"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, June 23, 2013


FESTIVAL FILEM MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
berkuasa memberi arahan FFM direformasi.


RAJA ROZAIMIE RAJA DALNISH SHAH
Ketua Pengarah Finas
berkuasa melaksanakan FFM direformasi.





Oleh MUSTAFAR A.R.
* Salah Seorang Pengasas FFM
* Setiausaha FFM2 & FFM10

SETELAH mengikuti perkembangan Festival Filem Malaysia (FFM) dari FFM1 hingga FFM25, satu reformasi perlu dilakukan demi integriti, keutuhan dan keunggulan festival filem itu sendiri untuk tahun-tahun akan datang bermula FFM26.

Kemuncak festival filem tersebut iaitu yang ke-25 atau meraikan Jubli Perak tidak mempunya roh dan semangat yang sepatutnya ada.

Banyak perkara tidak kena sepanjang perjalanan FFM, ada diantaranya menyimpang jauh dari tujuan asal ianya diwujudkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada tahun 1980.

Dari tahun ke tahun, FFM tidak pernah sunyi dengan kontraversi yang tidak sepatutnya atau penganjuran yang tidak professional, dan supaya FFM26 dan FFM seterusnya tidak berkecamuk dan huru-hara, ada baiknya FFM disusun semula (reformasi) pentadbirannya.

Apa yang perlu dilaksanakan ialah mempunyai pejabat Sekretariet (Urusetia) yang tetap, dan Gabungan persatuan atau Gafim tidak diperlukan lagi. Ini bererti diwujudkan Sekretariet Festival Filem Malaysia (SFFM) dan bergerak dalam pemantauan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

BUKAN KONTRAK

Sekretariet mempunyai seorang Setiausaha yang bertanggungjawab dengan segala hal-ehwal FFM dari mula hingga akhir, dan beliau mestilah meminati filem dan berpengalaman dalam urustadbir pertandingan FFM pada keseluruhannya.

Setiausaha ini bergaji tetap, bukan kontrak bagi membolehkannya serasi dan matang dalam penganjuran setiap tahun FFM dianjurkan.

Setiausaha bertindak atas arahan Pengerusi. dan Pengerusi ini sebaik-baiknya Ketua Pengarah Finas sendiri. yang mempunyai kuasa mutlak atau 'decision maker'.

Jangan terlalu ramai yang berkuasa, lintang-pukang dan huru-hara jadinya. Saya berpegalaman dalam soal ini, tahulah saya - "too many cooks spoil the broth."


ANUGERAH P. RAMLEE

ANUGERAH RUN RUN SHAW

ANUGERAH L. KRISHNAN






ANUGERAH___

Nama Anugerah dan bentuk Anugerah hendaklah dikekalkan selama-lamanya. Ertinya, selagi FFM masih berlangsung setiap tahun seperti Anugerah Oscar yang tidak pernah berubah sejak ianya wujud pada tahun 1927.

FFM bermula pada 1980, tetapi nama Anugerah dan bentuk Anugerah berubah-ubah dan bermacam-macam yang mana ada diantaranya tidak selari dengan filem. Contohnya, Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta

Sepatutnya, ada nama yang lebih baik dari itu (menepati filem) yang harus digunakan. Misalnya, Anugerah Panca Delima dan Anugerah Merak Kayangan.

Dua nama tersebut digunakan dalam FFM1 dan FFM2 tetapi Finas memandai-mandai (kerana berkuasa) menukar kepada Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta di FFM3, FFM4 dan FFM5.

Kemudian kembali semula ke Panca Delima, dan seterusnya bertukar-tukar mengikut selera siapa yang berkuasa menganjurkan FFM.

Sebagai perlunya reformasi, ada baiknya nama Anugerah pada FFM26 dan FFM-FFM seterusnya dinamakan Anugerah P. RAMLEE.

Bakat P. Ramlee meliputi banyak kategori yang dipertandingkan yang tidak ada kepada karyawan filem yang lain seperti mengarah, berlakun, menyanyi dan sebagainya disamping menghargai Anugerah Bakat Serba Boleh (satu-satunya anugerah yang pernah wujud di dunia) di FFAP di Tokyo pada 1959 kerana filemnya “Ibu Mertua Ku”.

Dalam menamakan Anugerah P. Ramlee untuk Anugerah FFM, tentu ramai yang setuju kerana filem-filem P. Ramlee masih diminati ramai (jenerasi demi jenerasi) selagi nadi filem Malaysia masih berdenyut atau sampai hari kiamat.

Seperti kata H.M. Shah: "Filem-filem P. Ramlee sentiasa laku, dan 100 tahun lagi pun boleh lagu."

Itu adalah anugerah utama (kreativiti seni), untuk anugerah penghargaan (anugereh juri) perlu di wujudkan satu anugerah lain. Dalam hal ini, karyawan filem yang paling sesuai namanya terpahat di Anugerah FFM tidak lain tidak bukan L. Krishnan.

Ini kerana, sejak awal tahun 1950an (bermula dengan filem “Bakti”), beliau telah mengabadikan dirinya dalam memajukan filem Malaysia, dan telah berkhidmat di tiga studio mengeluarkan filem Melayu – MFP, Cathay Keris dan Merdeka Filem.

Selain itu, L. Krishnan juga menaikkan P. Ramlee bertaraf hero dalam “Bakti” yang diperingkat awal tidak dipersetujui oleh Run Run Shaw yang memiliki studio MFP.

Konsep 1Malaysia hanya baru diperkenalkan ketika Najib Razak sebagai Perdana Menteri, tetapi melalui filem, L. Krishna telah memulakan konsep tersebut sejak lama dulu dengan “Antara Senyum Dan Tangis”, “Selamat Tinggal Kekasehku” dan "Sumpitan Rachun"..

L. Krishnan juga telah dianugerahkan gelaran “Tokoh Perfileman Negara", oleh kerana itu namanya sesuai pula diabadikan kepada salah satu anugerah FFM mulai yang ke-26 (2013).

Bagi melaksanankan konsep 1Malaysia, satu lagi anugerah perlu diwujudkan – Anugerah Run Run Shaw. Ia khusus untuk mereka yang telah berbakti dalam dunia perfileman Malaysia – hidup matinya kerana filem, bukan kerana politik, merasuah dan membodek.

Pemilihan nama Run Run Shaw dibuat kerana beliau merupakan penggiat filem bermula pertegahan tahun 1930an dengan “Mutiara” sehinggalah tertutupnya Merdeka Filem dengan filem terakhirnya, “Adik Manja”.

MENEPATI KONSEP

Tidak adanya Run Run Shaw serta abangnya Runme Shaw, belum tentu wujudnya filem Melayu yang diminati ramai hingga sekarang ini, entah-entah P. Ramlee yang diiktirah sebagai Seniman Agung pun tidak ada.

Anugerah Run Run Shaw ini dikeluarkan satu saja seperti Anugerah Irving G. Thalberg Memorial yang wujud di Anugerah Oskar (Hollywood).

Ini bererti tiga anugerah perlu di wujudkan, dan menepati konsep 1Malaysia.

1. Anugerah P. Ramlee
• Untuk semua kategori kreativiti seni.

2. Anugerah L. Krishnan
• Untuk anugerah khas juri.

3. Anugerah Run Run Shaw
• Untuk pencapaian terbaik sepanjang hayat.

# Nama gelaran Tan Sri (P. Ramlee dan L. Krishnan) serta Sir (Run Run Shaw), tidak payah dipakai kerana dalam dunia glamour gelaran seperti itu sangat janggal sekiranya digunakan.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada pihak Finas samada mahu menggunakannya atau pun tidak, lebih-lebih lagi timbulnya masalah kalau tidak dipakai.

Membuat filem dan kejayaan sesebuah filem, berkat kerjasama bemula dari produser yang mengeluarkan duit (bajet) sampailah ke budak suruhan contohnya, pembeli nasi bungkus.

Oleh yang demikian, tidak seharusnya ada anugerah firstary dan secondary seperti Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta (seperti FFM25), disamping penyampaian anugerah yang dibuat secara berasingan - dua kali.

Penyampaian harus dibuat sekali gus (semua kategori) di malam penyampaian yang setiap kali FFM boleh menggunakan nama-nama filem yang difikirkan menarik seperti (sebagai contoh);

• Malam Anugerah FFM26 “Lanchang Kuning”
• Malam Anugerah FFM27 “Sumpah Wanita”
• Malam Anugerah FFM28 “Tun Tijah”
Atau menggunakan tajuk filem baru seperti;
• Malam Anugerah FFM26 “Sumber Ilhamku”
• Malam Anugerah FFM27 “Ranjau Sepanjang Jalan”
• Malam Anugerah FFM28 “Matinya Seorang Patriot”

MENGHARGAI KREATIVITI

Setiap kali Penyampaian Anugerah FFM, hendaknya biarlah berlaku di Kuala Lumpur saja, tidak payahlah diadakan diserata negeri/negara dalam Malaysia sebagaimana yang lalu – Melaka, Selangor, Perak, Johor dan Sabah.

Biarlah Finas saja mengeluarkan bajet (duit rakyat), janganlah pula melibatkan duit rakyat kerajaan negeri/negara lain pula.

Contohilah, Anugerah Oscar yang mana tempatnya di Hollywood dan lokasinya pun setiap tahun sama di Kodak Center. Yang FFM pula siap dengan menjelajahi seluruh negeri, apa pasal? Semua itu tidak diperlukan.

Tidak pernah, Penyampaian Anugerah Oscar diadakan di New York, Las Vegas, Washington atau pun San Francisco setelah ianya berlangsung sebanyak 85 kali.

Perlu diingat, FFM ialah untuk menghargai kreativiti seni filem untuk filem Melayu saja. Itulah tujuan asalnya apabila Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) mengwujudkannya.

Biarkanlah tujuan asal dikekalkan. Filem berbahasa asing (Cina, Inggeris dan Tamil) hendaklah dikecualikan.

Ini bagi membolehkan filem Melayu melawan filem Melayu, dan di sini baru boleh didapati kekuatan setiap filem Melayu itu. Jika dicampuradukkan penentuan sukar dibuat.

Pertandingan atas dasar filem itu sendiri (contohnya dari segi arahan, lakunan, cerita, gambar, musik dan sebagainya) bukan sebab-sebab lain apatah lagi nemasukkan unsur-unsur politik, perasuah dan pembodek di dalamnya. Para juri yang dilantik harus amanah dan jujur.

Ertinya, kreativiti seni filem itu yang diadili dan diberi penghargaan, bukan sebab-sebab lain.

SUDAH KAYARAYA

Anugerah-anugerah untuk kategori ialah;

ANUGERAH P.RAMLEE
• 1. Filem Terbaik
• 2. Pengarah Terbaik
• 3. Pelakun Lelaki Utama Terbaik
• 4. Pelakun Wanita Utama Terbaik
• 5. Pelakun Lelaki Pembantu Terbaik
• 6. Pelakun Wanita Pembantu Terbaik
• 7. Sinematografi Terbaik
• 8. Penyuntingan Filem Terbaik
• 9. Penataan Bunyi Terbaik
• 10. Penataan Seni Terbaik
• 11. Cerita Asal Terbaik
• 12. Lagu Asal Terbaik
• 13. Musik Tema Terbaik
• 14. Efek Istimewa Terbaik
ANUGERAH L. KRISHNAN
• 15. Anugerah Khas Juri 1
• 16. Anugerah Khas Juri 2
• 17. Anugerah Khas Juri 3
ANUGERAH RUN RUN SHAW
• 18. Anugerah Pencapaian Terbaik Sepanjang Hayat

# Anugerah Poster Terbaik dikeluarkan kerana tidak terlibat dalam kreativiti seni filem (maksudnya ia berada diluar gelanggang).

# Anugerah Filem Box Office juga dikeluarkan. Box Office ialah filem popular bukannya ‘artistic film’. Lagi pun, produsernya sudah kayaraya memperolehi kutipan berjuta-juta ringgit, haruskah diberi lagi anugerah dan wang ringgit?

# Anugerah filem pendek, dokumentari dan animasi adalah pertimbangan panel juri dan dimasukkan ke dalam Anugerah Khas Juri.

# Anugerah Pengarah Harapan masukkan ke Anugrerah Khas Juri

# Anugerah Pelakun Harapan (satu saja, tidak perlu dua) masukkan ke Anugerah Khas Juri.






Oleh kerana membuat filem ialah ‘team work’ (kerjasama serumpun), anugerah wang tunai hendaklah diberi sama-rata. Kalau pengarah menerima RM5,000 yang lain juga RM5,000. Kalau RM10,000 yang lain juga RM10,000.

Atau sudah tiba masanya setiap pemenang anugerah (kecuali Filem Terbaik) tidak diberikan wang tunai sebagaimana Anugerah Oscar.

Pemenang Anugerah Filem Terbaik, tidak payahlah diberi banyak sangat duit. Cukuplah setakat RM50,000 atau kalau Finas banyak duit bagilah RM100,000.

Tidak payah banyak-banyak, kerana selama ini pun syarikat-syarikat yang menerbitkan filem itu menerima bantuan Finas (duit rakyat) bukannya duit syrarikat filem itu sendiri.

Paling penting perbelanjaan Penyampaian Anugerah keseluruhan jangan melebihi (duit kepunyaan rakyat) RM1 juta, cukuplah. Jika mahukan lebih carilah duit tambahan melalui iklan atau sebagainya. Buatlah secara sederhana.

MEMPUNYAI KEKUATAN

Menganggutai panel juri, Pengerusi FFM juga pengerusi panel juri, dan setiap mereka mempunyai kekuatan dalam berbagai bidang (contohnya, arahan, gambar, musik, cerita dan lain-lain) serta juga setiap FFM jangan muka-muka itu saja yang menganggutai panel seperti kebiasaan berlaku.

Untuk lebih solid lagi, filem-filem yang bertanding mistilah yang sudah ditayangkan di panggung wayang, yang belum ditayangkan tidak boleh disenarai sebagai filem yang dipertandingkan.

Jika untuk FFM26, filem yang dipertandingkan misti bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Selepas itu, dikira untuk FFM27.

Tarikh FFM26 sebaiknya ditentukan dan boleh ditangguhkan jika ada masalah, dan dalam hal ini dicadangkan pada minggu pertama bulan Mac 2014.


HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT

JUVANA


(Sumber: Azmi Zami)


(Sumber: MetrowealthPictures)

Cara pemilihan dibagikan tiga bahagian.

1. Pengadilan semua filem yang bertanding
2. Pemilihan filem yang layak bertanding
3. Pemilihan lima calon filem terbaik dan lima calon setiap kategori

Tugas juri, mereka harus menonton setiap filem yang dipertandingkan samada yang berkualiti atau pun tidak berkualiti. Tujuannya untuk berlaku adil kepada semua pihak.

Ini kerana, pernah terjadi ada juri yang enggan menonton filem yang dipertandingkan (berhenti sekerat jalan) kerana menganggap filem tersebut tidak menarik. Sebagai juri mereka tidak boleh bertindak begitu, lagi pun mereka diberi elaun sebagai juri.

Angguta juri misti bersikap tegas, jangan ada pengaruh dari pihak luar yang berkepentingan. Adililah kreativiti seni filem bukannya sebab-sebab lain lebih buruk lagi sekiranya ada diantara mereka menerima rasuah.

Dalam kes FFM26 filem yang mula-mula ditayangkan di panggung wayang ialah “Minyak Dagu” pada 3 Januari 2013.

MENIMBULKAN MASAALAH

Sebagai perubahan (reform) pihak Urusetia FFM harus mengumpul filem-filem untuk dipertandingkan dalam FFM26 bermula dengan filem ini, kemudian disusuli yang lain-lain seperti “Juvana” (24 Januari 2013), “Wawa Semput” (31 Januari 2013).

Kemudian “Hantu, Mon Dan Jin Pakai Toncit” (7 Februari 2013), “Hantu Dalam Botol Kicap” (9 Februari 2013) dan seterusnya hingga berakhirnya bulan Disember 2013,

Setelah 25 tahun FFM dianjurkan, satu pentadbiran yang bersistematik hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang menimbulkan masalah dan kontraversi.

Urusetia FFM (di bawah kawalan Finas) misti diwujudkan sekarang, dan seterusunya memulakan pengumpulan filem bermula dengan “Minyak Dagu”.

Ini supaya, diperingkat awal FFM26 dapat bergerak dan menyusun strateji beransur-ansur dan seterusnya pada awal Januari 2014 dapat berjalan lancar dan tidak kelamkabut yang akhirnya berkesudahan dengan baik dan dalam kesempurnaan.

Duit Finas adalah duit rakyat, oleh yang demikian Penyampaian FFM setiap tahun mistilah dibuat secara langsung melalui TV1 atau TV2, bukan saluran Astro yang mengenakan bayaran.

Semua rakyat mahu menyaksikannya dengan percuma, bukannya berbayar setelah duit mereka dilaburkan melalui Finas.






# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi

SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.



Wednesday, June 12, 2013


MICHELLE YEOH

Teks: Zainuddin Maidin Mustafar A.R. & Wikipedia
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



TAN SRI MICHELLE YEOH






TULISAN INI OLEH
TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN
MANTAN MENTERI PENERANGAN MALAYSIA


WALAUPUN namanya terkenal sebagai pelakun filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah selebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini samada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu.

Bagaimanapun tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, di kedai mamak dan sebagainya.

Sebabnya, apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah pada 1 Jun lalu.

Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu-talu dengan kurniaan di raja. Beliau sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM.

Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 baru-baru ini.

Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya.

Ketika saya turut berbangga dengan kurniaan kepada Michelle Yeoh kerana perhetungan di atas meritnya yang lain-lain seperti mengharomkan nama negara sebagai di antara 50 orang tercantik di dunia dan kerana lakunan hebatnya dalam filem-filem Barat termasuk filem bercorak James Bond, saya terkenang pula kepada penyanyi Alleycats, David Arumugam yang pernah saya cadangkan diberikan gelaran Datuk Persekutuan semasa saya menjadi Menteri Penerangan tetapi telah "disepikan."

Bagaimanapun beliau kemudiannya dikurniakan Dato' atas ingatan baik Duli Yang Maha Muia Sultan Pahang.

Sumbangan Alleycats dan khususnya penyanyinya David Arumugam kepada seni musik negara sangat besar sejak tahun 1970an, antaranya mempopularkan lagu-lagu Melayu melampaui batas kaum dan negara sehingga ke Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Bandnya di jangka bermain hanya tiga bulan di Hong Kong, tetapi kerana menjadi hits di pulau itu terutamanya lagu-lagu Melayunya maka kontrak mereka dengan Mocambo Club telah disambung kepada lebih tiga tahun. <

Alleycats yang ditubuhkan pada tahun 1969 telah menjadi Legenda Pop Muzik Malaysia dan populariti penyanyinya David Arumugam bertahan hingga sekarasg.Lagu-lagunya termasuk “Sekuntum Mawar Merah”, “Sampaikan Salam” dan ”Suara Kekasih”.

NAMA BESAR

Disamping itu dalam "seronok gile" (meminjam bahasa anak muda sekarang) kerana kurniaan tertinggi yang setaraf dengan P. Ramlee kepada Michelle Yeoh anak Malaysia yang berjaya di dunia Barat itu, saya juga terkenang kepada seorang dramatis yang menitiskan air matanya apabila menemui saya di sebuah kompleks membeli belah di Damansara tidak lama selepas saya bersara dari jawatan menteri.

Beliau ialah Fauziah Nawi sebuah nama besar dalam dunia drama negara di radio, pentas dan TV sejak lebih 25 tahun lalu.

Beliau pernah juga berlakun dalam drama sejarah " Malam Haram" (kisah pengharaman Umno) sempena malam 50 tahun Utusan Melayu. Skripnya di tulis bersama oleh saya dan Ku Seman Ku Hussain.

Saya tidak tahu kenapa Fauziah menangis tetapi melihatnya saya sedih mengenangkan sebagai seorang yang aktif dan terus menerus gigih dalam dunia seni tanah air tetapi sehingga sekarang ini tidak diberikan sebarang penghargaan atau pengiktirafan yang sewajarnya oleh negara.

Sebagai anak seni Fauziah tidak pernah merasa sedih dalam hal ini, tetapi beliau menyuarakan dalam sebuah blog tentang penghargaan masyarakat Singapura kepadanya apabila tidak lama dahulu, beliau membuat pementasan solo berjudul “Cinta Julia” di Esplanade Singapura. Seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual.

"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam," katanya.

"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya kepada para wartawan di Singapura.

Saya terkenangkan lagu P. Ramlee: "Dunia Hanya Palsu."

# Artikel ini dipetik dari blog The Malaysian Insider dan telah di edit oleh Zaini Yusop disesuaikan dengan corak persembahan FK.



[>>> UPDATE: 13 FEBRUARI 2016 <<<]


Duta Perancis, Christophe Penot (kIri) menyematkan pingat 'Officier Des Arts Et Des Lettres' kepada bintang filem terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) pada majlis pengurniaan pingat.

PARIS - Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka Asia, menerima anugerah 'Officier des Arts et des Lettres' daripada kerajaan Perancis hari ini.

Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu yang disampaikan Duta Perancis ke Malaysia, Christophe Penot, di kedutaan negara itu di sini.

Menurut Penot, Yeoh dipilih Kementerian Kebudayaan Perancis untuk menerima anugerah itu yang diberikan kepada mereka yang menonjol dalam bidang masing-masing, sebagai menghargai sumbangannya kepada industri perfileman.

"Michelle pernah bekerja dengan beberapa pengarah dan pelakon Perancis selain mempromosikan antara jenama terbaik Perancis.

"Atas alasan itu, kerajaan Perancis menghargai kejayaannya sebagai pelakon," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian anugerah itu.

Turut hadir, pasangan Yeoh, Datuk Seri Jean Todt dan ibunya, Datin Janet Yeoh.

Pada 2012, Yeoh, 53, menerima anugerah tertinggi awam Perancis, 'Knight of the Legion of Honour' daripada Duta Perancis ke Malaysia ketika itu, Alain du Boispean.

Yeoh, yang dikenali dengan watak gadis James Bond dalam filem 'Tomorrow Never Dies' pada 1997 serta aksi hebat kung fu dalam filem "Crouching Tiger, Hidden Dragon", "Memoirs of a Geisha" dan "The Lady", turut mencipta nama di Hollywood.

Dilahirkan di Ipoh pada 1962, Yeoh belajar menari dan seni mempertahankan diri sebelum memenangi pertandingan ratu cantik pada 1983 dan kemudian memulakan karier dalam bidang lakonan.

Teks & Foto: Bernama (12 Februari 2016).



TOKOH FILEM YANG TURUT MENERIMA ANUGERAH TAN SRI___



TAN SRI RUNME SHAW


TAN SRI P. RAMLEE


TAN SRI JINS SHAMSUDIN


TAN SRI L.KRISHNAN






ULASAN FK___
Oleh Mustafar A.R.

MEMANG benar, Michelle tidak banyak memberi sumbangan kepada sinema Malaysia. Keunggulannya lebih bersekitaran di dunia filem antarabangsa, bukan filem Malaysia.

Zainuddin tidak mempertikaikan pemberian tersebut, malah berbangga dan mengakui, bukan kerana filem Malaysia tetapi lebih cenderung membantu kempen BN dalam PRU13 Mei lalu.

Jika dibaca keseluruhan tulisannya itu, konklusi Zainuddin, "terlalu cepat budi Michelle dibalas sedangkan ramai lagi yang berjasa di luar sana mendapatkan anugerah Datuk, pun jadilah."

Ini kerana nama David Arumugam dan Fauziah Nawi disebutnya serta cara dan corak memberi penghargaan.

Sungguhpun, Michelle lahir di Ipoh, namun kejayaannya dalam filem luar negara lebih tertumpu ke Hong Kong berbanding Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu, beliau di lahirkan di Perak.

PERTAMA MENERIMA

Sekiranya ditakrifkan anugerah Tan Sri itu kerana sumbangannya terhadap sinema Malaysia, seharuslah dipertikaikan.

Tetapi oleh kerana pertolongannya (mungkin tenaga dan wang ringgit) kepada kejayaan BN di PRU13, apa lagi mahu dikatakan. Kita sebagai rakyat Malaysia, terima sajalah.

Mengikut fakta (filem), Runme Shaw merupakan yang pertama menerima Tan Sri, kemudian disusuli oleh P. Ramlee, Jins Shamsudin dan L. Krishnan.

Kecuali P.Ramlee dan L.Krishnan (kalau ada pun sedikit sangat), Tan Sri dianugerahkan kerana adanya unsur-unsur politik terutama penglibatan mereka dengan BN dan UMNO.

* Runme Shaw, sumbangan PRU.
* P.Ramlee, karya seni.
* Jins Shamsudin, ahli UMNO.
* L.Krishnan, amal kebajikan.

Itulah hakikat sebenar yang tidak boleh sesiapa pun mempertikaikannya.

Soalan cepu emas: Sekiranya, Michelle membantu kempen PR di PRU13, dapatkah beliau anugerah Tan Sri?

Saya pula terkenangkan lagu P.Ramlee: "Dunia Hanya Pinjaman".




WOW!!!... SEKSINYA TAN SRI MICHELLE YEOH






MARI KITA MENONTON FILEM "THE LADY"___



TAN SRI MICHELLE YEOH YANG MEMEGANG PERANAN AUNG SAN SUU KYI DALAM FILEM "THE LADY"


(Sumber: TheFreeLifeStyle)


(Sumber: Shan Lay)






BIOGRAPHY (From Wikipedia)___

MICHELLE YEOH (born 6 August 1963), is a Malaysian actress, best known for performing her own stunts in the Hong Kong action films that brought her to fame in the early 1990s.

Born in Ipoh, Perak, Malaysia, she was chosen by People magazine as one of the 50 Most Beautiful People in the World in 1997.

She is best known in the Western world for her roles in the 1997 James Bond film "Tomorrow Never Dies," playing Wai Lin, and the multiple Academy Award-winning Chinese-language martial arts film "Crouching Tiger, Hidden Dragon," for which she was nominated the BAFTA in 2000, for Best Actress.

In 2008, the film critic website Rotten Tomatoes ranked her the greatest action heroine of all time. In 2009, she was listed by People magazine – as the only Asian actress – as one of the "35 All-Time Screen Beauties".

She is credited as Michelle Khan in some of her earlier films. This alias was chosen by the D&B studio who thought it might be more marketable to international and western audiences. Yeoh later preferred using her real name.

Yeoh was born to a Chinese family in Ipoh, Malaysia. Her parents are Janet Yeoh and Yeoh Kian Geik, a lawyer and MCA politician. She was keen on dance from an early age, beginning ballet at the age of four.

At the age of 15, she moved with her parents to England, where she was enrolled in a boarding school. Yeoh later studied at the Royal Academy of Dance in London, majoring in ballet.

BALLET DANCER

However, a spinal injury prevented her from becoming a professional ballet dancer, and she transferred her attention to choreography and other arts.

She later received a B.A. degree in Creative Arts with a minor in Drama.

In 1983, at the age of 21, Yeoh won the Miss Malaysia beauty pageant. She represented Malaysia at the Queen of the Pacific 1983 beauty pageant which was held in Australia and won the crown.

She was also Malaysia's representative at the 1983 Miss World pageant in London. From there, she appeared in a television commercial with Jackie Chan which caught the attention of a fledgling Hong Kong film production company, D&B Films.

Yeoh started her film career acting in action and martial arts films such as "Yes," Madam in 1985, after which she did most of her own stunts.

The D&B Group in Hong Kong was run by Dickson Poon. Yeoh married Poon in 1987 and retired from acting. After the couple divorced in 1992, Yeoh returned to acting.

Yeoh's performance in "Police Story 3: Super Cop" sealed her comeback. She acted in "The Heroic Trio" in 1993, and the Yuen Woo-ping films "Tai Chi Master and Wing Chun" in 1994.


TOMORROW NEVER DIES

CROUCHING TIGER HIDDEN DRAGON

Yeoh learned English and Malay before Cantonese. She learned the lines for "Crouching Tiger, Hidden Dragon" phonetically.

She starred in the James Bond film "Tomorrow Never Dies" as Wai Lin (1997). Natasha Henstridge was rumoured to be cast in the lead Bond girl role but eventually Yeoh was confirmed.

Brosnan was impressed, describing her as a "wonderful actress" who was "serious and committed about her work".

He referred to her as a "female James Bond" in reference to her combat abilities. She wanted again to perform her own stunts but was prevented because director Roger Spottiswoode considered it too dangerous. Still she performed all of her own fighting scenes.

Thereafter, she was offered the role of Seraph in the two sequels to "The Matrix," but she could not accept due to a scheduling conflict (the Matrix writers then changed Seraph into a male character and cast Collin Chou in the role).

In 2002, she produced her first English film, "The Touch" through her own production company, Mythical Films.

In 2005, Yeoh starred as the graceful Mameha in the film adaptation of Memoirs of a Geisha, and she continued her English-language work in 2007 with "Sunshine."

In 2008, Michelle Yeoh also starred in fantasy action film "The Mummy: Tomb of the Dragon Emperor" with Brendan Fraser and Jet Li.

In 2010, she starred in "Reign of Assassins." In October 2011, she was chosen by Guerlain to be its skincare ambassador. Yeoh will play a role in strengthening the French cosmetics company's relationship with Asia.

Apart from action films, she is famous for playing nationalists in two biopics. In 1997, she played Soong Ai-ling in the award winning "The Soong Sisters." In 2011, she portrayed Aung San Suu Kyi in Luc Besson's "The Lady". Deportation from Burma

On 22 June 2011, Yeoh was deported from Burma, allegedly over a new film "The Lady," in which Yeoh portrays Burmese pro-democracy leader Aung San Suu Kyi.

Yeoh was married to Hong Kong entrepreneur Dickson Poon (1988-1992), who owns businesses such as Harvey Nichols and Charles Jourdan.

In March 2008, she visited Vietnam to film a documentary for the Asian Injury Prevention Foundation (AIPF).

On 31 July 2008, she confirmed news that she was engaged to Jean Todt, a leading figure in motor racing, during an interview with Craig Ferguson on CBS's The Late Late Show.

Yeoh is also a patron of the Save China's Tigers project committed to protect the endangered South China Tiger.

SPECIAL AWARD

In 1999, she was a member of the jury at the 49th. Berlin International Film Festival.

On 19 April 2001, Yeoh was awarded the Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP), which carries the title Dato' by Sultan Azlan Shah, the Sultan of Perak, her home state, in recognition of the fame she brought to the state.

On 25 November 2002, she was honoured as The Outstanding Young Persons of the World (TOYP) (Cultural Achievement) by JCI (Junior Chamber International).

On 23 April 2007, the then French President Jacques Chirac awarded her Chevalier de la Légion d'honneur. The decoration was presented to her in a ceremony in Kuala Lumpur on 3 October 2007.

In 2011, she received a special award for her contribution to Malaysian cinema at Malaysian Film Festival (FFM 24).

On 14 March 2012, the then French President Nicolas Sarkozy awarded her the Officier de la Légion d'honneur. The decoration was presented to her at a ceremony held at the president's official residence, the Elysee Palace on that day.

On 22 May 2012, she was awarded the Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) which carries the title Datuk Seri' during the investiture ceremony in conjunction with the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah's birthday.

Michelle Yeoh receives the Excellence in Asian Cinema award during the seventh annual Asian Film Awards on March 2013 at Hong Kong.

On 1 June 2013, she was awarded the Panglima Setia Mahkota (PSM) which carries the title Tan Sri during the investiture ceremony in conjunction with the birthday of Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.






# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi

SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.