
Keluaran URTV ke-89 (15 September 1973) merupakan yang terakhir saya terajui. Antara lain kandungannya;
* Setakat Ini Belum Ada Orang Yang Setokoh Ramlee! - Shahrum Yeop, yang ditulis oleh Redzuan Ahmad.
* Masa Depan Suhaily yang saya tulis berdasarkan temubual (interview) saya dengan Suhaily Shamsuddin di rumahnya di Seri Desa, Gombak.
* "Amanat" Drama simbolik yang menimbulkan kekeliruan pendengar oleh Abdullah Ismail,
* "Jejak Bakti" satu kejayaan kepada Noraini Hashim , yang ditulis oleh Zaini Yusop.
* Pertandingan "Bintang RTM" sudah bermula, yang dilaporkan oleh Redzuan Ahmad.
Di Perpustakaan, saya bertugas hanya 2 minggu saja, dan selepas itu saya dilantik sebagai pemberita Utusan Malaysia dan berketuakan A.R. Kamaludin (yang memulakan pergerakan URTV) pada 1 Oktober 1973.
Sungguhpun sudah meninggalkan URTV, namun begitu saya terus memberi sumbangan artikel-artikel bercorak hiburan dari masa ke masa hingga saya bersara pada 28 Ogos 1998.
Apa pun, yang jelas dan sudah pasti (selepas tersingkir), saya tidak pernah kembali ke URTV.
ANTARA URTV YANG PERNAH SAYA KENDALIKAN___
Keluaran 33, 15 Mei 1971,
Berwajahkan Betty Ismail.
Keluaran 34, 1 Jun 1971,
Berwajahkan "Juara Bakat TV 70".
Berwajahkan Betty Ismail.
Berwajahkan "Juara Bakat TV 70".
Keluaran 59, 15 Jun 1972,
Berwajahkan Salamiah Hassan.
Keluaran 68, 1 November 1972,
Berwajahkan M. Shariff & Zalifah Ibrahim.
Keluaran 86, 1 Ogos 1973,
Berwajahkan Noor Kumalasari.
Keluaran 15 September 1973,
yang merupakan URTV terakhir saya terajui.
ULANGTAHUN URTV, TAHUN BERGANTI TAHUN___
Usianya 5 tahun,
berwajahkan M.Daud Kilau & S.A.Ayesha.
Usianya 8 tahun,
berwajahkan Donny & Marie Osmond.
Usianya 9 tahun,
berwajahkan M.Rizal & Muhaini Suratman.
Usianya 12 tahun,
berwajahkan Nancy Foo & Andre Goh.
Usianya 16 tahun,
berwajahkan Raja Ema & Kamal Abdillah.
Usianya 35 tahun,
berwajahkan Aznil Nawawi & Farah.
Usianya 41 tahun,
berwajahkan Siti Nurhaliza & Mia Sara.
BILA MULA TERCETUSNYA
IDEA MENERBITKAN URTV?
Oleh ZAINI YUSOP
TERCETUSNYA idea menerbitkan URTV, ekoran penutupan majalah Utusan Filem & Sport (tulisan jawi), dan pengurus Utusan merasakan satu lagi majalah, kali ini bertulisan rumi, patut diterbitkan untuk berada dipasaran yang mana pada masa itu, majalah-majalah bercorak hiburan sangat berkurangan, tidak seperti yang
ada sekarang.
Perlu juga diberitahu, sebelumnya Utusan pernah menerbitkan majalah Utusan Filem & Sport, dalam bentuk tabloid dan juga majalah.
Wartawan Utusan pertama diberi tanggungjawab (sebagai perintis jalan) menyelenggarakan URTV ialah, A.R. Kamaludin dan kemudian dibantu oleh Syed Hashim Ahmad.
Apabila A.R. Kamaludin beralih angin ke Jabatan Pengarang Utusan, Syed Hashim mengambilalih tempatnya dan Ahmad Kamsi ditugaskan pula sebagai pembantu.
Kemudian Mustafar A.R. dilantik sebagai pembantu URTV, dan Ahmad Kamsi berpindah ke bahagian lain di Utusan dan Syed Hashim - Mustafar A.R. kekal menerajui hingga pertengahan tahun 1973 setelah Syed Hashim meletakkan jawatan untuk mencebur diri dalam perniagaan.
Ketika mula-mula lahirnya dulu, kandungannya meliputi tentang berita-berita filem selain dari nyanyian, musik, drama dan sport.
Tetapi sejak Utusan Filem & Fesyen (UFF) muncul segala hal ehwal filem ditumpukan kepada UFF.
Di bawah ini diperturunkan catatan yang terdapat dalam URTV keluaran 15 Januari 1975 iaitu, sempena Ulangtahun Kelahirannya Yang Ke-5;
Dalam sejarahnya, sejak lahir URTV, ia mengalami beberapa perubahan dan penukaran (silih berganti) peneraju-peneraju utamanya.
Mula-mula A.R. Kamaludin dari Jabatan Pengarang Utusan ditugaskan merintis jalan menyelenggarakan URTV, kemudian diikuti oleh Syed Hashim Ahmad.
BERTUKAR GANTI
Tidak lama kemudian Ahmad Kamsi menyusul, juga dari Jabatan Pengarang Utusan, bertugas di URTV.
Ahmad Kamsi di URTV bersama Syed Hashim kira-kira 6 bulan, selepas itu digantikan oleh Mustafar A.R. yang pada masa itu bertugas sebagai wartawan 'stringer' di Utusan sejak tahun 1969, sebelum berlakunya trajidi 13 Mei.
Penyunting-penyunting URTV terus bertukar ganti termasuk Zakry Abadi, Ghani Ahmad dan pada masa ini (genap usianya 5 tahun) dikendalikan oleh Kamal Syah bersama Rosie Hashim.
Jadi dalam masa 5 tahun, 8 wartawan kanan di Jabatan Pengarang Utusan telah menerima giliran masing-masing bertugas menyelenggarakan URTV.
1. A.R. KAMALUDIN
2. SYED HASHIM AHMAD
3. AHMAD KAMSI
4. MUSTAFAR A.R.
5. ZAKRY ABADI
6. GHANI AHMAD
7. KAMAL SYAH
8. ROSIE HASHIM
Empat wartawan kanan Utusan yang pernah menerajui URTV. Duduk dari kiri: Tajaiyah Ikhsan, Muzlina Abu Bakar dan Fauziah Hassan. Berdiri: Siapa lagi, kalau bukan Mustafar A.R.
Mereka ialah;
1. A.R. Kamaludin
2. Syed Hashim Ahmad
3. Ahmad Kamsi
4. Mustafar A.R.
5. Zakry Abadi
6. Ghani Ahmad
7. Kamal Syah
8. Rosie Hashim
Oleh kerana URTV merupakan majalah hiburan yang popular, maka ke semua 8 wartawan yang pernah menyelenggarakannya itu sudah pun melibatkan diri secara langsung dalam pergolakan dan perkembangan dunia hiburan tanahair.
Pendekkata, wartawan-wartawan ini memang dikenali oleh kalangan selebriti hiburan seperti pelakon, filem, penyanyi, penerbit di radio dan tv (RTM), ahli sukan dan sebagainya.
Bolehlah dikatakan mereka ini setiap hari berdampingan dengan personaliti hiburan untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam URTV.
Kebetulan pula kelahiran URTV sama dengan pertumbuhan permainan Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran) di Malaysia. Setiap keluarannya sering lebih banyak menyoroti pemain-pemain kumpulan gitar rancak itu.
Tidak lama selepas lahirnya URTV, pihak RTM menanjurkan pertandingan "Juara Kugiran" yang kemudiannya disusuli dengan pertandingan "Bakat TV".
PERANAN BESAR
Jadi, URTV telah turut memainkan peranan besar untuk memperhebatkan pertandingan-pertandingan tersebut.
Sungguhpun peneraju-penerajunya bertukar ganti, namun URTV terus berkembang dan menjadi kesayangan peminat-peminat hiburan di Malaysia.
Memang sudah menjadi perkara biasa, tukar menukar dan pindah memindah petugas-petugas URTV dilakukan oleh pihak pengurusan Utusan Melayu sama sperti jabatan-jabatan lain di mana-mana sekali pun.
Dengan liputan sepintas lalu ini, dapatlah para peminat URTV mengikuti sekali imbas dan mengenali 8 wartawan yang pernah bertugas dengan URTV sejak 5 tahun yang lalu, 15 Januari 1970 hingga 15 Januari 1975.
Selain 8 wartawan yang dinyatakan itu, turut pernah menerajui URTV antaranya;
* Bahyah Mahmood
* Aimi Jarr
* Norshah Thamby
* Ku Seman Ku Hussain
* Ramnah Yassin
* Nazeri Nong Samah
* Kamal Amir
* Fatimah Hassan
* Tajaiyah Ikhsan
* Muzlina Abu Bakar
* Norbaya Musa
* Aida Shaary
* Razaliah M.Ariff
* Fauziah Hassan
* Rokiah M.Y.
* Saadah Salleh
HUZZAINI A.R. KAMALUDIN
Peneraju URTV terkini, 15 Januari 2013;
* Pengarang HUZZAINI A.R. KAMALUDIN (HUZZ)
* Penolong Pengarang NORZEHA KASBI
* Wartawan SHANA AHMAD
* Wartawan MOHD.NAZIRUL AFIQ ISMAIL
SELEBRITI SERING MUNCUL DI URTV___
SHARIFAH AINI
SUDIRMAN
RAFEAH BUANG
JAMAL ABDILLAH
UJI RASHID
SELEBRITI SEKSI DI URTV___
TEH FARIDAH
NORMAH YUZIE
NARIMAH YUSOFF
AZIAN YUSOFF
ANNAH MARIE
SELEBRITI INDONESIA DI URTV___
LENNY MARLINA
TITIEK PUSPA
NIKE ARDILLA
EMILIA CONTESSA
HETTY KOES ENDANG
FAKTA & ANGKA___
* Agak menarik, A.R.Kamaludin yang merupakan peneraju utama URTV pertama (15 Januari 1970) ialah, ayah kepada Huzzaini A.R.Kamaludin (Huzz) yang menerajui URTV terkini (ke-43 tahun), 15 Januari 2013.
* Mungkin ramai yang tidak menyedari Kamal Syah, ialah pencipta lagu "Suzana" yang mula meledakkan 'pop yeh yeh' di Malaya dan Singapura pada tahun-tahun 1960-an. Lagu tersebut dinyanyikan oleh M.Osman dengan iringan musik Les Fentones.
* Rosie Hashim pernah berkahwin dengan Sham Tun Salleh produser filem "Ribut Barat" dan "Pertentangan", keduanya diarahkan oleh Salleh Ghani. Sham Tun Salleh adalah anak Tun Salleh Ismail yang merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negara (IGP).
* Rosie Hashim juga, merupakan wartawan wanita pertama menerajui URTV, kemudian disusuli oleh Ramnah Yassin, Razaliah M.Ariff, Aida Shaary, Rokiah M.Y., Fatimah Hassan, Norbaya Musa dan Bahyah Mahmood.
PALING KERAP
* Di peringkat awalnya, harga URTV cuma 30 sen saja. Tetapi dari masa ke masa terus naik - 40 sen, 50 sen, 70 sen, RM1.00, RM1.20 sen, RM1.50 sen, RM3.50 sen dan terkini, RM4.00.
* Ketika Bahyah Mahmood menerajui URTV, selebriti yang paling kerap mendapat liputan ialah, Sharifah Aini, Sudirman dan Rafeah Buang, kemudian diikuti oleh Noor Kumalasari, Uji Rashid, Hail Amir dan Noor Azizah. Malah keluaran terkini (15 Januari 2013), Bahyah Mahmood masih menulis mengenai Sudirman.
* Antara 8 wartawan yang menerajui URTV diperingkat awal, hanya Mustafar A.R. dan Rosie Hashim saja yang pernah menerajui Utusan Filem & Fesyen (UFF) yang sudah pun diberhentikan penerbitannya.
* Agak menarik, antara wartawan lelaki dan wartawan wanita, paling ramai menerajui URTV ialah wartawan wanita. Tetapi yang paling popular antara mereka, Bahyah Mahmood.
* Antara 8 wartawan di peringkat awal yang pernah menerajui URTV (yang dapat dikesan) hanya A.R. Kamaludin, Ahmad Kamsi dan Zakry Abadi saja telah meninggal dunia. Yang lain tidak dapat dipastikan.
* Nama sidang pengarang tidak tercatat diawal-awal penerbitan URTV. Sebab itulah nama A.R. Kamaludin, Syed Hashim Ahmad, Ahmad Kamsi, Mustafar A.R., Zakry Abadi dan Ghani Ahmad tidak diketahui ramai sebagai peneraju URTV. Tercatatnya nama sidang pengarang bermula apabila Kamal Syah dan Rosie Hashim berganding menerajui URTV.
* Norshah Thamby yang terkenal dengan ruangan gosipnya, Koner Baring, merupakan wartawan Utusan paling lama menerajui URTV.
PERUBAHAN MASTHEAD URTV DARI MASA KE MASA___
LINDAWATI MAJID
ZIANA ZAIN
JASMIN HAMID
AMY MASTURA
ERRA, MIA, AARON, FIZO & FOUZIAH
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi
SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Saya peminat URTV.
ReplyDeleteSejak dulu saya tidak
pernah miss beli URTV.
Hanya setelah saya baca
FKM mengenai URTV
baru saya tahu asal usul URTV,
dan peneraju-penerajunya.
Malah dalam URTV sendiri,
saya tidak pernah baca
mengenai URTV selengkap ini.
Syabas Encik Mustafar
kerana memberi info
berguna mengenai URTV
yang menjadi minat saya.
Drp: Zubaidah Salleh, Seri Iskandar, Perak.
Terima kasih, Zubaidah.
DeleteTeruskan membeli URTV.
Terima kasih kerana info ini. Dulu saya juga penggemar URTV tetapi bila usia semakin ke penghujungnya (mungkin bukan kerana 'zaman'nya lagi) minat dah mula berkurang. Tetapi saya tetap akan mendapatkan majalah ini jika terdapat berita mengenai Sharifah Aini. Bagi saya malajah URTV lah yang paling banyak mendapat bahan eksklusif Sharifah Aini terutamanya di zaman pengarangnya BAM dan terkini HUZZ. Begitu juga wartawan Mama Juwie.
ReplyDeleteterima kasih kerana info ini.
Deleteapabila bersara,
saya seperti sdra juga,
tidak minat lagi dengan urtv.
mungkin sebab faktor umur, agaknya.
kerana itu, tidak pula saya ketahui
samada juwie pernah menerajui urtv,
atau pun tidak.
agak2 sdra carmahl boleh konfirmkan.
kalau yg terkini saye suke bace ruangan cerite2 lame terutamenye ttg sudirman&P.Ramlee
ReplyDeletebaru2 ni dpt pic yg amat berharge bg saye
pic 2 Biduanita Negara bercium (Saloma Cium pipi Sharifah Aini)
juge suke bace ttg ruangan tatarias rumah artis dlm& luar negare
terima kasih untuk maklumat yg amat bernilai..boleh tak tuan bantu saya untuk dapatkan majalah urtv yg lama2..terutama yg cover depan pelakon jasmin hamid dgn anak angkat..dulu saya ada simpan tapi dah hilang..terima kasih..
ReplyDeleteTerasa bangga tatkala kisah arwah ayahda tercinta AR KAMALUDIN BIN ABD RAZAK menerajui majalah URTV suatu ketika dulu...kini kekanda kesayangan pula HUZZ memikul tanggungjawab ini. semoga majalah URTV akan terus sukses dalam industri media di malaysia ini umumnya...in shaa Allah...
ReplyDeleteLengkap sejarah majalah popular URTV, malah dalam URTV sendiri tidak pernah saya jumpa.dan baca. Tahniah Mustafar A.R. kerana pendedahan ini yang saya kira ramai yang tidak tahu. Pada 15 Januari 2014 ini genaplah usianya 44 tahun, dan diharap ia terus hidup bagi mencatat berita dunia hiburan yang sudah pasti tidak ada kesudahannya.- Eza (UKM), Bangi, Selangor.
ReplyDeleteBoleh tuliskan berita lebih lanjut tentang Allahyarham Norshah Tambi? Saya bekas teman lamanya ketika arwah bertugas di Singapura.
ReplyDeleteExcellent! This is part of our cultural and publishing as well as entertainment industries history. I wish that you have more of the old black and white pictures of Malaysia of olds. Yu truly contributed to Malaysian entertainment industry. Wassalam
ReplyDeleteTerima kasih, Rinsedpie.
DeleteBagaimana cara utk saye mendapat kan poster tengah urtv bertarikh 1.okt.1987...azian yusoff bersama kwn2
ReplyDeleteBagaimana cara utk saye mendapat kan poster tengah urtv bertarikh 1.okt.1987...azian yusoff bersama kwn2
ReplyDeleteKlau ade bleh hubungi saya 01115667034

ReplyDeleteHello Asalmualaikum..Tumpang Tanye boleh? saya sedang mencari shana ahmad(wartawan). Bagai mana saya nak hubungi dia dalam private?
ReplyDelete