"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, June 29, 2019


CREATURE FROM THE BLACK LAGOON (1954)





CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
(Sumber: MovieClips)

Pengarah JACK ARNOLD Produser WILLIAM ALLAND
Lakonlayar HARRY ESSEX ARTHUR A. ROSS
Cerita MAURICE ZIMM
Pelakon RICHARD CARLSON JULIA ADAMS RICHARD DENNING ANTONIO MORENO NESTOR PAIVA WHIT BISSELL BERNIE GOZIER HENRY A. ESCALANTE
Musik HENRY MANCINI HANS J. SALTER HERMAN STEIN
Sinematografi WILLIAM E. SNYDER
Penyunting TED J. KENT

Diedarkan UNIVERSAL INTERNATIONAL
Mula Tayangan (DETROIT, USA) 12 FEBRUARI 1954
Masa Tayangan 79 MINIT

SINOPSIS___

Bercorak sains fiksyen, filem ini mengisahkan satu ekspedisi saintifik mencari fosil di sepanjang Sungai Amazon, Brazil, telah menemui makhluk pra-sejarah Gill-Man (Manusia Berinsang), yang terpahat dalam legenda Lagun Hitam (Black Lagoon).

Beberapa orang penjelajah (explorers) telah dapat menangkap makhluk misteri itu, dikurung dalam sangkar (dekat kapal), tetapi dia berjaya melepaskan diri.

TIDAK MEMBENARKAN

Makhluk, kembali ke kapal semula lalu menculik Kay (Julia Adams), tunang Dr. David (Richard Carlson), dan dibawa ke gua tempat tinggalnya di dasar sungai.

Berlakulah pertentangan diantara Makhluk dengan penjelajah-penjelajah tersebut apabila dia tidak membenarkan mereka meninggalkan lagun hitam itu, apatah lagi hatinya sudah terpaut dengan kejelitaan Kay.

ULASAN FK___

Filem ini saya tonton ketika berumur 11 tahun, 60 tahun yang lalu. Masih segar diingatan, saya menonton buat pertama kali di panggung wayang terbuka di Taman Hiburan Bukit Bintang (BB Park, kini Sungai Wang Plaza), Kuala Lumpur. Dan, seingat saya, ketika menonton formatnya 2-D, tidak originalnya, 3-D.

"Creature From the Black Lagoon" (tetap unggul), yang dikeluarkan oleh Universal International, saya lupakan sekian lama, namun Makhluk Berinsang (Gill-Man) tetap saya ingat, masih berlegar-legar difikiran, sehinggalah saya dapat menontonnya kembali melalui pita vhs, kemudian vcd dan dvd.

Apa yang menjadi tarikan kepada saya ketika menonton filem ini, Makhluk Berinsang bukannya kejelitaan Julia Adams yang berperanan sebagai Kay, yang sentiasa kelihatan seksi (termasuk berpakaian baju mandi) disepanjang filem tersebut berputar.

Ketika menonton, keseraman tidak menyelubungi saya, walaupun dimasukkan ke dalam kategori seram. Malah apabila dia ditembak di penghujung filem kesian pula saya kepadanya.

Pada keseluruhannya, filem ini tidak boleh dianggap filem seram. Ia lebih menjurus kepada jatuh cintanya Makhluk itu terhadap Julia Adams, sama seperti King Kong mencintai Fay Wray dalam filem "King Kong", keluaran R.K.O. Radio Pictures tahun 1933.

Di bawah ini saya petik sedikit mengenai "Creature From the Black Lagoon" kritikan Norman William yang terdapat dalam blognya, Horror Movies. Tulisnya:

Salah satu filem daripada beberapa yang hebat mengenai Makhluk (Creature) dalam filem, "The Creature From The Black Lagoon" merupakan filem yang sangat berkesan mengenai ekspedisi saintifik di Sungai Amazon untuk tujuan mengkaji fosil yang luar biasa.

PALING BERJAYA

Bagaimanapun, bukan fosil yang didapati oleh kumpulan ekspedisi itu, tetapi Makhluk di bawah air yang menjelma dan mahukan mereka dibinasakan.

Skrip kelihatan sedikit terkebelakang kalau diukur piawaian terkini, begitu pun juga, lakonan para pelakon (terutamanya Julia Adams) berkesan dan Makhluk yang merupakan salah satu ciptaan paling berjaya (sentiasa diingati) oleh Universal International.

Agak mengecewakan filem ini termasuk filem-filem 3-D "House Of Wax", "It Came From Outer Space" dan "Dial "M" For Murder", tidak pernah dikeluarkan kepada video atau cakera, sebaliknya, filem dibawah bajet (murah) seperti "The Mask" dan "Cat Woman On The Moon", ada pula.

Begitu pun juga, jika ditonton pada hari ini, dalam standard hitam dan putih (tanpa format 3-D), filem ini tetap menarik dan menyeronokkan.

Memang diakui, kesan format 3-D akan berkurangan diskrin kecil dan menuntut beberapa menyesuaikan warna, disamping terpaksa menggunakan cerminmata 3-D, apakah kita berpuas hati tidak adanya 3-D, sedangkan format originalnya boleh diperolehi.

Dalam format 3-D, "Creature From The Black Lagoon" ini dengan mudah memperolehi anugerah 10 bintang.

Kejayaan filem ini (sambutan box office dan kewangan), membawa wujudnya dua sekual - "Revenge of the Creature" (1955), juga digambarkan dalam format 3-D dan "The Creature Walks Among Us" (1956), tanpa 3-D.

Namun begitu, kehebatan "Creature from the Black Lagoon" ternyata mengatasi kedua-dua sekualnya, baik dari segi sambutan mahupun punggutan duit
di box office.





BUKU KEDUA 2019


HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117

BUKU PERTAMA 2008

HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN



FAKTA___
(Sumber: IMDb)
Di Terjemah & Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

* Ingmar Bergman (produser dan pengarah filem Sweden) dikatakan, menonton filem ini setiap tahun pada hari kelahirannya.

* Pada asalnya filem ini digambar dalam format 3-D.

* Frank Lovejoy turut dipertimbangkan untuk peranan Dr. David Reed, yang kemudian diserahkan kepada Richard Carlson.

* Asal usul filem ini, apabila William Alland, ahli Teater Utarid Orson Welle, mendengar Sinematografer terkenal Mexico, Gabriel Figueroa, memberitahunya mengenai legenda makhluk yang kononnya tinggal di Sungai Amazon, Amerika Selatan.

* Makhluk ini, menggunakan nama "Uncle Gilbert," muncul dalam satu episod siri "Munsters" (1964) episod bertajuk "Love Comes to Mockingbird Heights," turut dibintangi oleh Fred Gwynne dan Yvonne De Carlo.

TIDAK MENENTU

* Dua stuntmen (pelakon ganti) yang berbeza digunakan untuk menggambarkan makhluk, dan dua pakaian yang berbeza telah digunakan. Ricou Browning berperanan makhluk, yang apabila berada di dalam air dengan memakai pakaian lebih cerah. Ben Chapman sebagai makhluk, yang apabila keluar dari air dengan pakaian yang lebih gelap.

* Milicent Patrick mencipta rekabentuk makhluk, bagaimanapun Bud Westmore, menjadi ketua jabatan solek Universal Pictures pada masa itu, diberikan kredit sebagai perekabentuk makhluk tersebut.

* Sebelum penggambaran selesai, rancangan telah dibuat untuk meninggalkan nasib makhluk dalam keadaan tidak menentu dipenghujung filem, sebagai usaha bagi membolehkan pembukaan untuk sekuelnya, "Revenge of the Creature", yang dibintangi oleh John Agar dan Lori Nelson.








JULIA (JULIE) ADAMS

BERSAMA JAMES STEWART, "BEND OF THE RIVER"

BERSAMA ROCK HUDSON, "LAWLESS BREED"

BERSAMA TYRONE POWER, "THE MISSISSIPPI GAMBLER"

BERSAMA GLENN FORD, "THE MAN FROM THE ALAMO"

BERSAMA JOHN GAVIN, "THE FOUR GIRLS IN TOWN"

JULIA ADAMS BANYAK BERLAKON SIRI TV___
(Sumber: Wikipedia)
Di Terjemah & Di Edit Oleh ZAINI YUSOP

Julia Adams (nama sebenar Betty May Adams) lahir pada 17 Oktober 1926, merupakan pelakon filem dan tv, kadang-kadang dikreditkan sebagai Julie Adams atau Betty Adams. Berkerja sebagai setiausaha sambilan di Arkansas, dia memulakan karier filemnya dengan membintangi filem-filem bercorak koboi jenis B-movie western.

Julia menggunakan nama sebenar, Betty Adams, sehingga tahun 1949 apabila dia mula bekerja dengan Universal Pictures, kemudian menjadi Julia dan akhirnya Julie Adams. Peranan filem pertamanya sebagai pelakon tambahan dalam "Red, Hot and Blue" (1949), diikuti peranan utama dalam "The Dalton Gang" (1949).

Julia mempamerkan keindahan tubuh badannya, berpakaian baju mandi, sebagai Kay Lawrence dalam "Creature From The Black Lagoon" (1954), dan muncul dalam filem komedi musikal "Tickle Me" bersama Elvis Presley pada tahun 1965.

Pada tahun 1955, Julia dan Rory Calhoun membintangi siri CBS "The Texas", dalam "The Looters", kisah nahas kapal terbang di Pergunungan Rocky, sebahagian daripadanya digambarkan di Tarryall Creek, tempat yang kini terkenal sebagai Eleven Taman Negeri Eleven Miles di kawasan tengah Colorado.

Pada tahun 1962, Julia membawa watak Mary Simpson, jururawat yang mencintai Sheriff Andy Taylor dalam "The Andy Griffith Show", dan juga muncul dalam empat penampilan tetamu siri "Perry Mason", dan yang paling diingati, episod 1963, "The Case of the Deadly Verdict", apabila dia memainkan peranan Janice Barton, merupakan satu-satunya pelanggan Perry Mason yang disabitkan kesalahan, selama sembilan tahun siri tersebut diputarkan di CBS.

Pada tahun 1965, Julia memainkan peranan peguam bela Pat Kean dalam "The Case of the Fatal Fortune", kemudian muncul dalam "The Rifleman" bersama Chuck Connors.

Meneruskan kariernya sebagai tetamu siri tv, Julia muncul dalam "Maverick" (1960) episod "The White Widow" dengan Jack Kelly dan "The Man and the Challenge". Dia juga muncul dalam satu episod siri "The Streets of San Francisco" (1975).

Julia juga berperanan sebagai ejen harta tanah, Eve Simpson, dalam sepuluh episod siri "Murder, She Wrote" di CBS.

FILEM SERAM KLASIK

Julia (bersama-sama anaknya, Mitchell, telah menulis buku mengenai kehidupan dan kariernya, "The Lucky Southern Star: Reflections From The Black Lagoon", yang telah diterbitkan pada tahun 2011 dan kini, boleh dibaca melalui laman webnya.

Autobiografi ini telah menerima kedua-dua pujian, awam dan pengkritik, dengan pengkritik filem, Leonard Maltin, memuji sebagai, "satu memoir menawan oleh Julie Adams." Dalam laman web Amazon.com, buku ini bertaraf 4.5 daripada 5 bintang.

Julia juga terus membuat penampilan tetamu khas dan memenuhi permintaan peminat-peminatnya: Pada bulan Ogos 2012, dia menjadi tetamu kehormat di Los Angeles Comic Book and Science Fiction Covention yang berlangsung di The Shrine Auditorium.

Julia juga muncul di CineCon Classic Film Festival pada 31 Ogos 2010 di Loew Hollywood Hotel, menjadi tetamu di The Hollywood Show: Chicago (Rosemont, Illinois) pada 7-9 September 2012, majlis menandatangani buku diadakan di Century Book, Pasadena, California, pada 20 September 2012. Pada 13 Oktober 2012, dia kembali ke Illinois (Berwyn) untuk majlis menandatangani buku.

The Academy of Motion Picture Arts and Sciences telah memilih "Creature From the Black Lagoon" sebagai satu daripada 13 filem seram klasik untuk tayangan pada bulan Oktober 2012, sebagai meraikan ulangtahun ke-100 Universal Pictures.

Filem ini telah dipertontonkan (dalam format 3-D) pada 16 Oktober di Samuel Goldwyn Theater di Beverly Hills, dan selepas tayangan, Julia muncul di atas pentas untuk sesi soal jawab di mana dia berkongsi kenangan peranannya dalam filem tersebut, serta beberapa projek lain sepanjang kariernya yang panjang dalam dunia hiburan.

Pada tahun 1999, Julia menerima Anugerah Golden Boot Award kerana peranannya dalam filem-filem koboi. Dia telah dimasukkan ke dalam Arkansas Entertainers Hall of Fame dalam tahun 2000. Pada CineCon tahun 2011, Julia diberi penghormatan Anugerah Film Career Achievement. Pada tahun 2012, memenangi Anugerah Rondo untuk Monster Kid Hall of Fame di Louisville, Kentucky.

Julia telah berkahwin dengan penulis skrip, Leonard B. Stern (1951-1953), kemudian berkahwin pula dengan pelakon dan pengarah, Ray Danton, dari 1954 sehingga 1981. Mereka mempunyai dua anak lelaki - Steven Danton, penolong pengarah, dan Mitchell Danton, penyunting filem.

Antara filem-filem Julia yang menarik, selain Creature From The Black Lagoon;

* Bright Victory (1951)
* Bend of the River (1952)
* Horizons West (1952)
* The Lawless Breed (1953)
* The Mississippi Gambler (1953)
* The Man from the Alamo (1953)
* Six Bridges to Cross (1955)
* Four Girls in Town (1956)
* Away All Boats (1956)
* The Private War of Major Benson (1956)
* Slaughter on Tenth Avenue (1957)
* The Gunfight at Dodge City (1959)






# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu


FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)




No comments:

Post a Comment