"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, July 11, 2011


THE BOOK OF P.RAMLEE FILMS





JOHAN JAFFAR


AT LAST we have the most comprehensive bibliography facts and notes on the films of P. Ramlee. Filem-Filem P. RAMLEE compiled by Mustafar A.R. and Aziz Sattar is a labour of love.

Mustafar was an entertaiment journalist with Utusan Melayu and Aziz was involved as an actor in many of P. Ramlee's best remembered films. Mustafar joined the Utusan group in 1971 as reporter for the entertaiment magazine URTV. He left the group 27 years later.

Aziz first appeared with P. Ramlee in Putus Harapan in 1953, P. Ramlee's 17th. film after his first appeared as a bit actor in Chinta five years earlier. Aziz made his name in Bujang Lapok the first comedy directed by P. Ramlee.

It took Mustafar and Aziz a long time to complete the task which began in 1988. In his introduction, Mustafar mentioned how he was inspired to work on a book on P.Ramlee when he came across The Complete Films of John Wyane by Mark Ricci, Boris Zmijewsky and Steve Zmijewsky.

It took 20 years to realise his dream. He went through old magazines and newspapers, talked with to many directors, actors, musicians, even studio helpers who were involved with P. Ramlee in compiling the book.

Many things happened between 1988 and the publication of the book early this year. But Mustafar soldiers on. He roped in Aziz for his direct involvement with P.Ramlee for more than three decades.

Aziz was with the legend in good times and bad. When P.Ramlee directed Bujang Lapok (1957), Aziz was one of the three leading actors, the others were P. Ramlee and S.Shamsuddin.

It was P. Ramlee's fourth directorial effort after Penarek Becha, Semerah Padi dan Panca Delima

The trio reprised their roles in Pendekar Bujang Lapok in 1959, thus establishing P. Ramlee reputation as a director who was equally capable helming dramas, period plays and comedies.

P. Ramlee directed Aziz again in Ali Baba Bujang Lapok and Seniman Bujang Lapok. Ali Baba unlike the other Bujang Lapok films is supposed to be anchored in the time of the Arabian Nights, but P. Ramlee created a film replete with anachronism. His creative licence was used to the fullest. He was at his creative best.

The other two comedy series directed and acted by P. Ramlee was Labu Dan Labi (two films) and Do Re Mi (three films). The hilarious M. Zain was P. Ramlee sidekick in Labu Dan Labi and Nasib Si Labu Labi.

In the film P. Ramlee introduced a character that became synonymous with the idea being stingy, Haji Bakhil played by Udo Umar. Like P. Ramlee, M. Zain hailed from Penang, and died, like P. Ramlee, penniless at the relatively young age of 46 in 1967.

Aziz never again acted in films that broke box office receipts in films directed by others.

P. Ramlee's last film at Malay Film Productions (MFP) in Singapore was 3 Abdul, probably his most sarcastic comedy and one of the most under-rated Malay films of all time. It was 17th. film he directed at MFP, and 44th. film he was involved in as an actor.

It was one of the saddest moment of his entire career. He was told to pack his bags for Merdeka Film Studio (MFS) in Hulu Kelang, near Kuala Lumpur.

He has a lot of problems finishing 3 Abdul, among others the union - many of whose members were fellow actors and those he had helped make famous - which created unreasonable demands.

He left Kuala Lumpur immediately after shooting ended on April 16, 1964. He did not even see the preview. He bought his ticket at the Federal Theatre in Kuala Lumpur.

Malay cinema was the way down. Its golden era closely associated with P. Ramlee. When his best movies were made between 1955 and 1964, Malay movies were at their height. When he left for Kuala Lumpur, he made some good movies, but mostly bad ones.

None of his work in Kuala Lumpur could match his Penarek Becha, Antara Dua Darjat, Ibu Mertua Ku, Semerah Padi or Bujang Lapok and Labu Dan Labi.

There were glimpses of brilliance in Masam2 Manis, Do Re Mi or Sesudah Suboh, but many of the films are best forgotten.

P. Ramlee died at the age 44 in 1973.

The book is commendable as two compliers used their extensive knowledge and experience and, in the case Aziz, his personal involvement.

Forget about the quality of editing and design, it is meant to document P. Ramlee's contribution in the world of Malay cinema.

Not surprisingly, the book has a foreward by the Chief Minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud, a known fanatical follower of P. Ramlee. What is important is the book helps to correct some of mistakes repeated by writers, journalist and even scholars about P. Ramlee.

One example is the fact that there never was a movie by the name of Penanggal. The actual title was Hantu Jerangkong.

For every entry, there is a synopsis, review and critique, trivia on songs and musical arrangements as well as interesting facts and figures. The latter is important for it contains tidbits on various aspects of the production.

In all, P. Ramlee was involved in 66 films in his career spanning 25 years. He directed 17 films at MFP and acted in 45.

At Hulu Kelang his first direction was Si Tora Harimau Jadian (1964) and his last Laxmana Do Re Mi. At MFS, he acted in all the films he directed.

In Singapore he is introduced as bit player in Chinta, Noor Asmara, Nasib, Nilam and Rachun Dunia.

It was L. Krishnan who entrusted P.Ramlee with a lead role in Bakti. It was also Krishnan's directorial debut at MFP. P.Ramlee appeared as cameo in a number of films, including Love Parade (1963) and Melanchong Ka Tokyo (1964).

P. Ramlee acted in three colour films but directed none.

What was the first word he uttered as a film star? Cinta in the film Chinta in 1948. His last words? Zam zam alakazam in Laxmana Do Re Mi in 1973.

That is good enough reason to get a copy of Filem-Filem P.RAMLEE.

* Tulisan Johan Jaffar ini telah disiarkan oleh akhbar The New Straits Times pada 21 Jun 2008.


Tiga gambar di majlis perasmian oleh L.Krishnan dan Sulaiman Taib di Saloma Bistro, Kuala Lumpur pada 26 April 2008. Atas: Mustafar A.R. dengan buku "Filem-Filem P. Ramlee"nya. Tengah: (Dari kiri) Aziz Sattar, Jins Shamsudin, Sulaiman Taib, L.Krishnan dan S.Shamsuddin. Bawah: (Dari kanan) Zaiton, Aziz Sattar, Hashimah Yon, Neng Yatimah dan S.Shamsuddin.



Hamidah (Ibu)
(sumber: pakcummy)


Bengawan Solo (Love Parade)
(sumber: cyclopede)


Kalau Kaca Menjadi Intan (Nujum Pa' Blalang)
(sumber: tokapi)


Penawar Hati (Aloha)
(sumber: pakcummy)


Itulah Sayang (Anak-Ku Sazali)
(sumber: dwniss)


* Sesiapa yang ingin memiliki buku "Filem-Filem P. Ramlee", sila e-mail saya (Mustafar A.R.) mar27843@yahoo.co.uk atau telefon 012-3408117.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



Saturday, July 9, 2011


BUKU FILEM-FILEM P.RAMLEE

KINI, HANYA BOLEH DIPEROLEHI DI FILEM KLASIK



RAMAI yang tidak tahu dalam mengarahkan filem "Nujum Pa' Blalang," P.Ramlee sebenarnya banyak berpandukan filem "Tom Thumb" yang diarahkan George Pal. Adegan klasik ketika Aziz Sattar dan S. Shamsuddin membahagi-bahagikan duit, terdapat dalam filem tersebut.

Begitu juga dengan telatah-telatah lucu semasa P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin mengekori Rose Yatimah dalam filem "Pendekar Bujang Lapok," ditirunya dari filem "C.I.D." yang dibintangi Dev Anand dan Shakila.

Filem "Sumpah Orang Minyak" pula banyak adegan yang dihasilkannya bersumberkan dua filem yang sudah menjadi klasik - "The Hunchback of Notre Dame" dan "The Wizard of Oz."

Adegan perlawanan tinju dalam filem "Nasib Si Labu Labi" diilhamkannya dari filem Charlie Chaplin - "Light City", dan ketika P. Ramlee mencari Sa'adiah yang diculik oleh Salleh Kamil disertai berjalan cepat dalam filem "Semerah Padi" merupakan adegan yang sama terdapat dalam filem Jepun arahan Akira Kurosawa - "Rashomon".

P.Ramlee seorang yang kreatif dan P. Ramlee juga seorang penciplak dan peniru. Bagaimanapun kita tidak tahu apa (di mana) yang diciplak dan apa (di mana) yang ditirunya. Itu adalah kepintaran dan keistimewaannya, kata L. Krishnan.

Suatu kenyataan tidak seharusnya dianggap memperkecilkan kreativiti P.Ramlee, tetapi sebaliknya itulah fakta yang tidak boleh sesiapa pun mempertikaikannya.

Pengarah-pengarah hebat - Steven Spielberg, Raj Kapoor dan Akira Kurosawa - pun menciplak dan meniru, inikan pula P.Ramlee.

Cerita filem arahan L. Krishnan, "Bakti", merupakan gabungan filem "Wuthering Heights" arahan William Wyler dengan "Les Miserables" yang diarahkan oleh Richard Boleslaweski.

Cerita filem "Panggilan Pulau" pula merupakan gabungan filem "Wuthering Heights" dan "The Count of Monte Cristo" yang diarahkan oleh Rowland V.Lee dan berkaitan juga dengan filem "Jaal" arahan Guru Dutt.



Sesiapa ingin memiliki buku "Filem-Filem P.RAMLEE" ini
sila hubungi nombor telefon 012-3408117
atau e-mail mar27843@yahoo.co.uk
RM70.00 senaskah (tidak termasuk bayaran poslaju)



Begitu juga halnya dengan filem "Sedarah," S.Ramanathan banyak terikut-ikutkan filem "Awara" manakala "Putus Harapan" arahan B.N.Rao banyak pula terpengaruh dengan filem "Barsaat" - keduanya arahan Raj Kapoor.

Filem "Anak-Ku Sazali" telah memberi anugerah pelakon lelaki terbaik kepada P.Ramlee. Tetapi berapa ramai yang tahu filem tersebut ciplakan filem "My Son, My Son" arahan Charles Vidor.

"Antara Dua Darjat" merupakan salah satu filem terbaik diarahkan oleh P.Ramlee. Tahukah anda, filem tersebut ceritanya ditulis oleh Omar Rojik berdasarkan filem Bimal Roy yang sudah dianggap klasik - "Madhumati".

Tentang lagu pula, "Getaran Jiwa" ada persamaan dengan lagu yang terdapat dalam filem keluaran Shaw Brothers Hong Kong, "Love Without End," lakonan Lin Dai dan Kwan Shan.

Begitu juga dengan "Kami Penyamun" diilhamkannya dari lagu "Mera Joota Hai Japan" petikan filem "Shree 420" - satu lagi filem arahan Raj Kapoor.

Dalam buku ini, Mustafar A.R. dan Aziz Sattar bukan saja mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam filem-filem P.Ramlee, tetapi juga ringkasan cerita, ulasan dan kritikan, penilaian terhadap P.Ramlee sebagai pelakon dan pengarah.

Di samping itu, turut menyorot di belakang tabir filem-filem arahan dan lakonannya seperti "Penarek Becha", "Hang Tuah", "Panca Delima" dan "Bukan Salah Ibu Mengandong".

Dilengkapkannya juga, senarai pelakon dan para pekerjanya, irama dan lagu serta penyanyi-penyanyinya, anugerah yang dimenanginya terutama di Festival Filem Asia Pasifik, foto-foto filem lakonan dan arahannya serta fakta dan angka bagi membolehkan anda tahu yang mana selama ini mungkin anda tidak tahu.

Kesemua filem P.Ramlee sudah jadi klasik dan akan terus diminati ramai walaupun 1000 tahun lagi atau selagi nadi filem Melayu (Malaysia) masih berdenyut sama seperti filem-filem Charlie Chaplin, Raj Kapoor dan Akira Kurosawa.

Buku seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan bolehlah dianggap sebagai dokumentasi lengkap mengenai filem-filem P.Ramlee dan sangat sesuai dijadikan rujukan terutama di kalangan orang-orang filem dan mereka yang menyayangi P.Ramlee.

Oleh itu, sekiranya anda meminati filem-filem P.Ramlee seharusnya pula buku Filem-Filem P.RAMLEE ini anda miliki.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



Friday, July 8, 2011


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-10

"IBU MERTUA KU" MENANG DUA ANUGERAH

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Dipetik Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Rose Yatimah seolah-olah bagi pihak tuanrumah mengalu-alukan kedatangan perwakilan FFA10 menginap di Palace Hotel yang terletak bertentangan dengan istana Maharaja Jepun


FESTIVAL FILEM ASIA KE-10 (FFA10)___

FESTIVAL Filem Asia (kini Festival Filem Asia-Pasifik) Ke-10 (FFA10) berlangsung di Tokyo, Jepun dari 14 hingga 19 April 1963. Ini kali keempat Tokyo menjadi tuanrumah selepas FFA1 (1954), FFA4 (1957) dan FFA7 (1960).

Kuala Lumpur-Singapura diwakili oleh bintang filem dan pengarah filem, P. Ramlee, Hussain Haniff, Latiffah Omar, Rose Yatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali.

Pegawai pula, Mohamed Sophiee, Pengarah Jabatan Penerangan Malaya juga merupakan salah seorang juri FFAP10 dan Tom Hodge mewakili Malayan Film Unit (MFU).

Filem yang menyertai di peringkat awal, "Ibu Mertua Ku" (arahan P. Ramlee), "Labu Labi" (P. Ramlee), "Chuchu Datok Merah" (M. Amin) dan "Masok Angin Keluar Asap" (Hussain Haniff).

Tetapi di saat-saat akhir dimasukkan juga "Bayangan Di Waktu Fajar" yang diarahkan oleh Usmar Ismail.

Latiffah Omar membintangi "Chuchu Datok Merah" dan "Bayangan Di Waktu Fajar", Rose Yatimah "Chuchu Datok Merah" dan Wahid Satay "Masok Angin Keluar Asap".

Filem-filem dokumenteri, Malayan Film Unit memasukkan "Installation of the Yang di-Pertuan Agong III" dan "Partners in Progress", South East Asia Shell Unit dengan "Engine Beware" dan "A Key to Progress".



Tokyo pada tahun 1963
(sumber: michaelrogge)




Atas: P. Ramlee (kiri) sedang bergaya menerima anugerah Bakat Serba Boleh. Bawah: P. Ramlee sedang ditemuramah oleh pemberita Jepun



Atas: Apalah yang dipelawa oleh P. Ramlee kepada Latiffah Omar sampaikan Rose Yatimah dan Rahmah Ali ketawa gelihati. Bawah: P. Ramlee diapit oleh dua bintang filem Jepun


BAKAT P.RAMLEE___

Bagi P.RAMLEE sudah tentu negara Jepun menjadi bumi bertuah untuknya. Di negara inilah dia menerima anugerah yang hingga kini (setelah 48 tahun berlalu) tidak ada sesiapa pun (baik Malaysia-Singapura mahupun negara-negara FPA yang lain) berjaya memilikinya.

Seolah-olah Bakat Serba boleh (The Most Versatile Talent) itu hak mutlak P. Ramlee seorang saja.

Sepanjang yang diketahui, dalam festival-festival filem seluruh dunia baik di barat mahupun di timur baik di utara mahupun di selatan, anugerah serupa itu tidak pernah wujud.

Kalau ada pun pada tahun 1958, apabila Golden Globe menganugerahkan kepada Jean Simmons The Most Versatile Actress bukannya The Most Versatile Talent.

Itulah P. Ramlee. Bakatnya (mengarah filem, berlakon, menyanyi, berlawak, mencipta lagu dan lirik, menulis cerita dan lakonlayar, bermain musik, menari dan entah apa-apa lagi) memang sukar ditandingi.

Tidak jelas dan tidak nampak langsung, 48 tahun lagi dari sekarang, manusia macam P. Ramlee ini akan ditemui untuk di berikan anugerah Bakat Serba Boleh.

Ini bukan kali pertama P. Ramlee diberi penghormatan di bumi Jepun. Dalam Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 (FFAP4) pada tahun 1957, dia menerima anugerah yang sangat berprestij, Pelakon Lelaki Terbaik kerana peranannya dalam filem "Anak-Ku Sazali" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

Agak menarik dan secara kebetulan pula, dua pelakon yang seringkali dikaitkan dengan P. Ramlee turut bersama menghadiri festival filem ini - Latiffah Omar dan Rose Yatimah.

Latiffah Omar mula meningkat naik namanya setelah berlakon dengan P. Ramlee dalam "Panggilan Pulau" yang diarahkan oleh S. Ramanathan dan Rose Yatimah pula sememangnya diperkenalkannya sendiri dalam "Pendekar Bujang Lapok".

Ini bererti kemenangan P. Ramlee, dengan tidak secara langsung, turut disambut dan diraikan di bumi bertuah itu oleh dua bintang filem yang sememangnya cukup popular dan berkait rapat dengannya.

Lebih menarik lagi, pemergian Latiffah Omar dan Rose Yatimah bukannya dihantar oleh Shaw Brothers tetapi dibiayai oleh Cathay Keris Film.



"Ibu Mertua Ku"
(sumber: ahmad fahmie)



"Masok Angin Keluar Asap"
(sumber: ahmad fahmie)




Bertuahnya Hussain Haniff (tengah) kerana diapit oleh ramai pelakon filem Kuala Lumpur-Singapura dan Tokyo



Atas: Latiffah Omar, Wahid Satay, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bergambar dengan perwakilan yang tidak dapat dipastikan dari mana. Bawah: Latiffah Omar, Rose Yatimah, dan Rahmah Ali disambut oleh wakil tuanrumah sebaik saja mereka sampai di Lapanganterbang Narita, Tokyo


Dari kiri: Latiffah Omar, Hussain Haniff, wakil tuanrumah, Rose Yatimah dan Rahmah Ali sedang difilemkan gambar mereka oleh pemberita Jepun


Tom Hodge sedang ditemuramah oleh pemberita-pemberita Jepun sambil diperhatikan oleh (di belakang) Wahid Satay, Latiffah Omar dan Rahmah Ali


Latiffah Omar, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bersama salah seorang perwakilan dari Manila, Filipina


Bergambar ramai antara perwakilan Kuala Lumpur-Singapura, Taipei dan Tokyo




Atas: Wahid Satay, Hussain Haniff dan Rahmah Ali. Tengah: Rose Yatimah nampak macam terpegun saja. Bawah: Wahid Satay sedang berlawak dengan teman-teman seperjuangannya



Tokyo ada satay? Mungkin di bawa masuk dari Malaya atau Singapura. Atas: Latiffah Omar, Rose Yatimah, Rahmah Ali dan Wahid Satay sedang menikmati satay panas. Bawah: P. Ramlee pun tidak mahu ketinggalan menikmati satay tersebut hingga tidak menoleh kiri dan kanan. Mohamed Sopiee dan Tom Hodge yang ada di belakang pun tidak dipedulikannya




Dua gambar di atas memperlihatkan Latiffah Omar, Wahid Satay, Rose Yatimah dan Rahmah Ali bersama perwakilan negara lain yang tidak dapat dikenalpasti


KON ICHIKAWA

RENDRA KARNO


Bayangan Di Waktu Fajar (Sumber: ed LOKfc)


Twin Sisters Of Kyoto (Sumber: Eddy Booth)

PEMENANG ANUGERAH FFA10___

Selain P. Ramlee memenangi anugerah Bakat Serba Boleh, Kuala Lumpur-Singapura juga menang dua anugerah lagi - A. Bakar Ali kerana Sinematografi Terbaik (hitam & putih) untuk "Ibu Mertua Ku" dan Rendra Karno kerana lakonannya (Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik) dalam "Bayangan Di Waktu Fajar".

Filem Terbaik (anugerah Golden Harvest) dimenangi oleh Tokyo kerana filemnya "Twin Sisters of Kyoto" ("Koto") arahan Noboru Nakamura dibintangi oleh Shima Iwashita, Hiroyuki Nagato dan Seiji Miyaguchi.

Filem ini juga memenangi anugerah istimewa (hadiah Kementerian Pelajaran Jepun) dan diiktiraf sebagai Filem Dramatik Terbaik.

Pelakon Wanita Terbaik pergi kepada Doh Keun Bong (Seoul) kerana lakonannya dalam "Happiness is Born" dan Pelakon Lelaki Terbaik (juga Seoul) dimenangi oleh Kim Seung Ho kerana peranannya dalam "Romance Gray".

Pengarah Terbaik dimenangi oleh Kon Ichikawa (Tokyo) kerana filemnya "Being Two Isn't Easy" ("Watashi Wa Nisai") dibintangi oleh Hiro Suzuki, Eiji Funakoshi dan Fujiko Yamamoto.

Filem dokumentari Taipei, "Arts of Chinese Painting," memenangi anugerah Eric Johnson kerana dianggap berjaya memberi sumbangan kepada persefahaman antarabangsa.



Latiffah Omar, Rose Yatimah, Rahmah Ali dan dua perwakilan lain sedang berjalan masuk ke Toho Studio


Sebelum melawat ke sekitar Toho Studio bergambar dulu. Tetapi mana perginya Latiffah Omar, Rose Yatimah dan Rahmah Ali. Yang ada cuma Hussain Haniff dan Wahid Satay


Hussain Haniff dan dua orang temannya berjalan-jalan di sekitar Toho Studio



Dua gambar tempat penggambaran yang terdapat dalam Toho Studio


Hussain Haniff dan Wahid Satay bergambar dengan pemandu yang membawa mereka melawat sekitar Toho Studio


Sebelum pulang perwakilan Kuala Lumpur-Singapura bergambar ramai dengan pegawai-pegawai kanan Toho Studio


TOHO STUDIO___

Kecuali P. Ramlee, semua pelakon dan pengarah filem Kuala Lumpur-Singapura (Latiffah Omar, Hussain Haniff, Rose Yatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali) telah meluang masa mengunjungi studio filem terbesar dan terkenal di Jepun - Toho Studio (Toho Company Ltd).

Diasaskan pada mulanya oleh Hanku Railway pada tahun 1932, ia telah mengeluarkan banyak filem hebat dan menarik antaranya "Seven Samurai" (1954), "The Throne of Blood" (1957), "The Hidden Fortress" (1958), "Yojimbo" (1961), "Sanjuro" (1962), "Kagemusha" (1980) dan "Ran" (1985).

Paling seronok berkunjung ke studio ini Hussain Haniff yang sememangnya berminat dengan filem-filem yang diarahkan oleh Akira Kurosawa.

Filem Akira Kurosawa, "The Throne of Blood," telah disadur dan diarahkannya menjadi "Istana Berdarah" pada tahun 1964 dibintangi oleh Fatimah Ahmad dan Salleh Melan.

Lawatan ke studio tersebut tidak boleh di habiskan dalam masa sehari kerana terlalu besar, tetapi dengan kunjungan beberapa jam itu saya cukup seronok dan menjadikannya sebagai penambah ilmu, kata Hussain Haniff ketika itu.

Seorang pemandu studio telah membawa perwakilan Kuala Lumpur-Singapura ke beberapa tempat penggambaran termasuk kolam yang menggunakan replika kapal perang untuk adegan peperangan di laut dan penggambaran semasa seorang gadis (perisik rahsia) sedang menghadapi hukuman untuk ditembak sampai mati.

Sebelum meninggalkan studio, kesemua perwakilan Kuala Lumpur-Singapura dan pegawai-pegawai kanan Toho Studio bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Memang pun, kini semuanya tinggal kenangan. Bak kata D.J. Dave dalam lagunya, "masa yang lepas tidak akan kembali".



"Seven Samurai"
(sumber: phoenix tupac)


"Yojimbo"
(sumber: trejo mark)



JUGA ANDA AKAN MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-6
tokyo menangi lapan anugerah


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-24
manila menangi anugerah filem terbaik


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-25
taipei menangi lapan anugerah


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan



Friday, July 1, 2011


TAHUKAH ANDA?

KALAU SUDAH TAHU, BAGUSLAH
Teks: Mustafar A.R.
Foto Daripada Pelbagai Sumber
Diedit, disemak & disusun Oleh Zaini Yusop



Maria Menado dan Noordin Ahmad dalam "Siti Zubaidah"


Mahmud June dan Leng Hussein dalam "Siti Zubaidah"


Stesyen Keretapi Tanjong Pagar


P. Ramlee, Zaiton dan Noordin Ahmad dalam "Anak-Ku Sazali"


Colin Tapley dan Mamo Clark dalam "Booloo"


Ho Ah Loke, salah seorang pengarah Merdeka Film Productions


Maria Menado dan Rendra Karno dalam "Hilang Gelap Datang Terang"


Mariam dalam "Aladdin"


SITI ZUBAIDAH___

Setelah berjaya mengeluarkan filem "Korban Fitnah", Maria Menado Productions berhasrat melakukan penerbitan secara besar-besaran cerita opera (bangsawan) yang sudah tidak asing lagi "Siti Zubaidah," yang akan dijadikan filem.

Promosi hebat telah dibuat (dengan menyenaraikan ramai pelakon Indonesia) dalam akhbar The Singapore Free Press keluaran 3 Disember 1959 yang mana tercatat seperti berikut,

Watch for...
MM
MARIA MENADO PRODUCTIONS
FORTHCOMING PRESENTATIONS
OF
MARIA MENADO
AS
"SITI ZUBAIDAH"
WITH
* ABDULLAH CHIK
* FIFI YOUNG
* ABDUL HAMID ARIF
* RADIN ISMAIL
* BAMBANG IRAWAN
* SOFIA WALDI
* SOEKARNO M. NOOR
* AGUS MOLIONO
* ALI YUGO
* FARIDA ARIANI
* AMINAH CHINDRAKASEH
* WOLISUTINAH
* S. EFFENDI
* ROSILA WATI
* CHITRA DEWI
&
* ANNIE CHIA

WAIT FOR...
THE TARTAR HORDES!
THE FLEET OF YEMEN!
THE WARRIORS OF YUNNAN!
DIRECTION:
RAMON ESTELLA
FABULOUS COSTUMES!

ACTION!
NOW BEING
FILMED IN:
INDONESIA
SINGAPORE
MALAYA
INDIA
ACTION!

Akhirnya, hasrat Maria Menado Productions tidak kesampaian.

Pelaksanaan projek diserahkan kepada Cathay Keris Film dan pengarah pun bertukar dari Ramon Estella ke B.N. Rao.

Antara ramai pelakon yang tersenarai seperti di atas hanya Maria Menado saja kekal sebagai Siti Zubaidah. Yang lain semuanya digugurkan dan diganti dengan,

* NOORDIN AHMAD
* SIPUT SARAWAK
* SITI TG. PERAK
* SHARIFF MEDAN
* M. AMIN
* HAJI ARSHAD
* ROSE YATIMAH
* GHAZALI SUMANTRI
* V. BALAGURU
* AHMAD SABRI
* YEM
* MINAH YEM
* MAHMOOD JUNE
* LENG HUSSEIN
* DOLLAH SARAWAK
* JESSE YOUNG
&
* SERA ABDULLAH

Tidak ada seorang pun pelakon Indonesia diambil berlakon.

Filem "Siti Zubaidah" mula ditayangkan pada 29 November 1961.


MERDEKA FILM PRODUCTIONS___

Sebelum wujudnya nama Merdeka Film Productions, Ho Ah Loke terlebih dulu menggunakan perkataan Merdeka dengan menubuhkan Merdeka Film Enterprise pada tahun 1958.

Apabila bergabung dengan Shaw Brothers dan H.M. Shah (setelah pecah kongsi dengan Cathay Keris Film) dia menubuhkan syarikat filem di Kuala Lumpur nama Merdeka itu digunakannya - Merdeka Filem Setudio kemudian bertukar kepada Merdeka Film Productions.

Merdeka Film Enterprise hanya mengeluarkan satu filem saja "Hilang Gelap Datang Terang" berkerjasama dengan Usmar Ismail (Perfini) di Jakarta.

Filem tersebut yang diarahkan bersama oleh Ho Ah Loke dan Usmar Ismail dilakukan keseluruhan penggambaran di Indonesia, dengan bintang-bintang utamanya Maria Menado, Rendra Karno dan Chitra Dewi.

Filem pertama yang dikeluarkannya oleh Merdeka Film Productions ialah "Tun Tijah" arahan L. Krishnan dan dibintangi oleh Abdullah Chik, Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof.



Nasib Do Re Mi"

(sumber: jejakasunyi30)

TANJONG PAGAR___

Setelah beroperasi selama 80 tahun, akhirnya stesyen keretapi KTM yang penuh bersejarah itu pun ditutup mulai 1 Julai 2011.

Boleh dikatakan, sejak sekian lama, kalau saya ke Singapura seringkali menggunakan keretapi KTM dari Kuala Lumpur ke Tanjong Pagar. Saya jarang memandu kereta ke Singapura, kalau ada pun 3 atau 4 kali. Takut kena saman.

Menaiki kapalterbang pun, seingat saya, hanya sekali ketika menghadiri Festival Filem Asia Pasifik Ke-25 (FFAP25) pada tahun 1979.

Banyak peristiwa menarik berlaku di stesyen keretapi KTM penuh nostalgia itu yang sangat sukar saya lupai.

Saya pernah tidur, makan minum dan mandi manda di situ kerana mahu menjimatkan belanja. Maklumlah duit terhad.

Saya pernah bersorak sorai dengan teman-teman peminat bolasepak menonton banyak perlawanan di screen tv (medan selera) di situ, tetapi paling saya ingat antara Manchester United dengan Liverpool.

Paling kerap saya ke Tanjong Pagar (berulangalik selama 20 tahun sejak tahun 1988), semasa saya membuat kajiselidik filem-filem P. Ramlee untuk di bukukan.

Dari Tanjong Pagarlah, saya memulakan langkah pergi ke perpustakaan, muzium, arkib, Shaw Brothers, studio Jalan Ampas, Boon Teck Road, bekas lokasi penggambaran dan menemui individu-individu yang tahu tentang filem-filem P. Ramlee.

Mungkin ramai yang tidak percaya kalau saya katakan, saya ke perpustakaan hanya berjalan kaki merempuh Yan Kit Road, Duxton Road masuk ke South Bridge Road, Hills Street dan kemudian ke Victoria Street.

Saya pernah juga berjalan kaki dari Tanjong Pagar ke taman hiburan Great World (kini Great World City) terus ke Orchid Road.

Bukan sekali dua, tetapi banyak kali.

Kini, semuanya itu sudah berada dalam impian saya saja.

Sepanjang pengetahuan saya, sejak Tanjong Pagar beroperasi pada tahun 1932, banyak filem telah menggunakan stesyen keretapi tersebut sebagai lokasi penggambaran.

Antara filem-filemnya yang masih saya ingat,

* "Berdosa" arahan S. Ramanathan dibintangi oleh S. Roomai Noor, Rokiah dan Siput Sarawak.

* "Bapa Saya" arahan B.S. Rajhans dibintangi oleh Osman Gumanti, Neng Yatimah dan A.R. Tompel.

* "Juwita" arahan S. Ramanathan dibintangi oleh P.Ramlee, Kasma Booty dan A.Rahim.

* "Ibu" arahan S. Ramanathan dibintangi oleh P. Ramlee, Rosnani dan Aini Hayati.

* "Sumpitan Rachun" arahan L. Krishnan dibintangi oleh S. Roomai Noor, Latifah Omar dan Mary Lim.

* "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar dibintangi oleh P. Ramlee, Zaiton dan Noordin Ahmad.

Pada tahun 1938, Paramount Pictures telah melakukan penggambaran di stesyen keretapi tersebut untuk filem "Booloo" arahan Clyde E. Elliot dibintangi oleh Colin Tapley, Jayne Regan dan Mamo Clark.

Mungkin ada banyak filem lagi, kini saya sedang membuat kajiselidik mengenainya.



Stesyen Keretapi Tanjong Pagar

(sumber: angelmandisguise)



"Ibu"

(sumber: pakcummy)



"Sumpitan Rachun"

(sumber: sapulidi)


ALADDIN___

Di peringkat awal nama Kasma Booty dan Osman Gumanti telah disebut-sebut akan membintangi filem "Aladdin" (1952) yang bakal diarahkan oleh B.S. Rajhans.

Tetapi kemudian terpaksa dibatalkan kerana timbulnya pertikaian antara Kasma Booty dengan pihak Shaw Brothers bersangkutan kontrak, dan Osman Gumanti pula dikatakan tidak sesuai (faktor umur) berperanan sebagai Aladdin.

Akhirnya, tempat Kasma Booty digantikan dengan Mariam dan peranan Aladdin diberikan kepada Ali Rahman yang sebelumnya telah menunjukkan kemampuan berlakon dalam filem "Rayuan Sukma" yang diarahkan oleh L.Krishnan.

Kasma Booty dan Osman Gumanti pernah berlakon bersama dalam filem "Rachun Dunia" dan "Dewi Murni".


MUSTAPHA MAAROF___

Mula mengadap kamera pada tahun 1953 apabila L. Krishnan mengambilnya berlakon dalam filem "Bunga Perchintaan" berheroinekan Mislia.

Kemudian dia banyak membintangi filem terutama di Cathay Keris Film dan Merdeka Film Productions antaranya "Dondang Sayang", "Salah Sangka", "Pontianak", "Dendam Pontianak", "Sumpah Pontianak", "Tun Tijah", "Keris Sempena Riau" dan "Selendang Merah."

Bagaimanapun, di Malay Film Productions Mustapha Maarof (Mustaffa Ma'arof) hanya berlakon dalam sebuah filem saja, "Hang Tuah" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

Peranannya sebagai Tun Zainal agak terpinggir, tetapi paling nyata apabila dia menarikan tarian (lagu) "Joget Tari Lenggang" (Joget Pahang) bersama P. Ramlee, Mat Sentol, Rahman B. dan beberapa orang lagi.

"Hang Tuah" ini juga, satu-satunya filem Mustapha Maarof berlakon bersama P.Ramlee.



"Hang Tuah"

(sumber: sy0290)


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.