"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, September 28, 2011


SHANE (1953)

FILEM KOBOI PALING SAYA SUKAI
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




Salji digunung menambahindahkan lagi panorama filem "Shane"



Atas, Alan Ladd sebagai Shane. Bawah, bentuk pistol yang dipakai oleh Shane



Dari kanan: Alan Ladd, Van Heflin, Jean Arthur dan Brandon De Wilde






Atas, Emile Meyer (Rufus Ryker) bersama kuncu-kuncunya. Bawah, Jack Palance sedang mengganas


Shane dan Joe Starrett menghadapi tentangan Rufus Rkyer dan pengikut-pengikutnya


Ben Johnson sebagai Chris Calloway


Jack Palance sebagai Jack Wilson


Alan Ladd sedang bertarung sengit dengan Jack Palance dan Emile Meyer


Brandon De Wilde sebagai Joey Starrett bersama anjing kesayangannya


Shane mengucapkan selamat tinggal kepada Joey Starrett



PARAMOUTH PICTURES
Produser GEORGE STEVENS
Pelakon ALAN LADD (Shane) JEAN ARTHUR (Marian Starrett) VAN HEFLIN (Joe Starrett)BRANDON DE WILDE (Joey Starrett) WALTER JACK PALANCE (Jack Wilson) BEN JOHNSON (Chris Calloway) EDGAR BUCHANAN (Fred Lewis) EMILE MEYER (Rufus Ryker) ELISA COOK, JR. DOUGLAS SPENCER JOHN DIERKES ELLEN CORBY PAUL MCVEY HOHN MILLER EDITH EVANSON LEONARD STRONG RAY SPIKER
Lakonlayar A.B. GUTHRIE, JR.
Cerita (Novel) JACK SCHAEFER
Pengarah Fotografi LOYAL GRIGGS
Pengarah Seni HAL PEREIRA WALTER TAYLOR
Rakaman Suara HARRY LINDGREN GENE GARVIN
Penyunting Filem WILLIAM HORNBECK TOM MACADOO
Musik VICTOR YOUNG
Pengarah Filem GEORGE STEVENS

Tahun diedarkan: 1953 (23 April)
Masa tayangan: 118 Minit


JALAN CERITA___

Orang asing bernama Shane sampai ke lembah terpencil yang sedang bergolak. Dia kemudian mendapati dirinya terlibat dengan konflik antara Joe Starrett dengan kerakusan penternak lembu Rufus Ryker yang memaksa Joe Starrett dan tiap-tiap pemilik ladang supaya keluar dari lembah tersebut.

Shane menerima pekerjaan sebagai mempertahankan ladang dan kediaman Joe Starrett. Tetapi kemudian mendapati, Joey Starrett (anak lelaki Joe Starrett), tertarik kepadanya kerana kepantasannya mengunakan pistol. Isteri Joe Starrett yang jelita (Marian Starrett) juga menyukai Shane.

Apabila Shane dan semua pemilik ladang pergi ke pekan, berlaku pergaduhan antara Shane dengan orang-orang Rufus Ryker. Dengan bantuan Joe Starrett, mereka telah menewaskan pengikut-pengikut Rufus Ryker itu.

Rufus Ryker kemudian mengistiharkan yang dia dan orang-orangnya akan membunuh Shane atau Joe Starrett jika mereka kembali ke pekan tersebut.

Disamping berlakunya ketegangan antara dua kumpulan tersebut, Rufus Ryker telah mengupah Jack Wilson, penembak handalan.

Jack Wilson telah membunuh Frank Torrey yang panas baran dan selepas selesai upacara pengkebumiannya, ramai merancang untuk meninggalkan ladang dan rumah mereka. Tetapi kemudian berubah fikiran apabila mendapati rumah pemilik ladang (Fred Lewis) telah dibakar oleh orang-orang Rufus Ryker.

Semua pemilik ladang berazam menentang Rufus Rkyer dan pengikut-pengikutnya dan berjanji akan membina semula rumah Fred Lewis walaupun tahu perkara yang sama akan berlaku terhadap ladang mereka.

Joe Starrett mengambil keputusan untuk membunuh Jack Wilson dan Rufus Rkyer dan mengamankan pekan. Bagaimanapun, Joe Starrett dan Shane berbalah siapa seharusnya pergi ke pekan.

Kerana Joe Starrett masih berkeras, Shane terpaksa memukul kepala Shane dengan pistol (dia pengsan) sebagai satu cara untuk mengelakkan Joe Starrett pergi menentang Jack Wilson dan Rufus Ryker yang memungkinkan dia akan terbunuh.

Di pekan, Shane berdepan dengan Jack Wilson di salun. Mereka berdepan antara satu dengan lain (untuk pertarungan pistol) yang berkesudahan Jack Wilson terbunuh. Selepas itu, Shane menembak Rufus Ryker yang cuba menembaknya dari belakang.

Selepas itu, Shane meninggalkan salun. Joey Starrett yang mengekorinya dari ladang memberi amaran kepada Shane adanya bahaya.

Adik Rufus Ryker (berada di atas tangga dengan senapang Winchester) menembak Shane dan terkena lengannya. Shane membalas dan membunuhnya.

Shane berjalan menemui Joey Starrett. Dia menasehatinya supaya mengusahakan ladang dengan baik dan menjaga ayah dan ibunya. Shane yang tercedera dilengan menunggang kudanya dan pergi melepasi batu-batu kubur di Cemetery Hill.

Joey Starrett berlari mengekorinya, kemudian berhenti dan berteriak sayu, "Shane. Shane. Come back!" ("Shane. Shane. Kembalilah!")



Pengarah filem George Stevens

ULASAN FK___

Saya mula meminati Alan Ladd apabila menonton "The Black Knight" dan "Drum Beat" pada tahun 1954 ketika berumur 11 tahun, kemudian disusuli pula "Boy on a Dolphin" bersama Sophia Loren pada tahun 1957. Kesemua filem tersebut saya tonton di panggung wayang.

"Shane" yang mula ditayangkan pada tahun 1953, seingat saya tidak pernah saya tonton di mana-mana panggung wayang tetapi menontonnya (jauh terkemudian) melalui pita vhs dan vcd, kemudian dvd yang mana kualiti fotografinya lebih cantik dan lebih menarik.

Sepanjang hidup saya (sejak mengenali filem), beratus-ratus filem western (koboi) telah saya tonton yang dibintangi terutamanya John Wayne, Gary Cooper, James Stewart, Clark Gable, Errol Flynn, Gregory Peck, Tyrone Power, Robert Taylor, Audie Murphy, Rock Hudson, Kirk Douglas, Burt Lancaster dan ramai lagi.

Antara sebanyak filem western itu (entah kenapa) saya sangat-sangat menyukai "Shane" yang diarahkan oleh George Stevens ini.

Plot ceritanya sederhana saja, lakonan Alan Ladd, Jean Arthur dan Van Heflin tidak sehebat mana pun. Hanya lakonan Brandon De Wilde agak menarik dan menyayat hati kerana kekagumannya terhadap Alan Ladd yang pantas menggunakan senjata api (pistol).

Kekuatan filem ini (pada saya) terletak kepada pengolahan (lakonlayar oleh A.B. Guthrie, Jr.) yang digaraf oleh George Stevens menyebabkannya ia menjadi sebagai salah satu filem klasik yang sangat sukar ditandingi.

Keberkesanan arahan George Stevens itu, dikuatkan lagi dengan sinematografi oleh Loyal Griggs (penggambaran banyak dilakukan di tasik dan lembah Big Bear serta Taman Kebangsaan San Bernardino), musik oleh Victor Young dan suntingan filem oleh William Hornbeck dan Tom McAdoo.

Sungguhpun AFI meletakkan "Shane" ditempat ke-3 daripada 10 filem western terbaik, namun saya menempatkannya di nombor satu. Pilihan AFI "The Searchers" ditempat pertama, saya tempatkan nombor tiga dan "High Noon", pilihan AFI tempat kedua, saya kekalkan di nombor dua juga.

Bagi mempastikan samada anda bersetuju dengan saya atau tidak marilah kita sama-sama menontonnya di bawah, itupun jika tidak dipadam (delete) oleh tuan punya filem.


ANUGERAH___

"Shane" telah menerima pencalonan merebut 6 anugerah oscar. Tetapi hanya memenangi satu saja, sinematografi terbaik untuk Loyal Griggs.

5 lagi - filem terbaik, pengarah terbaik (George Steven), aktor pembantu terbaik (Jack Palance dan Brandon De Wilde) dan lakonlayar terbaik (A.B. Guthrie, Jr.).

Dalam upacara penyampaian anugerah oscar pada 25 Mac 1954, filem terbaik dimenangi oleh "From Here To Eternity", pengarah terbaik Fred Zinnemann ("From Here To Eternity") dan aktor pembantu terbaik Frank Sinatra ("From Here To Eternity").


MARI KITA TONTON FILEM & KLIPS "SHANE"


(Sumber: TheWesternReview)

(Sumber: Carlena Giger)

(Sumber: Kuusamo66)


(Sumber: GoodVideoBits1)


FAKTA___

* Filem terakhir dibintangi oleh Jean Arthur yang pernah berherokan Gary Cooper dalam "The Plainman" (1936) yang diarahkan oleh Cecil B.DeMille.

* Diperingkat awal sepatutnya Katherine Hepburn memegang peranan Marian Starrett.

* Keputusan pemilihan Alan Ladd, Jean Arthur dan Van Heflin membintangi filem ini dibuat oleh George Stevens (setelah melihat senarai pelakon) hanya mengambil masa 3 minit.

* Diperingkat awal George Stevens mahukan Montgomery Cliff berperanan Shane dan William Holden sebagai Joe Starrett.

* "Shane. Shane. Come back!" teriakan Brandon De Wilde (Joey Starrett) dipilih oleh American Film Institute (AFI) menduduki tempat ke-47 (dari 100 filem) dialog (quote) terbaik.

* Pada tahun 2007 dan 2008, "Shane" berada di tempat ke-45 (dan ke-3 bercorak western) pilihan AFI - The Greatest Movie of All Time.

* Dalam senarai AFI 100 Tahun... 100 Filem, "Shane" dipilih berada di tempat ke-69.

* Penggambaran filem ini bermula pada bulan Julai dan berakhir pada bulan Oktober 1951. Tetapi mula ditayangkan di New York pada 23 April 1953 kerana ketekunan George Stevens di bilik suntingan.

* Adegan Alan Ladd berlatih menembak di depan Brandon De Wilde, George Stevens terpaksa membuat penggambaran (takes) sebanyak 119 kali.

* "Shane" ditayangkan setahun selepas "High Noon" (7 Julai 1952) yang dibintangi oleh Gary Cooper dan Grace Kelly sungguhpun penggambarannya dibuat terkemudian, bermula pada bulan September 1951.

* "Shane" ada persamaannya dengan "Pale Rider" (1985) yang diarah dan dibintangi oleh Clint Eastwood. Bagaimanapun, peranan kanak-kanak lelaki ditukar kepada kanak-kanak perempuan (Megan Wheeler) lakonan Sydney Penny.

* Adegan Shane menembak adik Rufus Ryker, diciplak oleh pengarah Howard Hawks untuk filem "Rio Bravo" (1959) yang memperlihatkan Dean Martin menembak musuhnya, juga dalam salun.

* Nama Jack Palance di credit title Walter Jack Palance.

* Brandon De Wilde dilahirkan pada tahun 1942 dan meninggal dunia pada tahun 1972 semasa umurnya 30 tahun kerana kemalangan jalanraya di Denver, Colorado.

* Kesemua bintang utama (Alan Ladd, Jean Arthur, Van Heflin dan Jack Palance) telah meninggal dunia.

* Pengarah George Stevens meninggal dunia pada 8 Mac tahun 1975 ketika berusia 70 tahun di Lancaster, California.


Tuesday, September 27, 2011


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25

MALAYSIA MENANG DUA ANUGERAH
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Festival Filem Asia-Pasifik Ke-25.


Raj Kapoor bersama Jins Shamsudin.


A.R. Badol bersama Charo Santos yang pada tahun 1978 di FFAP24, Sydney telah memenangi anugerah aktris terbaik.


Yusof Haslam bersama Christine Hakim.


Kiri: Dian P. Ramlee, Yusof Haslam, Julie Dhalan bersama aktris yang tidak dikenali. Kanan: Zulkifli Zain dan Normala Omar bersama Faizal Rizal dan Hanny Wijaya dari Jakarta.


S. Zamila dan Julie Dhalan bersama tiga aktris dari Bangkok.


Dian P. Ramlee dan Panky Delon dari Manila.




Atas: A.R. Badol dan Mustaffa Haji Ton dengan anugerah yang dimenangi. Tengah: A.R. Badol dengan Christine Hakim. Bawah: A.R. Badol dengan pengarah filem Wim Umboh dan Tien Samantha.




Ti Lung (kiri) dan Chin Han.


Aktris Li Feng Chiao dan pengarah filem Lee Shing


Kiri: Raj Kapoor bersama Haji Arshad. Bawah: Ti Lung, Zainuddin Zaa dan Wazata Zain. Kanan: Yusof Haslam dan Julie Dhalan.


Panky Delon bersama Zulkifli Zain (kiri) dan Dhalan Zainuddin.


Kiri: Duduk, Turino Djunaidi, Yenny Rachman dan Tien Samantha. Berdiri, Malek Selamat, S. Zamila dan Yusof Haslam.


Kiri: Saya bersama (dari kiri) Zalifah Ibrahim, Wazata Zain, A.R. Badol dan Mustafa Sutan. Kanan: Saya (kiri) bersama Bahyah Mahmood, Khalid Jafri, tidak dikenali dan Zulkifli Zain.


ULASAN FK___

BUAT kali keduanya saya dihantar membuat liputan Festival Filem Asia-Pasifik (Festival Filem Asia). Kali ini yang ke-25 dan berlangsung di Singapura pada 3 hingga 6 Julai 1979. Sebelum ini di Sydney, Australia tahun 1978.

Berbeza di Sydney (Khalid Jafri dan saya saja), wartawan lain turut serta menganggutai perwakilan Kuala Lumpur (Malaysia mewakili Utusan), Bahyah Mahmood, Aimi Jarr Norshah Thamby dan jurugambar Raja Harun Redzuan.

Agak menarik FFAP25 di republik tersebut merupakan yang ke-25 kali berfungsi sejak ianya bermula di Tokyo, Jepun pada tahun 1954, dan ini bererti ia menyambut ulangtahun silver jubilee (jubli perak).

Kerana itu, Singapura telah menganjurkannya secara besar-besaran dengan mengundang ramai perwakilan yang menganggutai Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Asia Pasifik (FPA) disamping mengemukakan filem-filem menarik dari negara masing-masing.

12 negara mengambil bahagian, selain Kuala Lumpur (Malaysia), Jakarta (Indonesia), New Delhi (India), Hong Kong, Taipei (Taiwan), Singapura, Bangkok (Thailand), Sydney (Australia), Tokyo (Jepun), Manila (Filipina), Seoul (Korea Selatan) dan Wellington (New Zealand).

Paling ramai menghantar perwakilan Jakarta, 33 orang. Mereka antaranya Christine Hakim, Ratnor Timoer, Tien Samantha, Yenny Rachman, Wim Umboh, Rina Hashim, Hanny Wijaya, Turino Djunaidy dan Faizal Rizal.

Perwakilan Kuala Lumpur agak ramai juga, 20 orang menggabungkan artis lama dan baru antaranya Jins Shamsudin, Malek Selamat, M. Amin, Haji Arshad, Yusof Haslam, Zulkifli Zain, Normala Omar, Julie Dhalan, S. Zamila, A.R. Badol, Dhalan Zainuddin, Dian P. Ramlee, M. Suki, Zainuddin Zaa, Wazata Zain, Zalifah Ibrahim dan Mustafa Sutan.

Hong Kong juga 20 orang, begitu pun juga yang menjadi tumpuan ramai peminat filem, Ti Lung dan Shih Szu.

India diwakili seorang saja tetapi sudah cukup kuat, Raj Kapoor merupakan bintang legenda filem India yang terkenal dengan filem-filem hebat lakonan dan arahannya seperti "Barsaat", "Awara", "Shree 420", "Sangam", "Mere Nam Joker" dan "Bobby".

Filemnya menyertai FFAP25, "Satyam Shivam Sundaram" yang dibintangi oleh Shashi Kapoor dan Zeenat Aman.

Filipina tidak ramai perwakilan tetapi disertai oleh Charo Santos, pemenang anugerah aktris terbaik kerana filem "Itim" (Rites of May) di FFAP24, Sydney dan Panky Delon.

Taipei pula antara yang kelihatan Chin Han, Li Feng Chiao dan pengarah filem Lee Shing.


PERUBAHAN CORAK PERTANDINGAN DIKEKALKAN___

Perubahan corak pertandingan yang diamalkan beberapa tahun lalu dikekalkan. Pertandingan tidak lagi dalam ertikata pertandingan mutlak kerana elemen-elemen penghargaan merupakan kriteria utama untuk panel juri menentukan keputusan maktamat.

Umpamanya kategori lakonan, pemecahan dibuat dalam bentuk lakonan tertentu seperti lakonan terbaik dalam lakonan bercorak drama, aksyen dan komedi.

Ini bererti, tidak ada anugerah untuk pelakon wanita terbaik atau pelakon lelaki terbaik secara umum seperti yang terdapat dalam festival-festival filem berprestij terutamanya anugerah Oscar, di Hollywood.


UCAPAN DR. AHMAD MATTA___

FFAP25 dirasmikan pembukaannya di Dewan Persidangan Singapura di Shanton Way oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Masyarakat, Dr. Ahmad Mattar.

Dalam ucapannya dia berkata, orang-orang yang bertugas di bidang perfileman secara langsung bererti bertugas dengan sejenis senjata yang sangat kuat dan ia mistilah digunakan sebaik-baiknya untuk faedah bersama.

Menurutnya, pengaruh filem begitu berkesan dan sangat meluas yang jika disalahgunakan boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada orang ramai.

"Usaha menerbitkan filem mempunyai erti yang lebih luas dari hanya nilai-nilai hiburan, kejayaan dan kelemahan seseorang individu," tambahnya.

Dr. Ahmad Mattar menekankan, para guru menganggap filem sebagai alat mendidik yang paling berkesan sementara ujian-ujian psikologi menunjukkan filem boleh mempengrahuhi kelakuan seseorang umpamanya seseorang boleh meniru sikap kasar yang ditontonnya dari sebuah filem mengenai keganasan.

Kesan-kesan ini, katanya semakin kuat kerana filem bukan saja ditayangkan di paanggung wayang malah di rumah iaitu melalui televisyen.

Ujarnya lagi, filem juga merupakan satu bentuk seni yang berkembang pesat dan mempunyai pengaruh universal, disamping satu cara merekodkan budaya sesebuah negara dan mengekalkannya.

Dr. Ahmad Mattar juga menyarankan, supaya pengeluar-pengeluar filem menjadikan perbezaan latar belakang asal-usul budaya dan berbagai jenis adat resam hidup sebagai bahan yang berguna untuk menyediakan idea baru dalam membuat filem.


PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH___

TAIPEI muncul ditempat pertama dengan 8 anugerah.
1. Lin Feng Chiao (He Never Gives Up)
aktris paling cemerlang/the most outstanding actress
2. Hu Hui Chung (Your Smiling Face)
aktris baru menjanjikan harapan/the most promosing new actress
3. FF to Success (Liu Po Chi)
tema remaja paling cemerlang/the most outstanding theme on youth
4. Lee Shing (He Never Gives Up)
arahan terbaik bagi filem drama/the best direction in drama film
5. Chin Han (He Never Gives Up)
prestasi paling mengharukan oleh aktor dalam drama tragis/the most moving performance by an actor in tragic drama
6. Huang I-Lung
aktor kanak-kanak paling cemerlang/the most outstanding child actor
7. Lok Jen Yat (Incest World of Lee Sung-Yang)
filem paling cemerlang dalam alam semulajadi/the most outstanding film in nature
8. Mei Chang Ling (He Never Gives Up)
anugerah pertubuhan katholik antarabangsa/organisation catholique international award

HONG KONG ditempat kedua dengan 6 anugerah.
1. Ti Lung (Avenging Eagles)
aktor peranan utama paling cemerlang/the most outstanding actor in leading role
2. Fu Sheng (Avenging Eagles)
pencapaian tertinggi bagi aktor dalam filem aksyen/the highest achievement for an actor in action film
3. Run Run Shaw (Hero of the East)
gabungan seni mempertahankan diri antarabangsa terbaik/the best combination of international martial arts
4. Chua Yuan (Murder Plot)
arahan terbaik dalam filem aksyen/the best direction in action film
5. Lu Feng (Shoalin Rescuers)
aktris pembantu terbaik dalam filem aksyen/the most outstanding supporting actress in a action film
6. Wu Fa Su (Impetuous Fire)
artistik fotografi paling cemerlang/the most artistic photography

Daripada 40 filem dan 14 filem pendek dan dokumentari yang dipertandingkan, 38 menerima anugerah. Selain Taipei dan Hong Kong, Tokyo dan Jakarta memenangi empat; Singapura dan Sydney, tiga; Bangkok, Seoul dan Kuala Lumpur, dua; Manila, Wellington dan New Delhi, satu.

JAKARTA
1. Pengemis Dan Tukang Beca (Hakim Mansun/Wim Umboh)
usaha terbaik mempromosikan hak asasi manusia/the best effort in promotion of human rights
2. November 1828 (Nyoohansian/Teguh Karya)
pembentangan sejarah paling cemerlang/the most outstanding historical presentation
3. Binalnya Anak Muda (Ronald Lolang)
filem pendidikan paling cemerlang/the most outstanding educational film
4. Christine Hakim (Pengemis dan Tukang Beca)
prestasi paling cemerlang oleh aktris dalam filem dramatik/the most outstanding performance by an actress in a dramatic film

TOKYO
1. Bitter Sweet (Yutaka Okada)
gambaran terbaik hubungan manusia/the best portrayal of human relationships
2. Incident (Yoshitaro Nomur)
prestasi emosi paling meyakinkan/the most convincing performance emotion
3. Truck Rascals Go North (Shigeru Okada)
suntingan film paling cemerlang/the most outstanding film editing
4. Lupin the Third (Tokyo Movie Company)
kartun paling cemerlang/the most outstanding cartoon

SYDNEY
1. Bali (David Elfick)
fotografi paling cemerlang/the most outstanding photography
2. Snapshots (Anthony Giannane)
inovatif teknik paling cemerlang/the most outstanding innovative techniques
3. Thirst (Anthony Giannane)
filem seram terbaik/the best horror film

SINGAPURA
1. First Error Steps (Yap Chin Hock)
lakonlayar paling cemerlang memaparkan nilai moral/the most outstanding screenplay depicting moral values
2. Hurdles for the Handicapped (Chandra Mohan)
moral dan mempersenjataan kembali paling cemerlang/the most outstanding on moral and rearmament
3. Chow Tan Wei (Tragedy of Love)
prestasi paling mengharukan oleh aktris dalam drama tragis/the most moving performance by an actress in tragic drama

KUALA LUMPUR
1. Dendang Perantau (Mustaffa Haji Ton, Varia Filem Productions)
rakaman paling cemerlang/the most outstanding recording
2. Pang5 Badol (Yusaini Amir, Solo Film Productions)
komedi paling cemerlang/the most outstanding comedy

SEOUL
1. Kim Young-Ram (Mool-Doori Village)
aktris paling cemerlang dalam drama kostium/the most outstanding actress in costume drama
2. Sin Shung-II (Conditions of Love)
aktor pembantu paling cemerlang dalam drama modern/the most outstanding supporting actor in modern drama

BANGKOK
1. Mountain Man (Kiat Iamphung Porn)
promosi persefahaman antarabangsa/the promotion of international understanding
2. Duangjai Hataikam (Jealous Love)
aktris pembantu paling cemerlang/the most outstanding supporting actress

MANILA
1. Death Has No Mercy (Gallardo)
pembunuhan misteri terbaik/the best murder mystery

WELLINGTON
1Solo (Tony Williams/David Hannay)
musik paling cemerlang/the most outstanding music

NEW DELHI
1.>Satyam Shivam Sundram (Raj Kapoor)
musik percintaan paling original/the most original musical love


Pemangku Menteri Kebudayaan, Mr. Ong Teng Cheong, dan ketua delegasi dari 12 negara peserta telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada pemenang-pemenang di majlis malam bintang-bintang bergemerlapan di National Theatre, Singapura.



MARI KITA MENONTON FILEM "MURDER PLOT"
LET US WATCH "MURDER PLOT" MOVIE




(sumber: aumurg)

Produksi SHAW BROTHERS HONG KONG
Produser RUNME SHAW MONA FONG
Pengarah Filem CHUA YUAN
Sinematografi CHIEH HUANG
Suntingan Filem HSING-LUNG CHIANG SHAO PENG YU
Pengarah Seni CHING-SHEN CHEN
Cerita (novel) KU LUNG
Lakonlayar CHIN YU
Musik FRANKIE CHAN
Pelakon DAVID CHIANG CHENG LI CHEN PING DANNY LEE CANDICE YU LO LIEH CHENG MIU WAI WANG NGAAI FEI GOO GOON CHUNG ALAN CHAN CHAN DIK HAK CHEUNG KOK CHOW CHEUNG HEI CHEUNG SEK AAU

Tahun diedarkan: 1979 (30 Mei)
Masa tayangan: 91 Minit


FILM REVIEWS/ULASAN FILM___
by/oleh Chung Mo


More from the Yuen Chor/Ku Lung novel to film adaptation series. One of the pitfalls of adapting a novel is that there usually is no way to compress a standard length novel into a 90 minute film without having an incoherent movie or changing the intent of the novel in some way.

Lagi dari novel Yuen Chor/Ku Lung diadaptasi siri filem. Salah satu kesulitan menyesuaikan sebuah novel ialah kebiasaannya tidak ada cara untuk memampatkan novel panjang ke dalam filem panjangnya 90 minit tanpa meminda atau mengubah maksud novel dengan cara apa sekali pun.

Dozens of characters can work well in a novel but in a movie if you go beyond say eight main characters, there's a good chance you'll lose your audience unless they are familiar with the novel. The Peacock King has been overthrown by the Happy King (played by Lo Lieh) and the combined forces of the martial art world are plotting to overthrow the Happy King for his involvement in the murder of 900 heroes.

Berdozen karekter boleh dihasilkan dengan baik dalam novel tetapi dalam filem jika anda pergi ke selangkah katakan lapan karekter utama, terdapat peluang yang baik anda akan kehilangan penonton anda melainkan mereka sudah biasa dengan novel tersebut. Raja Peacock telah digulingkan oleh Raja Happy (dilakonkan oleh Lo Lieh) dan gabungan kuasa dunia seni mempertahankan diri merancang untuk menggulingkan Raja Happy kerana penglibatannya dalam kes pembunuhan 900 wira.

Shen (played by David Chiang) is a super sword fighter, a bounty hunter and a tycoon (that's the movie's words not mine). He, followed by his fiancé, joins up with the heroes of the martial art world to track down the Happy King. Along the way is treachery from a rival clan that wants to kill the Happy King first, a witch, the Beggar King and more. It all eventually leads to a showdown with the Happy King and his four generals.

Shen (dimainkan oleh David Chiang) adalah seorang pejuang pedang handalan, seorang pemburu manusia jahat dan hartawan (itu adalah kata-kata filem bukannya saya). Dia, diikuti oleh tunangannya, menyertai dengan wira dunia seni mempertahankan diri untuk mengesan jejak Raja Happy. Sepanjang perjalanan ada pengkhianatan dari puak saingan yang mahu membunuh Raja Happy terlebih dulu, pengsihir, Raja peminta sedekah dan ramai lagi. Ia akhirnya membawa kepada pertarungan dengan Raja Happy dan empat orang jeneral.

First of all, this is a much more opulent production then your usual Shaw movie. The sets are dense and filled with detail. The lighting is careful and the art direction excellent. The sword fights come about every four minutes and are well done by choreographer Tang Chia. The various fighters have interesting techniques, poison ice darts for example. Unfortunately the story leaves a lot to be desired. There is almost no character development, even David Chiang who usually can push his personality through the sketchiest of parts really can do little more then get from scene to scene.

Pertama sekali, ini adalah satu pengeluaran yang lebih mewah, sudah biasa kepada filem Shaw. Set adalah padat dan penuh terperinci. Pencahayaan dibuat penuh berhati-hati dan arahan seni sangat baik. Perlawanan pedang yang lahir kira-kira setiap empat minit telah dilaksanakan oleh koreografer Tang Chia. Beberapa perjuangan mengandungi pelbagai teknik menarik, racun ais panas sebagai contoh. Malangnya ceritanya banyak pula ingin diketahui.

Hampir tidak terdapat perkembangan karekter, bahkan David Chiang yang kebiasaannya boleh memperlihatkan keperibadiannya secara kasar di bahagian benar-benar boleh dilakukannya hanya sedikit saja boleh pergi dari adegan ke adegan.


I suspect this is from trying to cram the whole book into the movie. The cumulative effect is to leave this viewer uncaring about the whole thing by the end of the film. If you like dense, character filled wuxia films, this might do it.

Otherwise you might want to skip it.

Saya kira ini adalah percubaan tergesa-gesa dari keseluruhan buku ke dalam filem. Kesan kumulatif adalah untuk meninggalkan penonton mengambil berat tentang keseluruhan perkara menjelang filem tamat. Jika anda suka dengan kepadatan karekter, filem wuxia, ini mungkin sangat sesuai. Jika tidak, anda mungkin mahu mengelakkannya.




DENDANG PERANTAU (sumber: jejakasunyi30)


PANG5 BADOL (sumber: jejakasunyi30)


PENGEMIS DAN TUKANG BECA (sumber: supernusantaraku)


NOVEMBER 1828 (sumber: eddy7788)


THIRST (sumber: minuitsang)


SATYAM SHIVAM SUNDRAM (sumber: teremerephere)


SATVAM SHIVAM SUNDRAM (sumber: 7singhek)


HERO OF THE EAST (sumber: mankun31)


FAKTA___

* Ini kali ke-3 Singapura menganjurkan FFAP selepas FFAP2 (1955) dan FFAP19 (1973).

* Sesudah FFAP25, FFAP26 berlangsung pula di Jakarta, Jogjakarta dan Bali pada tahun 1980.

* "Pang5 Badol," filem ke-5 Malaysia menang anugerah komedi terbaik setelah "Pendekar Bujang Lapok", "Nujum Pa' Blalang", "Che Mamat Parang Tumpol" dan "Madu Tiga".

* "Pang5 Badol" filem arahan Hussain Abu Hassan yang pertama memenangi anugerah di FFAP.

* Christine Hakim, Ti Lung dan Jins Shamsudin turut menyertai FFAP24 di Sydney pada tahun 1978.

* "Dendang Perantau" filem arahan Jamil Sulong yang ke-6 menang anugerah di FFAP selepas "Lela Manja", "Gerhana", "Permintaan Terakhir", "Sayang Anakku Sayang" dan "Jiwa Remaja".

* Jamil Sulong ("Dendang Perantau") dan Hussain Abu Hassan ("Pang5 Badol") tidak turut serta FFAP25.

* "Pengemis dan Tukang Beca" arahan Wim Umboh menerima anugerah paling utama FFAP25. Di FFAP19 (Singapura, 1973) filem arahannya "Perkahwinan" juga menerima anugerah paling utama.

* Anugerah-anugerah diterima oleh A.R. Badol ("Pang5 Badol") dan Mustaffa Haji Ton ("Dendang Perantau") di upacara penutup di National Theatre.

* Bintang-bintang utama "Dendang Perantau", Latiff Ibrahim, Uji Rashid, Hail Amir dan Teh Faridah, tidak menyertai FFAP25.

* Anugerah "Dendang Perantau" hak mutlak Zulkiflee Salleh dan Peter Lim yang menyelenggarakan hal-hal rakaman suara.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




Monday, September 26, 2011


LANCHANG KUNING (1962)


ISTERI BUNTING DIJADIKAN KORBAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop






Latiffah Omar sebagai penari istana


Yusoff Latiff, Siti Tg. Perak dan Latiffah Omar


Yusoff Latiff, Noordin Ahmad dan Haji Arshad


Noordin Ahmad, Haji Arshad dan Rose Yatimah


Panglima Alang Yahya selamatkan Telani dari kemalangan di air



Haji Arshad dan Dollah Serawak






M. Babjan sebagai ketua lanun






Telani meronta-ronta sebelum menjadi korban Lanchang Kuning





Pertarungan hebat antara Panglima Alang Yahya dan Panglima Ali


Produksi CATHAY KERIS FILM
Pengarah Filem M. AMIN
Pelakon NOORDIN AHMAD (Panglima Alang Yahya) LATIFFAH OMAR (Telani) YUSOFF LATIFF (Baginda Sultan Siak) HAJI ARSHAD (Panglima Ali) ROSE YATIMAH (Teratai) SHARIFF MEDAN
(Datuk Bendahara), SITI TG. PERAK (Mak Inang) DOLLAH SERAWAK
(Tok Pawang) YEM JAFFAR (Datuk Temenggung) FATIMAH SHARIFF PUTEH LAWAK AHMAD NISFU M. BABJAN
Jurukamera TSIN MING CHIN
Penyunting Filem P.V. JOHN
Jurutera Bunyi V.G. BHASKARAN
Pengarah Seni Lukis J.S. ANTHONY
Cerita M. AMIN
Katabual SHARIFF MEDAN M. AMIN
Musik WANDY YAZID

Tahun diedarkan: 1962 (4 Oktober)
Masa tayangan: 118 minit


JALAN CERITA___

Telani, anak yatim piatu dari Bentan, datang ke Siak menumpang tinggal dengan Mak Inang dan menjadi penari istana. Baginda Sultan apabila melihatnya menyanyi dan menari terpikat dan berharap akan mengambilnya sebagai permaisuri Baginda.

Dalam pada itu, Telani juga menjadi minat Panglima Ali dan Panglima Alang Yahya. Begitupun juga, Panglima Alang Yahya lebih mendapat perhatian Telani apabila dia menyelamatkannya dari kemalangan di air.

Panglima Ali tahu Telani menyukai Panglima Alang Yahya, tetapi dia terus berusaha memikat hati Telani dengan berbagai cara termasuk menggunakan pertolongan Tok Pawang.

Dalam pada itu, Teratai (adik Panglima Ali) mencintai Panglima Alang Yahya dalam diam. Panglima Alang Yahya tidak tahu yang Teratai menyimpan hati terhadapnya.

Krisis mula timbul apabila Baginda Sultan menghadiahkan kalung emas kepada Telani sebagai tanda sukanya Baginda terhadap persembahan tarian Telani disamping cuba memikat hati supaya mahu menjadi isteri Baginda.

Pemberian tersebut membuatkan Panglima Alang Yahya merasakan dirinya terlalu kecil dan menyangka Telani hanya bermain kata-kata dan lebih mementingkan kehidupan mewah. Tetapi Telani menafikannya dengan berkata, "sekali kasih tetap bertakhta dalam lubuk jiwaku. Tentang hati bang, kasihku telah subur disegenap liku jantung hatiku.

Rasanya tiada tempat lagi untuk orang lain hanya untukmu, untukmu bang."
Biduk lalu kiambang bertaut, apabila Panglima Alang Yahya merasa kesal kerana kecurigaannya tehadap kesetiaan Telani dan menarik balek kata-kata kesat yang telah diluahkan kepada Telani.

Kerana masih tidak berputus asa, Panglima Ali terus berusaha. Dan kesempatan yang baik diperolehinya apabila Panglima Alang Yahya dan Telani sedang bermadu kasih.

Dengan bersaksikan Datuk Bendahara, Panglima Alang Yahya dan Telani di bawa mengadap Baginda Sultan atas tuduhan berlaku sumbang.

Bagaimanapun, apabila Telani menyatakan yang dia benar-benar kasihkan Panglima Alang Yahya, Baginda merasa kecewa tetapi memperkenankan supaya mereka berdua berkahwin.

Ini menambahkan lagi kebencian Panglima Ali terhadap Panglima Alang Yahya kerana lain yang dirancang lain pula yang jadi. Dia kecewa kerana Telani terlepas ke tangan Panglima Alang Yahya.

Teratai juga kecewa, tetapi kerana kasihnya kepada Panglima Alang Yahya, pemergiannya ke samping Telani direlakannya.

Dalam satu perbincangan di istana, Panglima Alang Yahya telah diperkenankan oleh Baginda Sultan supaya diutuskan ke Lingga (di bawah naungan kerajaan Siak) untuk mengutip ufti.

Terpaksalah Panglima Alang Yahya meninggalkan Telani yang pada ketika itu sedang sarat mengandung.

Sepeninggalan Panglima Alang Yahya, Panglima Ali mengambil kesempatan cuba menggoda dan berlaku curang terhadap Telani tetapi telah diselamatkan oleh Teratai.

Kerana takutkan Telani mengadu kepada Panglima Alang Yahya atas perbuatannya itu, Panglima Ali telah berpakat dengan ketua lanun supaya membunuh Panglima Alang Yahya apabila dia pulang nanti.

Disebabkan Baginda Sultan masih tidak berpermaisuri, Datuk Bendahara telah mengulang sekali lagi supaya peminangan Puteri Nilawati dilakukan dan telah dipersetuju oleh Baginda.

Panglima Ali telah dilantik sebagai utusan dan boleh pergi meminang menggunakan Lanchang Kuning yang masih menunggu untuk dilancarkan.

Dendam Panglima Ali masih membara, dengan ugutan dia telah menyuruh Tok Pawang memberitahu Baginda Sultan supaya pelancaran Lanchang Kuning memerlukan korban.

Apabila dipersembahkan kepada Baginda Sultan, Baginda bersetuju tetapi Panglima Ali dan Tok Pawang tidak pula memberitahu bentuk korban yang bakal dilaksanakan.

Atas persetujuan Baginda Sultan itu, Panglima Ali pun menggunakan kesempatan tersebut menangkap Telani dan menjadikannya sebagai korban Lanchang Kuning.


ULASAN FK___

Saya menonton filem ini ketika awal penayangannya pada penghujung tahun 1962 ketika berusia 19 tahun. Kalau tidak silap saya di panggung wayang Odeon, Kuala Lumpur.

Saya tidak berapa seronok dengan filem ini kerana ia melibatkan penganyayaan (korban) perempuan bunting sulung yang saya anggap sadistic dan tidak sepatutnya berlaku dan dijadikan filem.

Apa yang saya suka tentang filem ini (sehingga kini) hanyalah lagu "Rintihan Kamaruzzaman" yang dinyanyikan oleh R. Ismail dan Siti Mariam.

Bagaimanapun, keadaan berubah. Dari masa ke masa saya menilai dan terus menilainya yang mana kesudahannya saya beranggapan ia merupakan salah satu filem yang terbaik diarahkan oleh M. Amin.

Kekuatan filem ini, bukan saja terletak kepada cerita tetapi juga fotografi (Tsin Ming Chin), suntingan filem (P.V. John) dan lagu-lagu (Wandy Yazid).

Katabual (dialog) juga berkesan disamping lakonan oleh Noordin Ahmad, Latiffah Omar, Yusoff Latiff dan Haji Arshad.

Kesemua elemen filem yang terdapat dalam filem ini dihasilkan dengan cukup sempurna.

Sungguhpun ini filem arahannya yang pertama, namun M. Amin telah memperlihatkan kemampuan seolah-olah dia sudah mengarahkan banyak filem.

Filem ini merupakan satu antara dua melibatkan perempuan bunting sulung. Pada tahun 1961, K.M. Basker mengarahkan filem "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang" dengan Maria Menado sebagai korban.

Dalam filem tersebut, Sultan (M. Amin) terlibat terus dengan kematian Maria Menado kerana memakan seulas nangka (kerana mengidam) milik Baginda.

Tetapi dalam filem ini Sultan (Yusoff Latiff) tidak tahu menahu siapa yang akan menjadi korban Lanchang Kuning.

Kematian Latiffah Omar (menjadi korban pelancaran Lancang Kuning) sengaja diada-adakan oleh Haji Arshad sebab dendamnya terhadap Latiffah Omar kerana cintanya tidak berbalas.

Agak menarik, filem ini pada keseluruhannya bertradisikan Melayu. Tidak ada langsung pengaruh filem Hindustan yang selama ini menjadi trend filem-filem Melayu.

Filem ini mengikut langkah "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang", "Hang Jebat", "Dang Anom" (Hussain Haniff) dan "Tun Fatimah" (Salleh Ghani).

Sungguhpun filem ini mengandungi kekuatan dari segi cerita, namun ia sudah seringkali dijadi filem - kisah kezaliman seorang Sultan.

Kalau tidak Sultan sendiri yang zalim Sultan menjadi zalim kerana orang-orang sekelilingnya mengambil sempatan kerana inginkan sesuatu atau mahu membalas dendam.

Dari segi lakonan, Noordin Ahmad sebagai Panglima Alang Yahya sudah tidak boleh dipertikaikan lagi kerana sesuai dengan peranannya. Latiffah Omar sebagai Telani pun demikian juga.

Rose Yatimah sebagai Teratai sederhana saja, begitu juga lakonan Yusoff Latiff, Siti Tg. Perak, Dollah Serawak, Shariff Medan dan Yem Jaffar.

Agak memeranjatkan lakonan Haji Arshad sebagai Panglima Ali. Sungguhpun pertama kali, kemampuannya berperanan jahat diperlihatkannya dengan begitu baik sekali.

Hanya sedikit kecacatan, sebagai panglima dia kelihatan terlalu muda dan ada kalanya ketawanya tidak natural dan terasa semacam dibuat-buat.

Selain itu, dialog kata-kata berangkai (puisi dan pantun) yang disusun bersama oleh M. Amin dan Shariff Medan dan ditutur dengan baik oleh semua pelakon membuatkan satu lagi kekuatan filem ini.

Lirik lagu "Rintihan Kamaruzzaman", "Patah Hati" ("Apa Dirajuk") dan "Sri Tambak" penuh bererti dan bermakna membuatkan filem ini pun penuh bererti dan bermakna.

Musik dan lagu disusun semula oleh Wandy Yazid dari lagu-lagu Melayu asli lama yang sudah popular. Susunan musik (latar belakang dan lagu) menambahkuatkan lagi filem ini.

Pada keseluruhannya (pada saya), filem arahan M. Amin ini menarik dan memuaskan.


LAGU-LAGU___

* Tarian Bentan Telani (Siti Mariam)

* Sri Tambak (Siti Mariam & R. Ismail)

* Rintihan Kamaruzzaman (Siti Mariam & R. Ismail)

* Patah Hati (Kamariah Ahmad)

* Olek Raja (Siti Mariam)


KELUHAN M. AMIN___

M. Amin menganggap filem "Lanchang Kuning" sebagai lambang kegemilangannya sepanjang pembabitan dalam dunia filem Malaysia.

Menurutnya, filem tersebut merupakan filem pertama arahannya selepas mendapat kepercayaan Tom Hodges yang menguasai Cathay Keris Film ketika itu.

Bagaimanapun, M. Amin menegaskan, disebalik kegemilangan itu dia melalui liku-liku yang sangat mengecewakan apabila bangsanya sendiri tidak yakin dengan keupayaannya sebagai pengarah filem.

Apabila tawaran sebagai pengarah filem sudah diterima, M. Amin mengemukakan dua cerita - "Lanun Si Bongkok" dan "Lanchang Kuning".

"Kedua-dua cerita itu diluluskan tetapi saya memulakan dengan Lanchang Kuning," katanya.

M. Amin seterusnya memberitahu, disebabkan "Lanchang Kuning" filem arahannya yang pertama ramai pelakon terkenal pada masa itu menolak tawarannya untuk berlakon dalam filem tersebut.

"Peranan jahat iaitu Panglima Ali pada mulanya ditawarkan kepada Mahmud June tetapi dia menolak atas alasan sibuk. Tetapi saya tahu dia tidak mahu berlakon kerana tidak yakin dengan kebolehan saya."

M. Amin menambah, "pelakon lain mahu berlakon kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan saya. Noordin Ahmad adalah anak angkat saya manakala Latiffah Omar pula saya anggap sebagai anak angkat juga kerana ibunya selalu meminta saya menjaganya disebabkan dia sibuk bekerja di studio."

Bukan itu saja, selepas selesai penggambaran (memakan masa 49 hari) dia menghadapi masaalah lagi apabila tiada penyunting filem anak Melayu mahu menyuntingnya.

"Kata mereka," M. Amin menerangkan, "filem tersebut susah untuk di sunting." Dengan itu dia pun meminta bantuan P.V. John. Bersamanya M. Amin melakukan suntingan di sebelah malam.

Apabila ditayangkan, "Lanchang Kuning" mencatat kejayaan box office mengatasi kutipan semua filem yang ditayangkan sebelum itu.

"Di Kuala Lumpur saja, tayangannya hampir dua bulan. Saya masih simpan sijil pengesahan itu," ujar M. Amin.


M. AMIN TERIMA PUJIAN___

Kerana dua filem arahannya - "Lanchang Kuning" dan "Chuchu Datok Merah" - M. Amin telah menerima surat pujian Tom Hodges, penguasa Cathay Keris Film.

Mengenai perkara tersebut, dalam ulasannya (lidah pengarang majalah Arena Filem) keluaran 17 Mac 1963 tercatat,

Pengarah M. Amin telah mendapat penghormatan dari studio Cathay Keris kerana kejayaan mengarahkan filem "Lanchang Kuning" dan "Chuchu Datok Merah". Tom Hodges pengeluar filem Cathay Keris dengan terus terang mengakui bahawa penghormatan ini diberikan kepada M. Amin ialah kerana kedua-dua filem arahannya telah memecah rekod penjualan tiket dan memberikannya kejayaan gemilang kepada studio Cathay Keris.

Penghormatan yang diberikan oleh studio ini merupakan satu galakan kepada pengarah-pengarahnya untuk mereka lebih giat lagi memenuhi tugas-tugasnya mengikut kemahuan dan selera para penonton disamping menjadi alat memperkembangkan seni budaya bangsa.

Hendaknya pengarah-pengarah Melayu di studio-studio tempatan umumnya dapatlah benar-benar memberikan bimbingan kepada masyarakat melalui saluran-saluran perfilemannya sedapat dan secepat mungkin. Bawalah masyarakat ke dunia nyata bukan dunia pura-pura dan dunia khayalan sebagaimana dialami oleh kita sekarang ini.

Penghormatan diberikan kepada seorang yang berjaya memang sudahlah kena tempatnya. Harapan kita semoga kejayaan tersebut tidak hanya sampai setakat itu saja lebih jelas lagi khususnya kepada pengarah muda M. Amin tidak merasa puas dengan kejayaan ini. Malahan akan terus memaju dan meningkatkan lagi mutu perfileman bangsa Melayu.

Kepada M. Amin kita juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini. Mudah-mudahan filem-filem arahannya yang akan datang lebih baik dan sebenar-benar dapat dijadikan cermin perbandingan disamping menjadi alat penghiburan.



M. AMIN TERIMA SEBILAH KERIS___

Pada penghujung tahun 1971, untuk menghargai filem arahannya yang ke-30 (Semusim Di Neraka") Cathay Keris Film telah menganugerahkan kepada M. Amin sebilah keris.

Agak menarik, keris tersebut pernah digunakan dalam penggambaran filem "Lanchang Kuning" yang merupakan filem pertama yang diarahkannya.

Menurut M. Amin, filem "Semusim Di Neraka" bukan saja filem drama yang menyayat hati tetapi juga filem pertarungan hebat di mana kesaktian dan pencak silat pendekar mengambil peranan penting.















MARI KITA MENYANYI LAGU "RINTIHAN KAMARUZZAMAN"



(sumber: diambangsore)

"RINTIHAN KAMARUZZAMAN"

Sunyi sepi
Tiada bermaya
Alam nan indah
Tiada ertinya

Tiada ku duga
Fitnah mendatang
Kasih yang suci
Putus terhalang

Wahai awan
Bergulung putih
Bawa lah pesan
Penyambung kasih

Angin bayu
Bertiup lalu
Sampaikan lah
Rintihan kalbu

Angin bayu
Bertiup lalu
Sampaikan lah
Rintihan kalbu


Penyanyi R. ISMAIL & SITI MARIAM
Lagu WANDY YAZID















(sumber: asp504)


FAKTA____

* Filem pertama yang diarahkan oleh M. Amin.

* M. Amin merupakan anak Melayu ke-4 dilantik sebagai pengarah filem di Cathay Keris selepas S. Roomai Noor, Hussain Haniff dan Salleh Ghani.

* Filem pertama Haji Arshad memegang peranan jahat.

* Noordin Ahmad turut berlakon dalam filem "Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang".

* Selain filem ini, dua lagi dibuat penggambaran serentak ialah "Mata Shaitan" (Hussain Haniff) dan "Badang" (S. Roomai Noor).

* Nama Ahmad Nisfu dan M. Babjan sebagai pelakon tidak tercatat di credit title.

* "Lanun Si Bongkok" menjadi filem arahan M. Amin yang pertama di Merdeka Studio tetapi tajuknya ditukar kepada "Penyamun Si Bongkok."

* Selepas filem ini, M. Amin mengarahkan pula filem keduanya "Chuchu Datok Merah" yang dibintangi juga Noordin Ahmad dan Latiffah Omar.

* Pertama kali Noordin Ahmad berlakon bersama Latiffah Omar dalam filem "Panggilan Pulau" (studio MFP) yang diarahkan oleh S. Ramanathan.

* Filem pertama lakonan Noordin Ahmad dan Latiffah Omar di Cathay Keris Film, "Serangan Orang Minyak" yang diarahkan oleh L.Krishnan.

* Di studio MFP, dua filem Latiffah Omar dan Yusoff Latiff sebagai heroine dan hero - "Bernoda" (S.Ramanathan) dan "Menyerah" (K.M.Basker).