FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK TERAKHIR DISERTAI P.RAMLEE
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
P. Ramlee dan Rahayu Effendi.
Dua penyanyi terkenal, Bing Slamet dan Saloma.
Ratnoer Timoer bersama Latifah Omar dan Dayang Sofia.
Jins Shamsudin dan Emilia Contessa.
W.D. Mochtar dan Sharifah Hanim.
Dicky Dzulkarnean dan Sharifah Hanim.
Sharifah Hasnor dan Dy. Savey dari Cambodia.
Perwakilan Indonesia. Dari kiri: Idris Sardi, Mila Karmila, Sofia W.D. dan Widyawati.
Pelakon Samurai Skintaro (tengah) diapit oleh Rina Hashim dan Emilia Contessa.
Perwakilan Seoul dan Jakarta bergambar ramai bagi memeriahkan FFA19.
Kiri: Dicky Dzulkarnean dan Sharifah Hanim. Kanan: W.D. Mochtar dan Mariati Abdul Rahman.
Sarimah dengan pemenang anugerah dari Taipei, Judy Ongg.
Tina Chin Fei dari Hong Kong dengan anugerah yang dimenanginya.
Atas dan bawah: Sophan Sophiaan dan Widyawati bintang utama "Perkahwinan". Tengah: Wim Umboh, Lukman Hakim Nain (jurugambar) dan Koesno Soedjarwadi di lokasi filem "Perkahwinan".
SUNGGUHPUN menamakannya promotion of international understanding (penggalak persefahaman antarabangsa) namun bolehlah dianggap anugerah yang dimenangi oleh "Perkahwinan" (Jakarta) yang diarahkan oleh Wim Umboh sebagai filem terbaik.
Ini kerana kedudukannya paling atas dalam senarai pengumuman pemenang-pemenang FFA19 yang berakhir pada 18 Mei 1973.
Bukan itu saja diraih oleh "Perkahwinan" tetapi 2 lagi - Sophan Sophiaan kerana outstanding charactersation (karekter luarbiasa) dan Lukman Hakim Nain kerana color photography (fotografi berwarna).
Dalam Festival Filem Indonesia 1973, "Perkahwinan" mengondol 8 anugerah citra dan satu anugerah khusus - filem terbaik, pengarah (Wim Umboh), lakonlayar (Narto Erawan dan Wim Umboh), penyuntingan (Wim Umboh dan K.Uraoka), sinematografi (Lukman Hakim Nain), musik (Idris Sardi), suara (Parman Sidik), artistik (Gaby Mambo) dan peranan aktor kedua (Sophan Sophiaan).
"Perkahwinan" juga menerima anugerah tertinggi dari Kerajaan Taiwan kerana tema cerita yang menarik dan yang terbaik.
Ceritanya mengenai kisah cinta suci seorang pemuda Indonesia (Sophan Sophiaan) dengan seorang gadis dari Switzerland (Widyawati).
Wim Umboh menggambarkan kisah cinta mereka itu dengan begitu halus hingga boleh menguasai seluruh emosi penonton.
"Perkahwinan" dibintangi oleh Widyawati, Sophan Sophiaan, Koesno Soedjarwadi, Emelia Contessa, Dicky Dzulkarnean, Rahayu Effendi, Komalasari, Raden Mochtar dan Yan Bastian.
Penggambaran bukan saja dilakukan di Indonesia tetapi juga Switzerland, England, Holland, Germany dan Perancis.
Inilah pertama kali filem Indonesia dibuat penggambarannya di negara-negara Eropah, dan sayang sekali, puas saya mencari filem "Perkahwinan" di YouTube untuk dijadikan hiasan entri ini tetapi tidak ditemui. Mungkin tidak ada, agaknya.
P.RAMLEE & FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK___
P.Ramlee, sejak menang anugerah musik terbaik (Hang Tuah) di FFAP@1956 di Hong Kong, sering dibawa oleh Run Run Shaw dan Runme Shaw ke FFAP antaranya, Jepun (Tokyo@1957), Filipina (Manila@1958), Malaya (Kuala Lumpur@1959) dan Jepun (Tokyo@1963).
Kehadiran P.Ramlee di Singapura (Singapura@1973) merupakan FFAP yang terakhir disertainya kerana beberapa bulan kemudian, pada 29 Mei 1973, dia pergi menemui Tuhan yang Maha Esa.
Bersamanya sebagai mewakili Malaysia, Saloma, Sarimah, Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman dan Jins Shamsudin.
Atas: Suasana di upacara penutup di Panggung Negara, Singapura. Bawah: M. Amin bagi pihak Cathay Keris Film menerima anugerah dari Turino Junaidi kerana kejayaan filem "Satu Titek Di Garisan."
Perwakilan Seoul. Dari kiri: Kim Jee-Mi, Ko Euan-Ah, Suh Mi-Kyung, Oh Soo-Mi, Ko Sang-Mi, Park Noon-Okk dan Juni Young.
Atas: Perwakilan Kuala Lumpur. Tengah: Perwakilan Jakarta. Bawah: Perwakilan Singapura.
Atas: Bing Slamet (kiri), Grace Simmon, Benjamin S. dan Emilia Contessa sedang menghiburkan para hadirin di malam upacara penutup. Bawah: Run Run Shaw dan Emilia Contessa dan perwakilan yang lain sedang menari di majlis makan malam anjuran Pertubuhan Cathay.
Atas: Osman Cassim (kiri), ketua perwakilan Kuala Lumpur, perwakilan Tokyo, Heah Hock Meng dari Pertubuhan Cathay dan Run Run Shaw sedang mengadakan persidangan akhbar. Bawah: Run Run Shaw bertanyakan khabar kepada Turino Junaidi dari Jakarta.
Atas: Malek Selamat sedang berbual mesra dengan Wim Umboh (kanan), dan turut mendengar Sulaiman Jeem (kiri). Bawah: Perwakilan dari Phnom Penh (Republik Khmer) dan ada antaranya pelakon filem "The Snake Man" yang mendapat sambutan hangat di Singapura dan Malaysia.
Farah Gladys dari Jakarta yang wajahnya seraut Elizabeth Taylor mendapat perhatian hinggakan fotonya diabadikan menjadi hiasan kulit Majallah Filem keluaran bulan Julai 1973.
(Sumber: ChopSockyCinema) The Blood Brothers
(Sumber: JustaEropeanGuy) The Blood Brothers
(Sumber: Zzinett) Panda No Daiboken
Atas dan bawah: Dua foto dari filem "The Generation Gap" yang dibintangi oleh David Chiang, Agnes Chan dan Ti Lung.
* FESTIVAL FILEM ASIA KE-19 (FFA19)
Di Singapura 14-18 Mei 1973
* Upacara pembukaan oleh Presiden Dr. B.H. Shearers
Di Dewan Persidangan (14 Mei)
* Upacara penutup oleh Menteri Kebudayaan Jek Yeun Thong
Di Panggung Negara (18 Mei)
Festival Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-19 ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh Singapura. Kali pertama 16 tahun yang lalu, pada tahun 1955.
Seramai lebih 300 perwakilan termasuk aktor dan aktres popular dari 9 negara Asia menyertainya.
Singapura, aktor dan aktresnya Aziz Jaafar, Latifah Omar, Dayang Sofia, Malek Selamat, Aziz Sattar, M.Amin, Mat Sentol, Kuswadinata, Bat Latiff, Sharifah Hasnor.
Kuala Lumpur, aktor dan aktresnya P. Ramlee, Saloma, Sarimah, Jins Shamsudin, Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman.
Jakarta, aktor dan aktresnya Ratnoer Timoer, Widyawati, Emilia Contessa, W.D. Mochtar, Bing Slamet, Grace Simmon, Benjamin S., Dicky Dzulkarnean, Rahayu Effendi, Mila Karmila, Sofia W.D., Paula Rumokoy, Baby Huwie, Ruth Pellupessy dan Fara Gladys serta pemusik handalannya, Idris Sardi.
Hong Kong, aktor dan aktresnya David Chiang, Agnes Chan, Lily Ho, Chan Koon Tai, Lung Kong, Tina Chin Fei, Ti Lung.
Seoul, aktor dan aktresnya Kim Jee Mi, Ko Eun Ah, Suh Mi Kyung, Oh Soo Mi, Koh Sang Mi, Pak Noon Okk, Juni Young.
Turut sama Chin Han, Judy Ongg (Taipei), Eiko Nakamura, Oukumura Toshio (Tokyo).
Kali ini Kuala Lumpur kurang bernasib baik. Sejumlah 5 filem yang dikemukakan hanya satu saja menerima anugerah - Kuala Lumpur City Of Celebration keluaran Filem Negara Malaysia.
Singapura menang 2 anugerah - Satu Titek Di Garisan (filem cerita) dan Via Singapore (filem dokumentari).
Filem Satu Titek Di Garisan keluaran Cathay Keris Film diarahkan oleh M.Amin dengan bintang-bintang utamanya Aziz Jaafar, Dayang Sofia, Kuswadinata, Sharifah Hasnor dan Bat Latiff.
NEGARA-NEGARA PESERTA___
1. Singapura
2. Hong Kong
3. Tokyo (Jepun)
4. Kuala Lumpur (Malaysia)
5. Jakarta (Indonesia)
6. Taipei (Republik China)
7. Bangkok (Thailand)
8. Seoul (Republik Korea)
9. Phnom Penh (Republik Khmer)
Manila (Filipina) yang menganggutai FPA tidak menghantar filem dan aktor dan aktresnya.
Negara-negara bukan ahli FPA turut diundang, Sydney (Australia), Rangoon (Myanmar), New Dehli (India), Ho Chin Minh (Vietnam) dan Colombo (Sri Lanka).
FILEM-FILEM BERTANDING___
* Taipei
Love Begins Here
The Young Ones
Kween Feng
September Song
Seven Chinese Festivals
Spectrum of Formosa
The Chinese Opera
* Singapura
Satu Titek Di Garisan
Via Singapore
Better Homes For Our People
Sabah Timber
* Seoul
When a Dream Comes True
A Story of Court Lady
The Gate of Woman
Everything for Love
This Korea
A Dream Green
* Tokyo
The Master Hand (Osho)
Le Rendezvous (Yokusoku)
Panda's Adventures (Panda No Daiboken)
* Hong Kong
The Generation Gap
The Call Girls
The Warlord
The 14 Amazons
The Blood Brothers
* Jakarta
Perkahwinan
Pemberang
Intan Berduri
Piang Kerok
* Phnom Penh
The Snake Man
* Bangkok
Killer in the Dark
Adulterer
* Kuala Lumpur
Laxmana Do Re Mi
Chengkaman Maut
Keselamatan Sosial
Alat-Alat Wayang Kulit
Kuala Lumpur City of Celebration
PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH___
Merlion Large Award Of Honour For:/Merlion Besar Anugerah Penghormatan Untuk:
* Promotion of international understanding/penggalak persefahaman antarabangsa - Perkahwinan
* Promotion of human rights/penggalak hak asasi manusia -
Osho
* A story with outstanding fantasy/cerita fantasi luarbiasa - The Snake Man
* A touching love story/cerita percintaan yang menyentuh perasaan - Kween Feng
* A story of human relations/cerita hubungan manusia A Story of Court Lady
* Directing an interesting story relating to social problems/mengarah cerita yang menarik berhubung dengan masalah social - Lung Kang (The Call Girls)
* Directing outstanding humorous comedy/arahan komedi lucu luarbiasa - Li Han Shing (The Warlord)
* Outstanding direction/pengarahan luarbiasa - Byon Chang-Ho (The Gate of Woman)
* Dramatic tragedy/trajidi dramatik - Satu Titek Di Garisan
* Outstanding performance/prestasi luarbiasa - Lily Ho (The 14 Amazons)
* An inspiring performance/prestasi inspirasi - Judy Ongg (Love Begins Here)
* Outstanding performance/prestasi luarbiasa - Tina Chin Fei (The Call Girls)
* Outstanding performance/prestasi luarbiasa - Prim Praporn (Killer in the Dark)
* Outstanding performance/prestasi luarbiasa - David Chiang (The Generation Gap)
* Outstanding characterisation/karekter luarbiasa - Sophan Sophiaan (Perkahwinan)
* Outstanding performance/prestasi luarbiasa - Ti Lung (The Blood Brothers)
*Outstanding planning/perancangan luarbiasa - Chung Jin Woo (When a Dream Comes True)
* Color photography/fotografi berwarna - Lukman Hakim Nain (Perkahwinan)
* An outstanding artistic creation/penciptaan seni yang luarbiasa - Panda No Daibohken
* An inspiring musical production/inspirasi persembahan musik - Love Begins Here
* An unusual theme/tema yang luarbiasa - The Adulterer
Merlion Small Award Of Honour For:/Merlion Kecil Anugerah Penghormatan Untuk:
* A documentary film portraying Chinese tradition/filem dokumentari menggambarkan tradisi Cina - Seven Chinese Festivals
* A documntatry film of excellent planning/filem dokumentari perancangan terbaik - This Korea
* A documentary film of moral rearmament/filem dokumentari mempersenjatai semula moral - Spectrum of Formosa
* A documentary film of outstanding editing/filem dokumentari penyuntingan luarbiasa - A Green Dream
* A documentary film of historical presentation/filem dokumentari pembentangan sejarah - Kuala Lumpur City Celebration
* A documentary film of natural beauty/filem dokumentari keindahan semulajadi - Via Singapore
* A documentary film of outstanding photography/filem dokumentari fotografi luarbiasa - The Chinese Opera
Pewter Plates Award Of Honour For:/Plet Pewter Anugerah Penghormatan Untuk:
* A film with most witty dialogue/filem dengan dialog paling lucu - Pemberang
* A film with high artistic value/filem dengan nilai seni yang tinggi - Yakusoku
* A distinctive actor/aktor yang teristimewa - Ha Myong Yoon (Everything for Love)
* A distinctive actor/aktor yang teristimewa - Wei Su (September Song)
* A distinctive actress/aktres yang teristimewa - Chi Lan (The Young Ones)
* A distinctive actress/aktres yang teristimewa - Jung Hee Yoon (Story of Court Lady)
PERUBAHAN SISTEM PENJURIAN___
Pada FFA yang lalu, anugerah-anugerah diberikan kepada filem terbaik, pengarah terbaik, aktor terbaik, aktres terbaik dan macam-macam terbaik lagi. Tetapi dalam FFA19, sistem yang serupa tidak dikekalkan.
Langkah tersebut dilakukan kerana kesemua produser filem Asia bersetuju untuk mengurangkan persaingan antara negara-negara yang mengambil bahagian.
Jika ditinjau dari segi fikiran yang terbuka, sistem tersebut lebih baik dibandingkan cara penjurian yang lama kerana kesemua filem yang dicalonkan telah dianggap sebagai filem-filem yang sememangnya terbaik.
APA KATA MENTERI KEBUDAYAAN JEK YEUN THONG___
Speaking at the ceremony, Culture Minister Mr. Jek Yeun Thong called for countries in the region to develop a viable film industry to project their national identity and culture heritage.
The industry should not aim merely at making box-office profit, he said. Mr Jek said that the festival hosted by Singapore for the second time (the first in 1955), has demonstrated vividly that this part of the world was rich in cultural resources, which has yet to be fully utilised. The festival had also kept a continuing spirit of dialogue between the various nations in the region.
"It is a step a right direction for every country in this region to develop film industry, aimed not merely at making box-office, profits but also at responsible projection of its national identity and cultural heritage." Mr. Jek noted that with the film industry having become a powerful means of mass communication, film producers and distributors has a social responsibility.
Film must not only be entertaining but education and concentration place on the more worthy aspects on human endeavour. He said that with the great strides in the technique and expertise, proper direction and emphasis, film industries in all countries in the region could contribute to the economy and art. In the process, they could also open up further areas of possibilities for using human resources and talents.
(Terjemahan: Bercakap pada majlis, Menteri Kebudayaan Encik Jek Yeun Thong menyeru negara-negara di rantau ini supaya membangunkan industri filem yang berdaya maju untuk mengemukakan identiti kebangsaan dan warisan budaya.
Industri tidak seharusnya bertujuan semata-mata membuat keuntungan box-office, katanya. Encik Jek berkata, bahawa festival tersebut dianjurkan oleh Singapura untuk kali kedua (yang pertama pada tahun 1955), telah menunjukkan dengan jelas bahawa ini sebahagian daripada dunia yang kaya dengan sumber-sumber kebudayaan, yang masih belum digunakan sepenuhnya. Festival ini juga meneruskan semangat berdialog antara pelbagai negara-negara di rantau ini.
"Ia adalah satu langkah ke suatu arah yang betul untuk setiap negara membangunkan industri filem, yang bertujuan bukan semata-mata untuk mendapatkan box-office, keuntungan tetapi juga pada unjuran bertanggungjawab identiti kebangsaan dan warisan budaya." Encik Jek menyatakan, dengan industri filem yang menjadi satu cara yang berpengaruh kuat dalam komunikasi massa, pengeluar dan pengedar filem mempunyai tanggungjawab sosial.
Filem bukan saja perlu menghiburkan, tetapi tempat pendidikan dan penumpuan pada aspek-aspek yang lebih layak pada usaha manusia. Beliau berkata dengan langkah yang besar dalam teknik dan kepakaran, arahan yang betul dan penekanan, industri filem di semua negara di rantau ini boleh menyumbang kepada ekonomi dan seni. Dalam proses itu, mereka juga boleh membuka kawasan lebih luas berkemungkinan untuk menggunakan sumber manusia dan bakat.
FAKTA___
* FFA19 merupakan yang terakhir dihadiri oleh P. Ramlee. Festival filem ini berakhir pada 18 Mei 1973 dan P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973.
* Perkahwinan mendapat kejayaan besar di festival filem ini. Anehnya, kali ketiga Singapura menjadi tuanrumah pada tahun 1979 sempena Jubli Perak (25 tahun) FFA, Jakarta juga menang anugerah utama, Pengemis dan Tukang Becak, dan pengarahnya juga Wim Umboh dengan bintang utamanya Christine Hakim.
* Antara 6 aktor dan aktres Kuala Lumpur, 3 (kini) telah meninggal dunia - P. Ramlee, Saloma dan Sharifah Hanim.
* Satu Titek Di Garisan merupakan anugerah ketujuh dimenangi oleh Cathay Keris Film selepas Mega Mendong, Satay, Mahsuri, Che Mamat Parang Tumpol, Dang Anom dan Bayangan Di Waktu Fajar.
* Satu Titek Di Garisan merupakan filem pertama yang diarahkan oleh M.Amin memenangi anugerah di FFA.
* Sepatutnya FFA20 (1974) berlangsung di Bangkok (Thailand), tetapi berubah ke Taipei (Taiwan). Bangkok kemudian menjadi tuanrumah FFA23 pada tahun 1977.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik
FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan
ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar
CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

wah tulisannya bagus boss ;) nice share pak'cik
ReplyDeletesaya amat tertarik sekali membaca blog mengenai festival filem asia pasifik ke-19 di singapura ini tetapi bagaimanakah untuk mendapatkan rakaman video festival filem asia pasifik ke-19 itu? saya amat berminat mengkaji tentang festival filem ini uncle mustafar , terima kasih...........
ReplyDeleteTerdapat fakta yang SALAH dalam artikel ini. Bergambar bersama-sama aktris Malaysia, Sharifah Hasnor di atas itu adalah Dy Saveth, seorang bintang tersohor & bekas ratu cantik Kemboja (Cambodia) - dan bukan dari Thailand! Beliau pernah memegang peranan utama dalam filem box-office Kemboja yang berjodol "The Snakeman".
ReplyDelete- NONAMA
Terima kasih atas petunjuk ini.
DeleteKesilapan sudah pun diperbetulkan.
Perlu ditambah.
DeleteKetika itu (1973), "The Snake Man"
mewakili Phnom Penh (Republik Khmer).
Kini, sudah bertukar menjadi Cambodia.
Membaca artikel ini membuat saya rasa amat terkilan, sedih & malu! Bayangkan, walaupun pada 1973 & Pesta Filem Asia (FFAP) ini telah mencapai usianya yang ke-19 tahun, filem-filem Melayu dari Malaysia/Singapura masih berada di takuk black & white (hitam putih) yang sungguh primitif & ketinggalan zaman. Jangan sebut Hongkong, Jepun, Taiwan atau India yang memang menjadi negara pengeluaran filem yang besar & prolifik, negara-negara Asia Tenggara dalam ASEAN yang jauh lebih mundur daripada Malaysia/Singapura dari segi ekonomi & kemajuan seperti Kemboja (Cambodia), Filipina, Indonesia & Thailand pun telah beralih ke zaman filem-filem berwarna Eastmancolor, Technicolor dan lain-lain. Tengok saja filem "The Snake Man"dari Cambodia. Walaupun teknik persembahan filem ini masih terikat dengan kaedah lama serta teknologi perfileman negara ini yang belum canggih ketika itu, filem box-office "The Snake Man" tetap dibuat dalam bentuk warna Eastmancolor - walaupun tidak dalam bidang luas cinemascope (70mm). Pada era yang sama itu, Indonesia sedang hangat & "menggila" dalam mengeluarkan filem-filem berwarna. Sebenarnya, Thailand & Filipina (termasuk Vietnam) telah beralih kepada pengeluaran filem berwarna terlebih dahulu sebelum Indonesia memulakannya. Manakala Cambodia pula ketika itu sedang berada di zaman peralihan hitam putih ke warna. Paling-paling yang mampu diutarakan oleh perusahaan filem Melayu ialah bidang luas Merdekascope melalui filem Laxmana Do Re Mi & Chengkaman Maut!!! Satu Titek Di-Garisan tetap sekadar hitam putih & berbidang 35mm saja. Kalau di era 50'an dulu, bila mana filem-filem hitam putih menjadi norma, memang diadakan anugerah penggambaran hitam putih yang terbaik (the Best Black & White Photography). Tapi itu pada tahun-tahun 50'an. Kalau sudah 23 tahun selepas itu filem-filem kita masih dalam hitam putih, bukankah ini menunjukkan betapa jauhnya kita ditinggalkan ke belakang? Inilah akibatnya jika perusahaan filem kita tidak dimiliki & diterajui oleh anak-anak bangsa sendiri.
ReplyDelete- NONAMA