"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, September 30, 2013


LAGU MELAYU CIPLAKAN HINDUSTAN (1)

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




(Sumber: Andriano Steven Partinson)

NAGIN (1954)
Cerita mengenai, dua puak adivasi berkonflik bagi mempertahankan hak masing-masing. Anak perempuan ketua suku Nagi, Mala (Vyjayanthimala), bersumpah membunuh anak lelaki ketua suku Ragi, Sanatan (Pradeep Kumar), kerana mahu membalas dendam. Menceroboh masuk ke wilayah musuh, Mala terpesona dengan tiupan musik (seruling) Sanatan (yang dimainkan pemusik Kalyanji Virji Shah). Bila bertemu, Mala mendapati peniup seruling ialah Sanatan. Mereka jatuh cinta, tetapi mendapati sukar medamaikan permusuhan antara kedua-dua puak dan menentang percubaan penjahat Prabir (Jeevan) yang tidak mahu perkahwinan Mala dan Sanatan menjadi kenyataan. Pelakon: Pradeep Kumar Vyjayanthimala Jeevan Mubarak I.S. Johar Pengarah: Nandlal Jaswantlal Pemusik: Hemant Kumar


"MERA DIL YE PUKARE AAJA"
Vyjayantimala (Lata Mangeskar)
Filem: NAGIN (Sumber: UltraHindi)


"PUJAAN HATIKU" (Zainab Majid)
# Tajuk digunakan "Pujaan Hatiku" bukan "Kau Di Hatiku".
(Sumber: PakLong Klasik)


"PUJAAN HATIKU" (Sharifah Aini)
(Sumber: Eliyzas)


"PUJAAN HATIKU" (Sudirman)
(Sumber: OldToad63)

LAGU "Pujaan Hatiku" nyanyian Zainab Majid cukup popular suatu ketika dulu (di tahun-tahun 1950an), begitu juga "Airmata Kasih" dendangan R. Azmi. Dua lagu tersebut telah menarik hati Sharifah Aini dan Sudirman merakamkannya semula ke piringhitam di zaman populariti mereka,
di tahun-tahun 1970an.

Zainab Majid dan R. Azmi pasti tahu lagu-lagu tersebut saduran dua filem Hindustan, tetapi kemungkinan besar Sharifah Aini dan Sudirman tidak tahu ianya petikan dari dua filem Hindustan yang diminati ramai hingga kini dan sudah pun dianggap klasik.

"Pujaan Hatiku" berdasarkan lagu "Mera Dil Ye Pukare Aaja" nyanyian Lata Mangeshkar dari filem "Nagin", manakala "Airmata Kasih" ialah lagu "Andhe Jahan Ke Andhe Raaste" nyanyian Talat Mahmood dan filemnya "Patita".

Tidak dapat dinafikan lagi, dua penyanyi lagu-lagu Hindustan (berlirikkan Bahasa Melayu) di tahun-tahun 1950an dan 1960an yang cukup popular sampai kini, R. Azmi dan Zainab Majid dan di antara mereka berdua, duduk paling atas ialah R. Azmi.

Disamping R. Azmi dan Zainab Majid, ada juga beberapa penyanyi lain turut merakamkan ke piringhitam lagu-lagu Hindustan tetapi tidak sepopular mereka, antaranya Nona Asiah, Rokiah Wandah, Razak Majid, Momo, Kamariah Noor dan A. Rahman.

R. Azmi dan Zainab Majid banyak menyanyikan lagu Hindustan dari filem-filem Hindustan yang mendapat sambutan hangat atau box office seperti antaranya "Aar Paar", "Patita", "Nagin", "Jaal", "Mr. & Mrs. 55", "Howrah Bridge", "Ashiana" dan "Miss Coca Cola".

Memang benar penyanyi-penyanyi kita menceduk lagu-lagu Hindustan dan di bahasaMelayukan, tetapi lagu-lagu Hindustan itu sendiri menciplak juga, terutama lagu-lagu popular Barat dan diminati ramai.

Mungkin ramai yang terperanjat, mengikut statistik SmashHit (sebagai contoh), setiap 1,000 lagu Hindustan yang dihasilkan di India, 80% hingga 90% adalah saduran atau ciplak. Hebat, bukan?

TERSANGAT BANYAK

Banyak, terlalu dan tersangat banyak, tetapi yang dapat di catat dan di kesan di YouTube antaranya "Quizas Quizas Quizas" ("Babuji Dheere Chalna", Aar Paar) dan "My Darling Clementine" ("Aei Dil Hai Mushkil Jenna Yahaan", C.I.D.)

"My Darling Clementine" merupakan lagu asli (folk) Amerika ciptaan Percy Montrose pada tahun 1884, tetapi dikatakan juga ciptaan H.S. Thompson berdasar lagu "Down By The River Liv'd A Maiden".

"Quizas Quizas Quizas" pula adalah lagu ciptaan pencipta lagu Cuba, Osvaldo Ferres, pada tahun 1947 berlirikkan bahasa Sepanyol, kemudian di bahasaInggeriskan oleh Joe Davis.

Ramai yang telah menyanyikannya termasuk Caterina Valente (1955), Nat King Cole (1958), Doris Day ("Perhaps, Perhaps Perhaps", 1964), Trini Lopez (1964) dan Jennifer Lopez & Andrea Bocelli (2013).

Di bahagian pertama ini (1), marilah kita sama-sama memperolehi fakta dan menikmati lagu-lagu Hindustan berlirikkan bahasa Hindi dan Melayu yang di cari di kumpul dan di susun oleh Zaini Yusop.

Di bahagian kedua nanti (2), akan di senarai lebih banyak lagi termasuk lagu-lagu nyanyian P. Ramlee yang di ceduk dari lagu-lagu petikan filem-filem Hindustan, dan ada di antaranya mungkin akan memeranjatkan anda semua.

Saya dan Zaini sudah lama tersentak.




(Sumber: Biscoot Talkie)

PATITA (1953)
Cerita mengenai, Radha melakukan pengemisan untuk menyara diri dan bapanya yang lumpuh dan sakit. Mereka hidup dalam pondok buruk kecil, di bawah ancaman berterusan pengusiran tuan tanah yang mereka sewa dan tidak di bayar sudah beberapa bulan. Radha kemudian bertemu Nirmal Chander yang ingin melihat dia meningkatkan kehidupan dengan mendapatkan pekerjaan, bekerja di kilang. Nirmal kemudian menjemput Radha mememui ibunya, dan meminta restui perkahwinannya dengan Radha, yang dipersetujuinya. Nirmal juga bertujuan meminta kebenaran ayah Radha, tetapi apabila dia pergi untuk mendapatkannya, Nirmal mendapati Radha dan ayahnya hilang. Usahanya mencari mereka sia-sia, kemudian selepas beberapa bulan, Nirmal mendapati Radha berada dalam pondok kecil usang bersama Mastram dan seorang kanak-kanak yang diakui sebagai anaknya tetapi dia belum berkahwin. Siapakah bapa kandung kanak-kanak itu? Pelakon: Dev Anand Usha Kiron Lalita Pawar Agha Pengarah: Amiya Chakrabarty Pemusik: Shankar Jaikishan


"ANDHE JAHAN KE ANDHE RAASTE"
Agha (Talat Mahmood)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)


"AIRMATA KASIH" (R. Azmi)
(Sumber: Manzboyle)


"AIRMATA KASIH" (Sharifah Aini)
(Sumber: Yuyie79)


"AIRMATA KASIH" (Sudirman)
(Sumber: Muhammad Izzudin)


"YAAD KIYA DIL NE KAHAAN HO TUM"
Dev Anand & Usha Kiron (Hemant Kumar & Lata Mangeshkar)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)


"DI MANA KAU" (R. Azmi & Nona Asiah)
(Sumber: Njendra)


"KISI NE APNA BANA KE MUJHKO"
Usha Kiron (Lata Mangeshkar)
Filem: PATITA (Sumber: Rumahale)

# Tidak ada di YouTube
"SI PUTIH KUNING" (R.Azmi)


"TUJHE APNE PAAS BULATI HAI"
Agha (Talat Mahmood)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)

# Tidak ada di YouTube
"TIDAK BERIBU" (R. Azmi)




(Sumber: bbc Gaane)

AAR PAAR (1954)
Cerita mengenai, Kalu bekerja sebagai pemandu teksi di Mumbai. Dia mempunyai dua wanita jelita (Shyama dan Shakila) sebagai kekasih yang suka kepadanya dan ingin mengahwininya. Kalu, bagaimanapun, terlebih dulu mahu menguatkan kedudukan dirinya sendiri dan menjadi kaya, sebelum dia boleh berfikir tentang perkahwinan. Shyama yang menyukainya mempunyai bapa yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti gangster dan jenayah, dan mahukan Kalu juga turut menyertainya supaya dia boleh mendapatkan menantu yang kaya. Kalu kini mempunyai dua pilihan, samada untuk menjadi kaya cepat atau tidur yang lebih lena dan tidak bermasalah. Pelakon: Guru Dutt Shyama Jagdish Sethi Shakila Jagdeep Johny Walker Pengarah: Guru Dutt Pemusik: O.P.Nayyar


"BABUJI DHEERE CHALNA"
Shakila (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: UltraHindi)


"KERANA MATA" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"QUIZAS QUIZAS QUIZAS" (Nat King Cole)
(Sumber: Bmwklasik)


"PERHAPS PERHAPS PERHAPS" (Doris Day)
(Sumber: Dayniac4324)


"HOON ABHI MAIN JAWAAN AYE DIL"
Shakila (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: UltraHindi)


"KECANTIKAN" (Zainab Majid)
(Sumber: PakLong Klasik)


"SUN SUN SUN ZALIMA"
Shyama & Guru Dutt (Geeta Dutt & Mohd. Rafi)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)


"JA JA JA JA BEWAFA"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)


"AKU MERANA" (R. Azmi)
(Sumber: ZamShahRizal)


"YEH LO MAIN HAARI PIYA"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)

# Tidak ada di YouTube
"KEKASIHKU SAYANG" (Zainab Majid)


LAGU-LAGU LAIN NYAYIAN R.AZMI, ZAINAB MAJID, ROKIAH WANDAH DAN RAZAK MAJID YANG TERDAPAT DI YOUTUBE___




"AAJA RE AB MERA DIL"
Nargis & Raj Kapoor (Lata Mangeshkar & Mukesh)
Filem: AAH (Sumber: RK Film)


"MARILAH" (Razak Majid & Zainab Majid)
(Sumber: PakLongKlasik)


"YEH RAAT BHEEGI BHEEGI"
Nargis & Raj Kapoor (Lata Mangeshkar & Manna Dey)
Filem: CHORI CHORI (Sumber: UltraHindi)


"CAHAYA BULAN DI AIR TENANG" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"MAI NA JAANO"
Mohana (Lata Mangeshkar)
Filem: ASHIANA (Sumber: Bemused321)


"MAI NA JAANO"
Mohana (Lata Mangeshkar)
Filem: ASHIANA (Sumber: Sepl VintageMovies)
# Lihat minit yang ke 78


"KU TAK TAHU" (R. Azmi)
(Sumber: DezyDizzy)


"TANDHI HAWAYEIN LEHRATI AAYE"
Nalini Jaywant (Lata Mangheskar)
Filem: NAUJAWAN (Sumber: Maskalandr)


"TINGGAL KENANGAN" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"AYE DIL MUJHE BATA DE"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: BHAI BHAI (Sumber: Rajshri)


"SENYUMAN YANG MANIS" (R. Azmi)
(Sumber: PuciTau)


"YEH KYA KAR DAALA TUNE"
Madhubala (Asha Bhosle)
Filem: HOWRAH BRIDGE (Sumber: Rajshri)


"KALAU SUDAH TERGODA" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"JAANE KAHAN MERA JIGAR GAYA JI"
Johnny Walker & Cuckoo (Geeta Dutt & Mohd. Rafi)
Filem: MR. AND MRS. 55 (Sumber: UltraHindi)


"PEMUDA PEMUDI" (R. Azmi & Rokiah Wandah)
(Sumber: Njendra)




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.