"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, January 1, 2019


STATISTIK FILEM KLASIK (FK) 2018

12 APRIL 2019 FILEM KLASIK GENAP SEMBILAN TAHUN
Teks: Mustafar A.R. (Pak Mus)
Gambar: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



SELEBRITI

NOOR AZIZAH

NURNANINGSIH


2,000,000 PAGEVIEWS SUDAH TERCAPAI
Oleh Pak Mus



12 April 2019, Filem Klasik (FK) genap usianya sembilan tahun. Ramai juga yang sukakan cerita dulu-dulu ya. Dikatakan demikian kerana setiap hari pageviews (lihatbaca) sentiasa melebihi 1,000. Hanya sekali sekala berada dibawah paras 1,000.
Pak Mus cukup gembira apabila 15 Disember 2017, lihatbaca FK mencatatkan 2,000,000 (dua juta) dan kini (31 Disember 2018) keseluruhan catatan sebanyak 2,182,763.
Selama setahun (dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018), tidak banyak pos dilakukan kerana Pak Mus menghadapi masalah kesihatan terutama mata dan lutut. Namun cerita-cerita yang berada dipersada FK tetap menarik dan mencatat lihatbaca
begitu konsisten.
Antaranya;
* A.Bakar Ali
* Panggung Wayang di Kuala Lumpur
* Annie Jasmin
* Bujang Lapok 60 Tahun
Paling tidak terduga apabila tiba-tiba saja Pak Mus mendapat idea mengwujudkan majalah hiburan internet (dua bulan sekali) diberi nama SELEBRITI. Dihiasi dengan gambar Rosnani sebagai kulit depannya, sekali gus ia memaparkan banyak artikel berinfomasi pastinya ramai yang berminat.
Antaranya;
* Rosnani bertarik rambut dengan Kasma Booty
* Nurnaningsih bergambar bogel?
* Apabila seniwati filem berkemban
* Sekuntum Mawar & Epilog Cinta terbaik all time
* Persandingan Rahimah Rahim-Mohamad Noh
* Kehebatan Kartina Dahari kerana keroncongnya
Sejak mula diawang-awangkan pada 1 Disember 2018, setakat ini (31 Disember 2018) Selebriti telah mencatatkan 440 pageviews, dan dijangka semakin meningkat. Hingga sampai Bilangan Dua, diterbitkan 1 Februari 2019, berapakah jumlah lihatbacanya?













12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN

# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 31 DISEMBER 2018)
1. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA & SINGAPURA DULU-DULU
2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA DULU-DULU
4. SELAMAT PENGANTIN BARU
5. FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT

# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 31 DISEMBER 2018)
1. MALAYSIA -> 1,400,297
2. INDONESIA -> 209,258
3. UNITED STATES -> 135,948
4. SINGAPORE -> 118,457
5. RUSSIA -> 50,669



SAYA DAN BOS SAYA BERNAMA ZAM
Oleh Mustafar A.R.

ZAINUDDIN MAIDIN

Gambar ini diambil 24 Februari 2014 ketika kami (dari kiri: Amin Khan, Saya, Zain Hamzah, Zainuddin Maidin, Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana) berkunjung ke Zam Newsroom Cafe di Putraja. 14 Disember 2018, Zam pergi menemui Allah yang Maha Esa.

Saya sedang menyampaikan buku "Filem-Filem P.Ramlee" kepada Zainuddin Maidin, turut sama bergambar Ahmad Fauzee (kiri), Amin Khan, Zain Hamzah dan Ayu Cendana di dalam Zam Newsroom
Cafe, Putrajaya.

Dalam kerjaya Saya sebagai wartawan, Zainuddin Maidin, meninggal dunia 14 Disember lalu, merupakan Ketua Pengarang ketiga Saya berlindung selepas Melan Abdullah dan Mazlan Noordin.
Sebagai bos Saya menghormatinya walaupun Saya tahu beliau tidak menyukai Saya. Tidak mesra alam, kata orang, lebih-lebih lagi apabila Saya menyagahnya kerana Berita Harian menyiarkan berita-berita hiburan dianggapnya scoop sedangkan ruangan hiburan Utusan Malaysia yang Saya pimpin dianggapnya ketinggalan,
tidak ada scoop.
Saya kata, selama ini Utusan Malaysia banyak juga buat scoop mendahului Berita Harian. Apakah Ketua Pengarang Berita Harian marah pada wartawan-wartawan hiburannya seperti Encik Zam marahkan saya. Beliau diam. Mungkin tidak sangka Saya boleh jawab sedemikian rupa.
Tidak lama selepas itu, Saya menerima surat darinya menyatakan Saya dipindahkan bertugas di meja penyunting (editor), dan dalam pertemuan Saya dengannya mengenai pertukaran itu beliau tidak berkata apa-apa sebab Saya ditukar, tapi Saya tahu. Prestasi Saya dianggapnya buruk dan melawan ketua.
Katanya: "Saudara Mustafar jangan kecil hati tentang pertukaran jawatan ini, itu perkara biasa. Mungkin gaji akan kurang kerana elaun keraian dan kenderaan ditarik balik, tapi jawatan penyunting tarafnya lebih tinggi dari wartawan, dan peningkatan gaji saudara berubah dan mungkin melebih apa yang saudara dapat sekarang ini."
Saya tidak terkata apa-apa pun hanya mengucapkan terima kasih kerana kepercayaannya melantik Saya sebagai Ketua Meja Hiburan Utusan Malaysia yang pertama. Jawatan tersebut diwujudkan sebaik saja beliau mengambilalih jawatan Ketua Pengarang Utusan menggantikan Mazlan Noordin.
Sesudah itu Saya tidak pernah masuk ke biliknya lagi kerana tidak ada keperluan. Bagaimanapun, ketika adanya usaha Khalid Jafri menarik ramai wartawan Utusan menyertai akhbar Harian Nasional, pimpinannya, Zam mengajak Saya dan wartawan-wartawan Utusan yang lain untuk makan tengahari disebuah restoran berhampiran Balai Polis Pudu, sebagai usahanya menghalang keluar beramai-ramai menyertai Harian Nasional.
Saya ada tawaran dari Khalid Jafri sendiri, tapi tidak berminat. Bahyah Mahmood dan Aimi Jarr memilih meninggalkan Utusan pergi ke Harian Nasional. Itulah kali pertama dan terakhir makan belanjanya, selepas itu tiada lagi.
Ketika bertugas di meja penyunting, Zam bertemu Saya menyatakan beliau mahu menghantar Saya sebagai wakil Utusan pergi ke sebuah pulau kepunyaan Indonesia (lupa namanya) terletak berhampiran Pulau Jawa untuk dijadikan destinasi pelancungan, tapi Mohd.Noor Shamsudin (Ketua Penyunting) enggan melepaskan Saya kerana kekurangan staf.
Tidak lama kemudian, kerana jawatan Ketua Pengarang jawatan politik, Zam tersingkir dan digantikan dengan Johan Jaffar. Dekat pun Saya jarang betegur sapa dengannya, apatah lagi beliau tidak ada di Utusan, sampailah Saya bersara pada 28 Ogos 1998.
Sepanjang persaraan hanya sekali saya bertemu Zam ketika Kesatuan Veteran Utusan Melayu (KVUM) mengadakan Majlis Makan Malam sempena Hari Keluarga di Kompleks Finas yang ramai mengumpulkan teman sepejuangan ketika berada
satu bumbung di Utusan.
Ketika bertanding pilihanraya dan berjaya dilantik sebagai Menteri Penerangan, Saya tidak pernah bertemu dengannya, dan ketika jemputan Saya untuk hadir di majlis pelancaran buku "Filem-Filem P.Ramlee" Zam tidak dapat datang, tapi menelefon Saya sebab mengapa beliau tidak dapat hadir, beliau sebuk.
Saya ingat perhubungan dengan Zam akan terus putus, namun apabila Saya merencanakan Tribute... Bahyah Mahmood, Zain Hamzah, Amir Khan, Ahmad Fauzee, Ayu Cendana dan Saya sendiri pergi menemuinya di Zam Newsroom Cafe, Putrajaya
Kliks Di Sini untuk mendapatkan pandangan dan nasihat.
Jelas, Zam tidak berminat dan menolak untuk dilantik sebagai pengerusi tribute... Kecewa juga Saya kerana Bahyah telah memperlihatkan prestasi yang sangat baik mengatasi wartawan-wartawan hiburan yang lain semasa di bawah pimpinannya sebagai Ketua Pengarang Utusan.
Dalam kecewa Saya gembira kerana Zam turut mengikuti blog Filem Klasik. Katanya: "Bagus kandungannya. Saudara teruslah berkarya." Saya mengangguk: "Insyaalah".
Zam juga bertanya, berapa hits dalam sehari. Jawab Saya, paling kurang setakat ini 1,000. Zam terdiam dan kemudian kami pergi bicara ke topik lain.
Bagaimana pun, keesokan harinya Saya menerima telefon dari Zam, menyatakan yang beliau telah bercakap dengan Yusof Haslam supaya membantu Saya dan teman-teman untuk menjayakan
tribute... tersebut.
Tribute... Bahyah Mahmood berjaya direalitikan, tidak adanya beliau mungkin ia tidak dapat dilaksanakan. Apa pun Saya kecewa juga, kerana tribute... yang ceria dan meriah, buat pertama kali pernah diadakan, berlangsung tanpa kehadiran Zam. Al-Fatihah.

MEREKA PERGI TIDAK AKAN KEMBALI LAGI

AZMIL MUSTAPHA - Lahir: 1 Januari 1953 (Port Dickson), Negeri Sembilan. Meninggal dunia: 14 Februari 2018 (Shah Alam), Selangor.

Bersama Azmil Mustapha (kiri) di Stadium Olimpik, Seoul. Turut sama Ogy Ahmad Daud, pemandu pelancong, Shaharom Shahban, pemandu pelancong dan Saya (belakang).

Saya kenal Azmil Mustapha terlalu lama, sejak mula bekerja dengan Utusan. Kedai antiknya di Ampang Park di situ perkenalan bermula. Namun rapat hanya setelah saya menonton "Ali Setan" arahan Jins Shamsudin di Univeriti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang sempena Festival Filem Malaysia Ke-6.
Tahun 1989, Saya bersamanya menjadi wakil Malaysia (Kuala Lumpur) di Festival Filem Asia Pasifik di Korea Selatan yang mana turut serta Ogy Ahmad Daud, Jins Shamsudin, Rahim Razali dan Mustapha Maarof. Seronok kami meronda disekitar Seoul dan banyak kenangan Saya bersamanya di Seoul itu.
Tahun berikutnya (1990), sekali lagi Saya dan Azmil menghadiri Festival Filem Asia Pasifik, kali ini yang ke-35, berlangsung
di Kuching, Sarawak.
Ada dua peristiwa menarik yang kini menjadi nostalia Saya bersama Azmil (hanya mengarah satu filem, "Kepala Angin"). Pertama, membeli durian merah sedap rasanya, makan di rumah seorang rakan dan isterinya, bertugas dengan Petronas, di Kuching.
Azmil memang suka durian banyak juga dimakannya. Turut sama wartawan hiburan Fariza Saidin. Ini pertama kali saya makan durian merah, selepas itu di Miri beberapa tahun kemudian.
Kedua, selepas itu Saya dan Azmil merayau-rayau di Pasar Tani mencari madu lebah asli (pure) untuk dijadikan ubat. Puas juga dicari, akhirnya bertemu juga dengan pertolongan seorang penjual ukiran kayu tradisional Sarawak di pasar tersebut.
Apabila Saya dipindahkan (dari wartawan hiburan) bertugas ke meja penyunting, Saya jarang bertemunya. Putus sudah persahabatan Saya dengannya hinggalah Saya tahu Azmil sudah menjadi pendakwah dan seterusnya berita kematiannya pada 14 Februari 2018. Al-Fatihah.

ZAIBO (Zainal Ariffin Abdul Hamid) - Lahir: 1956 (Padang Besar), Perlis. Meninggal dunia: 14 November 2018 (Rengit, Batu
Pahat), Johor.

Tidak pernah rapat dengannya. Kenal dari jauh saja. Popularnya Zaibo ketika saya tidak lagi menjadi wartawan hiburan, ditukar kerja sebagai penyunting Utusan Malaysia. Apapun, Saya suka lakonan konedinya dalam drama tv "Spanar Jaya" turut dibintangi Ahmad Idham dan Wardina Safiyyah. Filem, seingat Saya, satu saja saya tonton - "Soalnya Siapa?" yang diarahkan Hafsham dan dibintangi Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Al-Fatihah.

SALEEM - Lahir: 31 Ogos 1961 (Permaisuri) Setiu, Terengganu. Meninggal dunia: 14 Oktober 2018 (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia/HUKM), Kuala Lumpur.

Sama seperti Zaibo, Saya mengenali Saleem dari jauh. Zaibo pernah beberapa kali saya temui dan berbicara tapi Saleem ini tidak pernah jumpa. Namun beberapa lagu nyanyiannya Saya suka dengar terutama "Bukan Aku Tak Cinta", "Suci Dalam Debu", "Mimpi Yang Hilang", "Sheila" dan "Bukan Niatku". Corak dan gaya penyampaian Saleem ada sedikit unik (dengan suara serak-serak basah) yang mana ini menyebabkan lagu-lagunya digemari ramai
sampai ke hari ini.
Al-Fatihah.



ANTARA ARTIKEL MENARIK DALAM SELEBRITI
BILANGAN DUA, 1 FEBRUARI 2019

MARIAM

ELIZABETH TAYLOR

BAILEY'S BIRD

TITIEN SUMARNI

ROKIAH WANDAH

Selebriti Bilangan Satu, 1 Disember 2018, nampaknya mendapat sambutan sangat menggalakkan. Ramai pengunjung dan banyak e-mel diterima yang mana semuanya itu memberi perangsang untuk Pak Mus teruskan sekiranya berkemampuan dan kesihatan stabil seperti apa yang ada sekarang ini.
Kebiasaannya, setiap kali artikel baru diposkan, pageviews (lihatbaca) perlahan macam kura-kura. Untuk sampai ke 100 dalam sebulan memang payah. Pageviews bertalu-talu hanya terjadi selepas dua bulan. Namun apabila wujudnya Selebriti, laju macam arnab. Kini (31 Disember 2018), lihatbacanya 440.
Setelah dilihat kandungan Selebriti pertama, tentu ramai tertunggu-tunggu apa pula artikel-artikel menarik terdapat dalam Selebriti kedua yang dijangka berada di awang-awangan 1 Februari 2019.
Banyak yang menarik. Antaranya;
* Mariam, anaknya sangat popular bernama Rahimah Rahim
* Elizabeth Taylor, ada skandal seks dengan Ronald Reagan?
* Hussein Abu Hassan, bintangi siri tv Australia, Bailey's Bird
* Titien Sumarni, idola Sukarno, kenapa hidupnya menderita?
* Rokiah Wandah, heroine pertama filem Melayu selepas perang
Dan, banyak lagi yang pastinya menyeronok dan menghiburkan anda sekelian terutama peminat-peminat setia Filem Klasik.
Tunggu jangan tak tunggu...



10 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 31 DISEMBER 2018)

1. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. 10 FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

6. 10 FILEM TERBAIK INDONESIA

7. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE

8. GELORA

9. A.R.TOMPEL

10. JULIE FARIDAH

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
MENDUDUKI TEMPAT PERTAMA

Sebagaimana yang dikatakan, kunjungan (hits) FK sudah mencapai
dua juta (2,000,000) pada 15 Disember 2017. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 12.00 tengahmalam 31 Disember 2018
sebanyak 2,182,763.
Rekod catatan dalam sehari, pada 16 Disember 2014 apabila lihatbaca mendapat hits 5,528, nombor dua tercatat pada 17 Disember 2014 dengan 3,806, dan ketiga 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013. Ertinya kedudukan tidak berubah.
Sungguhpun kunjungan dalam sehari tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 1,000 hingga 1,500 pageviews sehari)
sudah mencukupi.
Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula terhad (lebih tertumpu kepada filem-filem lama atau klasik), hanya sedikit saja yang suka
dan berminat.
Apa pun, tujuan atau sasaran FK sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang begitu singkat (bermula 12 April 2010, dan aktif pada 9 Mac 2011), informasinya sudah bertaburan dengan cukup meluas hingga sampai ke Amerika, Russia dan
negara-negara Eropah dan America Latin.
Setelah setahun berlalu, nampaknya "Seksi Selebriti Malaysia
Dulu-Dulu" berada di atas dengan catatan 209,242, diikuti "Pergimu Takkan Kembali Lagi" berada nombor dua mencacat 201,621. "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" ditempat ketiga mencatat 197,908.
"Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-4 dengan 74,883 lihatbaca, "10 Filem Bollywood Terhebat" ditempat ke-5 dengan catatan 32,083 dan "10 Filem Indonesia Terbaik" dilihatbaca oleh 17,040 berada ditempat ke-6.
"5 Tahun Pemergian P.Ramlee" yang ditulis oleh Bahyah Mahmood berada di tangga ke-7 mencatat 16,745 lihatbaca.
Di kedudukan ke-8 dikuasai oleh "Gelora" lakonan P.Ramlee dan Sarimah dengan catatan 12,877, dan "A.R.Tompel" (11,276 hits) berada ditangga ke-9.
"Julie Faridah" kekal di tempat ke-10 dengan catatan 9,117



10 FILEM PENGUNJUNG PALING RAMAI
(SETAKAT 31 DISEMBER 2018)

1. GELORA

2. SELENDANG DELIMA

3. THE LONG HOUSE

4. PONTIANAK

5. PERMINTAAN TERAKHIR

6. HANG JEBAT

7. SRI ANDALAS

8. HANCHOR HATI

9. CINTA DAN LAGU

10. LANCHANG KUNING

GELORA MASIH NOMBOR SATU
CATAT 32,362 PAGEVIEWS

Tujuan utama Filem Klasik (FK) diblogkan, berhasrat untuk mengimbas kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam format black & white.
Setakat ini, sejak FK mula aktif, banyak filem telah diulas dan dikritik. Diantara sebanyak itu, "Gelora" yang dibintangi oleh P.Ramlee dan Sarimah mencatat (setakat 31 Disember 2018) 32,362 hits (pageviews) seterusnya berada ditempat pertama.
Filem Maria Menado dan Abdullah Chik, "Selendang Delima", berada di tangga ke-2 mencatat 13,933 hits, manakala "The Long House" lakonan Luli dari Sarawak mendapat 12,782 lihatbaca.
Lain-lain filem mencatatkan lebih 5,000; "Pontianak (12,152) "Permintaan Terakhir" (8,253) "Hang Jebat" (7,255) "Sri Andalas" (6,971) "Hanchor Hati" (6,881), "Cinta Dan Lagu" (6,460) "Lanchang Kuning" (6,041) "Sumpah Orang Minyak" (5,995) "Penghidopan" (5,684) "Semerah Padi" (5,293)
Saya begitu bangga dengan pencapaian tersebut kerana apa yang Saya tulis dan kemukakan telah dikongsi bersama ramai peminat filem khususnya yang meminati filem Melayu lama atau klasik.




Aziz Sattar, pencetus idea buku
"50 Tahun Filem Malaysia & Singapura"

Buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura"

BUKU 50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA
DITERBITKAN AWAL BULAN MAC 2019
Oleh Mustafar A.R.

Ramai, terlalu ramai bertanyakan bila buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" akan diterbitkan. Bila akan berada dipasaran untuk dijual. Dalam hal sebegini agak sukar untuk Saya jawab. Maklumlah semuanya itu bergantung pada budi bicara penerbit atau publisher. Cepat cepatlah, lambat lambatlah.
Kalau MZA Terbit (syarikat kepunyaan Saya) sebagai publisher mungkin sudah lama berada dipasaran tapi malangnya Saya tidak ada duit. Lainlah buku "Filem-Filem P.Ramlee", banyak mendapat pertolongan Aziz Sattar apatah lagi disponsor oleh Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Ketua Menterinya pada masa itu,
Taib Mahmud.
Apa pun, semua yang berminat dengan buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" jangan bimbang kerana dalam pertemuan dengan tuanpunya Pekan Ilmu Publications, Encik Abdul Halim memberitahu, buku tersebut dalam proses dan dijangka akan dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dijangka berlangsung di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putera), Kuala Lumpur pada 27 Mac hingga 7 April 2019.
Tambah Encik Halim, buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" karya Mustafar A.R. ini perlu diterbitkan dengan teliti dan berhati-hati kerana ia merupakan buku rujukan untuk sesiapa saja yang mahu menulis mengenai sejarah filem Malaysia dan Singapura. Sebarang kesilapan fakta akan mencacatkan keseluruhan buku tersebut. "Oleh yang demikian, biar lambat asalkan selamat," katanya.
Saya berpendapat, buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" sangat penting kerana ia akan menangkis segala silap dan salah fakta yang seringkali berlaku terutama yang terdapat dalam
buku-buku filem terbitan Finas. Saya yakin, kalau buku ini tidak diterbitkan, seratus atau seribu tahun lagi silap dan salah fakta filem Malaysia & Singapura tetap terus terjadi tanpa ada penyudahnya.




125 Negara Sudah Berkunjung Ke Filem Klasik

MALAYSIA DAN INDONESIA TERUS
BERADA DIKEDUDUKAN TERATAS

Setakat 31 Disember 2018, Malaysia terus berada ditempat pertama, menerima 1,400,297 pageviews, dan diikuti (ke-2) Indonesia
dengan 209,258 lihatbaca.
Lihatbaca (pageviews), 8 negara lain terbaik;
3. United States -> 135,948 4. Singapore -> 118,457 5. Russia -> 50,669 6. Brunei -> 38,164 7. India -> 33,665 8. Germany -> 21,931 9. United Arab Emirates -> 4,079 10. Spain -> 3,995
# Keseluruhan lihatbaca: 2,182,433 pageviews.
Lain-lain negara turut serta berkunjung; 11. United Kingdom 12. Philippines 13. Australia 14. Canada 15. Egypt 16. Saudi Arabia 17. Sweden 18. France 19. Belgium 20. Azerbaijan 21. Brazil 22. Algeria 23. Pakistan 24. Qatar 25. Slovakia 26. Croatia 27. Hong Kong 28. Thailand 29. Japan 30. Oman 31. Vietnam 32. Italy 33. Belgium 34. Switzerland 35. Barbados 36. Uruguay 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherlands 40. Ecuador 41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China 51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland 61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania 71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso 76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran 81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal 90. Djibouti 91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco 95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia 98. Cote d'Ivoire 99. Kenya 100. Estonia 101. Suriname 102. Papua New Guinea 103. Belarus 104. South Africa 105. Mauritania 106. Guantemala 107. Argentina 108. Luxembourg 109. Dominican Republic 110. Portugal 111. Sudan 112. Venezuela 113. Faroe Islands 114. Chile 115. Montenegro 116. Solomon Islands 117. Andorra 118. Fiji 119. Congo (DRC) 120. Angola 121. Moldova 122. Cayman Islands 123. Utsubotsu 124. Madagascar 125. Antigua Barbuda
Ini bererti, 125 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FK, satu pencapaian sangat baik dan begitu menggalakkan daripada sebuah blog kerdil merdil yang hanya mengutamakan Bahasa Malaysia, hanya sedikit saja berBahasa Inggeris, disamping di peringkat awalnya hanya sekadar percubaan dan test market.




# PAGEVIEWS DALAM SEHARI
Pertama: 5,528 lihatbaca (16 Disember 2014)
Kedua: 3,806 pageviews (17 Disember 2014)
Ketiga: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)

# FOLLOWERS (PENGIKUT);
137 (31 Disember 2018).

# PROFILE (PROFIL);
7,616 pageviews (31 Disember 2016)
8,554 lihatbaca (31 Disember 2017)
9,509 pageviews (31 Disember 2018)


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




2 comments:

  1. Thanks for sharing.

    Tlg lawat blog sya juga https://dbshortstoriesonline.blogspot.com/
    Thanks!

    ReplyDelete
  2. Utsubotsu itu negara apa, tuan?


    Syed Putra

    ReplyDelete