"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, September 4, 2020

PADA MULANYA...
RAMAI TIDAK TAHU, RAMAI MAHU TAHU
Oleh Mustafar A.R., Aida Mustafar & Muszaili Mustadar
Gambar Daripada Pelbagai Sumber Termasuk Internet
Diedit, Disemak & Disusun Oleh Zaini Yusop


Kasma Booty
"Aladdin" (Andy Channel)
"Jambatan Maut" (Zaidatul Nizam)

1.1. # Pada mulanya... Osman Gumanti dan Kasma Booty sepatutnya membintangi "Aladdin" (1951). Namun pengarahnya, B.S. Rajhans, beralih arah kepada Ali Rahman dan Mariam. Ini kerana kesebukan mereka berlakon filem lain. Kasma Booty ("Sejoli" & "Juwita") dan Osman Gumanti ( Bapa Saya" & "Pulau Mutiara"). Mariam diperkenalkan oleh S. Ramanathan dalam "Kembar" berherokan M. Amin dan Ali Rahman oleh L. Krishnan dalam "Rayuan Sukma" berheroinekan Zubaidah. "Aladdin" merupakan salah satu filem Mariam berlakon filem bercorak 1001 malam. Dua lagi, "Kipas Hikmat" (heronya Yusof Latiff) dan "Abu Hassan Penchuri" (P.Ramlee).

1.2. # Pada mulanya... Kasma Booty akan diberi peranan kembar, Hamidah dan Zubaidah, dalam filem "Hamidah" (kemudian ditukar tajuknya "Jambatan Maut") arahan M. Yatim. Tetapi disebabkan beliau telah banyak berlakon di Merdeka Filem Setudio (MFS)termasuk "Keris Sempena Riau" dan "Fajar Menyingseng", pemberian tersebut dibatalkan kemudian diambilalih oleh Sophia Ibrahim yang berherokan S.A. Mokhtar. "Jambatan Maut" adalah filem pertama dan terakhir M. Yatim sebagai pengarah di MFS. Sama juga dengan S.A. Mokhtar, filem pertama dan terakhir. Pada 1948, Kasma Booty dan M. Yatim berlakon bersama (heroine dan hero) dalam "Chempaka" arahan B.S. Rajhans.




Siput Serawak
"Mata Shaitan" (Villa Karmila)
"Adek-Ku" (dezzydizzy)

2.1. # Pada mulanya... Siput Serawak dicadangkan oleh pihak pengurusan Cathay Keris Film (CKF) mengarahkan "Mata Shaitan" (1962) yang mana cerita ditulisnya sendiri dan akan tercatat sebagai wanita pertama mengarah filem Melayu di Malaysia. Alahai, tidak kesampaian kerana beliau dikatakan belum mampu berbuat demikian disampiang adanya bantahan dikalangan beberapa pengarah filem di CKF yang mana akhirnya diserahkan kepada Hussain Hanif. Tambah memilukan hati Siput Serawak apabila Rahman B. telah merombak ceritanya sampai hilang keasliannya. "Mata Shaitan" dibintangi Yusof Latiff, Fatimah Ahmad dan Salleh Melan.

2.2. # Pada mulanya... Siput Serawak sepatutnya memegang peranan Rosnah dalam "Adek-Ku" arahan B.N. Rao dan beberapa adegan untuknya telah digambarkan. Bagaimanapun, kerana adanya perubahan skrip Siput Serawak enggan berlakon dan digugurkan. Tempatnya digantikan oleh Salmah Ismail (Saloma) sebelumnya berperanan jahat (curang dan busuk hati) dalam "Empat Isteri" arahan B.S.Rajhans. Mula ditayangkan pada 5 Jun 1956 "Empat Isteri" dibintangi juga Ahmad Mahmud, Rosnani dan Haji Mahadi. Inilah filem terakhir B.S. Rajhans. Beliau meninggal dunia pada 31 Mei 1955.




Aminah Chendrakaseh
"Siti Zubaidah" (Villa Karmila)

3.1. # Pada mulanya... 12 seniman dan seniwati Indonesia telah disenaraikan untuk berlakon dalam filem "Siti Zubaidah" keluaran Maria Menado Productions (MMP), termasuk Aminah Chendrakaseh, Fifi Young, Bambang Irawan, Raden Ismail, Sukarno M. Noor, Faridah Ariani, S. Effendi, Bing Selamat dan Chitra Dewi. Sampai ke sudah, tidak seorang pun diantara mereka itu berlakon dalam filem tersebut. Abdullah Chik sepatutnya memegang peranan Sultan Zainal Abidin digantikan dengan Noordin Ahmad. Begitu pun juga peranan Siti Zubaidah kekal bersama Maria Menado sebab sejak awal lagi namanya ditetapkan membawa peranan tersebut. Ramon A. Estella yang dirancang sebagai pengarah digantikan dengan B.N. Rao.

3.2. # Pada mulanya... Ramai yang beranggapan Maria Menado Productions telah mengeluarkan 6 filem. Sebenarnya 5 sahaja - "Korban Fitnah" (1959), "Darah-Ku", "Bunga Tanjong", "Raja Bersiong" dan "Pontianak Kembali" (kesemuanya 1963). "Siti Zubaidah" diperingkat awal sepatutnya diusahakan sepenuhnya oleh MMP. Malangnya terpaksa CKF mengambilalih kerana menghadapi masalah kekurangan bajet.




Elizabeth Taylor
"Unforgiven" (Audrey Hepburn & Burt Lancaster)
"Giant" (Movieclip Classic)

4.1. # Pada mulanya... Pengarah George Stevens buntu dan tidak tahu siapa seharusnya diantara Grace Kelly dan Elizabeth Taylor diberikan peranan Leslie dalam filem "Giant". Tetapi apabila bertanya kepada Rock Hudson siapakah diantara mereka yang beliau mahu sebagai heroinenya, Rock Hudson menjawab: "Elizabeth Taylor". Sampai keakhir hayat, Rock Hudson dan Grace Kelly tidak penah berlakon bersama. Rock Hudson meninggal dunia pada 2 Oktober 1985 manakala Grace Kelly lebih awal pada 14 September 1982. Selain "Giant", Rock Hudson dan Elizabeth berlakon sama dalam "The Mirror Crack'd" (1980) yang turut dibintangi Tony Curtis dan Kim Novak. James Dean menghabiskan penggambaran "Giant" pada 23 September 1955, meninggal dunia dalam kecelakaan jalanraya pada 30 September 1955.

4.2. # Pada mulanya... Terlalu ramai seniman terkenal disyorkan membawa peranan Jordan "Bick" Benedict (Rock Hudson memperolehinya) termasuk Clark Gable, Alan Ladd, Gary Cooper, William Holden, John Wayne, Errol Flynn, Henry Fonda, Charlton Heston, Tyrone Power, Robert Taylor, Jeff Chandler, Victor Mature, James Stewart, Burt Lancaster dan Kirk Douglas disamping ramai juga seniwati popular dicadangkan membawa peranan Leslie, antaranya Audrey Hepburn, Ava Gardner (berada di Pakistan membintangi "Bhowani Junction"), Marlene Dietrich, Katharine Hepburn, Joan Fontaine, Olivia de Havilland, Deborah Kerr, Maureen O'Hara, Susan Hayward, Rita Hayworth, Jennifer Jones, Vivien Leigh, Eleanor Parker, Gene Tierney, Janet Leigh, Donna Reed, Jean Simmons dan Virginia Mayo.



Emelia Contessa
"Cinta Dan Lagu" (ed LOkfc)
"Loceng Maut" (Andy Channel)

5.1. # Pada mulanya... Peranan Noor Azizah sebagai Noraini dalam filem "Cinta Dan Lagu" (1976) arahan Jamil Sulong dikhususkan untuk Emila Contessa. Sekiranya Emilia diperolehi kemungkinan besar lagu-lagu nyanyian Noor Azizah (menggunakan suara Sakamiah Hassan) dinyanyikan oleh Emilia Contessa sendiri berpadu suara dengan Hail Amir terutamanya. Selain Noor Azizah dan Hail Amir turut berlakon Yusof Haslam dan Norzie Nani. Bagaimana cantiknya agaknya, kalau "Berdebar-Debar Dalam Hati" (lagu terbaik dalam filem tersebut) sekiranya Emilia Contessa feat dengan Hail Amir atau Ahmad Jais). Tentu lebih menarik lagi. Kesemua lagu "Cinta Dan Lagu" ciptaan Johari Salleh.

5.2. # Pada mulanya... Bintang utama (hero) "Loceng Maut" (1977) arahan Nas Achnas dan Frank Rorimpandey sepatutnya dipegang oleh pelakon terkenal Indonesia, Farouk Afero. Namun disebabkan ada kontroversi terutama bantahan Sabah Filem kerana tidak mematuhi kontrek filem "Pendekar" (arahan M. Amin) yang dibintanginya bersama Noor Azizah, Aziz Jaafar dan Ibrahim Pendek. Farouk Afero digugurkan dan digantikan dengan Omar Shariff, pendekar dan guru silat berasal dari Kedah. Filem ini turut dibintangi Hussain Abu Hassan, Teh Faridah, Faridah Ucok dan Dalilah. "Loceng Maut" dipadankan dari filem Shaw Brothers Hong Kong "The Bells Of Death" (1968) arahan Fung Yueh, dan telah mendapat kejayaan box office - dapat banyak duit.



A.R. Tompel
"Perkahwinan Rahsia" (Prosarama Media)
"Anak Bapak" (Andy Channel)

6.1. # Pada mulannya... A.R. Tompel ditawarkan oleh Shaw Brothers (Runme Shaw & Run Run Shaw) mengarahkan filem "Permata Di-Perlimbahan" (tajuk asal "Fatimah"). Bagaimanapun, sebab pembayaran tidak memuaskan beliau menolak. Akhirnya, Haji Mahadi diberi peluang sebagai pengarah dengan bintang utamanya Maria Menado dan Noordin Ahmad. Inilah filem pertama dan terakhir diarahkan oleh Haji Mahadi yang lahir di Kampung Merbok, Negeri Sembilan. Banyak filem dilakonnya di MFP termasuk "Iman", "Sedarah", "Ribut", "Roh Membela" dan terakhir "Permintaan Terakhir".

6.2. # Pada mulannya... Filem "Perkahwinan Rahsia" merupakan salah satu filem keluaran Nusantara Film Company (NFC) yang diarahkan bersama Armaya (A.R. Tompel) bersama Hsu Chow Meng. Antara filem-filem lain diarahkan Armaya termasuklah "Norma", "Chinta Murni" dan "Sesal Tak Sudah". Menariknya, "Perkahwinan Rahsia" filem pertama Saloma, juga satu-satunya filem NFC yang masih wujud, 10 lagi hilang. Ia difilemkan semula oleh P.Ramlee pada 1967 di MFS bertajuk "Anak Bapak" dengan bintang utamanya P. Ramlee sendiri, Rose Yatimah, A.R. Tompel, Ruminah Sidek dan Ibrahim Din. Dibandingkan antara 2 filem tersebut ternyata "Anak Bapak" lebih baik serta menghiburkan.



"Loetoeng Kasaroeng"
"Pembalasan" (Villa Karmila)
"Lutung Kasarung" (Movie Karyo)

7.1. # Pada mulanya... Cerita "Loetoeng Kasaroeng" atau "Lutung Kasarung" difilemkan oleh NV Java Film Company dan diarahkan G. Kruger bersama L. Heuveldrop berasal dari Belanda pada 1926. Ia merupakan filem (bisu) pertama diusahakan di Indonesia. Pada 1951 L. Krishnan telah menyadurkan cerita filem tersebut dengan mengubah tajuknya kepada "Pembalasan" dengan bintang utamanya S. Roomai Noor dan Siput Serawak.   "Loetoeng Kasaroeng"   difilem 2 kali (remake) di Indonesia - 1952 dan 1983.

7.2 # Pada mulanya... Seniwati seksi, Erna Santoso, yang turut membintangi "Lutung Kasarong (1983)  
), buat pertama kalinya berlakon dalam "Arwah Penasaran" (1975) bersama Juni Arcan. Kemudian tahun berikutnya pengarah Wahyu Sihombing mengambilnya berperanan utama dalam "Cinta Abadi" disamping Ade Irawan, Dicky Zulkarnean dan Marlia Hadi. Filem terakhirnya "From Seoul To Jakarta" (arahan Damien Dematra) pada 2014. Erna Santos lahir di Surakarta pada 1 September 1956. Disamping itu, Enny Beatrice, heroine filem tersebut, kini isteri Adnan Mansor, Ahli Parlimen (MP) Putrajaya.  




Tarminah
"Apek Tua Nyonya Manis" (Karyaone)
"Apek Dan Marjina" (Hey Pop Yeh)

8.1. # Pada mulanya... Lagu "Apek Tua Dan Nyonya Manis" (asalnya lagu cina "Dayong Sampan") dan tercatat sebagai nyanyian Tarminah dan Dollah Serawak. Bagaimanapun, mengikut penjelasan pencipta lagu, Zubir Said (suami Tarminah), lagu tersebut dirakamkannya ke piring hitam pada 1937. Pasangan duet Tarminah, Ali Gesek (M. Babjan), yang terkenal dialog sindirannya: "Baik, baik ada makna tu" dalam filem "Madu Tiga". Menurut Zubir Said lagi, pada 1930 lagu itu telah didengarnya dimainkan oleh kumpulan ronggeng Deli dikebun-kebun teh di Sumatra Selatan. Beliau tidak pasti, bagaimana lagu tersebut tercampak di Medan. Zubir Said juga menyatakan, ia sering dimainkan dalam persembahan pementasan bangsawan Melayu.

8.2. # Pada mulanya... P. Ramlee turut menyadurkan "Apek Tua Dan Nyonya Manis" untuk "Ali Baba Bujang Lapok" yang diarahkannya dengan menukar tajuknya "Apek Dan Marjina" nyanyiannya sendiri bersama Normadiah. Lagu tersebut turut dijadikan lagu pembukaan siaran Radio Singapura sebagaimana Radio Republik Indonesia menggunakan lagu "Rayuan Pulau Kelapa" ciptaan Ismail Marzuki sebagai lagu pembukaan siarannya (radio & tv) bermula pada 4 Januari 1959.



"Shakuntala" (IndianVideo)
"Dewi Murni" (Villa Karmila)

9.1. # Pada mulanya... Cerita "Shakuntala" adalah salah satu episod terkandung dalam hikayat Mahabharata telah difilemkan oleh V. Shantaram pada 1943 dibintangi Kumar Ganesh (Bharat), Jayashree (Shakuntala) dan Chandra Mohan (Raja Dushyanta). Pada 1950, B.S. Rajhans memadankan cerita filem tersebut dan diberikannya tajuk "Dewi Murni" dengan bintang utamanya Kasma Booty dan Osman Gumanti serta dibantu oleh D. Harris, A.R. Tompel dan Jaffar Wiryo. Inilah filem terakhir Kasma Booty dan Osman Gumanti berlakon bersama (heroine dan hero). Sebelumnya, "Rachun Dunia" yang dibintangi juga Siput Serawak dan P. Ramlee.

9.2. # Pada mulanya... Filem "Shakuntala" merupakan yang pertama dari India ditayangkan di Amerika. Pada 1947, The New York Times mencatatkan dalam akhbarnya itu, "Shakuntala" mempunyai tarikan dan kekuatan tersendiri. Menganggapnya sebagai 'kisah dongeng' ('fairy tale') dan diiringi dengan lagu-lagu menghiburkan serta lakonan yang berkesan. "Shakuntala" menjadi 'hits' di India tayangannya memakan masa 104 minggu. Ia juga telah dicalonkan merebut anugerah Grand International (1947) di Festival Filem Venice, Italy. Namun gagal.



Sa'adiah
"Abu Hassan Penchuri" (Release Tension)

10.1. # Pada mulanya... Cerita "Abu Hassan Baghdad" telah dipentaskan oleh The E.V.J.P. Theatrical Company Of Penang di Wayang Pusi, North Bridge Road Theatre, Singapura pada 24 April 1903. 52 tahun kemudian (1955), Shaw Brothers (MFP) telah memilemkannya dengan memberi tajuk "Abu Hassan Penchuri" arahan B.N. Rao serta dibintangi P. Ramlee, Mariam dan Noordin Ahmad. Filem ini merupakan filem terakhir P. Ramlee sebelum diangkat sebagai pengarah mengarahkan filem "Penarek Becha" (1955) lakonan P. Ramlee sendiri, Sa'adiah, Salleh Kamil dan Uda Omar.

10.2. # Pada mulanya... Mariam bukanlah pelakon pilihan pertama (sebagai Tengku Faridah) membintangi filem "Abu Hassan Penchuri". Awalnya, pihak pengurusan MFP mahu memperkenalkan pelakon baharu, Saerah namanya. Namun disebabkan kurang dapat menghayati karekternya sebagai Puteri Sultan dengan menyebabkan penggambaran sering tergendala. beliau digugurkan dan digantikan dengan Mariam yang sebelumnya telah berlakon 2 filem 1001 malam - "Aladdin" (1952) dan "Kipas Hikmat" (1955).




"Gone With The Wind"
Dirk Bogarde (Campbell's Kingdom)
"Dr. Zhivago" (Movieclip Movie Trailer)

11.1. # Pada mulanya... Jane Fonda telah ditawarkan oleh pengarah David Lean membawa peranan Lara dalam "Dr. Zhivago" tetapi ditolaknya kerana enggan ke Spain selama sembilan bulan membuat penggambaran. Beberapa minggu kemudian beliau mengubah fikirannya dan sedia menerima tawaran tersebut. Malangnya, Julie Christie telah pun menjalannya penggambaran. Pada 2014, Jane Fonda menyatakan kekesalannya kerana menolak peranan Lara itu. "Dr. Zhivago" turut dibintangi Omar Shariff, Geraldine Chaplin, Rod Steiger dan Alec Guinness. Selepas "Gone With The Wind" (1938) , "Dr. Zhivago" merupakan filem kedua memberi keuntungan besar kepada MGM. Juga filem tersebut tidak dibenar ditayangkan di Russia hingga ianya ditarik balik pengharamannya pada 1994.

11.2. # Pada mulannya... Peter O'Toole merupakan pilihan pertama David Lean membawa peranan Dr. Zhivago, malangnya beliau menolaknnya kerana masing-masing bermasalah peribadi ketika membuat filem "Lawrence Of Arabia". Marlon Brando, Dirk Bogarde, Sean Connery dan Burt Lancaster turut dipertimbangkan oleh David Lean berperanan Dr. Zhivago. Begitu pun juga, tidak ada tawaran untuk mereka, hanya kepada Omar Sharif sahaja. Selain Jane Fonda, turut dicadangkan membawa peranan Lara Sophia Loren (ditolak kerana ketinggiannya), Sarah Miles dan Yvette Mimieux.



Sri Uniati
"Devdas"
"Selamat Tinggal Kekasehku" (Hp)

12.1. # Pada mulanya... Pengarah filem Bimal Roy, pada 1955, telah mengarahkan filem "Devdas" dengan bintang utamanya Dilip Kumar (Devdas), Vyjayanthimala (Chandramuthi) dan Suchitra Sen (Parvati). Ditahun yang sama L. Krishnan memadannkan cerita filem tersebut ke bahasa Melayu bertajuk "Selamat Tinggal Kekasehku" yang menggabungkan lakonan S. Roomai Noor, Nolly Lim, M. Amin dan seniwati Indonesia, Sri Uniati. Sebelum itu, sama Sri Uniati juga membintangi filem arahan Laurie Friedman "Mutiara Dari Malaya" yang dilakonkan oleh S. Roomai Noor, Mislia dan M. Amin. Turut dipertimbangkan membawa peranan Chandramuthi dan Parvati (Paro) Nargis, Meena Kumari dan Bina Rai. Peranan Devdas tidak ada pelakon lain ditawarkan selain Dilip Kumar.

12.2. # Pada mulannya... Filem "Devdas" karya Sarat Chandra Chatterji ini pernah juga difilemkan pada 1935 arahan Pramathesh Barua dan dilakonkan oleh Pramathesh Barua, Jamuna Barua dan Chandrabati Dev. Phani Majumdar (pengarah "Hang Tuah" dan "Anak-Ku Sazali") turut terlibat dengan filem tersebut sebagai penolong pengarah, dan juga 2002 yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali lakonan Shah Rukh Khan, Aishwarya Rai dan Madhuri Dixit. Apapun, filem arahan Bimal Roy itu lebih berjaya jika dibandingkan dengan 2 filem yang sama itu termasuk yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan yang dianggap sebagai epik.




JOGET MALAYSIA
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Datuk panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Datuk panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negara kita apa namanya
Kalau Saloma orang yang bijak
Negara kita apa namanya
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Ikanlah keli dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Ikanlah keli dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya
Kalau cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia
Kalau cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Ramalah-rama dipohon suri
Mati ditimpa si buah nangka
Ramalah-rama dipohon suri
Mati ditimpa si buah nangka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Anak Benggali dikebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Anak Benggali dikebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka
Wahai cik Ramlee ini jawapnya
31 Ogos merdeka
Wahai cik Ramlee ini jawapnya
31 Ogos merdeka
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya datuk menteri
Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya datuk menteri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak ibu negeri
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak ibu negeri
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Anaklah bilal dari Mentakap
Pergi ke Johor buat kenduri
Anaklah bilal dari Mentakap
Pergi ke Johor buat kenduri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri
Oh oh Malaysia ahai Malaysia
Oh oh Malaysia ahai Malaysia

# Terdapat beberapa kesilapan dalam lirik lagu ini;
1. Malaysia tidak merdeka tetapi wujud 16 September 1963.
2. 31 Ogos (1957) Malaya yang merdeka bukan Malaysia.
3. Sarawak dan Sabah merdeka apabila menyertai Malaysia.
4. Kuala Lumpur ibu negara bukan ibu negeri.



"Mintak Chiom" (hassany hussin)
"Joget Malaysia" (Be Happy Long Life)
"Joget Malaysia" (HiburSta)
"Joget Malaysia" (Hijau Putih Entertaiment)

13.1. # Pada mulanya... Lagu "Mintak Chiom" ("Minta Cium", komidi) dirakamkan ke piring hitam oleh Miss Mahani ditahun 1930an. Pada 1965, P. Ramlee telah menyadurkan lagu tersebut bertajuk "Joget Malaysia" (patriotik) nyanyiannya bersama Saloma dalam filem "Ragam P. Ramlee" yang mengandungi 3 cerita - "Ramlee Dan Saloma," "Minta Nombor Ekor" dan "Damaq". Inilah filem terakhir lakonan bersama P. Ramlee dan Kasma Booty sebagai hero dan heroine selepas diperkenalkan oleh L. Krishnan dalam "Bakti" pada 1950 kemudian disusuli pula "Sejoli" dan "Juwita". Pada 2010, Jaclyn Victor, Vince dan Aizat mempersembahkannya dalam Konsert Tribute P. Ramlee: Di Manakan Ku Cari Ganti. Pada 2014 pula, ia dihidangkan oleh Kumpulan Koir KKMM @ Studio Muzik PENTARAMA, Jabatan Penerangan Malaysia, yang mana ternyata dua-dua tidak kurang menariknya. Nasib baik P.Ramlee menggubahkannya semula, sudah tentu irama "Mintak Chiom" pasti dilupakan. Sayang sekali, pencipta lagu tersebut, tidak diketahui. Lihat juga, betapa patriotiknya P.Ramlee apabila terdapat "Anak Benggali" dalam lirik ciptaannya itu. Adalah dijangka, "Joget Malaysia" akan hidup 100 atau 1000 tahun lagi, sama seperti P.Ramlee.

13.2. # Pada mulanya... Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur City Center (KLCC), yang terletak di Jalan Ampang tapaknya itu dahulu adalah tempat lumba kuda, Selangor Turf Club (STC). P. Ramlee telah menggunakannya membuat penggambaran "Minta Nombor Ekor" (salah satu episod dalam filem "Ragam P. Ramlee") disitu dengan bintang utamanya P. Ramlee sendiri, Sophia Ibrahim dan Raden Sudiro. Ironiknya, bersebelahan KLCC terdapat Jalan P. Ramlee, tidak jauh dari situ ada Jalan Saloma, Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di mana P. Ramlee dan Saloma disemadikan eerta juga Saloma Bistro di Matic kini berubah namanya, "The Love". Terbaharu, wujud pula Saloma Link Bridge yang menghubungkan Kampung Baru dan KLCC. Lumba Kuda Kuala Lumpur (asal) dirobohkan pada 1 Mac 1997, kini bertapak (dipindahkan) di Sungai Besi, dan masih aktif.



BUKU KEDUA MUSTAFAR A.R. (2019)


HARGA SENASKAH: RM40.00 (162 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117


BUKU PERTAMA MUSTAFAR A.R. (2008)

HARGA SENASKAH: RM90.00 (358 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117





KUALA LUMPUR

PULAU PINANG

12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG





Jean Simmons
Burt Lancaster ("The Rose Tattoo")
"Samson And Delilah" (DiAmerica Bible)
"Aurat" (Cinema Scope Movies)

14.1. # Pada mulanya... Burt Lancaster ditawarkan berlakon sebagai Samson dalam filem "Samson And Delilah" arahan Cecil B. Demille. Begitu pun juga, kerana beliau mengalami sakit belakang terpaksa ditolaknya, dan Victor Mature mendapat peranan tersebut berpasangan dengan Hedy Lamarr sebagai Delilah. Selain Hedy Lamarr, turut berada dalam kepala pengarah Cecil De Mille,   Jean Simmons yang kemudian berlakon dalam filem epik Bible, "The Robe", Lana Turner ("Prodigal") dan Rita Hayworth ("Salome").

14.2. # Pada mulanya... Victor Mature bukanlah pilihan pertama Cecil B. Demille membawa peranan Samson. Selain Burt Lancaster ialah Steve Reeves. Selepas filem tersebut populariti beliau begitu terselah dan seterusnya membintangi beberapa filem diminati ramai termasuk "The Robe", "Demetrius And The Gladiators", "Safari", "Zarak" dan "China Doll" berheroinekan seniwati terkenal Hong Kong, Li Li-Hua. "Samson And Delilah" telah dipadankan ke filem Hindi bertajuk "Aurat" (1953) dibintangi Bina Rai (Ruhi), Premnath (Adil) dan Purnima (Juhi) manakala Bhagawandas Varma bertindak sebagai pengarah. Seperti juga "Samson And Delilah", "Aurat' juga mendapat kejayaan box office.



Rock Hudson ("Battle Hymn")
"Sayonara" (Retro Trailer)

15.1. # Pada mulanya... Rock Hudson merupakan pilihan awal pengarah Joshua Logan memegang peranan Major Lloyd Gruver dalam filem "Sayonara" (1957). Tetapi beliau lebih mengutamakan "A Farewell To Arms" (1957) berheroinekan Jennifer Jones. William Holden juga ditawarkan, namun beliau lebih berminat dan memilih "The Bridge On The River Kwai" (1957). Akhirnya Marlon Brando menerima peranan tersebut berpasangan seniwati Jepun, Miiko Taka. Turut membintangi filem yang dibuat dalam Technirama dan Techicolor itu, Patricia Owens dan James Gardner. Miiko Taka pernah datang ke Kuala Lumpur membuat penggambaran filem "Paper Tiger" bersama David Niven dan Toshiro Misfune.

15.2. # Pada mulanya... Marlon Brando seniman Hollywood paling terkenal dan popular berbanding antaranya John Wyane, James Stewart, Gary Cooper dan Robert Taylor, asalnya enggan menerima tawaran berlakon dalam "Last Tango In Paris" (1972) arahan Bernardo Bertolucci (dianggap filem lucah) tetapi menerimanya setelah beliau menghadapi masalah kewangan. Marlon Brando dan heroinenya, Maria Schneider, mengaku filem tersebut telah mencemarkan nama baik mereka namun beranggapan Bernardo Bertolucci merupakan 3 antara pengarah terbaik pernah mereka bekerja dibawah arahannya. Sebelumnya (1971), Marlon Brando turut belakon dalam "The Nightcomers" arahan Micheal Winner (juga dianggap lucah) yang mana Stephanie Beacham telah menjadi mangsa keganasannya. Marlon Brando lahir di 3 April 1924 di Omaha, Nebraska, meninggal dunia pada 1 Julai 2004 di Los Angeles, California.


 
S. Roomai Noor
Elaine Edley
"Puteri Gunong Ledang" (Lima Jiwas)

16.1. # Pada mulanya... Cerita "Puteri Gunong Ledang" (1961) sepatutnya difilemkan dibawahan arahan L. Krishnan. Tetapi disebabkan beliau mendapat tawaran lebih baik di Merdeka Filem Setudio (MFS), S. Roomai Noor terpaksa mengambilalih di Cathay Keris Film (CKF) di Singapura, dengan bintang utamanya Mazlan Ahmad, Fatimah Ahmad, Wahid Satay dan Elaine Edley sebagai Puteri Gunong Ledang. Di MFS, L. Krishnan mengarahkan "Tun Tijah" (1960) yang dibintangi Salmah Ahmad, Abdullah Chik dan Mustapha Maarof, juga merupakan filem pertama studio yang terletak di Kuala Lumpur itu.

16.2. # Pada mulanya... Elaine Edley hampir-hampir menolak tawaran berlakon sebagai Puteri Gunong Ledang. Ini kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu walaupun dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Begitupun juga, cabaran yang dibuat oleh S. Roomai Noor membuatkan Elaine Edley begitu bersemangat membawa peranan tersebut. Kata S. Roomai Noor: "Peranan tersebut satu cabaran, menolak bererti kalah sebelum mencuba." Sebelum ini beliau pernah muncul dalam filem Italy "World By Night" arahan Mario Russo yang dibuat penggambarannya di Singapura pada 1960, turut sama berlakon Annie Jasmin.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA...



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI ->



FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyak masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


A.R. TOMPEL
lawaknya menggelikan hati

R. AZMI
perginya dalam kesepian

SIPUT SERAWAK
kecewa gagal jadi pengarah filem

AHMAD MAHMOOD
bintang di langit seni

SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu