"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, October 11, 2020

KUBOR TA' BERTANDA (1965)
FILEM ARAHAN A. RAZAK YANG DILUPAKAN
Oleh Mustafar A.R., Aida Mustafar & Muzaili Mustafar
Gambar Daripada Pelbagai Sumber Termasuk Internet
Diedit, Disemak & Disusun Oleh Zaini Yusop

PIXIE MONTEIRO, ketika mahu berkahwin dengan Wes Epae berbagai masalah timbul.

Z.ROSLI (Filem pertamanya "Chelorong Cheloreng" arahan S.Roomai Noor) disusuli "Tajul Ashikin" dan "Si Murai".

SIPUT SERAWAK (Selain S.Roomai Noor, beliau pernah bersuamikan Alias Congo).

ALIAS CONGO ("Hidup pun susah, mati pun susah", dialognya dalam "Madu Tiga").

S. HAMID, berperanan P.Ramlee masa kecil (Nasir) dalam "Bakti" arahan L.Krishnan.



TERLALU RAMAI MAHU TAHU
FILEM "KUBOR TA' BERTANDA"
Oleh Mustafar A.R.



Banyak e-mel Saya terima bertanyakan filem "Kubor Ta' Bertanda". Salah satu antaranya daripada Nur Fazilah kini berada di Taiping, Perak. Catatan e-melnya: Salam sejahtera Encik Mustafar A.R., semoga bersama isteri sihat selalu. Saya ada membeli buku "50 Tahun Filem Malaysia & Singapura" (50TFM&S) tulisan Encik Mustafar A.R. Tahniah kerana dapat melahirkan buku tersebut mengenai sejarah lengkap filem Malaysia & Singapura yang selama ini belum pernah diterbitkan. Dalam penelitian saya ia sangat berguna dan sesuai dijadikan rujukan terutama dikalangan pencinta-pencinta filem Melayu khususnya. Ada beberapa perkara saya ingin bertanya kepada Encik Mustafar A.R. Buat kali ini satu dahulu iaitu dalam buku 50TFM&S dimuka 121 ada tercatat filem "Kubor Tak Bertanda". Pada saya filem ini agak asing, tidak seperti filem-filem hantu (seram) yang lain seperti "Pontianak", "Hantu Jerangkong", "Roh Membela" dan "Gergasi". Justeru itu, boleh tak Encik Mustafar A.R. huraikan lebih lanjut mengenai filem tersebut untuk pengetahuan bersama. Begitulah catat e-mel Nur Fazilah itu. Saya sendiri sebenarnya tidak begitu tahu filem tersebut. Bila kajian dibuat hasilnya...



BUKU KEDUA MUSTAFAR A.R. (2019)


HARGA SENASKAH: RM40.00 (162 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117

BUKU PERTAMA MUSTAFAR A.R. (2008)

HARGA SENASKAH: RM90.00 (358 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117



PIXIE MONTEIRO BERWAJAH JELITA

PIXIE MONTEIRO BERWAJAH HODOH


Pengedar CATHAY-KERIS FILM Pengeluar MALAYSIA MOVIE PRODUCERS Pelakon PIXIE MONTEIRO Z.ROSLI SIPUT SERAWAK ALIAS CONGO ZAIN BLACKOUT AZIZ KING GEDOBEL S.HAMID Pengarah A.RAZAK

Tahun Diedarkan: 1965 (29 APRIL)
Kedudukan Filem: HILANG

CERITA ->
Kisahnya mengenai manusia dengan sifat dengki khianat yang tidak berkesudahan hingga sanggup merosakkan kehidupan saudara sedarah sedaging sendiri semata-mata mengutamakan kepentingan diri sendiri. Akibatnya, dia menjadi korban apabila orang yang tidak disangkannya tergamak bertindak kejam dengan menyalakan api kemukanya yang sangat ngeri dan menggerunkan. Tidak seorang pun menyangka dia masih bernafas, lalu ditanam hidup-hidup seperti menimbus mayat walhal dia masih hidup. Filem ngeri dan seram ini mengisahkan apabila manusia disangka meninggal dunia ditanam hidup-hidup. Seorang isteri yang setia telah mengalami peristiwa bertemu kemudian berpisah. Pertemuan dia dengan suaminya dalam suasana sangat menyayat hati.

ULASAN ->
Agak sukar untuk Saya membuat kritikan kerana ia merupakan salah satu filem Melayu yang boleh dianggap hilang. Apapun keadaan, samada baik atau pun seburuk mana sekali pin, ketiadaannya merupakan kerugian besar kepada khazanah filem Melayu sama seperti terkuburnya "Pontianak" dan "Dendam Pontianak", juga bercorak hantu atau seram.





KUALA LUMPUR

PULAU PINANG

12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
-> (Kliks Di Sini)




Creature From The Black Lagoon.

# ULASAN DAN KRITIKAN FILEM ->
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN




PIXIE MONTEIRO

PIXIE MONTEIRO, KANAN BARISAN DEPAN

SEDIKIT MENGENAI PIXIE MONTEIRO

Nasib Pixie Monteiro sama macam Marion Willis (Sumpah Orang Minyak) dan Monica Jones (Di Belakang Tabir). Berlakon satu filem kemudian hilang. Ironiknya, mereka bertiga berbangsa Serani. Pixie mula dikenali apabila beliau menyertai pertandingan Ratu Malaysia pada April 1963 yang mana William Holden, Capucine dan Susannah York (tiga pelakon membintangi The 7th. Dawn). Bagaimanapun, Pixie tidak berjaya apabila Catherine Loh dari Brunei dipilih menyandang gelaran Ratu Malaysia 1963. Pada 1963 itu, umur Pixie baru 17 tahun. Itu sahaja yang ada, akan diupdate sekirannya terdapat maklumat yang lain.




A.RAZAK & HO AH LOKE


A.RAZAK DIANGGAP SEBAGAI
PENGASAS FILEM HANTU MELAYU
Oleh Muszaili Mustafar



Bila memperkatakan Pontianak, nama A.Razak pasti tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, beliau orangnya mengwujudkan kisah Pontianak di layar perak atau filem. Jika bertemu dengannya, digelar "Bapak Pontianak" dan "Promoter Razak", A.Razak bercakap berjam-jam dan tidak berhenti-henti asalkan sahaja orang sanggup mendengar dan perkaranya mestilah show business atau dunia hiburan. A.Razak menyerlah namanya apabila cerita Pontianak karyanya difilemkan oleh Cathay Keris Filem (CKF) pada 1957, diarahkan B.N. Rau. Sambutan dan kejayaan luar biasa "Pontianak" benar-benar menjadikan nama A.Razak terkenal lebih-lebih lagi Maria Menado (isterinya) yang sebelumnya kurang menyerlah walaupun telah membintangi beberapa filem termasuk "Pulau Mutiara", "Penghidopan" dan "Selamat Hari Raya". Disebabkan "Pontianak" menghasilkan banyak duit, A.Razak mula jadi rebutan dua syarikat filem terkenal - Malay Film Productions (MFP) dan CKF. Dengan itu, terbitlah tiga lagi filem Pontianak berdasarkan karyanya seperti;
* Dendam Pontianak (1957)
* Sumpah Pontianak (1958)
* Anak Pontianak (1958)
Selain filem-filem Pontianak, cerita-cerita A.Razak lain telah difilemkan "Gergasi", "Siti Zubaidah", "Raja Bersiong", "Mata Hari", "Melanchong Ka Tokyo", "Naga Tasek Chini", "Bunga Tanjong", "Darah-Ku", "Kubor Ta' Bertanda" dan "Harimau Jadian". Pada 1975, sekali lagi kisah Pontianak dijadikan filem, berwarna. Mengambil peranan Pontianak, Jennifer Kaur. Pelakon 'newcomer' ini dibantu Piya Mustaffa, Herdawati, Ah Leng, Hamid Bond, Siput Serawak dan Shariff Medan. Bagaimanapun, filem tersebut gagal di box office.

# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




No comments:

Post a Comment