Tuesday, May 20, 2014


AZIZ SATTAR (1925-2014)

DARI KACAMATA MUSTAFAR A.R.

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




# LIHATLAH DAN BACALAH___

* NAS ACHNAS pengarah filem seolah-olah terpinggir
* A.R. ISMAIL pergi dan hilang bersama angin lalu
* PONTIANAK mencapai kejayaan box office luar jangkaan
* JAMBATAN MAUT rela mati demi pertahankan maruah
* A TOWN LIKE ALICE ketabahan tawanan perang wanita di malaya
* WUTHERING HEIGHTS kisah percintaan yang kekal abadi
* P. RAMLEE apabila lagu-lagunya diorkestrakan
* CINTA PERTAMA ya, begitulah kira-kira...
* B.S. RAJHANS printis filem melayu
* RAMON A. ESTELLA menukar corak filem melayu
* RAFEAH BUANG * SUDIRMAN * CECILIA CHEUNG
* CHEMPAKA * VICTOR MATURE * BRAVADOS * PENAREK BECHA
* SUMPAH ORANG MINYAK * NIAGARA FALLS





AZIZ SATTAR, GUGUR SEBUTIR LAGI BINTANG



Oleh MUSTAFAR A.R.






FILEM "PENYAMUN TARBUS" YANG SAYA KRITIK, MENYEBABKAN AZIZ SATTAR NAK CEKIK SAYA.

KALI PERTAMA SAYA BERTEMU DENGAN AZIZ SATTAR PADA TAHUN 1973 DI HOTEL GRAND MILLENNIUM, KUALA LUMPUR YANG TURUT DISERTAI IBRAHIM PENDEK DAN NORA CHIN.

TRIO "Bujang Lapok", ramai yang sudah tahu, dianggutai oleh P.Ramlee, S.Shamsuddin dan Aziz Sattar.

P.Ramlee meninggal dunia, saya tidak menangis. S.Shamsuddin meninggal dunia, pun saya tidak menangis. Tetapi apabila Aziz Sattar meninggal dunia, sebak dada saya, dan terus menangis.

Saya jarang menangis, kalau menangis pun kerana pemergian kucing yang paling saya sayangi.

Saya menangis, mungkin kerana saya begitu rapat dengan beliau, macam adik dengan abang. Malah ada yang tanya, Aziz Sattar tu, abang saya ke? Rupa seakan-akan sama, aje. Betul ke sama?

Puas saya cermin, mencari di mana kesamaannya. Takda pun. Lantak kau oranglah... sama ke tak sama ke, janji Aziz Sattar tu, saya anggap sebagai abang.

Sejak filem "Keluarga Comat", sepanjang ingatan, Aziz Sattar tidak pernah mengecilkan hati saya, tetapi saya pernah menyakitkan hati beliau.

Ini diberitahu sendiri oleh Aziz Sattar, yang beliau begitu marah kepada saya, apabila saya mengkritik filem-filem arahannya terutama "Penyamun Tarbus".

"Waktu itu, kalau bang Ajis jumpa, bang Ajis cekik Mus sampai mampus!... Tapi sekarang, sejak sama-sama buat buku Filem-Filem P.Ramlee, tak sampai hati pulak nak cekik."

"Itu tugas wartawan bang Ajis, cari makan."

"Yalah, cari makan, cari makanlah, janganlah teruk sangat, sampaikan bang Ajis terduduk."

"Oklah, kalau bang Ajis marah sangat, cekiklah sekarang."

"Sekarang tak bolehlah."

"Kenapa, tak boleh".

"Nak dapat tujuh belas ribu, mana boleh cekik, nanti melepas."

Aziz Sattar tersengeh, saya pula tersenyum.

Tujuh belas ribu (cek) merupakan honorarium (termasuk pinjaman RM5,000), hasil jualan buku Filem-Filem P.Ramlee, yang saya sampaikan kepadanya, mengikut catatan dairi saya, 16 Ogos 2009.

MARAH PADA WARTAWAN

Marahnya terhadap wartawan (termasuk sayalah tu...) terkandung dalam bukunya, Meredah Gelombang Seni Sebuah Memoir Aziz Sattar. Tulisnya:

Seperti biasa sebelum ditayangkan, setiap penerbit mengadakan pranonton untuk wartawan. Tetapi sayang seribu kali sayang, filem Penyamun Tarbus telah dikritik begitu hebat sekali hingga tiada bagusnya.

Saya pernah menjawab kritikan itu dengan menyatakan bahawa seorang wartawan berhak membuat kritikan. Saya penuh yakin akan hasil kerja saya itu walaupun dikritik hebat tanpa batas. Namun begitu, penonton lebih awal menilai kemampuan seseorang itu.

Alhamdulillah, yang benar tetap benar. Tayangan filem Penyamun Tarbus mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga dapat bertahan selama 52 hari. Ini adalah satu masa yang boleh dikira lama kalau dibandingkan dengan filem-filem Melayu sewaktu dengannya.


BILA MULA BERTEMU

Pertemuan saya dengan Aziz Sattar, bermula di Hotel Hilton (kini Grand Millennium), Kuala Lumpur. Pada tahun 1973 itu, beliau sedang mengarahkan filem "Keluarga Comat" keluaran sulung Sabah Film yang turut melibatkan Deddy M. Borhan.

Mereka singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Cameron Highlands untuk membuat penggambaran di sana.

Sebagai wartawan hiburan, saya ditugaskan pergi membuat liputan kedatangan mereka ke Kuala Lumpur. Selain Aziz Sattar, saya juga bertemu Ibrahim Pendek dan Nora Chin.

Bermula dari situlah, perhubungan saya begitu rapat dengannya, seperti adik dengan abang. Saya memanggilnya bang Ajis beliau panggil saya Mus (tafar jarang digunakannya, mungkin tak pernah), kerana umurnya jauh lebih tua daripada saya.

Sepanjang perkenalan itu, apa yang tidak diceritakannya kepada saya, kisah-kisah studio Jalan Ampas dan Boon Teck Road di Singapura - baik dan buruk, tetapi lebih banyak yang buruk.

Pendekkata, segala-galanya apa yang beliau tahu, semuanya ada dalam kocek saya. Banyak juga yang diceritakannya itu, menyenakkan perut saya. Sampaikan ramai bintang filem yang selama ini menjadi pujaan saya, tidak lagi menjadi pujaan termasuklah...

"Bang Ajis cerita semuanya ni, kerana percayakan Mus. Biar pecah diperut, jangan pecah dimulut," katanya, dan menambah:

"Kalau bang Ajis buat buku sudah tentu laku macam goreng pisang panas, tapi terpaksa bang Ajis keluar masuk mahkamahlah, kena saman. Nasib tak baik, si Sharif (American lawman) masukkan bang Ajis ke dalam jail."

Justeru itu, sampai sekarang saya kuncikan mulut saya. Kalau ada pun yang terkeluar, hanya kepada isteri saya, Zaini Yusop, dan kawan-kawan yang benar-benar rapat. Itupun sedikit, suku pun tak sampai.

IKUT UNIT PENGGAMBARAN

Sebagai wartawan hiburan (filem), sekali saja saya mengikut Aziz Sattar pergi shooting. Beliau sebagai pengarah dan filemnya "Penyamun Tarbus" keluaran Indra Film yang diterajui oleh dua adik beradik - Zain dan Zaharan.

Destinasi, Langkawi.

Pada tahun 1980, pulau tersebut masih dalam sumpahan Mahsuri - mundur, tidak maju seperti sekarang.

Dari Kuala Lumpur, unit penggambaran menaiki kereta, saya bersama Zaharan. Sepanjang perjalanan Aziz Sattar akan singgah shooting dimana-mana dirasakannya perlu dan sesuai untuk filem "Penyamun Tarbus"nya itu.

Turut sama (seingat saya), S.Shamsuddin, Ibrahim Pendek, Aznah Hamid, Jastina, A.R. Badol dan Raja Ismail.

Saya masih ingat, sebelum sampai ke Langkawi, kami bermalam di sebuah hotel (kini, Hotel Regent) di Alor Setar. Esoknya, menyambung perjalanan ke Kuala Kedah untuk menyeberang ke pulau legenda itu.

Pada masa itu, mana ada bot laju seperti sekarang. Kerana itu, terpaksalah kami naik bot nelayan, bot tangkap ikan. Tiga jam baru sampai, tak ke kematu. Nasib baik cuaca baik, laut pun tenang.

Di Langkawi kami beramai-ramai menginap di The Westin Langkawi Resort (nama lamanya saya tak ingat) yang merupakan satu-satunya hotel yang agak besar pada masa itu. Penggambaran dilakukan disekitar hotel tersebut, dan juga dilaut. Syok naik bot laju, sambil ambil gambar dan melihat Aziz Sattar dan krewnya shooting.

Ada beberapa adegan yang terdapat dalam "Penyamun Tarbus", bila saya tonton semula, menimbulkan nostalgia semasa berada di Langkawi.

Disinilah, saya mengenali corak dan cara Aziz Sattar mengarah. Aziz Sattar orangnya lembut, mengarah pun lembut. Bertolak ansur dengan pelakon dan sering bergurau, maklumlah pelawak, katakan. Jarang marah. Tidak macam P.Ramlee yang tegas dan serius, bila mengarah. Semua pelakon dan krew, takut kepadanya.

Sebab itu, filem-filem arahan beliau (boleh dikatakan semua) kurang menarik jika diukur dari segi kualiti, sentuhan arahannya tidak menyengat. Pada saya Aziz Sattar, "not as a good director, but he can direct."

Itu sebab, filem-filem arahannya tidak banyak menang anugerah, cuma dua saja - "Keluarga Comat" dan "Penyamun Tarbus". Itu pun anugerah kesian, anugerah mengambil hati.

"Keluarga Comat" mendapat sambutan box office, bukan kerana kebagusan filem tersebut, tetapi lebih tertumpu kepada peminat-peminat filem dahagakan filem Melayu selepas penutupan studio MFP Jalan Ampas, disamping kekuatan jenama Aziz Sattar, S.Shamsuddin dan Ibrahim Pendek.

Selepas 3 hari, saya tinggalkan Aziz Sattar dan unit filemnya meneruskan penggambaran, saya pulang bersama Zaharan menaiki kapalterbang, bukan sebesar MAS dan AirAsia, tetapi jenis Caribou (kapalterbang askar), ke Pulau Pinang. Dari situ, barulah saya naik MAS ke Kuala Lumpur.

Lapangan terbangnya (lokasinya sama) tidak secantik sekarang. Kalau nak tahu macam mana, tonton filem "Battle Hymn" lakonan Rock Hudson, begitulah keadaannya.

Mana Aziz Sattar tak mengamuk, nak cekik saya. Dahlah diberi layanan first class (semua tanggung beres) di Langkawi, "Penyamun Tarbus" kena kutuk juga, teruk pulak tu.

Bila terkenangkan peristiwa macam tu, saya tersenyum sendirian, kesal pun ada. Bila teringatkan pemergian beliau, menitik airmata saya.

MAKAN PERCUMA DI KEDAI

Satu perkara saya suka ikut Aziz Sattar ke mana-mana, makan di kedai, makan percuma. Bukan beliau yang bayar tetapi peminat-peminatnya. Anehnya, siapa yang bayar tak tau. Bila beliau pergi ke kaunter nak bayar. Cashier kata:

"Sudah bayar, encik."

"Siapa bayar, kawan encik."

"Siapa kawan saya?"

"Tak tau encik, dia cakap kawan".

Bila keluar dari kedai, beliau menadah tangan tanda bersyukur. Sempat pula bergurau, "selamat, duit aku". Kemudian ketawa kek... kek... kek... Saya ikut sama kek... kek... kek...

Perkara belanja makan cara ini, berlaku bukan sekali dua. Berpuluh kali.

Itu dengan saya, tanpa saya mungkin lebih banyak lagi.

Aziz Sattar, tidak lokek orangnya. Beliau sentiasa belanja saya makan. Bila saya nak bayar, beliau tak bagi. Tapi saya tak peduli. Kalau saya nak belanja, saya senyap-senyap pergi ke kaunter, bayar dulu. Lepas itu, beliau nak marah, marahlah...

Biasanya tidak, tapi bila anginnya tak baik, disergahnya juga saya, "kenapa bayar?"

Bila dah macam tu, saya kata, "malulah saya, asyik-asyik makan belanja bang Ajis aje. Apa, saya ni takda duit ke nak belanja bang Ajis."

Aziz Sattar tak terkata apa, sudahnya, dia tersengeh saja.

KELUAR MASUK HOSPITAL

Dalam keadaan yang sudah berusia, masuk keluar hospital, bagi Aziz Sattar perkara lumrah, biasa. Sepanjang ingatan saya apabila dia masuk hospital, tak pernah diberitahunya saya.

Saya tahu dia dirawat di hospital dari kawan-kawan yang rapat, namun dari mulutnya sendiri, tidak sekali-kali.

Rupa-rupanya, Aziz Sattar ni tidak suka sesiapa pun melawatnya ketika berada di hospital, dan dalam kesakitan.

Itulah sebabnya Zed Zaidi (pada masa itu Presiden Seniman) tidak mahu ditemuinya, bukan pasal mereka berdua ada krisis sangat, tetapi lebih menjurus kepada tidak sukanya dia dilawati apabila sakit.

Lagi pun Zed Zaidi, datang salah masa, pada masa tu, moodnya kurang baik.

Yang datang melawatnya, beliau tak boleh kata apa, walaupun hatinya enggan menerima.

Saloma sakit saya melawatnya di hospital, Ahmad Daud sakit saya melawatnya, Mustapha Maarof sakit pun saya melawatnya, Rahimah Alias (ibu Suraya Haron) pun saya melawatnya, tetapi Aziz Sattar sakit dan masuk hospital, saya tidak pernah melawatnya, atas sebab-sebab yang dinyatakan itu.

Anehnya, dua minggu sebelum meninggal dunia, Aziz Sattar memberitahu saya yang beliau sedang dirawat di Hospital Kajang.

Suatu hari (tak ingat tarikhnya), saya telefon Aziz Sattar menyatakan hasrat untuk menganjurkan satu projek untuk memberi tribut kepada Bahyah Mahmood, dan meminta supaya persatuan yang dipimpinnya, Yayasan Kebajikan Artis Malaysia, bergabung dengan Persatuan Wartawan Dan Artis Malaysia, sebagai penganjur.

Bila dengar nama Bahyah Mahmood, ternyata Aziz Sattar begitu gembira, katanya, "bagus Mus, Bahyah memang sesuai dan sudah kena pada tempatnya diberi penghormatan, saya kenal betul dengan Bahyah."

Aziz Sattar bersetuju bergabung, tetapi perkara tersebut terpaksa dibawa berbincang dengan jawatankuasanya terlebih dulu. "Nanti bang Ajis bermesyuarat, apa-apa keputusan nanti bang Ajis telefon Mus."

Agak lama juga saya tunggu, hingga terpaksa mencari persatuan lain untuk bergabung. Saya berunding pula dengan presiden Kelab Veteran Utusan Melayu, Raja Ahmad Niza, yang akhirnya setuju untuk bersama-sama.

Tiba-tiba, pada 24 April 2014, saya terima call daripada Aziz Sattar, dengan suara yang tidak menandakan beliau sakit memberitahu, beliau sudah pun berunding dengan jawatankuasanya, bersetuju bergabung, dan meminta saya menghubungi setiausaha persatuan, Azliza Mustaffa.

Entah macam mana saya terkeluar kata, "bang Ajis sihat ke?"

"Kurang sihat, sekarang pun bang Ajis ada di hospital Kajang."

Sejak tahun-tahun 1973, sejak saya berkawan rapat dengannya, itulah pertama kali diberitahunya yang beliau berada di hospital. Ini memelikkan saya? Rupa-rupanya...

Saya beritahu padanya mesyuarat Tribut... Bahyah Mahmood akan diadakan pada 3 Mei 2014 di Sultan Sulaiman Kelab, Deddy M. Borhan pun ada sama.

"Kalau bang Ajis keluar hospital nanti, bang Ajis nak bermesyuarat sama."

"Kalau bang Ajis keluar hospital nanti, bang Ajis nak bermesyuarat sama."

Itulah dailog terakhir saya dengar suaranya, selepas itu suaranya tidak akan saya dengar lagi sampai bila-bila, sampai kiamat.

Mengenai hospital ni, ada jokenya. Entah betul, entah tidak, tak tau pulak saya.

Katanya, "suatu hari bang Ajis masuk hospital lima bintang di Ampang, seminggu. Tiba masanya dah sihat keluarlah, discharge. Bila pergi ke kaunter bayaran, bila tengok bill, abang Ajis mengeletar, sakit balik.

"Esoknya, bang Ajis masuk hospital, kali ini hospital tak ada lima bintang, satu bintang aje, hospital kerajaan."

Apalagi, saya pun kah... kah... kah... sampai keluar airmata.

Itu sebablah, Aziz Sattar meninggal dunia di hospital kerajaan di Kajang. Bukan tak mampu nak bayar bill, tapi chargenya mahal, gila-gila, ada kalanya tak masuk akal, tak munasabah.

Aziz Sattar pernah merunggut, "kalau macam ni, macam mana orang miskin nak dapat rawatan".

TIDAK SUKA DUDUK DIAM

Satu sifat Aziz Sattar, beliau tak suka duduk diam dan berehat. Pernah saya beritahu dan nasihat, "bang Ajis sakit banyak-banyaklah berehat".

"Tak bolehlah, Mus. Kalau bang Ajis duduk diam, lagi tambah sakit".

Itulah sebabnya, Aziz Sattar terus melakukan aktiviti-aktiviti berpersatuan, berkebajikan dan sentiasa memenuhi undangan di mana-mana saja (menyanyi, berlawak dan berceramah) termasuk Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Kalau filem (sekecil mana sekali pun peranannya), lagilah tak ditolaknya, kerana berlakon sudah sebati dengan jiwanya. Pada Aziz Sattar, bayaran nombor dua, berlakon nombor satu.

BUKU FILEM-FILEM P.RAMLEE

Penglibatan Aziz Sattar dengan buku "Filem-Filem P.Ramlee", bermula di Restoran A&W, berhampiran tasek, di Seremban. Beliau berkereta dari Kuala Lumpur ke Seremban, menemui saya.

Sebelumnya, saya call Aziz Sattar beritahu, saya sudah siapkan manuskrip mengenai filem-filem P.Ramlee dan memintanya menyemak faktanya supaya tidak salah dan tepat.

Setelah berunding, Aziz Sattar setuju dengan cadangan saya, supaya saya terbitkan sendiri menggunakan syarikat saya, MZA Terbit Enterprise, kerana jika diserahkan kepada penerbit lain, lain jadinya, tak sama dengan kehendak hati.

Buruk-buruk pun, hasil keringat saya, saya puas hati. Cantik-cantik pun, kalau dirombak sana sini, masakan boleh puas hati, sakit hati lagi ada.

Setelah menyemak manuskrip tersebut sambil lalu, "kalau Mus nak terbitkan sendiri, oklah. Bang Ajis boleh pinjamkan lima ribu ringgit. Tapi bayar balik, tau...," katanya bergurau.

"Bagus Mus buat manuskrip ini, kalau tidak, ada yang tak tahu pasal filem-filem P.Ramlee. Orang tahu tonton saja, tapi di belakang tabir, tidak ramai yang tahu. Lagi pun, konsep buku macam ni tak pernah sesiapa buat."

Selain itu, beliau juga telah menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Taib Mahmud, untuk mendapatkan bantuan membiayai menerbitkan buku tersebut, yang mana responnya cukup baik - RM15,000 diberinya sebelum buku siap dan RM35,000 lagi setelah buku dilancarkan.

Saya akui, tanpa Aziz Sattar, bantuan RM50,000 itu tidak mungkin diperolehi, jauh panggang dari api, 25,000 nashkah takkan tercetak. Jangan mimpi, siapalah saya... Aziz Sattar lainlah.

Tidak disangka-sangka buku "Filem-Filem P.Ramlee" laris dijual, sejak pelancarannya oleh L. Krishnan dan Sulaiman Taib pada 26 April 2008, jualannya di luar jangkaan saya, kini tidak ditemui lagi di kedai-kedai buku.

Rupa-rupanya, terlalu ramai yang meminati P.Ramlee. Ini bererti, buku ini akan terus popular seiring dengan filem-filem P.Ramlee, macam kata H.M.Shah, sampai 100 atau 1,000 tahun lagi.

POPULAR DI FESTIVAL FILEM

Sebegitu banyak Festival Filem dianjurkan, dalam dan luar negara, hanya dua kali saja saya bersama Aziz Sattar, di Festival Filem Asia Pasifik - Singapura dan Kuching, Sarawak, dan sekali di Festival Filem Asean di Jakarta.

Kharisma Aziz Sattar begitu menyerlah di festival-festival filem itu, kerana begitu ramai yang menyukainya, ramai yang hendak bergambar dan beramah mesra. Beliau memang popular, jokenya sentiasa berkesudahan dengan kah... kah... kah... Kalau ada yang tak ketawa, something wrong.

IKUT KE MANA-MANA

Saya seringkali mengikut Aziz Satar pergi ke mana-mana, ini saya boring. Bukan apa, saya akan dijadikan mangsa sebagai jurugambar. Kalau dalam perjalanan (berjalan kaki) boleh sampai 5 minit, jadinya 15 minit, kadang-kadang setengah jam baru sampai ke tempat yang dituju.

Dalam perjalannya itu, ramai sangat mau bergambar dan bertanya itu dan ini, yang pada kebiasaan tidak pernah ditolaknya. Seperti yang dikatakan, saya akan jadi jurugambar, merakam Aziz Sattar bersama peminat-peminatnya.

KECEWA DENGAN SHAW BROTHERS

Apabila saya beritahu, Shaw Brothers tidak membenarkan filem "Semerah Padi" dicolorkan, nampak sangat Aziz Sattar begitu kecewa dan marah.

Katanya, tidak patut Shaw Brothers buat begitu kerana, P.Ramlee begitu banyak jasanya terhadap mereka. Lagi pun bukan mereka yang disuruh keluarkan duit untuk dicolorkan. Kita sendiri, cari duit...

Tambahnya, dalam teknologi perfileman sekarang, banyak filem black and white sudah dicolorkan terutama di Hollywood dan Bollywood, apalah salahnya Shaw Brothers membenarkan "Semerah Padi", filem terbaik arahan P.Ramlee, dicolorkan disamping memenuhi hasrat P.Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan.

"Bukannya banyak, satu pun tak boleh ke..."

Rasanya cukuplah setakat itu. Kalau ikutkan hati, banyak lagi mau dicurahkan. Sudahnya, jadi Hikayat 1001 Malam pulak, panjang menjela.









AZIZ SATTAR DIKALA MASIH MUDA

BERSAMA ISTERI KEEMPAT, DAYANG SOFIA, SERING BERLAKON BERSAMA. GAMBAR ATAS, FILEM "BUJANG LAPOK".

BERSAMA ISTERI KELIMA, HASHIMAH DELAN.

ANAK-ANAK AZIZ SATTAR. ATAS: RUZAIMAN, RUZAIDAH, RUZAIMAH DAN ZAINUDIN. BAWAH: DAHLIA, DALINA DAN SANDAKIAH.

AZIZ SATTAR DAN DAYANG SOFIA BERSAMA DUA ANAK MEREKA, DIKAKI, DAHLIA, DIKANAN, ZAINUDIN.

SEDIKIT MENGENAI AZIZ SATTAR
Oleh ZAINI YUSOP

AZIZ SATTAR kalau sesiapa yang meminati filem-filem P.Ramlee, agak pelik sekiranya tidak mengenali namanya. Ini kerana beliau banyak terlibat dengan filem-filem lakonan dan arahan P.Ramlee, malah filem pertama lakonannya pun filem P.Ramlee - "Putus Harapan".

Diperingkat awal (tahun 1952), Aziz Sattar tidak menduga dalam diri mempunyai bakat berlakon, berlawak dan menyanyi. Ketika kakinya melangkah masuk ke MFP Jalan Ampas pekerjaanya hanyalah di bahagian dubbing (alihsuara).

Setelah "Putus Harapan" (mengunakan nama Aziz Jr.), Aziz Sattar terus tidak menoleh ke belakang lagi dengan membintangi banyak filem yang mana bukan saja sebagai pelakon, pelawak dan penyanyi tetapi juga sudah sampai ke taraf pengarah dan produser.

Nama Popular: AZIZ SATTAR
Nama Sebenar: ABDOL AZEZ BIN SATTA
Tarikh Lahir: 8 OGOS 1925 (89 TAHUN)
Tempat Lahir: PAKALONGAN, SURABAYA, INDONESIA
Meninggal Dunia: 6 MEI 2014
Tempat Meninggal Dunia: HOSPITAL KAJANG, SELANGOR
Pusara: TANAH PERKUBURAN ISLAM BANDAR TUN HUSSEIN ONN, CHERAS, SELANGOR
Isteri: 3. SITI RUMINA (BERCERAI) 4. DAYANG SOFIA (BERCERAI) 5. HASHIMAH DELAN (BERCERAI)
Anak: RUZAIMAN * RUZAIDAH * RUZAIMAH * ZAINUDIN
* DAHLIA * DALINA * SANDAKIAH

# Menurut Sandakiah, Aziz Sattar isterinya lima. Yang dua lagi, sekejap saja, tidak ada anak.


BERSAMA SALOMA DALAM "KAKI KUDA".

BERSAMA SA'ADIAH DALAM "RIBUT".

BERSAMA SHARIF DOL DALAM "ROH MEMBELA".

BERSAMA AHMAD MAHMOOD DALAM "PUTERA BERTOPENG".

BERSAMA S. KADARISMAN DAN IBRAHIM PENDEK
DALAM "KIPAS HIKMAT".


BERSAMA MARIANI DALAM "SAUDAGAR MINYAK URAT".

FILEMOGRAFI___

* PUTUS HARAPAN (B.N. Rau, 1953) * HATI IBLIS (K.M. Basker 1953) * MANGSA (K.M. Basker) * ISTANA IMPIAN (V. Girimaji 1953) * ARJUNA (V.Girimaji 1954)

* GELORA HIDUP (B.N. Rau 1954) * IMAN (K.R.S. Sastry 1954) * JASA (S. Ramanathan 1954) * KIPAS HIKMAT (S.Ramanathan 1955) * ROH MEMBELA (B.N. Rau 1955)

* HANG TUAH (Phani Majumdar 1955) * PENCHURI (K.M. Basker 1956) * RIBUT (K.M. Basker 1956)* KELUARA TOLOL (S.Ramanathan 1956) * PUTERA BERTOPENG (K.M.Basker 1957)

* PANCA DELIMA (P. Ramlee 1957) * KASEH SAYANG (Phani Majumdar 1957) * BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1957) * HANTU JERANGKONG (K.M. Basker 1957) * TAUFAN (T.C. Santos 1957)

* ANAK PONTIANAK (Ramon A. Estella 1958) * AZIMAT (Rolf Bayer 1958) * GERGASI (Dhiresh Ghosh 1958) * KAKI KUDA (Kidar Sharma 1958) * HANTU KUBOR (Chew Cheng Kok 1958)

* PENDEKAR BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1959) * SAUDAGAR MINYAK URAT (Ramon A. Estella 1959) * RAJA LAKSAMANA BINTAN (Jamil Sulong 1958) * NUJUM PA' BLALANG (P.Ramlee 1959) * SUMPAH WANITA (Omar Rojik 1960)

* ALI BABA BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1961) * SENIMAN BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1961) * SITI MUSLIHAT (Dhiresh Ghosh 1962) * LABU DAN LABI (P.Ramlee 1962) * NASIB SI LABU LABI (P.Ramlee 1963)

* PILEH MENANTU (Omar Rojik 1963) * SIAPA BESAR (Omar Rojik 1964) * MAMBANG MODEN (Jamil Sulong 1964)
* PUSAKA PONTIANAK (Ramon A. Estella 1965) * TAQDIR (Omar Rojik 1965) * AKSI KUCHING (Omar Rojik 1966) * A GO GO 67 (Omar Rojik 1967) * TERLIBAT (S.Kadarisman, 1967)

* IBU-LAH SHORGA (S. Sudarmaji 1968) * KELUARGA COMAT (Aziz Sattar 1975) * PREBET LAPOK (Aziz Sattar 1979)
* PENYAMUN TARBUS (Aziz Sattar 1980) * DA DI DU (Aziz Sattar 1981) * BUJANG LAPOK KEMBALI DAA... (Aziz Sattar 1985) * PERAWAN MALAM (Aziz Sattar Malam 1988)

* ADIK (Aziz Sattar 1990) * JUARA (Yusof Kelana 1991)
* TARIK-TARIK (M. Jamil 1993) * ABANG '92 (Rahim Razali 1993) * SIMFONI DUNIAKU (Aziz Sattar 1994) * SUAMI ISTERI DAN ...? (Pansha 1996) * LAYAR LARA (Shuhaimi Baba 1997)

* JIBON (Nahar Akhbar Khan 1998) * EMBUN (Erma Fatima 2002) * SOALNYA SIAPA? (Othman Hafsham 2002)
* PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM (Shuhaimi Baba 2004)
* PONTIANAK HARUM SUNBDAL MALAM II (Shuhaimi Baba 2005)

* CICAK-MAN (Yusry KRU 2006) * BUDAK LAPOK (Anwardi Jamil 2007) * ANAK HALAL (Osman Ali 2007) * SETEM (Kabir Bhatia 2009) * MOMOK THE MOVIE (M. Jamil 2009) * KECOH BETUL (S. Baldev Singh 2010)

ANTARA DRAMA TV (MENGARAH DAN BERLAKON)___

* RUMAH KAYU TIANG SERIBU (13 Episod)
* MILIK SIAPA HATI INI (13 Episod)
* FANTASI PULAU PANGKOR
* BIDADARI
* BILA LARUT MALAM
* FATHER
* AISHAH 50 SEN
* MAJER TAMRIN
* BILA AYAH MINTA KAHWIN
* ALI DAN ABIB


ANTARA LAGU-LAGU POPULAR NYANYIAN AZIZ SATTAR___

* "LAGAK BERANI" & S.SHAMSUDDIN (HANTU KUBOR)
* "FUK KANAN... FUH KIRI/LANGKAH SERIBU"
(HANTU JERANGKONG)
* "CITA-CITA MURNI" & NORMADIAH JASNI (GERGASI)
* "KAMI PENYAMUN" & S.SHAMSUDDIN (NUJUM PA' BLALANG)
* "MANUSIA" & DAYANG SOFIA (BUJANG LAPOK)
* "POK POK BUJANG LAPOK" & P.RAMLEE S.SHAMSUDDIN
(PENDEKAR BUJANG LAPOK)
* "MAAFKAN KAMI" & P.RAMLEE S.SHAMSUDDIN
(PENDEKAR BUJANG LAPOK)
* "MENCECEH BUJANG LAPOK" & P.RAMLEE S.SHAMSUDDIN (SENIMAN BUJANG LAPOK)
* "BEGINILAH NASIB" (ALI BABA BUJANG LAPOK)
* "ENGKAULAH BINTANG" & SALOMA (KAKI KUDA)
* "LOMPAT KATAK LOMPAT" (TAQDIR)
# "Lagak Berani", dipiringhitamkan berduet dengan Momo.
# "Manusia", Dayang Sofia guna suara Junainah.
# "Beginilah Nasib", dipiringhitam guna suara P.Ramlee.


MENERIMA PINGAT PANGLIMA JASA NEGARA (PJN) DARIPADA TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN.

MENERIMA PINGAT AHLI MANGKU NEGARA (AMN) DARIPADA SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH.

MENERIMA ANUGERAH JURI SEPANJANG HAYAT DARI REDUAN HASHIM DI FFM25.

BERSAMA JINS SHAMSUDIN DAN MUSTAPHA MAAROF TURUT MENERIMA ANUGERAH GEMILANG SERI TEMASEK.




AZIZ SATTAR MENERIMA ANUGERAH BINTANG LEGENDA DARIPADA MUSA AMAN SEMPENA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22 (FFM22) DI KOTA KINABALU, SABAH. TURUT BERSAMA (DARI KIRI) ILLYAS IBRAHIM DAN MASIDI MANJUNG.

AZIZ SATTAR (TIGA DARI KIRI) BERSAMA PEMENANG ANUGERAH BINTANG LEGENDA TERDIRI DARI ZAITON (KANAN), MOMO, KASSIM MASDOR, LATIFAH OMAR DAN TONY CASTELLO.


CITATION AZIZ SATTAR___

Sungguhpun telah memulakan kariernya dalam dunia filem sejak "PUTUS HARAPAN" pada tahun 1952, namun hingga kini penglibatannya tetap diteruskannya. Beliau tidak kira peranan dan tidak kira siapa pengarahnya. Kalau peranannya sesuai, walau satu scene pun tetap diterimanya. Banyak filem di studio Jalan Ampas dilakonkannya dan boleh dikatakan semuanya bercorak komedi. Antaranya "BUJANG LAPOK", "PENDEKAR BUJANG LAPOK", "ALI BABA BUJANG LAPOK" "SENIMAN BUJANG LAPOK" dan "NUJUM PA' BLALANG". Selain berlakon, beliau juga boleh menyanyi. Nyanyian mengunakan suaranya sering digunakan untuk filem seperti "PENDEKAR BUJANG LAPOK", "ALI BABA BUJANG LAPOK", "HANTU JERANGKONG" dan "NUJUM PA' BLALANG". Apabila studio Jalan Ampas di tutup pada bulan September 1967, beliau meneruskan karier filemnya bergabung dengan Deddy M. Borhan menubuhkan Sabah Film Productions dan mengeluarkan filem sulongnya, "KELUARGA COMAT". Walaupun bersusah payah menghasilkan filem "KELURGA COMAT" dan begitu sukar mendapatkan pawagam untuk tayangan, tetapi apabila ditayangkan sambutan adalah diluar jangkaan. Ramai yang datang menonton dan seterusnya mencapai box office. Akhirnya, cita-cita beliau bersama Deddy M. Borhan menarik semula ramai penonton datang ke pagawam menonton filem-filem Melayu tercapai. Kemampuannya serbaboleh. Beliau adalah produser, pengarah, pelakon, pelawak, penyanyi, penulis cerita, penulis lakonlayar, penyunting filem, pengarah seni dan penulis buku. Justeru itu, Panel Juri Anugerah Bintang Legenda telah memilih beliau sebagai penerima ANUGERAH BINTANG LEGENDA UNTUK KATEGORI BAKAT SERBABOLEH.
Beliau ialah... AZIZ SATTAR.

# Citation nukilan Mustafar A.R. ini dibaca di Malam Anugerah Bintang Legenda sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) di Kota Kinabalu, Sabah pada bulan Ogos 2009.





PENCAPAIAN CEMERLANG___

* AHLI MANGKU NEGARA (AMN)
DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah (1990)
* ANUGERAH SENIMAN VETERAN
Festival Filem Malaysia Ke-11 (Johor Bahru 1994)
* TOKOH BUDAYA KOLEJ BAHANUDDIN HELMI
Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM 2000)
* PANGLIMA JASA NEGARA (PJN)
* ANUGERAH PANGGUNG ERA
Anugerah Era 2001
* ANUGERAH ARTIS VETERAN (LELAKI)
Anugerah Bintang Popular 2002
* ANUGERAH SENIMAN SEPANJANG ZAMAN
Festival Filem Pelajar Malaysia (FFPM 2003)
* SENIMAN KARYAWAN SEPANJANG HAYAT
HARI SENIMAN Ke-24 (2005)
PANGLIMA JASA NEGARA (PJN)
DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (2007)
* ANUGERAH BINTANG LEGENDA (SERBA BOLEH)
Festival Filem Malaysia Ke-22 (Kota Kinabalu, 2009)
* PENCAPAIAN CEMERLANG KOMEDI SEPANJANG ZAMAN
Persatuan Seniman Malaysia (Kuching, Sarawak 2009)
* ANUGERAH GEMILANG SERI TEMASEK
Malam Gala Seri Temasek (Singapura 2011)
* ANUGERAH JURI SEPANJANG HAYAT LELAKI
Festival Filem Malaysia Ke-25 (Kuala Lumpur 2013)

ANUGERAH FILEM___

* KELUARGA COMAT (Anugerah Juri)
Festival Filem Asia Pasifik (Jakarta 1975)
* PENYAMUN TARBUS (Komedi Terbaik)
Festival Filem Malaysia Ke-2 (Kuala Lumpur 1981)






MEREDAH GELOMBANG SENI SEBUAH MEMOIR AZIZ SATTAR.

BERSAMA SULTAN KEDAH (KINI, YANG DI-PERTUAN AGONG), TUANKU ABDUL HALIM.

BERSAMA BEKAS PERDANA MENTERI, MAHATHIR MOHAMMAD.

BERSAMA BEKAS PERDANA MENTERI, ABDULLAH AHMAD BADAWI. TURUT KELIHATAN S.SHAMSUDDIN DAN KASSIM MASDOR.

BERSAMA TENGKU MUDA PAHANG, TENGKU ABDUL RAHMAN DAN ISTERI, JULITA AISHAH.

BEGITU SERIUS MENDENGAR CELOTEH RAIS YATIM.

BERSAMA BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI, MUSA HITAM.

BERSAMA MARIA MENADO. AZIZ SATTAR TIDAK PERNAH BERLAKON DENGANNYA.

BERSAMA DEDDY M. BORHAN. SAMA-SAMA MENUBUHKAN SABAH FILM.

BERSAMA PEMUSIK HANDALAN INDONESIA, IDRIS SARDI.

BERSAMA RAKAN SEPERJUANGAN. DARI KIRI (BERDIRI): AHMAD C., KUSWADINATA, MARIANI DAN KASSIM MASDOR. DUDUK (DARI KIRI): HASHIMAH YON DAN ZAITON.

MELAWAT KLASIK NASIONAL. DARI KIRI (DUDUK): ADIBAH AFFANDI, AZIZ SATTAR DAN SAYA. BERDIRI (DARI KIRI): NASIR WAHAB, AKHBAR NAWAB DAN ABASS BAKAR.

ULASAN & KRITIKAN___
Oleh MUSTAFAR A.R.

Sebenarnya manuskrip memoir Aziz Sattar sudah siap sekian lama, sebelum bersama saya menerbitkan buku "Filem-Filem P.Ramlee". Beliau telah mengusung manuskrip tersebut ke sana ke mari seperti peminta sedekah supaya hasil karyanya itu dijadikan buku untuk rujukan oleh jenerasi-jenerasi akan datang.

Berpindahnya manuskrip tersebut menjadi ke buku "Meredah Gelombang Seni Sebuah Memoir Aziz Sattar", adanya campurtangan Rais Yatim, pada masa itu berjawatan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan. Kalau tidak berputih matalah Aziz Sattar.

Sekiranya Aziz Sattar mengharapkan keikhlasan Finas sendiri menerbitkannya jangan mimpilah, banyak sangat kerenah birokrasinya.

Ketika berada ditangan Finas untuk diterbitkan pun mengambil masa yang agak panjang baru siap, lebih 2 tahun, sampaikan Aziz Sattar naik fed up, sampai ke peringkat tak mau ambil tau lagi tentang bukunya itu.

"Nak siap, siaplah. Tak nak sudah," katanya dengan nada kecewa.

Apapun, kita lupakan dulu tentang perkara yang sangat mendukacitakan itu, mari kita tumpukan kepada buku "Meredah Gelombang Seni Sebuah Memoir Aziz Sattar" ini.

Pada saya, konsep, cetakan dan rekabentuk, sangat menarik. Kandungannya dipecahkan kepada 6 Bahagian (BAB 6), tidak termasuk Epilog. Kertas berkualiti tinggi, menyebabkan teks dan gambar turut membantu memberi nyawa kepada buku ini.

Dalam Bingkisan Pesan (muka xv), Rais Yatim antara lain mencatatkan: Kesudian Datuk Aziz Sattar menurunkan pengalamannya dalam lautan seni sejak awal sehingga kini amat dihargai dan wajar diberi penghormatan. Melalui buku bercorak memoir ini beliau telah membuka petak-petak rahsia kehidupannya yang berwarna-warni.

Tentu sahaja sumbangan beliau akan memberi manfaat kepada peminat filem Melayu dan pengkaji di dunia akademia. Oleh itu memoir ini dapat dianggap sebagai sumber pertama yang tinggi darjah kebolehpercayaannya walaupun catatannya tidak menyeluruh dan kadangkala bersifat fragmentarik.


Setelah dibaca berulang-ulang kali, saya merasakan ada sesuatu yang saya anggap, nak kata baik tidak boleh, nak kata buruk pun tidak boleh, letaknya di tengah-tengah, 50-50.

Apa yang saya agak terkilan, begitu banyak kisah yang diceritakan kepada saya, tidak banyak yang keluar. Aziz Sattar play safe, agaknya, tidak mahu menyingung hati mana-mana pihak terutama teman-teman seperjuangannya, lebih utama takut kena saman, apa lagi kalau dibawa oleh si Sharif (istilah Aziz Sattar) masuk jail.

Buku memoir, itulah cara dan coraknya. Tetapi disebabkan Aziz Sattar bukan penulis, catatannya agak dangkal. Bagaimanapun, kedangkalan ini boleh di atasi kalau editornya, Mohamad Saleeh Rahamad dan Ruzita Alias, benar-benar tahu tentang filem, memafami filem klasik, penuh ilmu tentang filem.

Sungguhpun, memoir (luahan hati nurani) catatan penulisnya, kedua editor tersebut boleh merombak (itu pun tugas mereka) dan disesuaikan dengan bahasa buku. Tetapi sayangnya, ternyata, dalam memoir ini mereka tidak berbuat demikian. Ikut apa saja yang ada, ejaan pun banyak yang silap dan salah.

Saya sungguh dukacita tentang perkembangan ini, beberapa buku terbitan Finas telah saya kritik dan ulas seperti "Jejak Terbilang", "Nostalgia Filem Melayu Klasik" dan "Ahmad Mahmood", namun kesalahan yang sama tetap berulang, banyak pulak tu.

Kualiti buku, bagus dan baik. Tetapi teksnya sangat mengecewakan. Silap ejaan, banyak fakta diselewengkan.

Sampai bilakah, Finas mahu berubah. Sampai bilakah, Finas mau menyogok fakta yang silap dan salah.

Sampai kiamat?

Saya, sampai fed up buat ulasan dan kritikan. Dahlah begitu, ada sesiapa di luar sana, menuduh saya hanya mencari salah. "Nabi Muhammad s.a.w. pun buat salah, inikan pula kita manusia," kata mereka.

Kalau begitu sikap mereka, sampai bila-bila pun, fakta sejarah filem Malaysia kekal lintang pukang.

Pada pendekatan saya, Finas bukan mau meluruskan fakta sejarah filem Malaysia, tetapi membengkokkannya, tambah mengelirukan. Carilah mereka yang benar-benar pakar, macam doktor pakar, jadi editor. Bila baca saja, beliau tau, itu salah.

Dengan khabar, Finas sedang membukukan kisah Mustapha Maarof. Bagus. Tetapi, editornya siapa? Kalau masih itu juga, alamatlah, pi mai pai mai, tang tu juga...

BUKAN PERKARA BARU

Berbalik kepada buku Aziz Sattar, ada beberapa perkara negatif dilakukannya. Dari sudut memoir, ini kurang baik - bukan nama sebenar dan kalau tidak silap. Memoir adalah dairi, dairi tentulah faktanya tepat. Kalau tak nak nama sebenar digunakan, bukan nama sebenar tak payahlah pakai, ini bukan cerita jenayah.

Pada saya, catatan di buku ini bukan perkara baru. Semua sudah saya tau, mungkin lebih daripada itu. Tetapi kepada mereka yang baru mau mengenali Aziz Sattar dan filem Melayu lama, buku ini sangat baik untuk dibuat rujukan.

Agak menarik, Aziz Sattar mencatatkan pergolakan rumahtangga bersama 4 isterinya. Hebat juga, boleh buat drama tv.

Dengan isteri kelima, Hashimah Delan, tidak sempat diluahkannya, kerana buku ini diterbitkan sebelum beliau bercerai. Kalau tidak sudah tentu sama hebat dengan isteri-isterinya yang lain itu.

Satu lagi perkara yang agak kurang menarik, teks tidak relevan dengan gambar, boleh dikatakan menyeluruh. Carilah gambar yang sesuai dengan teksnya. Ini tidak, lain teks lain gambar. Inilah kelemahan dua editor itu.

Aziz Sattar ada cerita pasal pemain bola sepak terkenal, Awang Bakar. Cari dan pakailah gambarnya. Jenerasi baru mana kenal Awang Bakar, dapat tengok gambarnya pun sudah cukup bagus.

Ya, memang sukar Aziz Sattar memberi semua gambar yang sesuai dan diperlukan, tetapi inilah salah satu tugas editor, mencarinya. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Jangan-jangan mereka pun tak tau siapa, Awang Bakar.

Pada keseluruhannya, walaupun terdapat kesilapan fakta dan kesalahan ejaan, namun buku ini sesuai dijadikan panduan. Begitu pun juga, kalau nak buat thesis atau buku atau apa pun, demi untuk kepentingan sejarah filem Malaysia, sumber lain perlu dicari supaya faktanya dapat diperbetulkan, tepat dan genuine.


SALAH FAKTA___

* Muka 48: Salah: Selepas filem Chinta, banyak lagi filem yang diterbitkan, banyak juga pelakon baru seperti Ali Rahman, Omar Rojik, Jaafar Shah, Sarif Dol, Salleh Kamil, A.Rahim, Rahman B. (Rawanhiba), Mariam Borhan, Saadiah Borhan, Rukiah Jaafar, Haji Mahadi, Nordin Ahmad dan Ahmad Mahmood.

Betul: Sharif Dol, Rawan Hiba, Mariam Baharom, Sa'adiah Baharom dan Rokiah Jaafar.

* Muka 74: Salah: Syed Hassan segera menyuruh saya bersolek dan menyalin pakaian sebagai guru dalam babak mengajar P.Ramlee semasa kecil. Peranan P.Ramlee semasa kecil dipegang oleh Rahman Rahmat.

Betul: Berperanan P.Ramlee semasa kecil dalam Putus Harapan, Osman Ahmad. Rahman Rahmat berperanan P.Ramlee semasa kecil untuk "Ibu" dan "Hang Tuah".

* Muka 80: Salah: Pada akhir tahun 1953, saya diberi kepercayaan watak penting dalam filem Arjuna bersama-sama seniman Ahmad Mahmood, Rukiah Jaafar, Mustarjo, S. Kadarisman dan Sipot Sarawak.

Betul: Ejaan yang terdapat di kredit title, Rokiah, W.Mustarjo. Sipot (sepatutnya Siput) Sarawak tidak berlakon dalam filem tersebut.

* Muka 102: Salah: Nordin Ahmad sebagai watak utama dalam filem "Semerah Padi" masih takut memegang peranan berat. Kebimbangannya disebabkan beliau pernah gagal dalam filem pertamanya arahan Haji Mahadi yang berjudul "Air Mata di Perlimbahan" yang diterbitkan awal tahun 1952.

Betul: "Permata Di-Perlimbahan" bukannya "Air Mata di Perlimbahan". Filem tersebut bukan filem pertamanya, tetapi "Juwita". Kalau dimaksudkan sebagai hero, ya, memang benar.

DIHIDUPKAN SEMULA

* Muka 102: Salah: Pendahuluan tayangan filem Semerah Padi susunan nama pelakon meletakkan nama Nordin Ahmad di atas sekali, nama P.Ramlee yang kedua, dan Sa'adiah yang ketiga.

Betul: Tercatat di kredit title, di atas nama Nordin Ahmad, diikuti Sa'adiah, kedua, kemudian baru P.Ramlee. Ini bererti, ayat: Apabila perkara ini diketahui oleh Nordin Ahmad, beliau meminta kepada P.Ramlee supaya namanya dipindah ke nombor dua. Tetapi P.Ramlee menolak, tidak berfungsi.

* Muka 191: Salah: Selepas itu Indra Film dapat menerbitkan beberapa buah filem seperti "Setinggan", "Da Di Du", "Aku Yang Berhormat", "Kami", "Serampang Tiga" dan "Darah Satria"

Betul: Salahnya, "Aku Yang Berhormat" (1983) bukan keluaran Indra Film tetapi Nirwana Film dengan produsernya Zulkifli Ahmad, dan diarahkan oleh Raja Ismail.

* Muka 192: Salah: Selepas itu S.V. Production mengundang saya mengarah filem O.K., Adik dan Simfoni Kasih.

Betul: "Simfoni Kasih" bukan filem yang diarahkan oleh Aziz Sattar, ia tajuk lagu nyanyian Ogy Ahmad Daud petikan filem "Abang". Maksudnya di sini, filem "Simfoni Dunia Ku".

* Muka 198: Kurang jelas: Panca Sitara dihidupan semula oleh Nasir P.Ramlee, Ahmad Fauzi, Dian P.Ramlee dan dua orang lagi.

Yang jelas: Panca Sitara III dianggutai Ahmad Fauzee, Anuar Rizman, Zainal Merican, Nias Ahmad dan penyanyi wanitanya, Dian P Ramlee.


SALAH EJAAN___

* Shariff Dol bukan Sarif Dol (digunakan sepanjang catatan)
* Aziz King Godobel bukan Aziz King Godobill
* Cinerama bukan Cinirama
* TODD A.O. bukan TOD A.O.
* Panca Delima bukan Pancha Delima (ada juga guna Panca Delima)
* Jalan Sareke bukan Jalan Sereke
* Si Badol bukan Si Badul (ada juga guna Si Badol)


ADEGAN FILEM "PENDEKAR BUJANG LAPOK", NOSTALGIA DAN KEKAL ABADI. KIRI KE KANAN: S.SHAMSUDDIN, MUSTARJO, AZIZ SATTAR DAN P.RAMLEE.

AZIZ SATTAR DAN IBRAHIM PENDEK, YANG SUKAR DICARI GANTI. KINI, MEREKA SUDAH TIADA LAGI, PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA.

AZIZ SATTAR DI PENGHUJUNG JALAN. AL-FATIHAH.











# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu


FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.








13 comments:

  1. Menarik artikel ini mengenai Datuk Aziz Sattar.
    Lain dari yang lain, lengkap dan banyak gambar.
    Syabas Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop.

    Drp: Zulaiqa (UiTM), Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Zulaiqa.
      Semoga anda jadi peminat setia FK.

      Delete
  2. Asalamualaikum
    takziah buat saudara kerana kehilangan seorang abang sehebat itu
    negara kehilangan satu sumber rujukan penting bagi kegemilangan yg telah silam yang menjadi kebanggaan bangsa dan negara.

    Dalam Berita Harian Ahad (B.H AHAD 11MEI 2014)
    dalam ruangan B*POP mukasurat 16/17
    Oleh Akmal Abdullah
    ada mencatatkan

    Hajat Tak Kesampaian

    "Sepatutnya pada bulan depan, sebuah lagi buku berkisar pengalamannya bersama P.Ramlee yang ditulisnya dengan judul 'Di Manakan Ku cari Ganti' akan diterbitkan, tetapi sudah ditaqdirkan, Pak Ajis tidak sempat melihat buku itu disiapkan. Ia adalah rakaman Pak Ajis bersama Seniman Agong dan rakan seperjuangannya dalam dunia filem melayu.
    Difahamkan, dalam buku berkenaan, banyak perkara rahsia selama ini didedahkan Pak Ajis terutama hubungan peribadinya bersama P Ramlee yang pastinya akan ada banyak kejutan menarik mahu dikongsi. Pak Ajis meninggalkan legasi karya dan hasil lakonannya yang akan dikenang buat selama-lamanya. ketiadaannya kini cukup terasa kehilangannya...
    Alfatihah!"

    saudara ada apa-apa maklumat tentang projek terakhir arwah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manuskrip Tan Sri P.Ramlee, yang saya tahu itulah tajuknya, ekoran perbualan panjang antara Aziz Sattar, Sulaiman Taib Mahmud, Jins Shamsudin dan saya sendiri selepas pelancaran buku Filem-Filem P.Ramlee di Saloma Bistro pada 26 April 2009.
      Ketika bersembang-sembang itulah, kebanyakannya mengenai kehebatan P.Ramlee, terkeluar dari mulut Sulaiman Taib, supaya Aziz Sattar menulis mengenai P.Ramlee sepanjang bersama beliau terutama di studio Jalan Ampas, Singapura dan Sulaiman Taib sanggup membiayai projeknya itu.
      Diperingkat awal, Aziz Sattar meminta saya membantu menulis semula apa yang ditulisnya, editorlah tu, tetapi apabila diketahuinya saya menghadapi masaalah penglihatan mata, beliau berhenti menyuruh saya, dan memberi kepada, kalau tidak silap saya, anaknya, Sandakiah.
      Memang saya tahu, manuskripnya sudah pun disiapkannya, pernah ditunjukkannya kepada saya, tetapi saya belum baca keseluruhannya.
      Tentang Sulaiman Taib akan membiayai projeknya itu, tidak pula saya tahu macam mana kesudahannya, kerana kedudukan beliau pun, hingga kini, tidak menentu. Dimana beliau berada sekarang pun tidak diketahui.
      Aziz Sattar ada beritahu saya, beliau pernah berhubung telefon dengan Sulaiman Taib di London, manuskrip P.Ramlee sudah siap, tetapi apa hasilnya sampai sekarang saya tidak tahu.
      Sekiranya, Sulaiman Taib menghadapi masalah untuk membiayainya, Finas seharusnya mengambilalih, kerana tentu ada sesuatu yang menarik terdapat dalam manuskripnya itu, berguna untuk kita bersama-sama mengetahuinya, dan kebaikan sejarah sinema Malaysia.
      Begitupun juga, Finas harus mempunyai editor yang tahu mengenai latarbelakang Aziz Sattar dan P.Ramlee serta filem-filem mereka, supaya faktanya tepat dan betul.
      Daripada apa yang dicatatnya diperingkat awal, yang diberikan kepada saya, ternyata Aziz Sattar banyak melakukan kesilapan, maklumlah bukan semua diingatnya, ada antaranya main agak-agak saja..

      Delete
  3. Terima kasih kepada Encik Mustafar di atas tulisan yang saya rasakan benar-benar tercetus dari lubuk sanubari Enik Mustafar. Saya, seperti lain-lain peminat seni persembahan tanahair, berharap agar buku mengenai Allahyarham Tan Sri P. Ramlee nukilan Allahyarham Dato' Aziz Sattar akan dapat direalisasikan.

    Selaku pembaca setia (secara Anonymous), terimalah ucapan terima kasih saya kepada Encik Musatafar kerana sudi meluangkan masa untuk menulis artikel-artikel di blog ini, kerana terdapat banyak pembetulan fakta-fakta yang telah Encik lakukan dan amat berguna kepada pelajar-pelajar seni persembahan di IPTA dan IPTS negara ini. Saya amat berharap suatu hari nanti Encik Mustafar dapat menulis mengenai penyanyi-penyanyi lama juga seperti kisah Saloma selepas pemergian suaminya, juga kisah-kisah kenangan Sharifah Aini, Ahmad Jais, Sarena Hashim, Ismail Haron...sejadar beberapa nama besar 1970an. Terima kasih dan assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anonymous kerana menjadi peminat setia FK.
      Selagi terdaya, sumbangan ikhlas ini akan diteruskan.

      Delete
  4. 3 + 1 mengenai Datuk Aziz Sattar.
    Lengkap, tersusun dan berinformasi.
    Tidak terdapat di mana-mana blog dalam internet.
    Syabas Encik Mustafar A.R. dan isteri.
    Teruskanlah usaha yang bermanfaat ini.

    - Nordiana (via e-mail), Taman Bukit Jelutong, Selangor.

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Encik Mustafar A.R.
    Terlebih dulu, ingin saya ucapkan tahniah kepada Encik Mustafar kerana mengwujudkan blog Filem Klasik ini.
    Secara kebetulan, saya sedang melayari internet mencari maklumat mengenai kematian seniman yang paling saya minati, Datuk Aziz Sattar.
    Tiba-tiba saja saya sampai ke blog Encik Mustafar, dan terpaparlah "Aziz Sattar Dari Kacamata Mustafar A.R." di mana apabila saya baca dua tiga perenggan dipermulaan, sudah mecengkam hati saya, lalu meneruskannya.
    Wah!... menarik sekali, dan jika dibandingkan dengan artikel-artikel lain yang saya baca mengenai pemergian Datuk Aziz Sattar sebelum ini, secara jujur saya katakan, inilah yang terbest, panjang, padat, berinfomasi dan dihiasai pula dengan foto-foto yang jelas dan cantik.
    Tertariknya saya dengan artikel tentang Datuk Aziz Sattar itu, saya pun secara sambil lalu mengimbas kembali artikel-artikel yang terdahulu, dan saya dapati sungguh bermanfaat sekali serta berbeza coraknya berbanding dengan blog-blog lain termasuklah yang berbahasa Inggeris.
    Pengalaman Encik Mustafar dalam bidang kewartawan membuatkan FK kelihatan cukup bermaya, dan dalam pemilihan artikel-artikel pula, nampaknya Encik Mustafar begitu pakar dalam menarik minat pembaca.
    Saya baru sempat membaca beberapa artikel seperti "Creature From The Black Lagoon", "Ahmad Mahmood Dari Kacamata Mustafar A.R.", "Niagara Falls" dan "Hang Jebat", yang lain-lain akan saya baca satu persatu bila ada kesempatan.
    Encik Mustafar sudah pun sampai ke Niagara Falls di Canada, saya yang berada di Washington D.C. yang dekat ini pun belum sampai lagi, insyaalah saya akan ke sana juga, bila ada masa terluang.
    Saya dijangka pulang ke Malaysia penghujung tahun depan, 2015, dan berhasrat mahu menemui Encik Mustafar, bersembang dan berbincang mengenai dunia seni tanahair terutama filem-filem Melayu lama.
    Sekian, terima kasih.

    Daripada: Jamilah Zainal Abidin (via e-mail), Washington DC, USA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Jamilah.
      Terharu saya bila membaca e-mail yang dihantar.
      Terima kasih banyak di atas pujian yang diberi.
      Diharap Jamilah akan jadi peminat setia FK.
      Washington. Ya, saya pernah ke sana pada tahun 1988, 26 tahun yang lalu.
      Itulah kali pertama dan mungkin kali terakhir ke sana. Saya pernah ke Amerika Syarikat tiga kali.
      Ingatan saya masih segar kerana dapat berkunjung ke Ford's Theatre di mana di sinilah Presiden Abraham Lincoln ditembak mati oleh John Wilkes Booth ketika beliau menonton pementasan "Our American Cousin".
      Selain itu, saya sempat melawat Capitol, Smithsonian National Museum, White House, The Washington Monument, Lincoln Memorial dan Arlington National Cemetery di mana saya dapat melihat pusara Presiden John F. Kennedy dengan obor (enternal flame) menyala sepanjang masa, sampai bila-bila.
      Datanglah bertemu saya bila-bila masa, disamping berbual mengenai seni tanahair, saya juga mahu mendengar cerita terbaru Washington D.C. terutama di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama.



      Delete
  6. Encik Mustafar A.R.
    Di manakah boleh saya mendapatkan buku
    "Meredah Gelombang Seni Sebuah Memoir Aziz Sattar" itu?
    Puas saya cari di kedai-kedai buku takada pun.

    - NoorAini, Damansara Height, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  7. Aziz Sattar adalah seorang tokoh perfileman Melayu yang bergiat cergas baik di hadapan mahupun di belakang kamera sebagai pelawak, pelakon, pengarah & tugas-tugas lain yang melibatkan produksi. Dalam bidang nyanyian, bakat beliau lebih digunakan untuk lagu-lagu filem, terutamanya yang berunsur lawak (selalunya bagi watak yang beliau pegang). Sebagai penyanyi latar (playback singer) suara beliau mungkin juga pernah dipinjamkan kepada pelakon lain yang tidak boleh menyanyi. Lagu terakhir di era filem hitam putih nyanyian Aziz Sattar terdapat dalam filem "Ïbu-lah Shorga" keluaran syarikat GAFICO menerusi lagu "MENAWAN HATI" (MH), berduet dengan Rahmah Rahmat yang berentak joget, gubahan Kassim Masdor & lirik oleh S. Sudarmaji MH dirakam oleh Pathe Publications milik syarikat EMI dalam piring hitam berlabel Parlophone ukuran 7" (nombor siri DPE-8241). Kalaulah lagu ini dikeluarkan terdahulu pada era pra-1970'an di zaman emas perfileman Melayu, sudah tentu ia akan menjadi milik RUBY Records yang merakamkan soundtrack filem-filem Shaw-MFP ataupun milik LIFE Records yang merakamkan soundtrack filem-filem Cathay-Keris. Kebanyakan pelakon yang menyanyi untuk filem ketika itu tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman kecuali Saloma, Ahmad Daud, Lena, R. Azmi, Momo, Nona Asiah dan beberapa orang lagi. Kedudukan Aziz Sattar sebagai pelakon/penyanyi samalah seperti Wahid Satay yang menyanyi untuk lagu-lagu filem saja & mereka berdua tidak tergolong sebagai recording artiste. Kalaupun sebagai recording artiste yang menyanyikan lagu-lagu bukan filem, Aziz Sattar mendahului Wahid Satay menerusi lagu-lagu yang beliau rakamkan bersama Momo & kumpulan Panca Sitara IV. Wahid Satay pula mula bergerak menjadi recording artiste secara aktif selepas penutupan studio Cathay-Keris untuk menyambung mata pencariannya menerusi lagu-lagu solo berirama pop yeh-yeh & yang lainnya lebih kepada lagu-lagu komedi, berduet dengan Normadiah, S. Roha atapun bersama-sama ahli kumpulan lawaknya.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat tambahan yang sangat bermanfaat.
      Terima kasih NoNama.

      Delete
  8. Assalamualaikum..Sebenarnya saya keliru mengenai tempat kelahiran Pak Ajis yang dikatakan di Pekalongan,Surabaya.Setahu saya Pekalungan terletak di Jawa Tengah sedangkan Surabaya di Jawa Timur yg juga ibukotanya Jatim.Jarak kedua dua tempat ini memang jauh.Memang byk Pekalongan atau Pakalongan di Indonesia tapi yg masyhur terletak di Jawa Tengah itulah..Tidak ada Pekalongan di daerah Surabaya.Saya pun kerap ke Jawa Tengah,dan menurut orang di sana Pekalongan memang di Jawa Tengah tidak jauh dari daerah yg sering saya kunjungi ,Cilacap di Jawa Tengah.Maaflah kalau saya tersilap.Terimakasih.

    ReplyDelete