PERTAMA KALI AUSTRALIA JADI TUANRUMAH FFAP
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Oleh MUSTAFAR A.R.
Yang Menyertai Delegasi Malaysia
Ke Festival Filem Asia-Pasifik Ke-24
Di Sydney (2-6 Oktober 1978)
Hussein Abu Hassan dan Noor Azizah
Jins Shamsudin dan Sophaan Sophiaan
Noor Kumalasari dan Noor Azizah
Amisah Borhan dan M. Yusoff
Kaharuddin Syah (Jakarta) dan Jins Shamsudin bersama empat seniwati jelita Seoul
Perwakilan Jakarta (dari kanan) Faizal Riza, isterinya dan Sophaan Sophiaan
Senyuman menawan tiga seniwati jelita Taipei
Perwakilan Kuala Lumpur bersama pengerusi FFA24 John McQuaid (tiga dari kanan). Kiri ke kanan: John Nettleton, Noor Azizah, Ahmad Rahim, tidak dikenali, Noor Kumalasari dan Jins Shamsudin
Perwakilan Seoul diperkenalkan kepada semua negara peserta di malam upacara pembukaan di Sydney Opera House
Noor Kumalasari, M. Yusoff, Noor Azizah, Hussain Abu Hassan dan Jins Shamsudin menyampaikan lagu "Rentak 106" di malam upacara penutup di Sydney State Theatre
Noor Azizah menerima anugerah dari Sir Norman Rydge bagi pihak Salehan Shamsuddin kerana suntingan terbaik filem "Loceng Maut"
Masahiro Shinoda "Melody in Gray"
Ken Takakura "The Yellow Handkerchief"
Kim Ja Ok "Miss O's Apartment
Charo Santos "Rites of May" ("Itim")
Chris Haywood "In Search of Anna"
Hussain Abu Hassan dan Teh Faridah "Loceng Maut"
Kara Liu dan Sylvia Chang "The Dream of the Red Chamber"
Gordon Liu "The 36th. Chamber of Shaolin"
Poster "In Search of Anna"
Poster "The Yellow Handkerchief"
Gembiranya perwakilan Kuala Lumpur di Blue Mountain. Dari kanan: Lee Kee Ying, isterinya, Ahmad Rahim, Jins Shamsudin, Amisah Borhan, Noor Kumalasari, Hussain Abu Hassan, Noor Azizah, Khalid Jafri dan Aziz Singah
Berlatarbelakangkan Sydney Opera House. Dari kiri: Sivaji Rajah, Hussain Abu Hassan, Jins Shamsudin, Khalid Jafri dan Aziz Singah
Di Blue Mountain. Dari kiri: John Nettleton, Mustafar A.R., Noor Azizah, Amisah Borhan dan M. Yusoff
Berlatarbelakangkan Sydney Harbour Bridge. Dari kanan: Jins Shamsudin, Hussain Abu Hassan, Khalid Jafri, Aziz Singah dan Mustafar A.R.
ULASAN___
Festival Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-24 (FFA24) telah berlangsung di Sydney, Australia pada 2 hingga 6 Oktober 1978. Ini pertama kali Sydney menjadi tuanrumah sejak festival tersebut mula diadakan pada tahun 1954 di Tokyo, Jepun.
Sepuluh negara mengambil bahagian iaitu,
Sydney (Australia)
Bangkok (Thailand)
New Delhi (India)
Hong Kong
Jakarta (Indonesia)
Kuala Lumpur (Malaysia)
Manila (Filipina)
Seoul (Korea)
Taipeh (Taiwan)
Tokyo (Jepun)
Sydney mempertandingkan filem:
Cerita
"Mango Tree" "Last Weekend" "Money Movers" "In Search of Anna" "Patrick"
Dokumentari
"Tree" "Land My Mother" "Three Dance by Gulpilil" Australia Game"
Retrospektif
"Wake in Fright"
Bangkok dengan filem:
Cerita
"More Than Love" "More Than Love" "Rural Teacher" "Bar 21" "Girl" "Kama"
New Delhi dengan filem:
Cerita
"Shaque"
Dokumentari
"Chitrakathi" "Magic Hand"
Hong Kong dengan filem:
Cerita
"The 36th. Chamber of Shaolin" "Clans of Amazons" "The Dream of the Red Chamber"
Jakarta dengan filem:
Cerita
"Badai Pasti Berlalu" "Leftenan Harahap" "Suci Sang Primadona" "Jakarta, Jakarta"
Dokumentari
"Timor Timur" "Pembangunan Perusahaan Di Jakarta" "Kebudayaan Jakarta"
Retrospektif
"Macan Kemayoran"
Kuala Lumpur dengan filem:
Cerita
"Loceng Maut" "Tiada Esok Bagimu"
Dokumentari
"Majuternak"
Retrospektif
"Hati Batu"
Manila dengan filem:
Cerita
"Moments in Stolen Dream" "Rites of May" ("Itim") "My Brother, My Wife" "Seven on of Rafeal" "As We Were"
Seoul dengan filem:
Cerita
"Butterfly Girl" "Miss O's Apartment" "Goddess of Mercy" "Winter Woman"
Dokumentari
"Glimpse of Korea"
Taipei dengan filem:
Cerita
"Smiling Face" "Dear Brother" "Enternal Love" "Brave Ones" "My Way"
Dokumentari
"Bufflo Revolution" "Go Fly with a Kite"
Retrospektif
"Home Sweet Home"
Tokyo dengan filem:
Cerita
"The Yellow Handkerchief" "Melody in Gray" "Shogun's Samurai" "Little Adventure"
Dokumentari
"Poetry of Castle"
Retrospektif
"The Life of Oharu"
Sebahagian filem-filem tersebut ditayangkan untuk tontonan umum di Village Cinema, George Street dan Commonwealth Theatrette di Chieley Square.
Dalam kategori teknikal, Malaysia boleh dikatakan ketandusan. Sejak tahun 1954 hanya A. Bakar Ali memperolehi dua anugerah sinematografi terbaik - "Sumpah Orang Minyak" (1958 Manila) dan
"Ibu Mertua Ku" (1963 Tokyo). Di Sydney ini, Salehan Shamsuddin menambah satu lagi anugerah - suntingan terbaik kerana filem "Loceng Maut".
Satu lagi anugerah diperolehi "Loceng Maut" apabila ia diiktiraf sebagai filem pencapaian keseluruhan kesempurnaan.
Kebiasaannya Tokyo akan memenangi anugerah filem terbaik. Tetapi kali ini para juri menyebelahi Manila kerana filem "Rites of May" ("Itim") yang diarahkan oleh Mike De Leon.
Filem bercorak suspense-drama ini mengisahkan Jun (Tommy Abuel) kembali ke tempat lahirnya dan kemudian bertemu dengan ayahnya yang lumpuh.
Kelakuan aneh seorang gadis (Teresa), terjadinya peristiwa menakutkan yang mana kemudian Jun mendapat tahu peranan yang dimainkan oleh ayahnya (Mario Montenegro) di masa lampau.
Agak menarik, filem ini filem cerita pertama diarahkan oleh Mike De Leon dan filem pertama pula lakunan Charo Santos (Charo Santos-Concio).
Bagaimanapun, Mike De Leon gagal meraih anugerah pengarah terbaik.
Filem-filem lain bersaing hebat merebut anugerah ini, "Melody in Gray", "The Yellow Handkerchief", "Badai Pasti Berlalu", "Jakarta, Jakarta", "Bar 21", "In Search of Anna" dan "Enternal Love".
Tokyo memperolehi dua anugerah utama - pengarah terbaik (Masahiro Shinoda) dan pelakun lelaki terbaik (Ken Takakura).
Persaing kuat Mashiro Shinoda, Teguh Karya "Badai Pasti Berlalu", Yoji Yamada "The Yellow Hankerchief", Mike De Leon "Rites of May", Esben Storm "In Search of Anna", Han Hsiang Li "The Dream of the Red Chamber", Ariffin C. Noor "Suci Sang Primadona" dan Jang-ho Byeon "Miss O's Apartment".
Ken Takakura pula mendapat tentangan dari Rachmat Hidayat "Badai Pasti Berlalu", Robert Thompson "Patrick", Tommy Abuel "Rites of May", Gordon Liu "The 36th. Chamber of Shaolin" dan Jin-hie Han "Miss O's Apartment".
Jakarta kurang bernasib baik kerana hanya menerima anugerah terpinggir - teknikal terbaik dan tema terbaik melalui filem "Jakarta, Jakarta" yang diarahkan Sophaan Sophiaan.
Antara lakonan Kim Ja Ok ("Miss O's Apartment") dan Charo Santos ("Rites of May") telah menimbulkan masaalah para juri. Untuk menyelesaikannya, kedua mereka diberi anugerah pelakon wanita terbaik.
Ini bukan kali pertama anugerah serupa diberikan kepada dua pelakon. Pada tahun 1976, Kumiko Akiyoshi "Banka" (Jepun) dan Brigitte Lin "Ba Bai Zhuang Shi"/"800 Heros" (Hong Kong) memenanginya.
Christine Hakim "Badai Pasti Berlalu", Judy Morris "In Search of Anna" dan Tien Niu "Enternal Love" turut bersaing merebut anugerah tersebut.
Sydney memenangi dua anugerah utama - pelakun lelaki pembantu terbaik (Chris Haywood) dan sinematografi terbaik (Micheal Edols) keduanya kerana filem "In Search of Anna".
Satu lagi filemnya "Patrick" menerima dua anugerah - efek khas terbaik dan pencapaian taraf kepujian.
Dalam kategori retrospektif, hanya 5 negara turut serta. "Wake in Fright" (Sydney), "Macan Kemayoran" (Jakarta), "Hati Batu" (Kuala Lumpur), "Home Sweet Home" (Taipei) dan "The Life of Oharu" (Tokyo).
Antara kelimanya, para juri memilih "The Life of Oharu" sebagai pemenang.
Sayang sekali, filem "Tiada Esok Bagimu" yang diarahkan oleh Jins Shamsudin tidak memenangi satu anugerah pun.
Keseluruhannya, Sydney dan Tokyo memenangi lima anugerah, Seoul empat, Hong Kong dan Bangkok tiga, Kuala Lumpur, Taipei, Manila dan Jakarta dua dan India satu.
PEMENANG ANUGERAH FFA24___
Filem RITES OF MAY (ITIM) Filipina
Pengarah MASAHIRO SHINODA (Melody in Gray) Jepun
Pelakun lelaki KEN TAKAKURA (The Yellow Handkerchief) Jepun
Pelakun wanita KIM JA OK (Miss O's Apartment) Korea
Pelakun wanita CHARO SANTOS (Rites of May/Itim) Filipina
Pelakun lelaki pembantu CHRIS HAYWARD (In Search of Anna) Australia
Pelakun wanita pembantu TARIKA TIDATIT (More Than Love) Thailand
Sinematografi MICHEAL EDOLS (In Search of Anna) Australia
Suntingan filem SALEHAN SHAMSUDDIN (Loceng Maut) Malaysia
Musik MUN-PYEONG HWANG (Goddess of Mercy) Korea
Efek khas CONRAD ROTHMANN (Patrick) Australia
Pengarah seni CHING-SHEN CHEN (The Dream of the Red Chamber) Hong Kong
Rekaan pakaian THE DREAM OF THE RED CHAMBER (Hong Kong)
Skrip filem KAMA (Thailand)
Rakaman suara LITTLE ADVENTURE (Jepun)
Teknik pembaharuan WINTER WOMAN (Korea)
Teknikal JAKARTA, JAKARTA (Indonesia)
Filem kanak-kanak LITTLE ADVENTURE (Jepun)
Filem aksi THE 36TH. CHAMBER OF SHAOLIN (Hong Kong)
Tema filem JAKARTA, JAKARTA (Indonesia)
Filem menyentuh perasaan manusia ENTERNAL LOVE (Taiwan)
Filem drama KAMA (Thailand)
Pencapaian taraf kepujian PATRICK (Australia)
Anugerah OCIC/Trofi Asia BUTTERFLY GIRL (Korea)
Filem keseluruhan kesempurnaan LOCENG MAUT (Malaysia)
Anugerah retrospektif THE LIFE OF OHARU (Jepun)
Dokumentari
LAND MY MOTHER (Australia)
CHITRAKATHI (India)
BUFFALO REVOLUTION (Taiwan)
KALI PERTAMA SYDNEY JADI TUANRUMAH___
Kehadiran saya ke Festival Filem Asia Ke-24 (FFA24) ini, merupakan satu kebanggaan. Ia bukan saja kerana festival filem (FFA) pertama saya mewakili Kuala Lumpur, tetapi juga kali pertama Sydney (Australia) menjadi tuanrumah.
Selama ini (sejak tahun 1954), tuanrumah FFA berlangsung bergilir-gilir antara Tokyo, Hong Kong, Manila, Kuala Lumpur, Seoul, Taipei, Singapura, Bangkok dan Jakarta.
Ramai pelakon popular datang meraikan festival filem yang boleh dianggap berpretij itu.
Jakarta, kelihatan Christine Hakim, Sophaan Sophiaan, Widyawati, Rano Karno dan Faizal Riza.
Hong Kong, Ti Lung, Hui-Ling Chieu dan Li-Ju Chen.
Jepun, Mariko Shinkura, Yoko Natsuki dan Miyako Ejiri.
Bangkok, Tarika Tidatit, Sugubya Srisawas dan Piyamas Monyakul.
Seoul, Kim Ja Ok dan Mi Hee Chang. Taipei, Dabbie Chow, Kai-Li Chu dan Lu Chang.
Kuala Lumpur diwakili oleh Jins Shamsudin, Noor Kumalasari, Hussain Abu Hassan, Noor Azizah dan Aziz Singah.
Ahmad Rahim dari Kementerian Penerangan bertindak sebagai ketua perwakilan. Lain-lain peserta L. Krishnan, John Nettleton (Filem Negara Malaysia), Lee Kee Ying (Shaw Brothers), Amisah Borhan, M. Yusoff (Sabah Filem), Khalid Jafri (Utusan Melayu), Sivaji Rajah dan Zahari Zabidi (Seniman).
Disamping menonton filem-filem yang dipertandingkan dan melakukan acara-acara bersendirian, para perwakilan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di Sydney dan sekitarnya seperti menikmati panorama indah dan menaiki kereta kabel (Scenic Skyway) di kawasan peranginan Blue Mountain dan bersukaria di Luna Park Sydney yang mula beroperasi sejak pada tahun 1935.
Menyaksikan perlumbaan kuda di Randwick Racecourse (6 kilometer dari Sydney) dan bermain golf di padang golf terbesar di Eastlakes Golf Club yang jauhnya 10 minit berkereta dari Lapanganterbang Sydney.
Paling menarik, apabila semua perwakilan di bawa menyusur sungai dengan kapal pelancong Captain Cook II untuk menikmati keindahan pelabuhan Sydney di waktu malam.
Pendekkata, acara-acara lawatan ke tempat-tempat menarik yang diatur oleh AJK FFA24 telah disusun dengan begitu baik sekali dan bagi saya, ia merupakan suatu perkara yang sangat sukar dilupakan selagi hayat dikandung badan.
LUCU DAN TAKUT___
Pertama, di Luna Park Sydney (lebih kurang macam Disneyland): Amisah Borhan, Zahari Zabidi dan saya naik buaian pusing, konon mahu berseronok. Apabila buaian berpusing, bukan seronok yang dapat takut pula yang timbul, kami melayang-layang. Saya berdoa supaya buaian diberhentikan segera, tetapi lama juga ia berpusing mengikut masa yang ditetapkan.
Apabila berhenti, Zahari Zabidi menyapu-nyapu mukanya kerana berpeluh, macam mahu muntah, Amisah Borhan kelihatan pucat lesi dan saya pula apabila turun terhuyung hayang, kepeningan.
Tidak heranlah, 8 bulan kemudian pada 9 Jun 1979 terjadi kebakaran Keretapi Berhantu di tempat bersukaria itu mengakibatkan 6 kanak-kanak dan seorang dewasa terbunuh. Penutupan segera dilakukan dan operasinya hanya disambung semula pada tahun 1982.
Kedua, di Blue Mountain: Noor Azizah, Noor Kumalasari, Jins Shamsudin, Amisah Borhan, M. Yusoff, Khalid Jafri dan saya serta ramai lagi telah menaiki kereta kabel Scenic Skyway (boleh muat 84 penumpang) dari Katoomba melintasi Lembah Jamison dan berhenti di tengah-tengah yang tingginya 200 meter dari lantai tanah.
Setelah menikmati panorama yang sangat mengkagumkan, selepas bergambar dan mengambil gambar, saya pun menjenguk ke bawah.
Alamak, punyalah sayup! Saya mulai takut dan menggeletar. Dalam hati pula berkata, kalaulah kabelnya putus tak tahu apa nak cakap, pasti badan kami semua hancur berkecai termasuk Sophaan Sophiaan yang berada disebelah saya.
Setakat yang diketahui, tidak pernah berlaku sebarang tragedi yang tidak diingini sejak ia beroperasi pada tahun 1958.
Begitupun juga, apabila datang ke situ buat kali kedua (beberapa tahun kemudian) saya mengelak menaiki kereta kabel tersebut walaupun ada kawan beria-ia benar mendesak supaya saya ikut sama.
RITES OF MAY (ITIM)
(sumber: natnatskie)
THE 36TH. CHAMBER OF SHAOLIN
(sumber: furyfist)
LOCENG MAUT
(sumber: anasyid)
THE YELLOW HANDKERCHIEF
(sumber: asianvisions)
PATRICK
(sumber: aussieroadshow)
FAKTA___
Kali pertama Sydney (Australia) menjadi tuanrumah Festival Filem Asia.
Kali pertama Kuala Lumpur (Malaysia) memenangi anugerah suntingan filem terbaik kerana filem "Loceng Maut". Kali kedua pada tahun 1986 apabila Johari Ibrahim memenanginya kerana filem "Jasmin 2".
Beg pakaian Noor Kumalasari sampai kepadanya setelah 3 hari festival filem berlangsung. Khabarnya, begnya itu menggembara jauh hingga ke London kemudian berpatah balik ke Sydney.
Selepas Sydney, FFA25 (1979) berlangsung di Singapura. Kuala Lumpur memenangi dua anugerah - komidi terbaik "Panglima Badol" dan rakaman suara terbaik "Dendang Perantau".
Kali kedua Sydney menjadi tuanrumah FFA pada tahun 1994. Filem "Eat Drink Man Woman" yang diarahkan oleh Ang Lee telah memenangi anugerah filem terbaik.
Sesudah Sydney, pada tahun 1996 (FFA41) jirannya Wellington (New Zealand) pula menjadi tuanrumah. Kuala Lumpur dapat menambah satu lagi anugerah utama apabila Sidi Oraza memenangi kategori pelakon lelaki pembantu terbaik "Sayang Salmah".
Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan
ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar
CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.