"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, March 27, 2019


BUKU 50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA DILANCARKAN PENUH INTEGRITI DAN BERMARUAH

MUSTAFAR A.R. PENERIMA ANUGERAH TRIBUTE... YANG KEDUA


Rais Yatim memotong riben kemudian menunjukkan kepada para wartawan buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura disamping isteri beliau, Masnah Rais, dan Mustafar A.R., penulis buku. Turut kelihatan penerbit buku, Abdul Halim dan Sandakiah Aziz, setiausaha pelancaran buku.

Dua gambar memperlihatkan keceriaan Rais Yatim dan Mustafar A.R. semasa pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura, sambil diperhatikan oleh Masnah Rais, Abdul Halim, Sandakiah Aziz dan Chuari Selamat.

Maria Menado (kiri) dan Ahmad Nawab (kanan) bergambar dengan Rais Yatim selepas menerima buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura. Turut kelihatan (dari kiri) Mustafar A.R., Abdul Halim, Masnah Rais, Sandakiah Aziz dan Chuari Selamat.



BUKU 50 TAHUN FILEM MALAYSIA
& SINGAPURA SELAMAT DILANCARKAN
Oleh Zaini Yusop



Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura yang ditunggu sekian lama penerbitannya telah dilancarkan dengan penuh integriti dan bermaruah oleh Rais Yatim, juga selaku Penaung dan Tetamu Kehormat, pada 25 Mac 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Lebih 100 tetamu jemputan yang diundang terdiri dikalangan penggiat-penggiat filem, nyanyian dan wartawan telah hadir antaranya Maria Menado, Ahmad Nawab, A.Rahman Hassan, Fadhilah Mansor, Yusof Wahab, Haziq AF4, Jamie Chik, Chuari Selamat, Zain Hamzah, Ku Seman Ku Hussain dan Mansor Puteh.

Turut sama wakil Kedutaan Indonesia dan wakil Kedutaan Singapura yang diundang khas untuk menerima senaskah buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura untuk disampaikan kepada Perpustakaan (Library) negara masing-masing kerana Malaysia, Indonesia dan Singapura sama-sama terlibat dalam penerbitan filem Melayu sejak tahun 1930an.

Sebelum itu, Rais Yatim menyampaikan senaskah buku setiap seorang kepada Maria Menado, terkenal dengan karekter Pontianaknya, pemuzik terkenal, Ahmad Nawab, dan Zain Hamzah yang pernah menjadi Ketua Pengarah Finas diawal-awal tahun 1980an.

Sepatutnya, Mustafar A.R. memberi ucapan. Namun, agak jarang yang dibuat, mungkin tidak pernah dilakukan, apabila beliau bernaratif dengan Chuari Selamat, bagaimana Aziz Sattar mengeluarkan banyak duit semata-mata mahu membuat kaji selidek, kemudian dibukukan, supaya sejarah filem Melayu atau filem klasik, faktanya berada dilandasan yang betul.

Menurut Aziz Sattar (melalui dialog) Chuari Selamat. "Perjuangan, apa saja perjuangan tidak semestinya filem, perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, perjuangan tidak ada ertinya".

Lebih menarik lagi, apabila Haziq AF4 dan Jamie Chik, memuktamatkan falsafah Aziz Sattar itu dengan menyanyikan lagu "Berkorban Apa Saja" petikan filem "Hang Tuah" arahan Phani Majumdar yang dibintangi P.Ramlee, Sa'adiah dan Ahmad Mahmood.

Rais Yatim dalam ucapannya, memuji kegigihan Mustafar A.R. menghasilkan buku tersebut tanpa mengharapkan keuntungan dan kebanggaan diri, dan berseorangan meneruskan kaji selidek mengenai sejarah filem Malaysia dan Singapura selepas Aziz Sattar meninggal dunia pada 6 Mei 2014.

Seterusnya Rais Yatim berkata, menulis buku mengenai filem merupakan satu misi yang bukan kepalang serius dan beratnya. Apatah lagi jika yang dinukilkan itu berbaur sejarah dan kehidupan para pelakon filem itu sendiri. Dari sudut sejarah pula, ia harus menepati ciri-ciri tepat dan neutral sesuatu yang bukan mudah dilaksanakan.

Dalam keadaan mencabar inilah buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura (1930-1980) harus diteliti dan dinilai. Melihat kesungguhan penulisnya, Mustafar A.R., menukilkan naratif dan data tentang perfileman Melayu, pembaca seharusnya menzahirkan kesyukuran kerana masih ada bakat serta kesungguhan di kalangan masyarakat kita yang prihatin tentang seni dan perusahaan filem tanahair.

Akhir sekali, Rais Yatim mengucapkan tahniah kepada Mustafar A.R. kerana mensajikan buku ini. Semoga adegan baharu dalam perfileman tanahair bakal muncul untuk bertenaga menyumbang kepada filem-filem bersifat arus perdana tempatan dan antarabangsa.

Sempena pelancaran buku 50TFM&S itu, Mustafar A.R. turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tribute... 2019 kerana peranan beliau dalam merancakkan lagi dunia kesenian, kesusasteraan dan kewartawanan.

Bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia kini bertugas di Astro Awani, Saharuddin Musthafa, telah membaca citation Anugerah Tribute... Mustafar A.R. yang ditulis oleh Muzlina Abu Bakar.

Mustafar A.R. merupakan wartawan hiburan kedua menerima Anugerah Tribute... selepas Bahyah Mahmood yang menerimanya pada 12 April 2015.

Pelancaran buku 50TFM&S diserikan lagi dengan lagu-lagu filem nyanyian Haziq AF4 dan Jamie Chik - "Berkorban Apa Saja", "Jalak Lenteng", "Budi Setahun Segunung Intan" dan "Kisah Seorang Biduan".

Tambah meriah apabila Masnah Rais bersama Haziq AF4 dan Jamie Chik menyanyikan lagu "Di Manakan Ku Cari Ganti" sebagai menghormati hari ulangtahun kelahir P.Ramlee yang ke-90 yang jatuh pada 22 Mac 2019.

Pada keseluruhan, pelancaran buku 50TFM&S oleh Rais Yatim dilakukan dengan penuh integriti dan bermaruah kerana disempurnakan di Istana Budaya yang melambangkan kebudayaan berbagai kaum yang tersergam indah terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.


Maria Menado, seniwati terkenal, menerima buku 50TFM&S daripada Rais Yatim

Ahmad Nawab, pemusik tersohor, menerima buku 50TFM&S daripada Rais Yatim

Zain Hamzah, bekas Ketua Pengarah Finas, menerima buku 50TFM&S daripada Rais Yatim

Agus Badrul Jamal, mewakili Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, menerima buku 50TFM&S daripada Rais Yatim.

Aaron Chee (membelakang) mewaklili Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur, menerima buku 50TFM&S daripada Rais Yatim (terlindung)



BUKU MUSTAFAR A.R. YANG KEDUA (2019)



HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117


BUKU MUSTAFAR A.R. YANG PERTAMA (2008)


HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN

# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 27 MAC 2019)
1. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA & SINGAPURA DULU-DULU
2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA DULU-DULU
4. SELAMAT PENGANTIN BARU
5. FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT

# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 27 MAC 2019)
1. MALAYSIA -> 1,424,370
2. INDONESIA -> 210,418
3. UNITED STATES -> 138,557
4. SINGAPORE -> 120,337
5. RUSSIA -> 52,587



Masnah Rais begitu gembira menyampaikan Anugerah Tribute... kepada Mustafar A.R. Kiri, Sandakiah Aziz, setiausaha pelancaran buku. Mustafar A.R. merupakan penerima kedua Anugerah Tribute... selepas Bahyah Mahmood.


Kerana dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tribute... 2019, Mustafar A.R. diberikan Anugerah Tribute... Berbentuk Kristal, Sijil Tribute... dan Wang Tunai RM10,000.00.

Muszaili (kiri) dan Muzaimi turut berbangga atas kejayaan yang dicapai oleh Abah mereka.

Mustafar A.R. dan Zaini Yusop dengan empat anak mereka. Dari kiri: Muszaimi, Muszaili, Aidazailina dan Muszaidi.

Mustafar A.R. dan Zaini Yusop bersama Anis, Suryani, Raftah dan Shima.

Cucu Mustafar A.R. dan Zaini Yusop turut gembira. Dari kiri: Aina, Anis dan Nurul.

Saharuddin Musthafa dari Astro Awani sedang menemubual Mustafar A.R. Beliau juga pembaca citation Anugerah Tribute...

Azira dari H Live Astro sedang menemubual Mustafar A.R.

RTM turut menemubual Mustafar A.R. Sayangnya nama penemubual tidak diketahui.


CITATION TRIBUTE... MUSTAFAR A.R.
Oleh Muzlina Abu Bakar



Beliau tidak mempunyai ijazah yang
menjela-jela, bergulung-gulung. Sekolah pun setakat Tingkatan Lima. Namun kerana minat dalam filem begitu mendalam, akhirnya beliau dapat memberi sumbangan bakti yang agak besar dalam perkembangan filem Malaysia dan juga Singapura.
Dengan filem pertama “Rachun Dunia” yang ditontonnya, beliau terus menonton filem bukan sahaja Melayu tetapi juga Inggeris, Hindustan, Tamil, Cina, Jepun, Itali, Perancis, Britain, Sepanyol dan sebagainya selagi filem-filem tersebut menjadi minat beliau.
Hinggakan, beliau sanggup ponteng sekolah semata-mata mahu menonton filem “Captain From Castile” di Star Theatre Kuala Lumpur. Sanggup berbasikal pergi jauh ke Kajang untuk menonton filem “Sumpah Orang Minyak” di Sun Cinema.
Dilahirkan disebuah Kampung terpencil dan sunyi di Kalumpang, Hulu Selangor pada 27 Ogos 1943, beliau mendapat pelajaran awal di Sekolah Melayu, Sungai Besar, kemudian Sekolah Melayu Hulu Kelang, Sekolah Melayu Kajang, sebelum melanjutkan pelajarannya dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Methodist, Kuala Lumpur.
Diawal tahun 1970an, beliau diterima bekerja di Utusan Melayu mengelolakan majalah popular Utusan Radio Dan TV, kemudian sebagai Wartawan Hiburan untuk Utusan Malaysia sebelum diberi tanggungjawab mengedalikan majalah Utusan Filem Dan Fesyen. Kerana prestasinya yang baik dalam bidang penulisan Hiburan, Tan Sri Zainuddin Maidin, pada masa itu berjawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu, telah melantik beliau sebagai Ketua Hiburan Meja Hiburan Utusan Malaysia. Beliau merupakan Wartawan Hiburan pertama diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.
Beliau bukan setakat bertumpu tugas di Utusan Melayu, tetapi juga bergiat menjalan aktiviti berpersatuan yang disertainya seperti Seniman, Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia atau Eja, Persatuan Wartawan Filem Malaysia dan Gabungan Karyawan Filem Malaysia atau Gafim. Bersama beberapa orang Wartawan Hiburan termasuk Norshah Thamby, Ahmad Idris, Aimi Jarr, Mustafa Ton, Bahyah Mahmood dan Omar Manan, beliau merupakan Pengasas Festival Filem Malaysia, dan pernah menjadi Setiausaha dua kali,
FFM2 dan FFM10.
Wujudnya Finas ekoran berlangsungnya Festival Filem Malaysia yang pertama tahun 1980 anjuran Eja. Dengan erti kata lain beliau juga turut terlibat berperanan menubuhan Finas. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ketika itu Timbalan Perdana Menteri, bersetuju Finas diwujudkan ekoran kejayaan besar yang dicapai oleh Festival Filem Malaysia yang pertama. Tidak ada Festival Filem Malaysia anjuran Eja belum tentu adanya Finas. Disamping itu, gelaran Seniman Agung yang dianugerahkan oleh persatuan Seniman kepada Tan Sri P.Ramlee dan Anugerah Biduan Negara kepada Puan Sri Saloma merupakan cetusan idea beliau bersama Zainuddin Zimbo.
Beliau juga, orang yang bertanggungjawab memujuk Dato’ Ahmad Mahmood supaya mahu menerima Kurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Tuanku Jaafar yang membawa gelaran DATO’ sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Ke-83 dalam tahun 2005. Ahmad Mahmood merajuk kerana menganggap dirinya terpinggir, tidak dipedulikan.
Anugerah Kritikan Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia juga cetusan idea beliau, yang mana pernah memberi kemenangan kepada Wartawan Hiburan Ku Seman Ku Hussain, Fauzan Uda Ahmad, Saodah Ismail dan Nazeri Nong Samah.
Pada tahun 2015, berdasarkan cetusan idea beliau juga lahirnya Tribute… yang memberi anugerah khusus kepada Wartawan, Wartawan Hiburan terutamanya. Bahyah Mahmood telah dipilih sebagai penerima Anugerah Tribute… yang pertama.
Paling unggul pencapaian cemerlang beliau apabila berjaya menerbitkan sendiri buku “Filem-Filem P.Ramlee” bersama Datuk Aziz Sattar pada tahun 2008, setelah membuat kajiselidek selama 20 tahun sejak tahun 1988. Dalam sejarah pembukuan Malaysia dan Singapura, konsep seperti ini tidak pernah wujud.
Hari ini, 25 Mac 2019, buku kedua beliau “50 Tahun Filem Malaysia & Singapura” ditulis berdasar cetusan idea Datuk Aziz Sattar dengan rasminya telah dilancarkan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais, Ia merupakan satu lagi sumbangan terbesar beliau dalam mengisi dan menambah Khazanah Buku Filem tanahair.
Kalau mahu dikisahkan mengenai jasa dan sumbangan beliau terhadap dunia Kesenian, Kesusateraan dan Kewartawan Malaysia dan Singapura, sampai ke malam belum tentu boleh selesai. Justeru itu, cukuplah sampai disini. PENERIMA ANUGERAH TRIBUTE...
pada tahun 2019 ini ialah...

# Citation ini berdasarkan nukilan Muzlina Abu Bakar, dan telah dibaca oleh Saharuddin Musthafa semasa Penyampaian Anugerah Tribute… sempena Pelancaran Buku “50 Tahun Filem Malaysia & Singapura” pada 25 Mac 2019 di Salasar Pualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur.





Tiga bunting menarik menghiasai Salasar Pualam di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Mustafar A.R. menandatangani buku 50TFM&S tulisannya sendiri sambil diperhatikan oleh Muszaili, Suryani dan Zaini Yusop.

TIGA SUMBANGAN YANG MEMBANGGAKAN MUSTAFAR A.R.

1. Hiburan Malam Minggu: Aziz Jaafar dan Mahyon Ismail menyanyikan lagu "Ramalan Mimpi" petikan filem "Lela Manja" arahan Jamil Sulong.

2. Festival Filem Malaysia: Jins Shamsudin menang banyak Anugerah kerana filem "Bukit Kepong" di FFM3. Bersamanya, Azean Irdawaty.

3. Anugerah Kritikan Filem Terbaik: Saodah Ismail, menerima Anugerah tersebut di FFM8 disampaikan oleh Noordin Selat mewakili Public Bank yang menjadi penaja.





KENAPA MUSTAFAR A.R. DINOBATKAN
SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH TRIBUTE...
Oleh Aidalina Mustafar



Penerima Anugerah Tribute... bukan dibuat semberono. Pemilihan ada asas kokoh, kenapa Anugerah Tribute... diberikan. Jasa, perjuangan, pengorbanan dan sumbang bakti dalam kewartawanan, terutama wartawan hiburan, merupakan kayu pengukur menentukan Anugerah Tribute... dicipta. Tidak ada lobi melobi, tidak ada korap mengorap dan tidak ada bodek membodek. Anugerah Tribute... berintegriti, bermaruah dan bernilai tinggi.

Mustafar A.R. diberi Anugerah Tribute... kerana, sebagai wartawan hiburan yang memulakan kerjaya tersebut di Utusan Melayu sejak awal tahun 1970an hingga kini, mempunyai 'track record' gilang gemilang bukan sahaja sebagai wartawan hiburan tetapi juga aktif berpersatuan, pencipta seni dan penulis buku.

Diawal tahun 1976, Mustafar A.R. dengan beberapa wartawan dan penyanyi telah bertemu dengan Zainuddin Noordin, penerbit rancangan hiburan RTM ketika itu. Pertemuan yang dihadiri juga Bahyah Mahmood, Syed Omar Al-Shahab, Sarena Hashim, Sharifah Aini, Dhalan Zainuddin, D.J.Dave, Andre Goh, Frankie Cheah dan beberapa lagi bagi membincangkan rancangan hiburan Hiburan Malam Minggu (HMM).

Dalam pertemuan tersebut, telah dipersetujui Bahyah Mahmood, Syed Omar Al-Shahab dan Mustafar A.R. diberi tugas sebagai penulis skrip bagi mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara artis (pelakon, penyanyi, pelawak dan penari), wartawan hiburan dan penerbit (pengarah) serta para kru TV Malaysia (RTM).

Mustafar A.R. diberi tanggungjawab menulis skrip untuk;
* Aziz Jaafar (3)
* Frankie Cheah (1)
* Mary Shia Ling Ling (1)
* Dhalan Zainuddin (1)
* Sarena Hashim (1)
* Andre Goh (1)

HMM mula ditayangkan pada 10 Februari 1976 dan berakhir 4 September 1976.

Apabila HMM berakhir, digantikan dengan Tunas Harapan. Mustafar A.R. telah diberi kepercayaan oleh penerbit Billy Wong menulis skrip pertama untuk Latiff Ibrahim.

Itu bukan pertama dan kedua kali Mustafar A.R. bergabung dengan RTM. Sebelumnya, pada tahun 1966 skripnya "Si Tempang" disiarkan oleh Radio Pendidikan, dan skrip "Kalau Dah Gagal" disiarkan oleh Radio Malaysia dalam rancangan Pentas Kiasan pada tahun 1976.

Dua sumbangan cetus idea Mustafar A.R. dan Zainuddin Zimbo menganggutai Seniman yang direaliti membawa manfaat kepada karyawan seni tanahair;
* Anugerah Seni Negara (ASN)
* Anugerah Penghargaan Seniman

Anugerah Seni Negara, diperingkat awal telah bermesyuaratdengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Elyas Omar (sebagai pengerusi), di atur oleh Zainuddin Zimbo, di pejabat beliau, di Jalan Raja Laut.

Mustafar A.R. dilantik sebagai setiausaha sementara, dan turut hadir tokoh-tokoh terkenal antaranya Azah Aziz, Zakiah Hanum, Mazlan Noordin, Aziz Deraman dan Shahril Lembang.

Bagaimana pun, anugerah tersebut direalitikan dengan mendapat pengiktirafan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Mustafar A.R. dan Zainuddin Zimbo diketepikan, tidak dibawa masuk menduduki Ajknya.

Antara mereka pernah menerima ASN ialah;
* Syed Ahmad Syed Jamal, 1995 (pelukis)
* Khatijah Awang, 1999 (penari)
* Syed Alwi, 2002 (teater)
* Rahman B., 2004 (bangsawan)
* Ahmad Nawab, 2006 (muzik)
* Jins Shamsudin, 2009 (filem)

Begitu pun juga, ASN dimansuhkan selepas Jins Shamsudin dipilih sebagai penerimanya.

Anugerah Penghargaan Seniman, tercetus apabila Zainuddin Zimbo, Presiden Seniman, bertanya kepada Mustafar A.R. apa program patut Seniman sumbang untuk memeriahkan lagi Festival Filem Asean yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1978.

"Apa kata kita buat Malam Penghargaan Seniman dan memberi anugerah kepada karyawan seni yang banyak memberi sumbangan kepada Malaysia," kata Mustafar A.R. Zainuddin Zimbo terus bersetuju.

Dari situlah ia bermula. Satu panel pemilih telah diwujudkan yang dipengerusikan oleh Ismail Hussain, Presiden Pena. Ahli panel lain antaranya Aziz Abass, Khalid Jaefri, Bahyah Mahmood dan Aziz Singah.

Ramai yang beranggapan gelaran Seniman Agung yang diberikan kepada P.Ramlee adalah pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia sebagaimana ASN. Tidak, tetapi daripada persatuan Seniman yang kerdil berdasarkan cetusan idea Zainuddin Zimbo dan Mustafar A.R.

Disamping P.Ramlee yang menerima Anugerah Seniman Agung, di Malam Penghargaan Seniman itu yang berlangsung di Hotel Concorde (dulu Hotel Merlin), juga Saloma menerima Anugerah Biduan Negara.

Ertinya Mustafar A.R. turut berperanan besar menentukan gelaran Seniman Agung itu yang didagap oleh P.Ramlee, tiada sesiapa boleh mempertikaikannya. Begitu juga dengan gelaran Biduan Negara untuk Saloma, tiada sesiapa boleh memperlekehkannya.

Sumbangan terbesar Mustafar A.R. dalam menceriakan perfileman Malaysia dan Singapura ialah;
* Festival Filem Malaysia (FFM)
* Anugerah Kritikan Filem Terbaik
* Penulisan Buku

Mustafar A.R. bersama Norshah Thamby, Mustaffa Ton, Nahyah Mahmood, Ahmad Idris, Omar Manan dan Aimi Jarr, yang menjadi ahli Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (Eja), telah mengasaskan Festival Filem Malaysia bertujuan pemangkin memajukan filem Melayu, bukan filem Cina atau pun Tamil.

Beliau terlibat sampai FFM10 kemudian bersambung pada FFM22 (terakhir) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. Mustafar A.R. dua kali sebagai setiausaha - FFM2 dan FFM10. FFM1 sebagai Pegawai Penerangan, yang lain hanya sebagai Ajk biasa sahaja.

FFM terus kekal hingga kini. Pada 30 Mac 2019 telah berlangsung FFM30 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tetapi sangat menyedihkan kerana berlangsung dalam suasana sunyi sepi tidak semeriah diawal-awal kewujudannya terutama FFM1 dan FFM2 anjuran Eja.

Ramai tidak tahu, wujudnya Finas ekoran berlangsungnya FFM. Tidak ada FFM, pastinya tidak ada Finas. Ini beerti Mustafar A.R. berperanan tersergamnya bangunan Finas hari ini.

Bagi mematabatkan kedudukan wartawan terutama wartawan hiburan, Mustafar A.R. berusaha mendapatkan kerjasama Public Bank mengwujudkan Anugerah Kritikan Filem Terbaik di FFM6 dengan Ku Seman Ku Hussain sebagai pemenang pertama.

Turut sama pernah merangkul anugerah tersebut - Fauzan Uda Ahmad, Saodah Ismail, Nazeri Nong Samah, Mohd. Lazim Endut dan Syahbuddin Abdullah.

Disebabkan Anugerah Kritikan Filem Terbaik dimansuhkan, Mustafar A.R. mengwujudkan pula Anugerah Tribute... pada tahun 2015 dengan Bahyah Mahmood diberi penghormatan penerima pertama.

Menurut Mustafar A.R. Anugerah Tribute... di khusus untuk wartawan yang terlibat dengan dunia hiburan - meliputi akhbar, majalah, radio, tv dan blog. "Bulan Mac tahun 2020, seorang lagi wartawan hiburan yang banyak jasanya akan dinobatkan," katanya.

Dalam sejarah pembukuan, tidak pernah ada konsep seperti "Filem-Filem P.Ramlee". Jika keadaan mengizinkan tahun depan (2020) konsep yang sama akan dipeluaskan - "Filem-Filem Maria Menado" yang dihasilkan oleh Mustafar A.R. sempena menyambut hari ulangtahun kelahiran Maria Menado ke-88 yang jatuh pada 2 Februari 2020 kemudian disusuli Teater "Pontianak" dan pemberian Anugerah Salute... kepada seniwati yang terkenal dengan karekter "Pontianak"nya itu.

Buku 50TFM&S yang dilancarkan oleh Rais Yatim pada 25 Mac 2019 merupakan sumbangan terbesar Mustafar A.R. kepada sejarah perfileman Malaysia dan Singapura kerana ia menyingkap selengkapnya mengenai filem Melayu sejak 27 Mac 1934 hingga tertutupnya Merdeka Filem Setudio dalam tahun 1980, yang sebelum ini tidak pernah wujud.

# Akan ditambah lagi dari masa ke masa.






Maria Menado dan Mustafar A.R. sedang berbincang mengenai Teater "Pontianak", penerbitan buku "Filem-Filem Maria Menado" dan "Anugerah Salute... Maria Menado" yang dijangka berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur tahun depan sempena hari ulangtahun kelahiran Maria Menado yang ke-88.

"PONTIANAK" MENGAMOK DI ISTANA BUDAYA

Satu lagi sejarah bakal tercatat apabila MZA Tribute Productions (MZAtp) akan menteaterkan "Pontianak." Skrip sedamg diusahakan oleh Yusof Wahab bersama Mustafar A.R., dan Yusof Wahab dijangka bertindak sebagai pengarah. "Pontianak" di teaterkan sempena meraikan hari kelahiran Maria Menado ke-88 jatuh pada 2 Februari 2020. Bagi memeriahkan lagi suasana, dianjurkan juga pelancaran buku "Filem-Filem Maria Menado" tulisan Mustafar A.R. kemudian disusuli "Salute... Maria Menado." Perlunya Maria Menado disalutekan kerana peranan beliau dalam filem begitu besar. Antara sumbangannya; Mempopularkan watak Pontianak menyebabkan filem "Pontianak" mendapat kejayaan box office hingga membawa penggabungan Pertubuhan Cathay dengan Keris Films, seniwati pertama sebagai produser menubuhkan Maria Menado Productions, satu-satunya seniwati berlakon filem Bollywood disamping seniman popular, Shammi Kapoor, dan satu-satunya seniwati menyanyi dalam filem menggunakan suara Lata Mangeshkar. Penaja sedang dicari. Sekiranya berjaya "Pontianak" akan mengamok di Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 1 hingga 3 Februari 2020 nanti.








CACATAN FILEM LAMA

Indusri perfileman negara telah bermula sebelum Tanah Melayu mencatat kemerdekaan. Sejarah mencatatkan industri tersebut berkembang di bumi Singapura. Namun perkara itu bukan persoalan yang harus dibangkitkan demi menafikan kejayaan orang Melayu melangkar sejarah tersendiri dalam menghasilkan karya agung dalam industri perfileman. Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee membuktikan bangsa Melayu turut mengukir nama sebagai anak seni serba boleh selain berjaya mengangkat industri filem negara ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, banyak filem Melayu zaman dahulu mempunyai nilai tinggi dipelajari dan diteroki berhubung keindahan budaya serta kesenian yang tak lapuk dek zaman. Bertitik tolak daripada nilai-nilai tinggi yang ada pada industri perfileman negara pada zaman terdahulu menjadi satu tanggungjawab buat generasi masa kini melindungi pusaka itu yang tidak mungkin lagi terhasil.



TEKAD TUNAI HAJAT AZIZ SATTAR
Oleh Hisyamuddin Ayub
(Utusan Online Update: 6 April 2019)

Bahan atau fakta melibatkan industri perfileman Melayu lama perlu didokumentasikan dengan tepat agar kesahihannya terpelihara dan tidak menjadi perkara yang boleh diperkotak-katikkan. Perkara itu pernah dibangkitkan seniman Datuk Aziz Sattar kira-kira empat tahun sebelum beliau meninggal dunia. Hasrat itu telah diluahkan kepada bekas wartawan hiburan yang juga seorang pengkritik, penganalisis dan penulis buku filem, Mustafar A.R atau nama sebenarnya Mustafar Abdul Rahim. Mustafar merupakan wartawan Utusan Malaysia yang mula bertugas pada 1971. Beliau telah diberi kepercayaan oleh Aziz untuk mendokumentasi dan membukukan sejarah perfileman Melayu bagi dijadikan bahan rujukan serta memberikan maklumat tepat kepada orang ramai. Menurutnya, dalam satu pertemuan makan tengah hari bersama arwah, Allahyarham Sani Abdullah dan Datuk Rosnani Jamil di Saloma Bistro pada 2010, beliau telah diminta oleh Aziz untuk merekodkan fakta berhubung filem Melayu. Pernah bertugas sebagai Ketua Meja Hiburan Utusan Malaysia, Mustafar berkata, Aziz menaruh keyakinan tinggi kepadanya untuk mengumpul fakta dan maklumat tepat tentang sejarah perfileman Melayu. “Setelah diminta berbuat demikian oleh Allahyarham Aziz, saya telah melakukan kaji selidik dan mendapatkan maklumat dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Singapura bermula pada 2010. “Sejak itu saya sering berulang-alik ke Singapura bersama arwah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk dibukukan dalam satu naskhah istimewa. “Namun pada 2014, abang Aziz menghembuskan nafas terakhir menyebabkan usaha saya terhenti seketika,” katanya kepada S2 dalam majlis pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura (1930-1980) di Istana Budaya, baru-baru ini.
SEMANGAT YANG HILANG
Mengulas lanjut Mustafar berkata, pemergian Aziz buat selama-lamanya menyebabkannya seakan patah semangat. Justeru, kerja-kerja mengumpul data dan mengkaji filem Melayu terhenti seketika selama setahun. Katanya, ketika itu hampir 60 peratus maklumat telah dikumpul bersama arwah. “Saya berasakan sudah tidak lagi berdaya untuk meneruskan kerja-kerja mengumpul data dan mengkaji kerana tugas tersebut bukan mudah,”tambahnya. Namun katanya, beliau akhirnya tersedar berhubung tanggungjawab dan harapan besar Aziz untuk melihat sebuah catatan sejarah perfileman Melayu dengan fakta yang tepat dapat dihasilkan. Jelasnya, Aziz menaruh harapan tinggi kepadanya untuk menghasilkan buku tersebut sekali gus menjadi rujukan dan panduan masyarakat umum mengenai filem Melayu di Malaysia dan Singapura. Katanya, semua itu selari dengan hasrat dan tujuan mereka berdua sebelum ini untuk membetulkan kesilapan maklumat yang berlaku dalam buku-buku terdahulu selain menambah fakta baharu mengenai sejarah filem Melayu bermula dari tahun 1930-an sehingga 1980-an. “Saya ingat kembali kata-kata yang pernah diucapkan oleh arwah iaitu ‘Mus, abang Aziz risau... kerana bila abang Aziz baca buku-buku berkaitan perfileman Melayu, terdapat kesalahan dan fakta tidak tepat. Jadi, abang Aziz mahu Mus siapkan sebuah buku mengenai perfileman Melayu dengan fakta yang betul’. “Saya sendiri tidak menyangka arwah seorang yang particular, malah perasan terdapat fakta tidak tepat dalam buku yang berkisar sejarah filem Melayu. Mengingati pesanan tersebut, saya kembali bersemangat untuk menyiapkan tugas dan amanah yang terhenti seketika walaupun terpaksa bersendirian ke Singapura bagi membuat kajian. Perasaan sedih tetap ada kerana ketiadaan arwah,” katanya. Selain itu menurutnya, cabaran lain yang terpaksa diharunginya bagi menyiapkan naskhah istimewa itu adalah terpaksa berulang-alik ke Singapura, mengeluarkan modal yang agak besar dalam menampung kos perjalanan dan penginapan di Singapura serta sukar untuk diterbitkan ekoran beberapa faktor.
CABARAN BERMULA
Mustafar berkata, apabila berjaya menyiapkan manuskrip buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura (1930-1980), beliau telah menawarkan hasil kerja itu kepada beberapa buah badan yang terlibat dengan industri perfileman negara bagi menerbitkan naskhah yang sangat diinginkan oleh Allahyarham. Jelasnya, beliau menawarkan hasil kerjayanya kepada beberapa pihak tertentu kerana menyedari badan tersebut mempunyai dana atau peruntukan bagi menerbitkan naskhah yang penting kepada industri perfileman negara ini. Namun dakwanya, harapan tersebut musnah apabila tiada sebarang perkhabaran dan jawapan diterima daripada pihak tersebut berhubung perkara untuk menerbitkan naskhah itu sekali gus membuatkan hati dan perasaannya berkecai. “Namun Allah memberikan jalan lain kepada saya apabila Pengurus Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., Abdul Halim Pekan Iskin bersetuju untuk menerbitkan buku 50 Tahun Filem Malaysia dan Singapura (1930-1980) dengan mengemukakan beberapa cadangan lain bagi memastikan buku ini boleh dijual di pasaran. “Abdul Halim mahu naskhah ini dihasilkan dengan kos yang tidak begitu tinggi kerana tidak mahu menjual buku tersebut dengan harga yang mahal kepada orang ramai. Buku itu juga tidak perlu dihasilkan secara ‘grand’ atau cantik. Biar murah tetapi isi di dalam terbaik kerana tujuan asal kita adalah hendak sebar luas maklumat tepat berhubung sejarah perfileman negara kepada orang ramai,” katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan naskhah itu, Mustafar berkata, beliau tidak mahu membuat kerja sekadar melepaskan batok di tangga. Tegasnya, usaha mengumpul maklumat dan fakta yang tepat adalah tugas penting kerana bahan sejarah memerlukan pengkajinya membuat kaji selidik yang mendalam. Jelasnya, bukan sekadar mengumpul fakta yang terdapat dalam majalah biasa atau maklumat diterima daripada orang ramai, tetapi beliau terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk merujuk bahan atau maklumat di Perpustakaan Singapura. “Kalau kita nak buat secara cincai (sambil lewa), sudah lama buku ini siap. Kalau setakat ambil dari akhbar dan majalah lama, seterusnya tampal (copy and paste), saya rasa dalam masa dua tiga bulan, sudah boleh siap. “Alhamdulillah setelah hampir sembilan tahun, naskhah ini berjaya disiapkan. Semoga usaha ini melunaskan ‘hutang’ saya kepada Allahyarham sekali gus merealisasikan hajat arwah untuk melihat naskhah ini diterbitkan,” katanya.



BANTU TERBIT BUKU FILEM NEGARA

Tiada apa yang mendorong Mustafar A.R. menerbitkan buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura (1930-1980) melainkan untuk melihat fakta berhubung khazanah industri perfileman Melayu terpelihara dan boleh dijadikan rujukan masyarakat umum pada masa hadapan. Itu hasrat Pengurus Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd., bdul Halim Pekan Iskin yang menjadi tulang belakang kepada proses penerbitan naskhah penting yang memahat sejarah perkembangan industri filem negara untuk tempoh 50 tahun bermula pada tahun 1930. Katanya, buku yang memaparkan sejarah filem antara Malaysia dan Singapura itu merupakan bahan penting yang perlu didokumentasikan bagi memastikan fakta tepat dapat dipersembahkan kepada orang ramai terutama pencinta industri hiburan dan filem Melayu lama. Selain itu ia dapat memastikan khazanah seumpama itu tidak hilang. Menurutnya, terdapat fakta berhubung filem lama yang tidak direkodkan atau tiada dalam simpanan selama ini, malah atas ke alpaan tersebut menyebabkan filem-filem tersebut hilang begitu sahaja tanpa disedari. "Seharusnya khazanah seumpama ini perlu dijaga dengan baik dan diwartakan. Disebabkan sikap kita yang cuai atau mungkin berlaku salah faham antara pengeluar filem dan kerajaan maka benda ini tidak dapat disimpan elok. "Atas dasar ini dan mahu membantu dan merealisasikan impian besar Allahyarham Datuk Aziz Sattar, saya bersetuju bekerjasama dengan Mustafar dalam menerbitkan buku ini sekali gus dapat mempersembahkan satu bentuk rujukan terbaik berhubung industri perfileman kepada orang ramai," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran buku 60 Tahun Filem Malaysia & Singapura (1930-1980) di Istana Budaya baru-baru ini. Menurutnya, buku tersebut menceritakan sejarah filem yang begitu panjang bermula pada 1930an sehingga dekad 1980an seterusnya menjadi teras perkembangan industri filem Malaysia dan Singapura yang mencecah usia 85 tahun pada 27 Mac 2019. Katanya, proses mendukomentasikan itu memberi peluang kepada generasi hadapan untuk melihat perkembangan industri filem Melayu yang bermula di Singapura selain berharap usaha tersebut akan menggalakkan orang ramai lebih mengetahui dan mendalami sejarah industri filem negara. Tegasnya, sekiranya bahan dan fakta penting tidak direkodkan sejarahnya pasti orang ramai tercari-cari dan tertanya-tanya siapakah yang menghasilkan filem pertama negara? Siapa pengarah filem Melayu yang pertama? Katanya, masyarakat kita seakan tidak mahu ambil tahu kisah yang penting dalam industri hiburan tanah air sendiri sedangkan ia satu sejarah besar yang perlu dihayati dan dibanggakan. "Kita tidak tahu pada masa hadapan generasi baharu tidak lagi mengenali sejarah perfileman negara dan mereka mungkin akan hilang punca untuk mendapatkan bahan fakta yang tepat. Ini satu kerugian kepada bangsa kita dan negara," katanya. Tambahnya, pada era digital kini, semua pihak terpaksa mengakui bahawa budaya membaca menerusi 'hard copy' adalah satu kaedah dipinggir masyarakat. Sehubungan itu beliau berharap kehadiran buku sejarah perfileman tersebut boleh menyemarakkan lagi masyarakat untuk rajin membaca serta mengenali lebih mendalami sejarah yang berjaya dilakar oleh masyarakat terdahulu. "Mungkin tidak begitu penting kepada sebahagian masyarakat dan sekadar satu pengetahuan umum tetapi usaha untuk merekod atau mengiktiraf anak seni negara adalah perkara yang perlu dilaksanakan sekali gus menjadi bahan yang boleh kita angkat sebagai sebahagian agenda pendidikan negara," katanya. Merancang mempromosikan buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura (1930-1980) itu katanya, pihaknya akan menyertai Pesta Buku di Negeri Sembilan (18 April), Perak (19 April), Pulau Pinang (23 April) dan Kedah pada Julai nanti. "Orang ramai boleh mendapatkan buku ini di pasaran dengan harga RM39.90 di kedai-kedai buku utama di negara ini. "Buat permulaan kita cetak 1,500 naskhah," katanya.



<- DI SANA DAN DI SI NUN ->


Masnah Rais Dan Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura.

Dua tokoh veteran dalam bidang penyiaran - Chuari Selamat (Radio) dan Mustafar A.R. (Akhbar).

Zain Hamzah, Ketua Pengarah Finas yang kedua (dua dari kiri), bersama Mustafar A.R., Sandakiah Aziz dan Zaini Yusop, kanan.

Fadhilah Mansor (tengah) diapit oleh (dari kanan) Jamie Chik, Khadijah Ibrahim, Muzlina Abu Bakar, Sandakiah Aziz, Yusof Wahab dan Haziq AF4.

Tiga anak Mustafar A.R. dan Zaini Yusop. Dari kiri: Muszaili, Muszaimi dan Muszaidi.

Empat anak Mustafar A.R. dan Zaini Yusop. Dari kiri: Muszaimi, Muszaili, Aidazailina dan Muszaidi.



LUNAS JANJI DENGAN ARWAH
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
(hMetro, Update: 28 Mac 2019)

CETUSAN idea Allahyarham Datuk Aziz Sattar membawa kepada penghasilan buku 50 Filem Malaysia & Singapura (1930-1980) yang dilancarkan Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Buku tulisan bekas wartawan hiburan era 1970an, Mustafar A.R. ini, memaparkan fakta sebenar perkembangan filem Melayu yang bermula di Singapura sebelum berkembang pesat di Malaysia.
Mustafar A.R., 75, berkata, sokongan kuat daripada Aziz Sattar menjadi pencetus semangat buatnya menulis buku yang mengambil masa keseluruhan selama sembilan tahun untuk disiapkan.
“Sekiranya tanpa arwah, buku ini tidak akan terbit dan menemui pembaca. Ketika itu saya, arwah Aziz Sattar, Datuk Rosnani Jamil dan Allahyarham Sonny Abdullah berada di Saloma Bistro (kini dikenali The Love @ MaTiC) untuk makan tengah hari.
“Daripada perbincangan biasa, Aziz Sattar meluahkan perasaan bimbang kerana kebanyakan buku berkenaan filem di negara ini memaparkan fakta yang salah. Saya tak sangka arwah amat teliti orangnya sehinggakan tahu ada kesilapan dalam
perkara ini,” katanya.
Menurut Mustafar A.R., usaha yang dilakukan ramai penulis berkenaan filem Melayu sangat bagus dan wajar dipuji tetapi faktanya perlu tepat supaya masyarakat tidak keliru.
“Itu yang saya bimbangkan dan akhirnya saya terpanggil untuk menulis fakta sebenar sejarah filem Melayu. Sejarah filem Melayu bermula sejak 1930 dan seterusnya ditulis dalam buku ini. Saya masukkan semuanya seperti yang disenaraikan oleh Rais Yatim.
"Di Singapura sendiri tak ada buku ini walaupun filem Melayu bermula di sana,” katanya.
Mustafar A.R. yang pernah menghasilkan buku Filem-Filem P.Ramlee bersama Aziz Sattar pada 2008 mula menulis buku
terbaharunya pada 2010.
“Saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura untuk ke Perpustakaan National. Saya juga ke pejabat Cathay-Keris dan Shaw Brothers untuk buat rujukan dan kajian.
“Saya perlu perbetulkan fakta dan tak pernah ada buku sebegini yang menulis lengkap sejarah perkembangan filem Melayu. Saya hanya tulis berkenaan sejarah filem Melayu sehingga 1980 kerana Merdeka Filem Setudio ditutup pada tahun itu,” katanya.
Mustafar A.R. mengakui berdepan pelbagai cabaran untuk menyiapkan buku tersebut terutama selepas kematian Aziz Sattar.
“Ketika hayatnya, dia banyak membantu saya. Apabila dia tiada, projek ini terhenti sekejap. Saya pun dah mula rasa ‘give up’. Projek ini ketika itu sudah berjalan 60 peratus. Setahun selepas itu barulah saya kembali menyambung menulis kerana fikirkan tanggungjawab dan amanah Aziz Sattar.
“Kalau saya tak teruskan ini bermakna saya sudah langgar janji dengan arwah,” katanya. Mustafar A.R. tetap meneruskan projek penulisan buku ini sendirian dan terus gigih berulang-alik ke Singapura untuk mencari apa yang diperlukan.
“Setiap orang perlu memiliki buku ini kerana ia bahan rujukan sebenar sejarah filem Melayu. Ia pasti akan diletakkan di perpustakaan-perpustakaan tanahair terutamanya, sebagai bahan ilmiah. Harganya juga tak mahal iaitu RM39.90. Saya difahamkan oleh penerbit, cetakan pertama buku ini ialah
2,500 naskhah,” katanya.
Mustafar A.R. berkata, buku ini sepatutnya diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), namun usahanya untuk bekerjasama dengan mereka dipandang sepi membuatkan dia beralih arah kepada penerbit lain.
“Saya juga ada perancangan menghasilkan video dokumentari sejarah filem Melayu berdasarkan daripada buku ini. Kemungkinan pengarahnya ialah Yusof Wahab. Ia tak pernah dibuat
sebelum ini,” katanya.
Pada majlis ini, Mustafar A.R. turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tribute... 2019 yang disampaikan oleh
Puan Seri Masnah Rais.

# Diedit oleh Zaini Yusop sesuai dengan konsep Filem Klasik.




DISEKITAR PELANCARAN BUKU
50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA


Salasar Pualam yang tersergam indah di Istana Budaya, Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya Pelancaran Buku 50TFM&S dan Anugerah Tribute... Mustafar A.R.

Anak dan menantu Zaini Yusop. Dari kiri: Aidazailina Mustafar, Suryani Abdul Rahman, Saridatul Shima Shaari dan Raftah Ismail.

Keluarga Mustafar A.R. Dari kiri: Nurul, Suryani, Aidalina, Zaini, Anis, Muszaimi, Muszaili, Raftah, Shima dan Muszaidi.

Gembira setelah selesai pelancaran buku. Dari kanan (depan): Muzlina Abu Bakar, Khadijah Ibrahim, Sandakiah Aziz dan Zaini Yusop. Dibelakang (dari kiri): Mustafar A.R., Chuari Selamat dan Yusof Wahab.

Para hadirin antaranya Masnah Rais, Maria Menado, A.Rahman Hassan, Zaini Yusop, Abdul Halim dan Mustafar A.R. sedang khusuk mendengar ucapan Rais Yatim.

Pemuzik tersohor, Ahmad Nawab, sedang berbual mesra dengan Abdul Halim, penerbit buku 50TFM&S.

Wartawan foto yang sudah tidak asing lagi, Nahar Kamsani, turut sama meraikan pelancaran buku 50TFM&S. Disamping beliau, Maria Menado dan Mustafar A.R.

Menantu dan cucu-cucu Mustafar A.R. turut bergembira. Dari kiri: Aina, Suryani, Nurul dan Anis (depan).


ANTARA ARTIS DAN PEMINAT




Maria Menado bersama Anis, Raftah, Shima, Zaini dan Suryani.

Chuari Selamat bersama Muszaimi Mustafar.

Chuari Selamat bersama Zaini, Raftah, Shima, Suryani dan Muszaidi.

A.Rahman Hassan dan Fadhila Mansor bersama Raftah dan Anis.

Ahmad Nawab diapit oleh Muszaimi Mustafar (kiri) dan Muszaidi Mustafar.

Ahmad Nawab bersama Aidazailina, Anis, Shima, Raftah dan Suryani.




Haziq AF4 dan Jamie Chik menyampaikan lagu "Berkorban Apa Saja" petikan filem "Hang Tuah" yang dibintangi oleh P.Ramlee, Sa'adiah dan Ahmad Mahmood.

Haziq AF4 dan Jamie Chik (tengah) bergambar dengan tiga menantu Mustafar A.R. Dari kiri: Suryani, Raftah dan Shima (kanan).



PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN
NARATIF MUSTAFAR A.R. & CHUARI SELAMAT
Oleh Muszaili Mustafar



Jarang dan mungkin tidak pernah dilakukan, apabila diminta memberi ucapan, naratif masa silam pula disampaikan oleh Mustafar A.R., penulis buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura, bagaimana Aziz Sattar mengorbankan wang ringgitnya semata-mata mahukan fakta sejarah filem Melayu berada dilandasan yang betul.

Agak menarik naratif tersebut disampaikan bersama oleh Mustafar A.R. (berperanan sebagai dirinya) dan Chuari Selamat sebagai Aziz Sattar.

MUSTAFAR A.R.: Disuatu petang di Jalan Ampas Singapura. Secara spontan saya bertanya kepada Aziz Sattar. Abang Aziz, tidakkah Abang Aziz rasa rugi. Belanja sana belanja sini. Sewa hotel, bayar duit minyak, beli tiket kapalterbang, makan minum dan macam-macam lagi. Sedangkan Abang Aziz tahu, kalau kaji selidek tentang filem ini berjaya dijadikan buku belum tentu boleh laku. Abang Aziz rugi, Abang Aziz... Tersentak juga Aziz Sattar bila mendengar pertanyaan saya itu. Berubah muka beliau. Tetapi dengan tenang dan selamba Aziz Sattar menjawab:

CHUARI SELAMAT: Apa yang kita lakukan ini Mus, Abang Aziz anggap sebagai perjuangan. Dalam apa juga perjuangan, tidak semestinya filem, perlukan pengorbanan. P.Ramlee ada menyanyikan lagu “Berkorban Apa Saja” dalam filem “Hang Tuah”. Lagu tersebut, Abang Aziz anggap sebagai simbolik: PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN. TANPA PENGORBANAN, PERJUANGAN TIDAK ADA ERTINYA. Faham Mus?...

MUSTAFAR A.R.: Faham Abang Aziz. PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN. TANPA PENGORBANAN, PERJUANGAN TIDAK ADA ERTINYA.

HAZIQ AF4 & JAMIE CHIK (NYANYI): Hmmm... hmmm... Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia Hmmm... hmmm... Kepentingan sendiri Tidak diingini Bahgia kekasih Saja yang diharapi Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia

HAZIQ AF4 & JAMIE CHIK (NYANYI): Hmmm... hmmm... Untuk menjadi bukti Kasih yang sejati Itulah tandanya Jika mahu diuji Berkorban apa saja Harta atau pun nyawa Itulah kasih mesra Sejati dan mulia

Penyanyi bersuara Ahmad Jais, Haziq AF4, dan cucu Rosiah Chik, Jamie Chik, telah menyanyikan lima lagu. Selain "Berkorban Apa Saja" ialah;

2. "Jalak Lenteng" (Jalak Lenteng)
3. "Budi Setahun Segunung Intan" (Aksi Kuching)
4, "Kisah Seorang Biduan" (Kisah Seorang Biduan)
5. "Di Manakan Ku Cari Ganti" (Ibu Mertua Ku)

Lagu "Di Manakan Ku Cari Ganti" ciptaan P.Ramlee menjadi lagu finale yang turut dinyanyikan oleh Puan Sri Masnah Rais bersama Haziq dan Jamie Chik sebagai memperingati hari ulangtahun kelahiran P.Ramlee ke-90 yang jatuh pada 22 Mac 2019.

Dengan kehadiran Haziq AF4 dan Jamie Chik itu telah memeriahkan lagi suasana Pelancaran Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura yang sekali gus mencatat satu lagi 'event' penting dalam perkembangan sejarah filem Malaysia dan Singapura.