"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, October 25, 2013


12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN






Di Cari Di Susun & Di Nilai
Oleh ZAINI YUSOP




PENYANYI NOMBOR 2 NEGARA SELEPAS P. RAMLEE

SUKAR, memang sukar. Payah, memang payah.

Begitulah konklusi, apabila saya di suruh membuat penilaian dan memilih 12+1 lagu terbaik Sudirman.

Ketika menilai lagu-lagu Rafeah Buang (Klik Di Sini), saya tidaklah sesukar dan sepayah ini. Nyata sekali Sudirman memang guinness, dan layak di gelar "Penghibur Nombor 1" di zamannya, dan berada di 'rangking' nombor 2 (kategori penyanyi) di bawah P. Ramlee.

Pada satu peringkat, saya 'give up'. Tidak mahu menilai dan membuat pilihan. Sebab, tidak tahu mana satu mahu di pilih. Semuanya bagus belaka, semuanya menarik belaka, baik lagu mahupun liriknya.

Tetapi saya kena sergah (siapa lagi, kalau bukan Mustafar A.R.). Kemarahannya itu, tidak mencuakkan saya, kemarahan peminat-peminat Sudirmanlah yang me'mimpi ngeri'kan saya.

"Bukankah ini penilaian dan pemilihan U seorang, tidak melibatkan sesiapa pun," katanya dan menambah, "lagi pun kita dah berjanji dengan 'followers' FKM, kan."

"Habis, kena buat juga?", tanya saya ragu-ragu dan cuba membantah. Tetapi...

Saya terpaksa akur, apabila katanya, "tahu kan Rafeah, banyak e-mail kita terima memuji U kerana pilihan yang mereka anggap tepat dan betul, yang tidak setuju berapa kerat sangat. Biasalah tu."

Ya tak ya, betul juga kata dia.

Akhirnya, setelah di buat kajian dan menilai kesemua lagu Sudirman yang kebetulan ada dalam simpanan saya yang berbentuk album (lp), kaset, vcd, dvd dan juga youtube, terciptalah sebagaimana yang dicipta.

SECARA MUTLAK

Bagaimanapun, saya tidak memasukkan lagu-lagu saduran (kecuali terlepas pandang) dan juga lagu-lagu berBahasa Inggeris.

Sebagai contoh, album "Twinkle Twinkle Little Star" dan lagu R. Azmi seperti "Air Mata Kasih".

Hanya lagu-lagu rakaman piringhitam, original sound track (ost), di nilai. Tidak pada yang lain. youtube, sekadar di buat semakan (terutama lirik) bukan untuk di nilai.

Untuk +1 penilaian dan pemilihannya bebas. Bergantung pada budibicara saya seperti saduran, berBahasa Inggeris, pertunjukan pentas, program hiburan tv dan sebagainya.

Perlu diberitahu dan diingatkan, seperti juga Rafeah, pemilihan dan penilaian lagu-lagu terbaik Sudirman 12+1 ini, bukan di buat secara mutlak atau sah.

Pemilihan di buat saya seorang saja, kemudian di 'endorse' oleh FKM. Ertinya, hanya Mustafar A.R. mengiktirafkannya. "No body involve. Just me, I'm alone."

Penilaian dan pemilihan berdasarkan beberapa kateria, termasuk:

* Ciptaan lagu
* Keindahan lirik
* Kesesuaian suara
* Corak persembahan & penyampaian
* Susunan musik
* Iringan musik, kumpulan musik atau orkestra


Sekali lagi di tegaskan, tidak ada cop mohor besar bagi menentukan lagu-lagu tersebut yang terbaik dan terbagus.

Dan, paling penting untuk hiburan kita bersama di samping memberi penghormatan (tribute) kepada seorang selebriti yang banyak jasanya dalam dunia seni tanahair terutamanya musik dan lagu.

Di harap pemilihan dan penilaian lagu terbaik 12+1 Sudirman ini, tidak di pertikaikan apatah lagi di polimikkan, sebab itu bukan maksud dan tujuannya.

Sekiranya ada, peminat-peminat FKM, yang ingin membuat pemilihan dan penilaian masing-masing, sila catatkan di ruang komen.



Album "Orang Kampung" yang mengandungi lagu penuh sayu dan syahdu, "Salam Terakhir".


PILIHAN PERTAMA (Sumber: Khairul Hilmi)

SALAM TERAKHIR

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepadamu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
BersamanyaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
BersamaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersamamu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Lagu: MANAN NGAH
Lirik: HABSAH HASSAN


SEDIKIT MENGENAI "SALAM TERAKHIR"___

Lirik "Salam Terakhir" terdapat dalam album "Orang Kampung" dan menjadi salah satu lagu yang seringkali dimainkan serta dinyanyikan berulangkali sebagai memperingati kematiannya.

Mendengar dan mengamati liriknyanya, Sudirman seolah-olah mengetahui yang dia tidak akan hidup lama. Lagu cukup sayu dan syahdu, apatah lagi di sampaikannya dengan sepenuh perasaan seperti dia mahu meninggalkan dunia yang fana' ini.

Penghayatan dapat dijiwai sepenuhnya kerana, pada waktu itu, dia baru saja bercerai dengan Kay. Ini bermakna kemungkinan "Salam Terakhir" merujuk kepada salam perpisahannya dengan isterinya itu atau memang berkaitan dirinya yang akan pergi buat selama-lamanya.

"Tapi yang pasti, saya tulis seni kata lagu itu bukan kerana saya sudah tahu Sudirman akan meninggal dunia," kata Habsah.

Sudirman berkahwin dengan Kay (Kamariah Jamaluddin) 14 Februari 1981, tetapin berpisah 25 Mei 1984.

Kata Habsah lagi, daripada perbualan mengenai kekecewaan terhadap perceraiannya itu, Sudirman terus bercakap berkaitan dengan soal hidup dan mati dirinya.

"Antara kata-katanya pada saya, "Saya fikir saya takkan hidup lama, saya akan mati muda".


Berlinang airmata saya, bila menatap album "SUDIRMAN perasaan" yang di berikannya kepada Mustafar A.R. yang masih berada dalam simpanan saya. Tercatat di cover album tulisan tangannya: Sdr. Mustaffa A.R., Hormat dari saya, Sudir 24/7/79. Tidak terduga, 13 tahun kemudian dia
sudah tiada lagi
.


PILIHAN KE-2 (Sumber: Muhammad Izzuddin)

SENJA BERULANG SENJA

Senja berulang rindu
Dan ku sebut namamu
Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
Bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih di mana janji
Dan kau teruskah lari
Dari ku yang menanti
Engkau kah itu

Biarkan kemesraan berlalu
Bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih di mana janji
Dan kau teruskah lari
Dari ku yang menanti
Engkau kah itu

Huuu... huuu... huuu,,,
Huuu...huuu...huuu...

Lagu: A.R.ISMAIL
Lirik: ZAIHASRA


Ada dua pengertian - Sudirman kul it! (berkesejukan) atau sedang bergambar untuk kulit album?

PILIHAN KE-3 (Sumber: Anak Johor)

PENYU MENANGIS

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah airmatanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu...

Lagu: SUDIRMAN
Lirik: J.M. AZIZ


Jelaslah sudah, Sudirman penghibur rakyat. Ertinya, dia
kepunyaan rakyat.

PILIHAN KE-4 (Sumber: Mimi Afiqah)

BILA WAJAHMU KU BAYANGKAN

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Bila kasihmu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkanmu

Pernah dulu pernah ku di cinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Di cinta begini

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Bila kasihmu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkanmu

Pernah dulu pernah ku bercinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Bercinta begini

Bila kasihmu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkanmu

Pernah dulu pernah ku di cinta
Berkasih bermanja
Tiada tiada pernah ku alami
Bercinta begini

Bila wajah mu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Lagu: S.ATAN
Lirik: SUDIRMAN


Album berBahasa Inggeris "Twinkle Twinkle Little Star" keluaran EMI (1981) yang mengandungi 11 lagu termasuk "Sabar Menanti".

PILIHAN KE-5 (Sumber: Teja Ratna Benggala)

DI DALAM SEPI ITU

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terperdaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyeksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Aku terperangkap dalam diri
Aku terperdaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyeksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Lagu: MANAN NGAH
Lirik: HABSAH HASSAN


Sudirman di hari persandingan disamping isterinya yang tersayang, Kamariah Jamaluddin atau nama glamornya 'Kay'. Akhirnya berpisah juga.


SEDIKIT MENGENAI SUDIRMAN___

Sudirman memulakan kariernya sebagai penyanyi apabila memenangi gelaran "Juara Bintang RTM 1976" di Melaka pada 11 Ogos 1976. Selain itu, dia juga satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (19 Mac 1989) dari Pahang, sebelum kehadiran Siti Nurhaliza.

Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia".

Sudirman juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai penyanyi, penghibur, penggubah lagu, penulis lirik, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

Dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang, dia merupakan anak kepada Hajah Romlah Dahalan dan Haji Arshad Haji Hassan.

Bapanya mendapat ilham menamakannya "Sudirman" sempena nama pahlawan (pejuang) Indonesia, Soedirman, kerana mahukan anaknya itu menjadi pahlawan yang hebat.

Sudirman, juga mesra disapa sebagai "Diman" oleh ahli keluarganya. Ibu bapanya pernah menjual kain ela dan pakaian. Ibunya juga mengambil upah untuk membuat sulaman dan membuka kelas jahitan. Banyak peniaga di sekitar kawasan pekan sering mengambil upah dari ibunya.

Sudirman anak bongsu, adik beradik yang lain Zainuddin, Rodziah, Basir, Roslan dan Noraini. Sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana-mana sahaja.

Memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Abu Bakar di Mentakab, (1963-1968), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia di Temerloh, (1969-1971) sehingga menamatkan Tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan, (1972-1975) sampai ke Tingkatan 6.

Sebelum memasuki Tingkatan 6, dia menjalani kursus persediaan di Universiti Teknologi Mara (Institut Teknologi Mara), Petaling Jaya. Dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negera tetapi di tolaknya, kerana menyertai Bintang RTM 1976

Pada 1976, dia melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, Sudirman masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.

Pada 1980, dia menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.

Sudirman mula mencipta nama sebagai penyanyi, apabila berjaya menjadi juara Bintang RTM 1976 yang telah diadakan di Dewan Pay Fong, Melaka pada 11 Ogos 1976.

Dia menyanyikan lagu "Seruling Bambu" dan "Big Spender In The Cabaret".

Sudirman meninggal dunia di Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992.



Sudirman patriotik orangnya. Terdapat dalam albumnya ini lagu "Warisan", "Di Bumi Bertuah", "Tegakkan Bendera Kita" dan "31 Ogos".


PILIHAN KE-6 (Sumber: Upponco Ponco)

MERISIK KHABAR

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram siang ku kelam
Ku kegelisahan mencari-cari
Kemana pergi harga diri ini...

Bertanyakan berita merisik khabar
Mendengar cerita melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka dihati...

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
Oh... oh...

Malam ku suram siang ku kelam
Ku kegelisahan mencari-cari
Kemana pergi harga diri ini...

Bertanyakan berita merisik khabar
Mendengar cerita melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka dihati...

Lagu: MANAN NGAH
Lirik: HABSAH HASSAN


Ya, kau Sudirman. Seperti P.Ramlee, namamu akan di sebut hingga 100 atau 1000 tahun lagi.


PILIHAN KE-7 (Sumber: RealVNC)

DI MANAKAH NILAI CINTAMU

Di manakah nilai cintamu
Oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu
Dengan dia itu
Di depan mataku

Tak kusangka sanggup hatimu
Menduakan diriku
Setelah ku beri cinta
Serta jiwa raga
Engkau musnahkannya

Di manakah nilai cintamu oh kasih
Engkau musnahkan
Di kala aku merindu
Di manakah sumpah dan janjimu dulu
Untuk bersama berdua kita bersama

Hancur hampa terima berita
Kini kau diijabkabulkan
Berbahagia dan sejahtera
Dengan dia itu
Hatiku terharu

Berlinang airmata ini
Keranamu oh kasih
Tak pernah terduga hatiku
Begitu murahnya
Cintamu padaku

Lagu: MAHZAN MANAN
Lirik: MAZMAN


Tak pernah terduga dihati Sudirman begitu murahnya cinta Kay padanya.
Wallahu a'lam. Allah saja yang tahu.


SEDIKIT KOMEN MUSTAFAR A.R. MENGENAI SUDIRMAN___

Satu perkara saya sukakan Sudirman, ketawanya.

Hingga kini ketawanya itu masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya tidak ingat bila saya menemui Sudirman, face to face.

Tetapi lagu "Hidup Sederhana (Basikal Tua)" membuat hati saya tertarik padanya.

Saya sering menulis mengenai Sudirman (tersiar dalam akhbar dan majalah), bagaimanapun tidaklah sehebat Bahyah Mahmood (BAM).

Dalam kerjaya, saya seiring dengannya. Saya wartawan dia penyanyi.

Sudirman berakhir dengan kematian pada 22 Februari 1992, saya berakhir dengan persaraan pada 28 Ogos 1998.

Banyak perkara dan peristiwa bersamanya saya tidak ingat.

Begitu pun juga, ada yang masih segar dalam ingatan.

* Krisisnya dengan Ahmad Nawab. Topiknya, komen Sudirman mengenai lagu (apa lagi kalau bukan lagu?) yang menyingung perasaan Ahmad Nawab. Apa komennya, saya lupa.

Mereka bersemuka, dan saya ada bersama dengan beberapa wartawan hiburan yang lain.

Tempatnya di pejabat Ahmad Nawab (syarikat piringhitam WEA) di belakang Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Kehamblean Sudirman memohon maaf pada Ahmad Nawab (ketika itu sedikit hot), menjadikan suasana tenang dan aman yang mana akhirnya berkesudahan dengan kedamaian.

* Suatu pertemuan (persidangan akhbar dan pengambilan foto untuk publisiti) telah di atur untuk Sudirman dan Noor Kumalasari di sebuah rumah banglo di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Wartawan dan jurugambar berpeluh-peluh menunggu dan menanti, hingga timbul perasaan bosan dan marah.

Apabila sampai (kelewatan berpunca ada program lain), kemaafannya (juga Noor Kumalasari), dengan memberi alasan yang munasabah membuat kami yang 'sabar menanti' bersimpati pula dengan mereka, tidak jadi marah.

Program yang di rancang di laksanakan sebaik mungkin, walaupun sudah menghampiri senja.

* Suatu hari (tidak ingat tarikhnya), penyanyi lagu "Tak Mengapa" A. Rahman Hassan mengajak saya makan tengahari di Kelab Taman Tasik, Kuala Lumpur.

Sepanjang perjalanan ke kelab, kami berbual-bual tentang kesihatan Sudirman.

Dialognya lebih kurang begini:

Mustafar: "Betul ke, Sudirman sakit?" (Sengaja buat tak tau).

Rahman: "Ya, kritikal."

Mustafar: "Apa punca penyakitnya?"

Rahman: "Saya, tak tau". (Sengaja tak nak bagi tau).

Mustafar: "Dengar khabar, serius?".

Rahman: "Nampaknya, begitulah."

Mustafar: "Boleh sampai ke peringkat kematian, ke?"

Rahman: "Mungkin!..."

Tidak lama kemudian Sudirman menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Terdapat 10 lagu cinta. Selain "Pelangi Petang:, "Bila Wajah Mu Ku Bayangkan", "Ding A Ding Gale" dan "Kesepian".


PILIHAN KE-8 (Sumber: Upponco Ponco)

PELANGI PETANG

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Lagu: KASSIM MASDOR
Lirik: SUDIRMAN
Filem: KAMI


Selain "Hujan", terdapat dalam album ini lagu "Tiada Dendam Di Hati", "Teratai Menjelma" ciptaan Raja Kobat dan
"Jangan Kau Tanya".


PILIHAN KE-9 (Sumber: Hedaiki)

HUJAN

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Rindu lagi...

Lagu: SYED HARUN
Lirik: SYED HARUN


Yes. The Legend and still The Legend.


PILIHAN KE-10 (Sumber: JulaJuli)

HIDUP SEDERHAN (BASIKAL TUA)

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku sepanjang masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Walau kemana dia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat dia ketawa
Duduk di palang basikal tua

Biar pun aku hidup begini
Berbasikal pada setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu

Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu

Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemaniku sepanjang masa

Lagu: ABU FAHLA & SUDIRMAN
Lirik: SITI ZALEHA


Terdapat beberapa lagu menarik dalam album ini. Selain "Joget Kenangan Manis" lagu "Hidup Sedrehana (Basikal Tua)", "Biarlah Aku Sengsara Sendiri" dan lagu R. Azmi "Hoore! Hoore!"


PILIHAN KE-11 (Sumber: Allyna Zul)

JOGET KENANGAN MANIS

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulanglah segera kepada ku

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulanglah segera kepada ku

Lagu: S. ATAN
Lirik: HARON ABDUL MAJID


Apabila sudah cukup mesra, Sudirman memanggil Mustafar A.R. Abang Mus, tidak lagi Sdr. Mustafar. Ini terbukti catatan tulisan di cover albumnya seperti di atas. Sayang, sebahagian tandatangannya sudah terpadam.


PILIHAN KE-12 (Sumber: Zakaria Hamzah)

TERASING

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat terseksa diriku
Kerna kehilanganmu

Oh oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari kau tak kan kembali

Pemergianku mengisi permintaan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Lagu: MANAN NGAH
Lirik: HABSAH HASSAN


EKSTRA (+ 1) BERDUET DENGAN SHARIFAH AINI



Dua penyanyi yang cukup popular dalam arena lagu dan musik yang tidak boleh sesiapa pun mempertikaikannya.


PILIHAN ISTIMEWA (Sumber: OldToad63)

MAK INANG MELAYU

Sungguh Mak Inang orang Melayu
Sungguh Mak Inang orang Melayu

Cantik bagaikan si kucing genit
Cantik bagaikan si kucing genit

Siang dan malam selalu ku rindu
Siang dan malam selalu ku rindu

Rindu nak jumpa memadu kasih
Rindu nak jumpa memadu kasih

Cinta kasihnya yang ku gambarkan
Cinta kasihnya yang ku gambarkan

Tiada yang lain akan ku cari
Tiada yang lain akan ku cari

Wajahnya cantik bagai rang bulan
Wajahnya cantik bagai rang bulan

Tidur selalu terbawa mimpi
Tidur selalu terbawa mimpi

Hati ku resah bila tak jumpa
Hati ku resah bila tak jumpa

Tidur tak nyanyak makan tak kenyang
Tidur tak nyanyak makan tak kenyang

Bila berjumpa orang ku cinta
Bila berjumpa orang ku cinta

Walau sekejap hati pun tenang
Walau sekejap hati pun tenang

Sungguh Mak Inang tambatan hati
Sungguh Mak Inang tambatan hati

Tiada yang lain akan ku cinta
Tiada yang lain akan ku cinta

Biarlah mati kalau tak jadi
Biarlah mati kalau tak jadi

Begitu besar cinta padanya
Begitu besar cinta padanya


Lagu: COPYRIGHT CONTROL
Lagu asal: MAK INANG PULAU KAMPAI
Lirik: SUDIRMAN & SHARIFAH AINI


"Aku Penghiburmu", album pertama Sudirman bersama EMI.

Tahun di edarkan: 1978 (5 Oktober)
Syarikat rekord: EMI
Penerbit: AHMAD NAWAB

Album ini merupakan album pertamanya bersama EMI. Pada 2008, ia di keluarkan semula dalam bentuk cakera padat yang bertajuk "Timeless". Pada 2011 pula, EMI mencetaknya semula dalam bentuk cakera padat juga dengan menggunakan tajuknya yang asal.

Muka Satu
1. "Aku Penghiburmu" (Ahmad Nawab/Ernie)
2. "Mama (Untuk Saloma)" (Sudirman)
3. "Bila Hati Terpikat" (Akbar Nawab)
4. "Maya" (Hakcipta Terpelihara/Tiza)
5. "Jali Jali" (Hakcipta Terpelihara)
6. "Kerana Mata" (Hakcipta Terpelihara)

Muka Dua
1. "Kasih" (Ahmad Nawab/Rina)
2. "Jika Kau Pergi" (Hakcipta Terpelihara/Sudirman)
3. "Hanya Lagu" (Syed Harun)
4. "Cinta Dan Cita" (Hakcipta Terpelihara/Ernie)
5. "Gugur Di Tangkai Madu" (Ahmad Nawab/Ernie)
6. "Gadis Semalam" (S.Atan/Kamali Hudi)


FAKTA___

* 4 lagu ciptaan Manan Ngah masuk ke dalam senarai; 2
S. Atan dan Sudirman; dan setiap satu A.R. Ismail, Kassim Masdor, Syed Harun, Mahzan Manan dan Abu Fahla/Sudirman.
* 4 lirik ciptaan Habsah Hassan masuk ke dalam senarai; 2 Sudirman; dan setiap satu Zaihasra, J.M. Aziz, Mazman, Syed Harun, Siti Zaleha dan Haron Abdul Majid.
* Hanya satu lagu petikan filem "Kami" masuk ke dalam senarai.
* J.M. Aziz terkenal sebagai penyair berasal dari Seberang Takir, Terengganu, dan "Penyu Menangis" turut di jadikan buku.
* Sudirman peminat R. Azmi, antara lagu-lagu R. Azmi dipiringhitamkannya semula "Air Mata Kasih", "Hati Rindu", "Hoore! Hoore!" dan "Serba Salah".
* Banyak juga Sudirman menyanyikan lagu ciptaan Ahmad Nawab malah album pertamanya pun diterbitkannya. Tetapi tidak ada satu pun lagunya masuk ke dalam senarai.
* Jangan keliru, "Di Manakah Nilai Cintamu" dan "Nilai Cintamu" dua lagu yang berbeza.
* Syed Harun, teman sekampus Sudirman. Lagunya "Hanya Lagu" turut di abadikan dalam album "Aku Penghiburmu".
* Sudirman tidak pernah mengabaikan lagu-lagu Melayu asli, antara yang dipiringhitamkannya semula "Seri Sarawak", "Kuala Deli", "Damak" dan "Patah Hati"
* Ada tiga tempat di sebut Sudirman dalam lirik lagunya yang masuk ke dalam senarai. Dua Terengganu (Batu Remis dan Rantau Abang) dan satu Selangor (Kuala Kubu).
* Haiwan pula ada dua, penyu dan kucing.
* Sepatutnya bertajuk "Senja Berulang Rindu" (ini lebih menarik) bukannya "Senja Berulang Senja". Salah teknik, agaknya.
* "Twinkle Twinkle Little Star" merupakan album Sudirman berBahasa Inggeris, keluaran EMI, terbitan Reggie Verghese dan di edarkan pada 29 September 1981.
* "Kami" (arahan Patrick Yeoh, 1981) merupakan satu-satunya filem yang dilakonkan Sudirman.
* "My Morning Star" yang terdapat dalam album "Twinkle Twinkle Star" adalah terjemahan lagu "Sabar Menanti" nyanyian Broery Marantika (ciptaan Ahmad Nawab) petikan filem "Hapuslah Airmatamu" yang di bintangi Sharifah Aini dan Christine Hakim serta diarahkan oleh M. Amin.
* Haron Abdul Majid meninggal dunia di Singapura pada Oktober 2008.


ANTARA LAGU-LAGU YANG TELAH DIDENGAR & DINILAI___

* "31 Ogos"
* "8 Ke 4¼ (Punch Card)"
* "Abang Jangan Cuba
* "Abadi di Hati"
* "Aku Budak Kampung"
* "Aku dan Duniaku"
* "Aku dan Perasaanku"
* "Aku Penganggur"
* "Aku Penghiburmu"
* "Aku Temanmu"
* "Ana (Tidak Dapat Dilupakan)"
* "Anak Dunia"
* "Anak Gembala"
* "Antara Hujan dan Airmata"
* "Apa Khabar Orang Kampung"
* "Balik Kampung"
* "Bapak"
* "Baru Dapat Kerja"
** "Hidup Sederhana (Basikal Tua)"
* "Bercanda Di Pasiran Pantai" (bersama Anita Sarawak)
* "Berdendang Anak Dara"
* "Berpisah Akhirnya"
* "Biarku Sengsara Sendiri"
* "Bila Hati Terpikat"
* "Bila Sendirian"
** "Bila Wajahmu Kubayangkan"
* "Bimbang Terluka Lagi" (bersama Noorkumalasari)
* "Bintang Kejora"
* "Budak Baru"
* "Cahaya Hidupku"
* "Chow Kit Road! Chow Kit Road!"
* "Cinta"
* "Cinta dan Cita"
* "Cinta Di Sisimu"
* "Dari Jauh Ku Pohon Maaf"
* "Di Bumi Bertuah"
** "Di Dalam Sepi Itu"
* "Di Hari Persandingan Itu"
* "Di Suatu Pagi"
* "Dia Tiada Lagi"
* "Dikau Kekasih"
* "Dilema Dunia Cinta"
** "Di Manakah Nilai Cintamu"
* "Ding A Ding Gale (Kawin Lari)"
* "Engkau Segalanya"
* "Gadis Impian"
* "Gadisku"
* "Gadis Semalam"
* "Gerhana Di Hatiku"
* "Gerimis"
* "Gerimis Di Lautan"
* "Gugur Di Tangkai Madu"
* "Hanya Bagai Mimpi"
* "Hanya Lagu"
* "Hari Itu Dalam Kenangan"
* "Hidup Sederhana (Basikal Tua)"
* "Hidup Di Kota"
* "Hilang Berganti"
** "Hujan"
* "Hujan Semalam"
* "Ingin Ku Nyanyikan"
* "Impian Harapan"
* "Jamilah (Untuk Jururawat)"
* "Jangan Kau Curiga"
* "Jangan Kau Tanya"
* "Jangan Kau Lupa"
* "Janjimu Ku Kenang"
* "Jauh Di Sudut Hati"
* "Jika Kau Pergi"
** "Joget Kenangan Manis"
* "Kasih"
* "Kau Akan Kembali"
* "Ke Dunia Baru"
* "Kehadiranku"
* "Kelana"
* "Kenali Malaysia, Cintai Malaysia"
* "Kepulanganku"
* "Kerana Kau (Ku Kemari)"
* "Kesepian"
* "Kesian Dia"
* "Ketenangan Jiwa"
* "Kota Melaka Kota Bersejarah"
* "Ku Bersilat"
* "Ku Ingin Bersama"
* "Kul it!"
* "Ku Pandu Laju (Bersalah)"
** "Mak Inang Melayu"
* "Malam Ini"
* "Mama" (Untuk Saloma)
* "Mari Bergembira"
* "Mari Berlari (Jogging)"
* "Mat Disko"
* "Mawar Berduri"
* "Maya"
* "Melangkah Seiringan" (bersama Noorkumalasari)
** "Merisik Khabar"
* "Milik Siapakah Gadis Ini"
* "Nama Seindah Wajah"
* "Nilai Cintamu"
* "Oh Mengapa"
* "Orang Muda"
* "Pagi"
* "Patah Hati"
** "Pelangi Petang"
* "Pelita Hati"
** "Penyu Menangis"
* "Pertemuan Abadi"
* "Pesan Abang"
* "Pesta Dunia"
* "Pulang Dari Kilang"
* "Radio Malaysia (Sejak Dulu)"
* "Sabarlah Menanti"
** "Salam Terakhir"
* "Sebuah Cinta dan Harapan"
* "Selagi Hayatku Ada"
* "Selamat Hari Raya"
* "Selamat Malam Sayang"
* "Sengsara Sendiri"
* "Seniman Tua"
** "Senja Berulang Senja"
* "Sepetang di Pasar Minggu"
* "Sepetang di Pinggir Bukit"
* "Serba Sederhana"
* "Setelah Kau Tiada"
* "Surat Ku Yang Ini"
* "Tak Perlu Diucapkan"
* "Tanah Ini Tanahku (Milik Kita Bersama)"
* "Tegakkan Bendera Kita"
** "Terasing"
* "Teratai Menjelma"
* "Teriring Doa"
* "Tiada Dendam Di Hati"
* "Tidurlah (Sebelum Kau Pergi)"
* "Untuk Selamanya"
* "Untukmu"
* "Usah"
* "Warisan"
* "Warna Asmara"

# ** Lagu-lagu yang masuk dalam senarai 12+1.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik:
"The Kingdom And The Beauty" (Hong Kong)


FFAP10 (1963)
Filem Terbaik:
"Twin Sisters of Kyoto" (Tokyo)


FFAP19 (1973)
Filem Terbaik:
"Perkahwinan" (Jakarta)

FFAP24 (1978)
Filem Terbaik:
"Rites Of May"/"ITIM" (Manila)

FFAP25 (1979)
Filem Terbaik:
"Pengemis Dan Tukang Beca" (Jakarta)


FFAP30 (1985)
Filem Terbaik:
"Deep Blue Night" (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.